Kes rayuan liwat: Perbicaraan ditangguh, bersambung Isnin

TAN Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah) menjawab pertanyaan media ketika meninggalkan mahkamah pada hari keempat rayuan kes liwat di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali
PUTRAJAYA: Hujah pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi rayuan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar di Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini akan bersambung Isnin dan Selasa depan.
Perkara itu disahkan Shafee ketika ditemui media di luar Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi.
“Hari ini hujahan saya merangkumi 20 hingga 30 peratus. Saya mungkin ambil masa untuk bentangkan fakta berkenaan kes sebelum saya masuk dalam isu berbangkit dan undang-undang.
“Pembentangan fakta dari pihak pembelaan tidak menyeluruh, jadi saya beri fakta secara menyeluruh dan konteks… konteks itu yang penting supaya kita lebih paham kenapa perkara ini berkemungkinan berlaku,” katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya akan memberikan hujah pada pagi Selasa sebelum ia diserahkan semula kepada pihak mahkamah.
“Saya rasa Isnin ada peluang tidak habis. Kita akan ambil bahagian (beri hujah) pada sebelah pagi Selasa nanti sebelum submission,” katanya.

Kes rayuan liwat: Barisan pendakwaan mula berhujah pagi ini

TAN Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah), Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat, tiba di Istana Kehakiman di Putrajaya. -Foto Effendy Rashid
PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari keempat hari ini apabila pasukan pendakwaan mula berhujah pagi ini bagi menyanggah hujah pihak pembelaan.
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.
Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Hari ini, Muhammad Shafee akan bermula dengan membentangkan fakta kes.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, J Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.
Pasukan pembelaan mengakhiri penghujahannya tengah hari semalam selepas tiga hari berhujah di hadapan panel lima hakim.
Mahkamah mendengar penghujahan daripada peguam bela utama Anwar, Sri Ram serta peguam N Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.
Pada hari pertama prosiding Selasa lalu, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan mengemukakan 46 alasan dalam petisyen rayuan yang baharu.
Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan dengan memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.
Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Muhammad Shafee dijangka akan meneruskan hujah pada Isnin dan kemudian pihak pembelaan akan membalas semula hujah pendakwaan.
Rayuan itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Oktober hingga 29 Oktober berlanjutan selama empat hari dan dijangka selesai pada awal minggu hadapan.

LIWAT : Hanya kira-kira 30 penyokong Anwar berkumpul pagi ini

TIDAK sampai 30 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di luar Istana Kehakiman di sini pagi ini bagi memberi sokongan terhadap pemimpjn itu dalam rayuan kes liwatnya yang masuk hari keempat. – Foto NSTP
PUTRAJAYA: Pekarangan Istana Kehakiman di sini pagi ini semakin lengang pada hari keempat prosiding rayuan terakhir kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding pada hari pertama rayuan itu didengar di Mahkamah Persekutuan, Selasa lalu.
Tinjauan BH Online sehingga jam 9.10 pagi tadi mendapati, kurang daripada 30 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan bangunan berkenaan, selain beberapa petugas media yang membuat liputan kes itu.
Sementara itu, anggota keselamatan termasuk polis dan RELA meneruskan kawalan ketat di sekitar Istana Kehakiman.
Beberapa jalan turut ditutup untuk memberi laluan kepada persiapan penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang akan berlangsung esok.
Malah, kawasan di tepi Istana Kehakiman di sini dipasang pita kuning dan merah putih bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu yang mula menjual sejak kelmarin.
Turut diletakkan di beberapa lokasi sekitar pekarangan bangunan adalah notis “Dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan”.
Kelmarin, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar, 67, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
TIDAK sampai 30 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di luar Istana Kehakiman di sini pagi ini bagi memberi sokongan terhadap pemimpjn itu dalam rayuan kes liwatnya yang masuk hari keempat. – Foto NSTP


POLITIK : Rusuhan: UM buat laporan polis

29 Oktober 2014 11:05 PM
IZZAT Zalman Abd. Kader (kiri) bersama dua Pengarah Keselamatan UM, Khairul Anuar Abu Shari (tengah) dan Yusoff Harun menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Universiti Malaya (UM) hari ini membuat laporan polis terhadap tindakan kumpulan aktivis mahasiswa dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menceroboh kawasan kampus pusat pengajian itu di Lembah Pantai di sini malam tadi.
Laporan yang dibuat di Balai Polis Pantai kira-kira pukul 11 pagi itu menuntut satu siasatan dijalankan berhubung pencerobohan dan rusuhan di pintu pagar universiti berkenaan.
Pengarah Keselamatan UM, Mohd. Shaiful Zamri Abdul Iman berkata, kumpulan aktivis mahasiswa dan orang awam penyokong Ketua Pembangkang tersebut dianggarkan hampir 1,000 orang telah berkumpul sejak pukul 7 malam di luar pagar pintu masuk utama sebelum menceroboh kawasan universiti tanpa kebenaran.
“Rusuhan itu berlaku berikutan tindakan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PPUM) yang menganjurkan majlis itu menjemput Anwar sebagai tetamu tanpa mendapat sebarang kelulusan daripada pihak universiti.
“Rempuhan dan pencerobohan yang berlaku sekitar pukul 9 malam itu menyebabkan pintu pagar roboh dan mangga serta rantai pagar ber­kenaan telah pecah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.
Sementara itu, Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd. Kader berkata, siasatan dalaman sedang dilakukan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat dan penelitian secara telus akan dilaksana berdasarkan rakaman kejadian malam tadi.
“UM sedang menyiasat penglibatan pelajar berkenaan dan sebarang tindakan bergantung kepada hasil siasatan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Mereka (pelajar) sedia maklum penganjuran ini tidak mendapat kelulusan daripada UM dan apakah implikasi kepada mereka jika terlibat. Sebarang tindakan akan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rusuhan-um-buat-laporan-polis-1.18162#sthash.GIoR7sW1.dpuf


KOMEN : JANGAN LUPA MANUSIA YANG DI ARAK DAN MEMBERI CERAMAH SELEPAS PINTU PAGAR DIROBOHKAN JUGA HARUS DITANGKAP DAN DIDAKWA KERANA ADA UNSUR2 HASUTAN MENGAJAK PELAJAR MERUSUH…DAN JUGA MENCEROBOH… 

JENAYAH : Hanya 20-30 peratus serbuan berhasi

Banyak premis judi henti operasi – Mohmad Salleh
OLEH THOMAS CHONG (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 31 Oktober 2014 2:25 AM
Mohmad Salleh
SEPANG 30 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap optimis untuk menghapuskan kegiatan judi haram secara menyeluruh dalam tempoh arahan yang masih berbaki 48 jam walaupun operasi penguatkuasaan beberapa hari kebelakangan ini kurang berjaya ekoran banyak premis judi memilih untuk tutup kedai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, hanya 20 hingga 30 pe­ratus serbuan yang dilakukan ke atas premis judi termasuk pusat perjudian berkomputer mendatang­kan hasil ke­rana banyak premis haram tersebut telah berhen­ti operasi untuk mengelak pe­nguatkuasaan.
Mohmad berkata, polis bagaima­napun tidak akan berputus asa sebaliknya bersedia melipat ganda usaha penguatkuasaan serta meningkatkan kekerapan operasi menjelang tempoh akhir yang diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyelesaikan isu mesin judi.
“Kini ada baki dua hari (menjelang tempoh akhir), namun saya cukup yakin isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan operasi bersepadu dan kekerapan operasi yang ada. Semua unit tidak kira Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ketua polis negeri, ketua polis daerah dan ketua balai memainkan peranan.
“Kita tidak akan jemu dan ada pasukan yang memantau secara khusus operasi yang dijalankan. Ini juga bukan serbuan bermusim tetapi ia akan diteruskan sehingga isu mesin judi selesai 100 peratus,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Khalid sebelum ini dilaporkan memberi tempoh seminggu kepada pegawainya untuk menyelesaikan isu mesin judi dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pegawai berkenaan ditukarkan dalam tempoh 24 jam.
Utusan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan mampukah polis membanteras habis-habisan kegiatan haram itu memandangkan banyak premis perjudian tidak beroperasi sejak polis mempergiatkan serbuan.
Mohmad berkata, PDRM dalam tempoh empat hari iaitu dari 26 hingga 29 Oktober telah melakukan 3,665 serbuan ke atas premis judi haram dengan 3,015 mesin perjudian berkomputer dirampas manakala 364 orang ditangkap.
Beliau berkata, PDRM pada sembilan bulan pertama tahun ini telah meningkatkan kekerapan serbuan manakala jumlah tangkapan dan rampasan turut bertambah jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lalu.
“Sebanyak 65,361 serbuan dan 26,121 tangkapan telah dilakukan pada Januari hingga September 2014 berbanding 57,399 dan 19,079 tangkapan pada tempoh sama tahun sebelumnya.
“Sebanyak 51,551 serbuan dan 17,692 tangkapan adalah melibatkan pusat perjudian berkompu­ter dengan 129,868 mesin judi telah dirampas,” katanya.
Dalam pada itu, Mohmad berkata, sebanyak 1,719 kes telah dibawa ke mahkamah pada tahun ini sementara 4,440 kes masih dalam proses siasatan dan pertuduhan.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hanya-20-30-peratus-serbuan-berhasil-1.18917#sthash.Px0BEgxc.dpuf

KOMEN : INILAH MASALAHNYA BILA ADA UNDANG2 BERLUBANG SANA SINI…TAKAN TUNGGU DIA BERNIAGA BARU BOLEH SERBU SEDANGKAN KITA DAH TAHU MEMANG KERJA MEREKA HARI2 BERJUDI… KE ADA TOYOL DAH PECAH LUBANG?

PIALA MALAYSIA : Al-Hafiz janji komitmen 110%

OLEH NURUL HUDA HASSAN (HUDA.HASSAN@UTUSAN.COM.MY) | 31 Oktober 2014 2:44 AM
MUHAMMAD Al-Hafiz Hamzah (kanan) bersama Jorge Pereyra Diaz melayani peminat JDT, Muhamad Shariswan Alif Mohd. Shazani, 12, yang menghidap penyakit saraf, sebelum memulakan sesi latihan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung esok. – utusan/AMIN FARIJ HASAN
JOHOR BAHRU – Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Al-Hafiz Hamzah berjanji memberikan komitmen serta aksi terbaiknya bagi menjaga gawang daripada dibolosi pasukan Pahang, sekali gus membantu pasukannya membawa pulang Piala Malaysia ke Johor musim ini.
Setakat ini hanya posisinya dalam skuad sudah terjamin apabila diberi kepercayaan oleh pengendali JDT, Bojan Hodak untuk beraksi Sabtu ini.
“Saya sudah bersedia dan akan memberikan 110 peratus untuk pasukan,” katanya apabila ditanya tentang persiapannya menghadapi final Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.
Muhammad Al-Hafiz yang ditemui pada sesi latihan bersama skuad Harimau Selatan di padang Seri Gelam dilihat bersemangat ketika mendengar segala tunjuk ajar jurulatih bersama rakan-rakan lain dalam mempersiapkan diri untuk bertemu Pahang.
Dia mengakui bakal berdepan tugas berat untuk menghalang percubaan pasukan Pahang terutamanya dua pemain import mereka, Mathias Conti dan Dickson Nwakaeme, namun memberi jaminan akan berusaha yang terbaik.
“Saya juga pasti rakan-rakan lain akan memberikan aksi terbaik sama seperti saya kerana kami berharap dapat menjulang Piala Malaysia kali ini,” katanya.
Sementara itu, Hodak memberitahu, tiada sebab untuk membuat pertukaran bagi penjaga gol pasukan kerana menyifatkan Muhammad Al-Hafiz sudah memberikan aksi dan komitmen terbaiknya dalam perlawanan sebelum ini.


– See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/al-hafiz-janji-komitmen-110-1.18953#sthash.yIfjZwxS.dpuf


Tragedi MH17: Rusia 
diminta serah bukti

30 Oktober 2014 1:53 AM
GAMBAR fail bertarikh 17 Julai lalu, menunjukkan seorang lelaki bersenjata meninjau lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh di kampung Grabove, timur Ukraine. – AGENSI
AMSTERDAM 29 Okt. – Pasukan penyiasat Belanda meminta Rusia menyerahkan data radar sebagai bukti yang menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine dikesan terbang pada masa dan laluan yang sama digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ketika pesawat penumpang itu ditembak jatuh.
Ketua pasukan penyiasat, Fred Westerbeke ketika ditemubual oleh majalah Der Spiegel berkata, pihaknya sedia membantu Rusia mendapatkan maklumat radar tersebut selepas Moscow menuduh Ukraine menghantar pesawat pejuang untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.
Bagaimanapun menurut Westerbeke, siasatan yang dijalankan setakat ini menolak kemungkinan yang menunjukkan insiden tersebut sebagai satu kemalangan atau serangan pengganas.
Jelasnya, pesawat MH17 mungkin ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) atau pesawat lain ekoran laporan siasatan sebelum ini mendedahkan kesan kapal terbang komersial itu ditembusi objek berkelajuan tinggi dari luar.
“Kami juga masih menunggu imej satelit daripada Amerika Syarikat (AS) yang mungkin boleh membantu merungkai misteri tragedi MH17.
“Kami meminta semua pihak agar bersabar dengan siasatan ini yang dijangka memakan masa sehingga tahun depan atau lebih lama lagi,” katanya.
Laporan awal yang disiarkan pada bulan lalu juga tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa pesawat MH17 terhempas akibat masalah teknikal atau kesilapan manusia.
Insiden pada 17 Julai itu menyaksikan semua 298 krew dan penumpang, kebanyakannya rakyat Belanda terbunuh apabila terhempas di timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tragedi-mh17-rusia-8232-diminta-serah-bukti-1.18425#sthash.ueEaYj3Q.dpuf