>Hadi Awang, Bob Lokman dan kempen Pas

>Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

PENULIS lirik lagu ‘berhantu’ Isabella, Bob Lokman menyertai parti Pas kira-kira sebulan lalu, namun sehingga kini kisah beliau menyertai parti pembangkang itu masih diperkatakan.

Lebih-lebih lagi beliau juga terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau.

Adamyan dalam MyKMU.net (www. mykmu.net) berkata, langkah Bob Lokman yang juga seorang pelawak dan pengacara yang menyertai Pas dengan alasan untuk masuk syurga ibarat mencari jalan pulang tetapi termasuk lubang buaya.

Katanya, walaupun setiap individu termasuk selebriti bebas memilih menyertai mana-mana parti politik di negara ini, tetapi alasan untuk mencari syurga di dalam Pas merupakan perkara yang paling jahil pernah didengarnya.

“Kalaupun menjadikan kegagalan mendidik anak sebagai sebab untuk kembali ke pangkal jalan, Pas bukanlah destinasi yang patut ditujui Bob Lokman.

“Pas langsung tidak ada beza dengan parti politik sekular dan sosialis yang menjadi rakan komponennya (iaitu) PKR dan DAP. Pas yang memperjuangkan Islam adalah Pas yang dulu, bukan Pas yang sekarang. Malah Islam yang diperjuangkan Pas dahulu pun boleh dipertikaikan, apatah lagi yang sekarang,” katanya.

Tambahnya, jika Bob Lokman mahu bermuhasabah diri dan mencari kesilapan menyebabkan masalah melanda dirinya, Pas bukanlah tempatnya tetapi dia sepatutnya ke pusat-pusat dakwah serta berguru dengan guru-guru yang lebih bebas pemikirannya tanpa terkongkong oleh fahaman politik kepartian.

Nada serupa ditulis oleh penulis blog keagamaan, Zainol Abideen (mahaguru58.blogspot.com) yang berkata, Pas hanyalah sebuah parti politik, manakala pemimpinnya adalah ahli politik tetapi Islam adalah agama yang diperturunkan Allah kepada umat manusia yang mahu beriman.

Katanya, Pas bukan lagi sebuah parti yang berjuang untuk menegakkan syariah Allah kerana kini mereka sudah mula duduk semeja dengan pemimpin yang menentang kuat penubuhan negara Islam sepertimana yang dijuangkan oleh parti Islam itu.

“UMNO itu memang tak sesempurna mana tetapi jika dibandingkan dengan musuh-musuh Islam seperti DAP, saya lebih rela untuk berusaha mentarbiyah saudara seagama kita daripada bersahabat dengan syaitan!

“Makanya saya turut berduka bahawa para pemimpin Pas yang mengaku sebagai pejuang Islam sanggup menolak mereka (UMNO) mentah-mentah dan tidak mahu langsung berdakwah sama ada secara terus ataupun dengan pendekatan apa sekalipun,” katanya.

Penulis Mummy Rokiah (mummyrokiah.blogspot.com) pula berkata, mungkin selama ini Bob Lokman terlalu melalut dengan syahwat dunia sehingga beliau hilang pedoman dan panduan sehinggakan beliau sedar hanya Pas sahaja yang Islam.

“Malah, akibat kesesatan yang teruk, baru kini beliau sedar bahawa Allah selama ini tidak popular dan hanya Pas sahaja yang mampu mempopularkan Allah,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malik Noor pula agak rasional apabila beliau menyeru supaya jangan menilai agama itu berdasarkan parti kerana bukan parti politik yang membawa kita mengenal Islam, sebaliknya adalah cara dan amalan agama yang dipraktikkan.

Sementara itu, penulis Musram Rakun (musramrakunman.blogspot.com) berkata, jelas sekali Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlupa bahawa negeri-negeri yang dikuasai pembangkang tidak mengamalkan pentadbiran Islam ketika Presiden Pas itu menyelar UMNO yang mengutamakan kepentingan politik berbanding dengan agama Islam dalam pentadbirannya.

“Hadi lupa bahawa kerajaan pembangkang hanya membahagi-bahagikan bantuan pada hari-hari perayaan (sahaja) dan tidak pun mengamalkan apa yang didakwanya,” kata beliau.

Katanya, Hadi sepatutnya mempertikaikan dahulu negeri-negeri di bawah kekuasaan pembangkang ketika dia menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) meletakkan agama Islam di bawah politik, sedangkan sepatutnya Islam berada di atas politik

Blog Bumiyang (bumiyang.blogspot.com) pula berkata, kenyataan Hadi bahawa “kita tidak diajar untuk asingkan politik dengan Islam tetapi itu yang UMNO ajarkan” hanyalah interpretasi atau tohmahan parti itu semata-mata.

Katanya, walaupun UMNO dilabelkan pelbagai perkara buruk oleh Pas, tetapi kenyataannya UMNO sahaja yang menaikkan martabat Islam baik di dalam mahupun di luar negara.

“Bagi UMNO pula, Pas mempolitikkan Islam, mempergunakan agama malah acap kali dilihat menjual agama… menjual bangsa dan agama demi mendapatkan perkenan DAP,” katanya.

KOMEN : BIASALAH PUAK PEMBANGKANG NI DIA CAKAP DULU APA YANG DIA NAK CAKAP. HOMEWORK TAK BUAT. BILA KENA HENTAM BALIK MULALAH DIKATANYA AKHBAH YANG DAH PUSING KENYATAANNYA DAN DIA TAK PERNAH PUN CAKAP MACAM TU. PEMBOHONG HABIS…

>Kisah Pas, PKR dan DAP ‘memomokkan’ pengundi

>Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

DEKAT sebuah sekolah Cina di pekan Merlimau tengah hari kelmarin hampir tercetus kekecohan. Di markas DAP di situ, sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa peraih undi Pas, PKR dan DAP menggunakan pembesar suara berkempen kepada orang ramai. Beberapa ketika terjadi ‘perang mulut’ mereka dengan pasukan polis sehinggakan kenderaan itu mahu ditunda ke balai.

Kebetulan Naib Presiden PKR, Tian Chua berada di situ dan meminta anggota polis tidak mengacau mereka. Hanya buang masa, kami hendak berkempen, katanya. Kekecohan bagaimanapun reda dengan ketibaan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kemudian meminta peraih undi pembangkang tadi tidak mengulangi perbuatan mereka.

Baik di Merlimau dan Kerdau, yang masing-masing di bawah jagaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar senada – tidak ada kekecohan besar ditimbulkan para penyokong parti-parti bertanding.

Cuma, kedegilan yang ditonjolkan pembangkang sama ada di Merlimau atau Kerdau, serupa sahaja. Pada sebelah siang apabila poster parti mereka diturunkan oleh pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya, poster sama dinaikkan semula sebelah malamnya.

Poster dan bendera sekutu-sekutu Pas – DAP dan PKR tidak dibenarkan dipasang kerana hanya Pas bertanding. Lagipun pakatan belum berdaftar dan sepakat seperti BN.

DUN Merlimau tidaklah luas. Dihuni 20,214 orang mengikut data terkini Unit Perancang Ekonomi Negeri pada bulan lalu. Daripada jumlah itu, 11.53 peratus adalah Cina manakala majoriti Melayu sekitar 77.62 peratus. Daripada populasi penduduk, 47.51 peratus penghuni bekerja di sektor swasta, 19 peratus dalam kerajaan, 15 peratus peniaga dan bakinya penternak dan nelayan.

Di Merlimau, tiada isu pembangunan. Kemudahan asasnya; elektrik, air dan komunikasi telah 100 peratus lengkap. Segalanya ada di Merlimau; masjid, surau, tokong, kuil hindu dan gereja. Demikian juga sekolah kebangsaan, sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), sekolah Cina dan Tamil. Ada belaka. Demikian juga sebuah politeknik dan kolej komuniti. Tidak lama lagi bakal terbina sebuah UiTM di Seri Mendapat, Jasin setelah kelibatnya ditolak kerajaan negeri Selangor di Serendah. Khabarnya, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak ambil masa panjang memberi kelulusan.

Setakat enam hari berkempen semalam, tidak ada isu yang benar-benar konkrit yang boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Disebabkan mungkin ‘mati akal’, DAP sendiri terpaksa menggunakan taktik reverse psychology pengundi. Kata parti itu dalam pertemuan dengan masyarakat Cina Merlimau: “Undi adalah rahsia.”

DAP sedar agak payah untuk memancing sokongan pengundi Cina kerana semua masalah orang Cina di sini telah selesai, kata Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

“DAP cuba ‘memomokkan’ pengundi Cina bahawa undi adalah rahsia, mereka tahu pengundi akan pangkah siapa,” kata seorang penduduk Merlimau. Kaum Cina mewakili 2,225 pengundi dengan teramai di Pengkalan Samak (616 orang).

Bagi Pas yang mempertaruhkan calonnya di Merlimau, hanya sekadar menguar-uarkan kepada pengundi agar diberi ‘talian hayat’ untuk dipilih. Tidak menjanjikan apa-apa untuk pengundi, parti itu begitu terdesak untuk menyertai sekutu lima wakil DAP dalam sidang DUN. Padahal, kalau kepimpinan Pas sendiri sudah ‘iktiraf DAP lebih Islam daripada UMNO’ mengapa tidak wakilkan sahaja kepada parti itu untuk bangkitkan isu Islam dalam sidang dewan?

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilihat masyarakat Merlimau lebih kepada ‘suka-suka’ untuk menyedapkan isi ceramahnya. Seperti biasa, akhbar ini menjadi bahan kempennya selain pergolakan politik beberapa negara Asia Barat.

Kisah Pas, PKR dan DAP ‘memomokkan’ pengundi tidak akan berhenti di Merlimau dan Kerdau.

Hanya kerja keras, jangan rileks dan goyang kaki mampu mengaut sokongan pengundi.

KOMEN : KEBIASAAN BAGI PUAK PEMBANGKANG KALAU RAKYAT TAK LAYAN RAYUAN MEREKA MULALAH MEREKA BERTINDAK DENGAN KASAR DENGAN MENAKUT-NAKUTKAN PENGUNDI. ITU SEMUA KERJA SYAITAN. MULALAH MEREKA CARI PASAL DENGAN POLIS DAN SPR UNTUK DAPATKAN SEMPATI RAKYAT. PEDULIKAN MEREKA UNDI AJE UMNO DEMI KELANGSUNGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. YANG PALING UTAMA ADALAH UNTUK MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.

>APA TINDAKAN KDN

>

Bakar semangat revolusi tindakan terdesak pembangkang

DARI UTUSAN MALAYSIA

04/03/2011 7:17pm

TEMERLOH 4 Mac – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan pembangkang membakar semangat rakyat agar mencetuskan revolusi seperti di Asia Barat sebagai langkah terdesak.

Mereka juga katanya, bertindak berasaskan politik sempit kerana sanggup menimbulkan suasana bahaya kepada negara apabila menyamakan keadaan di Malaysia dengan negara di Asia Barat.

“Ini tindakan desperado. Saya nak tanya balik dah selesai ke (isu di) Mesir. Siapa tadbir? Siapa nak boleh jamin keselamatan (di Mesir)?” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas anggota Special Constable Taib Yusof di Desa Murni, Kerdau, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang ketika kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kerdau yang sengaja mengapi-apikan rakyat agar meniru situasi di Asia Barat yang menyaksikan rakyat beberapa negara mencetuskan revolusi bagi menggulingkan kerajaan.

“Ini (revolusi) nak jadi di Malaysia? Situasi jauh berbeza. Perkara kedua cakap-cakap seperti ini bahaya kerana dibuat dengan pertimbangan politik sempit selain tidak berfikiran jauh terhadap kesan jika ia berlaku di negara bertuah Malaysia ini,” katanya. – Bernama

KOMEN : DAH BANYAK SANGAT KENYATAAN DAN HASUTAN OLEH PUAK PEMBANGKANG AGAR RAKYAT BANGUN MERUSUH DAH MENUMBANGKAN KERAJAAN SEPERTI YANG BERLAKU DI MESIR. TAKAN SETAKAT BERI AMARAN AJE…

>Pas seru ahli serang UMNO

>


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Mac – Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

“Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.

“Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas,” katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

“Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong,” jelasnya.

Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

“Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.

“Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti,” terangnya.

KOMEN : SESAT DAN GANAS JUGA PARTI SESAT PAS INI. SAMPAI SURUH ANGKAT SENJATA. PADANLAH PAS NI TAK HABIS-HABIS SEBUT PASAL MESIR DAN NEGARA TIMOR TENGAH YANG SEDANG BERGOLAK SEBAB MEROYAN NAK SURUH RAKYAT MERUSUH DAN BOLEHLAH MEREKA MERAMPAS KUASA. RAMAI BETUL AKAL PAK PANDIR DAN MAT JENIN DALAM PARTI PAS NI.

>Universiti Teknologi Mara perkasakan tulisan jawi

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 3 Mac – Bagi memperkasakan penulisan dan teknik membaca jawi, seramai 70 kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyertai Bengkel Cepat Membaca Jawi Dengan Kaedah Nombor di kampus induknya, di sini hari ini.

Bengkel itu dikendalikan oleh pengasas teknik tersebut, Wan Mohd. Azhar Wan Mahamod yang juga guru pendidikan Islam Sekolah Kampung Jambu, Jalan Rambutan, Taiping, Perak.

Turut serta dalam bengkel itu ialah Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM, Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman.

Menurut Muhamad Rahimi, bengkel sehari itu adalah untuk mendedahkan peserta dengan kaedah membaca jawi melalui nombor.

Katanya, bengkel itu juga bertujuan membentuk satu kumpulan penggerak yang boleh memainkan peranan ke arah penghayatan jawi dalam kalangan warga UiTM.

”Peserta hari ini akan dijadikan ‘mentor’ kepada para pelajar di universiti ini agar mereka lebih cepat pandai membaca dan menulis jawi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, ia juga salah satu cara bagi menyahut saranan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar agar memperkasakan tulisan jawi di institusi pengajian tinggi yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam.

Beliau berkata, pihaknya memilih Wan Mohd. Azhar mengendalikan bengkel tersebut setelah mendapati teknik belajar jawi yang diperkenalkan oleh beliau begitu berkesan.

Katanya, sebelum ini, penceramah tersebut juga pernah mengadakan bengkel yang sama di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina melibatkan guru-guru bukan Islam di sekolah tersebut.

”Kaedah membaca jawi menggunakan nombor didapati membolehkan seseorang itu membaca jawi hanya dalam tempoh lima jam pembelajaran.

”Sekiranya teknik yang dipelajari itu berkesan, para peserta akan mengadakan kelas bimbingan untuk pelajar UiTM agar mereka berpeluang mempelajari tulisan jawi,” katanya.

KOMEN : KEPADA PELAJAR-PEJAR UiTM AMBIL PELUANG YANG DIBERIKAN. SEMOGA MAJU DALAM SEGALA LAPANGAN YANG DICEBURI.

>ANWAR WAS BACKSTABBING

>


PM Najib a ‘friend of Australia’
FROM NST
2011/03/04

That’s what Australian premier Julia Gillard called Malaysia’s prime minister who is on an official visit Down Under.

CANBERRA: Australian Prime Minister Julia Gillard yesterday described Datuk Seri Najib Razak as a friend of Australia and a leader in the region. Her remarks came at a joint press conference after both had participated in restricted and bilateral meetings where relationships and partnerships involving both countries were discussed. “The prime minister is a friend of Australia and a leader in the region,” she said.

Najib is on a three-day official visit to Australia at the invitation of Gillard to reciprocate her visit to Malaysia last year.

At a luncheon hosted by her in conjunction with Najib’s visit, Gillard described Najib as exemplary in the fight against extremism and upholding the true values of Islam. “And I salute your leadership of the Global Movement of the Moderates.” Gillard pointed out that Najib’s visit to Australia was a milestone in the long friendship between Australia and Malaysia. “I thank you for making this journey, a journey of understanding, dialogue and cooperation.”

Gillard also pointed out that Najib’s visit came soon after her visit to Malaysia last year. “I want to thank you for your concern that you were not able to meet me at that time, and for taking the time to telephone (me).

“In choosing Malaysia as the first regional country to make a bilateral visit as prime minister, I wanted to signal just how much we valued the relationship with Malaysia.” Gillard said she wanted to reaffirm Australia’s deep and principled commitment to regional engagement. She also lauded their achievements as “partners and friends. Our ties are longstanding and they are strong.” — Bernama

KOMEN : MANA TAK DEMAM DAN PITAM ANWAR. DENGAN KES MASIH BERPUSING-PUSING DI MAHKAMAH, KERAJAAN AUSTRALIA TELAH BERPALING TADAH MEMBERIKAN SOKONGAN PADA PM DAN KERAJAAN MALAYSIA. RUPA-RUPANYA SUARA ANWAR HANYA DISOKONG OLEH AHLI POLITIK KAUM GAY NEGARA ITU. PM AUSTRALIA PUN TAK SUDI DAN GELI DENGAN ANWAR. TAK LAMA LAGI KENA H1N1 LAH ANWAR DAN PUAK-PUAK PEMBANGKANG NI.