>Hak asasi bukan hujah izin Chin Peng pulang

>KUALA LUMPUR 29 Mei – Pertimbangan hak asasi tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk menghalalkan kepulangan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, perkara itu adalah adil kerana Chin Peng dan penganut ideologi komunis tidak pernah mengiktiraf hak asasi manusia dalam perjuangannya.

Katanya, Chin Peng selaku penjenayah perang yang hampir menjerumuskan negara ke kancah kehancuran mesti dianggap sebagai pengkhianat selama-lamanya.

“Perjuangan komunis bukannya untuk mendaulatkan hak asasi kerana ia tidak pernah wujud dalam sistem mereka.

“Sebaliknya merekalah puak yang telah menindas hak asasi sehingga menyebabkan rakyat menderita, jadi kenapa bila dia nak kembali kita perlu menggunakan pertimbangan hak asasi,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan menyarankan kepada kerajaan agar membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dengan tegas menolak perkara itu kerana ia akan menimbulkan perasan tidak puas hati rakyat negara ini yang masih tidak dapat melupakan keganasan komunis.

Mohamad Mustapha turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba menggambarkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara dengan cara tersendiri.

Katanya, golongan yang tidak melihat Chin Peng dan pengikutnya dari perspektif yang betul adalah pihak yang tidak menghargai sejarah pembinaan negara.

“Kita kena tahu membezakan pengkhianat negara dengan pejuang kemerdekaan tulen.

“Perjuangan mereka adalah untuk membebaskan negara dari cengkaman British untuk dijadikan salah satu wilayah naungan kerajaan komunis di China, bukannya memerdekakan negara,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang meminta generasi muda supaya tidak melupakan detik hitam yang pernah menghantui negara berikutan tindak-tanduk komunis walaupun ia telah lama berlalu.

Katanya, usaha untuk menghidupkan semula semangat perjuangan komunis di negara ini tidak wajar dibiarkan berleluasa kerana ia mendedahkan negara kepada kehancuran.

“Jangan kita lupa usaha PKM yang berniat mengambil alih tampuk pemerintahan dan menjadikan Malaysia sebagai negara komunis melalui kekerasan yang meragut ribuan nyawa rakyat berbilang bangsa,” katanya.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad mengingatkan semua pihak supaya tidak buta sejarah apabila memperkatakan mengenai komunis.

Katanya, golongan belia juga perlu berwaspada supaya tidak terpengaruh dengan gerakan menghidupkan semula fahaman komunis bagi mengelakkan mereka menyesal di kemudian hari.

“Titisan darah pasukan keselamatan negara dan rakyat yang menjadi mangsa komunis tidak boleh kita ‘halalkan’ sampai bila-bila,” katanya.

Bagi yang buta sejarah dan baru nak mengenali sejarah kekejaman komunis sila baca apa yang dibangkitkan oleh pakar sejarah dan keluhan orang-orang yang pernah hidup menderita di zaman keganasan komunis sehinggalah ke hari ini.

>Chin Peng berhak pulang – Peguam

>PULAU PINANG 29 Mei – Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Beliau berkata, klausa 3.1 perjanjian itu menggariskan ahli PKM daripada unitnya yang telah meletakkan senjata dan merupakan seorang yang berasal dari Malaysia serta berhajat untuk kembali ke negara ini wajar diberi kebenaran berbuat demikian.

Bukan setakat itu beliau mendakwa, mereka yang memenuhi syarat tersebut telah dijanjikan untuk diberi bantuan bagi memulakan kehidupan baru.

”Selepas perjanjian dimeterai, semua bekas pemimpin PKM termasuk Rashid Mydin dibenarkan pulang namun saya musykil kenapa Chin Peng seorang sahaja tidak dibenarkan pulang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa, setiap ahli PKM yang pulang ke Malaysia berhak mendapat bantuan RM50,000 dan elaun bulanan serta tanah untuk bercucuk tanam.

”Apa sudah jadi dengan bantuan kewangan yang dijanjikan? Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan meminta mereka menyiasat perkara ini,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai peguam Chin Peng, beliau telah membuat permohonan di mahkamah di sini untuk membenarkan Chin Peng pulang tiga tahun lalu namun permohonan itu ditolak.

”Semua adik-beradik dan anak-anak Chin Peng ada di Malaysia,” katanya.

Mengenai kekejaman PKM pada masa lalu beliau berkata; ”kalau PKM dituduh bunuh banyak orang, Britain lagi banyak bunuh orang apa lagi Jepun.”

Ini lagi satu peguam yang buta sejarah. Duit punya pasal abis bulat-bulat ditipunya keluarga Chin Peng ni. Sejarah tidak akan menipu yang kaki penipu adalah orang-orang yang macam peguam ini. Macamana dia bole kata komunis tu sama dengan British dan Jepun. Bukankah British dan Jepun tu datang ke Tanah Melayu sebagai penjajah. Tapi PKM ni adalah pengganas komunis yang menentang Yang Dipertuan Agung dan rakyat Malaysia. Seluruh anggota komunis pada masa tu adalah berasal dari Malaysia. Tak tahulah kalau peguam tu fikir Chin Peng ni berasal dari negeri China agaknya tu yang nak disamakan komunis ni macam British dan Jepun yang banyak juga membunuh orang Tanah Melayu. Jadi persoalannya di sini Chin Peng ni rakyat negara mana???????Sesiapa pun bole kata dia ahli keluarga Chin Peng walaupun kulitnya sawo matang dan hitam macam ahli-ahli PR.

>Nabi Muhammad (s.a.w) Dalam Kitab Hindu

>

Versi Melayu

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalau sekiranya pengarang buku ini,seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana.

Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr.Pandit Vedaprakash Upadhal, menamakan tajuk bukunya sebagai “Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian Nabi Muhammad Bin Abdullah(s.a.w) sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini mengabdikan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur’an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menurut ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat,VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI bererti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

4. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra’ dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi’raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.aw telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapkan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur’an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

>Muhammad (s.a.w) The Prophet of Islam in Hindu Scriptures

>

One Hindu research professor, in his stunning book, claims that the description of Avatar found in the holy books of Hindu religion is infact that of the Prophet Muhammad (s.a.w). A little while ago, in India a fact revealing book has been published, which has been the topic of discussions and gossip, all over the country. If the author of this book were a Muslim, he would have been arrested or he could have been murdered and all the copies of this book would have been confiscated. Even a ban would have been extended on its further publications. A riot and violence would have broken out against innocent Muslims and their blood would have been shed.

Amazingly the author of this book is a fair-minded facous professor, who happens to be a Hindu. His name is Pandit Vedaprakash Upadhai and the name of his fact revealing book is Kalki Avatar. The author is a Hindu Bramin by caste of Bengali origin. He is a research scholar, a seeker of the Truth and a Well known Pandit in Allahabad University.

After years of research. According to Hindu belief and their holy books, the description of the guide and the leader, named Kalki Avatar, fits only to the Prophet Muhammad of Arabia (s.a.w). So the Hindus of the whole world should not wait any longer for the arrival of Kalki Avatar (the spirit) and should readily accept Prophet Muhammad (s.a.w) as Kalki Avatar. The facts are verified and supported by the eight eminent pandits. What the author and the eight other eminent pandits say is that the Hindus who are still anxiously awaiting the arrival of Kalki Avatar are simply subjecting themselves to a never ending wait. Because such a great messenger has come and departed from this world fourteen centuries ago.

The author produces following sound evidences from the Vedas and other holy books of Hindu religion in support of his claim :-

1. In Purana (a holy book of Hindus) it is stated that Kalki Avatar would be the last messenger (prophet) of God in this world for the Guidance of the whole world and all human beings.

2. According to a Hindu religion prediction, the birth of Kalki Avatar, would take place in an isle which again according to Hindu religion is Arab Region.

3. In books of Hindus, the names of the fatherand the mother of Kalki Avatar are given as VISHNUBHAGAT and SUMAANI respectively. If we examine the meanings of these names we shall come to a very interesting conclusion:

Take VISHNUBHAGAT= VISHNU (meaning God) + BHAGAT(meaning slave) = ALLAH + ABDUL (in arabic) = Slave of God = ABDULLAH (in arabic) (name of Muhammad’s Father) SUMAANI= PEACE or Calmness = amenah (in arabic)

4. In religious books of Hindus, it is mentioned that the staple food of Kalki Avatar would be dates and olives and he would be the most honest and truthful person in the region. Without any doubt the Prophet Muhammad (s.a.w) is acclaimed to possess these qualities.

5. It is stated in Vedas (holy book of Hindu Religion) that the birth of Kalki Avatar would take place in an honorable clan. This perfectly fits the Quraysh where the Prophet Muhammad (s.a.w) belonged to.

6. God would teach Kalki Avatar through His messenger (angel) in a cave. Allah taught Prohet Muhammad (s.a.w), through is messenger Jibraeel in a cave known as Gaar-e-Hiraa.

7. God would avail Kalki Avatar with a very speedy horse to ride and travel the whole world and the seven skies. Indication of Buraaque (horse) and Me’raaj (the night whe prophet travelled the seven skies).

8. God would also avail Kalki Avatar with divine help. This was particularly proved in the Battle of Uhud.

9. Another dazzling account given about Kalki Avatar was that he would be born on the 12th of a month. Whereas the Prophet Muhammad (s.a.w) was born on the 12th of the Rabiul Awwal (Islamic Calender).

10. Kalki Avatar would be an excellent horse rider and a swordsman. The autor here draws the attention of Hindus that the real days of horses and swords have gone and the present time is of guns and missiles. So it would be foolish on the part of those who still expect Kalki Avatar, who should be an excellent rider and swordsman to come. In fact, the divine book, Holy Qur’aan contains qualities and signs attributed to Kalki Avatar reflecting on the Prophet Muhammad (s.a.w).

The author has given numerous arguments in favour of his claim that Kalki Avatar is in fact Prophet Muhammad (s.a.w) and those who still await the arrival of Kalki Avatar should think again.

Al Quran adalah pelengkap segala kitab sebelumnya seperti Taurat, Injil, Zabur dan Taurat dll.
ALLAH HU AKBAR

>9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

>

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar -andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak -terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam”

>Benarkan pulang – Pembangkang

>Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Mei – Pemimpin tiga parti pembangkang hari ini meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.

Bagaimanapun, mereka berkata, kerajaan perlu mengenakan syarat iaitu Chin Peng harus benar-benar insaf dan bebas daripada ideologi komunis sebelum dia dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

“Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

“Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba menghidupkan aktiviti komunis melalui laman blog, Salahuddin berkata, masyarakat di negara ini sudah tahu menilai baik buruknya dan mereka tidak mudah terpengaruh.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Menurutnya, jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.

“Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini.

“Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng.

Seng Giaw berkata, kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng.

Beliau menambah, rakyat di negara ini seharusnya mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang mampu memaafkan semua pihak meskipun didera dan diseksa di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

“Ketika di dalam tahanan, Mandela kehilangan isteri dan anaknya tetapi sebaik menjadi presiden, beliau memaafkan setiap orang yang pernah menderanya.

“Begitu juga kita, bekas guru besar sekolah saya turut dibunuh komunis tanpa sebab. Saya juga tidak berpuas hati tetapi rasa maaf yang menebal di dalam rakyat negara ini seharusnya mengatasi segala rasa benci,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula enggan mengulas selagi belum mengetahui pendirian Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengenai isu terbabit.

“Anda tanya Koh Tsu Koon dahulu mengenai pendirian beliau sebelum bertanyakan saya soalan yang sama,” katanya sinis.

Dah terang lagi bersuluh…memang dasar PR ni mengambil kesempatan atas sokongan suara-suara sumbang yang buta sejarah. Yang Melayu menyokong kerana nak kan kuasa dan sokongan bangsa cina. Tak payahlah nak tunjukan kebaikan kita kepada manusia yang asal usul kerakyatan nya pun kita tak tahu. Makhamah dah putuskan yang kepala komunis tu bukan rakyat Malaysia pun. Sibuk sangat duk sokong pergi duk kat negeri Cina sana tu. Ingat bole hidup bebas ke, kalau mulut celupar tunggu aje masa nak kena hukuman tembak. Kaji balik asal usul parti DAP/GERAKAN mesti ada bau-bau bacang orang kata. Yang Pas/Pkr ni macam biasa tumpang tongkang cina entah nak kemana. Kalau dah sepanjang hidup pun duduk kat negara komunis takan berubah punya sebab kepala otak dia dah di komuniskan. Apa apa pun dia bukan Rakyat Malaysialah….

>Jangan lagi pertikai status UiTM

>Oleh AZIAN AZIZ
utusanselangor@utusan.com.my

Tuanku Mizan Zainal AbIdin dan Tuanku Nur Zahirah bergambar bersama Mohamed Khaled Nordin, Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah (kiri sekali), ahli-ahli Lembaga Pengarah UiTM dan para penerima ijazah kedoktoran selepas Istiadat Konvokesyen Ke-70 universiti itu di Shah Alam, semalam. – BERNAMA

——————————————————————————–

SHAH ALAM 26 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan semua pihak agar tidak lagi mempertikaikan status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk bumiputera.

Seri Paduka mengingatkan selama ini UiTM telah membuktikan keupayaannya sebagai antara pengimbang sosial utama dalam kalangan kaum di negara ini.

”Dengan keseimbangan inilah negara kita menjadi stabil dan makmur dalam pelbagai aspek.

”Oleh itu janganlah ada lagi pihak yang mempertikaikan status dan kedudukan UiTM ini,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen Ke-70 UiTM yang menyaksikan seramai 13,881 graduan menerima diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah masing-masing, di sini hari ini.

Turut mencemar duli hadir ialah Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Mizan turut menyarankan warga universiti agar terus meningkatkan martabat UiTM ke tahap tertinggi dalam apa sahaja bentuk penilaian sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Titah Seri Paduka yang juga Canselor UiTM, ini bersesuaian dengan slogan universiti tahun ini iaitu ‘Pencapaian Bersama, Pengiktirafan Dunia.’

”Oleh itu semua kakitangan hendaklah memberi sokongan dan komitmen mutlak dengan penuh semangat setiakawan untuk memacu universiti ini lebih maju ke hadapan dan lebih gah serta dihormati.

”Bukan sahaja dari segi saiz, malah sumbangannya terhadap penerokaan ilmu demi kesejahteraan semua,” titahnya.

Tuanku Mizan turut melahirkan rasa syukur kerana ketika dunia sedang menghadapi krisis ekonomi dan merebaknya virus influenza A (H1N1), negara masih stabil dan aman kerana semua rakyat bersatu di bawah pimpinan pemimpin yang bijaksana.

Bagaimanapun, baginda menasihatkan semua rakyat agar tidak lalai dan berpuas hati dengan apa yang ada sebaliknya sentiasa mencari jalan memajukan tamadun dan pemikiran bangsa.

”Beta juga menyeru kepada semua graduan agar gunakanlah, bukan sahaja ijazah tetapi yang pentingnya ilmu pengetahuan masing-masing untuk memakmurkan dunia ini dengan nilai-nilai murni kemanusiaannya.

”Kepada rakyat Malaysia yang belum mempunyai ijazah dan ingin melanjutkan pelajaran tak kira tua atau muda, beta nasihatkan agar rebutlah peluang untuk menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu tiada batasannya,” titah Seri Paduka.

Tuanku Mizan mengakhiri titahnya dengan mendoakan UiTM dan para graduannya terus menjadi tonggak pembangunan bangsa serta menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan agama dan kedaulatan negara.

Daulat Tuanku….kepada ahli ahli politik yang asyik nak berpolitik secara murahan lupakanlah niat anda selepas ini kalau masih nak mempertikaikan status UiTM sebagai IPTA untuk bumiputra. Sebagai bekas pelajar dan merupakan salah seorang kakitangan UiTM status dan keistimewaan bumiputra tetap akan dipertahankan untuk generasi akan datang.’Pencapaian Bersama, Pengiktirafan Dunia.’