NAK JAGA PERIUK NASI JADILAH MEREKA SETAN BISU

Ulama Pas perlu berani
DARI UTUSAN MALAYSIA
16/10/2012

IPOH 15 Okt. – Tokoh-tokoh ulama dalam Pas digesa agar berani bersuara untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang supaya tidak terus disesatkan serta diperkudakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, dalam banyak isu berkaitan akidah termasuk penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, Pas sanggup mengetepikan kepentingan agama semata-mata kerana mahu berkuasa.
Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, sama seperti bapa saudara Nabi Muhammad SAW, ulama-ulama Pas sanggup menolak kebenaran hanya kerana takut dicemuh dan hilang jawatan.
“Kita minta ulama-ulama dalam Pas seperti Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Haron Din; bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib untuk membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang.
“Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad juga kata Pas sudah tersasar daripada perjuangan asalnya kerana parti itu ditubuhkan sebab hendak buat negara Islam dan hudud,” katanya semasa berceramah di hadapan lebih 3,000 orang pada program Rapat Umum Perkasa Perak di padang Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, di sini malam tadi.
Selain Zulkifli, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR turut berceramah dalam program itu.
Zulkifli juga berkata, orang Melayu tidak boleh bergantung harap kepada Pas untuk membela Islam dan kepentingan Melayu kerana parti itu bukan dominan di dalam pakatan pembangkang.
Katanya, ia boleh dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah terpaksa membatalkan hasrat merobohkan sebuah rumah penyembelihan babi di sebuah kampung Melayu hanya kerana desakan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.
““Kalau betul Pas dominan, tidak akan berlaku apa yang terjadi kepada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali yang dipecat kerana hendak selamatkan akidah umat Islam,” ujarnya.
Dalam ceramah tersebut, beliau turut mendedahkan pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau juga memberitahu, DAP semakin lantang berani mempersoalkan kedudukan agama Islam dan orang Melayu di negara ini kerana mendapat sokongan daripada Anwar dan golongan ‘Anwarinas’ di dalam Pas.
Sementara itu, pada sidang akhbar selepas program itu, Zulkifli memberitahu, beliau mendapat maklumat akan berlaku satu kejutan tidak lama lagi.

JAWATAN DI PEGANG SAMPAI MATI

‘Berundur ketika masih kuat’

KOTA BHARU 15 Okt. – Seorang wakil rakyat Pas Kelantan hari ini menyuarakan dengan beraninya meminta pemimpin parti itu berundur ketika mereka masih kuat dan memberi laluan kepada barisan muda meneruskan kepimpinan ulama yang menjadi asas kepimpinan parti itu.
Sambil melahirkan kebimbangannya terhadap keadaan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur dan tidak sihat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed berkata, pemimpin Pas tidak wajar ‘melepaskan baton’ hanya selepas mereka ‘lenguh di tengah jalan.’
Beliau sendiri yang telah tiga penggal menjadi wakil rakyat Pas kawasan itu turut menyatakan kesediaan untuk berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih bagus.
“Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?
“Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat.
“Di Gaal, tidak ada orang bertanding lebih sepenggal tetapi saya tiga penggal. Maka tiba masanya untuk saya berundur diri, inilah kelebihan yang ada pada kepemimpinan Pas. Kita lihat keupayaan kita, kita lihat ada orang lebih bagus untuk mengganti, alhamdulillah, serah baton kepada orang lain ketika kita masih kuat lagi. Ini dah mual, lenguh tepi jalan dah, baru nak lepas baton,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Nik Mazian yang juga bekas Exco Kerajaan Pas Kelantan turut menggariskan ciri-ciri seorang pemimpin yang sepatutnya dipilih sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang iaitu berilmu, amanah, memahami Islam dan mempunyai sikap takut kepada Allah.
Selain itu, katanya, mereka juga hendaklah ikhlas dan tidak bersikap boros, tamak, mengambil rasuah, bohong dan bermacam-macam penyakit manusia yang tidak mempunyai pegangan agama.
Beliau secara bersahaja turut mencadangkan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencalonkan golongan ustaz untuk bertanding menentang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan beliau sendiri.
Mengenai tindakan Kerajaan Pas Kelantan memasukkan wang tuntutan royalti petroleum sebanyak RM200 juta dalam bajet tahun hadapan, wakil rakyat Pas itu berpendapat, ia banyak bergantung kepada Kerajaan Pusat.
“Kita tahu kita banyak bergantung kepada Kerajaan Pusat untuk menentukan dapat royalti atau pun tidak. Ini suatu yang besar, RM200 juta hasil yang kita katakan adalah hasil daripada bumi kita.
“Sedangkan kita tahu selama ini kita tidak diberikan hak itu oleh Kerajaan Persekutuan, dengan bermacam-macam hujah dan mungkin hujah itu betul juga, kita tak tahu mungkin betul.
“Royalti ini harus diberikan kepada Kelantan, harus dipergunakan untuk kebajikan rakyat Kelantan dan keputusannya dibincangkan dalam dewan ini,” katanya.

KOMEN : MANA MUNGKIN DIA LETAK DAN LEPASKAN JAWATAN SELAGI ANWAR TAK JADI PM… SAMPAI KUCNIG BERTANDUKLAH KALAU NAK TUNGGU DIA PENCEN….

Tangani pluralisme, liberalisme

Muhyiddin Yassin hadir menyempurnakan perasmian Seminar Dakwah Nasional 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Seminar, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad (kiri). – UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyebaran fahaman pluralisme agama dan liberalisme merupakan satu cabaran serta ancaman yang melanda umat Islam pada masa kini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, fahaman tersebut menganjurkan pengikutnya terutama umat Islam membebaskan diri daripada kepercayaan serta peraturan yang menjadi asas keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Beliau berkata, pendokong fahaman itu menghalalkan pergaulan bebas, perkahwinan sejenis, perbuatan murtad dan segala bentuk kemungkaran lain yang kononnya atas nama kebebasan individu dan hak asasi manusia.
Katanya, fahaman ini jika dibiarkan menular akan menyebabkan berlakunya keadaan yang mana masyarakat tidak lagi menjalani kehidupan berasaskan panduan dan pedoman agama.
”Syariat Islam yang menekankan ketertiban dalam hubungan antara individu, keluarga, masyarakat dan negara tidak lagi dipatuhi malah dianggap sesuatu yang lapuk dan mengekang kebebasan.
“Bagi mereka yang mendokong fahaman ini, manusia boleh percaya apa sahaja dan melakukan apa sahaja, asalkan menepati cita rasa dan selera individu,” katanya ketika merasmikan Seminar Dakwah Nasional di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Seminar yang akan berakhir esok itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).
Muhyiddin seterusnya memberitahu, dalam menghadapi cabaran tersebut, mahu tidak mahu gerakan dakwah di negara ini terpaksa menggalas tugas besar.
“Para pendakwah perlu memberikan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat supaya mereka tidak mudah terkeliru dengan fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
“Untuk itu, gerakan dakwah perlu diperkasakan. Para ulama, ilmuan Islam dan pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam perlu tampil membantu memperkasakan kegiatan dakwah negara kita. Seluruh kekuatan gerakan dakwah perlu digembleng untuk menghadapi cabaran pemikiran dan akidah yang sedang melanda umat pada masa ini,” ujar beliau.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan di Malaysia jauh berbeza dengan beberapa negara yang mengamalkan dasar sekular iaitu gerakan dakwah di negara-negara terbabit sering ditekan oleh pihak pemerintah hingga menyebabkan berlaku ketidakstabilan dan kekacauan.
Beliau berkata, akibatnya juga syiar Islam tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna, pembangunan umat terabai dan umat Islam hidup dalam suasana tertekan.
Situasi itu katanya, menyebabkan wujud jurang yang besar antara gerakan dakwah dan pemerintah, akhirnya merugikan umat Islam.
“Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Sebaliknya jalinan hubungan yang akrab antara gerakan dakwah dan kerajaan telah membolehkan syiar Islam berkembang pesat di negara kita sekali gus pembangunan umat dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Mendepani gejala murtad

pengabdian diri hanya kepada Allah semata-mata. – Gambar hiasan

DALAM kehidupan seseorang insan pendidikan sangat penting untuk menjadikan hati dan diri seseorang itu sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T. Tanpa didikan yang betul dan berterusan seseorang itu mungkin boleh terpesong daripada akidah yang menyebabkan dirinya murtad.
Pendidikan akidah secara berterusan dapat menjadi benteng kepada gejala sosial dan masalah murtad dalam kalangan umat Islam. Akidah dalam basa Arab menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga dapat difahami sebagai kepercayaan, keyakinan yang kuat kepada Allah.
Manakala murtad dapat difahami sebagai perbuatan orang yang telah mengucap dua kalimah syahadat , atau orang yang keturunan Islam kemudian melakukan sesuatu yang menyebabkan kekafiran. Seperti sujud kepada berhala secara sukarela. Menghinakan sesuatu yang dilarang oleh Allah S.W.T, seperti nama-nama Allah S.W.T, sifat-sifat Allah S.W.T, al-Quran, hadis, hukum syarak, rasul-rasul dan sebagainya.
Sesungguhnya seperti dalam kalimah syahadat, “Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan atau pesuruh Allah,” merupakan sumber kesatuan umat Islam. Apabila seseorang mengucapkan kalimat ini dan dia tidak melanggarnya, maka sejak waktu itu dia merupakan bahagian yang tidak dipisahkan daripada umat Islam.
Oleh itu, dengan sendirinya orang-orang yang masih berada di luar Islam, mereka tidak termasuk bahagian daripada umat Islam ini. Tokoh Islam, Said Hawwa menjelaskan bahawa, orang yang menyatakan dirinya masuk Islam akan pasrah dan mengarahkan dirinya hanya kepada Allah S.W.T, mengikut petunjuk-petunjuk Rasulullah S.A.W yang bererti dia telah menyatakan dirinya untuk terus mengabdi kepada Allah S.W.T dan dengan sendirinya terbebas daripada segala macam bentuk pengabdian kepada yang lain.
Kesatuan akidah sangat penting bagi menghindarkan seseorang daripada unsur-unsur yang membawa kepada murtad. Selain itu, akidah juga boleh menjadi benteng kepada segala ancaman gejala sosial pada masa kini, khususnya kepada kalangan remaja dan generasi muda.
Kita memahami bahawa, semua manusia diciptakan oleh Allah SWT dan sebagai umat Islam adalah untuk beribadat kepada-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (adz-Dzaariyaat: 56)
Mengabdikan diri bermaksud beribadat kepada Allah SWT dan tidak kepada yang lain. Bagi makhluk yang ingkar dan tidak patuh, sudah tentulah akan mendapat balasan daripada-Nya.
Justeru, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Umat terdahulu selamat (jaya) kerana teguhnya keyakinan dan zuhud. Manakala umat terakhir kelak akan binasa kerana kebakhilan (harta dan jiwa) dan cita-cita yang kosong.” (Ibnu Abi Ad dunia).
Lantaran itu, pendidikan akidah adalah teras penting untuk menanamkan keyakinan kepada manusia terhadap keesaan Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya, menjadi insan soleh yang mendekatkan diri kepada Allah dan merealisasikan segala tujuan hidup di dunia ini.
Oleh itu, dalam mempelajari akidah, ibu bapa dan guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran supaya anak-anak atau pelajar lebih menghayati tujuan mempelajarinya. Pendidikan akidah adalah teras penting yang perlu dididik kepada seseorang sejak seseorang itu masih kecil lagi.
Imam al-Ghazali menegaskan, pendidikan akidah ini menjadi asas kepada keimanan dan keyakinan manusia terhadap keesaan Allah yang merupakan asas kepada segala ilmu. Menurutnya, “Mencintai dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah. Barang siapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, nescaya dilindungi Allah sampai dia kembali.

Jangan lupa jasa kerajaan

Dr. Mahathir menandatangani autograf pada buku salah seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), ketika hadir pada majlis Sarapan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran Alumni MOZAC di Melaka, semalam. – BERNAMA

MELAKA 8 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang terhadap sikap segelintir generasi muda Melayu yang semakin tidak menghargai jasa kerajaan dalam memberi nikmat serta keselesaan kepada mereka.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal tersebut dibuktikan apabila ramai di antara golongan berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang mereka peroleh, sebaliknya menuduh kerajaan sebagai penindas.
“Contohnya pelajar yang dihantar belajar ke luar negara, bila pulang ke tanah air menolak orang yang memberi nikmat kepada mereka iaitu kerajaan yang dikatakan tidak adil, tidak liberal serta menindas orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato pada majlis sarapan bersama Alumni Sekolah Menengah Sains (SMS) Muzaffar Syah dari 1982 hingga 1986, di Hotel Equatorial, Banda Hilir hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, hal demikian wujud disebabkan sikap sesetengah ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka dengan nilai-nilai sebelum menghantar mereka ke luar negara.
“Pelajar-pelajar Melayu yang dihantar ke luar negara sepatutnya disemai dengan nilai positif selain mempelajari sejarah agar dapat mempertahankan diri daripada pengaruh negatif. Dengan mendalami sejarah umpamanya dapat membantu kita supaya tidak lupa kepada asal usul.
“Jika kita bersyukur, maka kita akan mendapat lebih banyak nikmat. Atas sebab itu kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya,” katanya.
Jelas beliau lagi, ramai generasi muda masa kini sangat mudah terpengaruh dengan anasir negatif sehingga ada yang gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.
“Daripada segi ilmu dan pengetahuan, generasi berkenaan memang boleh membangunkan negara kerana dilengkapi pengetahuan dalam segala hal.
“Namun, selain daripada ilmu, nilai moral adalah lebih penting kerana ilmu sahaja tidak akan membentuk mereka menjadi seorang yang baik. Ilmu sahaja tidak menjamin generasi muda akan datang berupaya memimpin kemajuan negara,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pembangunan dan keharmonian yang dikecapi hari ini tidak akan dinikmati jika rakyat hidup dalam suasana bertelagah dan berpecah-belah sehingga menimbulkan ketegangan.

DAKWA DARI KEPALA SAMPAI KE EKOR LAH

Dakwa segera pencipta fitnah Scorpene

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak mengambil tindakan terhadap pihak yang mencipta fitnah berhubung perbicaraan dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa tindakan sewajarnya diambil terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan isu berkenaan dalam ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan beliau bagi memfitnah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka turut meminta agar pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menjadi arkitek kepada fitnah berkenaan diharamkan kerana mengada-adakan isu perbicaraan yang kononnya sedang berlangsung di Perancis.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pihak berkuasa harus bertindak memandangkan isu ini berkait rapat dengan maruah Malaysia dan rakyatnya di mata dunia, terutama dalam kalangan negara maju.
Katanya, pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di negara itu sebenarnya tidak berlaku itu, harus dipuji.
“Pengakuan Charpanel sekali gus menepis fitnah, tanggapan dan persepsi yang cuba diwujudkan Suaram serta parti-parti pembangkang terhadap Perdana Menteri demi matlamat politik sempit mereka semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Charpenel menafikan laporan-laporan media yang disebar oleh beberapa portal berita dalam talian Malaysia berhubung perbicaraan berkenaan tentang dakwaan isu kapal selam Scorpene. Beliau berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.
“Saya sedar tentang semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata, ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media,” katanya.
Jelas Hamidzun, rakyat Malaysia berasa lega dengan kenyataan Charpenel yang membuktikan urusan pembelian peralatan ketenteraan oleh kerajaan adalah telus dan tidak meragukan.
“
Kenyataan daripada wakil Perancis ini sangat positif dan akan melonjakkan lagi imej Perdana Menteri sebagai pengamal nilai ketelusan, amanah dan keadilan terhadap segala urusan pentadbiran beliau,” ujarnya.
Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip pula yakin kenyataan Charpenel itu akan meresahkan pakatan pembangkang yang kini merasakan mereka tergugat akibat tindakan jahat mereka sendiri dalam meracuni pemikiran rakyat.
Menurut beliau, pembangkang pasti akan mendakwa pula Charpenel merupakan tali barut atau perkakas yang digerakkan BN atau UMNO untuk mengaburi rakyat, seperti pernah mereka lakukan pada isu-isu lain yang tidak memihak kepada mereka.
“
Selama ini, Suaram dan pembangkang galak membuat perbicaraan sendiri di dalam portal-portal berita bagi mengelirukan rakyat, namun telah gagal. Mereka pastinya patah hati kerana rancangan mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia rosak teruk, yang terdedah hanya keburukan mereka sendiri,” kata beliau.
Perkara sama turut ditekankan Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli yang menyifatkan pendedahan Charpenel sebagai cerminan kepada sikap buruk pembangkang dan ketuanya, Anwar.
KOMEN : SAMPAI BILA KITA NAK BERTOLAK ANSUR DENGAN MEREKA YANG SUKA MENABUR FITNAH… JANGAN TUNGGU NEGARA HANCUR BARU NAK BERTINDAK…

Shahnon sedar hakikat perjuangan Pas – Dr. M

DARI UTUSAN MALAYSIA
10/10/12

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Tindakan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad mempertikaikan perjuangan Pas yang kini bersama dengan DAP, menunjukkan parti itu telah tersasar jauh daripada menuntut penubuhan sebuah negara Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Sasterawan Negara tersebut telah sedar tentang hakikat Pas yang semakin tersasar daripada perjuangan menegakkan Islam gara-gara terlalu tunduk dengan kehendak DAP.
Menurutnya, Shahnon kini dapat melihat matlamat sebenar Pas dalam pakatan pembangkang.
“
Saya fikir Shahnon sudah sedar tentang apa yang Pas lakukan. Walaupun beliau tidak sihat, saya fikir Shahnon terpaksa nyatakan juga pendapatnya yang sebenar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sijil perkhidmatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan IJN Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari. Dr. Mahathir mengulas kenyataan Shahnon semalam tentang perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.
Menurut Shahnon, tindakan Pas menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berupaya menarik sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
“Saya berpandangan bajet tersebut memang baik dan boleh meningkatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan,” ujarnya.
Mengulas kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menyifatkan beliau sebagai nyanyuk, Dr. Mahathir memberitahu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berhak untuk berkata apa sahaja.

KOMEN : SEBENARNYA DARI DULU LAGI DI BERJUANG MENGGUNAKAN LANDASAN YANG SALAH….