Kapal selam China menyelam 5,057 meter

GAMBAR fail pada 1 Julai lalu menunjukkan kapal selam China yang berjaya menyelam 5,057 meter di dasar laut di timur laut Lautan Pasifik pada Selasa lalu.

BEIJING – Sebuah kapal selam China menyelam sedalam 5,057 meter dari aras laut untuk mencatat rekod selaman paling dalam pernah dilakukan kapal selam dari negara berkenaan.

Pegawai-pegawai China enggan mendedahkan lokasi sebenar lokasi selaman kapal selam itu yang dikenali sebagai Jiaolong.

Namun, ujian selaman tersebut dipercayai dilakukan di timur laut Lautan Pasifik kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Jiaolong yang berupaya mencapai kedalaman 7,000 meter, membawa tiga orang menuruni dasar lautan sedalam sekitar 5,057 meter semasa ujian selaman itu.

Kejayaan ujian selaman itu membayangkan bahawa kapal selam tersebut mampu sampai lebih 70 peratus ke dasar laut planet Bumi.

Keupayaan teknikal China mencapai kemajuan besar sejak beberapa dekad lalu yang dibuktikan dengan menjadi negara ketiga di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas pada 2003.

Seramai 12 lelaki pernah menjejak kaki ke bulan dan 500 lagi berada di angkasa lepas tetapi setakat ini, cuma dua individu iaitu Jacques Piccard dan Don Walsh berjaya sampai ke kawasan lautan paling dalam di dunia yang dikenali sebagai Challenger Deep di Pasifik Barat pada 23 Januari 1960.

Pengarah filem sains fiksyen Avatar, James Cameron merancang untuk menuruti jejak dua penjelajah itu untuk penggambaran sekuel filem tersebut. – Agensi

Advertisements

MAHU PEGAWAI SPRM KES BENG HOCK DIPECAT


DARI UTUSAN MALAYSIA
28.7.2011

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 24 Julai 2011 (Ahad) dalam ruangan pendapatnya memaparkan nukilan pengkritik semasa Loh Hon Chew berkenaan siasatan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock seperti berikut.

Selepas siasatan Suruhanjaya mengumumkan kes Beng Hock, pasti ada yang menerima hakikat itu dan ada yang tidak boleh menerimanya malahan ada juga yang tiada sebarang pendapat.

Kehilangan kepada keluarga Beng Hock ialah mendiang diputuskan sebagai membunuh diri tapi rakyat di seluruh negara semuanya tahu perkara itu berlaku kerana kekejaman pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang pihak SPRM perolehi ialah terlepas daripada dituduh membunuh, kerugian yang ditanggung dalam kes itu ialah keluarga mendiang Beng Hock.

Zaman dahulu di China, seksaan selalu digunakan dalam perbicaraan sesuatu kes oleh pegawai yang menjatuhkan hukuman.

Jika tuduhan sesuka hati dilempar tetapi tertuduh tidak mengaku bersalah, pegawai tersebut akan menyeksanya setengah mati sehingga dia mengaku salah menyebabkan ramai yang di dalam penjara ketika itu sebenarnya bukan pesalah yang sebenar.

Siasatan suruhanjaya semasa melakukan siasatan mendapati pihak SPRM menggunakan kaedah seksaan cara zaman kuno China supaya mangsa (Beng Hock yang seorang saksi sahaja) mengaku bersalah.

Pada tahun 1683, tercatat dalam buku sejarah hukuman seksaan apabila mendapati pesalah itu bersalah. Mereka bukan mati berdasarkan kepada undang-undang tetapi mereka mati di dalam tahanan penjara, bukan disebabkan pelaksanakan undang-undang tetapi masalah daripada kekejaman.

Setelah 300 tahun, adakah kita benarkan saksi itu mati begitu sahaja di tangan pegawai yang menjalankan tugas itu? Walaupun mendiang mati disebabkan bunuh diri, adakah pegawai tersebut tidak perlu bertanggungjawab?

Bagaimana pula pihak kerajaan memberi jawapan kepada keluarga Beng Hock dan di mana letaknya tamadun rakyat negara kita ini?

Dalam laporan siasatan itu menyebut bahawa penyebab kematian Beng Hock kerana mendiang tidak tahan SPRM melakukan siasatan yang melanggar prosedur, dalam keadaan dan cara soal siasat yang bertubi-tubi.

Apakah sikap kerajaan terhadap perlakuan yang menyebabkan seseorang itu bunuh diri? Contohnya, kita diletakkan di atas benteng gaung, seseorang menghunuskan parang memaksa mangsa berundur setapak demi setapak sehingga akhirnya tergelincir jatuh ke dalam gaung. Adakah itu dikatakan tidak langsung ada kaitannya dengan kes pembunuhan?

Undang-undang di negara kita langsung tidak hiraukan orang yang menghunus parang itu hanya dengan perkataan semudah ‘melanggar disiplin’, sudah boleh tutup kes?

Ada pegawai-pegawai hanya dikenakan tindakan disipilin, tidak perlu ada tindakan undang-undang terhadap mereka?

Dalam laporan itu menunjukkan ada dua orang pegawai SPRM yang berbohong iaitu membuat laporan palsu. Jika bersabit kesalahan membuat pengakuan palsu di mahkamah, ia perlu dikenakan tindakan undang-undang yang keras.

Jika membuat laporan palsu pada pihak polis, akan dikenakan tindakan di bawah akta jenayah. Adakah berbohong dengan Suruhanjaya Penyiasatan juga akan dikenakan tindakan?

KOMEN : KALAU SENDIRI YANG BERNIAT UNTUK MEMBUNUH DIRI KENAPA MASIH NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN…? KENAPA PERLU TAKUT KALAU TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN…? BUKALAH MINDA KAMU SEMASA MENULIS, SUPAYA TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENABUR FITNAH PADA ORANG LAIN.. RASANYA KES TBH TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI BUNUH DIRI… DARI AWAL KES KEJADIAN PUN SAYA SUDAH MENGAGAK YANG TBH MEMBUNUH DIRI DENGAN TERJUN DARI BANGUNAN SPRM….MOTIFNYA TENTULAH PASAL RASUAH?

BUKAN PAS AJE… DAP DAN PKR PUN SAMA


Pas dicabar jangan tanding pilihan raya

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pas dicabar supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selepas parti itu membuat keputusan menolak mentah-mentah penggunaan sistem biometrik tanpa mendengar penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh berkata, Pas dilihat sengaja memprotes apa saja tindakan kerajaan sama ada dalam isu biometrik mahupun idea baru SPR.

“Mereka (Pas) jelas takut atas keputusan yang memang tidak memihak kepada mereka yakni sokongan dan kuasa yang mereka dapat adalah daripada himpunan parti pembangkang.

“Ternyata Pas sendiri serta pemimpinnya sengaja menghimpun pelbagai alasan dan jika terlalu banyak alasan, jangan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jawatankuasa Pas Pusat semalam membuat keputusan menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, sebaliknya tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan Pas menolak biometrik kerana parti itu mahu menjadikannya sebagai alasan yang kuat untuk menyalahkan SPR jika mereka kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya sangat percaya jika SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal seperti yang diminta Pas, pastinya mereka akan persoal macam-macam termasuk mendakwa penggunaan dakwat itu juga dicuriga akan diambil kesempatan untuk disalahgunakan oleh Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta kepada SPR supaya berfikir semasak-masaknya sebelum menggunakan kaedah biometrik pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya yakin, jika Pas kalah besar mereka tetap akan salahkan SPR walaupun menggunakan biometrik atau dakwat kekal. Elok dikekalkan sahaja cara sebelum ini,” katanya.

KOMEN : SENANG SIKIT KERJA SPR DAN POLIS BILA PARTI MEREKA TAK BERTANDING… HABIS SEMUANYA SALAH ORANG LAIN DIA AJE YANG BETUL… TAPI DIA SILAP, ORANG LAIN BIJAK DIA YANG BODOH…

SIAPA YANG PUNYA ANGKARA?


Akibat kemiskinan, Khairul berhenti sekolah

Nik Khairul Zaman Zahari menyusun kotak sebelum dijual bagi menyara keluarganya di Kampung Cina, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 27 Julai – Akibat kemiskinan, seorang pelajar tingkatan empat, Nik Khairul Zaman Zahari, 16, terpaksa berhenti sekolah bagi membantu bapanya menyara keluarga dengan mengutip barangan terbuang sekitar bandar ini.

Remaja terbabit berhenti sekolah awal tahun ini bagi membolehkan dia menumpukan sepenuh masa dengan ‘kerjaya’ tersebut dan memperoleh pendapatan kira-kira RM15 sehari.

Jika sebelum ini, dia bangun pagi untuk ke sekolah, namun kini rutin hidup anak sulung daripada tiga beradik berusia antara satu hingga 16 tahun itu berubah apabila sebelah pagi membantu ibunya, Nik Suriani Deris, 37, menghantar adiknya berusia lapan tahun yang menghidap sakit sawan ke sebuah sekolah pendidikan khas.

Pada sebelah petang, dia mengutip barangan terbuang seperti kotak dan botol-botol sekitar bandar ini, sebelum dijual kepada peraih.

“Saya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga. Sebagai anak sulung saya berusaha membantu keluarga mencari rezeki halal dengan mengutip kotak dan barangan terbuang.

“Duit hasil jualan kotak dan barangan terbuang itu akan saya berikan kepada ibu untuk membeli beras dan makanan keperluan harian bagi kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cina dekat sini, semalam.

Menurut Nik Khairul, tekanan hidup yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia tidak lagi bersemangat untuk meneruskan persekolahan, ditambah pula dengan prestasi pelajarannya yang semakin merosot.

Lantaran itu, katanya, dia sanggup mengorbankan masa depan demi membantu bapanya, Zahari Musa, 43, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan.

“Emak saya tidak bekerja dan terpaksa menjaga adik-adik yang salah seorang daripadanya mengalami penyakit sawan,” katanya.

Sementara itu, Nik Surina mengakui masalah tekanan hidup menyebabkan anak sulungnya itu terpaksa berhenti sekolah dan pendapatan yang diperoleh hasil jualan barangan terbuang itu sedikit sebanyak telah membantu keluarga.

“Saya tidak tahu nak cakap apa lagi, dia sudah tidak mahu ke sekolah. Lagi pun yuran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak bayar lagi. Jadi slip keputusan peperiksaan tidak dapat ambil.

“Mujurlah anak kedua saya masih bersekolah dan dia menerima bantuan

KOMEN : YANG NI NAK SALAHKAN UMNO/BN JUGAKAH? PAS PERINTAH DAH 20 TAHUN MASIH TAK DAPAT NAK BANTU INSAN KERDIL INIKAH? MANA SEMUANYA PERGI WAKIL2 RAKYAT (KULI SEBENARNYA) YANG SEPATUTNYA YANG BERKHIDMAT (BUKAN YANG BERHORMAT)UNTUK RAKYAT? TIDO, MAKAN GAJI BUTA, TAK BUAT KERJA, PEMALAS, HANYA TAHU TABUR FITNAH ATAU BERPOLITIK SEPANJANG MASA HINGGAKAN MASALAH RAKYAT BUAT PEJAM MATA… SUKA SANGAT SIBUKAN HAL ORANG LAIN, KAIN SENDIRI TERSELAK TAK SEDAR…

UiTM raih 24 pingat di WCOPA


Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

Tujuh pelajar Universiti Teknologi Mara gembira meraih pingat emas di World Championship of Perfomance Art sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. – utusan/Zaki Amiruddin

SEPANG 27 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih 24 pingat pada World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2011 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Edisi ke-15 WCOPA 2011 itu yang berlangsung pada 15 hingga 24 Julai lalu menyaksikan UiTM menggondol 17 pingat emas, lima perak dan dua gangsa.

Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Norafifi Muhamad Taib bertindak sebagai ketua pasukan UiTM yang diwakili lapan peserta.

Menurut Norafifi, pasukannya telah membuat persiapan hampir tiga bulan bagi memantapkan setiap aspek yang dipertandingkan iaitu lima kategori yang terdiri daripada vokal, alat muzik, tarian, model dan lakonan.

Beliau berkata, tarian menjadi penyumbang terbanyak pingat emas kepada UiTM apabila pasukannya berjaya meraih lapan emas dari kategori itu, manakala selebihnya lima daripada kategori vokal dan tiga bagi kategori alat muzik.

Menurut salah seorang peserta, Nurshazwani Shamsudin, 22, kemenangan tersebut merupakan kejayaan di luar jangkaan kerana persaingan yang diberikan oleh semua peserta amat sengit.

“Saya memang tak dapat bayangkan perasaan bila diumumkan sebagai pemenang, jantung saya berdegup kencang dan rasa macam mahu terbang. Memang sangat gembira sampai tak tahu mahu cakap apa lagi.

“Kejayaan ini juga merupakan berkat tunjuk ajar pensyarah yang tidak lokek ilmu untuk mengajar setiap teknik tarian dan persembahan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Sementara itu seorang lagi peserta, Abd. Rahman Bohari, 23, berkata, pencapaian delegasi Malaysia cukup membanggakan walaupun hanya diwakili lapan peserta.

“Ini menunjukkan semangat juang peserta kita cukup hebat. Saya sendiri tidak menyangka apabila kesemua peserta layak ke peringkat akhir dan berjaya membawa pulang pingat. Ini satu pencapaian yang bukan mudah untuk kita peroleh,” katanya.

Dalam pada itu, peserta bagi kategori vokal, Putri Norizah Ibnor Riza, 20, berkata, kejayaan membawa pulang enam pingat emas merupakan kenangan yang tidak akan dilupakannya sepanjang hayatnya.

“Jika ada rezeki mungkin saya akan melibatkan diri dalam aktiviti nyayian dengan serius, bagaimanapun terpulang kepada keluarga, ayah saya merupakan insan yang banyak mendorong dalam usaha saya mencapai kejayaan seumpama ini,” katanya.

WCOPA 2011 disertai oleh delegasi dari 42 negara dan merupakan satu-satunya pertandingan persembahan seni bertaraf dunia yang dilangsungkan saban tahun di Hollywood semenjak 15 tahun lalu.

Pertandingan itu diangkat sebagai setaraf dengan acara Sukan Olimpik kerana disertai oleh mereka yang telah terpilih bagi mewakili negara masing-masing.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DAN UiTM….BRAVO…

JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH

Berjuanglah habis-habisan!
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempat meluangkan masa bersama pemain skuad kebangsaan yang menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 – sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

”Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

”Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.

”Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.

Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

”Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.

”Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.

”Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

”Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan,” katanya.

KOMEN : SEMUANYA TIDAK MUSTAHIL… JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH… SEMUANYA AKAN KAU LAKUKAN… BAK KATA PERPATAH, BOLA ITU BULAT. PASUKAN KUAT PUN BOLEH DIKALAHKAH JIKA ADA KEMAHUAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN… DOA KAMI SEKELUARGA UNTUK KEJAYAAN PASUKAN MALAYSIA, AMIN… MALAYSIA BOLEH….

LANGKAH TEPAT MEMBANTU RAKYAT

Perangi kos kehidupan – Najib
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak berhubung melalui telefon memberikan kata-kata perangsang kepada Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebelum perlawanan timbal balik Malaysia dan Singapura esok sebelum mempengerusikan perbincangan Meja Bulat dalam talian 1Malaysia bersama beberapa personaliti di Putrajaya, semalam. Antara yang hadir Amy Search, Aznil, Lisa Surihani, Tan Sri Lim Kok Wing dan beberapa orang lagi. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 27 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.

“Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.

“Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.

“Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.

Menurutnya, Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) akan membantu agensi-agensi kerajaan dan kementerian termasuk Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga untuk mengurangkan kos kepada rakyat.

“Kita mahu lihat bagaimana rangkaian bekalan boleh diliberalisasikan, mungkin kita boleh benarkan lebih pengimportan serta memanfaatkan kawasan-kawasan tanah lapang untuk pengeluaran makanan dan ternakan,” katanya.

Sekiranya terdapat cadangan-cadangan yang baik, ia akan dipertimbangkan ke dalam belanjawan akan datang, selain daripada memuatkan ke dalam komputer butiran-butiran jutaan rakyat yang telah mendapat faedah hasil daripada kejayaan pelaksanaan NKRA, ujar beliau.

KOMEN : SATU LANGKAH BIJAK OLEH KERAJAAN WALAUPUN IANYA NAMPAK SEDIKIT LEWAT… PERKARA INI SEPATUTNYA TELAH LAMA MENJADI AGENDA KERAJAAN DALAM MEMBANTU RAKYAT YANG TERTEKAN DENGAN KENAIKAN HARGA MAKANAN DIPASARAN DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK MENENTU… BIARKAN SAJA APA PUN CEMUHAN DARI PUAK PEMBANGKANG TERHADAP INISIATIF INI… YANG PENTING SUARA MAJORITI RAKYAT AKAN MENGATASI SUARA KERA SUMBANG PUAK PEMBANGKANG…