BILA BERFIKIR MENGGUNAKAN LUTUT


Harga petrol dan pembubaran DUN
Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

SEPANJANG minggu ini kalangan pemimpin pembangkang, pengendali blog dan laman sosial mesra pembangkang menghebahkan bahawa harga petrol RON95 akan naik sebanyak 30 sen seliter. Ia bertolak daripada kenyataan kerajaan sebelum ini yang mahu merasionalkan semula pemberian subsidi kerajaan, termasuk bagi bahan bakar.

Namun, apabila Kabinet memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel, sekali gus ia menafikan khabar angin tersebut, Adamyan pantas memberikan pandangan dalam myKMU (mykmu.net).

Beliau percaya keputusan yang dibuat kerajaan itu antara lain disebabkan nilai ringgit yang semakin kukuh berbanding dolar Amerika serta punca tambahan lain seperti kenaikan cukai perkhidmatan kepada 6 peratus.

“Cuma penulis berminat nak tahu, bila minyak tak naik ni, apa yang pembangkang nak aturkan untuk menyambut keputusan kerajaan? Nak ada demonstrasi ‘Sayang Najib’ ke (atau), nak ada majlis kesyukuran dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat ke?

“Kalau naik bukan main lagi nak memberontak ya, bila tak naik malah masa turun beberapa kali dulu pun tak ada apa yang pembangkang buat untuk ‘menghargai’ usaha kerajaan,” katanya.

Beliau percaya, naik atau turun harga petrol bukan masalah bagi pihak pembangkang tetapi apa yang lebih penting ada isu yang boleh dijadikan “peluru” untuk menyerang kerajaan.

Blog Perak Today (peraktoday.com) dan House PK (parpukari.blogspot.com) pula berkata, keputusan Kabinet itu sudah pasti menggusarkan para pemimpin pembangkang sekali gus menampakkan ketiadaan kredibiliti mereka yang sebelum ini lantang membuat pelbagai tohmahan kepada Kerajaan Pusat berhubung harga minyak.

“Apabila kerajaan mengumumkan pembekuan kenaikan harga (RON95, LGP dan diesel), secara tidak langsung hujah-hujah pembangkang selama ini yang memukau dan mempengaruhi ribuan orang, terhenti dengan sendirinya. Namun sebagai pembangkang, para pemimpin mereka tidak akan mati akal. Mereka tentu sekali akan mencari jalan dan hujah lain untuk tetap memenangi hati rakyat,” katanya.

Kata blog tersebut, sebagai parti yang konon memperjuangkan kebajikan rakyat, keputusan kerajaan itu sepatutnya disambut dengan baik, tetapi sebaliknya ia terus dipolitikkan dengan mendakwa keputusan tersebut kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bimbang kehilangan sokongan pada pilihan raya akan datang.

Syed Azidi Aziz (kickdefella.wordpress.com) pula mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri berhubung keputusan itu kerana beliau tidak dapat membayangkan nasib rakyat negara ini yang bakal terjejas kualiti hidup berikutan kenaikan harga bahan bakar ekoran pengurangan subsidi.

Katanya, walaupun keputusan tersebut bersifat sementara dan ada pihak yang menyifatkan sebagai bukti bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah semakin hampir, tetapi ia sekurang-kurangnya membolehkan kita menarik nafas lega bagi menyediakan diri dan isi rumah.

“Dalam tempoh ini juga, diharapkan kerajaan dapat bersikap telus dan mengumumkan keadaan sebenar rejim subsidi bahan bakar di Malaysia. Kerajaan yang mendahulukan rakyat harus sedar, rakyat bukan bodoh dan boleh disogok dengan apa sahaja maklumat yang diinginkan oleh pemerintah.

“Zaman tersebut sudah berubah. Kerajaan yang mendahulukan rakyat juga harus sedar, sebuah kerajaan bukanlah sebuah syarikat korporat,” katanya.

Mengenai keengganan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, blog Paneh Miang (paneh.blogspot.com) membidas Lim Guan Eng sebagai kenyataan orang yang seronok di tampuk kuasa tetapi tidak faham mengenai undang-undang pilihan raya.

Katanya, jika negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang khususnya Pulau Pinang enggan membubarkan DUN mereka walaupun Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain sudah berbuat sedemikian, maka beberapa kaedah boleh digunakan bagi memastikan DUN negeri pembangkang terpaksa akur.

“Mungkin Guan Eng terlupa dia mentadbir negeri yang bidang kuasanya adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong melalui wakilnya Yang Dipertua Negeri. Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Agong untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen mengikut budi bicaranya.

“Maka, Agong juga berkuasa untuk mengarahkan Yang Dipertua Negeri yang mewakilinya di negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang untuk membubarkan DUN,” katanya.

Selain itu, kata blog tersebut, kebanyakan Undang-Undang Tubuh Negeri turut memberi kuasa kepada raja-raja Melayu dalam perihal “mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri” yang perlu setara dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun tindakan raja Melayu tertakluk atas nasihat, namun kuasa membubarkan Parlimen mahupun DUN masih lagi tertakluk di bawah budi bicara Raja-raja Melayu.

“Akan tetapi, jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih berkeras tidak mahu membubarkan DUN, maka satu lagi kaedah boleh digunakan iaitu dengan mengisytiharkan darurat (Perkara 150) di negeri yang enggan membubarkan DUN,” katanya.

Blog Perak Today (peraktoday.com) pula berkata, sehingga kini tiga daripada empat buah negeri dikuasai pembangkang sudah pun mengeluarkan kenyataan keengganan mereka membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat. Negeri-negeri itu ialah Kelantan, Selangor dan terbaru Pulau Pinang.

Katanya, sebelum ini tidak pernah wujud keengganan membubarkan DUN oleh kerajaan-kerajaan negeri dikuasai pembangkang seperti Kelantan dari tahun 1990 hingga 2008, Terengganu (1998-2004) dan Sabah ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) bertindak keluar dari BN pada 1990-1994.

“Namun apabila DAP dapat menguasai negeri, maka Guan Eng yang selama ini sering bercakap besar, takut dan kecutnya tidak terkira,” katanya.

Keadaan ini , jelas blog tersebut, mengingatkan peristiwa 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak yang mana pada peringkat awal pentadbiran mereka, desakan agar pilihan raya negeri diadakan semula telah disuarakan tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, apabila pembangkang kehilangan kuasa di negeri tersebut, merekalah lantang mendesak pilihan raya negeri diadakan semula kerana mendakwa BN telah merampas kuasa mereka di Perak.

“Justeru, mudahlah untuk kita menelah mengapa para pemimpin pembangkang sangat takut untuk membubarkan DUN serentak dengan Parlimen,” katanya.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG NI KERJA MEREKA HANYA TAHU MENIPU SAMPAI SENDIRI PUN BERPUSING-PUSING TAK TENTU HALA TUJU… ITULAH PADAHNYA BILA BERFIKIR MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT….

JANGAN DILAYAN SUARA MINORITI


Melayan tuntutan minoriti, pertahan hak majoriti
Oleh DATUK ABDUL GHANI ABDULLAH

BARU-BARU ini terlalu banyak kritikan dilontar terhadap Corporation Malaysia Bhd. (TalentCorp) dengan menggunakan hujah bahawa kerajaan harus membetulkan keadaan negara yang tidak mempunyai persamaan padang permainan (not a level playing field) sebelum warganegara Malaysia pulang ke tanah air berkhidmat untuk meningkatkan pendapatan negara.

Hujah-hujah ini tidak boleh diterima kerana sampai sekarang kita tidak tahu apakah erti persamaan padang permainan tersebut dan Artikel 153 akan kekal dan tidak boleh dipinda. Ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang tidak mempunyai persamaan padang permainan atas sebab-sebab yang benar. Fakta ini haruslah diterima sebagai satu hakikat jika seseorang ingin menetap di Malaysia.

Baru-baru ini laporan Bank Dunia mendakwa pelaburan dari luar negara ke Malaysia sudah merosot kerana ramai warga Malaysia yang bermastautin di luar negara berpendapat bahawa suasana di negara ini adalah tidak adil dan saksama.

Kita tidak boleh paksa sesiapa yang ingin bermastautin di luar negara untuk mencari pendapatan yang lebih tinggi daripada di Malaysia. Pemberian rebet 15 peratus untuk tempoh lima tahun mungkin wajar tetapi adakah ini boleh menarik kepulangan rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Saya merasa ragu. Dengan keadaan ini apakah harus kita buat. Kita tidak boleh menandingi pengajian yang ditawarkan di luar negara, kita tidak boleh menukar struktur perkhidmatan awam dan kita tidak dapat mengelak cuaca panas di Malaysia. Oleh itu kita harus berterus terang kepada mereka, terpulanglah kepada mereka yang ingin berhijrah keluar negara untuk mencari pendapatan tinggi.

Dalam hubungan ini dicadangkan warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara selepas tamat pengajian tinggi dan mendapat kerja di sana, apabila kembali ke Malaysia bercuti dalam sesuatu tempoh tertentu, maka Jabatan Hasil Dalam Negeri harus mengenakan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diperolehi di luar negara dalam tahun berkenaan selama tempoh mereka berada di Malaysia.

Cadangan ini adalah munasabah dan berasas kerana warga Malaysia yang pulang untuk bersama-sama keluarga atau sahabat-sahabat akan menikmati segala kemudahan yang dinikmati oleh warga tempatan yang dikenakan berbagai-bagai cukai seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, cukai jalan, caj tol dan juga menikmati pembelian barangan yang ada subsidi kerajaan.

Lagi pun orang seperti ini sudah tentu diberikan taraf kewarganegaraan atau mendapat taraf pendudukan kekal di negara mereka bekerja. Dalam hal ini saya tahu dengan sahihnya berlaku di Singapura. Baru-baru ini dipetik di dalam akhbar mingguan bahawa 90 peratus mereka yang berhijrah ke luar negara terdiri daripada satu kaum sahaja. Saya juga diberitahu bahawa di Singapura, seorang bekas warga Malaysia memegang jawatan penting di sana.

Oleh itu tidak masuk akal jika warga atau bekas warga Malaysia yang kini bekerja di pusat strategi di negara jiran, membantu merancang strategi yang mungkin membahayakan Malaysia. Apakah harus kita cap orang seperti ini?

Tiap-tiap tahun sentiasa ada aduan bahawa biasiswa tidak diberikan kepada pelajar-pelajar kaum Cina dan India walau pun mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Bagaimanakah halnya yang terjadi kepada pelajar Melayu yang juga mencapai kecemerlangan dan tidak mendapat biasiswa? Lagi pun, bilangan pelajar Melayu lebih ramai daripada pelajar bukan Melayu di sekolah-sekolah.

Perkara yang pertama harus diingat adalah tidak semua orang yang mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran harus diberikan biasiswa. Ibu bapa harus terima hakikat bahawa tempat di universiti-universiti awam yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan adalah terhad.

Kolej dan universiti swasta tempatan hampir dipenuhi oleh satu kaum sahaja dan ibu bapa anak-anak ini, sudah tentu membayar yuran pembelajaran kerana mereka mampu dari segi kewangan.

Saya tidak fikir bahawa terdapat satu penyelesaian yang kekal kepada permasalahan ini kerana ibu bapa akan sentiasa merungut. Apa yang ibu bapa ini mahukan adalah tiap-tiap anak yang mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka harus diberi biasiswa untuk ke luar negara.

Mereka ini tidak mahu mendengar penerangan seperti dana terhad dan kerajaan tidak dapat memperuntukkan biasiswa tersebut kerana terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Mereka juga enggan mendengar penjelasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai badan yang mengeluarkan biasiswa, ia berhak untuk menentukan siapa yang layak dan kursus mana yang harus diikuti berdasarkan kepada keperluan jangka panjang negara secara menyeluruh.

Pengagihan biasiswa perlu berdasarkan kepada satu formula yang munasabah dan saksama. Cara yang paling sesuai adalah menurut komposisi kaum di Malaysia. Andainya kita tidak pedulikan komposisi kaum sebagai faktor pemberian biasiswa, maka kaum yang majoriti bilangannya akan bersungut bahawa mereka adalah kaum majoriti tetapi anak-anak mereka dihalang hak mendapatkan biasiswa.

Di sinilah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan diguna pakai untuk manfaat kaum majoriti. Rata-rata diperhatikan, penulisan yang menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau Artikel 153, mengutarakan alasan orang Malaysia harus dibandingkan dengan orang lain dalam dunia globalisasi, tanpa sempadan ekonomi dan kaum. Agama juga bukan satu kriteria untuk maju ke hadapan.

Jika diperhatikan, alasan-alasan yang dibangkitkan oleh seseorang itu adalah daripada golongan minoriti. Kalaulah dia seseorang daripada golongan majoriti, adakah secara jujur dia akan bangkitkan alasan-alasan tersebut. Lihat sahaja di Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina yang mana golongan majoriti tidak membangkitkan isu-isu sedemikian. Sudah tentu tidak.

Golongan minoriti harus menerima hakikat bahawa pihak majoriti akan sentiasa meminta lebih kerana merasa permintaan mereka adalah wajar. Pendirian majoriti tidak akan berubah di mana-mana negara.

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang warga China (yang memegang jawatan penting di syarikat besar) berhubung mengapa adanya dasar bumiputera di Malaysia yang tidak memihak kepada bukan Melayu.

Tanggapan awal saya adalah jelas, orang ini tidak diberitahu perkara yang benar berkaitan Artikel 153 dan latar belakang kewujudan Artikel tersebut. Sudah tentu selepas diterangkan secara terperinci, dia bersetuju perlunya diadakan dasar bumiputera.

Berapa ramai rakyat asing yang berada di Malaysia mempunyai pendapat dan perasaan yang sama seperti lelaki China itu.

Apakah sepatutnya kita lakukan untuk menerangkan rasional dan alasan-alasan kepada orang asing yang pertama kali datang ke Malaysia atau yang merancang untuk bekerja di sini.

Tidak ada gunanya menyanyikan lagu ‘Malaysia truly Asia’ apabila isu pokok tidak dihuraikan. Malahan tiga tahun dahulu apabila saya bersama-sama dengan delegasi Malaysia ke New York, seorang peserta forum bertanya mengapa terdapat ketidakadilan di antara kaum di Malaysia.

Saya yakin peserta itu diupah untuk mengaibkan menteri tersebut. Jawapan Menteri berkenaan adalah berdiplomatik. Jawapannya pendek tetapi berkaitan dengan sejarah tanpa menerangkan sebab-sebab sebenar yang berkaitan dengan sejarah tersebut.

Cogan kata ‘1Malaysia’ adalah tepat tetapi isu pokok perlu diterangkan dengan sempurna dan jelas. Dengan mengambil kira Artikel 153, kita harus terangkan mengapa kaum Melayu mendapat layanan istimewa.

Kita sebagai warganegara Malaysia harus menerima realiti bahawa persekitaran sekeliling dan penghidupan kita adalah aman damai. Tidak guna marah atau kecewa, kerana kita harus terima hakikat bahawa pemimpin negara hanya boleh mengubahkan beberapa faktor tertentu sahaja dan tidak melebihi dari itu. Setelah kita dapat menerima ini, kita tidak perlu mengadu, merasa hampa atau kecewa.

KOMEN : SETUJU SANGAT DENGAN PANDANGAN PENULIS DI ATAS… KENAPA MESTI MENYEMBAH PADA YANG TAK SUDI… SEBENARNYA BANYAK IMPLIKASI YANG AKAN DIHADAPI OLEH KERAJAAN DENGAN MEMBAWA BALIK RAKYAT YANG BEKERJA DILUAR NEGARA KE MALAYSIA… YANG PALING UTAMA ADALAH KESETIAAN MEREKA KEPADA RAJA DAN NEGARA. BAK KATA ORANG,SIBUK MENYUSU KERA DI HUTAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN… RASANYA MALAYSIA TIDAK KEKURANGAN PAKAR DALAM SEGALA BIDANG… CUMA MUNGKIN KERAJAAN TERLEPAS PANDANG… JANGAN ESOK YANG DIKENDONG TAK DAPAT, YANG DIKEJAR BERCICIRAN… IN SIMPLE CALCULATION, MINORITY WILL NOT BEATING MAJORITY…

Seni pancuran air hiasi taman Islam

Oleh ROS MAHWATI AHMAD MOKHTAR
Perincian sumber air semulajadi Taman Fin di Kashan yang dibina sewaktu zaman Safavid.

AYAT-AYAT al-Quran di atas memberi gambaran syurga yang akan menjadi tempat tinggal bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Dalam ayat-ayat tersebut terdapat satu ciri persamaan yang berulang kali disebut iaitu taman-taman syurga mempunyai sungai atau mata air.

Air yang mengalir adalah ciri utama yang menjadi tarikan dalam gambaran syurga di dalam al-Quran. Ia memberi gambaran keindahan dan kedamaian.

Ayat-ayat ini telah menjadi inspirasi kepada para pemerintah Islam dalam membina taman-taman yang mempunyai konsep keislaman dalam empayar mereka.

Fungsi taman dalam empayar Islam mungkin berbeza dengan fungsi taman pada hari ini. Taman sewaktu zaman pemerintahan Islam sering dinaungi oleh pemerintah Islam yang mempunyai pelbagai gelaran seperti khalifah, sultan, maharaja dan raja.

Air adalah salah satu sumber alam semulajadi yang penting dalam kehidupan manusia. Air juga sering dikaitkan dengan sifat yang nyaman dan menyejukkan.

Dalam seni rekaan taman Islam, elemen air banyak digunakan dalam menghiasi kediaman, istana dan juga taman-taman diraja. Pancuran air mendapat perhatian istimewa dalam rekaan taman dan kediaman masyarakat Islam.

Ayat-ayat al-Quran di atas juga menjadi inspirasi kepada pereka Islam dalam menyusun atur seni hiasan taman dan mereka seni pancuran air yang menarik dengan mengambil kira keluasan kawasan dan fungsi yang akan dimainkan oleh pancuran air yang akan dibuat. Ia bukan tugas mudah.

Taman dibina bukan semata-mata untuk bersuka ria. Taman dalam empayar Islam adalah tempat koleksi tumbuhan diraja. Sekali gus menjadikannya tempat kajian ahli sains dan botani diraja mengenai sifat dan kegunaan tumbuhan yang ditanam.

Selain bunga-bungaan, ia juga mempunyai pohon buah-buahan dan juga herba. Kajian itu kemudiannya akan digunakan dalam beberapa bidang yang lain seperti perubatan.

Oleh itu, elemen air yang ada di dalam taman mempunyai dua fungsi iaitu sebagai hiasan dan sumber air bagi tanaman di dalam taman.

Pancuran air dalam taman Islam selalunya berpunca daripada sumber air semula jadi seperti sungai atau mata air. Ini boleh dilihat dengan jelas dalam rekaan taman di bawah pemerintahan empayar Mughal di India, Safavid di Iran, Mamluk di Syria dan Umaiyah di Sepanyol.

Sumber semulajadi seperti mata air penting kerana ia lebih efektif dalam bekalan air berbanding kolam buatan terutamanya sewaktu musim kemarau.

Bekalan air daripada sumber semulajadi ini kemudiannya disalurkan di seluruh taman dengan rekaan kolam air yang dilengkapi pancuran air.

Kolam pancuran sering menjadi titik fokus dalam rekaan taman Islam. Ia diletakkan di bahagian tengah taman yang dilihat sebagai pembahagi keseluruhan susun atur taman.

Terdapat beberapa rekaan asas pancuran air yang sering digunakan iaitu rekaan kolam air yang besar bagi taman diraja yang luas dan kolam pancuran yang kecil bagi taman di dalam kediaman dan istana.

Bagi kolam dan pancuran air di dalam tempat kediaman seperti di istana ia dapat menyejukkan suasana di dalam kediaman tersebut.

Sewaktu zaman pemerintahan Kerajaan Mughal di India, salah seorang maharajanya iaitu Jahangir telah membina beberapa taman diraja di dalam empayarnya.

Salah sebuah taman yang dibina beliau adalah Shalimar Bagh yang terletak di Kashmir. Ia merupakan hadiah buat permaisuri baginda yang amat dikasihi iaitu Nur Jahan.

PETRONAS GLC KERAJAAN MALAYSIA


Royalti minyak: Kerajaan Pusat kekal selaku pencelah

PUTRAJAYA 26 Mei – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Kerajaan Persekutuan kekal selaku pencelah dalam kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyekat Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah sekali gus dinamakan sebagai defendan kedua dalam kes saman tersebut.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memutuskan agar kes saman itu tidak dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baharu (NCC), sebaliknya dibicarakan di mahkamah sivil.

Ketika membacakan keputusan itu, Hakim Hop Bing menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa kehadiran Kerajaan Persekutuan selaku pihak pencelah dalam saman tersebut perlu bagi memastikan semua pertikaian berhubung tuntutan royalti minyak, dihakimi secara menyeluruh.

Pada hemat panel itu, isu-isu yang timbul berkaitan relif yang dituntut oleh perayu perlu ditentukan di antara ketiga-tiga pihak iaitu Kerajaan Negeri Kelantan, Petronas dan Kerajaan Persekutuan.

Dengan keputusan itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Mac lalu yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bertindak selaku pencelah serta dinamakan sebagai defendan kedua dalam tuntutan saman tersebut.

Mengenai rayuan berhubung perpindahan kes, Hakim Hop Bing berpendapat, ia dilakukan mengikut amalan yang betul iaitu membabitkan perpindahan antara bahagian, bukannya melibatkan mahkamah yang berlainan.

Kerajaan Negeri Kelantan melalui saman yang difailkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 30 Ogos tahun lalu menuntut supaya Petronas melaksanakan perjanjian petroleum bertarikh 9 Mei 1975 setelah mendakwa defendan secara salah melanggar kewajipannya.

Terdahulu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan berhujah, Kerajaan Persekutuan tidak layak mencelah kerana perjanjian itu yang dimeterai 36 tahun lalu hanya melibatkan Petronas dan perayu.

Beliau menghujahkan, Kerajaan Persekutuan tiada bidang kuasa untuk campur tangan dan bertindak sebagai pihak pencelah dalam saman itu kerana punca tindakan dan tuntutan tidak dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili pihak kerajaan berhujah, Kerajaan Persekutuan layak mencelah kerana ia merupakan pemilik petroleum di perairan Kelantan.

Sementara itu, Thomas memaklumkan, beliau akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

KOMEN : MERAYULAH SELAGI BOLEH… BILA KALAH NANTI JANGANLAH SALAHKAN UMNO? NANTI KATA MAHKAMAH MENGIKUT ARAHAN UMNO. MACAM KES SESEORANG TU YANG ASYIK TERTANGGUH KERANA ASYIK MEMBUAT RAYUAN YANG TIDAK MASUK AKAL? JANGAN JADI ORANG TAMAK, NANTI SENDIRI YANG RUGI…..

DAP MENIPU RAKYAT


Kerajaan tidak takut pembangkang
DARI UTUSAN MALAYSIA
27.5.2011

KUALA LUMPUR 26 Mei – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana mendakwa pembangkang berjaya menakutkan kerajaan sehingga membatalkan keputusan menaikkan harga minyak semalam.

Tegas beliau, dalam keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), ia dibuat setelah kerajaan mengambil kira suara di dalam parti Barisan Nasional (BN) dan rakyat tanpa mengambil kira langsung pandangan pembangkang.

Sebaliknya katanya, pembangkang berkelakuan seperti Amerika Syarikat (AS) yang bertindak menyerang Iraq dengan menuduh tanpa sebarang bukti sehingga akhirnya mengakui bahawa mereka tersilap dengan tuduhan itu.

“Kalau setakat suara pembangkang, kita tidak akan ambil peduli kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertanggungjawab kerana asyik menghentam dan memanipulasi setiap isu yang dilaksanakan kerajaan.

“Saya rasa tindakan kerajaan mengekalkan harga minyak telah menghilangkan resah rakyat dan semuanya berterima kasih tetapi sebaliknya pembangkang tidak akan berterimakasih kepada kita,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan portal berita propembangkang Malaysiakini selepas menghadiri majlis pembiayaan dan penyerahan kunci 11 unit komersial Plaza Damas di sini.

Ismail Sabri dalam pada itu berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa harga petrol RON95, diesel dan LPG akan naik semalam dan menyifatkan spekulasi itu hanya permainan politik pembangkang.

Ujarnya, beliau hanya memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi setiap enam bulan dan tidak memberi jaminan bahawa harga itu akan naik atau kekal.

“Cuma saya beritahu tidak mungkin harga minyak akan turun dan ia telah dimanipulasikan pembangkang sehingga dijadikan isu pada setiap kempen mereka.

“Kalau kita tak naik pun jadi isu juga. Jadi mana ada usaha kerajaan yang pembangkang kata elok,” tegas beliau.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberi jaminan bahawa harga minyak akan kekal buat masa sekarang.

“Namun kita akan terlebih dahulu mendengar setiap denyut nadi rakyat sebelum membuat sesuatu keputusan,” tambahnya.

KOMEN : DAP KANTOL MENIPU, APA SAJA TINDAKAN KERAJAAN AKAN DIMANIPULASIKAN OLEH PUAK PEMBANGKANG… KALAU KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI, MULALAH MENCARI LUBANG TIKUS NAK SEMBUNYI… CUKUP-CUKUPLAH MENIPU… JANGAN CARI SALAH ORANG LAIN AJE…

BILA ULAMA MEMBISU – SYAITAN MENYANYI


Anwar takut penerimaan ulama?
DARI UTUSAN MALAYSIA
27.5.2011

KUALA LUMPUR 26 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya selepas terbongkarnya pelbagai salah laku beliau sejak akhir-akhir ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sehubungan itu, Anwar didakwa mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung ‘menyembah’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu.

Kumpulan menyebelahi Anwar yang beliau gelar sebagai ‘Anwarinas’ itu katanya, merupakan ‘makhluk perosak’ dalam Pas yang hanya akan menyebabkan kejatuhan parti itu suatu hari nanti.

“Golongan Anwarinas ini akan menterjemah apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama.

“Mereka ini (golongan Anwarinas) tidak ‘memandang’ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin mereka sebaliknya mengangkat Anwar sebagai ketua,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu sebelum ini pernah mendedahkan, sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai ‘Kaum Si Tanggang’ dalam muktamar yang bakal berlangsung itu.

Beliau juga mendedahkan sudah diberikan nama pemimpin dan ahli Pas yang telah disenaraikan untuk bertanding semua jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa Pusat pada pemilihan kali ini.

Mengenai soalan bila akan mendedahkan nama itu, Zulkifli berkata, beliau percaya nama kesemua pemimpin serta ahli Pas yang berkiblatkan Anwar pasti terbongkar secara sendirinya pada pemilihan kepimpinan parti itu kali ini.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, golongan ulama dalam Pas kini memang sedang memerhatikan Anwar selepas pendedahan mengenai kes liwat dan terbaru skandal video seksnya.

“Tetapi sehingga kini mereka (golongan ulama Pas) masih berdiam diri kerana melihat beberapa kepentingan lain. Anwar tahu golongan ulama Pas tidak akan menerima beliau ekoran salah laku itu lalu merancang gerakan untuk menghapuskan golongan tersebut di dalam Pas.

“Semua orang kenal Anwar. Kalau dia tidak boleh gunakan seseorang itu untuk kepentingannya, dia pasti akan lawan orang itu dan ini sedang berlaku kepada kepimpinan ulama Pas,” katanya.

Nakhaie berkata, apa yang berlaku dalam Pas dan dengan segala perancangan untuk menghapuskan kepimpinan ulama dalam parti itu datang daripada desakan PKR yang diketuai Anwar.

KOMEN : BIARLAH KALAU ULAMA PAS NAK BERKAWAN DENGAN SYAITAN BISU YANG NIK AZIZ JADIKAN SINDIRAN PADA ULAMA-ULAMA YANG TIDAK MENYOKONG PERJUANGAN PAS… LAGI PUN BUKAN SEMUA ORANG MELAYU MENERIMA PAKAI FATWA PAS TU…

SESUMPAH DENGAN SLOGAN DAP


Anwar atur strategi Malaysian Malaysia?
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, melalui strategi itu, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina.

“Di Malaysia, parti seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum kurang diterima rakyat. Jadi, Anwar kini cuba mendapatkan sokongan daripada golongan masyarakat yang kurang bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Terdapat masyarakat Cina yang tidak setuju dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka lihat hanya memberi pertolongan kepada orang Melayu untuk menganjak sosioekonomi kaum itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam temuramah eksklusif dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini mengakui kemenangan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah atas sokongan kaum Cina.

Beliau mengambil contoh kemenangan calon PKR, See Chee How di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.

Azeem Fazwan berkata, ramai ahli parti itu sehingga kini masih belum mengetahui apa sebenarnya pendirian PKR kerana Anwar sebagai penasihat begitu sukar untuk digambarkan sikap sebenarnya.

“Apabila beliau (Anwar) berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal,” katanya.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, PKR yang diketuai oleh Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sedikit nyawa iaitu sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.

“Anwar kini nyata ketandusan modal dalam berpolitik. Cara terbaik adalah berbaik-baik dengan DAP dan menggunakan Pas demi karier politiknya,” katanya.

KOMEN : BAGI SESUMPAH APA SAJA BOLEH DIGUNAKAN WALAUPUN ORANG MELAYU AKAN HANCUR DI GANYANG ORANG CINA. DEMI KUASA SEBAGAI PM MALAYSIA, ANWAR AKAN LAKUKAN APA SAJA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA WALAUPUN TAHU RAKYAT SEMAKIN MENYAMPAH DAN TIDAK MENYOKONG CARA BELIAU BERPOLITIK. YANG TERTIPU ORANG PAS…