Enchant1MST – Kepada Para Pembaca, Saya Merayu ….

Friday, September 27, 2013

Artikel ini seperti ulangan artikel saya semalam, sengaja saya copy paste disini supaya mereka yang pertamakali baca tidak perlu banyak klik. POINT SAYA DIBAWAH SEKALI.

Satu pusat tumpuan Keagamaan  ( kecuali Islam ) TERBESAR Di Dunia menggunakan konsep Pelancungan Spiritual 

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium ( Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Lokasi – Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.

Kawasan terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari, perlukan 3-5 hari ! Satu bandar tersendiri yang lengkap segalanya.

Untuk ke laman web projek – KLiK

“…… the Malaysian government fully supported us in this project and also providing us the land.” 

” This is fully backed by the government of Malaysia….. the government of Malaysia has also helped us to provide funding for this project.” 

Pecah Tanah pada penghujung bulan November 2013.

KLiK untuk ke Youtube.

Baca juga – Enchant1MST – Kita WAJIB Bantah ! DiMana Suara Umat Islam ?

                                                    *************************

Saya masih mengharapkan rakan2 bloggers dan media sosial lain dapat turut sama memainkan isu ini tapi sehingga tengahmalam ini, langsung tidak ada seorang pun baik dari pro Umno maupun dari pro Pas yang ada menulis tentang perkara ini.

Entahlah …… mungkin saja mereka tidak baca dan tidak ambil pot isu2 selain dari isu politik. Kalaupun isu agama, ia harus punya sudut politik barulah ramai yang akan sambut. 

Agaknyalah kalau dalam isu Kalimah Allah, yang sibuk perjuangkan adalah orang Pas, rasanyalah, orang Umno akan ikut sama main tak ? Saja terfikir ……

HAKIKATNYA – isu ini tidak menarik minat mana2 bloggers AlifBaTa maupun bloggers Tahaluf Siyasi untuk perjuangkan dan saya takut isu ini akan tenggelam terus …… dan sedar2, akan terbangunlah Bandaraya Himpunan Agama Kafir yang UNIK dan TERBESAR di dunia di Tanah Melayu ini.

Dan akan terkenallah negara Islam moderate ini seantero dunia menjadi Tanah Haram bagi orang Bukan Islam seluruh dunia ! Berduyun2lah orang kafir datang melawat Malaysia untuk menunaikan ‘Haji’ mereka di Enchant1MST, Gambang Pahang ( baca sebagai pelancong yang membawa pendapatan hasil pelancungan ).

Mungkin orang Melayu waktu itu akan bertepuk sorak kegirangan menghulurkan kedua2 belah tangan menyambut kedatangan pelancung2‘Haji’ itu ….. siap dengan pukulan kompang dan tarian tradisional menyambut mereka di lapangan terbang.

Apakah kita mahu melihat senario itu berlaku ?

Saya TIDAK MAHU ! Tapi saya tidak boleh nak memaksa rakan2 supaya ikut sama membantah, itu hak masing2. Kalau mereka mahu memperlekehkan bantahan inipun, saya tidak boleh nak marah … hak masing2. Kalau mereka MAHU melihat senario diatas berlaku pun, saya boleh kata apa ?

Biarlah saya teruskan saja bantahan ini mengikut kemampuan saya, yakni menyeru melalui blog ini. Makanya disini saya MERAYU kepada semua pembaca agar dapat turut serta bersama saya MEMBANTAH projek mega ini.

Bersuaralah dan sebarkanlah bantahan ini di merata medium alternatif yang ada…. blog, FB, tweet, watsup … apa sajalah. Jangan tunggu para bloggers samada pro Umno maupun pro Pas yang ada untuk kedepan dalam isu ini, dalam kes ini kita yang harus bersuara dan desak mereka untuk kedepan !

Kita lakukan semampu kita ….. dan berdoalah semoga usaha kecil kita ini mampu menghasilkan sesuatu. InsyaAllah …. 

KOMEN : MARI KITA SAMA-SAMA SEBARKAN MAKLUMAT INI…… TERIMA KASIH…

Advertisements

PAU – Laluan berliku Naib Presiden

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my




JAWATAN Naib Presiden yang bakal diisi oleh tiga penyandang 19 Oktober depan adalah tiket laluan awal untuk parti, kerajaan dan rakyat mengukur potensi dan kewibawaan kepimpinan kanannya sebelum melangkah lebih jauh
Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tunku Abdul Rahman, beliau memilih Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu berada dalam kedudukan nombor tiga di barisan Naib Presiden, sebagai timbalannya. Apabila Dr. Ismail meninggal dunia, Tun Razak memilih Tun Hussein, juga Naib Presiden ketiga.
Tun Razak tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden. Begitu juga Almarhum Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi Presiden UMNO kedua, menggantikan Datuk Onn Jaafar pada 1951 dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu. Tun Razak pula terus ke jawatan Timbalan Presiden (1951-1971) selepas memenanginya dengan menewaskan dua calon lain.
Pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dua Naib Presiden yang paling kanan dan dua Naib Presiden nombor dua menjadi pilihannya untuk menyandang jawatan nombor dua. Ia meskipun sejarah sebelum itu membuktikan Naib Presiden nombor tiga termasuk Dr. Mahathir sendiri adalah mereka yang sentiasa bernasib baik.
Naib Presiden paling kanan yang dipilih Dr. Mahathir sebagai orang nombor dua ialah Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kedua-duanya tersadai di situ. Apabila Tun Ghafar Baba dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau adalah Naib Presiden nombor dua selepas Tengku Razaleigh Hamzah dan nombor tiga ketika itu ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu.
Dr. Mahathir, juga merupakan Naib Presiden nombor tiga apabila dilantik oleh Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mac 1976 berikutan kematian mengejut Razak. Pada hal ketika itu, Naib Presiden UMNO paling kanan ialah Ghafar, diikuti Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada 8 Januari 1999 pula, Dr Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga nombor dua selepas Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila tiba giliran Abdullah pula, beliau memilih Najib, Naib Presiden paling kanan sebagai timbalannya.
Pada 2009 itulah buat julung kali dalam sejarah UMNO, perwakilan menentukan sendiri siapa yang mereka mahu untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti. Ini bukan lagi secara tradisi dalam sejarah 63 tahun kewujudannya, apabila Presiden memilih timbalannya dalam kalangan tiga Naib Presiden tanpa mengira sama ada Naib Presiden paling kanan, kedua atau yang ketiga.
Pada ketika itu, Muhyiddin dari kerusi Naib Presiden menang menewaskan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Jawatan Timbalan Perdana Menteri mempunyai sejarah tersendiri dan sepanjang kewujudan jawatan itu, ia sudah disandang oleh sembilan pemimpin iaitu Tun Razak, Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr Mahathir, Musa, Ghafar, Anwar, Abdullah dan Najib.
Namun, untuk rekod, antara Naib Presiden yang pernah menjadi Timbalan Presiden ialah Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ghafar, Anwar, Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Antara mereka, cuma Tun Hussein, Dr. Mahathir, Abdullah dan Najib berjaya ke puncak dalam parti dan seterusnya menyandang jawatan Perdana Menteri.
Dr. Ismail yang dipilih Tun Razak sebagai timbalannya apabila dilantik sebagai Perdana Menteri kedua pada September 1970, bagaimanapun tidak sempat naik ke puncak kerana meninggal dunia disebabkan sakit jantung.
Laluan untuk Naib-naib Presiden sebelum ke puncak kuasa, penuh berliku.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kualiti pemimpin pengaruhi agenda transformasi negara

2013/09/25 – 08:50:25 AM Shamrahayu A Aziz                                            




Sabtu lalu meriah dengan pencalonan bagi pemilihan pimpinan UMNO. Sebagai parti utama dalam pentadbiran negara dan parti komponen paling berpengaruh dalam Barisan Nasional (BN), pemilihan kepemimpinan dalaman UMNO pada setiap tahun mendapat perhatian seluruh rakyat, bukan saja ahli UMNO. 

Pemilihan pimpinan UMNO kali ini adalah penting bagi menentukan kesinambungan penguasaan UMNO pada pilihan raya umum akan datang walaupun jika dihitung hari jalan ke Pilihan Raya Umum Ke-14 masih agak panjang, tetapi dalam penyampaian kepada rakyat dan pentadbiran negara, masa itu sangat singkat. 

Pada pemilihan kali ini perkara utama yang diuar-uarkan semua pihak ialah penyuburan demokrasi dalam UMNO. Walaupun kita sedia maklum dua jawatan tertinggi UMNO, iaitu presiden dan timbalan presiden UMNO tidak ada pertandingan, ini masih menggambarkan demokrasi yang begitu jelas dalam UMNO. Tiadanya pertandingan dalam dua jawatan tertinggi itu menunjukkan kematangan UMNO yang meletakkan kepercayaan tidak berbelah-bahagi kepada pucuk pimpinan. Keadaan ini boleh dilihat sebagai satu kekuatan dalaman parti. Walau pun pertandingan dibenarkan, ahli UMNO membiarkan dua jawatan itu tidak dipertandingkan. 

UMNO buka peluang bertanding 

Bercakap mengenai demokrasi, kita maklum bahawa UMNO membuka ruang yang luas kepada ahlinya untuk bertanding dalam apa juga jawatan. Demokrasi itu jelas sekali kerana tidak banyak ketua di peringkat bahagian menang tanpa bertanding. Sebaliknya, menarik juga untuk diperhatikan, ada ketua bahagian yang memberi laluan kepada calon lain. Perkara-perkara sebegini boleh dijadikan ruang mencari dan memberi manfaat kepada parti. 

Elemen demokrasi yang membuka peluang terbuka kepada semua, muka lama, muka baharu atau orang lama dan orang muda boleh menjadi petanda kepada kedinamikan UMNO dalam perubahan masyarakat dan tuntutan semasa. 

Demokrasi ini perlu dimanfaat sepenuhnya oleh ahli UMNO, sama ada mereka yang bertanding jawatan atau perwakilan yang memilih. Demokrasi dalam UMNO ini tidak harus semata-mata dijadikan medan menunjukkan kekuasaan dengan kebolehan memujuk perwakilan untuk mengundi, tetapi demokrasi ini harus dijadikan peluang untuk menambah baik parti serta memulihkan UMNO. 

Ramai daripada kalangan orang UMNO sendiri dan mereka di luar UMNO mahukan perubahan menyatakan keperluan kepemimpinan UMNO berubah, maka ruang demokrasi yang sebegini boleh digunakan untuk UMNO berubah. Ia memberi ruang pemilihan barisan kepemimpinan lebih baik kepada UMNO. Pemilihan kali ini juga perlu menjadi landasan kepada UMNO untuk memperbaiki kelemahan dalaman yang tidak sepatutnya menjadi beban kepada UMNO sebagai sebuah parti yang sudah berjaya sebelum ini. 

Kualiti pimpinan diutama 

Pemilihan kepemimpinan UMNO kali ini hendaklah bagi tujuan mendapatkan kepercayaan akar umbi dengan kebolehan penyampaian khidmat kepada rakyat. Bagi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat itu, maka pemilihan kepemimpinan UMNO ini juga hendaklah ditumpukan kepada kualiti pimpinan. Kepemimpinan dalam UMNO hendaklah mereka yang mempunyai ketinggian peribadi, bersifat amanah dan mempunyai amalan moral yang baik serta kebolehan profesionalisme yang tinggi. 

Sesungguhnya, perwakilan menggalas tanggungjawab ini, memilih bukan saja mereka yang mendapat mandat akar umbi, tetapi lebih utama ialah memilih barisan kepemimpinan yang mementingkan modal insan yang diredai Allah. UMNO perlu berganjak ke arah kepemimpinan seperti ini supaya bersesuaian dengan kemahuan kebanyakan khalayak 

Modal insan sebegini perlu bagi UMNO untuk melancarkan segala perancangan pucuk pimpinan parti, bagi pihak UMNO khususnya dan pemerintahan negara keseluruhannya. Sebagai parti berpengaruh dalam pemerintahan negara, kualiti kepemimpinan UMNO ini juga akan terkesan ke atas agenda transformasi negara. 

Pemimpin yang harus dipilih oleh perwakilan ialah mereka yang layak dan mampu mengekalkan perjuangan asal UMNO, iaitu menjaga kepentingan Melayu; dari segi kedudukan bangsanya, rajanya, ekonominya, kuasa politiknya dan juga bahasanya. Kepentingan memilih pemimpin tepat dalam UMNO yang akan menjadi pemangkin kepada kesinambungan kedudukan Melayu yang begitu penting dalam pembinaan tamadun tanah air tercinta ini. 

Oleh itu, pemilihan pimpinan UMNO kali ini bukan hanya untuk ‘memilih,’ tetapi pada masa sama hendaklah menjadi satu acara bagi ‘memulihkan’ UMNO.

RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN JENAYAH 2013

Penjenayah boleh ditahan 2 tahun
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KANUN KESEKSAAN (PIN.) 2013 – BENDERA

Hukuman tidak iktiraf Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Mana-mana pihak yang menggunakan, mengiktiraf serta mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia sebenar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Peruntukan undang-undang itu terkandung dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan buat kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut rang undang-undang itu, mana-mana pihak yang berbuat demikian telah melakukan satu kesalahan dan pindaan tersebut juga melibatkan bendera-bendera rasmi semua negeri di negara ini.
Selain itu, seksyen sama turut memperuntuk hukuman kepada mereka yang didapati mencacatkan, membakar, menghina, memusnahkan, meletakkan di atas lantai atau tanah serta mempersoalkan dengan niat untuk tidak menghormati mana-mana lambang dan bendera negara-negara asing.
Jika sabit kesalahan, mereka yang melakukan perbuatan itu juga boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda.







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20130926/pa_02/Hukuman-tidak-iktiraf-Jalur-Gemilang#ixzz2fyYbuCH4 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KANUN KESEKSAAN (PIN.) 2013

Hukuman rogol 30 tahun

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang serta mencederakan pasangan masing-masing (suami isteri) akan dikenakan hukuman lebih berat sebaik sahaja Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan kali pertama mula dikuatkuasakan.  Rang undang-undang itu dibaca Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam kategori kesalahan seksual, rang undang-undang itu memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun berbanding 20 tahun ketika ini selain kadar penjara minimum dinaikkan dari lima tahun kepada 10 tahun.
Antara kesalahan seksual yang boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun adalah rogol secara berkumpulan, sumbang mahram dan rogol menggunakan apa-apa objek.
Bagi kesalahan rogol secara berkumpulan yang merupakan seksyen baharu (375B), mereka yang disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun.
Bagi kesalahan sumbang mahram yang sebelum ini jika sabit kesalahan akan dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, rang undang-undang itu menetapkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Rang undang-undang itu turut meminda seksyen 377E bertujuan menaikkan kadar hukuman menghasut kanak-kanak melakukan perbuatan kelucahan melampau daripada penjara sehingga lima tahun kepada penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 15 tahun.
Bagi kategori jenayah terancang, rang undang-undang itu menaikkan kadar hukuman daripada penjara maksimum lima tahun penjara kepada 20 tahun.
Fasal tiga di dalam rang undang-undang itu juga memasukkan seksyen baharu 75A iaitu peruntukan bagi penjara mandatori tidak kurang daripada dua kali ganda tempoh lebih panjang untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan berat.
Rang undang-udang itu turut diperuntukkan seksyen baharu 130QA berkaitan kesalahan membantu gerakan keganasan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan tidak lebih tujuh tahun dan tidak kurang 30 tahun serta boleh dikenakan denda.
Rang undang-undang itu turut memasukkan seksyen baharu 326 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali terhadap pasangan yang menggunakan jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20130926/pa_01/Hukuman-rogol-30-tahun#ixzz2fyUZsrTX © Utusan Melayu (M) Bhd 


Siapa mengalah, siapa bertahan


Oleh ZULKIFLI JALIL

 
 
Tempoh bertenang 72 jam akan tamat pada pukul 5 petang hari ini. Siapakah daripada senarai khususnya 261 mereka yang menyerahkan borang pencalonan peringkat UMNO Pusat Sabtu lalu, bakal menarik diri akan diketahui selepas 5 petang ini. Dan berkemungkinan diumumkan secara rasmi esok (Rabu 25 September).
 
Adakah terdapat calon Naib Presiden daripada enam orang akan menarik balik pencalonan mereka? Tetapi bagi yang mahu menjadikan kerjaya politik darah daging mereka akan terus bertahan dan kekal dalam senarai sehingga ke hujung bulan ini dan 19 Oktober nanti.
 
Kelmarin, Ahad 22 September, penulis sempat menghubungi seorang pegawai di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn mengenai perkembangan semasa pencalonan.
 
Katanya: “Saya terima banyak panggilan daripada individu tentang bagaimana cara hendak menarik diri. Ini bukan setakat yang bertanding di Pusat sahaja (MT dan sayap-sayap parti) tetapi banyak juga di peringkat bahagian.
 
“Cara nak tarik diri mudah sahaja, iaitu sama ada anda menelefon ibu pejabat UMNO memaklumkannya. Atau bercakap secara terbuka kepada media dan disiarkan percakapan itu. Jika itu dibuat, penarikan diri diterima secara rasmi oleh ibu pejabat parti,” kata pegawai itu kepada penulis.
 
Apa pun kepada yang empunya diri, tanyalah diri sendiri adakah anda mahu mencapai sasaran selepas melalui pelbagai perjuangan dan persaingan.
 
Bagi kebanyakan menteri UMNO, mereka akan menawarkan diri untuk kerusi-kerusi Majlis Tertinggi, badan tertinggi pentadbiran parti itu. Jika seorang menteri gagal memenangi kerusi di dalamnya, maka kedudukan beliau dalam Kabinet hanya menunggu masa sahaja.
 
Secara umumnya, satu atau dua dekad lalu, andaian ini boleh dianggap benar. Sebagai satu amalan, seorang yang bukan ahli MT jarang diberi peluang untuk berkhidmat dalam Kabinet. Dalam Kabinet Pak Lah, terdapat hanya empat menteri UMNO yang bukan ahli MT parti. MT adalah satu forum di mana dasar-dasar parti yang penting dibincangkan.
 
Kedudukan menteri-menteri seperti Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Dr. Rais Yatim merupakan pengecualian daripada kelaziman ini. Ini kerana selepas tewas pertandingan merebut kedudukan Naib Presiden pada tahun 2000, kedua-dua menteri ini tidak lagi menjadi ahli MT sejak 1999 hingga 2004.
 
Pernah di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri yang tewas atau tidak bertanding dalam pemilihan parti pada Mac 2009, telah dilantik oleh Presiden untuk duduk di dalam MT. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Rais dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, antara yang termasuk dalam kategori ini.
 
Baik Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Najib tidak menganggap ia mustahak untuk memberi isyarat kepada menteri-menteri bukan ahli MT, iaitu jika mereka mahu kekal sebagai anggota Kabinet, mereka mesti menang kerusi MT.
 
Mungkin pemimpin-pemimpin ini sedar bahawa ahli-ahli Kabinet yang telah cuba dan gagal dalam usaha mereka untuk mendapatkan kedudukan dalam MT, keperluan untuk menggantikan mereka tidak timbul.
 
Sebaliknya, jika ini dijadikan dasar, ia mungkin keras dan boleh menjejaskan gabungan yang sihat, yang benar-benar berkebolehan. Tetapi corak ini nampaknya tidak diguna pakai dalam proses lantikan menteri-menteri daripada parti-parti komponen BN lain.
 
Semua menteri mewakili MCA, MIC, SUPP dan lain-lain dalam keluarga BN memegang jawatan-jawatan penting dalam parti.
 
Tanpa segan-silu, ia perlu dinyatakan, tanpa kedudukan parti yang diperlukan, menteri-menteri bukan ahli MT UMNO akan terasa janggal bila menghadapi isu-isu politik yang membabitkan orang Melayu. Menteri-menteri dalam kalangan ini, diakui tidak akan mencapai tahap optimum dalam kepimpinan kerajaan, walaupun cemerlang dalam portfolio tertentu.
 
Seseorang perlu menjadi orang penting dalam parti jika beliau ingin menerajui kerajaan.  Pencapaian menjadi seorang menteri sudah memadai bagi ahli-ahli politik biasa. Tetapi sekiranya seseorang itu berkaliber, terkenal dalam kalangan akar umbi dengan mempunyai kemahiran dalam komunikasi yang berkesan, pemidato yang hebat dan dilihat sebagai seorang pekerja atau pembekal perkhidmatan, maka peluang untuk menaiki tangga politik dijangka berhasil.  Ketangkasan politik mesti wujud di dalam diri anda.
 
Sudah tentu, yang ironinya jika pekerjaan sebagai ahli politik itu membebankan, mengapa 261 bakal calon mahu terus menggapai cita-cita dalam politik? Dan terus menceburi politik?
 
Satu soalan yang baik, tetapi ia mungkin akan peroleh jawapan yang sebaliknya kerana ia tidak mempunyai penjelasan yang rasional. Boleh dikatakan ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Jika anda mempunyai adrenalin politik, ia akan mengalir keluar untuk mencari tahap dan bentuknya sendiri.
 
Walau apa pun, seseorang itu akan terjerumus dalam sistemnya selepas beberapa ketika. Biasanya, seseorang ahli politik dengan bersahaja akan berkata, “Ia adalah dari gerak hati”.
 
Edmund Burke seperti yang dipetik dari The Oxford Dictionary of Quotations (3rd.Edn) 1980, mempunyai alasan yang baik apabila beliau berkata: “Setiap ahli politik kena berkorban kepada limpah kurnia Tuhan dan mematuhi pemikiran/kemunasabahan (Every politician ought to sacrifice to the grace, and to join compliance with reason).
 
Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan orang ramai yang kadang kala berkata bahawa politik itu adalah perkara sambilan bagi seseorang yang meminati bidang politik.
 
Dia sewajarnya seorang yang mempunyai sifat reaksioner untuk bertahan dalam keperitan kerja-kerja rutinnya.
 
Cooling off period akan tamat 5 petang ini. Siapakah ahli politik yang mendambakan apa yang dihasratkan oleh Burke.
 
Dan siapakah yang akan mengalah meskipun keterbukaan UMNO menerusi pindaan perlembagaan 2009 yang menghapuskan kuota kelayakan, telah membuka peluang dan ruang selebar-lebarnya untuk mereka membuktikan diri sebagai ahli politik tulen.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130924/re_01/Siapa-mengalah-siapa-bertahan#ixzz2fmBagm1X
© Utusan Melayu (M) Bhd

Naufal Muzir

Biar tak ramai kawan jangan ramai musuh.love my country, говорить через социальные медиа

naxxone84

Luahan Kejam Nukilan Jiwa

jebatmustdie

This site is dedicated to opinion pieces by pundits and the intelligentsia; mostly on politics and socio-economics

SPM Soalan

All SPM Info, Trial, HOTS/KBAT and Past Years Papers

MUAFAKAT

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Piglove

Adventures of Bacon and Friends

theratuvendor's Blog

beauty stop & FIXI's novel lover

Evil Joy Speaks

Orang Biasa Aje. Pentingnya Mencari kebenaran Dalam Melayari Kehidupan Sebagai Insan Kamil

records with merritt

Curate Your Vinyl Collection Here

My little journal

A personal blog about my family, cooking adventures, and crafts.

Coach Daddy

It's about fatherhood, futbol, and food.

Abby Has Issues

I have issues. So do you.

Karim's Blog

will blog anything for the betterment

Gelagat Anwar

Fikir Masak Masak

Your Well Wisher Program

Attempt to solve commonly known problems…