Cameron Highlands: Penguatkuasaan ke atas PATI diteruskan

OLEH THOMAS CHONG (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 27 Januari 2015 1:49 AM
Keratan Utusan Malaysia 10 November 2014.
PUTRAJAYA 26 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan pengu­atkuasaan diteruskan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri dan melakukan kerja-kerja penerokaan di Came­ron Highlands.
Muhyiddin berkata, tindakan perlu dikenakan terhadap mereka sama ada yang meneroka tanah secara haram atau bekerja di destinasi peranginan tersebut.
“Setakat ini hampir 800 PATI telah ditahan dan tindakan undang-undang turut diambil ke atas mereka,” katanya kepada pembe­rita selepas mempengerusikan me­syuarat mengenai isu Cameron Highlands, di sini hari ini.
Muhyiddin pada 9 November lalu telah mengarahkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan dilancarkan bagi memastikan peneroka haram termasuk PATI di Cameron Highlands dikenakan tindakan tegas.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihak berkuasa telah berjaya membersihkan kira-kira 7.8 peratus atau kira-kira 177 hektar daripada 2,258 hektar tanah di Cameron Highlands yang dikenal pasti diceroboh oleh peneroka haram.
Dalam perkembangan ber­kai­tan, Muhyiddin berkata, kerajaan negeri Pahang bercadang memberi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada penduduk yang sudah lama mengusahakan kebun di Cameron Highlands.
Beliau berkata, kerajaan negeri Pahang telah memaklumkan bahawa sesetengah pengusaha kebun buah-buahan dan sayur-sayuran telah mengerjakan tanah selama 40 tahun mungkin layak menerima TOL walaupun permohonan mereka gagal sebelum ini atas pelbagai sebab.
“Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sudah memberi jaminan bahawa hal ini (pengeluaran TOL) akan dipertimbangkan dalam tempoh sebulan iaitu sehingga akhir bulan Februari.
“Sementara kerajaan negeri mempertimbangkan pengeluaran TOL, kita akan meneruskan kerja-kerja pembersihan tanaman di kawasan yang diceroboh secara ha­ram,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan akan membantu aktiviti penguatkuasaan di Came­ron Highlands dengan menyediakan aset seperti jentolak bagi digunakan untuk membersihkan kebun-kebun yang diusahakan secara haram.
“Penyediaan aset ini bertujuan meningkatkan keberkesanan dalam tindakan penguatkuasaan, sebahagian kos akan dibiayai menerusi Tabung Majlis Keselamatan Negara,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah ditugaskan untuk meneliti semula pelan pembangunan di Cameron Highlands bagi memastikan kelestarian pusat peranginan itu untuk jangka panjang.
“Pelan akan disiapkan dalam tempoh enam bulan supaya tindakan susulan boleh diambil untuk menambah baik, memulih serta mencantikkan kawasan Cameron Highlands,” katanya.
Advertisements

Visa pelancong China

Kabinet lulus pengecualian bayaran visa
SAIFULIZAM MOHAMAD | 22 Januari 2015 1:57 AM
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan cenderamata kepada Meng Hongwei ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Keselamatan Awam China itu di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, semalam. – BERNAMA
PUTRAJAYA 21 Jan. – Mesyuarat Kabinet hari ini meluluskan pengecualian bayaran bagi permohonan visa untuk rakyat China yang mahu melancong ke negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ekoran keputusan tersebut, pelancong China yang datang ke Malaysia tidak perlu membuat bayaran visa sebanyak RM46.
Beliau berkata, keputusan Kabinet itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di China serta Konsul-konsul Jeneral yang berada di republik itu.
“Saya mengharapkan semuanya boleh dilaksanakan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Keselamatan Awam, China, Meng Hongwei di pejabatnya, di sini hari ini.
Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan visa akan diberi secara percuma kepada pelancong antaranya dari China.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan pengumuman Perdana Menteri itu hanya berkaitan dengan pengecualian pembayaran visa.
“Visa tetap perlu dipohon cuma mereka diberikan pengecualian bayaran RMB80. Mereka tidak perlu lagi membuat pembayaran visa untuk melancong ke Malaysia,” katanya.
Malaysia bakal hilang 540,000 pelancong China ( TAK PE DARIPADA 540,000 ORANG NI HILANG DI MALAYSIA DAN JADI GRO/PELACUR DAN PENGUNDI HANTU )
22 Januari 2015 1:43 AM
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Langkah kerajaan untuk tetap mengenakan visa kepada pelancong China dijangka menyebabkan negara kehilangan kira-kira 540,000 pelawat dari negara itu setiap tahun.
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Hamzah Rahmat berkata, kerajaan seharusnya mengambil peluang memberikan pengecualian visa kepada pelancong China dan bukannya sekadar visa tanpa bayaran bagi menarik rakyat negara itu melawat ke Malaysia.
Katanya, membayar visa bukanlah isu utama bagi pelancong China yang dikenali berkemampuan untuk berbelanja besar di peringkat global sebaliknya yang membataskan mereka untuk melawat negara ini adalah kesukaran untuk memohon dan masa menunggu kelulusan visa.
“Pengecualian bayaran visa bukanlah satu perkara besar. Negara dijangka hanya mampu menarik kehadiran 1.76 juta pelancong China tahun ini berbanding 2.3 juta sekiranya membenarkan mereka memasuki negara ini tanpa visa selama 14 hari,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemberian visa secara percuma akan diberikan kepada pelancong antaranya dari China.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertegas untuk tidak memberikan pengecualian visa kepada pelancong China atas faktor keselamatan tetapi pada masa sama kerajaan gagal menghalang kemasukan lebih tiga juta pekerja asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.
“MATTA menegaskan pengecualian visa perlu diberikan bagi menarik lebih ramai pelancong (China) ke negara ini. Pemberian visa secara percuma hanya akan mengakibatkan negara kerugian berbilion ringgit yang amat diperlukan bagi membantu memulihkan ekonomi negara,” katanya.- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-bakal-hilang-540-000-pelancong-china-1.50967#sthash.lcVzKXdL.dpuf
KOMEN : BIASALAH KENYATAAN MATTA NI..MEMBANTU EKONOMILAH KONON, TAPI BILA PELANCUNG JADI PELACUR LEPAS TANGAN PADA POLIS…SUDAH2LAH KENYATAAN ZAMAN BATU TU...

POLITIK BANGANG : Jabatan Imigresen catat indeks rasuah tertinggi

Terutama melibatkan kemasukan pendatang asing tanpa izin
OLEH HAKIMI ISMAIL | 02 Disember 2014 2:27 AM
Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku Pas Sempadan Jabatan Imigresen Malaysia sempena Sambutan Hari Imigresen 2014 di Putrajaya, semalam. Turut hadir Mustafa Ibrahim (kiri). – UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 1 Dis. – Jabatan Imigresen menca-tatkan indeks rasuah tertinggi dalam kalangan agensi pengu-atkuasaan di negara ini mengikut laporan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan tersebut sekali gus mero-sakkan imej dan menimbulkan per-sepsi negatif masyarakat terhadap jabatan itu walaupun terdapat 10 agensi lain yang turut dipantau oleh SPRM.
Laporan itu katanya, dibuat berdasarkan aduan yang diterima dan sedang disiasat oleh SPRM terutama melibatkan kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Sehubungan itu saya menggesa Jabatan Imigresen membersihkan imej mereka termasuk mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana kakitangan yang terlibat menerima rasuah.
“Saya juga mahu Jabatan Imig-resen melakukan pemantauan de-ngan lebih efisien untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab menjadi dalang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen 2014, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.
Menurut Ahmad Zahid, sebelum ini kementeriannya pernah mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan terhadap ejen yang membawa PATI kerana hukuman denda tidak berkesan bagi mengatasi masalah kebanjiran golongan itu di negara ini.
“Sekarang saya juga ingin mencadangkan agar hukuman sebat turut dikenakan kepada mana-mana kakitangan Jabatan Imigresen yang didapati bersalah menerima rasuah, hal ini kerana hukuman sebat mandatori terbukti lebih berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini,” katanya.
Mengulas mengenai penguatkuasaan Jabatan Imigresen dalam menggempur PATI, Zahid berkata, jabatan itu akan terus melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan operasi tersebut tidak hanya tertumpu di Cameron Highlands.
“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa lagi kawasan panas dalam usaha menggempur PATI, ingin saya tegaskan bahawa kita bukan menggempur PATI sahaja tetapi akan melihat pelbagai kesalahan lain yang dilakukan oleh warga asing.
“Sebelum pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) nisbah PATI ialah 10 sah dan 30 tidak sah, sekarang nisbahnya telah berubah iaitu 30 sah dan 10 tidak sah, ini membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu katanya, seba-nyak 162 negara telah mengiktiraf kemasukan melalui pasport Malaysia tanpa memerlukan visa dan ketika ini kementerian sedang me-lakukan rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan sama.
“Malaysia telah dipertimbangkan untuk menyertai Program Pengecualian Visa (VWP) AS yang akan membolehkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke negara itu tanpa visa selama 90 hari atau kurang.
“Perlu diingat, pengiktirafan ini telah menyebabkan pasport kita telah menjadi pilihan utama penjenayah, oleh itu segala persediaan perlu berada pada tahap tertinggi bagi memastikan pasport kita tidak mudah dieksploitasi mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Ahmad Zahid melancarkan buku Pas Sempadan bagi menggantikan pas sempadan yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi setahun di Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak.
Sebelum ini, bagi tujuan keluar masuk sempadan Malaysia dan Thailand, pas sempadan yang digunapakai adalah dokumen cetakan biasa bersaiz A4 dengan bayaran RM10 dan tempoh sah selama setahun.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jabatan-imigresen-catat-indeks-rasuah-tertinggi-1.31690#sthash.xcYk912d.dpuf


POLITIK BANGANG : Penguatkuasaan lemah

Janda Baik, Bukit Tinggi turut diteroka secara haram
LAPORAN MOHD. SHARIZA ABDULLAH | 02 Disember 2014 2:52 AM
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Persidangan Dewan Negara hari ini dimaklumkan bahawa dua kawasan di Pahang iaitu Janda Baik dan Bukit Tinggi turut diteroka secara haram akibat kelemahan penguatkuasaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika membuat pendedahan berkenaan berkata, penerokaan itu dilakukan oleh ‘tauke besar’ dari negara jiran dan orang luar yang mengupah buruh warga asing untuk menjalankan aktiviti pembukaan tanah.
Sehubungan itu, beliau berkata, model pelan tindakan jangka panjang untuk menyelamatkan Cameron Highlands daripada penerokaan tanah haram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini wajar dikembangkan ke kedua-dua kawasan berkenaan dan di Lojing, Kelantan.
“Saya percaya kesan daripada pelaksanaan pelan tindakan itu dapat dilihat dalam tempoh tiga bulan. Model ini mungkin boleh dikembangkan ke Lojing sebab berlaku penjarahan tanah luar biasa di situ.
“Demikian juga di Janda Baik dan Bukit Tinggi yang telah diteroka secara haram tetapi tindakan agak lemah. Semua ini akan digerakkan menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan jika mendapat panduan selanjutnya daripada kerajaan.
“Tetapi, selesaikan masalah di Cameron Highlands dahulu, tempat lain kita minta semua pihak memberi perhatian terhadap penguatkuasaan kerana undang-undang sudah ada,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah yang meminta dinyatakan langkah-langkah dalam memastikan pelbagai dasar, undang-undang dan peraturan dibuat oleh kerajaan dikuatkuasakan dengan tegas serta berkesan.
Ini kerana menurut Firdaus, bagi memastikan tidak berlaku perlanggaran dan keingkaran berleluasa serta tidak berulang keingkaran membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pembukaan dan penggunaan secara haram tanah tempatan oleh penda­tang asing yang seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak serius dalam melaksanakan dasar, undang-undang serta peraturan ditetapkan.
Beliau membangkitkan soalan berkenaan kerana mendakwa wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang ramai terhadap usaha memasyarakatkan dasar dan pelaksanaan penguatkuasaan yang kurang tegas.
Pada 24 November lalu, Muhyiddin mengumumkan pelan tindakan jangka panjang untuk menyelamatkan Cameron Highlands daripada penerokaan tanah haram dan kebanjiran PATI yang antara lain mengarahkan agensi-agensi berkaitan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan tegas serta berterusan.
Dalam pada itu, Shahidan berkata, ketegasan pengurusan PTPTN termasuk menyenaraihitamkan peminjam yang enggan membayar ansuran pinjaman membolehkan kutipan harian meningkat kepada RM3 juta sehari pada masa ini.
Menurut beliau, tindakan menyenaraihitamkan peminjam me­nim­bulkan ketakutan kepada sebahagian daripada mereka sehingga mendorong pembayaran semula pinjaman dilakukan.
Mengikut Akta PTPTN 1997, katanya, tindakan menyenaraihitamkan peminjam boleh diambil jika mereka masih ingkar untuk membayar semula pinjaman atau tidak memberi maklum balas terhadap notis tuntutan.
Sementara itu, Shahidan yang merujuk kepada langkah meremajakan UMNO seperti dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 minggu lepas berpandangan bahawa kakitangan kerajaan perlu juga diremajakan agar mereka dapat melaksanakan tugas khususnya kerja-kerja penguatkuasaan dengan berkesan.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/penguatkuasaan-lemah-1.31720#sthash.uLENs98Y.dpuf

KOMEN : KALAU ADA TOKEY BESAR ASING, TOKEY KECIK DALAM NEGARA SIAPA?

Panas dan pelik di sana sini

Oleh Rohami Shafie


USAHLAH kita berperang dan berbunuhan sesama sendiri seperti di Iraq sehingga menyebabkan rakyatnya terpaksa mencari perlindungan di kem pelarian yang diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – GAMBAR HIASAN

BUMI Malaysia tidak pernah sunyi dengan isu-isu panas. Kadangkala isu-isu ini pelik tetapi benar-benar berlaku.
Tidak kira waktu meskipun tatkala penduduk dunia sedang mengalami demam Piala Dunia dan dengan kedatangan fenomena El Nino yang menghangatkan lagi muka bumi Malaysia ini. Akibat tangan-tangan manusia yang mencemari suasana nyaman dan damai Malaysia, isu-isu panas ini seolah-olah tidak ada titik noktahnya.
Dimulai dengan isu kebocoran dan ketirisan di sana-sini melibatkan kisah penyeludupan diesel ke negara-negara jiran, disusuli pula isu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI). Bayangkan penyeludupan manusia boleh berlaku walhal ‘barang’ yang diseludup itu sukar untuk disembunyikan berbanding diesel.
Sekiranya tidak berlaku kemalangan yang melibatkan warga negara Myanmar tempoh hari, rasanya kisah ini tidak begitu hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Selepas kemalangan itu berlaku, tragedi tongkang karam di perairan Sepang dan Air Hitam, Pulau Carey membongkar kisah penyeludupan manusia yang nampaknya amat mudah berlaku di negara kita. Malang sekali kerana akhirnya imej negara juga yang terpalit akibat kisah-kisah sebegini.
Kisah penculikan di Sabah yang nampaknya tiada penyelesaian kukuh membangkitkan satu lagi situasi panas kepada imej pelancongan negara. Dikhabarkan bahawa dalangnya PATI. Pelik kerana acap kali berlaku tetapi itulah kenyataannya.
Mungkinkah kerana para pemimpin terlalu sibuk ‘bertelagah’ berebut kuasa dan berpolitik sepanjang masa sampaikan isu-isu besar negara dikesampingkan? Tidakkah sepatutnya isu-isu yang melibatkan keselamatan negara, semua pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat bersatu untuk menjaga negara? Usah hanya mendengar penasihat-penasihat yang mendendangkan kisah-kisah khayalan yang indah-indah belaka.
Ambillah iktibar titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159. Pemim­pin perlu menyempurnakan ikrar Amirul Mukminin dengan menjaga kebajikan seluruh orang yang dipimpin. Bukannya hanya menjaga kebajikan segelintir golongan yang rapat dengan pemimpin.
Begitu juga, jangan sesekali hanya bertindak membantu segelintir golongan hanya kerana ingin menjaga periuk nasi sendiri sebagai pemimpin. Walhal, ramai lagi orang yang dipimpin lebih memerlukan bantuan pemimpin. Lebih ramai golongan yang lemah seperti orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan bantuan seperti memudahkan mereka ini berurusan di semua kaunter sektor awam mahupun swasta.
Tetapi adakah perkara ini cuba diselesaikan secara menyeluruh berbanding mempolemikkan semua isu sehingga menjadi isu panas demi kepentingan diri sendiri?
Usahlah semua perkara ingin digunakan sebagai peluang politik untuk mendapatkan perbatuan politik yang lebih baik. Banyak lagi isu rakyat yang perlu ditangani dengan kadar segera. Misalnya, dalam kita menuju ke arah negara maju, apakah kita mudah terlupa sahsiah dan akhlak juga cukup penting. Dalam kita terlalu taksub dengan ranking, adakah kita mudah terlupa dengan nasib rakyat kita sendiri?
Apalah gunanya kita menjadi sebuah negara maju yang hebat dengan bangunannya dan gah dengan kekayaannya tetapi itu hanya sekadar luaran. Sahsiah rakyat semakin mundur. Akhlak semakin dipinggirkan. Kita pula terlebih barat berbanding orang barat itu sendiri. Adakah ini yang kita mahukan sebagai penduduk bagi sebuah negara yang maju?
Pelik tapi itulah kenyataannya, tanda-tanda ‘kemajuan’ itu sudah kelihatan. Lagi pelik apabila golongan majoriti pula yang dilanyak hak-hak mereka kononnya tiada keadilan, kesaksamaan atau istilah yang lebih panas lagi kesamarataan!
Walhal terdapat seribu satu bukti bahawa golongan majoriti di Malaysia melayan sebaik mungkin golongan minoriti. Cuba cabut semua bangunan komersial di Lembah Klang milik bukan bumiputera, berapa banyakkah bangunan yang dimiliki oleh golongan bumiputera? Boleh dibilang dengan jari! Bumiputera, majoriti dari segi penduduk tetapi dari sudut lain serba-serbi minoriti.
Itu baru secebis bukti sahaja. Belum lagi dinyatakan, jumlah pinjaman yang diberikan kepada mereka ini berbanding golongan minoriti yang menguasai ekonomi. Belum juga disebut bilangan akauntan dalam kalangan mereka berbanding golongan minoriti. Tetapi kenapa masih dipusingkan fakta seolah-olah ketidakadilan berlaku?
Sebuah institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) pun mahu diserang habis-habisan hanya kerana tujuan penubuhan institusi ini untuk membantu golongan majoriti yang lemah dalam pelbagai bidang. Di kolej-kolej swasta yang dikuasai oleh sesuatu pihak tidak pula diperdebatkan. Apa yang tidak adil dengan wujudnya UiTM? Adakah dengan adanya UiTM, pihak-pihak lain dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan tertinggi?
Sekali lagi, usahlah ‘memusing’ fakta sebenar. Berpijaklah pada realiti bahawa model pembangunan yang dilaksanakan selama ini tidak menindas mana-mana pihak. Kalau tidak, mana mungkin anak-anak orang miskin seperti penoreh getah dan nelayan boleh menjadi pegawai tertinggi dalam sektor awam dan swasta. Belum lagi diambil kira ada di antara mereka menjadi jutawan dan usahawan yang berjaya.
Isu panas melibatkan kaum sering diperdebatkan seolah-olah tiada langsung keadilan di muka bumi Malaysia walhal yang peliknya mereka jugalah yang mendapat nikmat yang cukup besar sampaikan harta kekayaan boleh diwarisi untuk tujuh keturunan!
Menjelang bulan Ramadan ini, diharapkan isu-isu panas ini ‘disejukkan’, manakala umat Islam Malaysia berusaha untuk mengeratkan hubungan persaudaraan tanpa mempedulikan latar belakang politik masing-masing. Terlalu banyak percakaran melemahkan kekuatan ummah dan ini akan diambil kesempatan oleh pihak lain.
Buktinya, tahun lalu, terdapat isu panas yang sengaja diciptakan semasa Ramadan membangkitkan kemarahan umat Islam Malaysia. Majoriti rakyat mahukan kehidupan aman dan damai. Usahlah menjadi seperti negara Asia Barat yang pada awalnya gembira dengan ‘bantuan’ barat kononnya mene­gakkan demokrasi tetapi akhirnya berperang dan berbunuh sesama sendiri. Negara barat hanya lepas tangan.
Tidakkah kita mendapat pengajaran yang cukup besar daripada apa yang berlaku di negara-negara berkenaan. Atau kita masih selesa dengan kemewahan yang dikecapi di negara kita sehingga kita lupa bahawa kemewahan ini boleh pergi selama-lamanya tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.
Bersyukurlah atas kemewahan yang diberikan oleh Allah SWT. Semoga Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi memadamkan api permusuhan sesama Islam dan menghilangkan ‘kepanasan’ yang melanda negara dengan memberi keinsafan kepada kita dalam menghayati keperitan orang lain.
* PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140625/re_01/Panas-dan-pelik-di-sana-sini#ixzz35bky9pkZ  © Utusan Melayu (M) Bhd 


PARLIMEN – Sindiket jual pasport tulen

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kementerian Dalam Negeri mendedahkan kewujudan sindiket penjualan pasport tulen membabitkan negara jiran.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua penumpang warga asing pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu juga menggunakan pasport yang dibekalkan oleh sindiket berkenaan.
“Siasatan mendapati dua pasport yang dimiliki warga Iran itu bukan palsu tetapi tulen. Dia (dua lelaki) masuk (ke Malaysia) menaiki kapal terbang Qatar Airways dari Phuket ke Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.
“(Kita percaya) di Phuket lah mereka membeli atau mendapatkan pasport tersebut,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang sewaktu dalam penerbangan ke Beijing, China daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sehingga hari ini belum ditemukan.
Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) yang bertanyakan mengenai kebanjiran pelajar asing dan pekerja asing tanpa izin termasuk kes dua lelaki Iran tersebut.
Menurut Ahmad Zahid, maklumat itu adalah hasil siasatan dalaman awal yang dijalankan kementerian dan Jabatan Imigresen namun keseluruhan siasatan hanya didedahkan ketika sesi penggulungan yang dijadualkan awal bulan depan.
Beliau turut menegaskan, Jabatan Imigresen dan kementeriannya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana sindiket kerana pihak berkuasa memandang serius isu membabitkan keselamatan negara.
Katanya, sebanyak 40.2 juta kes pasport hilang dilapor Interpol di seluruh dunia ketika ini dan Malaysia turut menerima tempias daripada perkembangan tersebut.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, beberapa pusat bahasa yang kononnya menawarkan kemudahan belajar Bahasa Inggeris telah ditutup kerana menyalah guna pas pelajar untuk bekerja.
“Siasatan rapi mendapati pelajar-pelajar mendapat pas pelajar namun akan diberikan kerja di tempat lain dan bukannya belajar,” katanya.
Beliau menjelaskan, seramai 117,833 orang pemegang pas pelajar antarabangsa aktif sehingga 31 Disember lepas dan kemasukan mereka adalah berpandukan tawaran belajar dan juga kemampuan institusi pendidikan swasta untuk mengendalikan pelajar antarabangsa.
Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak 5,217 kes tinggal lebih masa dan sebanyak 57 kes salah guna pas telah dikendalikan Jabatan Imigresen bagi tempoh 2010 hingga 2013.
Bagi tempoh yang sama, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 40 kes di bawah kategori jenayah kekerasan, 31 kes di bawah kategori jenayah harta benda, 505 kes di bawah Akta Dadah Berbahaya, Akta Racun 1952 dan 1,403 kes jenayah komersial.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140318/pa_01/Sindiket-jual-pasport-tulen#ixzz2wH0CKTH9  © Utusan Melayu (M) Bhd

 

Terlepas perangkap resolusi APPF

Oleh Dr. Firdaus Abdullah





SUATU waktu dulu mereka dipanggil ‘pendatang haram’ jika memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah. Manakala yang datang secara ‘halal’ untuk bekerja, bila mula merasa ‘kuat’ sebahagiannya menuntut gaji lebih tinggi dan kemudahan bekerja yang lebih selesa. Selain itu ada juga yang datang secara ‘halal’ untuk melancong, kemudian menukar peranan menjadi pelacur atau ‘bapa ayam’.
Sekarang ungkapan ‘pendatang haram’ telah ditukar menjadi ‘pendatang asing tanpa izin’ yang disingkatkan menjadi PATI. Manakala yang datang secara ‘halal’, sebahagiannya mulai terlibat dalam kegiatan ‘haram’ seperti pelacuran, penyeludupan dan pengedaran dadah, perkelahian sesama sendiri, pecah rumah, penculikan dan jenayah lain termasuk menembak mati seorang pegawai bank yang tidak berdosa.
Demikianlah, negara Malaysia yang makmur dan pemerintahnya yang baik hati (compassionate) sedikit demi sedikit terjerumus masuk ‘perangkap’ fenomena pendatang asing dan menghadapi dilema yang semakin rumit untuk diselesaikan serta menanggung beban kewangan yang semakin bertambah setiap tahun.
Semuanya itu mengingatkan saya betapa Malaysia hampir terperangkap sekali lagi bersabit fenomena pendatang asing ini apabila Forum Parlimen Asia Pasifik (APPF) bersidang di Puerto Vellarta, Mexico, minggu kedua Januari lalu.
Sewaktu ratusan ribu PATI sedang memeras dan membazirkan pelbagai sumber negara apabila gabungan tenaga imigresen, polis dan Rela bersiap-sedia melakukan operasi pemburuan dan penangkapan besar-besaran, sidang APPF di Mexico itu cuba hendak meluluskan satu resolusi yang bertajuk Migration Flows in Asia-Pacific (Aliran Migrasi di Asia Pasifik).
Inti daripada resolusi itu ialah supaya pendatang asing (migran) yang mengerumuni sesebuah negara diberi perlindungan dan hak-hak kemanusiaan (terutama peluang pekerjaan untuk memenuhi keperluan asas ditambah dengan kemudahan sosial yang lain) yang tidak mereka peroleh di negara asal mereka.
Resolusi itu juga mengusulkan supaya pendatang asing diberi kemudahan keluar masuk ke negara yang mereka datangi. Dan perlindungan serta semua kemudahan itu perlu diberikan bukan sahaja kepada kepala keluarga yang bertugas mencari nafkah (bread earner for the family), malah seluruh anggota keluarganya.
Sekilas imbas resolusi tersebut membayangkan semangat atau rasa perikemanusiaan sejagat. Satu bayangan tentang hasrat membela golongan yang tidak bernasib baik. Tetapi yang tidak dibayangkan adalah beban berat dan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung oleh negara yang menjadi tumpuan pendatang tersebut.
Resolusi itu seakan-akan tidak menyedari bahawa negara tumpuan (countries of destination) terpaksa menanggung beban yang amat berat, baik dari segi sosial begitu juga keselamatan dan biaya lain yang berkaitan. Sedangkan tanggungjawab negara asal mereka (countries of origin) tidak disebut sama sekali. Malah negara asal pendatang berkenaan seakan-akan dibiarkan lepas tangan.
Kerana itulah maka di bahagian awal artikel ini saya mencatatkan bahawa Malaysia akan ‘terperangkap’ jika resolusi itu diluluskan. Atau lebih tepat jika dikatakan bahawa ‘beban berat’ dan pelbagai masalah yang memang sudah ditanggung Malaysia menampung pendatang tersebut sekarang akan menjadi bertambah berat.
Satu perkara yang secara lebih spesifik dianjurkan oleh resolusi itu adalah supaya negara anggota APPF menandatangani International Convention on the Protection of the Rights of all Migrant Workers and Their Families yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 1990.
Ini bermakna negara tumpuan pekerja-pekerja migran bertanggungjawab melindungi pelbagai hak pendatang tersebut, sama ada mereka datang secara halal atau secara haram. Dalam konteks Malaysia, PATI tidak boleh diburu atau dihantar kembali ke negara asal mereka, sebaliknya mestilah ‘dilindungi’.
Sebelum berangkat ke Mexico, delegasi Malaysia ke persidangan APPF itu telah menghadiri sesi taklimat dengan pegawai beberapa kementerian, termasuk Kementerian Dalam Negeri yang diadakan di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Dalam taklimat tersebut, seorang wakil sebuah kementerian menyatakan bahawa selama ini Malaysia memberi perlindungan kepada pendatang asing termasuk pelarian yang tergolong dalam UNHR (United Nation Human Refugees) atas pertimbangan belas kasihan. Dengan demikian, tanpa disedari kita telah menonjolkan diri sebagai satu negara yang ‘pengasih’ dan bertimbang rasa.
Barangkali dalam konteks itu jugalah kita telah menukar ungkapan ‘pendatang haram’ kepada ‘pendatang asing tanpa izin’. Mungkin penggunaan ungkapan yang lebih halus itu meningkatkan imej kita sebagai sebuah negara yang lebih compassionate dan bertimbang rasa.
Tetapi ternyata ‘imej’ sedemikian, ditambah dengan kelonggaran dan ‘kelalaian’ penguatkuasaan peraturan bersabit pendatang asing itu telah menyebabkan negara kita dibanjiri oleh mereka yang merempuh datang tanpa izin atau yang datang dengan izin tetapi membawa bermacam-macam kerenah – menjadi pelacur atau penjenayah.
Sehubungan itu, saya menyarankan dalam taklimat tersebut bahawa yang lebih penting ditonjolkan kepada masyarakat antarabangsa sekarang adalah ‘penderitaan’ (pelbagai masalah yang kita hadapi) sebagai negara yang menjadi ‘mangsa’ rempuhan dan kebanjiran orang (pendatang) asing tersebut. Untuk sementara, imej sebagai negara yang compassionate terhadap pendatang asing yang membawa pelbagai masalah itu, tak perlulah diberi keutamaan.
Pandangan atau saranan saya diterima oleh Abu Zahar selaku Ketua Delegasi Malaysia ke persidangan APPF di Mexico itu. Sehubungan itu, sewaktu turut berbahas membincangkan resolusi berkenaan, beliau menyebut tentang ratusan ribu ringgit yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia setiap hari untuk membiayai PATI. Selain itu, untuk sekian lama Malaysia juga menghabiskan jutaan ringgit bagi menanggung biaya pelarian di bawah kategori UNHR.
Saya sendiri turut membangkitkan kepincangan lain berkaitan resolusi tersebut. Kepincangan yang paling ketara adalah ‘kebisuan’ resolusi tersebut mengenai tanggungjawab negara asal (countries of origin). Semuanya hendak dibebankan kepada negara tumpuan (countries of destination).
Resolusi tersebut juga ternyata jahil mengenai banyak perkara tentang pekerja atau pendatang asing tersebut. Pembawa (penggubal) resolusi, iaitu perwakilan dari Chile, seakan-akan menganggap pekerja asing (migrant workers) itu terdiri daripada satu kumpulan yang seragam (homogeneous group) sedangkan hakikatnya mereka terdiri daripada pelbagai ragam manusia (heterogeneous).
Ada yang datang diurus oleh bakal majikan mereka mengikut peraturan dan undang-undang sah, ada juga dibawa oleh sindiket haram. Ada yang datang menyeludup secara sendirian atau bersama kumpulan. Ada yang datang sebagai pelancong atau pelajar yang kemudian bertukar peranan atau tinggal melampaui tempoh izin tinggal (visa).
Resolusi tersebut memang sangat jahil mengenai ‘pengalaman pahit getir’ negara tumpuan yang dibanjiri oleh pendatang asing (yang haram atau yang mengikut peraturan) seperti Malaysia.
Atas alasan dan hujah tersebut, bagi pihak perwakilan Malaysia, saya mengusulkan supaya resolusi tentang migrant workers itu ditolak.
Untuk memperlihatkan sikap dan pandangan yang lebih wajar dan seimbang , saya cadangkan supaya pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh pekerja asing itu digarap secara holistik, mengambil kira segala aspek dan akibatnya.
Alhamdulillah, cadangan saya diterima. Resolusi tersebut ditolak dan pada hemat saya, Malaysia telah dapat mengelakkan diri daripada terperangkap oleh resolusi itu.
PENULIS ialah anggota delegasi Malaysia ke persidangan Forum Parlimen Asia Pasifik (APPF) di Puerto Vallarta, Mexico, Januari 2014.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140205/re_01/Terlepas-perangkap-resolusi-APPF#ixzz2sPO1K6PI  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : INI KALAU KONSETAN NAJIB YANG BUAT KERJA CONFIRM RESOLUSI TU MALAYSIA TANDATANGAN…