Rakyat dibuli demi gila kuasa


PENULIS ialah Pengurus Besar, Analisis dan Pengurusan Isu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)


Penunjuk perasaan antikerajaan Thai bertembung dengan polis bagi menghalang proses pendaftaran calon parti politik untuk pilihan raya umum pada Februari 2014 di sebuah stadium di Bangkok pada 25 Disember lalu. – AFP

Ketika semua rakyat bersiap sedia menyambut tahun baharu 2014, segelintirnya pula sedang sibuk menganjurkan perhimpunan haram untuk ‘menjatuhkan kerajaan’ atas alasan kenaikan kos sara hidup ekoran penstrukturan semula subsidi dan faktor-faktor tertentu di luar kawalan.
Penstrukturan semula atau penyelarasan subsidi menyebabkan tarif elektrik berubah dan sebelumnya harga petrol, diesel dan gas telah meningkat.
Begitu juga dengan pengurangan subsidi, harga gula menjadi lebih mahal 34 sen sekilogram. Kenaikan-kenaikan tersebut dijangka akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan manakala rakyat pula perlu berubah agar lebih membudayakan konsep penggunaan berhemah, termasuk berjimat menggunakan petrol dan tidak mengambil gula berlebihan dalam minuman dan masakan.
Rakyat Malaysia boleh menerima rasionalnya pengurangan subsidi ke atas gula dan petrol, tetapi kenaikan itu semacam memberikan pula kekuatan kepada sekumpulan aktivitis yang muncul sama ada sebagai parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan provokasi agar rakyat ‘menggulingkan kerajaan.’
Kajian mutakhir membuktikan, rakyat masih percayakan BN, khususnya UMNO sebagai pemerintah berbanding pakatan pembangkang. Dalam beberapa siri pembohongan yang mereka lakukan, parti-parti pembangkang seperti dirasuk dengan hanya sedikit kemenangan, sedangkan kemenangan itu masih jauh daripada tahap boleh memerintah.
Dengan hanya menang 89 kerusi Dewan Rakyat, yakni lebih satu kerusi daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO, pakatan pembangkang mula menunjukkan sikap besar kepala dan angkuh.
Sikap besar kepala dan angkuh itulah dilantun menerusi siri jelajah memburuk-burukkan amalan pilihan raya, kononnya kekuatan BN tidaklah seberapa berbanding pakatan pembangkang berdasarkan undi popular. 
Semua rakyat Malaysia tahu dan sedar, sistem pilihan raya di Malaysia adalah berdasarkan konsep berperwakilan, maka undi popular bukanlah pengukur tahap kemenangan sebenar.
Selagi sistem pilihan raya menggunakan kaedah tersebut, selagi itulah setiap daripada kita mesti akur dengan setiap keputusan secara sah dan rasmi. Oleh kerana gagal untuk kali kedua menawan Putrajaya, pakatan pembangkang mula membuat tuduhan palsu, kemenangan BN terutama di Sabah dan Sarawak kerana dibantu oleh 40,000 warga Bangladesh. Akhirnya, dakwaan tersebut membunuh keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang sendiri setelah pemimpin tertinggi Bangladesh mengakui tidak ada rakyatnya terbabit, manakala pemimpin pakatan pembangkang mula mencari dalih yang lain.
Akhir-akhir ini, setelah mendapat ilham daripada apa yang sedang berlaku di Thailand, perletakan jawatan Perdana Menteri, Yingluck Sinawatra, mereka sekali lagi menjadi dalang untuk melancarkan rusuhan jalanan bagi memaksa Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan. Soalnya, sebab yang dijadikan alasan atas sesuatu yang tidak kukuh sebagaimana yang berlaku di Thailand.
Persoalan yang dihadapi oleh Yingluck ialah pindaan undang-undang yang memberikan pengampunan kepada pesalah politik, termasuk abangnya sendiri, Thaksin Sinawatra yang memerintah Thailand berdasarkan konsep pengurusan syarikat dan penswastaan.
Rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak mahu keadaan yang sama berlaku, kerana kesan kemusnahan akibat sengketa politik bukanlah sesuatu yang mudah diperbaiki. Kerosakan akibat kekacauan politik yang berlaku di Mesir misalnya, sampai sekarang masih belum reda dan ekonomi negara itu semakin mendekati getir.
Iktibar penting daripada peristiwa terkini dalam percaturan politik di Mesir bahawa keamanan, kestabilan, keharmonian dan perdamaian nasional merupakan sesuatu yang sangat mahal harganya. Di negara kita, elemen-elemen inilah yang menjadi tunjang kepada kerajaan hari ini yang tidak akan digadaikan semata-mata menuruti kehendak sesetengah pihak yang mahukan perubahan landskap politik negara.
Perubahan yang tidak disertai dengan kesedaran dan kesepakatan secara menyeluruh oleh semua komponen masyarakat akan hanya dapat menghasilkan suasana huru-hara dan kekalutan politik. Hakikatnya apa yang lebih utama adalah merangka dan menyusun agenda perpaduan dan kesatuan semua elemen masyarakat bagi mewujudkan pemerintahan yang mantap dan stabil.
Politik di Mesir dan Thailand mempunyai kaitan rapat dengan tentera. Di Mesir, sesebuah kerajaan tidak akan kekal sekiranya tidak mendapat dokongan tentera. Hal yang sama turut berlaku di Thailand. Keadaan ini adalah berbeza dengan Malaysia, tentera merupakan kelompok yang berkecuali, kerana fungsinya ialah menjamin keselamatan dan ketenteraman awam, dan bukannya menyokong sesebuah parti politik.
Konsep yang diguna pakai ialah menyokong kerajaan yang dipilih secara sah, dan bersedia membanteras anasir yang cuba menggugat kerajaan termasuk percubaan menggulingkan kerajaan.
Sikap itulah sebenarnya yang menjadi kekuatan politik di Malaysia. Sikap itulah sebenarnya yang wajar difahami oleh seluruh rakyat, kerana tugas sebenar tentera dan pasukan keselamatan ialah menjamin keselamatan negara, menolak sebarang bentuk aktiviti yang bersifat agitasi dan anarki, termasuk menghalang sebarang bentuk rusuhan jalanan walaupun penganjurnya menggunakan alasan kepentingan rakyat.
Pihak penganjur sebenarnya membuli rakyat, kerana rakyat dijadikan senjata untuk mereka mendapat kuasa secara tidak sah dan salah.
Sebenarnya, dalam politik kaedah membakar sentimen emosi merupakan satu pendekatan popular bagi meraih sokongan rakyat. Bahkan, jika kita mengkaji sejarah, banyak ditemui bagaimana emosi rakyat dibakar sehingga berjaya membentuk suatu gerakan pemberontakan yang besar, atau dikenali kuasa rakyat.
Menerusi kuasa rakyat inilah pemimpin-pemimpin berkenaan memburu kuasa, walhal kaedah itu terlalu berbahaya dan memakan korban nyawa yang banyak.
Ia seolah-olah mengulang kembali kaedah berpolitik yang berlaku di zaman munculnya dua sistem berkerajaan, iaitu negara polis dan negara demokrasi. Sistem pemerintahan berdasarkan kekuatan tentera dan fizikal, banyak membangkitkan emosi sehingga sebahagian pemudanya dikembirikan dan wajib berkhidmat sebagai tentera, manakala dalam sistem demokrasi, propaganda dan melobi mendapat kuasa berlaku sepanjang masa, dan ia tidak juga berjaya membentuk kestabilan politik yang mampu bertahan lama.
Dua senario ini seolah-olah sedang berlaku semula dalam peradaban manusia, kerana manusia sebenarnya terlalu ‘lapar kuasa’ dan sudah kehilangan etika kehidupan berpolitik – politik ialah kuasa.
Mereka akan lakukan apa sahaja demi memperoleh kuasa, bahkan persoalan adab dan susila yang dipupuk sebagai benteng bangsa dilanggar. Sempadan agama tidak lagi menjadi kerangka, kerana agama hanya dilihat sebagai faktor yang mampu mempengaruhi emosi dan sentimen semata-mata, tanpa mengeksploitasinya.
Sampai bilakah rakyat boleh bertahan, kalau kekalahan tidak boleh diterima dengan rasional dan asyik dijadikan sasaran ‘menggulingkan kerajaan’ yang memerintah secara sah? Suatu hari, rakyat akan bertanya, sampai bilakah mereka akan dibuli demi memenuhi kelompok yang gila kuasa dan pencetus anarki?
Ketika itulah, rakyat lebih kenal siapakah sebenarnya pemimpin yang boleh disandarkan harapan dan mana pula pemimpin yang hanya tahu membuli rakyat kerana mahukan ‘kuasa’.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131230/re_02/Rakyat-dibuli-demi-gila-kuasa#ixzz2p0zpPXNA © Utusan Melayu (M) Bhd


Advertisements

Bergerombolan demo sudah basi



Oleh ZULKIFLI JALIL 

pengarang@utusan.com.my

Dua pekerja memasang khemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi sambutan Tahun Baharu 2014.

SEBILANGAN orang mengatakan demonstrasi terjadi ketika orang lapar. Lapar kerana kekurangan makanan, pengetahuan, bahkan kekuasaan.
Semua maklum, demonstrasi menjadi sangat tragis dan mematikan. Kebanyakan demonstrasi terjadi ketika sekelompok orang tidak puas dengan keadaan tertentu, terhadap orang atau sekelompok orang lain.
Dan demonstrasi sering kali dimulakan dengan menunjukkan rasa damai, kemudian berterusan, lalu tumbuh menjadi aksi anarki. Perusuh akan melakukan kekerasan dan polis terpaksa bertindak balas. Hal ini sering menyebabkan kecederaan, parah dan mengundang maut.
Di Indonesia untuk tahun 2013, demonstrasi sudah tidak laku meskipun ada laungan supaya dibantah besar-besaran kenaikan harga minyak di republik itu. Tidak mendapat sambutan dan trend ini hampir sama berlaku di Malaysia.
“Soal dia (penganjur) nak buat esok pada 31 Disember, tentu sekali bertujuan bukan untuk menghormati tahun baharu, tetapi untuk menunjukkan kerenah politik, iaitu politik kasar, sorak-sorai yang mungkin merosakkan harta dan ketenteraman awam.
“Tinggal lagi kerajaan sudah buat keputusan seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu jika ada mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu menganjur perhimpunan, maka boleh buat cuma pilih tempat sendiri untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa,” kata Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Budaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam pertemuan di pejabatnya di Yayasan AlBukhary, dekat Masjid Negara baru-baru ini.
Dalam aspek ini, Rais berkata, perhimpunan aman tidak wajar ditahan sebab itu telah dijanjikan oleh kerajaan tahun lalu dalam akta berkenaan.
“Ya, pada masa sama benar juga telahan bahawa perhimpunan yang pada mulanya aman boleh merebak dan menjadi tidak keruan. Tetapi dalam soal ini perlu ditentukan oleh pihak berkuasa yang jika dianjurkan – risikonya bahaya atau tidak sehingga menjejas dan merosakkan harta awam.
“Antara syarat di bawah akta itu ialah tidak harus ‘memporak-perandakan’ lalu lintas, tidak menjejaskan para peniaga, pengangkutan dan menjamin suasana muhibah semasa mereka menjalankan perarakan atau mengeluarkan ucapan,” katanya.
Hak berhimpun telah pun diberi kelonggaran oleh kerajaan, cuma perlu dicari premis yang sesuai.
“Pada saya di (stadium) Shah Alam, saya tidak fikir kerajaan boleh halang ini kecuali dulu sebelum undang-undang diluluskan, memang tidak dibenarkan,” kata beliau.
Kata Rais: “Bagaimanapun saya fikir itu gara-gara berhimpun beramai-ramai di hujung tahun akan mudah mengeruhkan sambutan tahun baharu apabila keluar ‘bertembung’ dengan suasana riang ria dan resolusi tahun baharu.
“Jika diteruskan ini tentu tidak diterima rakyat sebab rakyat sudah muak. Saya kira kalau nak dibuat di Dataran Merdeka tidak sesuai tetapi boleh di kawasan lapang yang lain.”
Ditanya kemarahan memuncak sebahagian besar rakyat negara ini termasuk ketika itu lebih 600 laporan polis sudah dibuat menggesa pihak berkuasa tidak bertangguh untuk bertindak terhadap penganjur himpunan haram itu, Rais berkata: “Kita tidak boleh menduga dia nak guling kerajaan atau tidak. Jika disebut nak guling kerajaan, boleh diambil tindakan menerusi undang-undang yang ada.
“Rakyat akan muak dengan cara begini, sebab ini cara kasar. Tidak ada lunas demokrasi dan sekiranya lahir kemahuan guling kerajaan, itu tidak demokratik dan tindakan setimpal perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia,” kata beliau.
Rais turut mengulangi bahawa Stadium Shah Alam adalah tempat sesuai untuk penganjuran perhimpunan awam.
“Tetapi sekiranya ada usaha untuk menggulingkan kerajaan, tiga perempat Akta Hasutan boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap kerana terlibat atau bersubahat,” katanya.
Mengenai kemungkinan penglibatan pelajar dalam himpunan haram esok, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata: “Saya tak fikir perkara ini akan mendapat sokongan pelajar IPTA secara menyeluruh dan mungkin hanya beberapa segmen penuntut IPTA melibatkan diri.
“Dan saya amat yakin penuntut universiti tidak akan menyebelahi pihak terbabit untuk berdemonstrasi di hujung tahun tanpa apa-apa sebab yang relevan.
“Kalau nak tentang GST dan kos hidup yang tinggi, bukan cara berarak tetapi menggunakan hak untuk berhimpun di tempat dan di bawah peraturan yang dibenarkan, memang pun boleh dipohon dan dibenarkan. Kalau tak memohon, penganjurnya perlu dicekup.”
Motif penganjuran Perhimpunan 31 Disember oleh pihak terbabit memang meragukan. Kenapa perhimpunan serupa yang dilakukan pakatan pembangkang pada awal Januari tahun ini tidak diulangi.
Perhimpunan yang dibuat dalam Stadium Merdeka itu tidak dikacau, malah berjalan lancar. Bahkan, ia merupakan testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketika itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menghargai kemampuan semua pihak yang terbabit dalam himpunan itu sama ada di bahagian pihak berkuasa mahupun pihak penganjur kerana mematuhi peruntukan serta semangat akta berkenaan.
Bukan itu sahaja, Najib mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang kerana menghormati semangat akta tersebut walaupun beliau tidak bersetuju dalam banyak perkara dengan mereka.
Kaedah bergerombolan pada pandangan umum sudah basi dan tidak akan mencapai matlamat untuk berjaya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131230/re_01/Bergerombolan-demo-sudah-basi#ixzz2p0wEd7iU © Utusan Melayu (M) Bhd


Penyakit hati terserlah kerana dendam politik

PENULIS sempat meneliti respons yang paling tidak adil yang dilontarkan oleh para bloggers akibat kesumat politik yang terlalu mendalam dalam Facebook, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, seorang pakar motivasi yang berpengaruh.
Ia berpunca daripada kenyataan beliau dalam Sinar Harian online mengenai peningkatan kos hidup yang dijadikan isu kini dan bakal menjadi isu dalam Himpunan Mengguling Kerajaan pada 31 Disember ini.
Kata Dr. Muhaya: “Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku”.
Tambahnya lagi; “Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur respons, kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif respons kita hasilnya mesti negatif. Jadi kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif”.
“Corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan”. Kenyataan ini telah menyebabkan ramai bloggers hilang pertimbangan menyebabkan fitnah dan kata-kata kesat dilontarkan kepada Dr. Muhaya kerana tidak mengkritik kerajaan yang menyebabkan ia berlaku.
Kenyataan Dr. Muhaya itu terbit di tengah-tengah isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang dijadikan isu untuk mengguling kerajaan. Kenyataan itu dianggap bercanggah dengan arus perjuangan mereka dan tidak memihak kepada mereka.
Apa yang berlaku kepada Dr. Muhaya juga pernah berlaku kepada pakar motivasi dan pendakwah yang lain. Dr. Fadhilah Kamsah pernah diaibkan semata-mata memberi pandangan apabila ditanya mengenai sikapnya terhadap doa sesetengah pihak terhadap UMNO.
Ustaz Kazim Elias difitnah dan disumpah seranah walaupun asalnya beliau ahli Pas kerana sikap yang diambil menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah berasakan nas syarak. Dia dikatakan dekat dengan UMNO. Kebencian mereka terhadap UMNO menyebabkan Ustaz Kazim dimangsakan.
Dr. Ridhuan Tee dibelasah dengan teruknya kerana mengambil pendirian yang tegas mengenai isu kiasu dan isu-isu semasa yang lain. Beliau menjadi mangsa fitnah orang Islam dan bukan Islam juga.
Dr. Sidek Baba seorang pendakwah dan ahli akademik dihina dan difitnah semahu-mahunya kerana mengambil pendirian yang tidak memihak kepada pembangkang terutama sahabat lamanya Anwar Ibrahim. Beliau dituduh menerima habuan daripada pihak tertentu dan mempunyai kepentingan peribadi.
Kenyataan Dr. Muhaya pada hemat penulis boleh dibincang secara sihat dan jiwa terbuka. Tidak perlu fitnah yang bukan-bukan dan kata-kata kesat dilontarkan kepadanya. Beliau mengambil pendekatan membangun jiwa positif terhadap manusia.
Pada hemat penulis, beliau amat peka dengan apa yang berlaku iaitu peningkatan kos sara hidup. Beliau juga memahami tabiat berbelanja ramai orang Melayu, bermewah-mewah tanpa hemat dan cermat malah faham kebendaan yang nyata meningkat dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah yang banyak. Hal ini sering beliau sentuh dalam ceramah-ceramah motivasinya.
Perhatikan gelagat sesetengah peniaga mahu mengekalkan untung yang maksimum tanpa ada sedikit pengorbanan dan mencari berkat daripada hasil perniagaan. Ia tidak membantu kepada kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara.
Bila isu peningkatan kos hidup dan kenaikan barang diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk menggulingkan kerajaan ia sudah menjadi isu politik. Itulah sebab utamanya Dr. Muhaya dihentam.
Dr. Muhaya seperti juga tokoh-tokoh yang lain menjadi mangsa fitnah dan celaan yang lepas bebas dan semahu-mahunya oleh pihak yang berkepentingan politik tanpa memikirkan benar atau salah celaan itu.
Budaya memfitnah ini menjadi sesuatu yang semakin kronik dan serius. Tradisi berbeza pandangan tidak lagi menjadi amalan. Apakah ini gambaran daripada sikap berpolitik sempit sesetengah golongan menimbulkan kebencian, membunuh integriti seseorang semata-mata orang itu dilihat berbeza dengan aliran yang mereka bawa dan tidak memihak kepada pendirian mereka.
Budaya ini bakal menghancurkan tradisi berbeza pendapat, meratah sikap baik sangka berasaskan fakta dan data yang tidak benar, terjebak dengan dosa-dosa fitnah dan menghina, mencetuskan dendam kesumat tanpa usul periksa dan bakal melemahkan kesatuan umat dan akan berakhir dengan perpecahan yang lebih parah lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_02/Penyakit-hati-terserlah-kerana-dendam-politik#ixzz2p0oa3zyY © Utusan Melayu (M) Bhd



KOMEN : BIASALAH MEREKA SEMUANYA BETUL WALAUPUN APA YANG MEREKA SOKONG TU SALAH…CONTOH MENYOKONG PELIWAT UNTUK JADI PM… BETUL KE TU?????

Perbelanjaan secara berhemat

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan mengambil keputusan melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari.
Berikut kenyataan penuh beliau:
Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.
Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun depan.
Langkah-langkah penjimatan lain yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa.
Keputusan ini telah dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Sebelas langkah tersebut adalah seperti berikut:
* Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5 hingga 10 peratus. ( PERLU KE ELAUN KERAIAN INI… BELANJA UTK APA? SELALU YANG TERJADI KAUM KELUARGA PUN DI RIAKAN BERSAMA DAN BUAT TUNTUTAN PADA KERAJAAN…)
* Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan. ( TAHUN 2015 TNB TUNTUT KENAIKAN TARIF LETRIK LAGI KERANA KEUNTUNGAN TAHUN 2014 BERKURANGAN KERANA DASAR JIMAT CERMAT KERAJAAN NAJIB… RAKYAT JUGA YANG KENA BAYAR LEBIH KERANA KERAJAAN DAH BOROS BERBELANJA PADA TAHUN 2013 – RUMAH PERDANA MENTERI TAK PAYAH JIMAT LETRIK… RAKYAT AKAN TANGGUNG BIL. JUTA-JUTA)
* Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus. ( DAH AGAK DAH TOL FOC SEBAB TU MEREKA SENYUM AJE BILA TOL NAIK, ADA LAGI TU PENGGUNAAN MINYAK KENDERAAN TAK DICATU KE??? ADA YANG GUNA HANTAR ANAK DAN AHLI KELUARGA KE TEMPAT LAIN SELAIN MENJALANKAN TUGAS RASMI KERAJAAN…)
* Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan. ( INI CUMA TERPAKAI BILA ADA PERLANTIKAN BARU DIKALANGAN MENTERI-MENTERI NAJIB AJE )
* Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek- projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan. ( KERAJAAN YANG DIPIMPIN OLEH PM CLUELESS DAN MENTERI2 TAK CEKAP AJE YANG GUNA KHIDMAT KON SETAN NI… )
* Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam. ( INI SATU LAGI KES PEGAWAI KERAJAAN BERJAWATAN TINGGI YANG TAK TAHU MENJALANKAN TUGAS… KERJA NAK SENANG WALAUPUN GAJI DAH DIBAYAR TINGGI… SEMUA NAK DI SUBKAN… SILAP2 BAGI KAT KRONI…)
* Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi. ( OKLAH TU… KALAU NAK BELAGAK TOP UP SENDIRILAH )
* Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. ( DAH LAMA DIPRAKTIKAN )
* Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. ( TAK MAHAL MANA PUN HARGANYA… TAPI SEBAB NAK TOLONG KRONI SEBUTHARGA JADI MAHAL ITU YANG TAK BOLEH TAHAN TU…)
* Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat. ( SUDAH-SUDAHLAH DIBUKA KEMENTERIAN BARU DAN DILANTIK MENTERI BARU AGAR KEPERLUAN UNTUK MENYEWA PREMIS PEJABAT TIDAK TIMBUL )
* Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel. ( KENAPA DULU LAGI TAK DIJADIKAN DASAR… )

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_01/Perbelanjaan-secara-berhemat#ixzz2p0aFpidb © Utusan Melayu (M) Bhd



KOMEN : BAGI KAMI KAKITANGAN GOMEN OK AJE, SEBAB BELANJA BERHEMAH YANG NAJID CUBA CANANGKAN DAH LAMA DIJALANKAN PUN TAPI YANG MENJADI MASALAHNYA… KEPERLUAN PEMIMPIN KERAJAAN UNTUK TERBANG DAN MENJALANKAN TUGAS KELUAR NEGARA ( SELALU NYA LAWATAN MAKAN ANGIN) TAK KIRALAH SIAPA PUN MEREKA LANGSUNG TAK DI SENTUH. PERLU SANGATKAH MEREKA BERADA DILUAR NEGARA SEDANGKAN RAKYAT DALAM NEGARA TERSEPIT DENGAN SEGALA PERMASALAHAN YANG DITIMBULKAN OLEH KERAJAAN YANG BOROS….? SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014- TAHUN JIMAT CERMAT….

Antara kesulitan rakyat dan minda menteri



oleh Salleh Buang 

PENULIS ialah penganalisis undang-undang.





SEDIKIT masa dulu, bila harga ayam naik dan rakyat mula meluahkan rasa kecewa, ada menteri yang dilaporkan berkata “Jangan makan ayam”, tapi cari alternatif lain seperti daging.
Di lain waktu, apabila segolongan rakyat menyuarakan rasa terkilan mereka tentang sistem pilihan raya di negara ini, ada Menteri yang dilaporkan berkata “Kalau tak suka sistem sedia ada di negara ini, boleh berhijrah ke negara lain”. Kenyataan menteri ini kemudian disokong oleh seorang menteri lain, dengan kata-kata (lebih kurang), “Kalau tak suka, boleh duduk dalam hutan”.
Begitu juga, bila pada suatu ketika, harga gula naik, dan rakyat mula menyuarakan rasa sedih mereka, ada menteri yang dipetik sebagai berkata “Jangan makan gula, untuk hidup lebih lama”.
Baru-baru ini, bila berita bertiup kencang tentang kemungkinan tol lebuh raya akan naik dan rakyat (seperti telah dijangka) kemudian menzahirkan rasa kesal mereka, ada menteri lain pula yang dipetik telah berkata “Jangan gunakan lebuh raya. Gunakan jalan lama yang sedia ada”.
Memandangkan jawapan-jawapan menteri seperti yang disebutkan di atas tadi itulah, saya faham kenapa Dr. Asyraf Wajdi Dasuki (tokoh muda yang baru dilantik anggota MT UMNO) telah menyifatkannya sebagai sebagai “kenyataan dangkal yang hanya menambah kemarahan rakyat”
Lalu beliau menasihatkan agar menteri-menteri kita merungkai “formula terbaik” bagi menyelesaikan kesulitan rakyat akibat “pelbagai kenaikan hampir serentak” yang sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada kos sara hidup. berikut adalah jawapan menteri apabila setiap barangan di naikkan harga selepas 5 mei lalu.
Pada Selasa lalu (17 Disember) saya pulang dari Subang dengan pesawat udara Firefly dan tiba di lapangan terbang di Kepala Batas (dekat Alor Setar) kira-kira jam 3.45 petang. Ketibaan saya dengan kerusi roda disambut oleh seorang sahabat yang bertugas di situ. Dalam perbualan kita yang tidak dirancang itu, sahabat saya itu sempat berpesan kepada saya untuk melihat kandungan portal berikut setibanya saya di rumah nanti – http://ajensifakap.blogspot.com/2013/12/harga-barang-naik-najib-razak-hari-ini.html.
Untuk makluman pembaca Utusan, saya salinkan di bawah ini sebahagian sahaja dari apa yang saya temui di portal itu. Mengikut pemilik portal itu, kenyataan-kenyataan berikut dibuat oleh Menteri-Menteri kita semenjak 5 Mei lalu –
* “jika petrol naik, jalan kaki jangan bawa kereta”.
* “jika tepung naik, jangan makan tepung, makan ubi”.
* “jika tambang bas naik, hantar anak sendiri ke sekolah”.
* “jika letrik naik, pakai lilin.. “.
* “jika tol naik, sila guna jalan biasa tiada tol”.
* “gula naik untuk elak obesiti …”.
* “jika tidak buat gst, malaysia akan bangkrap”.
* “tambang lrt paling rendah di dunia, mesti perlu di naikkan sebab sudah 10 tahun tak naik-naik”.
* “ayam naik jangan makan ayam, makan ikan”.
* “harga rumah naik jangan beli rumah, sewa saja”.
* “harga kereta naik tidak bebankan rakyat”.
Berikutnya, saya dapati bahan yang sama juga telah disiarkan dalam portal lain, iaitu http://akuanakpahang.blogspot.com/2013/12/kerajaan-barisan-nasional-dikecam-hebat.html. Rakyat kita yang tinggal di Lembah Klang sudah pun sedia maklum bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) telah mengeluarkan kenyataan tentang kemungkinan tambang pengangkutan awam LRT dan monorel akan naik tahun depan (2014). Bagi SPAD, kenaikan itu wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan.
Kenaikan kos hidup sudah tidak dapat dielakkan lagi memandangkan bahawa selain kenaikan harga gula, harga petrol juga telah naik dan tidak lama lagi tarif elektrik (dijangka berkuatkuasa tahun depan).
Kenaikan tarif elektrik itu akan memberi impak negatif kepada negara. Mengikut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, kadar inflasi negara dijangka meningkat daripada 2.8 kepada 3.0 peratus tahun depan.
Saya difahamkan oleh pihak yang lebih arif mengenai hal ini bahawa secara amnya kenaikan gaji rakyat kita (yang bekerja dengan majikan) adalah pada tahap 2.5% setahun sahaja, manakala kenaikan harga barang keperluan adalah lebih tiga kali ganda, iaitu 8.5% setahun. Perbezaan ini pastinya membebankan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
Rakyat hairan bagaimana harga gula boleh naik tiga kali dalam tempoh kurang satu tahun. Kali pertama, harga gula naik adalah pada 6 Julai 2010, kali kedua pada 4 Disember 2010, manakala kali ketiga pada 9 Mei 2011. Alasan yang diberi oleh kerajaan adalah “rasionalisasi subsidi.”
Rakyat negara ini tahu Malaysia adalah salah satu pengeluar gula utama dunia. Ada 4 buah kilang gula di negara kita, iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd (juga dipanggil Gula Prai), Central Sugar Refinery Sdn. Bhd, Gula Padang Terap Berhad dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. Rakyat juga tahu Raja Gula Malaysia, Robert Kuok, merupakan antara orang terkaya di negara ini dan di rantau Asia.
Justeru, rakyat mahu tahu kalau Malaysia antara pengeluar gula utama dunia, bagaimana harga gula di negara ini boleh terus naik?
Pada Ogos 2012 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada rakyat negara ini bahawa usaha menangani kenaikan kos sara hidup rakyat akan terus menjadi “komitmen utama” kerajaan.
Harapan kita jaminan keramat Perdana Menteri ini akan terus ditunaikan, dan bila rakyat meluahkan rasa hati mereka mengenai kos sara hidup yang terus meningkat, hendaknya tidak ada lagi jawapan dari mana-mana menteri yang tidak masuk akal, seolah-olahnya memperbodohkan rakyat.




Menjelang 2014: Selagi ada kuasa, gunakanlah…

SEMINGGU lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2014. Setahun lagi umur kita akan meningkat, setahun lagi cabaran akan mendatang, setahun lagi dosa pahala terus dihitung. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu cabaran tetap mendatang.
Si pemakan rasuah pula akan terus makan rasuah, waima sedar majikannya sedang seksa berjuang untuk hidup. Si pejuang akan terus berjuang dan si pendemostran akan terus berdemostrasi.
Namun, negara akan tetap berdiri. Malaysia bukanlah sebuah rumah yang sedang terbakar dan kapal sedang karam. Ia masih lagi berlayar, walaupun badai terus melanda.
Semua pihak mahukan Malaysia ini milik mereka. Pembangkang amat dahagakan negara ini. Hanya orang bodoh sahaja yang tidak mahu merebut negara yang makmur ini.
Negara asing pun melihat Malaysia dengan cemburunya. Walaupun, pihak pembangkang terus-menerus membangkang, mereka masih lagi hidup dengan mewahnya. Jangan tipulah.
Jangan tipu rakyat mengatakan negara ini penuh dengan kezaliman. Kakitangan kerajaan menikmati segala kesenangan mengatasi pekerja swasta, tetapi ada antara mereka tetap tidak bersyukur. Malah ada yang bercita-cita mahu mengebom di malam Tahun Baru ini. Memang taksub gila penjawat awam itu.
Tapi kasihan, mereka ini jadi begitu kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka. Di belakang mereka, para pemimpin itu cakap tak serupa bikin.
Saya tidak pasti, apakah ada ramai lagi yang berfikiran macam itu?
Jadi, selagi ada kuasa jika tidak digunakan kuasa itu, maka tunggulah akibatnya kelak.
Tahun 2014 akan diharungi dengan penuh mencabar. Harga barangan dan perkhidmatan akan terus naik. Satu demi satu diumumkan serentak. Rakyat cukup tersentak. Tak pasti kita, siapa yang mengatur semua itu. Alahai, ada kuasa pun tak pandai atur.
Kini harga teh ‘O’ kurang manis di KL ada tempat sudah pun berharga RM2.80! Jangan disebut yang lain-lain lagi. Pihak berkuasa pergilah tengok-tengok apa yang patut dilakukan. Selagi ada kuasa lakukanlah apa yang patut.
Siapa yang menerajui kuasa, tolonglah pastikan harga itu dan harga ini tidak dinaikkan satu demi satu. Jika sayangkan kuasa, tadbirlah dengan baik-baik.
Pihak politik yang berkuasa jangan terus berangan-angan untuk menjadi kaya-raya. Kaya boleh, tapi janganlah berlebih-lebih. Rakyat memerhati anda sekalian. Selagi ada kuasa, gunakanlah secara bijak. Berhemahlah. Jangan anggap di zaman siber ini rakyat itu bodoh. Jika anda beranggap sebegitu, maka tunggulah masanya nanti. Jangan ditunjuk-tunjuk kemewahan itu kepada rakyat yang terkial-kial untuk membayar bil itu dan bil ini setiap bulan.
Jika dulu ada ISA tapi sudah dibungkus, gunalah undang-undang baru dengan setegas mungkin. Jangan nanti menyesal di kemudian hari. Jika dah tahu ada yang nak berdemo di malam Tahun Baru, pergilah bertindak. Bukan kita tidak mahu kebebasan bersuara, tetapi biarlah ia dengan niat yang baik dan murni, bukan untuk memenuhi kehendak politik peribadi pihak-pihak tertentu.
Selagi ada kuasa gunakanlah setegas-tegasnya. Jangan biarkan kepala kita dipijak- pijak.
Bagi negeri yang dirampas balik daripada tangan pembangkang, jaga negeri itu baik- baik. Jika semasa mereka memerintah dulu, kita lihat betapa gelojohnya mereka mengondolkan gunung-ganang. Oleh itu jangan diulangi perangai seperti itu.
Jadi betullah, politik itu bukan untuk tujuan keredaan Allah semata-mata, tetapi duitan juga matlamat akhirnya.
Selagi ada kuasa, jangan dipinggirkan mana-mana rakyat yang terpinggir. Orang Melayu, India dan Cina yang miskin harus dibantu. Bantu mereka seadil-adilnya mengikut apa yang diperaku dan ditetapkan oleh Perlembagaan negara.
Kaum yang kaya, jangan menganiayai kaum lain yang miskin. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan tuduh Malaysia mengamalkan Aparteid, sedangkan di negara ini minoriti yang menguasai kekayaan dan kemewahan.
Malaysia ialah negara berbilang kaum, jagalah rakyat supaya hidup sayang-menyayang dan hormat-menghormati.
Jadikan 2014 ini tahun Perpaduan dan Rukun Tetangga. Sengketa tidak akan membawa ke mana-mana. Malah musuh akan lebih seronok untuk menangguk di air keruh.
Yang majoriti dan minoriti teruslah bermuhasabah. Lancarkan Tahun 2014 tahun Bahasa Kebangsaan, supaya semua bangsa bercakap satu bahasa.
Amat malu jika ada rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa negara sendiri. Nak cakap Melayu pun terkial-kial. Namun, kita juga kena menguasai bahasa-bahasa lain supaya kita boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa dunia lain.
Jangan biarkan orang Melayu merasa terpinggir apabila berada di Ipoh atau di Butterworth.
Ingatlah orang Melayu ini pemurah. Orang Cina boleh hidup selesa dan mewah di kampung Melayu, jangan pula biarkan orang Melayu tercicir dan tersisih di pekan-pekan besar milik anda.
Bagi orang Melayu pula, selagi ada kuasa bersatulah.
Seorang rakan menghantar SMS Tahun Barunya “hati UMNO sudah lama terbuka luas, hati Hadi Awang sudah terbuka untuk muzakarah dengan UMNO. Ayuh bangsaku Melayu demi maruah bangsa dan agama bersatulah demi kelangsungan kuasa di bumi sendiri. Kita diherdik dicaci….sedarlah jika kita lemah layulah Melayu… tiada harapan untuk bangkit lagi.”
Oleh itu menjelang tahun baru ini, gunakanlah kuasa yang ada sebaik-baik mungkin – sebelum semuanya terlambat!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131225/re_06/Menjelang-2014-Selagi-ada-kuasa-gunakanlah#ixzz2oYG6Sblj © Utusan Melayu (M) Bhd



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014

Setuju lucut kerakyatan



KUALA LUMPUR 18 Dis. – Ahli-ahli Dewan Negara hari ini bersetuju agar kerajaan melucutkan taraf kewarganegaraan mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang termasuk dengan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

Senator Muhammad Olian Abdullah (gambar) ketika mencadangkan hukuman keras tersebut berkata, perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara.

Katanya, motif kumpulan tertentu yang berulang kali mengibarkan bendera Sang Saka Malaya termasuk pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang lalu jelas bertujuan mahu mencetuskan suasana perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Motif jahatnya kita semua tahu, jadi setujukah mereka ini kita lucutkan kewarganegaraan,” katanya ketika mencelah semasa Senator Datuk Noriah Manaf membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Noriah yang berpendapat perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya adalah bertujuan mahu mengembalikan semula sejarah hitam negara sedangkan dunia sudah mengiktiraf Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, Senator Syed Husin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika sesi perbahasan sebelum dewan berhenti rehat dilihat cuba mempertahan perbuatan pihak yang mengibarkan Sang Saka Malaya apabila berkata, tindakan tersebut hanya lontaran idea daripada rakyat.

“Kita kena hormati hak bersuara setiap rakyat termasuk dalam soal memberi pandangan dalam perkara Sang Saka Malaya kerana bendera ini berkait dengan sejarah kemerdekaan negara,” katanya sebelum tercetus sedikit perdebatan dalam kalangan ahli dewan.

YANG INI AKU SOKONG 100%… BAGAIMANA PULA DENGAN PENGKHIANAT YANG MEMPERSOALKAN DAN MEMPERSENDAKAN PERLEMBAGAAN NEGARA???