GAJI BARU – TERIMA KASIH PM

 1.4 juta kakitangan awam terima gaji baru
 DARI UTUSAN MALAYSIA
26/4/2012

KUALA LUMPUR 25 April – Kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan hari ini mula menikmati gaji baru mereka di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.
Gaji yang diterima melibatkan peningkatan di antara tujuh hingga 13 peratus mengikut gred masing-masing selepas pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengundang bantahan banyak pihak, antaranya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Selain penerimaan gaji berdasarkan pelarasan yang terbaru itu, penjawat awam turut menerima tunggakan gaji sejak Januari lalu.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, gaji baru itu membuktikan kerajaan sedia ada sememangnya mendengar keluhan masyarakat dan mengambil tindakan dalam memastikan kesejahteraan mereka terbela.
“Penjawat awam diharap dapat memanfaatkan apa yang mereka nikmati kini, di samping mempertingkatkan mutu kerja selari dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan.
“Langkah itu adalah demi menunjukkan tanda terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendengar keluhan penjawat awam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung kakitangan kerajaan yang mula menerima gaji baru berdasarkan pelarasan SSM, hari ini. Katanya lagi, kakitangan kerajaan diingatkan untuk memperbaiki imej mereka di mata masyarakat dan bukannya berada di tahap lama.
“Mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak menerima pelarasan gaji tersebut apatah lagi setelah kerajaan menunaikan janji mereka.
“Saya juga berharap dengan adanya peningkatan ini, kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam dapat dihapuskan,” tambahnya.
KOMEN : SYUKUR ALHAMDULILLAH… AMIN…

Haram sokong Ambiga

Ismail Mina

KUALA LUMPUR 25 April – Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.
Ismail Mina menegaskan, kredibiliti Ambiga wajar dipertikaikan pengikut perhimpunan tajaan pembangkang itu, gara-gara beliau tidak mempunyai hubungan dan pemikiran yang bersih.
“Di mana bersihnya Ambiga apabila sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau selama ini jelas memperjuangkan hak golongan LGBT di negara ini.
“Jika dinilai melalui perspektif mana-mana agama terutama Islam, Ambiga sama sekali tidak layak mengetuai apa-apa disebabkan beliau sudah dikotori najis kekufuran apatah lagi perjuangannya dalam perhimpunan tersebut hanyalah daripada suara minoriti masyarakat dalam negara sahaja,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan sudah memberikan kebebasan bersuara dan berhimpun, oleh itu rakyat perlu belajar memahami erti demokrasi.
‘‘Demonstrasi jalanan hanya menyusahkan orang ramai yang tidak terlibat dan sewajarnya Bersih tahun lalu dijadikan pengajaran,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Darul Quran Wal Hadith, Datuk Rameli Musa berkata, kebanyakan penggerak Bersih terdiri daripada ahli Pas, sepatutnya mereka memilih pemimpin yang jelas akidah dan bersih daripada ideologi menyesatkan umat Islam.
‘‘Sejak kebelakangan ini, Ambiga bukan sahaja dilihat menyokong perjuangan LGBT malahan mempromosikannya di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam,’’ katanya.
Jelas Rameli, usaha Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini perlu dihentikan memandangkan parti yang terlibat seperti Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai pelbagai masalah dalam kalangan anggota mereka sendiri.
KOMEN : KENAPA NIK AZIZ KATA WAJIB MENYOKONG BERSIH 3 DAN AMBIGA… ITU KATA POLITIK SONGSANG NIK AZIZ KOT…. WAJIB TANG MANA HOI NIK AZIZ…?

Legoland Malaysia dibuka 15 September

DARI UTUSAN MALAYSIA
26/4/2012

Siegfried Boerst menunjukkan pintu gerbang Legoland yang sedang dalam pembinaan.

NUSAJAYA 25 April – Legoland Malaysia yang merupakan taman tema pertama seumpamanya di Asia kini 75 peratus siap dan bakal membuka pintunya kepada orang ramai secara rasmi pada 15 September tahun ini.
Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst berkata, pembukaan taman tema yang terletak di Medini dengan keluasan 31 hektar itu lebih awal dari tarikh disasarkan sebelum ini iaitu pada penghujung tahun.
Dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama beroperasi, beliau memberitahu, kerja-kerja pemasangan 50 juta blok lego dan model di taman tema terbabit akan dimulakan pada bulan depan.
“Dengan pengumuman tarikh pembukaan ini, kita berharap pengunjung dan operator pelancongan akan mula membuat perancangan untuk ke Legoland Malaysia yang pasti mampu menawarkan pengalaman menyeronokkan.
“Kita yakin taman tema ini mampu menarik pelancong, sekali gus menjadikan ia antara destinasi taman tema terhebat dunia,” katanya semasa mengumumkan tarikh pembukaan Legoland Malaysia di sini hari ini.
Legoland Malaysia merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund (Denmark), Legoland Windsor (England) Legoland California dan Legoland Florida (Amerika Syarikat) serta Legoland Gunzburg (Jerman).
Taman tema itu dibangunkan oleh anak syarikat Iskandar Investment Bhd. (IIB), IDR Resorts Sdn. Bhd. (IDR Resort) bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.
Boerst memberitahu, walaupun belum dibuka secara rasmi, namun Legoland Malaysia sudah terbukti mampu menarik peminatnya dengan penjualan pas tahunan Legoland Malaysia kini melebihi 35,000 pas.
“Daripada jumlah itu, 60 peratus pembeli terdiri daripada rakyat Malaysia, 35 peratus rakyat Singapura, manakala baki lima peratus merupakan rakyat lain-lain negara.

Khalid Ismath dan budaya bersyukur yang sudah luntur…

Oleh Zaini Hassan

Budak berasal dari Klang ini cukup menyanjung tinggi S. Ambiga. Ambiga baginya ialah idolanya. Ambiga ialah penyelamat kumpulan mahasiswa.
Jika mendengar ucapannya dalam YouTube, UMNO dan Barisan Nasional ialah parti yang terlalu zalim dan maha zalim buatnya. Kerajaan sekarang terlalu buruk bagi pandangannya. Dia yang masih belajar ialah pelajar di sebuah universiti yang menerimanya masuk atas dasar dia seorang Bumiputera. Universiti itu hanya menerima yuran RM500 semester, satu-satunya universiti yang mengambil yuran pengajian yang terendah di negara ini. Yang lain semuanya percuma. PTPTN hanyalah wang kocek sara hidup untuk lain-lain hal sepanjang semester pengajian. Jika di zaman saya dulu makan pun percuma, tiga kali sehari. Jika duit tiada, para pelajarnya masih boleh hidup, tidak kebulur.
Dalam YouTube juga, Khalid menggambarkan dia adalah hero kepada kaum mahasiswa. Semua yang berlaku dalam kampus dan negara ini salah belaka. Hanya dia sahaja yang betul. Hanya Ambiga sahaja yang betul. Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang menjadi pujaan hatinya. UiTM yang mengasuhnya cukup tidak adil, haknya kononnya dicabul. Itulah kata-katanya yang dipetik dalam laman sesawang itu ketika menjadi wakil solidariti mahasiswa Malaysia semasa berucap di majlis pelancaran ABU (Asal Bukan UMNO) di Markas Tarbiyah Pas di Taman Melewar, Kuala Lumpur, tidak lama dulu.
Khalid kononnya mendakwa bergerak secara bebas atas nama Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami). Namun dia tidaklah independen, dia sebenarnya ialah kader yang dilahirkan oleh parti pembangkang.
Sejak beberapa hari lalu, kelibat Khalid kelihatan berada bersama-sama aktivis fahamannya di Dataran Merdeka. Dia berada di situ untuk menuntut kerajaan menghapuskan PTPTN, yang juga didakwanya sebagai satu skim pinjaman pelajar yang terlalu zalim. Jika mahu ditakrifkan apa itu anti-establishment, maka Khalid inilah anti-establishment. Semua baginya tidak betul, kecuali dia sahaja yang betul.
Sudah tentu Lim Guan Eng terlalu teruja dengan Khalid. Guan Eng dikatakan turun padang pada jam 2.30 pagi baru-baru ini bagi memberi sokongan moral kepada Khalid dan rakan-rakannya, yang rata-rata Melayu, berkhemah di Dataran Merdeka itu. Guan Eng bukan sahaja bangga kerana Khalid anak Melayu, tetapi juga pelajar UiTM, sebuah institusi yang cuba dirobek-robek oleh mereka. Terus terang saya katakan, saya amat bersimpati dengan Khalid. Dia mewakili mahasiswa yang sudah terjebak terlalu jauh dalam perjuangan peribadi Anwar Ibrahim dan DAP. Pas pula hanyalah Pak Turut yang tiada tujuan.
Guan Eng, Anwar dan Ambiga telah menggunakan mereka ini demi kepentingan peribadi masing-masing. Khalid nampaknya sudah terjebak jauh. Untuk berpatah balik, nampaknya terlalu sukar baginya. Maka alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
UiTM yang sepanjang tempoh lebih 40 tahun melahirkan anak-anak Melayu yang berjaya – hasil perjuangan UMNO yang dianggap zalim oleh Khalid – kini sudah mula melahirkan seorang insan yang sungguh tidak bersyukur seperti Khalid.
Namun, Khalid sebenarnya hanyalah segelintir. Terlalu ramai lagi bekas-bekas pelajar UiTM, yang diterapkan dengan lagu keramat Anak Kecil Main Api di zaman rebungnya, tidak akan melupakan pengorbanan yang dicurahkan kepada mereka semua oleh institusi itu. Mereka semua bersyukur dengan apa yang mereka kecapi hari ini. Khalid hanya baru belajar bertatih dalam dunia sebenar, tetapi telah memilih satu persimpangan yang dianggapnya betul, tapi melencong.
Wahai, Khalid Mohd. Ismath. Cara perjuangan kamu sebenarnya terlalu angkuh. Suara kamu berbunyi bongkak dan takabur. Butir-butir kata yang diberikan kamu dalam YouTube itu terlalu dangkal. Kamu menganggap kamulah pelajar yang paling hebat di negara ini.
Bukan tujuan tulisan ini untuk mengangkat kamu. Tapi untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain supaya kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah dicurahkan kepada kita semua di bumi bertuah ini. Selagi hayat ini dikandung badan, selagi itulah, insya-Allah, orang seperti Khalid akan terus mendapat pembelaan. Selagi itulah tempatnya untuk menuntut ilmu di UiTM, institusi pengajian tinggi keramat orang Melayu ini akan terjamin. Sehubungan itu, marilah kita semua membalas semula budi baik yang dicurahkan kerajaan kepada kita. Sekurang-kurangnya kepada Mara (Majlis Amanah Rakyat) yang pernah mengasaskan Institut Teknologi Mara (ITM) yang kemudiannya menjadi sebuah universiti, setelah diangkat naik oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Saya difahamkan sebagai menghargai jasa Mara dan sebagai membalas balik budi baiknya semua pihak yang terbabit dengan agensi itu, sama ada bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), guru-gurunya, pesara agensi itu, Institut Kemahiran Mara (IKM), bekas penerima biasiswa dan pinjaman pelajaran, usahawan, termasuk bekas pelajar ITM/UiTM, akan mewujudkan sebuah dana khas bagi menyumbangkan semula kepada masyarakat atas nama kesyukuran. Dana yang akan dikutip itu akan dipulangkan semua kepada anak-anak dan generasi kita.
Diharapkan ia akan menjadi satu kitaran mengenang budi dan kesyukuran yang patut mulai sekarang diterapkan di sanubari kita semua. Sebenarnya Khalid juga harus bersyukur di atas dasar yang telah dibentuk oleh para pejuang negara selama ini. Ingatlah Khalid, negara kita kini terlalu aman damai hasil perjuangan para pemimpin terdahulu dan semasa. Sejak negara di ambang kemerdekaan dan selepas mencapai kemerdekaan corak negara ini banyak dimainkan oleh para pejuang itu sehinggalah kestabilan dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kini rakyat seperti saudara boleh bergerak bebas mencari rezeki atau ilmu. Boleh ke masjid atau surau atau ke mana-mana sahaja berbanding dengan sesetengah negara lain di muka bumi ini.
Nikmat keselesaan hidup yang kita kecapi selama ini hendaklah kita gandakan dengan ibadat kepada Allah SWT sebagai tanda syukur kepada-Nya, kerana dibimbangi nikmat yang kita kecapi selama ini berkemungkinan akan ditarik balik oleh-Nya. Manusia yang disayangi Allah ialah manusia beriman yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.
Negara sudah aman dan maju, sebab itulah DAP, Pas, dan PKR sentiasa meracuni pemikiran saudara Khalid supaya membenci apa yang ada ini untuk kepentingan politik peribadi mereka.
Tapi sayang seribu kali sayang, Khalid sudah tersasar jauh. Pelajaran saudara pun tidak cemerlang. Hanya mampu memperoleh mata purata 2.3 dalam CGPA semester 2. Amat sukar untuk saudara berpatah balik.

Pembangkang ibarat manusia kelemasan

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
 DARI UTUSAN MALAYSIA
25/4/2012

JIKA seorang peguam bela tiada lagi hujah bernas bagi menyelamatkan anak guamnya, maka dia akan mula mencari pelbagai alasan dan pembelaan yang direka-reka asalkan logik diterima akal. Begitulah situasi yang menimpa pihak parti pembangkang di negara ini.
Selepas berjaya membuatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menyambung menjadi senator seterusnya tidak lagi menjadi menteri, kini mereka bergelut dengan idea untuk menjahanamkan ekonomi negara dengan idea menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Semuanya kerana idea hendak memerintah negara bak kata orang Perak, biar papa asal bergaya.
Sikap bercakap ikut sedap mulut ini dalam kalangan pembangkang langsung tidak boleh diterima akal. Idea untuk menghapuskan PTPTN adalah idea manusia berpenyakit kronik yang perlu diubati dengan menolak mereka di Pilihan Raya Umum Ke-13 selama-lamanya dari arena politik negara.
Bayangkan betapa bankrap dan jijiknya idea mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat yang mana ia akan menjadi orang tidak sakit diberi ubat. Lama-lama boleh mati terlebih dos. Sebaik-baiknya pemimpin pembangkang mulakan perkara percuma ini dalam kalangan keluarga mereka sendiri. Jangan cuba merosakkan generasi muda negara.
Kepada pemimpin pembangkang tanggunglah anak anda dari peringkat sekolah sampai ke universiti, kalau mereka hendak berkahwin tanggunglah belanja kenduri sampai cucu yang ada kelak, tanggunglah sekali. Jangan pula berkata itu tugas Kerajaan Pusat, jika anda bersifat kebajikan jadikan ia amalan yang holistik dalam hidup anda.
Berpidato pasal ekonomi dan unjuran memanglah senang. Esok lusa mungkin duit Petronas masih berkepuk-kepuk. Kakitangan mereka pun dapat bonus beribu-ribu RM. Satu hari nanti, tiba-tiba minyak semakin kontang siapa yang hendak memberi duit untuk segala benda percuma yang mereka berikan. Bantuan dan subsidi percuma sekali-sekala diberi tidak mengapa, kalau selalu diberi kita takut rakyat hilang daya saing lalu jadilah kita seperti masyarakat Barat yang penganggurnya dibayar gaji. Duit habis pelajar kita yang belajar di tempat mereka pun dibelasah sambil patah rahang. Mungkin generasi sebegitu yang ingin dibentuk oleh pembangkang.
Pihak pembangkang dilihat rakyat ibarat manusia yang kelemasan di dalam air, apa sahaja benda tergantung yang boleh dicapai sudah pasti ia akan direntap mereka. Isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimainkan pihak pembangkang bukan sahaja menjadi kejayaan kepada mereka malahan mampu menjadi punca kehancuran gabungan parti pembangkang.
Adakah anda masih ingat bagaimana penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang yang kebanyakannya penternak lembu dihalau dari kampung mereka oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya kerana tanah mereka bakal dibangunkan projek komersial.  Pembangkang sendiri tidak mempedulikan penternak lembu namun kerana ada isu lembu (NFC) yang boleh mereka eksploitasi maka tiba-tiba mereka ‘jatuh cinta’ pada lembu yang selain dari kaya dengan susu juga kaya dengan isu. Jangan jadi hipokrit.
Kerajaan Datuk Seri Najib Razak telah melakukan tugas yang baik sepanjang hampir empat tahun beliau mentadbir. Idea 1Malaysia bukan idea orang kelemasan seperti mereka. Yang lemas adalah pembangkang sendiri yang terkapai-kapai melihat idea 1Malaysia tersebut mendapat sokongan daripada rakyat berbilang kaum. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menuding jari mengatakan idea Selangorku menciplak idea 1Malaysia kerana itu bukan gaya BN. Namun pembangkang apabila idea 1Malaysia muncul mula sibuk mengatakan ia idea dari negara zionis. Bila dituduh mendapat dokongan Yahudi tidak pula mereka mengatakan ya atau tidak.
Hari ini pembangkang hampir kelemasan akibat tiada idea menarik sokongan seperti isu barang naik sebagaimana PRU 12. Isu PTPTN jelas menunjukkan betapa mereka sudah tidak mampu membawa momentum tsunami 2008 kerana ia bakal menjadi ombak rindu untuk mereka yang tidak akan kembali. Apa yang pasti ombak gergasi tersebut sedang menerpa ke arah mereka.
KOMEN : SELAYAKNYA OMBAK TSUNAMI DIHADIAHKAN KEPADA PUAK PEMBANGKANG OLEH RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEMAKMORAN…TEKADKAN AZAM BERSAMA KITA UNDI BN…

NASIHAT BERGUNA UNTUK MAHASISWA

Lupakan demonstrasi

GOLONGAN mahasiswa tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang demonstrasi jalanan yang boleh memberikan imej negatif kepada negara.. – Gambar hiasan

Setelah meluat dan geli geman dengan gelagat ‘Hero siswa-siswi’ di Dataran Merdeka membuat kerja tak berfaedah itu, saya sebagai seorang bapa (juga seorang siswazah) kepada anak-anak yang semuanya telah tamat pengajian di kolej dan universiti, ingin memberi nasihat kepada mereka yang terlibat.
* Pertama, jangan buat kerja sia-sia dan tak berfaedah itu.
* Kedua, orang muda jangan terpengaruh dan terikut-ikut dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memang suka menanam semangat kebencian kepada kerajaan hanya kerana cita-cita mereka tak kesampaian. Mereka tak mahu terima qada dan qadar dari Allah SWT. Kalau bukan rezeki dia, janganlah nak menjahanamkan anak-anak muda bangsa kita pula. Memang sifat orang muda, kalau kena provokasi sedikit, cepat sangat melenting. Saya pun muda dahulu, jadi pemimpin pelajar juga. Yang tak betul kita tegur mengikut saluran yang sesuai.
* Ketiga, tumpukan kepada pelajaran, jadilah mahasiswa cemerlang, bukan pandai jual temberang. Jangan menang sorak kampung tergadai. Ingatlah wahai anak-anakku, masa itu sangat berguna ketika kamu muda, cari ilmu dunia dan akhirat. Banyak kerja berfaedah yang boleh dilakukan kalau sudah puas mentelaah buku-kuku kamu itu.
Kami di kampung ada banyak kebun sawit yang tidak dipetik buahnya. Ingat harga sawit sekarang lebih kurang RM700 satu tan. Kami juga ada kebun-kebun getah yang tidak ditoreh. Kami memerlukan tenaga muda kalian semua, jika sudi. Harga getah RM5 sekilogram. Kalian semua tahu tak yang hasil kekayaan di kampung-kampung sekarang ini dikaut oleh orang asing? Mereka memperolehi beribu-ribu ringgit sebulan daripada tanah-tanah pusaka nenek moyang kita. Macam-macam kerja menunggu di kampung.
Apakah anak-anakku malu menyinsing lengan dengan keringat bercucuran untuk mencari rezeki halal, tapi tidak malu buat kerja sia-sia dan mendapat cemuhan orang ramai? Buat kerja kampung badan sihat fikiran jadi waras. Jadi tidak ada masa nak dengar hasutan pembangkang yang meracuni fikiran kalian semua.
Sebagai contoh, bukan nak bangga anak-anak saya walaupun sudah bekerja masing-masing boleh berdikari, tapi bila balik bercuti sedia menolong di kebun sawit dan getah milik kami. Di sini peranan ibu bapa sangat penting memberi pendidikan sejak kecil lagi. Mereka tak segan silu menoreh getah, mereka membaja dan buat lain-lain kerja di kebun. Ini kerja mulia, kalau kita tak buat kerja-kerja itu semua, siapa lagi?
Saya mahu anak-anak saya boleh survive dalam semua keadaan. Kita semua akan menempuh keadaan dunia yang sangat sukar dan mencabar pada masa mendatang. Kita sedang melalui zaman ‘The Peak Moments’. Bank Dunia meramalkan harga makanan akan terus naik, harga minyak terus naik. Apakah perancangan kita wahai anak-anak muda? Takkan habis dek duduk berdemonstrasi sahaja? Perut lapar, minyak motor dah kering, macam-macam lagi nak beli. Renung betul-betul! Duit Petronas bukan untuk mahasiswa saja. Itu kamu semua kena ingat, jangan ikut sedap cakap saja. 
Kami orang lama perlukan perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan lain yang disubsidi oleh kerajaan. Kamu lupa, kita bangun pagi-pagi lagi sudah bantai teh tarik, roti canai, nasi lemak dan macam-macam lagi. Lepas itu ke hulu ke hilir dengan motosikal, kereta, semua itu disubsidi oleh kerajaan, apa lagi?
Jangan kita terikut-ikut dengan hasutan Ketua Pembangkang. Perbetulkan diri sendiri dulu, jangan nak betulkan orang lain. Ayuh anak-anakku kembalilah ke pangkal jalan. Saya doakan kalian semua sukses dalam bidang-bidang yang diceburi. Banyak lagi pengalaman yang saya boleh kongsi dengan anak-anak muda yang kusayangi! 
KOMEN : APA PERLU MAHASISWA BUAT…? HANYA PERLU BELAJAR DAN TIMBA ILMU SUPAYA JADI RAKYAT YANG BERGUNA KEPADA NEGARA… ITU SAHAJA…

Malaysia ‘on track in graft war’

HIGH PRAISE: US federal judge lauds country’s efforts as well planned
 

.

United States federal judge Frank Montalvo, who is on a visit to Malaysia, says corruption is a problem in every country.
PUTRAJAYA: MALAYSIA is on the right track in fighting corruption with its well planned strategies and approaches. United States federal judge Frank Montalvo believes that in order to prevent and deal with corruption and other crimes, every country needs to grow its own solution, besides adopting the general principles.
“For example, it has been suggested that some crimes should be included in every country’s Penal Code in the United Nations Convention Against Corruption.
“From everything that I have seen, Malaysia is doing just that and is on the right track in fighting corruption,” Montalvo, who was on a five-day working visit here since Sunday, said during a press conference at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters here yesterday.
It was Montalvo’s first visit to Malaysia.
Montalvo took the opportunity to visit the Attorney-General’s Chambers, apart from giving a talk to 28 judges who handled corruption cases in 14 courts in the country. He said corruption was an existing problem in every country. “This is a problem faced by many other countries and the work and efforts poured in by numerous organisations against corruption is always a work in progress.
“Commitment and responsibility are essential in leading the fight against corruption and officers must constantly think of improving the approaches used to fight this crime.” Montalvo also said through his visit, he observed that Malaysian anti-corruption officers were very dedicated in looking at various areas, besides adopting effective approaches to combat graft practices.
“I am impressed with the professionalism of these officers and they are also very hardworking.” Asked who acted as the watchdog for corruption in his country, Montalvo said he had to file very strict financial disclosures annually. “We have to file it with the Federal Government and it is a crime to lie or conceal information on that. For instance, when I travel, I have to report the things I have received other than normal hospitality accorded to me. 
“As a judge who presides over cases, we must set a good example for the people.” From 1995 to 2003, Montalvo served as the 288th district court judge for the state of Texas before he was appointed by former president George W. Bush to the federal bench in 2003.
KOMEN : PUAK PEMBANGKANG ASYIKLAH MENGATAKAN KERAJAAN MALAYSIA PENUH DENGAN RASUAH… TAPI SEBALIKNYA BAGI ORANG LUAR YANG PAKAR DALAM UNDANG-UNDANG… KALAU DAH BUTA UNDANG-UNDANG TU DIAM BOLEH TAK?