>MASIH PERCAYA KE PADA POLIS

>

‘Cubaan paksa saya keluar daripada politik nasional’
DARI UTUSAN MALAYSIA 23.3.2011

Para wartawan dan jurugambar menyerbu Anwar Ibrahim selepas selesai membuat laporan polis berkenaan kes video seks di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam. – utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 22 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi ini.

Ketua Pembangkang itu hadir ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta empat pengawal peribadi pada pukul 10.40 pagi.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 50 orang dipercayai penyokong PKR yang kemudian mengekori Anwar sehingga ke pintu masuk bangunan IPD.

Turut menemani Anwar dan Azizah ketika membuat laporan ialah Peguam, N. Surendran, Latheefa Koya dan R. Sivarasa.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, berusia 64 tahun itu kemudian keluar daripada bangunan IPD selepas selesai membuat laporan pada pukul 12 tengah hari.

Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu.

“Tindakan tersebut (menayangkan adegan seks) adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotifkan politik keatas perwatakan serta reputasi saya serta keluarga, malah ia juga adalah satu percubaan untuk memaksa saya keluar daripada politik nasional.

“Tindakan Datuk T itu juga berunsur jenayah kerana menayangkan video lucah kepada pihak media serta berkonspirasi untuk menjatuhkan saya sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat,” katanya.

Semalam, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendedahkan aksi video seks yang melibatkan seorang pemimpin politik pembangkang di Carcosa Seri Negara.

Datuk T kemudian berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam tempoh seminggu jika pasangan berkenaan tidak melepaskan jawatan sebagai pemimpin politik.

Anwar yang mendakwa polis turut bersekongkol dalam konspirasi video lucah itu memberitahu, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan bagi membela dirinya.

Sementara itu, Presiden PKR, Wan Azizah menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sebagai dalang kepada pendedahan berkenaan.

KOMEN : BUAT LAPORAN POLIS PASAL VIDEO LUCAH TAPI TERUS MENYALAHKAN POLIS KERANA BERKONSPIRASI UNTUK MENJATUHKANNYA. YANG BININYA PULAK TUDUH MENTERI KDN DAN KETUA POLIS NEGARA DALANG DALAM PENDEDAHAN VIDEO TERSEBUT. KALAU MACAM TU POLIS KENALAH TANGKAP Mr. T UNTUK MENGETAHUI MOTIF SEBENARKAN? MEREKA MASIH PERCAYA PADA POLIS MALAYSIA KE?

>INI PENDAPAT MEREKA

>

Anwar cuba alih isu DNA
oleh MOHD. RAFIE AZIMI
Rafie.azimi@utusan.com.my


ZULKIFLI Noordin bercakap semasa mengadakan sidang akhbar sambil ditemani Zahrain Mohamed Hashim di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 22 Mac – Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

“Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

“Di sinilah video itu memainkan peranan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

“Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?” katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’.

Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

“Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA,” katanya.

KOMEN : KALAU TAK ADA ANGIN TAKAN POKOK BERGOYANG. ANWAR SEMAKIN TERSEPIT BILA RAKAN DAN PENYOKONG TEGAR (PAS) PUN DAH BERIKATA DUA. TAPI DALAM PAS NI PUN BANYAK MASALAH JUGA SEBAB RAMAI ULAMANYA SUKA KELUARKAN FATWA. MUNGKIN KATA-KATA TINGGAL AIRLIUR AJE LEPAS INI. MACAMANA ORANG BOLEH MENGELUARKAN KENYATAAN MENGAKU BUKAN DIRINYA SEDANGKAN VIDEO TU PUN BELUM DIA LIHAT????? PERASAAN KOT DIA YANG TERHEBAT DAN ANUGERAH TUHAN PULAK TU…

>BILA PASIR MENJADI REZEKI KERAJAAN SELANGOR

>

Jangan tuduh kami berbohong – Batin Malam
DARI UTUSAN MALAYSIA 23.3.2011

SHAH ALAM 22 Mac – Penghulu Orang Asli Mukim Tanjung 12, Batin Malam Gerchang berang dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang menyifatkan laporan akhbar ini tentang pencerobohan tanah milik mereka sebagai satu pembohongan.

Menurutnya, dia juga hairan mengapa Shuhaimi yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) begitu ‘ghairah’ memberikan jawapan balas mengenai status kawasan seluas 7,243 hektar di mukim tersebut.

“Apabila menyatakan laporan Utusan Malaysia berbohong, maka sebenarnya mereka mengatakan Orang Asli yang berbohong kerana laporan itu dibuat berdasarkan luahan hati kami.

“Selama ini tidak pernah ada pihak yang menuduh kami berbohong tetapi saya jadi panas hati apabila ‘budak muda’ dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menuduh Orang Asli berbohong,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Batin Malam mengulas dakwaan Shuhaimi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia yang menyifatkan akhbar ini berbohong dalam laporannya 19 Mac lalu mengenai tanah Orang Asli di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut, Kerajaan PKR Selangor didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Ia merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau bagi kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Sebahagian tanah yang didakwa Orang Asli itu melibatkan aktiviti perlombongan pasir secara besar-besaran oleh KSSB di Olak Lempik.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mencabar masyarakat Orang Asli membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi menentukan sama ada kawasan berkenaan milik mereka atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Batin Malam berkata, pihaknya mahu kerajaan negeri membuktikan semua kampung Orang Asli di Mukim Tanjung 12 sudah diwartakan dan mempunyai garis sempadan seperti yang disebut oleh Shuhaimi dalam kenyataannya sebelum ini.

“Buat masa sekarang semua bukti yang kami ada tentang status tanah Orang Asli hanya akan didedahkan sekiranya ia dibawa ke mahkamah,” katanya.

KOMEN : BILA ISU PASIR DIBONGKAR DI SELANGOR. PUAK PAKATAN PEMBANGKANG MULA MENCARI HELAH UNTUK MENYALAHKAN ORANG LAIN. SIAPA TAK MARAH BILA PASIR DISEKITAR KEDIAMAN MEREKA DIKOREK SESUKA HATI. ADA PULAK TOKEY PASIR DAH BERBUNYI MENUDUH ORANG ASLI MENIPU. NAMPAKNYA PERANG KEATAS KERAJAAN PKR SELANGOR TELAH DIPALU OLEH TOK BATIN. SESEKALI KERAJAAN PKR SELANGOR NI PERLU DIAJAR SUPAYA LEBIH MENGHORMATI HAK ORANG LAIN. INI TIDAK MEREKA MAIN LANGGAR AJE SESUKA HATI.

>TERKINI- APALAGI HELAH ANWAR LEPAS INI

>


Tuala, berus gigi dan botol minuman diterima sebagai bahan bukti
DARI UTUSAN MALAYSIA 23/03/2011 10:23am


KUALA LUMPUR 23 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman jenama Cactus serta segala hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas barangan tersebut boleh diterima masuk sebagai bukti.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menunjukkan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.

Ekoran keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamad Yusof Zainal Abiden memaklumkan akan memanggil semula dua orang saksi iaitu Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan untuk mengemukakan bukti dan hasil ujian DNA yang dibuat ke atas barangan tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengarahkan Anwar memberi sampel DNA kerana tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

KOMEN : KITA TUNGGU EPISOD SETERUSNYA…

>MACAM-MACAM WARNA BUKU

>


Buku Jingga: Usah terpedaya helah pembangkang
DARI UTUSAN MALAYSIA 23.3.2011

PUTRAJAYA 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menyogok dokumen-dokumen janji dengan yang terkini berwarna jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara.

Tegas Perdana Menteri, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membangkrapkan negara dalam jangka panjang.

Kata beliau, kerajaan sedia ada juga tidak sanggup menyaksikan apa yang telah dibina dengan bertatih dan jerit payah selama ini lebur musnah begitu sahaja.

“Namun, sudah lumrah a’lami insan apabila dipersonakan oleh pedagang-pedagang impian yang bijak menanam tebu di bibir, menyogok dan menyuguh dengan dokumen-dokumen janji pelbagai corak, ada biru laut, hijau gelap, ada putih dan yang terkini jingga pula warnanya.

“Semua itu tampaknya dihasil dan dikarang bersandar kepada keseronokan sementara sampai kadangkala membuatkan segelintir terpegun hingga terpedaya bahawa kononnya ada tempayan emas di kaki pelangi. Bak kata orang putih “if it too good to be true, then it must be so”,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kerajaan hari ini, kata beliau, apabila mengaku untuk melaksanakan sesuatu, ia bukan sahaja akan menunaikannya dengan menggunakan segala ikhtiar dan kudrat yang ada.

Malahan sebelum berjanji lagi, kerajaan akan memastikan apa yang dinyatakan itu realistik dan mengambil kira kesejahteraan rakyat dan kepentingan jangka panjang.

Kata beliau: “Di persimpangan ini, para cerdik pandai dan orang tua-tua ada berpesan, kalau nak memilih tempat berlabuh, pertama keluk, kedua tanjung, kalau nak memilih pohon berteduh, pertama kukuh, kedua menguntung.

“Ini bukanlah masa untuk bereksperimen sebaliknya ini adalah masa untuk terus berpegang dan berpaut kuat, dengana apa yang telah sedia terbukti dan teruji sejak sekian lama.”

Buku Jingga memuatkan 10 janji pakatan pembangkang sekiranya berkuasa yang dianggap banyak pihak bersifat populis untuk meraih undi rakyat semata-mata dengan pembangkang sendiri mengetahui ia tidak mampu dilaksanakan.

KOMEN : TAK PAYAH DIBACA DAN TAK PAYAH DIFIKIRKAN, BAKUL SAMPAHKAN AJE BUKU JINGGA PUAK PAKATAN PEMBANGKANG NI. SEMUANYA JANJI-JANJI MAT JENIN, BULAN, ROKET DAN JIN MATA SATU AKAN AKU BERIKAN… KALAU NAK JADI ORANG YANG PANDAI JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG OTAK UDANG DAN MELALAK MACAM TIN KOSONG… ISI TAK ADA… MANA JANJI MANIS PRU 12. DAH DITUNAIKAN KE BELUM?

>KERAJAAN UMNO/BN BERTINDAK ZALIM

>

Kebajikan penjawat awam dijaga
Oleh ZULKIFLI JALIL, THOMAS CHONG dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin serta Mohd. Sidek Hassan (kiri) memegang buku Perkhidmatan Awam selepas melancarkannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA X11) di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, semalam. – Utusan/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lagi beberapa khabar gembira untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.

Ia dimaklumkan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Kerajaan Bertanggungjawab: Menunai Janji, Melangkau Jangkaan” di hadapan 5,747 penjawat awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) di sini.

Turut mendengar pengumuman tersebut ialah masing-masing 300 dan 270 penjawat awam yang menghadiri sidang video dengan Perdana Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Sarawak dan Auditorium Intan di Sabah.

Berikut perkara yang diumumkan Perdana Menteri:

n Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, pesara skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau di bawah Seksyen 6A(6) Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan percuma.

Pelaksanaan pemanjangan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah di bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Bagaimanapun, ia tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

n Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, ganjaran akan dibayar 100 peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah pilihan skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

n Kajian semula sistem saraan sedang dijalankan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

n Kerajaan akan memperkenalkan anugerah khas kepada penjawat awam yang aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan selain menunjukkan mutu kerja yang tinggi. Untuk itu, tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan tersebut.

n Pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi akan dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih bagi menyediakan mereka dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan yang tinggi.

n Kajian terperinci akan dilaksanakan untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam bertujuan mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan kosong dan pengagihan semula perjawatan.

n Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

n Jawatankuasa penilai pemantauan prestasi akan ditubuhkan bagi memastikan pegawai kerajaan terlibat dalam sistem pool tidak teraniaya di mana elemen keadilan dan penilaian bebas akan diamalkan.

n Bagi pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, satu kaedah exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.

KOMEN : PELIK TAPI BENAR.. KENAPA MASIH RAMAI LAGI PENJAWAT AWAM YANG MASIH TERUS-TERUSAN MENYOKONG PUAK PEMBANGKANG SEDANGKAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG TERBUKTI TERUS MENYOKONG MEREKA DENGAN BERBAGAI FAEDAH SEMASA SEDANG BERTUGAS DAN SETELAH BERSARA. JANGAN SALAHKAN KERAJAAN BN KALAU BUKU JINGGA PUAK PEMBANGKANG BOLEH DIBAKUL SAMPAHKAN. BAGI PENJAWAT AWAM YANG TIDAK BERSYUKUR DAN CUBA MEROSAKAN SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN BOLEHLAH DENGAN RELA HATI MENINGGALKAN PERKHIDMATAN AWAM SEBAB TAHI YANG KAU ORANG BUAT TAK BOLEH DITIMBUS KERANA BAUNYA TETAP ADA. CADANGAN KERAJAAN YANG PALING AKHIR TU MEMANG SESUAI UNTUK KAU ORANG.