Mengenang 65 tahun peristiwa Balai Polis Bukit Kepong

23 Februari 2015 1:39 AM
ANGGOTA polis yang bertugas ketika tragedi berdarah komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada tahun 1950.
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Antara sedar atau tidak, tragedi berdarah komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor semasa berlakunya darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua genap 65 tahun esok.
Dalam kejadian yang berlaku pada 23 Februari 1950 itu, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh 180 komunis sekitar pukul 5 pagi menyebabkan 14 anggota polis terkorban.
Apa yang semakin dilupakan mengenai kejadian itu ialah sekitar 25 anggota polis berjuang habis-habisan sehingga menyaksikan seorang demi seorang perwira gugur angkara komunis sementara dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan terus bertempur bersama anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit serta keupayaan senjata yang terbatas, pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd. Shah enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka mengalah sementara sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun turut digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali Mustaffa untuk memberi bantuan.
Dalam detik terakhir pertempuran menyayat hati itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis selain melepaskan tembakan mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.
Melihat kemusnahan balai polis itu menyebabkan penduduk Kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baharu pihak komunis berjaya menawan dan membakar balai polis itu sebelum berundur ke dalam hutan dengan meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.
Tragedi Balai Polis Bukit Kepong telah meragut 25 nyawa termasuk 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud iaitu anggota polis yang terselamat dan tiga anak mereka sementara mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Advertisements

SAY WELL JUGA MEREKA NI….

Al-Kisah Melayu Malaysia ‘mewafatkan’ mayat Chin Peng… 
Oleh Zaini Hassan

MELAYU l:

CHIN Peng sudah mati. Namun, segelintir rakyat Malaysia juga mati fikiran mereka. Mereka mahu supaya mayat komunis itu atau abunya dibawa pulang dan diberi penghormatan.
Ramai pula Melayu dalam laman sosial yang menangisi pemergian pemimpin komunis itu. Ada yang berkata Chin Peng sudah wafat! Mereka mahu mayatnya dikebumikan di tanah air ini.
Seorang lagi pemuda Melayu semasa ‘bertwit’ menulis: Mayat Chin Peng akan dibawa pulang? Kami anak muda sedia sahut dan urus jenazah pejuang itu!
Tidak pasti apakah budak itu sedar apa yang dia cakap? Atau hanya mahukan perhatian murahan. Sedarkah dia berapa ramai orang kampung dan askar-askar Melayu dan kaum lain terbunuh dan dibunuh angkara kezaliman komunis di zaman itu.
Budak itu adalah pengikut tegar PKR. Adakah para pemimpinnya Anwar Ibrahim (yang kini sudah terlalu senyap) atau isterinya Wan Azizah juga berfikiran sama seperti budak itu?
Kita cabar Anwar dan Wan Azizah nyatakan pendirian mereka terhadap Chin Peng. Apakah pendirian mereka juga sama macam budak itu?
Persoalannya di sini bukan untuk membincangkan mengenai kematian komunis itu, tetapi kesanggupan budak itu, bekas pelajar UiTM, yang tergamak membuat kenyataan sedemikian.
Dia bukanlah budak bodoh, tetapi sengaja cuba membuat provokasi dengan keadaan itu. Dia mahu supaya pengikutnya, termasuk Anwar dan Wan Azizah menyokongnya dan dalam masa yang sama mahu supaya satu lagi pihak menghentamnya.
Kita juga tidak pasti apakah itu juga pendirian ibu bapa yang melahirkan anak itu ke dunia ini.
Persoalannya, mengapa hanya Chin Peng? Mengapa mereka hanya mendesak mayatnya dibawa pulang ke Malaysia, bagaimana pula dengan komunis Melayu yang lain, yang juga mati dalam buangan. Tak dengar bising pun meminta komunis Melayu yang mati di luar negara itu dibawa pulang!
Malangnya, budak-budak Melayu itu hanya menjadi pak turut daripada mesej yang ditiup oleh orang lain. Sedihnya.
MELAYU ll:
SUDAHLAH Melayu ditekan orang asing kata kita bodoh, tak competent, tak cekap. Ironinya seorang Melayu, peguam Dr. Azmi Sharom sendiri berkata agenda ekonomi bumiputera yang diperjuangkan kerajaan tidak mengikut Perlembagaan (unconstitutional)?
Nampak gaya nasib Melayu dah tak lama. Kalau Melayu ini mati, barulah orang-orang ini akan berpuas hati.
Mereka yang bercakap ini bukan orang miskin, mereka sudah tentu orang senang yang tidak tahu orang Melayu kampung mahu pun bandar masih memerlukan bantuan.
Orang putih di Britain pun, tanpa bantuan kerajaan dengan agenda kesihatan percuma (NHS) dan perumahan, mereka juga akan mati dan mengamuk. Bukan semua orang putih di UK dan di England itu kaya.
Samalah juga dengan orang Melayu di sini. Mereka perlu dibantu. Jika mereka dibantu apa salahnya? Adakah itu salah? Jika kita mahu keluarkan mereka daripada kemiskinan, apakah itu menyalahi Perlembagaan?
Sudah tentulah kedudukan kaum-kaum lain tidak dikecualikan, tapi keutamaan haruslah kepada kumpulan majoriti yang besar ini. Kerana jika yang besar ini mengamuk, buruk padahnya.
Namun, saya angkat tangan menyerah kalahlah jika ada orang Melayu macam lawyer Dr. Azmi Sharom berpandangan sebegini. Kita tahu Azmi ini juga bukan bodoh, dia ini bijak pandai.
Tetapi siapa Azmi ini? Menurut carian saya, dia ialah pensyarah di Universiti Malaya (UM). Seorang yang gemar menentang kerajaan. Anti-BN.
Jika diklik dan mencari namanya di YouTube dia banyak memberi kuliah kepada pelajar IPTS mengenai Perlembagaan.
Antara komen yang pernah disampaikannya juga ialah mengenai kebebasan beragama. Dia juga ialah kolumnis akhbar The Star. Masih mengajar di Universiti Malaya dan mempunyai pengikut yang besar oleh kalangan bukan Melayu dan belia-belia Melayu Liberal, khususnya, pelajar undang-undang.
Dia mendakwa sebagai autoriti dalam Perlembagaan Malaysia.
Mungkin pensyarah lain tidak sehebat Azmi, kerana mereka tidak sevokalnya, atau tidak menulis dalam bahasa Inggeris di akhbar Inggeris, atau tidak memberi kuliah kepada para pelajar IPTS atau tidak berceramah mengenai Perlembagaan!
KOMEN : DUA-DUA MELAYU INI PANDAI TAK BOLEH DITEGUR, BODOH TAK BOLEH DI AJAR…. PERASAN BIJAK LAH SANGAT… SENDIRI HIDUP PUN BERGANTUNG DENGAN KERAJAAN….

CUBAAN UNTUK MENIDAKAN SEJARAH

P. Pinang haramkan Tanda Putera

PULAU PINANG 28 Ogos – Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.
“Kita kesal kerana filem tersebut dibenarkan tayangannya oleh kerajaan tanpa mengeluarkan babak fitnah yang dipaparkan iaitu adegan pemuda Cina kencing dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
“Kenapa (adegan) dibiarkan kerana pengarah filem tersebut mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku, namun beliau memasukkan adegan berkenaan dalam filemnya,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, pihaknya berharap permintaan mereka akan mendapat kerjasama daripada pemilik panggung di negeri ini.
“Kerajaan negeri berharap mereka tidak menayangkan kerana tidak boleh diterima dan mengandungi perkara sensitif dan amat berbahaya.
“Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” ujarnya.
Menurut Guan Eng, surat berkenaan akan dihantar pada hari ini juga kerana filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu dijangka mula ditayangkan serentak di seluruh negara esok.
Filem patriotik berkenaan antara lain mengisahkan tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.
 
KOMEN : “Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” ujarnya. (PERANGAI KOMUNIS MENGUGUT UNTUK MENAKUTKAN RAKYAT)

Ambil Iktibar

BISIK – BISIK AWANG SELAMAT

SUDAH sampai masanya kaum Cina mengambil iktibar yang serius daripada keputusan PRU-13. Pada PRU-12 (2008), majoriti orang Cina menolak BN walaupun mereka menjadi kaum paling kaya dan menguasai ekonomi.
Pada PRU-13, masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk lebih percayakan DAP, yang memainkan sentimen perkauman yang sangat tebal. Tsunami Cina lebih besar kali ini.
Ada yang berpendapat bahawa pengundi Cina membuat silap percaturan setelah diyakinkan oleh DAP bahawa pakatan pembangkang mampu mendapat sokongan rakyat semua kaum bagi membentuk kerajaan.
Persoalannya apakah mahu persalahkan kepada DAP dan PKR sementara masyarakat Cina lepas tangan?
Setahu Awang kaum Cina bukan mudah tertipu berulang kali. Tetapi mengapa benarkan diri ditipu DAP yang merupakan parti paling rasis. Bukan itu sahaja, masyarakat Cina seolah-olah merestui ekstremisme pemimpin DAP. Sebahagian majikan Cina turut mengugut pekerja agar menyokong DAP.
Ramai tokoh kewangan Cina termasuk yang kaya raya hasil daripada kontrak kerajaan juga dikenalpasti memberi dana kepada pembangkang untuk melihat kerajaan BN tumbang.
Tidak berhenti setakat itu. Selepas PRU-13, sebahagian besar orang Cina kelihatan terus memberi sokongan kepada perhimpunan haram DAP dan PKR di seluruh negara untuk membantah keputusan. Sedangkan badan pemantau antarabangsa memperakukan PRU-13 adalah telus dan berwibawa.
Lebih buruk lagi anak-anak muda Cina turut sama terikut sentimen pemimpin DAP memaki hamun dan mencerca. Malah ke tahap menterbalikkan bendera.
Dari awal lagi, masyarakat Cina sudah menetapkan arus untuk mencetuskan tsunami. Sesiapa yang menyokong BN biarpun daripada kalangan tokoh Cina akan ditekan dan dimalukan.
Hakikatnya, DAP menang banyak kerusi Parlimen tetapi masih terus melakukan pelbagai provokasi. Maka pertanyaan apa lagi orang Cina mahu, adalah relevan biarpun kurang disenangi?
Orang Cina di serata dunia menolak pemimpin tidak berakhlak atas pegangan nilai. Anehnya di Malaysia, majoriti Cina taksub untuk mengangkat Anwar Ibrahim yang dahsyat isu moralnya sebagai Perdana Menteri.
Lalu beberapa penganalisis termasuk tokoh mualaf Cina bertanya kepada Awang apakah benar orang Cina tertipu oleh pemimpin DAP dan PKR? Atau sememangnya orang Cina sengaja mahu menangguk di air keruh untuk mendapat kuasa politik apabila melihat Melayu tidak bersatu?
Ini bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi semua pihak perlu menjaga sensitiviti. Bukan setakat parti politik, masyarakat Cina juga harus bertanggungjawab terhadap apa yang mereka pilih.
Lebih-lebih lagi selepas ini, apakah wajar masyarakat Cina menyekutukan diri dan terus menyokong sikap keterlaluan DAP membantah keputusan PRU-13?
Sepatutnya inilah masanya untuk rakyat semua kaum melangkah ke hadapan bersama-sama memakmurkan negara. Suhu politiking sudah lama tinggi dan boleh memuncak memudaratkan negara jika tidak terkawal. Jangan biar bara menjadi api.
Sekali lagi, masyarakat Cina punya pilihan pada pasca PRU-13 ini. Apa yang mereka mahu – merestui DAP yang boleh mencetuskan ketegangan atau menerima keputusan dengan sikap terbuka sambil mendokong keamanan?
Penentuan di tangan mereka. Tepuk dada, tanya selera.
Penasihat Lim Kit Siang bermain api. Beliau terus menghina pemimpin Melayu termasuk Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Terbaharu, beliau menggelar Najib sebagai syaitan.
Sungguh angkuh. Tohmahan dan penghinaan daripada mulutnya tidak henti-henti biarpun selepas rakyat membuat keputusan dalam PRU-13.
Provokasi ala 13 Mei ini perlu dihentikan oleh pihak berkuasa.
Melabel Najib sebagai syaitan adalah tidak ubah menujukannya kepada orang Melayu. Najib adalah pemimpin parti Melayu terbesar yang dinaungi oleh orang Islam.
Mengapa Kit Siang berani bertindak keterlaluan, yang Awang percaya kerana beliau mendapat sokongan jitu masyarakat Cina selain faktor ada pemimpin Melayu yang mengkhianati Melayu. Inilah akibat apabila Melayu berpecah dan ada pihak diperalatkan oleh DAP, yang sejarah parti itu kita semua tahu.
Penghinaan Kit Siang terhadap pemimpin Melayu mesti dibantah habis-habisan. Jika berdiam, ia akan memberi isyarat yang salah dan Melayu akan terus dihina oleh pemimpin Cina yang ekstrem. Belum berkuasa di peringkat kerajaan pusat, sudah beraja di mata bertakhta di hati.
Beberapa tokoh Islam sebelum ini telah mengisytiharkan adalah haram menyokong DAP. Inilah masanya untuk memperbaharui tekad menolak yang haram dan jijik seperti DAP.

KOMEN : NASIB KAULAH CINA…

Anwar, Kit Siang amat kecewa… TAK PE TAK LAMA LAGI TU…

PADANG RENGAS 11 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana amat kecewa setelah gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Anwar dan Kit Siang begitu yakin pakatan pembangkang mampu menubuhkan Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum lalu kerana mempunyai kerjasama serta sumber kewangan kukuh selain sokongan pihak luar.
Katanya, berbanding 2008, pembangkang dalam pilihan raya umum lalu bertanding dengan sokongan kewangan dari empat negeri termasuk dua negeri yang kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
“Jadi, betullah dia (pembangkang) kata PRU-13 adalah ibu kepada segala pilihan raya umum. Tengok-tengok tidak menang, maka kecewalah.
“Anwar boleh terus kecewa sebab lima tahun lagi umur dia sudah 71 tahun. Sama juga dengan Kit Siang kerana hendak ambil Putrajaya sudah jadi perkara mustahil,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan kemenangan BN di Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya tindakan Anwar dan Kit Siang mempertikai BN masih menjadi kerajaan sedangkan pakatan pembangkang menang undi popular, Mohamed Nazri berkata, mereka sepatutnya sudah faham sistem pilihan raya di negara ini.
Katanya, berdasarkan sistem pilihan raya di negara ini, kemenangan dikira berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang bertanding.
“Kamu sudah masuk bertanding dan sudah tahu peraturan permainan itu, tetapi apabila keputusan keluar, kamu hendak tukar. Ini saya beritahu, rumah siap, pahat masih berbunyi.
“Dua Ahli Parlimen ini ‘gila’ hendak jadi Perdana Menteri dan menteri. Bercita-cita sangat dan apabila tidak menang, mereka cari alasan,” katanya.
Menurut beliau, pembangkang sebenarnya hipokrit kerana dalam masa sama menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Kelantan.
“Di sini tidak setuju dengan keputusan tetapi di sana berebut hendak jadi Menteri Besar Selangor. Di Pulau Pinang dan Kelantan sudah ada kerajaan.
“Orang dia (Anwar) sudah setuju. Orang Selangor pun sudah hantar nama (Menteri Besar) tetapi (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat), Azmin Ali baru sedar nama sudah dihantar. Maknanya, dia setuju keputusan pilihan raya,” katanya.
Sementara itu, kata Mohamed Nazri, pengundi Cina silap pertimbangan selepas memberi sokongan mutlak kepada pakatan pembangkang dalam PRU-13 kerana beranggapan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera akan dihapuskan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan.
Kata beliau, pengundi Cina tertipu kerana sama ada BN atau pembangkang menjadi kerajaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam tetap tidak akan dipinda.
Beliau yakin semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu serta Islam dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sanggup menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Saya kira kalau Anwar menjadi Perdana Menteri pun, ingat dia berani hendak hapuskan hak Melayu dan bumiputera?
“Saya hendak tanya dia, Anwar, kalau ‘hang’ tubuh kerajaan, ‘hang’ berani hendak hapuskan hak orang Melayu? Saya hendak tanya Abdul Hadi dan Mahfuz Omar, kalau mereka tubuh kerajaan, berani tak hapuskan (hak Melayu),” katanya.
Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, sekiranya Anwar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup berbuat demikian, mereka perlu memulakannya di Selangor dengan membuang segala peruntukan berkaitan kepentingan Melayu dan bumiputera serta Islam dalam Perlembagaan negeri itu.
Menurut beliau, sudah jelas walaupun pakatan pembangkang boleh menubuhkan kerajaan dan meminda Perlembagaan, ahli Parlimen dan ADUN Melayu serta Islam dalam Pas dan PKR tidak berani menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam.
“Bagi masyarakat Cina, mereka tertipu dan hanya mengejar pelangi. Siapa sahaja menjadi kerajaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan agama Islam tidak akan dipinda oleh sesiapa termasuk pakatan pembangkang,” katanya.
Mohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.

KOMEN : ORANG BODOH AJE YANG TERMAKAN JANJI PENIPU ANWAR DAN LKS… TERMASUK SO CALL ORANG MELAYU ELITE KONON… PAKAI KETA RECON PUN NAK BERLAGAK…

3 golongan ancam keselamatan

KUCHING 29 Julai – Tiga kategori golongan pelampau iaitu ekstremis agama, politik dan sosial dikhuatiri mampu mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak ditangani lebih awal.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin (gambar) berkata, ledakan teknologi maklumat yang berkembang pesat pada masa kini menjadikan ancaman era baru itu lebih berbahaya berbanding ancaman komunis.
Ini kerana kata beliau, menerusi teknologi itu terutama media sosial baharu, golongan pelampau berpeluang menyebarkan setiap idealisme songsang dan mempengaruhi pemikiran rakyat dengan cepat ke seluruh negara.
“Dulu kita diancam komunis, namun ia telah pun berakhir dan negara berjaya mengharunginya dengan baik.
“Kini kita berdepan dengan ancaman pihak tertentu yang berselindung di belakang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menggunakan agama, kaum serta sosial sebagai alat untuk mempengaruhi rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Menangani Isu Keselamatan Dalam Program Transformasi Kerajaan pada Forum Program Transformasi dan Isu-Isu Keselamatan anjuran Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Sofian berkata, antara budaya negatif yang dibawa masuk golongan pelampau terbabit adalah demonstrasi jalanan serta amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan alasan memperjuangkan hak asasi manusia.
“Memandangkan pilihan raya semakin dekat, kita percaya golongan itu akan mengeksploitasi apa sahaja isu berkaitan agama, kaum dan sosial untuk meraih undi serta sokongan rakyat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Sofian bersetuju dengan saranan seorang peserta forum supaya istilah pengebom berani mati digantikan dengan ‘pengebom taksub’ atau ‘pengebom sesat’.