>Misteri Batu Hajar Aswad

>


Khas untuk mereka yg telah dan yg bakal sampai ke Makkah. Semoga Allah hantar jemputan kepada semua yang ingin berada di Makkah…Amin

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya? .”

Para angkasawan telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian seperti ada alasan tersembunyi laman web tersebut di hapuskan.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan . Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karekteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena ada daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan grativiti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita diberi kuasa untuk beribadah oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengembang di air. Di sebuah musium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’Bah) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

>1Malaysia penyelesai isu rakyat, bukan debat

>

Surat kiriman Pembaca dari Berita Harian

ORANG tua sering mengingatkan kita melalui pepatah, ‘terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya’. Inilah yang terjadi kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, apabila mengaitkan Umno dengan komunis dan ajaran sesat pada ceramah politik pada 21 Jun lalu di Kampung Laloh, kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kuala Krai.

Beliau menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. Meskipun kenyataannya satu kiasan atau perumpamaan tetapi kenyataan itu mengelirukan pemikiran rakyat terutama pengundi di pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini.

Hal demikian ini tidak wajar kerana beliau juga pernah bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada 1967 dan 1974 ketika Pas bersama BN dulu apatah lagi Pas pun parti politik seperti Umno.

Tuduhan beliau keterlaluan dan tidak wajar diucapkannya selepas 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Apalagi usianya yang lanjut seharusnya menjadi teladan kepada pemimpin pelapis membawa imej warak dan pemimpin besar yang mengutamakan rukun negara kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Tok guru yang hebat mengajar agama dan pemain politik lincah yang tidak percaya kepada pengertian kebangsaan, malah menafikan pelbagai rupa bangsa di alam maya baik Melayu, Arab, Eropah, Cina dan sebagainya untuk saling mengenal kecuali yang beriman dan bertakwa mendapat kemuliaan di sisi Allah. Sekali gus menolak watak Melayu yang dicatat dengan tinta emas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Idea gagasan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa membangkitkan kemarahannya dan beliau amat emosional hingga mengusir dan memaksa Timbalan Presiden parti agar meletakkan jawatan dan masuk Umno.

Beliau mungkin menyedari kesilapan lalu selepas Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kerana didakwa wujud unsur hasutan dan mencetuskan ketegangan dan perbalahan sesama sendiri.

Menyedari hakikat itu beliau mengalih fokus dengan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno untuk mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-Pas.

Namun, cadangan beliau tidak membantu meleraikan kekusutan, malah reaksi dan persepsi orang ramai bahawa beliau sudah melepasi tempoh bersara daripada medan politik.

Elok kalau Najib tidak melayan ajakan Nik Aziz kerana muzakarah, muqabalah dan mujadalah adalah istilah Arab yang sukar difahami umat Melayu. Perdamaian antara Umno dan Pas dicetus sekian lama melalui muzakarah. Idea yang dicadangkan Pas, iaitu perundingan bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti itu untuk kebaikan negara dan rakyat.

Namun, usaha itu digagalkan segelintir pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am sendiri yang dianggap ulama paling tinggi dalam parti. Malahan kewujudan Umno dan Pas suatu kelainan politik yang sepatutnya terarah kepada pembinaan umat Melayu Islam yang maju dan makmur di bumi Malaysia ini.

Kelantangan Nik Aziz membantah sehingga beliau mencadangkan muqabalah yakni perbincangan tanpa syarat dengan Umno. Kini atas kapasitinya sendiri mendesak Perdana Menteri mengadakan debat pula.

Lantaran itu, debat tidak wajar kerana pemainnya akan membidas dan menggodam lawan habis-habisan dengan memanipulasi baik bahasa Quran dan hadis mahupun bahasa Urdu dan Sanskrit, malah bahasa politik macam ‘menegak benang basah’ yang sukar difahami orang kebanyakan.

Sebaliknya tetapkan matlamat menyelesaikan masalah umat dan rakyat melalui 1Malaysia bermaksud sebuah kewarganegaraan, satu impian dan satu negara. Justeru, khalayak tidak mudah tertipu dengan mainan politik melampau dan retorik yang mengelirukan dan merugikan pengikut parti dan negara.

ZULKEFLEE YAACOB,
Kota Bharu, Kelantan
.

>Petang bermakna bagi penuntut baru UiTM

>


Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Khaled Nordin, Saifuddin Abdullah dan Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah melakukan senam seni bersama lebih 3,000 pelajar baru sempena Minggu Siswa 2009 di Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, semalam. – Bernama

SHAH ALAM 28 Jun – Lebih 3,000 penuntut baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) sesi akademik baru tahun ini termasuk pelajar senior yang mengendalikan Minggu Mesra Siswa 2009 bertuah kerana dapat bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan aktiviti senam seni.

Najib dan Rosmah bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah, yang tiba di Stadium UiTM pada pukul 5.30 petang, terus menyertai para penuntut melakukan senam seni iaitu senaman berbentuk tarian yang diiringi dengan irama tradisional.

Para pelajar mengambil kesempatan untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri dan isteri yang tidak disangka-sangka menyertai mereka dalam acara senam seni, satu acara Minggu Mesra Siswa pada kali ini.

Seorang pelajar jurusan muzik, Maznor Zairi, 18, ketika ditanya mengenai kehadiran Perdana Menteri, berkata beliau berasa bangga pemimpin nombor satu negara itu dapat bersama-sama melakukan senam seni dengan para penuntut baru.

“Tak sangka Perdana Menteri datang gembira, dapat salam dengan dia,” katanya.

Selepas menghabiskan masa kira-kira 30 minit melakukan senam seni dan beramah mesra dengan para penuntut, Najib dan isteri serta rombongan termasuk pelajar berjalan kaki ke Kolej Perindu, sebuah asrama lelaki yang terletak tidak jauh daripada stadium universiti itu.

Najib melawat hingga ke dalam bilik penginapan pelajar bagi meninjau kemudahan yang disediakan bahkan memasuki dan memeriksa keadaan tandas di asrama itu.

Dalam aktiviti turun padang yang dilakukan sejak menjadi Perdana Menteri April lepas, Najib sempat meluangkan masa selama 30 minit minum dan berbual bersama lebih 30 penuntut di kafetaria Kolej Perindu bagi mengetahui masalah mereka, harapan sebagai generasi baru dan pandangan mereka terhadap kerajaan masa kini. Sebelum menamatkan lawatannya, Najib menandatangani Buku Pelawat Kolej itu. – BERNAMA

>Rugi Melayu tolak perpaduan, 1Malaysia

>

oleh Feriz Omar
utusan.feriz@gmail.com

KETIKA pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan idea tentang aspirasi 1Malaysia, pelbagai pihak dilihat cuba memberikan takrifan dan andaian terbaik mereka mengenai istilah berkenaan.

Bermula dari bual bicara pemimpin negara, ahli politik, ahli akademik dan professional hinggalah ke cakap-cakap kedai kopi, segenap lapisan masyarakat bagai tercari-cari apakah intipati sebenarnya di sebalik konsep 1Malaysia.

Dalam begitu banyak teori yang dikemukakan, yang paling menyakitkan hati ialah andaian tidak bertanggungjawab beberapa pihak tertentu yang cuba menyamakan konsep 1Malaysia dengan perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ dokongan DAP. Memang sah ia adalah suatu tuduhan yang berniat jahat bertujuan untuk mencalar imej kerajaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Melayu!

Sabtu lepas, setelah pelancaran logo dan lagu 1Malaysia, nampaknya masih ada sebilangan kecil masyarakat Melayu yang salah faham, ragu-ragu atau kabur dengan makna kepada saranan perpaduan melalui aspirasi tersebut.

Salah tanggap dan kekaburan sebegini banyak dipengaruhi oleh sikap orang Melayu sendiri. Antaranya, sikap yang berkecenderungan untuk memperoleh maklumat dari sumber yang tidak betul seperti laman-laman blog yang dikendali oleh bloggers yang buta hati dan jiwa yang murni.

Bukankah media-media perdana dan laman-laman web kerajaan sudah pun memberi informasi tentang hal ini dengan cukup terperinci.

Sudah sampai masanya, masyarakat Melayu merujuk kepada media-media perdana dan jika perlu, media alternatif yang menganjurkan kupasan pemikiran yang ‘bebas’, matang lagi mementingkan keharmonian rakyat dan bukannya melayan hujah-hujah beremosi.

1Malaysia hanyalah satu ‘aspirasi’ yang dicetuskan untuk mencari persamaan dan mengelakkan perbezaan di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah asas pembentukan senario kehidupan yang harmoni dan memupuk semangat erat seiring dengan kehendak prinsip Rukun Negara.

Terdapat lapan penerapan nilai murni di bawah 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Sewaktu pertama kali slogan ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’ dilaungkan, Perdana Menteri sengaja mahukan seluruh rakyat Malaysia terlibat sama dalam menterjemahkan aspirasi tersebut.

Kita akui bahawa Wawasan 2020 sudah pun menjadi wawasan jangka masa pendek kerana ia bakal menemui kita beberapa tahun lagi. Malaysia hari ini perlukan suatu wawasan, visi dan misi baru yang berterusan.

Di atas kesedaran ini juga, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sepatutnya mula menunjukkan gerakan-gerakan positif untuk bersatu padu dalam menentukan wawasan visi dan misi negara yang baru.

Nampaknya bagi bangsa Melayu, keutamaan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan bangsa dan agama sendiri bukan menjadi keutamaan. Sebaliknya, dalam isu Pas menolak usul perpaduan ummah UMNO-Pas yang kian memuncak, falsafah politik pula yang didahulukan sehingga meranapkan hak Melayu untuk menentukan hala tuju negara dalam menetapkan visi dan misi memajukan bangsa dan agama.

Begitu juga mengenai dakwaan yang mengatakan 1Malaysia bakal menindas nasib orang Melayu dan hak Bumiputera adalah tidak benar sama sekali.

Asas kepada dakwaan ini, konon-kononnya ialah tindakan kerajaan yang memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedangkan hal yang sebenar ialah fungsi MeCD sudah pun diserap sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan menambah kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Dasar afirmatif yang bersifat menolong kaum Bumiputera sebetulnya tidak pun disentuh, malah bakal dilaksanakan dengan lebih telus.

Konsep 1Malaysia yang ‘sebenar’ ternyata bertujuan baik demi keharmonian pelbagai ras dan keturunan di Malaysia. Melalui nilai murni ‘Penerimaan’, masyarakat Malaysia dituntut agar menerima perbezaan kaum dan agama.

Dalam hal ini, sudah tiba masanya perspektif perpaduan negara diubah berbanding sekadar bertoleransi sebelum ini. Sikap sebegini membuat kita maju setapak ke hadapan kepada rasa hormat dan saling menerima.

Justeru, 1Malaysia sepatutnya menjadi ruang di mana masyarakat Melayu melupakan agenda politik buat sementara dan berpadu demi menyokong agenda perpaduan nasional. Ambil iktibar daripada kaum Cina di Malaysia, yang mana sekalipun wujud beberapa entiti politik yang menjaga kepentingan orang Cina, badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dong Zhong dan Shiu Qiu sentiasa menjadi tempat kaum Cina menyatakan kesatuan pendapat mereka.

Orang Melayu sajalah yang nampaknya begitu berpecah bagaikan tiada langsung titik temu hingga kini. Inilah punca kepada komentar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang begitu kecewa dengan kegagalan perpaduan Melayu Pas dan UMNO bersatu baru-baru ini.

Saya menyeru seluruh umat Melayu menyokong aspirasi 1Malaysia yang dibawa oleh Najib dan melupakan perbezaan yang ada buat seketika demi kepentingan negara. 1Malaysia hakikatnya adalah rangkuman kepada elemen fundamental yang cukup perlu bagi merealisasikan cita-cita Wawasan 2020.

Seperti golongan Yahudi yang menetapkan cita-cita 100 tahun untuk kembali dan menguasai Baitulmaqdis, hendaknya orang Islam di Malaysia juga tidak perlu ralat untuk bersatu hati, mengejar wawasan yang sudah sedia termaktub ini.

Ayuh, mari kita terjemahkan konsep perpaduan 1Malaysia dan tentukan misi dan visi negara!

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

Rugi ada mata dibutakan, ada otak tak boleh nak berfikir, ada telinga dipekakkan, ada HATI..busuk dan mati…nak kata apa kalau dah orang lain semuanya salah dia aje yang betul walaupun yang dibuat untuk kebaikan ummah..Sesungguhnya segala kebaikan datang dari ALLAH swt dan segala keburukan adalah kelemahan diri kita sendiri sebagai manusia …amin

>Kembara Tokyo 1-Part 3(akhir)

>

27hb. Jun 2009
Tokyo Dome City

Gambar-gambar yang diabadikan sebagai kenangan untuk keluarga saya apabila telah berada semula di Malaysia awal Ogos 2009 nanti…..

Saya dan isteri

Kenangan bersama Pengurus Pasukan Giants (Patung aje)

Penyokong kecil pasukan Giants bersama ibunya

Anak2 saya yang kecil tu tidor kepenatan

Gelagat gadis penjual minuman….

Mascot pasukan Giants

Gelagat penyokong Giants dengan banting gergasi mereka

Penyokong Swallows dengan Bendera mereka

Dicelah-celah kemeriahan sorakan penyokong kelihatan gadis-gadis penjual minuman menjalankan perniagaan mereka

Ditengah-tengah keriuhan sorakan pun ada yang ambil kesempatan untuk tidor setelah perut kenyang selepas makan

Puas juga hati saya kerana dapat merasai kemeriahan suasana di dalam stadium yang padat dengan penonton…Sebenarnya saya ni menyokong kedua2 pasukan yang bertanding hari ini dan ternyata pasukan Swallows telah menang dengan selesa melalui semangat berpasukan yang jitu…isteri teman penyokong Giants…..Tak apa kan cuma penyokong aje..

>Kembara Tokyo 1-Part 2

>

27hb. Jun 2009
Tokyo Dome City

Bila sudah berada di Tokyo Dome City ni kami sekeluarga mengambil kesempatan menonton pelawanan Liga Baseball Japan di antara pasukan Giants VS Swallows yang merupakan 2 pasukan handal yang berasal dari Kota Tokyo. Ini adalah kali kedua kami menonton perlawanan yang merupakan sukan nombor satu di Japan. Selalunya kami hanya menonton menerusi peti TV saja..Seronok sungguh dapat merasai suasana yang meriah dengan sorakan penyokong kedua belah pihak yang bertanding…yang pastinya tiada kata2 lucah yang kedengaran dan pergaduhan terjadi walaupun penyokong kedua pasukan duduk berdekatan dan bercampur antara satu sama lain..

Score baord Stadium Baseball tertutup Tokyo Dome

Tempat rehat pasukan Swallows(pasukan pendatang)

Perlawanan bermula

Pembaling(pitcher) yang menentukan menang atau kalah sesuatu pasukan

Pemukul(batsman) yang cuba memukul bola pada kelajuan 140km/h atau lebih untuk memungut mata bagi pasukan mereka. Mereka akan digelar hero jika dapat membuat pukulan HOME RUN

Penangkap bola juga merupakan orang penting dalam memberi kemenangan/kekalahan kepada pasukan masing2 dengan mematikan kemaraan pemukul pihak lawan

Yang pasti dalam perlawanan Baseball di Jepun ni tiada keputusan seri dalam sesuatu perlawanan yang ada hanyalah pasukan yang menang dan yang kalah….

>Kembara Tokyo 1-Part 1

>


27hb. Jun. 2009
Tokyo Dome City Part 1

Pada hujung minggu yang lalu, saya dan family telah berjalan-jalan sambil window shopping di sekitar Tokyo Dome City. Tempatnya cukup menarik kerana segalanya ada disediakan disini. Ada Stadium Baseball (tarikan utama), Theme park yang menjadi kesukaan kanak2, kedai-kedai yang menjadi kegemaran ibu2 untuk shopping serta berbagai2 jenis restoran….Kami sekeluarga seronok melihat gelagat penduduk tetap Kota Tokyo yang berbagai ragam…

Ragam anak2 gadis Tokyo berfesyen.

Rambut warna biru-meniru watak manga kegemaran mereka.

Anak kecil saya yang tak pedulikan suasana kemeriahan ibu dan kakak2nya bershopping.

Orang rumah saya dengan anak2 gadisnya shopping sakan.

Orang rumah dan anak2 mengambil kesempatan bershopping raya kat sini sebelum kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia pada awal bulan Ogos 2009….