3 negeri diisytihar wabak anjing gila

18 September 2015 1:33 AM
AHMAD SHABERY CHEEK (tengah) menyampaikan insurans kemalangan nelayan kepada Low Chye Hock (dua dari kanan) iaitu bapa mendiang Low Tze Kian yang meninggal dunia semasa menangkap ikan di Jalan Telok Kertang, Matang, Taiping, Perak, semalam. UTUSAN/HANAFI KHAMIS
TAIPING 17 Sept. – Penyakit anjing gila atau rabies yang kali terakhir me- landa negara pada tahun 1999 kembali lagi apabila Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diisytihar sebagai kawasan wabak jangkitan tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pewartaan itu telah diisytihar di negeri Perlis pada 19 Ogos lalu sementara Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini.
Beliau berkata, pewartaan itu dibuat susulan wujudnya kes positif anjing gila yang dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 17 Ogos lalu di Perlis diikuti Kedah pada Ahad lalu dan kemudiannya di Pulau Pinang.
“Sehubungan itu, 200 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dikerahkan untuk membantu mengawal keadaan di tiga negeri tersebut di samping pihak lain termasuk anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan.
“Saya juga telah meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terbaru setiap hari supaya orang ramai lebih berhati-hati,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat rumah keluarga nelayan yang meninggal dunia baru-baru ini di Kuala Larut, Matang di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan), Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, sebanyak 22 mangsa gigitan anjing liar dicatatkan di Perlis, diikuti lima di Kedah dan dua di Pulau Pinang.
“Dua mangsa di Pulau Pinang terdiri daripada seorang kakitangan PBT dan seorang kanak-kanak yang digigit di Balik Pulau pada 13 September lalu.
“Sebanyak 65 sampel otak anjing masing-masing telah diambil di Kedah dan Perlis. Setakat ini, 17 disahkan positif di Kedah dan lapan lagi di Perlis. Daripada jumlah lapan sampel positif di Perlis, empat adalah anjing liar dan empat lagi merupakan anjing yang mempunyai pemilik,”katanya.
Penyakit anjing gila yang disebabkan oleh jangkitan Lysavirus, berjangkit melalui luka gigitan terbuka pada kulit atau permukaan mukosa daripada air liur, cairan atau tisu tubuh yang berjangkit.
Haiwan yang terjangkit akan menggigit semua binatang, manusia serta objek bergerak di sekelilingnya sekali gus menjadi lumpuh atau dungu sebelum maut.
Pada tahap tersebut, risiko jangkitan terhadap manusia sentiasa wujud.
Sehubungan itu, Quaza Nizamuddin menasihatkan semua pemilik anjing terutamanya di tiga negeri berkenaan supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing di rumah selain mendapatkan suntikan vaksin di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar daerah.
Menurut beliau, strategi utama pihaknya adalah melakukan kawalan melalui pemusnahan anjing terbiar selain meningkatkan aktiviti pemvaksinan kerana tidak mahu penularan itu merebak turun menjangkaui Seberang Perai Utara.
“Di Perlis, beberapa kawasan yang terlibat ialah di Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Kubang Tiga, Panggas Besar, Guar Nangka dan Pauh sementara di Kedah membabitkan Kubang Pasu dan Kota Setar.
“Oleh itu, kita juga telah melakukan beberapa langkah pembasmian lain melibatkan kempen kesedaran awam termasuk kawalan import, kuarantin dan pengezonan,” katanya.
Advertisements

Selangor berdepan krisis denggi – MB

06 Februari 2015 2:20 AM
SHAH ALAM 5 Feb. – Rakyat Selangor kini dianggap berdepan krisis kesihatan berikutan peningkatan wabak demam denggi yang menyaksikan 6,686 kes dicatatkan Januari lalu.
Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah tersebut merupakan pertambahan kira-kira 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 3,813 kes.
Menurutnya, bilangan kematian akibat denggi pada Januari tahun ini di Selangor pula sebanyak 17 kes berbanding tahun lalu, dua kes sahaja.
“Daripada jumlah keseluruhan kes denggi itu, Petaling direkodkan sebagai daerah yang mencatatkan bilangan kes denggi paling kritikal dengan 3,212 kes termasuk 11 kematian pada Januari tahun ini.
“Justeru, atas nasihat Jabatan Kesihatan Selangor, kerajaan negeri akan melaksanakan strategi pencegahan pembiakan nyamuk aedes dengan memfokuskan terhadap kerja-kerja pembersihan kawasan, khususnya di daerah Petaling merangkumi Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan denggi daerah Petaling di sini hari ini.
Mohamed Azmin menambah, kawasan yang akan diberikan perhatian melibatkan 262 pangsapuri kos rendah, 376 tapak pembinaan, 505 masjid dan surau, 173 sekolah, 353 rumah ibadat bukan Islam dan 33 kampung.
Ditanya tentang lokasi panas yang dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk aedes paling tinggi di daerah Petaling, beliau memberitahu, pangsapuri kos rendah dan kawasan pembinaan merupakan antara tempat yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kes denggi.
“Kedua-dua kawasan ini kita akan berikan perhatian utama dalam program Terjah dan Musnah Aedes dari 7 hingga 8 Februari ini. Selain itu, kita juga akan ambil tindakan terhadap mana-mana pemilik atau penyewa premis perumahan, perniagaan yang didapati gagal menguruskan kebersihan kawasan masing-masing.
“Bagi tapak pembinaan, tindakan seperti pemberhentian kerja dan gantung lesen terhadap pihak pemaju juga akan dikenakan jika mereka didapati tidak menguruskan kebersihan di kawasan mereka,” ujarnya.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menegur kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana didapati tidak bersungguh-sungguh mengambil langkah bagi memerangi denggi di negeri ini.
Teguran itu dibuat berikutan Selangor masih mencatatkan kes denggi tertinggi di negara ini yang mana separuh daripada 2,000 kes yang dilaporkan di seluruh negara datang dari negeri ini.
Daerah Petaling merupakan kawasan paling teruk dan berdasarkan kajian, sistem kutipan sampah yang tidak teratur menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak, selain kawasan tapak pembinaan tidak dipantau.

Purata 32 polis mati sebulan

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 12 Jun – Sebanyak 32 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dilaporkan meninggal dunia setiap bulan sejak Januari lalu dengan majoritinya berpunca daripada penyakit tiga serangkai iaitu jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi yang antaranya mempunyai kaitan dengan masalah obesiti.
Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menekankan pelaksanaan aktiviti riadah yang sememangnya diwajibkan terhadap semua anggota pada setiap hari Jumaat bagi mengatasi masalah kesihatan di kalangan warga PDRM.
“Daripada jumlah 32 kematian sebulan tersebut yang dikira secara purata, ada yang meninggal dunia akibat kemalangan namun majoritinya adalah disebabkan penyakit tiga serangkai.
“Kita memang ada melaksanakan aktiviti yang dipanggil ‘games day’ pada setiap Jumaat bagi menggalakkan setiap anggota beriadah, namun aktiviti terbabit kini kurang dilakukan kerana kesibukan tugas seperti terlibat dengan operasi atau mempunyai tugas luar jangka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai susulan kenyataannya semalam mengenai tindakan PDRM yang memberi amaran tegas kepada setiap anggotanya yang mempunyai masalah obesiti dengan peluang kenaikan pangkat mereka boleh terjejas. Kenyataan itu disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.
Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau diminta mengulas rua­ngan Bisik-Bisik Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu yang mengutarakan masalah obesiti dalam kalangan anggota tentera dan polis.
Kata Awang Selamat, tidak segak kalau mereka berpakaian seragam tetapi berperut boroi dan masalah itu juga berlaku dalam kalangan bos-bos polis dan tentera.
Menurut Mohd. Fuzi, pihaknya telah pun memberi peringatan kepada semua penyelia yang terdiri daripada ketua-ketua balai, sub-inspektor atau sarjan mejar agar memantau dan menasihati anggota-anggota yang mempunyai masalah berkaitan.
“Kita juga menggalakkan mereka agar membuat pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap supaya penyakit tersebut dapat dikesan lebih awal dan dapat dikawal daripada menjadi lebih serius,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140613/dn_19/Purata-32-polis-mati-sebulan#ixzz34TTXovsh  © Utusan Melayu (M) Bhd 


MERS-Cov: 79 orang dipantau rapi

AYUB Rahmat (berdiri, dua kanan) memerhati seorang pegawai perubatan memeriksa penduduk kampung ketika meninjau pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-Cov di Kampung Bintang, Batu Pahat, semalam. Turut hadir Dr. Mohd. Khairi Yakub (kanan) dan Ismail Roslan (tiga, kanan).
KUALA LUMPUR 17 April – Seramai 79 orang diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh Kementerian Kesihatan di rumah masing-masing kerana disyaki terkena jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov).
Mereka yang diletakkan di bawah pemantauan itu terdiri daripada 15 jemaah yang menaiki pesawat bersama-sama seorang jemaah yang meninggal dunia akibat jangkitan tersebut dan 64 orang lagi merupakan penduduk kampung jemaah terbabit.
Di Batu Pahat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, seramai 64 penduduk Kampung Bintang, diletakkan di bawah pemantauan selama seminggu di rumah masing-masing berikutan mengalami tanda-tanda awal jangkitan penyakit tersebut.
Kata beliau, mereka terdiri daripada 100 penduduk yang telah membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-Cov di kampung tersebut.
Beliau berkata, pusat tersebut dibuka sejak 14 April lalu berikutan kematian seorang penduduk yang baru pulang daripada mengerjakan umrah dan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan MERS-Cov.
“Ini kes pertama di negara ini dan kita memandang serius dengan mengambil tindakan membuka pusat pemeriksaan khas agar penyakit ini tidak merebak.
“Kesemua penduduk tersebut dibekalkan dengan topeng penutup mulut manakala sampel lendir hidung dan mulut diambil untuk dianalisis di makmal,” katanya selepas meninjau pusat pemeriksaan terbabit di sini.
Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Khairi Yakub dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Ismail Roslan.
Ahad lalu, seorang penduduk kampung itu dikenali sebagai Kamaruzaman berusia 54 tahun meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, pada 10 April lepas .
Ayub berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kesemua 18 jemaah lain dari negeri ini yang turut mengerjakan umrah bersama mangsa bagi mengetahui tahap kesihatan mereka.
“Enam daripada mereka sudah menjalani pemeriksaan. Dua jemaah dari Johor Bahru menunjukkan tanda awal mengalami MERS-Cov, dua lagi sihat manakala baki dua lagi jemaah dari Kluang juga disahkan sihat,” katanya.
Beliau meminta kesemua 1,000 penduduk kampung tersebut termasuk saudara-mara yang menziarahi Kamaruzaman supaya menjalani pemeriksaan segera sekiranya mengalami simptom berkaitan.
“Jabatan Kesihatan amat berharap dan merayu orang ramai agar membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami batuk, selesema, sakit tekak dan tanda-tanda lain.
“Malah, kepada mereka yang bakal ke Tanah Suci diminta membuat persediaan termasuk mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya dan pihak agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah perlu bekerjasama dengan kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam memberitahu, 15 jemaah umrah dari Malaysia yang menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK93 dan TK60) bagi perjalanan dari Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lepas kini di bawah pemantauan rapi.
Menurutnya, mereka kini di bawah pemantauan rapi selama 14 hari sejak minggu lepas.
Jelasnya, mereka tidak ditahan di wad hospital tetapi hanya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
“Kementerian akan membuat pengumuman kelak mengenai status MERS-CoV, sama ada ia menular ke negara ini atau tidak. Tumpuan diberi kepada 15 orang ini kerana mereka menaiki pesawat yang sama dengan seorang mangsa, lelaki Melayu berusia 54 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor yang meninggal dunia akibat MERS-CoV,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sumbangan enam mesin hemodialisis kepada Hospital Kajang di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Hospital Kajang, Dr. Kuldip Kaur Prem Singh.
Sehubungan itu, Subramaniam menasihati orang awam yang menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK93 dan TK60) bagi perjalanan dari Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lepas menghubungi kementerian di talian 03-88810600 atau 03-88810700.
Ditanya adakah sebarang ubat disediakan kementerian untuk mencegah wabak itu, beliau berkata, buat masa ini tiada vaksin disediakan, justeru, orang ramai yang mengerjakan umrah di Tanah Suci atau melawat mana-mana negara di rantau Asia Barat diminta agar mengambil langkah-langkah pencegahan.
“Antara langkah pencegahan ialah mencuci tangan, membawa penutup hidung dan mengelak makan makanan mentah serta mengelak membuat lawatan ke ladang ternakan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140418/dn_02/MERS-Cov-79-orang-dipantau-rapi#ixzz2zCAtwhkU  © Utusan Melayu (M) Bhd 


13 kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 13 Mac – Sebanyak 13 kawasan di seluruh negara mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 9 pagi ini.
Menurut Laman Web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan tersebut adalah Bukit Rambai (116), Nilai (147), Seremban (117), Tanjung Malim (101), Sri Aman (101), Banting (138), Kuala Selangor (158), Pelabuhan Klang (148), Petaling Jaya (111), Shah Alam (108), Batu Muda Kuala Lumpur (116), Cheras (104) dan Putrajaya (127). – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_27/13-kawasan-catat-IPU-tidak-sihat#ixzz2voYjXFFF  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KERJA SIAPA YANG MUDAH NAK JADI KAYA

Minyak masak kitar semula
Oleh NORAZLINA ISMAIL pengarang@utusan.com.my

Nadzim Johan
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.
Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sekali gus mendesak kerajaan memandangkan serius isu terbabit kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Malah, menurut beliau, aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar.
Lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai makan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kebanyakan peniaga menggunakan minyak masak kitar semula.
“Minyak masak yang dipaketkan itu bukan daripada jenama terkenal dan ramai peniaga yang tidak sedar mereka menggunakan minyak masak kitar semula,” katanya.
Menurut Nadzim, status halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran bukan Islam.
Sehubungan itu, katanya, pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bekerjasama membanteras aktiviti tersebut.
“Selain menipu pengguna, pengusaha terlibat turut mengeksport minyak masak itu dengan mendakwa produk tersebut adalah halal,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels Sdn. Bhd., Ja’afar Abdullah memberitahu, aktiviti kutipan dan jualan minyak masak terpakai melanggar undang-undang dan peraturan MPOB.
Katanya, lesen yang dikeluarkan MPOB dengan jelas menyatakan penggunaan minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel.
“Isu ini wajar ditangani segera kerana dari segi kesihatan minyak masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan komponen radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan hati,” katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : MEMANG HARAM BETULLAH…HARAM%@#$

BACA,KALAU TAK BACA ADA KEMUNGKINAN NYAWA AKAN MELAYANG!!!


MOHON SEBARKAN!!


 
 
PENTING DAN HARUS DIBACA!


Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga

bersiar-siar dengan membawa beberapa

minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota

keluarga dimasukkan ke hospital dan

ditempatkan di ‘Bilik Intensive Care Unit.’

 
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil

autopsi menyimpulkan ia terkena

Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin

minuman yang diminumnya, tanpa

menggunakan gelas/cawan. Hasil test

menunjukkan tin tersebut telah terkena

(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering

yg mengandung leptospira. 
 
kita dinasihatkan agar membilas secara rata

bahagian atas semua tin minuman sebelum

meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman

ini disimpan dalam gudang dan terus

dihantarkan ke kedai-kedai runcit, tanpa

dibersihkan. 
 
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa

bahagian atas semua minuman tin lebih

tercemar jika dibandingkan dengan tandas

awam (penuh kuman dan bakteria.) 
 
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih

dahulu dengan air sebelum

memasukkannya ke mulut untuk

menghindari segala jenis kecelakaan.

SHARE & SEBARKAN!

kredit:The News Shoot 

ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ

MOHON SEBARKAN!!  PENTING DAN HARUS DIBACA!  Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'  Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.  kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.  Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)  Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.  SHARE & SEBARKAN!  .:: ♥| حسبنا الله ونعم الوكيل|♥ ::. ツ @[592143614129018:274:The News Shoot] ツ  ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ