PEMERINTAHAN PAS KELANTAN MENIPU JUGA KE?

Dinar KGT didakwa tiada ciri Islam

Nik Mahani

KOTA BHARU 24 Jun – Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT), Nik Mahani Mohamad mendakwa, mata wang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki Islam.
Nik Mahani mendakwa, sepanjang berada dalam syarikat tersebut sejak tahun 2008 sehingga awal tahun ini, beliau mendapati KGT lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk memperkenalkan sistem kewangan yang menghapuskan riba secara keseluruhannya.
Malah, beliau yang pernah membentangkan kertas di satu forum dinar emas peringkat kebangsaan pada tahun 2006 mendakwa, fungsi dan peranan KGT dalam menguruskan jual beli dinar tidak ubah seperti syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling emas konvensional iaitu mementingkan keuntungan.
“Saya ingin nyatakan di sini, jangan terpedaya dengan kenyataan bahawa KGT adalah memperkenalkan mata wang syariah kerana sejak daripada awal mata wang syariah perlu diletakkan di bawah sultan atau baitulmal.
”KGT sebenarnya ditubuhkan oleh dua orang, kemudian saya dipanggil untuk membantu sebelum saya ‘ditendang’ apabila mereka mendapati saya tidak berguna lagi.
“Syarikat ini ditubuhkan untuk mendapatkan keuntungan, kalau di bawah baitulmal mereka tidak boleh mendapatkan keuntungan, jadi apa KGT buat ialah menjual dinar dan dirham melalui ejen atau wakalah, sekiranya baitulmal yang menempa dinar atau dirham maka rakyat boleh membelinya pada harga kos, maka tidak ada elemen keuntungan,” dakwanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud skandal salah laku pegawai kanan KGT – syarikat yang mengeluar dan mengedarkan dinar dan dirham Kelantan selepas didedahkan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Nik Mahani mendakwa, KGT juga terpaksa membayar royalti antara satu sehingga dua peratus ke atas setiap syiling yang dikeluarkan kepada sebuah pertubuhan antarabangsa kerana menggunakan logo serta mengikut piawaian pertubuhan itu.
Dakwanya lagi, peneraju pertubuhan antarabangsa itu adalah individu yang sama menjadi tulang belakang kepada KGT sebelum beliau dipecat dan dibawa masuk semula untuk jawatan tertentu.
“Pada awal dulu kami menerima cadangan yang diberikan oleh individu ini agar dinar yang ditempa adalah di bawah piawaian pertubuhan tersebut kerana diberitahu bahawa ia adalah penting untuk keseragaman syiling sebab bila kita melangkah pada cara pembayaran elektronik akan lebih memudahkan kita untuk membuat transaksi antarabanga.
“Tetapi saya rasakan kenyataan ini meleset sebab yang dipiawaikan oleh Saidina Umar al-Khattab ialah tentang keberatan dinar dan dirham dan sepanjang kerajaan berkhalifah tidak ada satu syiling yang standard untuk sesuatu khalifah dan tidak ada satu logo pun yang menjadi logo kepada kerajaan berkhalifah semasa itu.
“Ini yang telah dimanipulasikan oleh individu tertentu, saya rasakan sekiranya kita mengambil pendekatan sedemikian kita akan mengambil kesempatan ke atas orang ramai yang tidak faham cerita ini, ia semacam penjajah atas mata wang Islam yang mahu kita bangunkan,” dakwanya yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam sistem kewangan Islam serta terlibat secara langsung untuk penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad.
Dakwa Nik Mahani, atas sebab-sebab tersebut beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada awal tahun ini.
“Saya berpendapat KGT telah ditubuhkan atas maksud yang diberikan arah tuju oleh ‘dua orang yang berkenaan sahaja’ dan saya dipanggil untuk beri jasa saya dan apabila keadaan bertukar saya tidak dikehendaki lagi untuk menyumbang tenaga,” dakwanya.
Mengulas mengenai laporan polis yang dibuatnya berhubung salah laku seorang pegawai kanan KGT pada penghujung Januari lalu, Nik Mahani berkata, ia diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan enggan mengulas lanjut.

KOMEN : FITNAH ORNAG TAK BERINGAT… PENYAMUN DEPAN MATA BUAT-BUAT TAK NAMPAK… YANG TERTIPU PENGIKUT MEREKA JUGA…
Advertisements

Membongkar perangai Nik Aziz

HAMID AIRBORNE

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.
Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.
Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka. Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.
Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.
Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana ‘mati di jalan yang lurus’.
Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan.
Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.
Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN?
Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.
Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan “orang Sarawak bodoh pakai cawat”.
Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai “orang Arab Jahiliah”.
Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut.
Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.
Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin Pas sokong.
Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak?
Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?
Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.
Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula.
Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.
Orang bukan Islam yang makan daging ‘kz’ 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An’Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.
Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama ‘Pencipta’ iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran?
Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain.
Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan.
KOMEN : NIK AZIZ NI MANA ADA ORANG YANG BAIK DAN ALIM DALAM MALAYSIA… CUMA DIA AJE YANG MAKSUM, ORANG LAIN SEMUA SALAH DIA AJE YANG BETUL…

Harimau Muda tunjuk taring

Harimau Muda tunjuk taring
DARI UTUSAN MALAYSIA
26/6/2012

Md. Rozaimi Abd. Rahman meledak empat gol ketika Malaysia mengalahkan Filipina pada Kelayakan Piala AFC di Myanmar, semalam.

KUALA LUMPUR – Skuad negara membelasah Filipina 7-0 pada perlawanan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala AFC di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar semalam yang sekali gus menebus kehampaan tewas 2-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan pembukaan, Sabtu lalu.
Skuad Bawah 22 tahun bimbingan Ong Kim Swee garang sebaik sahaja perlawanan dimulakan apabila tidak menunggu lama untuk meledakkan gol sulung menerusi penyerang Sabah, Md. Rozaimi Abd. Rahman pada minit kedua.
Rentak cemerlang pasukan muda negara berterusan apabila menggandakan asakan dan memperoleh gol kedua menerusi pemain pertahanan, Mohamad Fandi Othman pada minit ke-32.
Selang tiga minit, Rozaimi meletakkan Malaysia pada kedudukan yang cukup selesa apabila menyumbat gol ketiga, sebelum Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menjaringkan gol keempat lima minit sebelum wisel penamat babak pertama dibunyikan.
Selepas rehat, pemburuan gol skuad Harimau Muda diteruskan dan gol kelima menjelma apabila Malaysia dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Kyrgyzstan, Faizullin Timur.
Rozaimi yang mengambil tanggungjawab itu, melengkapkan hatrik apabila menewaskan penjaga gol Filipina, Albao Anthony Clores pada minit ke-69 yang sekali gus melebarkan kedudukan kepada 5-0.
Derita Filipina tidak terhenti setakat itu, apabila Rozaimi buat kali keempat merobek gawang pasukan lawan pada minit ke-74 dan Malaysia melengkapkan kemenangan 7 gol tanpa balas melalui pemain gantian D. Saarvindran yang diledakkan pada masa kecederaan (minit ke-91).
Sementara itu, jurulatih skuad kebangsaan, Ong Kim Swee ketika dihubungi memuji persembahan anak-anak buahnya terutama kejayaan Rozaimi yang meledakkan empat gol.
“Semangat sebegini yang saya mahukan dan saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buah saya,” katanya.
Menurutnya, beliau turut berpuas hati dengan prestasi jaringan yang dipersembahkan para pemain apabila mereka tidak terlalu bergantung kepada pemain tertentu untuk meledakkan jaringan.
Perlawanan berikutnya, Malaysia bakal menentang skuad bawah 22 tahun Taiwan pada Khamis ini pukul 3.15 petang di Stadium Aung San.

KOMEN : TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN….

ORANG KECEWA RUPANYA SIKHALID NI….

Abdul Khalid mungkin gagal – Tun Mahathir

DARI UTUSAN MALAYSIA 
26/6/2012

KUALA LUMPUR 25 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pergolakan berlaku dalam kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana ia dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.
Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang UMNO tetapi memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.
”Beliau masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa.
“Beliau ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Bersama Pelajar Perubatan Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan kolej itu, di sini hari ini.
Dr. Mahathir ditanya mengenai isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Selangor terutama selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, dipercayai ekoran pertembungan politik dua kem membabitkan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.
Menurut Dr. Mahathir, pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun Barisan Nasional (BN) tidak harus berasa terlalu gembira dengan situasi tersebut.
“BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh dan jangan harap orang lemah saja untuk menang,” katanya.
Sementara itu, menurut Dr. Mahathir, usaha menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’ tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding Asia Barat.
Jelas beliau, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, ia jelas membuktikan kerajaan negara ini mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.
Katanya, ‘Arab Spring’ adalah pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dan di Asia Barat mereka memang mengamalkan kebangkitan tersebut kerana negara itu bukan demokratik sebaliknya autokratik.
Menurut beliau, ‘Arab Spring’ berlaku kerana pemimpin mereka menerajui negara semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan keutamaan rakyat, lalu penduduk menderita dan kadar kemiskinan meningkat sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
”Kita di sini ingin ‘Arab Spring’ tetapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?” katanya menjawab soalan daripada salah seorang pelajar kolej berhubung isu ‘Arab Spring’ di majlis itu.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

KOMEN :DAH LAMA  AGAK DAH… MESTI JENIS MANUSIA KECEWA KERANA AGENDA PERIBADI TAK TERCAPAI… INILAH JENIS MANUSIA YANG DAH KAYA NAK JADI LEBIH KAYA TAPI NAK SURUH ORANG SUAP… PADANLAH PERINTAH SELANGOR MACAM MAK/BAPAK DIA YANG PUNYA…

Pertahan ajaran Islam – Najib

Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor membelek buku yang ditulisnya bertajuk Agenda Islam Dalam Tranformasi Negara selepas melancarkan Majlis Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Jamil Khir Baharom (kiri).

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang.
Katanya, dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi, tiada sebarang kompromi berhubung soal akidah, ibadah, muamalat dan akhlak.
“Kita akan pastikan sebarang budaya songsang seperti perilaku LGBT serta sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat sebarang tempat di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Sekretariat Ulama-Umara dan buku Agenda Islam Dalam Transformasi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria serta para ulama dari seluruh negara.
Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri turut melancarkan dua naskhah buku tulisan Mashitah iaitu Moderat dan Langit Terbuka yang mengulas mengenai dasar serta transformasi pentadbiran beliau sejak tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai tindakan Pas mengarahkan ahli parti berkenaan agar menangguhkan ibadah haji demi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Najib berkata beliau terkejut kerana Pas tergamak berbuat demikian.
Katanya, selaku sebuah parti yang mendakwa parti Islam, Pas sepatutnya mengutamakan pelaksanaan fardu ain terlebih dahulu berbanding fardu kifayah kerana ibadah haji rukun Islam kelima dan wajib ke atas mereka yang berkemampuan.
“Mereka tergamak mengutama kepentingan parti berbanding kepentingan agama Islam, sedangkan berdasar prinsip ‘fiqh aulawiyyat’ keutamaan perlu kepada ibadah haji kerana ia fardu ain berbanding mengundi iaitu fardu kifayah.
“Tapi percayalah, kerajaan sentiasa mempertimbang semua faktor sebelum mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak agama Islam itu sendiri,” jelas Najib.
Mengenai buku Agenda Islam Dalam Transformasi Negara, Perdana Menteri berkata, ia akan menjadi bukti dan mampu menangkis tohmahan dan pembohongan pembangkang yang menuduh kononnya kerajaan bersifat anti Islam.
Tegas Najib, dengan deretan program dan komitmen yang sudah serta bakal dilaksana kerajaan yang digarap dalam buku berkenaan, tiada sebarang sebab untuk pembangkang melabel tohmahan sebegitu.

KOMEN : ANWAR MACAM BERNAFAS DALAM LUMPUR… SESAK NAFAS SEBAB NAJIB KATA AGENDA TRANSFORMASI NEGARA LEBIH PENTING DARI NAK LAYAN TABIAT LGBT, PLURALISME DAN LEBERALISME YANG DI ANUTI OLEH ANWAR… PADAN MUKA KAU ANWAR…

SWRC – MOTOR RALLY: Andersson on the podium again

PROTON’S P.G. Andersson overcame a difficult and challenging Rally New Zealand yesterday to chalk up his second successive podium finish in the Super 2000 World Rally Championship (SWRC) contenders.
 
Motor rally

Proton’s P.G. Andersson has accumulated 25 points after two rounds.
The Swedish driver began promisingly on the first special stage of Leg 1, leading the S2000 class and posting eighth fastest time overall, just 1.4 seconds behind overall rally leader Petter Solberg in the world rally car.
The Satria Neo S2000 was again the fastest S2000 car on the third and final day of rallying which consisted of 22 special stages.
Rally New Zealand was run over a competitive distance of 413.94km. Leg 1 on Friday saw drivers taking on eight special stages with another seven special stages on Saturday. Yesterday’s third and final leg was contested over seven special stages.
Andersson, who had rallied the Satria Neo S2000 to its maiden victory in the SWRC at his home rally in Sweden, is fourth in the FIA SWRC Drivers’ standings after two rounds with 25 points, while teammate Alister McRae is eighth. The team had elected not to compete in the Rally of Portugal, the third round of the SWRC, due to commitments in the Asia Pacific Rally Championship (APRC).
Despite enjoying competitive times, pacing himself to as high as fourth in the SWRC class and 12th overall, McRae was forced to bow out of the rally early due to mechanical problems.

Kalah tapi melawan

DARI UTUSAN MALAYSIA
24/6/2012

THAMIL ARASU

KUALA LUMPUR – Tiada apa yang harus dimalukan oleh skuad Bawah 22 sekali pun tewas 2-3 kepada pasukan pilihan, Korea Selatan pada perlawanan pembukaan kelayakan Kumpulan G Piala AFC Bawah 22 di Yangon, Myanmar, semalam.
Ketinggalan 1-3 pada separuh masa pertama, Malaysia mempamerkan semangat juang yang tinggi sebelum terpaksa akur kepada kejaguhan gergasi Asia itu walaupun dapat menjaringkan satu gol pada babak kedua.
Cuma kesilapan yang kerap dilakukan barisan pertahanan skuad bimbingan Ong Kim Swee, banyak memberi ruang kepada lawan memperoleh dua gol mudah.
Skuad yang diketuai oleh Mohd. Irfan Fazail bermula garang apabila mengejutkan Korea dengan gol seawal minit kelapan melalui A. Thamil Arasu yang menanduk rendah bola hantaran silang Ashri Chu Chu.
Kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila lima minit kemudian, Korea meraih gol penyamaan melalui ketua pasukan, Kim Hyun Hun yang tidak dikawal mudah menanduk masuk ke dalam gawang negara berpunca sepakan bola mati.
Korea terus melakukan asakan bertali arus dan lawan memanfaatkan situasi sepakan percuma dengan Pak Kwangil merembat cantik dari jarak 30 meter menewaskan penjaga gol negara, Izham Tarmizi pada minit ke-32.
Kedudukan skuad negara bertambah parah dua minit kemudian, kali ini giliran Jeong Jonghee menghukum kerapuhan benteng negara dan mudah merembat masuk bagi meletakkan Korea di hadapan dengan kelebihan dua gol.
Malaysia memperkemaskan permainan di separuh masa kedua sejurus kemasukan Gary Steven Robbat.
Hasilnya Thamil sekali lagi menjadi penjaring gol negara apabila pantas menyambar bola muntah daripada penjaga gol Korea pada minit ke-61 selepas melakukan percubaan bagi merapatkan jurang antara kedua-dua pasukan.
Malaysia seharusnya boleh memungut satu mata jika Ashri Chuchu dapat mengambil peluang terhidang di hadapan pintu gol pada minit terakhir perlawanan, tetapi rembatannya disekat pertahanan Korea.
“Keputusan ini sangat mengecewakan kerana beberapa kesilapan individu yang dilakukan oleh barisan pertahanan memberikan ruang kepada Korea mendapat jaringan mudah dan memenangi perlawanan ini.
“Namun saya puji kepada barisan pemain kerana mampu menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini, ” kata Kim Swee.