Benarkah ‘ayam jantan’ ada di mana-mana?

Oleh Fauziah Arof





“HUK aloh, rajin atau malah tu begantung pada seseore, buke pado negeri atau ore jate jo. Ore tino pun rama yang malah jugok,” kata seorang rakan lelaki berasal dari Pasir Puteh, Kelantan kepada saya dengan bersungguh-sungguh ketika bercakap tentang dakwaan bahawa orang lelaki Kelantan malas bekerja.
Katanya lagi, janganlah suka menghentam orang lelaki Kelantan kuat-kuat sangat, nanti ramai yang tidak mahu ambil orang lelaki Kelantan jadi menantu. Bukankah itu cubaan untuk menganiaya namanya?
Pun begitu, pada saya, tentu ada asas dan ada sebab-sebabnya apabila Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud baru-baru ini mengeluarkan kenyataan dengan meletakkan golongan lelaki khususnya di Kelantan yang tidak bertanggungjawab dalam melindungi dan mencari nafkah keluarga sama tarafnya dengan ayam jantan.
Bila sudah menyamakan golongan lelaki yang malas bekerja dengan perangai ayam jantan, maknanya mereka ini tidak memberi sebarang manfaat atau berguna pada keluarga. Sebabnya, ayam jantan ini hanya tahu buat bising dengan berkokok dan membiak saja. Ayam betina juga yang membawa anak-anaknya berderet berjalan mengikutnya sambil mengais tanah mencari makan.
Bagi saya, tidak perlulah orang lelaki khususnya di Kelantan melenting sangat dengan kenyataan Mohd. Nassuruddin ini kerana ia lebih kepada memberi peringatan kepada golongan lelaki yang berperangai seperti ayam jantan ini.
Kita semua pun sedia maklum, jika lelaki Kelantan ini malas-malas belaka dan tidak cerdik, sudah tentu institusi-institusi pengajian tinggi awam di negara ini akan sunyi dengan gelagat mereka ini yang selalunya riuh-rendah bila berkumpul di mana-mana saja. Sekarang ini kita dapat lihat betapa ramai lelaki Kelantan yang memegang jawatan yang hebat-hebat di negara ini.
Seorang rakan baik saya juga dulu berikrar tidak mahu berkahwin dengan lelaki Kelantan kerana dalam kepalanya telah ada setting bahawa lelaki Kelantan pemalas dan suka berpoligami. Tetapi akhirnya dengan kehendak Tuhan, dia dijodohkan dengan orang Kelantan, yang berpangkat tinggi dan sehingga kini dia masih kekal menjadi satu-satunya isteri kepada suaminya itu.
Tetapi memang benar jugalah seperti yang dikatakan oleh Mohd. Nassuruddin, fenomena semakin ramai lelaki yang jadi pemalas dan bersikap senang-lenang dengan membiarkan isteri berhempas-pulas bekerja untuk menyara keluarga telah banyak berlaku. Ini bukan baru terjadi tetapi telah lama berlaku dalam masyarakat kita.
Ia bukan saja berlaku di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain juga. Perkembangan ini sudah tentu amat membimbangkan. Sebabnya, dengan sikap sebeginilah banyak perkara buruk boleh berlaku. Ia bukan saja boleh mengugat kesejahteraan dan keharmonian dalam sebuah keluarga atau rumahtangga, adakalanya boleh membawa kepada perlakuan jenayah yang melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Ini bukan sekadar cerita drama di televisyen.
Kita sudah biasa dengar dan lihat, ada isteri terutamanya yang tinggal di luar bandar, sanggup berkebun, turun ke bendang, menoreh getah, bekerja di restoran atau menjual kuih-muih tetapi suaminya yang segar-bugar melingkar di rumah seperti ular sawa kekenyangan. Jika tidak duduk di rumah, dia akan melepak dengan kawan-kawan dan balik hingga jauh malam. Bukan mahu membantu kerja-kerja rumah. Duit belanja makan, minum dan pakaiannya, semua guna duit isteri.
Di bandar juga ramai yang berperangai begini. Tidak kiralah isteri itu berpendapatan kecil atau besar. Kalau berpendapatan besar, lagilah suami jenis berat tulang ini mengambil kesempatan dan lepas tangan, membiarkan semuanya menjadi tanggungan isteri.
Sudahlah begitu, pengorbanan isteri seperti ini ada yang tidak dihargai pula. Si isteri sering dimarah-marah, dipukul dan paling menjengkelkan apabila suami yang tidak bekerja ini ada hati mencari perempuan lain dengan alasan si isteri asyik sibuk bekerja.
Jika perkembangan ini berterusan dan kelak menjadi satu perkara biasa pula di negara ini, maka tidak hairanlah ramai wanita memilih untuk hidup membujang kerana bimbang terpaksa menanggung semua ini. Oleh itu, tidak perlulah ditanya-tanya lagi, disindir-sindir atau dibuat kaji selidik mengapa ramai wanita di negara ini lebih senang hidup sendiri dan sanggup digelar andartu.
Sudah tentulah mereka tidak mahu hidup bersusah payah dalam perkahwinan kerana terpaksa menyara hidup seorang lelaki, sedangkan hidup mereka jauh lebih senang dan gembira semasa bujang.
Bukankah ini menggugat institusi kekeluargaan dan macam-macam lagi masalah sosial akan terus ditambah dan bertambah melaluinya?
Maka, biarlah saja ayam jantan dengan resminya. Sudah tentu tidak boleh diubah. Yang lelaki pula, kembalilah kepada fitrahnya, menggalas tanggungjawab menjadi pemimpin dan dalam masa sama mencari nafkah untuk keluarga.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140205/re_02/Benarkah-ayam-jantan-ada-di-mana-mana#ixzz2sPRgQ6Qd  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Suatu hikayat buat renungan bersama

BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala. Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminya kerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa. Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yang begitu hebat susun aturnya.
Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihat huru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempita seantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bila ketikanya.
Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimana keadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?
Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberi laporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang, rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah, ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelas kekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.
Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaran itu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soal memanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpang kasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turut serta.
Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukan perhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segala bantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memang terkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga, tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagi mereka mahu.
Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamu kita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang, campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hingga menjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidak akan mati kehausan.
Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteri terus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpa diminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja. Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permata berjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeri dan juga pembesar negara apa makna ini semua.
Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberi sama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh mereka berkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangan kepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita. Makan bersama malah disuapkan pula adanya.
Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa. Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.
Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanya sudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembung angin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupa bagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segala bakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan pada pembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentu nanti dimurka.
Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi. Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihat lagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.
Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya. Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yang sentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yang berlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan. Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibat terlalu senang hidup mereka.
Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkan musibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata, hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanya sampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yang berlubang.
Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberi bantuan duniawi.
Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-rata sehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadap memanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangan susu.
Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnya pada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralah kalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dan kurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitam seperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Lalu dicarilah segera si ibu dan bapa penyusuan, kerbau lembu rakyat juga diambil bagi memenuhi keperluan kera di hutan. Melompatlah rakyat marhaen anak yang di pangkuan juga sudah kering susuan, hanya mengharap ternakan bagi mengganti susuan.
Hijau kuning mata, berdesing juga telinga, rambut lebat juga gugur semua. Apakah ini maknanya, berikan betis mahukan paha. Ini sudah terlebih agaknya siapalah punya angkara.
Di kalangan rakyat jelata, ada Luncai namanya. Amat santai orangnya, bila ditanya apa cara mahu dipinta hak kita apa guna bernegara bila mana terlepas semuanya. Lantas dijawab oleh si Luncai ‘biarkan biarkan, biar terjun dengan labu-labunya’.
Memanda menteri semakin leka, hingga seluruh negara dilawatinya kerana kebajikan ingin diberi. Katanya biarlah kita korbankan jiwa raga asalkan rakyat gembira umpama hidup dalam syurga meriah sungguh siang malamnya sentiasa umpama sedang berpesta. Berarak dan berusunglah ke sini sana.
Sudah kering air mata, sudah kurus anak di pangkuannya tapi terpinggir tidak dipeduli. Para kera semua hebat sungguh mutakhir ini adanya. Besar tubuh menjangkau enau, habis dilanggar kalau tidak ketepi, pengsan atau boleh mati jika tidak dituruti.
Beginilah onarnya mereka, berdusta setiap masa, mengadu domba tanpa sebarang rasa, malah terasa hebat sungguh adanya kera memanda menteri percaya umpama dipusing seperti roda dan terkesimalah dulu kini dan selamanya.
Bukalah mata segera, bukalah minda sentiasa, jauhkan sengketa kerana sangat merbahaya. Jurang dalam menunggu kita, rakyat marhaen tidak lupa akan segala auta umpama kancil dan pelanduk nampak serupa tapi ia tetap berbeza. Hanya jauhari mengenal manikam mereka meskipun jenisnya berbeza.

l PENULIS ialah Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).

KOMEN : KALAU TAK FAHAM, BALIKLAH KE SEKOLAH SEMULA….

1 juta belia bakal gegar Putrajaya

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat .azmie@kosmo.com.my

AHMAD SHABERY (memandu kereta di depan) mengetuai konvoi sambutan Hari Belia Negara 2011: Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Bahang sambutan Hari Belia Negara 2011: Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok semakin terasa apabila lebih 300 buah kenderaan berkonvoi di sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini bagi mempromosikan sambutan itu semalam.

Konvoi yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berlepas dari Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini pada pukul 1.15 petang dan berakhir kira-kira 45 minit kemudian.

Turut menyertai konvoi itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Supercar Owner Club Malaysia, Datuk Seri Mohd. Azman Mahmud.

Selain kenderaan mewah seperti Ferrari dan Lamborghini, konvoi itu juga disertai oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson dan juga ratusan kenderaan lain yang telah dimodifikasi dengan membawa bendera dan pelekat Himpunan Sejuta Belia pada kenderaan masing-masing.

Antara persatuan yang turut serta dalam konvoi itu ialah Supercar Owners Club Malaysia, Sham Big Sumo, Langbikers, Harley Davidson Malaysia dan Superbike Owner Club Malaysia.

Sikap rakan sekerja yang dibenci


Johardy Ibrahim
DARI UTUSAN MALAYSIA
15.5.2011

SEMASA meraikan Hari Pekerja 1 Mei lepas, timbul isu yang menarik untuk dikupas ketika berbual bersama beberapa teman. Mudah saja. Fikirkan apa perkara paling anda geram atau tidak senang mengenai rakan sekerja anda. Sudah dapat? Apakah kriteria tersebut menepati senarai ‘7 sikap rakan sepejabat yang anda tidak suka’ seperti yang saya senaraikan berikut:

1. Main facebook, Blackberry

Nampak begitu tekun dari kejauhan. Tambah lagi bila komputer itu membelakangkan penyelia. Tapi bila diperhatikan, mata mereka begitu fokus dan sesekali bibir tersenyum. Takkan buat penyata kira-kira boleh tersengih sendirian? Bila disiasat, rupa-rupanya main facebook. Ada yang berutus-utus jawapan dalam pernyataan mereka. Tidak cukup itu, ada pula sembang dalam FB. Jika tidak main FB, tangan mereka tidak lekang dengan telefon pintar BB.

Hendak dilarang sama sekali dengan mengehadkan akses FB kepada kakitangan, tidak berapa molek dalam era IT ini. Maka seharusnya, kakitangan (dan penyelia juga) berpada-padalah bermain FB. Jangan sampai terjejas kerja atau kena tangkap bos!

BAHAYA : Bahasa penulisan dalam FB ada gaya tersendiri. Bila sudah terlalu asyik, surat rasmi pun terkesan perkataan ‘con4m’ (confirm) atau ‘GB’ (good bye).

2. Suka bercakap lucah

Berbeza dengan tanggapan umum, ia bukan kepakaran yang hanya dimiliki oleh orang tua gatal semata-mata tetapi sebenarnya oleh semua peringkat usia dan jantina, mengikut masa dan tempat yang terhidang. Paling mudah ialah bagi rakan sekerja yang sudah setahun duduk dalam pejabat yang sama. Tahap kemesraan telah mengetuk pintu keintiman, kononnya.

Amat menjijikkan bukan sekadar kepada pegawai yang sudah berusia dan menghampiri usia persaraan, berkata-kata lucah atau dua makna kepada teman sepejabat. Lebih meloyakan jika ia adalah pegawai wanita! Ini bukan rekaan, ini betul-betul punya!

Mereka ini bukan tidak tahu kewujudan peraturan anti-gangguan seksual di tempat kerja. Mereka ini mungkin sekadar menyakat (kerana tidak memiliki skil lawak ala-Jozan) dan ingat ia sesuatu yang lucu serta boleh merapatkan hubungan. Walhal, ia hanya mendatangkan rasa hilang hormat dan meluat tahap maksimum orang yang terkena.

BAHAYA : Golongan tua yang kaki cakap lucah ini cenderung untuk berpoligami atau bahasa lain, memang gila seks. Elakkan diri anda bersendirian dalam pejabat atau lif dengan golongan ini, bimbang teori lucah itu bertukar menjadi praktikal pula.

3. Kaki MC

MC atau Sijil Cuti Sakit banyak disalah gunakan. Hujan lebat sikit, terus MC. Ada siaran langsung bola sepak 4 pagi boleh bangun tapi tidak berdaya ke pejabat jam 8 pagi. Ambik MC. Dalam akta buruh memang termaktub hak untuk pekerja meminta MC, atas alasan tulen seperti sakit, keluarga sakit, kematian atau kecemasan lain. Tapi kalau sudah terlampau kerap ( terutama selepas cuti umum rasa nak satu hari lagi cuti), tentulah ia menimbulkan syak wasangka.

BAHAYA : Rakan yang kerap MC, memberi kesan kepada anda yang terpaksa menanggung pula kerjanya. Dan bila anda pula betul-betul perlukan MC, anda dapati diri anda pula dicurigai majikan disebabkan kes tipu MC orang lain.

4. Radio Transistor

Golongan ini mungkin pernah mendapat hadiah galakan sastera dalam bidang drama atau penulisan kreatif kerana cerita yang sebenarnya luka di jari, boleh melarat sudah dipotong kaki bila sampai ke telinga anda.

Elakkanlah menjadi bahan fokus mingguan golongan ini kerana walaupun dia mungkin duduk beberapa meja dari anda, jangan terkejut jika pengawal keselamatan di luar bertanya anda pula mengenainya. Cerita dah tersebar!

BAHAYA : Nak elak tak boleh, jadi pandai-pandailah jaga tingkah-laku supaya tidak termasuk dalam Tajuk Berita Utama Radio Transistor. Ia mungkin membabitkan cara anda berpakaian atau cara anda melihat rakan sekerja yang lain. Semuanya boleh jadi bahan menarik!

5. Geng Tidak Puas Hati

Mereka ini adalah pekerja yang sentiasa merungut. Bagi tugasan mudah pun, jadi punca ketidakpuasan yang meruap-ruap. Bagi mereka, semua tugasan adalah tidak setimpal dengan gaji yang dibayar. Mereka mahu gaji Ketua Pegawai Eksekutif.

Dalam mesyuarat, mereka ini jenis yang tidak akan bersuara walau ditanya berulang kali oleh ketua jabatan. Di kafetaria kemudiannya hampir sejam duduk belum habis hujah pembentangan dan ia belum sampai pun ke tahap penggulungan.

Apa sahaja kelemahan, walaupun berpunca dari faktor luaran, syarikat atau jabatan juga disalahkan. Golongan ini biasanya ada pasangan regu. Mereka hanya duduk sesama sendiri dan tidak boleh disertai orang lain kerana butir perbualan mereka hanya dimengerti oleh diri mereka sendiri.

BAHAYA : Macam loji nuklear rosak, mereka ini boleh melampiaskan radiasi kepada rakan sekerja lain dengan sikap negatif mereka yang tidak puas hati kepada syarikat tetapi tidak juga pergi ke syarikat lain yang lebih baik untuk mereka.

6. Egois

Golongan ini memiliki sedikit kelebihan berbanding rakan lain, sama ada daripada segi pendidikan atau harta atau rupa paras. Ia menjadi melarat bila mereka diberi peranan atau kuasa. Kalau benar-benar bertaraf pengurus tidak mengapa, tetapi baru ketua unit pun sudah mempamerkan ciri-ciri Adolf Hitler, memanglah anak buah semua bertekad menjadi komando mensabotaj projek.

Golongan ini sebenarnya sudah lama mengidam jawatan dan bila diperolehi, mahu memastikan anak buah menghafal lagu Frank Sinatra, My Way. Tiada sesiapa boleh memberi pandangan atau pendapat kerana ia bukan ‘cara dia’.

BAHAYA : Walaupun mendakwa dirinya bukan ego, tetapi tutur perkataan dan bahasa badan menidakkan semuanya. Anak buah yang tidak mengikut ‘cara dia’ akan mendapati diri mereka menjadi perantau ke jabatan lain (dipindahkan).

7. Bercakap dalam nada nyaring

Dalam semua organisasi mesti ada watak ini. Sama ada sudah jadi impiannya untuk meraih jawatan `badut pejabat’ pun kita tidak pasti. Ada masanya seronok tapi kebanyakan masa jadi pelik dan janggal. Ini terutama bila bahan jenakanya membabitkan soal politik atau peribadi.

Satu lagi spesies berkaitan ialah mereka yang bercakap kuat untuk memberitahu semua bahawa dia sedang bekerja, macam kanak-kanak menghafal sifir 12. Hafal boleh hafal, pusing sikit soalan, belum tentu boleh jawap. Ini lagi bahaya sebab untuk didengar sedang bekerja, tiada jaminan dia benar-benar buat kerja.

BAHAYA : Oleh kerana tarikan graviti yang kuat kesan daripada lontaran vokal orang sebegini, anda yang berada di ukur lilit tiga meja dengannya, pasti turut menjadi pandangan teman sekerja yang lain. Jadi, bila dia mula meninggi suara, beredarlah segera ke mesin fotostat.

KOMEN : ITULAH NAMANYA MANUSIA, MASING-MASING ADA KEKUATAN DAN KELEMAHAN. PERGILAH KEMANA SAJA, ITULAH PERWATAKAN YANG AKAN KITA TEMUI.. YANG TERINDAH SENYUMAN YANG IKHLAS… DARI LUBUK HATI YANG TENANG…

10 Amazing Guinness World Records In 2011


http://4.bp.blogspot.com/-wynJ1CnOFPc/TbK8cV4lKJI/AAAAAAAAAr4/g8423C9VHbo/s1600/Most-spoons-balanced-on-a-face.jpg 

Most spoons balanced on a face

The highest number is 17 and was achieved by Aaron Caissie (Canada) on the set of Lo Show Dei Record, in Milan, Italy, on April 18, 2009.

http://1.bp.blogspot.com/-EAtkjBV-6TM/TbK8d0igMEI/AAAAAAAAAr8/TGn5DRKpQHU/s1600/Most-straws-stuffed-in-a-mouth-600x399.jpg

 Most straws stuffed in a mouth

The most straws stuffed in a mouth is 400, achieved by Simon Elmore (Germany), who held them there for 10 seconds at the Mark ‘n’ Simon Show, Sollhuben, Bavaria, Germany, on Aug. 6, 2009.

http://2.bp.blogspot.com/-cAr0quoqEP8/TbK8aqBGveI/AAAAAAAAAr0/QO3Nj_pJBgM/s1600/Longest-nose-600x400.jpg

 Longest nose

The longest nose on a living person measures 8.8 cm (3.46 in) long from the bridge to the tip and belongs to Mehmet Ozyurek (Turkey). It was measured on the set of Lo Show dei Record in Rome, Italy, on March 18, 2010.

. http://thewondrous.com/wp-content/uploads/2011/03/Largest-collection-of-Smurfs-600x452.jpg

Largest collection of Smurfs

 Stephen Parkes (UK) began collecting Smurfs as a child, when they were sold by a chain of garages across the UK, and has never stopped. As of Jan. 28, 2010, his collection totals 1,061 and includes Christmas Smurfs, Easter Smurfs and Smurfs dressed as historical figures.


http://1.bp.blogspot.com/-6OTjgXchLdQ/TbK9wLh8ZqI/AAAAAAAAAsA/Z88axEMY9_4/s1600/Biggest-bottle-cap-scultpure-600x398.jpg

 Biggest bottle cap scultpure

Alistair Galpin poses with the largest bottle cap sculpture, made of 19,205 caps, in Auckland, New Zealand. The caps were used to create a sculpture in the shape of rugby ball. It took 18 months to complete and was finished to unveil on Guinness World Records Day.

http://2.bp.blogspot.com/-1pFMeDfEwLI/TbK9xOr7B3I/AAAAAAAAAsE/V1BiTko8jR4/s1600/Most-concrete-blocks-broken-while-holding-a-raw-egg.jpg

 Most concrete blocks broken while holding a raw egg

Joe Alexander, of Germany, breaks 24 concrete blocks, assembled in three stacks of 8 while holding a raw egg in the hand of the arm used for breaking the blocks. After the third stack had been broken the egg was still unbroken. The record to beat was 14 and the final result was 24.

http://3.bp.blogspot.com/-5Sqn7-eARmM/TbK9yXL3t7I/AAAAAAAAAsI/rUWb5VH60Ok/s1600/Largest-pumpkin-600x399.jpg

 Largest pumpkin

Talk about a great gourd: Guinness World Records has confirmed that a massive pumpkin grown in Wisconsin is officially the world’s heaviest. It weighs 1,810.5 pounds and was grown by Chris Stevens in Wisconsin.

http://4.bp.blogspot.com/-hA2gJcU72kQ/TbK9z4cQalI/AAAAAAAAAsM/YJw4Is45bhU/s1600/Longest-domestic-cat-600x320.jpg

 Longest domestic cat

5-year-old Maine Coon named Stewie was certified as the new record holder for world’s longest domestic cat after measuring 48.5 inches from the tip of his nose to the tip of his tail bone. That’s a little more than 4 feet long.

http://2.bp.blogspot.com/-MDQNoFeCfOY/TbK91J_uJ1I/AAAAAAAAAsQ/r_7nI_Uo3hM/s1600/Oldest-twins-in-the-world-600x418.jpg

 Oldest twins in the world

Sisters Ena Pugh, right, and Lily Millward have been confirmed as the oldest twins in the world at 100 years and 10 months. Both live in the United Kingdom.

http://1.bp.blogspot.com/-Ge6eZc2EteY/TbK92TnVEpI/AAAAAAAAAsU/xwTbTMK5NQA/s1600/Most-arrows-caught-by-hand-600x471.jpg

 Most arrows caught by hand

Joe Alexander catches 43 arrows from the air, shot by German archers Peter Dubberstein and Robin Puls in Germany. Alexander caught 43, and the record to beat was 36.