AJARAN SIAPA YA?

Bantah tetapi tak tolak habuan
KUALA KRAU 17 Mei – Dulu dua peneroka ini adalah antara lapan orang yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB). Namun hari ini, mereka menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang mereka lontarkan sebelum ini apabila tampil mengambil cek durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000.
Dua peneroka berkenaan ialah Abdullah Mohd., 60, dari Rancangan Jengka 15 dan Idris Mat Sah, 61, dari Jengka 14.
Abdullah mengambil cek tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari manakala Idris pada pukul 2.30 petang.
Menariknya, ‘modus operandi’ mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke Pejabat Pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa. Seperti ‘malu-malu tetapi mahu’, pelbagai alasan diberikan termasuk mempunyai urusan lain untuk membolehkan mereka segera meninggalkan pejabat pengurus.
Bagaimanapun, Abdullah masih sempat ‘ditarbiah’ terlebih dahulu ketika mengambil cek berkenaan oleh Pengurus Jengka 15, Ab. Rasib Che Awang. Abdullah diingatkan supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku supaya tidak mendengar dakwaan dan fitnah pihak luar.
Peneroka itu yang juga seorang pemilik kedai barang binaan turut diingatkan bahawa Felda tidak menipu peneroka selepas pembangkang mendakwa wang tersebut hanya janji kosong.
Di Jengka 14 pula, situasi mencuit hati berlaku apabila Idris pada mulanya buat-buat bertanyakan wang lebihan hasil sebaik sahaja datang ke pejabat pengurus. Seakan menyedari tidak ramai mata yang melihat, Idris yang datang bersama-sama seorang rakan sealirannya cepat-cepat bertanyakan cek durian runtuh.
Sementara menunggu proses menandatangani dokumen berkaitan, mereka sempat ‘dibasuh’ berhubung kesilapan menghalang penyenaraian FGVHB.
Abdullah dan Idris dijemput mengambil cek durian runtuh fasa pertama itu pada majlis penyerahan semalam yang disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said. Namun kedua-duanya bersama tiga lagi peneroka Jengka 15 yang turut memfailkan injunksi menghalang penyenaraian FGVH, tidak hadir.
Sebelum ini terdapat lapan peneroka iaitu lima dari Jengka 15, dan masing-masing seorang dari Jengka 14, Jengka 4 dan Jengka 17 memfailkan injunksi berkenaan.
Namun bagi penyerahan cek durian runtuh fasa pertama itu, hanya enam yang terlibat manakala dua lagi iaitu Rokiah Sulong dari Jengka 15 terlibat untuk fasa kedua manakala Rosdi Ismail juga dari rancangan sama merupakan penerima fasa ketiga.
Sehingga pejabat pengurus Jengka 15 ditutup pada pukul 5 petang ini, dua peneroka lain belum mengambil cek berkenaan iaitu Alias Ibrahim dan Abd. Rahim Abd. Rahman. Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, cek kepada dua peneroka dari Jengka 17 dan 4 boleh diambil pada majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Kepada dua peneroka Jengka 15 itu yang belum mengambil cek, mereka boleh datang ke pejabat pengurus untuk mengambilnya,” katanya.

KOMEN : REZEKI MEREKA AMBIL, BANGKANG TETAP BANGKANG, UNDI PAS MASUK SYURGA… AJARAN SESAT SIAPA TU?… SAMAN AJE MANUSIA YANG TAK SEDAR DIRI NI… MACAM PENYAMUN…

AGAK-AGAK YANG SOKONG PEMBANGKANG AMBIL TAK??

RM15,000 setiap keluarga

Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor memegang replika cek RM1.6 bilion bersama ketua-ketua peneroka Felda pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka Lapan, Jerantut, Pahang, semalam. Turut hadir Adnan Yaakob, Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Maslan dan Isa Samad. – BERNAMA

JERANTUT 8 Mei – Kira-kira 112,000 warga peneroka Felda hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian durian runtuh itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama, setiap ketua keluarga akan menerima RM5,000 seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.715 juta.
Untuk pemberian fasa kedua, katanya, sebanyak RM5,000 lagi akan diagihkan kepada isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang diberikan oleh golongan tersebut.
Bagi fasa ketiga pula, menurutnya, sebanyak RM5,000 lagi akan diberikan kepada generasi kedua Felda bagi membolehkan bukan sahaja suami malah isteri dan anak warga peneroka juga menerima durian runtuh tersebut.
“Durian runtuh ini adalah lebih hebat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ini bukan BR1M tetapi ‘broomm’ macam bunyi seperti kereta ‘broomm.’
“Bukan sahaja generasi pertama Felda dapat, isteri juga dapat dan anak-anak mereka juga dapat,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka sempena Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Najib berkata, durian runtuh itu tidak berakhir begitu sahaja kerana ada pula ‘durian gugur’ iaitu tabung amanah, ‘blue form’ atau borang biru untuk saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada warga peneroka dan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membaik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.
Beliau berkata, untuk tabung amanah, sebanyak 20 peratus saham FGVH akan dimasukkan ke dalam tabung milik warga peneroka tersebut.
“Kalau FGVH dapat untung RM1.5 bilion seperti mana kita jangka tahun ini, tahun depan tolak cukai dan sebagainya maka setiap warga peneroka akan menerima RM1,331 sebagai tambahan kepada durian runtuh,” katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, kakitangan Felda juga tidak dilupakan apabila mereka akan diberikan ‘pink form’ atau borang merah jambu saham serta mendapat bonus khas petugas Felda sebanyak dua bulan setengah.
“Durian runtuh dan durian gugur ini sebenarnya begitu luas pengertiannya, bukan sahaja peneroka, isteri, anak peneroka dan petugas Felda mendapat faedah malah kampung-kampung lama dan tradisional juga dapat.
“Inilah kejayaan kita (kerajaan) menguruskan Felda dan negara dan buktinya durian runtuh dan durian gugur ini dapat diberikan,” katanya yang selepas itu mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir pada program tersebut.
Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Perdana Menteri berkata, pemberian fasa pertama durian runtuh itu akan diberikan bermula hari ini dan dijangka selesai dalam masa dua ke tiga minggu.
“Fasa kedua akan saya umumkan selepas pemberian fasa pertama selesai dan fasa ketiga akan diberikan selepas penyenaraian FGVH. Ia akan disampaikan oleh jentera Felda dan wakil-wakil rakyat di setiap kawasan,” katanya.
KOMEN : KALAU TAK MALU AMBILLAH RM15,000 TU, BANYAK….TU… MEREKA AKAN GUNAKAN FATWA NIK AZIZ… KERAJAAN BN BAGI AMBIL, TAPI UNDI PAS… MASUK SYURGA NIK AZIZ….