GAJET : Tarikan S6 Edge

Rasai kelebihannya, ciri ciri mengujakan
ASHRIQ FAHMY AHMAD | 19 Oktober 2015 9:00 PM
Kepadatan teknologi telefon pintar masa kini tidak menghalang Samsung sebagai antara pengeluar terbesar gajet tersebut mengenengahkan model baharu mereka.
Terkenal dengan gajet pintar yang memiliki personaliti menarik, mewah serta interaktif, Samsung kini hadir dengan dua lagi model terkini mereka.
Satu daripada model tersebut adalah Samsung Galaxy S6 Edge.
Mempertaruhkan kelebihan skrin paparan melengkung, S6 Edge digayakan dengan lebih halus, menawan tanpa meninggalkan identiti utama S6 yang terdahulu.
S6 Edge menyerupai S6 namun memiliki skrin paparan yang melengkung, justeru apakah kelebihannya?
Paparan melengkung seperti yang didakwa Samsung menawarkan kelebihan
Diibaratkan sebagai pedang bermata dua, S6 Edge menawarkan bukan sahaja apikasi yang terkini dinaik taraf daripada model S6, malah keanggunan reka bentuk yang begitu mengujakan.
Paparan yang melengkung tersebut memperlihatkan imej mewah model S6 Edge dan ilusi kepada mata pengguna seolah-olah lebih nipis berbanding model sebelumnya.
Dijana oleh pemproses mobil 14 nm dan 64-bit CPU membolehkan penggunaan tenaga dikurangkan namun tidak berkompromi dengan prestasinya.
Kelebihan tersebut juga turut menyokong penggunaan sistem operasi Android Lollipop dengan sebaiknya.
Lebih mnengujakan S6 Edge tersebut turut dilengkapi bersama sistem memori LPDDR4 yang mampu meningkatkan keupayaan sehingga 30 peratus lebih dari model sebelumnya.
S6 Edge juga memiliki UFS (Universal Flash Storage) 2.0 menawarkan kelancaran proses penyimpanan dan pemindahan data dengan lebih lancar dan berkesan.
Penggunaan kamera yang lebih baik iaitu F1.9, 16 megakpiksel teknologi penstabil imej optikal (OIS) pintar menjadikan imej yang dirakam lebih terang, jelas dan tajam.
Antara masalah pengguna telefon pintar adalah keupayaan bateri bertahan lama dan jika kehabisan memakan masa untuk dicas kembali.
Namun, tidak bagi S6 Edge, menerusi penambahabikan baharu tempoh mengecas selama 10 minit membolehkan gajet tersebut digunakan selama empat jam.
Aplikasi Ultrapower Saving Mode membolehkan pemiliknya menyimpan lebih tenaga untuk digunakan.
Kelebihan kepada peminat permainan video, S6 edge memiliki paparan yang begitu mengasyikkan bersama kelebihan Quad HD.
spesifikasi
Samsung 
Galaxy S6 Edge
Teknologi Jaringan: GSM / HSPA / LTE
Dimensi: 142.1 x 70.1 x 7 mm (5.59 x 2.76 x 0.28 in).
Berat: 132 gram (4.66 oz).
Paparan: 5.1 inci, Super AMOLED, Corning Gorilla Glass 4 back, skrin melengkung.
SIM: Nano-SIM
Sistem Operasi: Android OS, v5.0.2 (Lollipop) boleh dinaik taraf kepada v5.1.1 (Lollipop)
Chipset Exynos 7420.
CPU: Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core
2.1 GHz Cortex-A57.
GPU: Mali-T760MP8.
Memori: Slot kad, binaan dalam32/64/128 GB.
RAM: 3 GB.
Kamera: Utama -16 MP, 2988 x 5312 piksel, Kedua – 5 MP, 1440 piksel.
Bateri: Li-Ion 2600 mAh
Harga: RM2,399 (32 GB).
Advertisements

Legasi kecanggihan

Samsung kekal dengan telefon pintar skrin besar
NUR FATIEHAH ABDUL
RASHID | 21 September 2015 12:15 PM
Samsung Elektronik mengumumkan pelancaran global Samsung Galaxy S6 Edge+ dan Galaxy Note 5. Kedua –dua peranti ini mewakili komitmen Samsung untuk pasaran telefon pintar dengan skrin besar dan reka bentuk melengkung.
Galaxy S6 Edge+ dihadirkan dengan paparan skrin besar, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3000 mAh. Telefon pintar ini juga memiliki paparan skrin dengan kepadatan piksel 518 ppi.
Ciri-ciri pemprosesan pula sama seperti S6 Edge iaitu hanya dengan pemprosesan Exynos 7420. Walau bagaimanapun, syarikat daripada Korea ini mendakwa ia adalah antara cip pemprosesan terbaik dalam pasaran.
Bagi ciri-ciri kamera pula, S6 edge+ masih mengekalkan unit kamera yang sama sebagaimana S6 Edge iaitu kamera hadapan 16 MP dan kamera utama 5MP.
Selain itu, telefon pintar ini turut menyokong sistem pembayaran Samsung Pay dan hadir bersama sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop yang disertakan bersama TouchWiz UI.
Sementara itu, sebagaimana Galaxy S6 Edge+, Galaxy Note 5 juga hadir dengan cip Exynos 7420 dan memori serta kamera yang sama.
Apa yang membezakan kedua-dua peranti ini ialah Galaxy Note 5 hadir dengan sokongan S-Pen yang kini boleh dikeluarkan dengan menekannya sahaja.
Hadir dengan skrin bersaiz 5.7 inci dengan paparan Quad HD, peranti ini turut menyokong sokongan pengecas tanpa wayar, selain sokongan pengimbas cap jari dan sensor denyutan jantung.
SPESIFIKASI
Samsung Galaxy S6 Edge+ dan Galaxy 
Note 5
Sistem Operasi: Android 5.1 (Lollipop)
Network: LTE Cat.9 / LTE Cat.6 *bergantung kepada operator telefon dan 
pasaran
Dimensi: 154.4 x 75.8 x 6.9mm, 153g/ 153.2 x 76.1 x 7.6mm, 171g
Prosesor: Octa core (2.1GHz Quad + 1.5GHz Quad), 64 bit, 14 nm process
Memori: 4GB RAM (LPDDR4) , 32GB (UFS 2.0)
Paparan: 5.7” Quad HD Super Amoled/ 5.7” Quad HD Super Amoled 2560 x 1440 (518ppi)/ 2560 x 1440 (515ppi)
Kamera: 16MP OIS (F1.9) , Front : 5MP (F1.9)
Bateri: 3,000mAh, pengecas tanpa wayar
Video: MP4,M4V,3GP, 3G2,WMV,ASF,AVI,FLV, 
MKV, WEBM

Setanding kamera profesional

OLEH AQILAH MIOR KAMARULBAID | 14 September 2015 2:00 PM
Pernahkah terbayang dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda mampu menghasilkan kualiti gambar seperti dirakam oleh juru gambar profesional yang menggunakan kamera canggih?
Bukan sesuatu yang luar biasa lagi apabila Lenovo memperkenalkan sebuah telefon bimbit pintar yang bukan sahaja berfungsi sebagai telefon malah menggabungkan elemen fotografi sama seperti kamera untuk kegunaan profesional.
Vibe Shot mempunyai butang pengatup yang boleh digunakan bagi mengaktifkan fungsi kamera untuk merakam gambar yang sempurna secara segera selain turut dilengkapi fokus automatik (AF) yang dua kali lebih cepat daripada kamera konvensional fokus automatik biasa manakala tiga warna lampu diod pemancar cahaya (LED) untuk memastikan nada kulit yang lebih realistik.
Sementara lampu rendah yang turut ditawarkan pada telefon bimbit pintar itu berfungsi ketika merakam gambar pada waktu malam.
Menariknya, walaupun anda bukan seorang jurugambar namun mampu menghasilkan gambar-gambar yang indah malah merakam detik detik menarik kerana pengguna boleh sahaja menukar mode profesional kepada automatik yang memudahkan anda untuk merakam setiap saat yang berharga dalam hidup.
Sekiranya anda gemar untuk mencuba pelbagai variasi demi menghasilkan gambar-gambar menarik, mode profesional membolehkan anda mengawal bukaan (aperture) dan kelajuan (shutter) .
Lenovo turut menawarkan aplikasi panoramic selfie yang membolehkan pengguna merakam tiga gambar selfie dan menukarkan kepada satu dengan jumlah lebih ramai dalam satu gambar.
SPESIFIKASI

Paparan: 5 inci (1920 x 1080)
Sistem Operasi: Android 5.0 (Lollipop)
Kamera hadapan: 16 megapiksel
Kamera belakang: 8 Megapiksel
Memori: 3GB (RAM)
Bateri: 3,000mAH
Warna: Merah, putih dan kelabu
Harga: RM1,399

Gambar selfie sempurna

Sony pertaruhkan Xperia C4 Dual untuk rakaman gambar memuaskan
17 Ogos 2015 3:41 PM
Sony Xperia_C4 Dual
Selfie boleh dianggap sebagai satu fenomena pada masa kini, apatah lagi dengan adanya pelbagai aplikasi pada telefon pintar menjadikan trend ini sebagai suatu perbuatan yang harus dilakukan apabila mengambil gambar.
Bagi memenuhi kehendak pengguna seiring dengan perkembangan trend ini, Sony telah memperkenalkan sebuah model telefon pintar terbaharu iaitu Sony Xperia C4 Dual.
Dibekalkan bersama kamera hadapan lima megapiksel khas untuk penggambaran selfie yang turut dihadirkan bersama lampu flash menjadikan gambar dan video yang dihasilkan lebih berkualiti.
Hadir bersama tiga warna iaitu putih, hitam dan hijau, Xperia C4 Dual ini merupakan gajet model phablet dengan skrin berukuran 5.5 inci serta dibekalkan dengan sistem operasi Google Android 5.0 Lollipop.
Paparan skrin dengan resolusi Full-HD IPS (1920 x 1080 piksel) menjadikan gambar yang terhasil sangat terang dan jelas seolah-olah menggunakan kamera digital.
Dilengkapkan dengan prosesor 64-bit Octa-core 1.7 GHz MediaTek mnejadikan peranti ini lebih berkuasa selain mempunyai 2GB RAM bagi memastikan ia sentiasa lancar semasa beroperasi.
Antara kelebihan lain yang menjadi faktor mengapa telefon pintar ini wajar dimiliki ialah duo kad sim yang mana ia menyokong sistem sambungan internet 4G LTE.
SPESIFIKASI SONY XPERIA C4 DUAL
Skrin: 5.5. inci, 1080 x 1920 piksel
Memori: 16 GB, 2 GB RAM
Kepantasan: HSPA 42.2/ 5.76 Mbps, LTE Cat 4 150/ 50 Mbps
Kamera Belakang: 13 Mp, 4128 x 3096
Kamera Hadapan: 5 Mp, 720p, LED flash
Sim: dwi sim
Bateri: 2600 mAH
Harga: RM1299

Telefon ternipis

Galaxy A8 turut tampil dengan pengimbas cap jari
OLEH NUR FATIEHAH ABDUL RASHID | 10 Ogos 2015 2:01 PM
Duta untuk Samsung Galaxy A8, Juliana Evans menunjukkan telefon bimbit keluaran terbaru Samsung ketika pelancarannya di ibu negara baru-baru ini
Samsung Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan dan melancarkan siri telefon pintar terbaharu mereka yang hadir daripada kelaurga peranti Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A8.
Telefon pintar berasaskan sistem operasi Android ini masih mengekalkan rekaan premium dengan kerangka bingkai logam yang berbentuk melengkung demi memberi genggaman lebih selesa kepada pengguna selain hadir dengan keistimewaan pengimbas cap jari.
Peranti ini dikatakan sebagai rekaan telefon daripada Samsung yang paling nipis dengan ketebalan 5.9mm mengalahkan telefon pintar ternipis sebelum ini dengan ketebalan 6.3mm.
Hadir bersama skrin lebih besar dengan saiz 5.7 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel, ia juga dilengkapi cip pemprosesan dengan skrin paparan Super Amoled yang dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragom 615 lapan teras.
Pengguna juga ditawarkan pilihan storan 16GB atau 32 GB dan boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD selain hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE.
Saiz binaannya yang lebih besar juga membolehkannya memuatkan bateri berkapasiti 3050 mAH dan menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka TouchWiz.
Bagi kamera pula, Samsung Galaxy A8 menggunakan kamera utama 16 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel dengan ciri-ciri lensa lebar yang boleh diaktifkan dengan pantas apabila menekan butang fizikal Home sebanyak dua kali.
Pengguna yang berminat untuk memiliki koleksi terbaharu ini boleh mendapatkan Samsung Galaxy A8 dengan harga RM1,888 di pengedar rasmi Samsung seluruh negara.
SAMSUNG GALAXY A8
Prosesor: Quad Core 1.8GHz + Quad Core 1.3 GHz
Paparan: FHD Super AMOLED 5.7 inci
Memori: 2 GB (RAM) + 32GB (Memori dalaman) dan micro SD 128GB
Dimensi: 158 x 76.8 X 5.9mm
Berat: 151 g
Bateri: 3050 mAH
Harga: RM1,888

Skrin sesentuh lebih tepat

06 Julai 2015 1:00 PM
Acer Tablet Iconia One 8
Bagi anda yang gemar menulis dan melukis, Acer kini memperkenalkan tablet terbaharu dengan keupayaan sesentuh yang lebih baik dari tablet lain iaitu Iconia One 8 B1-820 dengan mengetengahkan teknologi Precision Plus.
Ketepatan skrin yang telah dipertingkatkan menjadikannya sesuai untuk menulis atau melukis dengan lebih tepat melalui pilihan Acer Accurate Stylus, manakala Acer Iconia Suite pula memudahkan tugas anda dengan isyarat gerak sentuh dan ikon akses pantas.
Dengan teknologi Zero Air Gap juga menjadikan gajet ini lebih berkemampuan untuk melakukan tugas-tugas mencatat nota, membuat panggilan keluar, menonton video dan sebagainya selain hadir dalam 10 warna yang menarik.
Istimewanya juga, dengan menggunakan Mod Membaca, ia dapat membantu untuk mengurangkan keletihan mata dengan mengurangkan jumlah cahaya biru yang dipancarkan melalui skrin tablet.
Antara ciri-ciri lain yang disediakan dalam peranti ini termasuk EZ Note bagi memudahkan pengguna menyusun minit mesyuarat, nota-nota atau idea lakaran.
EZ Snap pula membantu pengguna untuk mengambil gambar skrin dengan lebih mudah dan cepat serta pengguna boleh terus mengedit dan berkongsi gambar tersebut.
Selain itu ciri-ciri lain yang turut diketengahkan ialah EZ Snap, EZ Gadget dan System Doctor yang disediakan khas untuk pengguna melakukan urusan seharian tanpa perlu membuka satu-satu fail.
Spesifikasi Tablet Acer Iconia One 8
Prosesor: Quad-core 1.83 GHz
Paparan: 800 x 1280 mm
Kamera hadapan: 5 megapiksel
Memori: 32GB
Saiz: 213.9 x 127.7 x 9.5mm
Berat: 355g
Warna: Pelbagai

Peranti harga rendah

JOI tampilkan keluaran terbaharu
06 Julai 2015 1:00 PM
Ko Yun Hung (kiri) bersama Pengurus Intel Malaysia dan Singapura, Sumner Lemon menunjukkan Lite JOI Phone 5 dan JOI 7 pada majlis pelancarannya di Ibu negara baru-baru ini.
SNS Network secara rasminya telah melancarkan dua gajet terbaharu di bawah jenama JOI keluaran mereka iaitu JOI 7 Lite dan JOI Phone 5 baru-baru ini.
JOI merupakan salah satu jenama produk tempatan yang sebelum ini telah menawar dan memasarkan beberapa tablet serta produk berasaskan Android dan Windows.
Kini jenama ini telah memperluaskan lagi pasaran mereka dengan adanya telefon pintar baharu yang tidak kurang hebatnya.
JOI 7 Lite merupakan tablet, manakala JOI Phone 5 ialah telefon pintar yang menggunakan siri prosesor Intel Atom x3.
Pengarah Urusan SNS Network sdn. Bhd., Ko Yun Hung berkata, gajet terbaharu ini menawarkan segala kelebihan dan kebaikan teknologi yang dihasilkan Intel.
“Persembahan yang baik, jangka hayat bateri yang menakjubkan dan juga reka bentuk yang cantik adalah ciri-ciri yang diterapkan Intel dalam kedua peranti ini,” katanya.
Telefon pintar Joi Phone 5 memaparkan skrin bersaiz lima inci dengan resolusi 1024 x 600 piksel, memori 1GB bersama-sama ruangan storan 8GB.
Joi Phone 5 juga dilengkapi kamera belakang lapan megapiksel serta kamera hadapan dua megapiksel serta bateri berkapasiti 2100mAh.
Tablet JOI 7 Lite pula memaparkan skrin tujuh inci, memori 1GB, ruangan storan 8GB dengan kamera belakang dua megapiksel dan kamera hadapan VGA.
Kedua-dua peranti ini boleh didapati daripada pengedar rasmi SNS Network, gedung beli-belah AEON, selain turut ditawarkan secara dalam talian di Lazada, Gloo dan Lelong.
SPESIFIKASI 
JOI Phone 5
Prosesor: Intel Atom x3-C3130 (SoFIA 3G)
Memori: 1GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 5” IPS 1280 x 720
Kamera: 8MP + 2MP
Harga: RM399
JOI 7 Lite
Prosesor: Intel Atom x3-C 3130 (SoFIA 3G0
Memori: 1 GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 7” IPS 1024 x 600
Kamera: 2 MP + VGA
Harga: RM299