SEMUT HITAM: AISEH!!! MENTERI PULAK ‘SOUND’ JPJ!!!

SEMUT HITAM: AISEH!!! MENTERI PULAK ‘SOUND’ JPJ!!!: Hahaha!!! Ini baru real Pandir Punya Kerja beb. Semalam beria – ia orang suruh kita patuhi undang – undang. Hari ni, Menteri pulak masuk …

Advertisements

Op Warta Khas bermula hari ini

Oleh MASZUREEN HADZMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Op Warta Khas berkuat kuasa esok bagi mengesan pesalah trafik yang masih enggan menyelesaikan waran tangkap mereka di seluruh negara.
Berdasarkan rekod, kira-kira 1.9 juta waran tangkap masih belum diselesaikan sehingga kini.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Fuad Abd. Latiff (gambar) berkata, pihaknya akan mengesan pemilik waran tangkap itu, antaranya melalui sekatan jalan raya.
“Di negeri-negeri, terpulang kepada polis yang bertanggungjawab dalam Op Warta Khas ini untuk membuat perancangan sendiri. Ini adalah bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan Op Warta Khas dengan lebih berkesan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 15 Mei lalu, Mohd. Fuad dalam sidang akhbarnya memberitahu, polis akan melancarkan Op Warta Khas secara besar-besaran bagi memburu pesalah trafik ekoran jumlah waran tangkap yang belum diselesaikan masih banyak.
Ini kerana, sebanyak 4.2 juta waran tangkap dikeluarkan sejak 10 tahun lalu dan sehingga kini hanya 2.3 juta waran tangkap telah diselesaikan oleh pesalah trafik yang terlibat.
Op Warta Khas kali ini juga memberi tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau strobe light tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140616/je_02/Op-Warta-Khas-bermula-hari-ini#ixzz34lOA46rC  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Isu cermin gelap: Susulan laporan BH dapat perhatian

2014/06/04 – 07:54:48 AM Oleh Azrul Affandi Sobry dan Nasaruddin Parzi

Laporan akhbar BH 17 Mei.Kuala Lumpur: Kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin penumpang belakang dan bahagian belakang kenderaan dikurangkan sehingga 25 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini.
Ia termasuk lima peratus toleransi atau kelonggaran diberikan untuk penguatkuasaan dengan mengambil kira ketidaktepatan alat pengukur ketelusan cahaya. 
Bagaimanapun, VLT 70 peratus untuk cermin depan dan 50 peratus untuk cermin sisi pemandu dikekalkan. Peraturan baru itu dijangka berkuat kuasa bulan ini selepas mendapat persetujuan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 
Timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata keputusan meminda peraturan itu dirumuskan dalam bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap kenderaan selama dua hari yang berakhir semalam.
“VLT untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang diturunkan kepada 30 peratus, namun, penguatkuasaan akan beri toleransi lima peratus lagi kerana mengambil kira alat yang mungkin tidak tepat sepenuhnya.
“Esok (hari ini) saya akan jumpa pemangku Menteri Pengangkutan dan jika beliau setuju untuk luluskan, peraturan baharu ini akan berkuat kuasa serta-merta.
“Mungkin penguatkuasaan oleh polis yang dijangka 16 Jun ini akan mengguna pakai peraturan baharu. Ia bergantung kepada menteri sama ada terus lulus atau mahu bawa ke Kabinet,” katanya. 
Maklum balas baik
Beliau bagaimanapun mengakui rumusan itu sudah sampai ke pengetahuan Hishammuddin dan secara dasarnya mendapat maklum balas baik untuk diluluskan.
Bengkel di Shah Alam itu dihadiri pelbagai agensi kerajaan dan persatuan berkaitan kenderaan serta pengguna seperti polis, JPJ, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Persatuan Pengimport Kenderaan Melayu (PEKEMA), Yayasan Pencegahan Jenayah dan Kelab MPV Malaysia.
Ia susulan laporan BH mengenai peraturan penggunaan cermin gelap yang digunakan sekarang dianggap orang orang ramai sebagai lapuk dan perlu dipinda.
Sementara itu, Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata persatuan menerima keputusan itu, namun meminta ruang untuk dibenarkan rayuan bagi situasi khas kereta import yang datang dengan cermin sedia ada lebih gelap.
Presiden Kelab Pemilik MPV, Mohd Faizal Ismail, pula berkata keputusan pindaan itu melegakan ramai pemilik kenderaan MPV yang selama ini berdepan risiko keselamatan barangan.
“Kereta MPV tak ada but. Pengurangan VLT akan bolehkan pemilik MPV menggelapkan lagi bahagian belakang yang dilihat paling perlu diberi perhatian. Kebanyakan negara tidak menetapkan had untuk cermin belakang dan penumpang,” katanya.

Karpal, pembantu peribadi maut

KERETA Toyota Alphard dinaiki oleh Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung awal pagi semalam.
KAMPAR 17 April – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan ngeri di Kilome­ter 306.1, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke arah utara berdekatan Gua Tem­purung, Ipoh, awal pagi ini.
Ini merupakan kemalangan maut kedua melibatkan ahli Parlimen.
Pada 9 Oktober 2010, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Aru-Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam kejadian pukul 1.10 pagi ini, Karpal, 74, yang juga bekas Pengerusi DAP maut akibat kecederaan parah dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang rosak di bahagian kiri.
Dalam nahas itu, pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius turut terkorban manakala seorang lagi penumpang iaitu pembantu rumah wanita warga Indonesia, cedera parah dan sedang dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB), Ipoh.
Walau bagaimanapun, pemandu MPV, C. Selvam yang merupakan seorang warganegara India serta anak Karpal, Ram Karpal tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat Karpal dan Michael dibawa ke HRPB untuk dibedah siasat.
Ketika kejadian, kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah, hari ini.

LORI lima tan membawa muatan simen, besi dan mozaic dirempuh oleh MPV yang dinaiki oleh lima orang termasuk Karpal Singh dan pembantu peribadinya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan dinaiki Karpal bersama empat penumpang lain melanggar sebuah lori jenis Mitsubishi Canter membawa muatan simen, besi dan mozek yang bergerak perlahan dari arah sama.
Katanya, MPV berkenaan merempuh bahagian kanan lori itu menyebabkan Karpal serta Michael yang berada di tempat duduk di bahagian kiri kenderaan, maut di tempat kejadian.
“Pemandu lori, Abu Mansor Mohd. mengalami kecederaan ringan manakala isterinya, Nur Azlina Ahmad dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kong Soon seterusnya memberitahu, hasil siasatan awal dan ujian air kencing terhadap Abu Mansor mendapati lelaki berusia 45 tahun itu positif dadah jenis ganja.
“Walaupun begitu, ini merupakan saringan awal, kami masih menunggu laporan. Siasatan terhadap Selvam pula masih berjalan dan kami akan ambil sampel air kencingnya selain membuat ujian darah,” jelas beliau.
Ujar Kong Soon, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.
“Siasatan juga mendapati MPV dinaiki Karpal mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu melebihi had laju.
Daripada jumlah itu 15 saman masih belum lagi dijelaskan,” tambahnya.

SEMUA SALAH UMNO

Azmin perlu perjelas pemilikan BBM 3

UTUSAN MALAYSIA
14/6/2012

Kereta jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran BBM 3 milik Azmin Ali yang dirakam di tempat letak kereta Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Jun – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran ‘panas’ berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.
Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
“Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri.
“Jika beliau ‘membeli’ nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.
“Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?,” tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15.
Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam. Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali.
Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.
Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui.
Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara.
Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW.

KOMEN : PEMIMPIN MACAM NI PUN MASIH NAK DISOKONG… SAMAN JPJ/POLIS PUN TAK BAYAR… CAKAP BAGUS TAPI PERANGAI HAMPAS…