KUASA UNDI SURVIVAL POLITIK

ZULKIFLI JALIL | 01 Oktober 2015 1:05 AM
KUASA sebagai pengundi menjadi penentu sur vival mana-mana par ti politik terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadual berlangsung pada 2018. – GAMBAR HIASAN/BERNAMA
DALAM sibuk-sibuk berhimpun, sampai lupa ‘dunia’ realiti. ‘Dunia’ realiti yang dimaksudkan penulis adalah ‘sudahkah mendaftar sebagai pe­ngun­di buat mereka yang berhimpun sama ada dalam himpunan berpermit mahupun sekadar demonstrasi jalanan?
Berhimpun dalam situasi sekarang dalam maksud yang hampir adalah kecenderungan kepada politik, tidak kiralah memihak parti kerajaan atau pembangkang. Tiada gunanya sekumpulan besar orang berhimpun kalau nama mereka pun tidak tersenarai pengundi berdaftar.
Dalam konteks ini, izinkan penulis menggamit perhatian orang Melayu termasuk orang UMNO betapa kuasa atas kertas undi lebih bernilai dan realistik berbanding apa sahaja perlakuan berpolitik. Kuasa pengundi berada di tempat pertama berbanding perbuatan atau pe­rilaku menyuarakan sesuatu isu semasa.
Kisah Kabinet Malaysia hakikatnya banyak berpaut kepada kisah UMNO kerana kepimpinan Kabinet disediakan oleh UMNO. Perkara ini mempunyai alasan yang mudah kerana UMNO membekalkan jumlah bilangan besar dalam keahlian Dewan Rakyat. Untuk memiliki Kabinet, perlulah menewaskan UMNO.
Oleh itu, selagi UMNO me­ngekalkan status quo kekuatan dan pengaruhnya yang sekali gus menikmati sokongan popular orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan melainkan untuk melantik seorang Presi­den UMNO untuk mengetuai Kabinet sebagai Perdana Menteri.
Namun, perlu diingatkan sekali lagi, tanpa kuasa sebagai pengundi berdaftar yang disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ahli UMNO, waima pemimpin kanan parti itu sekali pun tidak akan bermakna apa-apa dalam politik penentu parti memerintah.
Dan itu belum lagi yang liat untuk mendaftar, bahkan telah mendaftar pun, masih malas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Ini berbeza dengan kaum lain, yang akan terpacul seawal pagi lagi yang belum pun pusat pengundian dibuka – untuk berlumba-lumba membuang undi dalam usaha memenangkan calon mereka.
Orang Melayu termasuk daripada UMNO harus sedar dan mengambil iktibar hal ini. Misalnya, dalam proses pelantikan Perdana Menteri tidak ada disebutkan prasyarat mengenai bangsa atau agama. Ini bermakna bangsa bukan Melayu boleh dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa akan datang untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu selagi beliau dapat menguasai keyakinan ahli-ahli Dewan Rakyat.
Hakikat bahawa ini tidak pernah berlaku sebelum ini tidak bermakna bahawa ia tidak boleh atau tidak akan berlaku pada masa depan terutamanya apabila keadaan politik yang berubah-ubah di Malaysia. Ini kelak memungkinkan akan timbulnya beberapa orang lain yang boleh mendapat keyakinan Dewan.
Perkataan keyakinan di sini jelas merujuk seseorang yang memimpin parti dengan bilangan ahli-ahli dalam Dewan Rakyat yang terbesar. Keyakinan pada bahagian Yang di-Pertuan Agong pula tidak boleh membawa pengertian selain itu atau dalam konteks yang dibuat walaupun terikat dengan perkataan ‘pada pendapat beliau’ yang menandakan penentuan subjektif.
Mengikut makna konteks, walaupun beliau menggunakan fakulti subjektif dalam artikel itu, aplikasi tidak terkawal mengenai niat subjektif tidak boleh digunapakai. Jika berlaku pada masa akan datang, satu keadaan apabila pemimpin dua buah parti sama popular, sama kuat serta mempunyai jumlah perwakilan yang agak sama di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong akan terperangkap dalam keduduk­an yang sukar.
Adakah baginda akan menggunakan kayu pengukur berdasarkan atas bilangan wakil-wakil untuk menyukat kekuatan dan sokongan para pemimpin parti-parti yang berkaitan? Atau mungkinkah ba­ginda akan bertitah dan menentukan bahawa ‘pada pendapatnya’ seorang pemimpin lain mendapat keyakinan Dewan – mungkin pada ciri-ciri kekuatan wataknya, baik akhlaknya dan lain-lain sifat.
Hanya masa akan menentukan kerana peruntukan ini tidak pernah diuji sebelum ini walaupun terdapat pendapat yang berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa baki untuk berbuat demikian. Dan pihak mahkamah akan menjadi pengadil sekiranya perkara ini diuji pada satu tarikh di masa akan datang.
Di mata dunia, Malaysia masih boleh dengan yakin mempertahankan bahawa ia tidak mengamalkan kecenderungan diskriminasi di bawah undang-undang pelantikan kuasa eksekutif. Ini adalah mengikut keadaan semasa kesan Perlembagaan yang ada. Namun ia, tertakluk kepada kemungkinan ia akan dipinda pada satu masa kelak.
Hakikatnya Artikel 43 bukanlah salah satu artikel-artikel yang memerlukan majoriti dua pertiga dan sokongan kedua-dua majlis Parlimen untuk diluluskan bagi maksud pindaan. Mana-mana parti politik yang mempunyai kedudukan majoriti mudah di Dewan memang boleh mencetuskan proses meminda peruntukan dalam Artikel 43 yang mana terletaknya pangsi ketua eksekutif negara.
(Perdana Menteri dilantik di bawah Artikel 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa pelantikannya hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat sebelum pembentukan sebenar Kabinet, iaitu yang pada pendapat beliau (baginda) dapat menguasai kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan).
Kuasa sebagai pengundi menjadi penentu survival mana-mana parti terutama dalam pilihan raya umum ke-14 yang dijadual dilangsungkan pada 2018.
Sekitar 2011 telah timbul perdebatan bahawa walaupun statistik penduduk Pulau Pinang menunjukkan peratusan orang Melayu mengatasi kaum Cina, masing-masing 42.05 peratus dan 40.92 peratus, namun pengundi Cina lebih ramai daripada pengundi Melayu.
Itu belum lagi dikira pada masa ini yang jika direkodkan daripada SPR, nescaya kita akan menemukan satu data yang memeranjatkan dari segi komposisi pengundi. Jika dulu ‘mereka’ mendominasi bandar-bandar, kini ‘mereka’ berada di pinggir bandar dan tidak lama lagi pasti menerobos mendominasi luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Jangan salahkan sesiapa. Pokok pangkalnya tanya diri sendiri. Siapa yang komited, rajin dan berdaya saing terutama memastikan nama tersenarai dalam daftar pengundi sahaja yang boleh survive.

POLITIK : Misi rampas Malaysia; Sumpah Pemuda dan mengapa RM10,001?

ZAINI HASSAN | 29 Oktober 2014 2:29 AM
SEMALAM saya dihubungi oleh seorang yang pernah menjadi pakar strategis dan think tank kepada pentadbiran kerajaan yang terdahulu.
Dia mendedahkan satu maklumat yang menurutnya perlu dibocorkan sebelum terlambat.
Ia membabitkan soal kawasan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baharu atau luar biasa namun ia perlu dimaklumkan supaya nanti nasi tidak menjadi bubur.
Pihak pembangkang sekarang bukan macam yang dulu-dulu. Mereka sudah ada duit. Mereka ada dua negeri yang amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
Ditambah dengan semangat mahu menakluki negara Malaysia ini pada PRU akan datang, tindak-tanduk mereka cukup istiqamah.
Konon ceritanya DAP dan pakatan pembangkang lain sedang menjalankan kerja-kerja sulit mereka mendaftarkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.
Mereka mengalihkan pengundi tegar mereka dari satu kawasan yang majoriti besar ke satu kawasan lain bagi membolehkan mereka menang di situ.
Pengundi itu tidak semestinya akan berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja yang berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu.
Misalnya kita ambil contoh di Parlimen Seputeh yang majoriti DAP cukup besar melebihi 50,000 undi. Kempen dilakukan secara sis­tematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yang BN menang terlalu kecil, termasuk di bawah 1,000 undi.
Menurut maklumat itu ia sedang dilakukan di mana-mana. Bagi menjaga sensitiviti maka tidak perlulah saya sebut di mana kempen-kempen penerangan dan proses itu dijalankan.
Pernah dulu saya mendengar ramai pengundi dari kawasan Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang kononnya dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu.
Mereka cukup fokus dalam strategi ini. Saya tidak pasti apakah parti lawan daripada pembangkang itu sedar mengenai perkara ini?
Saya tidak pasti apakah BN sendiri pun melakukan perkara yang sama?
Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini? Apakah mereka sedar berlakunya lonjakan pengundi yang luar biasa dalam sesuatu kawasan. Jika berlaku apakah tindakan mereka?
Bagi saya ini semua ialah strategi untuk berperang. Siapa bijak dialah yang menang. Siapa lambat dialah yang kena pancung.
Bahasa Melayu penyatu negara besar Indonesia
KAJIAN oleh penyelidik UKM terhadap sekumpulan pelatih PLKN bukan Melayu yang didapati tidak boleh bertutur dalam bahasa negara sendiri amat memalukan kita semua. Bukan mereka bodoh atau OKU lembam, kerana rata-rata memperoleh pangkat A subjek itu dalam SPM.
Ekoran itu keluarlah kenyataan itu dan ini daripada pelbagai pihak kerajaan. Maka kedengaranlah suara kita perlu memperkasakan itu dan ini.
Berbeza dengan di Indonesia. Pada tahun 1928 satu sumpah dikenali sebagai Sumpah Pemuda telah menyatupadukan ribuan etnik dan suku kaum negara besar itu menjadi 1Indonesia melalui bahasa Melayu. Ia dilakukan atas iltizam politik yang tiada tolok-bandingnya.
Ternyata ia berkesan. Dari Papua sehingga ke Aceh mereka bertutur satu bahasa, satu loghat dan dialek Indonesia Raya yang tidak berubah. Orang Cina Indonesia bertutur tiada beza dengan orang pribumi dan sukuan etnik daripada 250 juta rakyat negara itu.
Maka itu diperingati Sumpah Pemuda itu semalam. Renungi mesej Presiden baharu Indonesia Joko Widodo dalam Facebooknya sempena hari keramat republik itu. Semoga kita mendapat iktibar daripada mereka. (Bahasanya tidak diubah)
IR H JOKO WIDODO
Hari ini kita memperingati Sumpah Pemuda 1928, sejarah Sumpah Pemuda adalah ‘sejarah kesadaran’ bagi Pemuda Pemudi Indonesia dari mana pun ia berasal, dari manapun ia berorganisasi, dari manapun ia punya asal usul, di saat itu kesadaran akan persatuan sebagai bangsa Indonesia menjadi teramat penting.
Sumpah pemuda, merupakan buah dari dialektika bahwa untuk mencapai kemerdekaan itu yang pertama-tama harus dilakukan adalah ‘Persatuan’.
‘Persatuan’ adalah gagasan dasar yang mampu melahirkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Konsepsi Persatuan inilah yang menjadikan negara kuat dan landasan dari Persatuan adalah kesamaan mimpi, kesamaan cita-cita dan bersatu dalam tindakan.
Bung Karno pernah berkata dalam peringatan Sumpah Pemuda di tahun 1958 “Janganlah kita mengambil abu-nya Sumpah Pemuda, tapi kita harus mengambil api-nya Sumpah Pemuda” Menurut Bung Karno, Api-nya Sumpah Pemuda itu ‘Semangat’, Api-nya Sumpah Pemuda itu Mencintai Tanah Air dengan seluruh jiwa, Api-nya Sumpah Pemuda itu Menjunjung Bahasa Indonesia sebagai buah dari rasa Persatuan itu.
Mencintai Tanah Air dengan romantika-nya, dengan dialektikanya, dengan dinamika-nya harus dimiliki oleh pemuda-pemudi Indonesia. Kita bukan bangsa ‘yang tiba-tiba lahir’, kemerdekaan kita tidak diberi bangsa penjajah, tapi kita merebutnya dengan revolusi bersenjata lalu sepakat mendirikan sebuah bangsa, membangun peradabannya.
Menjunjung tinggi Bahasa Indonesia adalah salah satu Sumpah Pemuda, tapi apakah kita sudah menghormati bahasa kita? Apakah kita meletakkan bahasa Indonesia dalam alam pikiran kita? Apakah kita merasa bangga menggunakan bahasa Indonesia.
Sebagai orang tua kita lebih bangga anak-anak kita ‘nyerocos’ menggunakan bahasa Inggris, ketimbang bahasa Indonesia karena bahasa Inggris dianggap lebih superior ketimbang bahasa sendiri. Bahasa Indonesia yang indah itu dirusak dengan bahasa campuran seperti Indonglish, kita menjadi bangsa yang gagap terhadap bahasa sendiri.
Untuk meloncati peradaban jauh ke muka, salah satu syaratnya adalah kita harus bangga terhadap bahasa sendiri, bangga terhadap Bahasa Indonesia.
Mengapa RM10,001 bukan RM20,001?
GAJI RM10,000 atau RM15,000 adakah dianggap sebagai sudah kaya dan mewah?
Ia tinggi sedikit sahaja daripada di bawah RM10,000. Jika anak-anak ramai, bersekolah, isteri tidak bekerja dan tinggal di bandar besar maka gaji ba­nyak itu bukanlah mewah.
Malah itulah kategori gaji sederhana yang paling banyak terbeban dan mencabar sekarang ini. Ia dikenali sebagai middle income syndrome.
Ekoran pengumuman menteri yang bijaksana mengenai pengawalan subsidi minyak, ramai golongan itu sekarang tengah marah-marah. Ada yang merungut-rungut dengan saya.
Mengapa tidak dimulakan pada peringkat RM20,001 kata mereka? Dengan kos hidup yang terlalu menekan apakah gaji RM10,001 itu sudah cukup besar?
Saya menasihatkan bapak menteri tadi timbangkanlah semula formula itu.
Saya bimbang langkah itu akan menaikkan kemarahan yang tidak pasal-pasal di kalangan golongan kategori tersebut.


– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/misi-rampas-malaysia-sumpah-pemuda-dan-mengapa-rm10-001-1.18033#sthash.y9r9YZjP.dpuf


MANA ADA TIPU-DIA MENANG UNDI POPULAR…WAKAKAKAAA

Titah Seri Paduka diperlekeh

KUALA LUMPUR 25 Jun – Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak sependapat ketika memberikan reaksi berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai ‘skrip’ yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dakwa Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, titah Seri Paduka sebenarnya telah disediakan oleh BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.
“Titah Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak ‘mengheret’ Seri Paduka dalam perkara ini?.
“BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.
“Kamu (media arus perdana) terima hakikat ini dahulu, kemudian baharu dapatkan komen kami,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.
Pada 6 Mei lalu, DAP khususnya Guan Eng terus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah ‘yang paling kotor’ dalam sejarah negara dan mereka seharusnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberikan reaksi berbeza apabila menyifatkan titah Seri Paduka itu perlu diterima semua Ahli Parlimen dan mereka harus bekerjasama dalam membangunkan negara.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu turut berharap agar masing-masing dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, sekali gus memainkan peranan sebenar sebagai wakil rakyat.
“Semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari dengan agenda perjuangan.
“Kami menerima baik titah Seri Paduka dan semestinya Ahli Parlimen bekerjasama untuk melaksanakan. Saya juga mengharapkan Malaysia bertambah maju dan stabil,” katanya.
KOMEN : MASIH LAGI BERMIMPI WALAUPUN DAH ANGKAT SUMPAH JADI KETUA YB… SUDAH2LAH… DAH KALAH KALAH LAH…..

ADA YB MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI

Jangan lakukan perkara yang boleh musnahkan negara

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerima teks titah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Pembukaan Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengingatkan kesemua Ahli Parlimen jangan melakukan perkara yang boleh memusnahkan negara. Seri Paduka bertitah, sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat bangkit semula dalam tempoh yang singkat.
“Beta ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
“Janganlah berbuat sesuatu perkara yang boleh memusnahkan negara,” titah Seri Paduka dalam istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah ‘Hormat Diraja’ bagi menggantikan upacara pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen, berikutan masalah jerebu.
Upacara itu diteruskan dengan lagu ‘Negaraku’ yang dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, diikuti sebanyak 21 das tembakan meriam. Keadaan dewan yang kecil tidak memungkinkan acara pemeriksaan kawalan kehormat melibatkan sebanyak 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama RAMD Kem Sungai Besi diadakan.
Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan-timbalan Yang Dipertua Dewan.
Yang hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen serta wakil kedutaan asing. Seri Paduka bertitah, semua pihak perlu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.
“Harapan beta kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh dedikasi, berintegriti dan sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji demi agama, maruah diri, institusi Parlimen yang mulia dan negara yang tercinta,” titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan barisan jemaah menterinya kerana berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 pada 5 Mei lalu.
“Beta yakin kerajaan akan terus berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara bagi mencapai matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” titah Seri Paduka.
Seri Paduka percaya komitmen kerajaan dalam merealisasikan agenda transformasi nasional melalui program-program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat dari segi ekonomi, sosial, keselamatan dan politik.
“Dalam mencapai hasrat tersebut, kerajaan beta akan terus memberi penekanan terhadap nilai-nilai akauntabiliti, integriti, pematuhan undang-undang dan tadbir urus yang baik,” titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim berharap kedudukan agama Islam tidak dipersoal dan diseleweng untuk kepentingan mana-mana pihak sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.
Seri Paduka bertitah, kerajaan komited untuk terus memartabat Islam berteraskan maqasid syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Beta juga menyeru agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan,” titah Seri Paduka.
Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara dalam insiden serangan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac lalu.
Seri Paduka juga menyatakan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan dan anggota-anggota perkhidmatan awam dalam memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 berjalan lancar.
 
KOMEN : PERSOALANNYA ADA ORANG DAH ANGKAT SUMPAH TAPI MASIH KEDENGARAN RUNGUTAN KETIDAK PUASAN HATI MEREKA… SIAPA PANDAI SIAPA BODOH…? TENTULAH SAMPAH YANG DILUAR PARLIMEN TU YANG BODOH… KENA KENCING DENGAN KAKI LIWAT PUN MASIH NAK MERUSUH… ANAK SIAPALAH MEREKA ITU?????

Lihat, tafsir dan fikirkan.. SLOGAN INI KALI LAH

Oleh Zaini Hassan

WALAUPUN saya mahu lari daripada menulis dan menyentuh mengenai politik dan terus berjihad ekonomi, namun cakap-cakap politik masih tidak dapat dielakkan.
Minggu ini kita melihat satu tafsiran simulasi grafik yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang perlu dikongsi bersama.
Beliau ialah Datuk Akbar Ali, mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Pengarah Eksekutif MTEN Melaka dan Ahli Dewan Negara.
Ia menggambar iltizam kaum Cina untuk menegakkan kekuatan mereka, dan sebaliknya sikap kecelaruan orang Melayu yang tidak sedar hakikat sebenar.
Berikut tafsiran Akbar:
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah sebulan setengah berlalu. Keputusannya telah diketahui ramai: BN menang dengan majoriti mudah – 133 buah kerusi Parlimen; merosot 7 kerusi tetapi berjaya merampas kembali Kedah; pembangkang pula menang 89 kerusi Parlimen.
Banyak sebab telah diberikan berhubung kemerosotan itu; antaranya kesilapan memilih/meletakkan calon, kelemahan jentera dan sabotaj dari dalam parti. Apa pun, sebab yang paling besar, seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah tsunami Cina!
Agar tidak disalah-tafsirkan sebagai rasis, maka sebelum kita menulis lebih lanjut lagi, eloklah ditegaskan bahawa kaum Cina adalah pragmatis dan bijak menggunakan peluang keemasan yang ada. Adalah tidak salah mereka ‘Bersatu’ menggunakan hak demokrasi yang mereka miliki sebagai rakyat Malaysia.
Justeru adalah juga tidak salah mereka ‘Bersatu’ mahu memilih serta memangkah mana-mana parti yang mereka suka.
Orang Melayu pula di sebaliknya; kurang pragmatis dan kurang bijak serta ‘Tidak Bersatu!’ Jangan salahkan ibu mengandung.
Orang Cina telah melihat dan menyambar peluang serta tawaran yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada kaum mereka.
Lantaran itu, pada hemat orang Cina, ‘Ini Kali lah’ bagi kaum mereka untuk mencapai strategi jangka panjangnya yang ketiga: Merebut Kuasa Politik. Dua strategi pertama telah pun berjaya – kerakyatan dan kuasa ekonomi.
Mereka telah menyeru supaya bersatu dalam menumbangkan kerajaan BN, sepertimana yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada 13 Jun 2009: http://darahtuah.wordpress.com/2010/03/08/7-ngo-cina-diseru-menumbangkan-kerajaan/
Ia boleh ditafsirkan sebagai iltizam untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan pribumi dan Islam dan menggantikan dengan sebuah kerajaan yang berteraskan bukan Islam dan orang Cina menjadi dominan.
PRU-13 telah mereka rancang sedemikian rupa daripada peringkat persiapan menyerang, pertahanan, pemilihan dan peletakan calon dan sebagainya.
Hasilnya, walaupun mereka tidak menang, tetapi komposisi calon-calon yang berjaya itu adalah manifestasi rancangan tersebut!
Natijahnya, di pihak pembangkang, bilangan Ahli Parlimen (MP) Bukan Islam adalah jauh lebih ramai iaitu 50 orang atau 56% berbanding MP Islam hanyalah 30 orang atau 44%!
MP Cina pula adalah seramai 39 orang atau hampir empat kali ganda lebih ramai jika dibandingkan dengan MP Cina dalam BN!
Dalam BN, terdapat seramai 97 MP Pribumi/Islam atau 73%, dan 21 MP lagi Pribumi Bukan Islam atau 16%. MP Cina hanyalah 11 orang atau 8%!
Lantaran itu, adalah tidak salah jika dibuat kesimpulan bahawa orang Cina telah bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan kerajaan yang bertunjangkan Bukan Islam/orang Cina!
Kerana laungan “Ini Kali Lah” untuk mereka boleh merebut kuasa maka ahli-ahli MCA dan Gerakan daripada kaum Cina telah menjadi pengkhianat parti dan berduyun-duyun lari bersekongkol dengan DAP. Lalu tsunami Cina, seperti mana yang diungkapkan oleh Najib, adalah tepat sekali!
Tanpa sokongan padu Bumiputera di Sabah dan Sarawak, BN telah kalah pada tahun 2008 lagi! Ada pendokong MCA mengingatkan orang UMNO bahawa orang Cina telah menyokong BN semasa PRU 1999. Tanpa sokongan mereka, mungkin BN kehilangan lagi banyak kerusi dalam PRU berkenaan. Setuju.
Tetapi mari kita tanya soalan ini: Kalaulah orang Cina dihidangkan pada tahun 1999 itu peluang yang sama seperti tahun 2013, tidak mungkinkah orang Cina sudah merebut peluang tersebut dan menumbangkan BN pada tahun itu juga?
Melihat dan menilai sikap, pemikiran dan strategi orang Cina di Malaysia ini pada tahun 2008 dan 2013 maka jawapannya, tanpa melupakan tulisan pada tahun 2009 di atas dan PRU 1969, tidak lain dan tidak bukan tentulah Ya!
Dengan mengambil kira:
(a) Sikap dan iltizam kaum Cina sedemikian rupa,
(b) Kemasukan pemilih baru kira-kira 2.64 juta orang,
(c) Kawasan bandar akan semakin besar (dari 71% kepada 77%) dan,
(d) Penetrasi internet akan melebihi 75%, apakah pelan tindakan BN/UMNO untuk kekal menang dengan selesa dalam PRU-14 nanti?

SUDAH-SUDAHLAH TU…

Persoalan ditimbulkan pembangkang sudah terjawab

Kiri Atiqur Rahman, Ismail Mina

KUALA LUMPUR 4 Jun – Dakwaan kemasukan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini jelas merupakan propaganda jahat pihak pembangkang bertujuan menghasut rakyat untuk membenci dan menentang kerajaan.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, panggilan ‘penipu’ cukup sesuai dilabelkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah lama bercita-cita untuk menguasai negara ini walaupun dengan cara bertentangan dengan amalan demokrasi.
“Saya pernah bekerja di bawah PKR dahulu dan kami memang dididik untuk membuat propaganda serta penipuan bagi memusnahkan agenda kerajaan tanpa memikirkan nasib rakyat.
“Kami dulu dilatih untuk menimbulkan isu yang bertentangan dengan kerajaan untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan yang melakukan kesalahan walaupun kesalahan itu datang daripada pihak pembangkang sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M Atiqur Rahman semalam menyifatkan dakwaan kemasukan 40,000 rakyat negara itu sebagai pengundi hantu ketika PRU-13 lalu tidak masuk akal dan merupakan propaganda jahat.
Jelasnya, adalah amat mustahil untuk membawa seramai 40,000 rakyat Bangladesh dalam tempoh yang singkat seperti didakwa oleh pakatan pembangkang termasuk di laman media sosial.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, rakyat negara ini perlu lebih berhati-hati dengan pelbagai agenda pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan.
“Anwar dilihat sanggup melakukan apa sahaja cara dan muslihat untuk mencapai cita-cita beliau yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan menjanjikan pelbagai perubahan sedangkan itu hanyalah sandiwara semata-mata.
“Jika betul kerajaan buat salah, kemukakan bukti di mahkamah, bukan dengan mengadakan provokasi jalanan dan perhimpunan haram yang boleh merosakkan nama baik negara kita,” ujarnya. Ismail Mina juga meminta pihak pembangkang segera berhenti meracuni fikiran rakyat dan menghormati keputusan PRU-13 lalu.