>Salam Ramadhan Al Mubarak

>

Salam Ramadhan al Mubarak…Ramadhan datang lagi, Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf andainya ada tersalah bahasa atau ada tersinggung perasaan sesiapa ketika asyik berblog. Jangan disia-siakan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Sesungguhnya segala kelemahan adalah atas kelalaian diri saya dan kebaikan adalah milik ALLAH swt jua.

Advertisements

>ISA tidak bercanggah hukum syarak – Jakim

>

PUTRAJAYA 31 Julai – Undang-undang pencegahan bagi menjaga keselamatan dan keharmonian negara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, secara prinsipnya, ramai ulama sebelum ini bersetuju dengan pandangan tersebut.

”Namun, dari segi pelaksanaan, sekiranya terdapat perkara yang perlu dikaji, ia boleh dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

”Jakim bersedia untuk memberikan perhatian kepada usaha mengkaji aspek pelaksanaan ISA,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Putra di sini hari ini.

Wan Mohamad berkata, Jakim juga bersedia meneliti cadangan supaya isu ISA dibawa dalam muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membolehkan satu keputusan dibuat mengenai kedudukan akta itu dari segi Islam.

”Kita boleh teliti cadangan itu, kita alu-alukan kalau aspek pelaksanaan dikaji.

”Apa yang kita tegaskan bagi menjaga keselamatan dan keharmonian adalah tidak bercanggah dengan semangat hukum syarak,” katanya.

Beliau mengulas permintaan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan hukum mengenai ISA.

Mohd. Asri dalam blognya, drmaza.com menuntut jabatan dan agensi agama Kerajaan Pusat mengeluarkan pandangan rasmi mengenai akta berkenaan.

September lalu, beliau dilaporkan berkata, Islam tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya kerana ia dibina oleh hujah dan dasar yang jelas.

Jakim yang merupakan sekretariat muzakarah berkenaan bersama Jabatan Mufti negeri-negeri bertanggungjawab mengadakan perbincangan mengenai sesuatu isu yang belum diputuskan dari segi hukum.

Isu yang diputuskan oleh muzakarah itu kemudian dibawa kepada jawatankuasa fatwa negeri-negeri untuk diterima dan seterusnya diwartakan.

Komen : Tak faham kenapa nak kecoh2 pasal ISA ini. 26 Juta Rakyat Malaysia duduk kat Kamunting ke? Fikirlah secara logik akal yang ditahan mesti ada lakukan kesalahan, tak semudah itu nak menahan orang tanpa sebab. Janganlah nak bercerita tentang keadilan jika yang melakukan kesalahan pun mahkamah boleh lepaskan atas kebijaksanaan peguam2 mereka. Jadi adakah peguam2 yang menyokong agar ISA itu dimansuhkan sudah menggunakan kebijaksanaan mereka secara maksima. Don’t think so…mereka lebih suka menentang kerajaan dari menjalankan tugas mereka untuk cari publisiti murah. Apa jaminan bila parti pembangkang yang menjadi pujaan peguam2 ni akan menghapuskan ISA jika memerintah Malaysia?