CELAH GELEGAR: [CORETAN JUJUR SAIFUL NANG] Kasta Arafah – Yang Ka…

CELAH GELEGAR: [CORETAN JUJUR SAIFUL NANG] Kasta Arafah – Yang Ka…: Sebak dada membaca perkongsian yang jujur ini. Sarat dengan mesej yang tersangat mendalam bagi orang yang mahu berfikir dengan dada yan…

Advertisements

22,320 jemaah haji ke Tanah Suci

ALIF FADLI MOHD. SORI | 13 Ogos 2015 1:30 AM
PENGARANG Berita Kanan 1 Utusan Malaysia, Rozaman Ismail pada Majlis Pelepasan Kumpulan Ketiga Petugas Haji Musim Haji 1436H di Kompleks TH, Kelana Jaya, semalam. – UTUSAN/Abdul Razak
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Sebanyak 64 penerbangan dari tujuh lapangan terbang di seluruh negara melibatkan 22,320 jemaah haji akan berlepas ke tanah suci Mekah sepanjang musim ibadah haji tahun ini.
Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bagi tahun ini, sebuah lagi stesen berlepas dibuka iaitu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan yang akan membawa 990 jemaah haji.
Menurut beliau, seperti tahun sebelumnya, Tabung Haji masih menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines bagi membawa 22,320 jemaah haji.
“Kuota bagi jemaah haji tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu 22,320 berikutan kerja-kerja pembangunan Masjidil Haram yang masih berjalan, jadi kita terpaksa mengurangkan kuota sebanyak 20 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengucapkan selamat jalan kepada 84 jemaah haji termasuk 22 wakil media daripada kumpulan ketiga petugas haji di Kompleks Tabung Haji sebelum mereka berlepas dengan pesawat MAS dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Setakat ini, seramai 211 petugas haji telah berlepas ke Mekah bermula 3 Ogos lalu sebagai persiapan menyambut 22,320 jemaah haji yang akan tiba bermula 16 Ogos ini bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Dalam pada itu, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji turut menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan dan sentiasa berwaspada terutama dalam menghadapi cuaca panas yang dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius.
Katanya, mereka disaran sentiasa membawa payung atau mencari tempat berteduh semasa menunaikan ibadah haji bagi mengelak sebarang risiko yang boleh membawa kepada dehidrasi dan juga strok haba akibat suhu panas melampau di negara itu.
“Saya khuatir, sekiranya kesihatan jemaah haji terganggu, fokus mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu akan terjejas,” katanya.

Saudi bakal dibanjiri 1.3 juta jemaah haji asing

Kira-kira 1.3 juta jemaah haji asing dijangka membanjiri Arab Saudi untuk musim haji kali ini. – AGENSI
RIYADH 26 Ogos – Lebih 1.3 juta jemaah haji asing bakal menunaikan ibadah itu tahun ini, dengan 228,000 daripadanya merupakan jemaah dari negara Asean termasuk Malaysia dan Indonesia.
Menurut Kementerian Haji Arab Saudi hari ini, penduduk dari negara-negara Asia Selatan merupakan jemaah haji paling ramai tahun ini dengan 410,000 jemaah, diikuti jemaah dari negara-negara Arab iaitu 250,000 orang.
Sebanyak 190,000 jemaah pula datang dari Turki dan negara-negara Eropah, bukan negara Arab (170,000) dan Iran (63,000).
Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Negara, Saad Al-Qurashi berkata, seramai 150,000 jemaah tempatan termasuk pegawai turut dijangka menunaikan haji dan daripadanya seramai 41,000 jemaah bakal mendapat manfaat daripada kos perkhidmatan haji rendah.
Sementara itu, Dewan Perniagaan Mekah menyatakan, Arab Saudi bakal menerima pendapatan sebanyak SR32 bilion (RM26.35 bilion) sepanjang musim haji Oktober ini, peningkatan tiga peratus berbanding tahun lalu.
Menurut laporan dewan tersebut seperti yang disiarkan Saudi Gazette, seorang jemaah asing biasanya memperuntukkan sejumlah SR17,381 (RM14,362) sepanjang menjalankan ibadah haji termasuk kos penginapan, makanan, minuman, cenderamata dan bil telefon.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_06/Saudi-bakal-dibanjiri-13-juta-jemaah-haji-asing#ixzz3BYvju7JF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tanah Haram pada tanahnya, bukan orangnya…







Oleh Zaini Hassan




DALAM jutaan jemaah haji ke Tanah Haram Mekah ini bukan semuanya ikhlas yang datang untuk beribadah. Seorang Arab di sini berkata kepada saya: “Tanahnya ialah Haram, orangnya tidak haram. Di sini semua boleh jadi.”
Namun bagi kita orang Asia Tenggara – saya sebut Asia Tenggara – insya-Allah kita masih terdiri daripada golongan jemaah yang paling lemah-lembut, pemurah, pembeli-belah tegar dan ikhlas dalam tujuan datang ke sini untuk beribadat.
Bagi hamba Allah yang lain pula, saya melihat mereka beribadat mengikut cara masing-masing. Ada yang terlalu ekstrem, kasar dan tidak pedulikan orang lain. Ia boleh dilihat semasa bertawaf.
Apa yang saya ingin tekankan di sini minggu ini ialah tentang kejadian kecurian. Rupa-rupanya banyak juga yang panjang tangan di sini. Pencuri ini tidak kisah sama ada ia dilakukan di Tanah Haram, Tanah Suci atau Tanah Halal. Itu adalah pekerjaan mereka sebagai pencuri.
Mereka datang ada sebab, iaitu mencuri dan taktik mereka cukup licik. Seorang pegawai Tabung Haji berkata kepada saya “mereka ini adalah sindiket”.
Jika saya katakan mereka ini tidak kisah ia berlaku di Tanah Haram Mekah, mereka juga tidak kisah jika perbuatan itu dilakukan di dalam masjid paling suci di dunia orang Islam iaitu di Masjidil Haram.
Akhbar Saudi Gazette Jumaat lalu melaporkan para pegawai keselamatan Masjidil Haram menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri dompet duit seorang wanita semasa waktu solat. Pegawai juga menemui pada badannya wang tunai 26,000 riyal (kira-kira RM22,000) dan sejumlah telefon bimbit. Pencuri itu mengaku mencuri daripada pelbagai jemaah haji yang sedang sibuk beribadah.
Sebagaimana saya nyatakan, itu adalah pekerjaan mereka. Mereka datang bermusim dan tindak-tanduk mereka cukup hebat. Rata-rata jemaah Malaysia yang saya temui mempunyai pengalaman tersendiri, kena curi.
“Kalau saya jumpa lagi perempuan hitam itu mahu saya tempeleng dia. Wajah dia masih terbayang-bayang,” kata seorang jemaah kepada saya semalam.
Dia hilang wang tunai 500 riyal apabila perempuan itu dalam beberapa orang menghimpitnya dan menyeluk ke poket jubahnya. Yang hairan, perempuan itu tahu pula di dalam poketnya ada wang tunai.
Seorang lagi jemaah lelaki kita baru menukar wangnya di premis tukaran mata wang. Semasa berjalan, taktik yang sama dilakukan oleh sekumpulan wanita dan poketnya ditetas. Wang tunainya sebanyak 3,000 riyal lesap.
Kejadian yang sama berlaku kepada isteri saya malam semalam, selepas solat Isyak di Dataran Masjidil Haram. Telefonnya diambil orang daripada ‘beg terkenal’ jemaah haji muasasah Malaysia musim ini – beg sandang berwarna kuning – tajaan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Selepas solat selesai, beribu-ribu jemaah berebut-rebut beredar dan ketika isteri saya menuju ke arah saya, saya sedar seorang wanita Afrika berjubah hitam masih mengikutinya dan hanya beredar setelah kami bersama.
Ketika itu terlintas di hati saya sesuatu dan saya berkata kepada isteri saya secara spontan “jaga baik-baik beg galas itu” bimbang nanti ada yang seluk.
Kebimbangan saya terjawab apabila dia mencari telefonnya, telefon itu sudah lesap. Isteri saya tidak sedar langsung yang begnya diusik.
Mungkin kerana naluri seorang suami, saya ada memberitahunya semasa kami hendak keluar dari hotel ke masjid semasa Asar, supaya jangan bawa beg kuning itu. Tetapi alasannya, “macam-macam ada di dalam beg itu.”
Semasa saya singgah makan di sebuah kedai makan Malaysia selepas kejadian itu dan kebetulan berjanji dengan rakan sepasang suami isteri yang baru tiba, saya bertanya kepada mereka “apa ada di dalam beg itu?”
Rakan saya itu berkata, “Semua ada. Dompet, dokumen, telefon semua ada.”
Bagi saya itulah yang juga ada dalam fikiran pencuri-pencuri itu. Mereka tahu dalam “beg kuning” jemaah haji Malaysia itu “semua ada” dan itulah sasaran mereka.
Seloroh seorang jemaah, beg itu beg BSN. “Nama beg pun bank, mestilah banyak duit…”
Semasa berjalan ke masjid waktu Subuh semalam, saya membuat sedikit ujian. Saya melihat orang Malaysia begitu bersahaja membawa beg kuningnya silang ke belakang. Saya menarik beg salah seorang jemaah. Dia terkejut. Saya mohon maaf dan menerangkan tujuan saya. Saya tanya apa ada dalam beg itu. Dia juga kata “macam-macam ada”.
Pada subuh itu juga semasa keluar dari lif hotel, seorang lelaki mengadu beg kuningnya sudah lesap di masjid. Semalam dia membuat laporan kepada pihak Tabung Haji.
Mulai sekarang pihak Tabung Haji harus memberitahu jemaah supaya berhati-hati kerana “beg kuning” itu sudah menjadi “sasaran” pencuri.
Seorang sahabat saya yang juga warganegara Arab Saudi ketika kami berkunjung makan malam di rumahnya beberapa malam lalu, serius berkata:
“Kejadian mencuri menjadi-jadi semasa musim haji. Ia lebih teruk sekarang apabila kerajaan Arab Saudi sudah melonggarkan peraturan potong tangan kepada pesalah mencuri.”
Pihak Tabung Haji juga menerima banyak laporan kehilangan wang tunai oleh jemaah haji kita.
Notis peringatan dilekatkan di dalam lif-lif hotel masing-masing. “Banyak kejadian kehilangan wang tunai dilaporkan ketika berada di masjid. Elakkan membawa wang dalam jumlah yang besar.”
Benar, Tanah Haram adalah bagi kita orang Islam di Asia Tenggara.
Kita acap kali dipesan oleh mutawif, jika jumpa barang yang tercicir, jangan ambil. Biarkan sahaja. Ini adalah Tanah Haram.
Jika hilang selipar itu bukan cerita lagi. Saya sempat perhati semasa selesai umrah baru-baru ini, ramai jemaah tercari-cari selipar mereka yang lesap “diambil orang” dalam kumpulan yang besar dari rak kasut. Selipar saya pun hilang.
Bagi warga negara lain, kelakuan mereka sukar dijangka. Ada yang tidak tahu menjaga kebersihan. Berebut-rebut. Meludah di dataran masjid, dan solat ikut suka di mana-mana sekali pun.
Pihak keselamatan masjid yang saya perhatikan amat pening dengan perangai itu, sehingga tersembur di mulut mereka “astagfirullahhh…”
Sejuta satu macam kelakuan dan perlakuan dapat dilihat di Tanah Haram ini.
Sebagai seorang wartawan yang dilatih menggunakan ketajaman pancaindera, saya dapat menzahirkannya 
melalui tulisan ini.
Orang lain hanya boleh sekadar merungut dan berkata-kata sahaja.
Memang benar, cabaran di Tanah Haram ini sungguh hebat sekali. Tempat ini amat sukar dijangka. Ia seperti kisah Seribu Satu Malam. Sesuatu boleh berlaku hanya dengan berkata-kata di hati sahaja.
Memang benar di sini ialah Tanah Haram. Di sini juga ada orang yang baik dan jahat. Yang putih dan hitam. Yang ikhlas dan munafik.
Memang benar tanahnya yang Haram, orangnya tidak.
Bukan sahaja pencuri, yang mengambil kesempatan pun ramai. Pemandu teksinya pun bukan semuanya amanah. Peniaga pun ada yang cuba mengaut untung yang besar.
Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau Maha Besar, Kaulah juga Yang Maha Mengetahui dari sekecil-kecil zarah, sehinggalah sebesar-besar perkara. Allahualam.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131009/re_05/Tanah-Haram-pada-tanahnya-bukan-orangnya#ixzz2hBCjFNPk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jemaah haji perlu jaga imej negara

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan cenderamata dan mengucapkan selamat jalan kepada 279 orang jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama terus dari Alor Setar ke Madinah di Kompleks Tabung Haji Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, semalam. Turut hadir, Jamil Khir Baharom dan Mukhriz Mahathir. – BERNAMA

ALOR SETAR 9 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga nama baik negara sepanjang berada di Tanah Suci.
Seri Paduka bertitah, baginda tidak mahu jemaah haji Malaysia terpengaruh dengan pergolakan yang sedang berlaku di Asia Barat kerana tindakan seumpama itu boleh menjejaskan nama negara dan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.
“Ikutilah segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi supaya segala urusan dapat dipermudahkan serta berjalan lancar,” titah baginda semasa berangkat menyempurnakan Majlis Pelepasan Jemaah Haji 1434 Hijrah Wilayah Utara di Kompleks Haji dan TH Hotel di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji menerusi penerbangan terus julung kali dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini ke Madinah.
Sebanyak lima penerbangan berlepas terus dari Alor Setar ke Madinah pada musim haji kali ini melibatkan 1,400 jemaah menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777 bermula hari ini dan berakhir pada 13 September ini.
Berangkat sama Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tunku Temenggung Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.
Yang turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Fahad A. H. Al-Rashid.
Tuanku Abdul Halim turut menasihatkan bakal jemaah haji agar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadat tersebut dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur.
Titah baginda, para jemaah haji memerlukan pengorbanan tinggi dari segi mental, fizikal dan spiritual di samping penjagaan kesihatan dan kebersihan diri serta sekeliling yang baik.
Dalam pada itu, baginda mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji dan agensi terlibat khususnya Kerajaan Kedah yang memberikan kerjasama untuk menjadikan penerbangan terus dari Alor Setar ke Madinah menjadi satu realiti.
Tuanku Abdul Halim juga mengucapkan syabas kepada Tabung Haji atas komitmennya untuk mengekalkan dan menambah baik kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji.
“Ini terbukti dengan penerbangan terus ke Tanah Suci dan terbinanya Kompleks Haji yang baharu untuk kemudahan para jemaah haji. Beta berharap Kompleks Haji dan TH Hotel yang beroperasi sepenuhnya pada musim haji tahun ini mampu memberikan lebih kemudahan, kelancaran dan keselesaan kepada bakal jemaah haji dalam urusan pelepasan,” titah baginda.
Seri Paduka turut menyeru agar semua umat Islam Malaysia bersyukur kerana negara ini mempunyai sebuah organisasi seperti Tabung Haji yang menjadi salah satu ikon negara selain menjadi contoh kepada negara-negara Islam di seluruh dunia.
 

JAWAPAN KEPADA SOALAN BODOH SI KAFIR YANG MENYAMAKAN KAABAH DENGAN BERHALA DARI BLOG KUTUKAN DEWATA

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?

 

mekah2


“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…… selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah
P/S: (” Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu’Alam.”)

Kuota haji kekal 28,000

PARA peserta Kursus Perdana Haji Musim 1433 Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melakukan latihan melontar Jamrah di pekarangan Masjid Putra, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

PUTRAJAYA 2 Sept. – Malaysia bernasib baik apabila terlepas ‘hukuman’ pengurangan jumlah kuota haji pada tahun ini apabila kerajaan Arab Saudi bersetuju mengekalkan kuota yang sama seperti tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengesahkan perkara tersebut berkata, kerajaan Arab Saudi bersetuju meluluskan peruntukan kuota sebanyak 28,000 jemaah haji dari Malaysia.
Katanya, ia sekali gus menghapuskan kebimbangan sebelum ini kemungkinan kuota jemaah Malaysia terjejas ekoran tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan haram di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.
“Harapan kita adalah supaya jemaah Malaysia dapat menjaga tingkah laku, disiplin dan keselamatan diri serta tidak melakukan sebarang perbuatan bertentangan dengan undang-undang Arab Saudi termasuk mengadakan berhimpun secara haram ketika menunaikan ibadah haji nanti.
“Ini perlu bagi memastikan jemaah kita dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan selamat serta membolehkan kerajaan Arab Saudi memberi keutamaan apabila mereka mahu memberikan kuota tambahan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1433 Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra di sini malam tadi.
Isu kuota haji mula mencetuskan kebimbangan rakyat negara ini apabila kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra bagi melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia pro pembangkang mengadakan perhimpunan haram Bersih di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.
Terdahulu, seramai 2,000 bakal haji berkumpul di sini untuk mengikuti simulasi haji selama dua hari yang dilaksanakan dengan kerjasama Tabung Haji (TH) supaya mereka dapat merasai pengalaman sebenar dan memperoleh haji mabrur ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.
Menurut Jamil Khir, kerajaan akan terus memohon dan merayu untuk mendapatkan kuota tambahan dengan Arab Saudi bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Katanya, langkah itu perlu kerana ramai lagi bakal jemaah Malaysia tidak dapat menunaikan haji kerana kuota diberikan adalah terhad.
“Sehingga kini data yang ada di Tabung Haji menunjukkan seramai 936,000 rakyat Malaysia telah mendaftar untuk menunaikan ibadat itu termasuk 4,000 daripadanya kalangan usia emas iaitu berusia lebih 75 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, penerbangan untuk membawa kumpulan pertama seramai kira-kira 400 jemaah Malaysia akan berlepas ke Mekah pada 17 September ini, manakala penerbangan terakhir ialah pada 29 Oktober depan.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengekalkan kos haji bagi jemaah muassasah seperti tahun lalu iaitu pada kadar RM9,980.
Jemaah haji yang menunaikan ibadat itu bagi kali kedua atau seterusnya pula perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.
Sementara itu, beliau berkata, TH juga sudah melancarkan e-Book bagi memudahkan jemaah haji merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadat itu.
“Mereka boleh merujuk e-Book itu pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menggunakan iPad atau telefon pintar yang ada aplikasi yang diperlukan.
“Kita juga akan mengeluarkan buku rujukan khas untuk jemaah wanita kerana mereka mempunyai lebih banyak permasalahan yang perlu dijelaskan secara terperinci bagi memastikan ibadat mereka sah,” katanya.

KOMEN : ALHAMDULILLAH….AMIN