RAMADHAN DATANG LAGI

Advertisements

Penduduk Islam di Kiruna, Sweden berpuasa 20 jam sehari

Fatima Kaniz (kiri) bersama ibunya berbuka selepas menjalani ibadah puasa selama 20 jam di Kiruna, Sweden. – AGENSI
KIRUNA, Sweden 8 Julai – Kira-kira 700 orang penduduk Islam di sebuah bandar perlombongan di sini, terpaksa menjalani ibadah puasa selama 20 jam selepas kawasan berkenaan mengalami fenomena matahari terbit selama 23 jam.
Agensi berita Al-Jazeera melaporkan, fenomena tersebut berlaku setiap tahun antara 28 Mei hingga 16 Julai, iaitu dua pertiga tempoh Ramadan pada tahun ini.
“Saya bersahur pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia) ketika matahari terik. Saya meletakkan dua helai langsir di dalam bilik, namun cahaya matahari tetap masuk dan menganggu masa tidur saya,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Ghassan Alankar.
Oleh kerana tiada sebarang ketetapan dikeluarkan berhubung masa bersahur dan berbuka di kawasan berkenaan sebelum ini, penduduk di kawasan itu menggunakan empat jadual waktu dunia untuk berbuka puasa antaranya Mesir.
Namun, bagi mengelak sebarang kekeliruan, Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) mengeluarkan nasihat supaya penduduk menggunakan waktu berbuka di ibu negara Stockholm yang terletak kira-kira 1,240 kilometer selatan Kiruna.
“Di Stockholm terdapat waktu siang dan malam,” kata Setiausaha Agung (ECFR), Hussein Halawa berhubung keputusan fatwa berkenaan selepas beliau mengalami sendiri pengalaman berpuasa di Kiruna.
Seorang penduduk, Idris Abdulwhab berkata, berdasarkan kepada fatwa yang dikeluarkan oleh ECFR, penduduk akan berpuasa selama 20 jam sehari.
“Saya tidak kisah sama ada 15, 25, atau 45 jam sehari kami harus berpuasa, asalkan ibadah ini diterima oleh Allah,” jelasnya sambil menambah sebagai manusia, berpuasa dalam jangka masa waktu yang panjang begitu menguji kesabaran.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140709/lu_03/Penduduk-Islam-di-Kiruna-Sweden-berpuasa-20-jam-sehari#ixzz36w214dNW  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Sultan Nazrin tunaikan wasiat Almarhum Sultan Azlan Shah

Sultan Nazrin Shah sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan titah ucapan pada majlis perasmian Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan majlis berbuka puasa di Batu Gajah, Perak, semalam. – BERNAMA
BATU GAJAH 30 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menjunjung wasiat arwah ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah untuk merasmikan sebuah masjid bernilai RM21 juta di sini yang dibina semula serta diperkenankan untuk dinamakan sempena nenda baginda, Toh Puan Besar Hatijah sebagai pewakaf tanah tersebut pada 1930-an.
Bangunan pertama yang dirasmikan Sultan Nazrin selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 itu siap dibina semula pada tahun lalu dan telah diwasiatkan oleh Almarhum untuk dirasmikan pada bulan Ramadan tahun ini selain diadakan majlis berbuka puasa pertama Sultan bersama rakyat.
“Almarhum tidak sempat bersolat di masjid yang telah dibina semula ini. Sepanjang hayat, Almarhum terlibat secara langsung dan tidak langsung menasihati, mengawasi dan memantau pelbagai projek membina bangunan merangkumi istana, mahkamah, stadium, institusi pendidikan, galeri dan rumah kediaman.
“Projek pembinaan masjid ini merupakan pembinaan terakhir yang Almarhum telah berikan tumpuan dan terlibat secara langsung,” titah baginda sempena perasmian masjid tersebut dan majlis berbuka puasa di sini.
Terdahulu, Sultan Nazrin bersama adinda baginda, Raja Datuk Seri Azureen dan Raja Datuk Seri Eleena serta kerabat diraja yang lain menziarahi makam Toh Puan Besar Hatijah di Tanah Perkuburan Segedup berhampiran masjid tersebut.
Masjid yang asalnya diperbuat daripada kayu telah dirobohkan sebelum diganti dengan binaan berasaskan batu-bata pada 1970-an.
Pada akhir tahun 2006, Almarhum Sultan Azlan Shah menitahkan agar masjid tersebut dibina semula dan pembinaannya telah dimulakan pada 9 Oktober 2008.
Almarhum memberikan sepenuh perhatian apabila memantau dan mengawasi kerja-kerja pembinaan semula masjid itu dengan mengadakan lawatan tapak malah baginda turut memberikan sentuhan peribadi terhadap reka bentuk, hiasan dalaman dan komposisi kompleks masjid tersebut.
Rumah Allah yang diperkenankan Almarhum untuk dinamakan sebagai Masjid Toh Puan Besar Hatijah melambangkan satu pengabadian penghargaan seorang putera kepada seorang bonda selain peringatan kasih sayang baginda terhadap seorang kakanda berikutan dewan serba gunanya turut dinamakan sebagai Dewan Raja Baharum Baha’uddin Shah.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, walau sejauh mana merantau serta mencapai kejayaan, Almarhum sentiasa mencari masa untuk kembali memijakkan kaki di bumi Batu Gajah yang menjadi menjadi tempat baginda diputerakan.
Menurut Sultan Nazrin, baginda juga sentiasa menghargai dan terus mendampingi rakan-rakan sepermainan dan sepersekolahannya di Batu Gajah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, agama dan kaum.
“Demikian dalamnya ingatan Almarhum kepada bumi dan alam persekitaran Batu Gajah. Rumah Allah ini adalah hadiah kenangan daripada Almarhum kepada masyarakat Batu Gajah yang sangat nostalgik dalam ingatan baginda.
“Semoga usaha Almarhum membangunkan kemudahan fizikal ini akan disambut dan dilengkapi oleh ahli-ahli qariah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti agar masjid ini menjadi masjid yang hidup, diimarahkan setiap masa dan sepanjang waktu,” titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, masjid berfungsi sebagai institusi asas lagi utama untuk mendukung peranan mengembangkan syiar Islam selain berperanan sebagai tapak semaian mencanai minda berilmu dan membina sahsiah insan.
“Masjid tidak sekadar pusat untuk melakukan ibadah solat malah telah dan hendaklah terus berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu, perkembangan budaya dan turut berperanan sebagai pusat membangunkan masyarakat,” titah baginda.



Rebut ganjaran pahala Ramadan

Oleh HERMAN HAMID dan MOHD. FAIRUZ YUSOF
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid dan surau dalam Parlimen Pekan sempena kedatangan bulan Ramadan di Pekan, semalam. Sebanyak 58 masjid dan 151 surau menerima sumbangan tersebut. – UTUSAN/MAHATHIR ALI

PEKAN 22 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru umat Islam merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi dengan memperbanyakkan amal ibadat terutama bersedekah.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu seperti sabda Rasulullah SAW bahawa sedekah yang paling afdal adalah di bulan Ramadan.
“Maka banyakkan amalan sedekah dan kebaikan lain di bulan Ramadan seperti yang dituntut agama.
“Insya-Allah kalau kita buat ibadat dengan penuh keikhlasan maka Allah akan memberi rahmat keampunan dan pembebasan daripada api neraka.
“Semoga Allah memberi kesempatan dan kesihatan untuk kita jalankan ibadat Ramadan dengan sempurna,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan di Dewan UMNO Bahagian Pekan, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Abu Bakar Harun.
Pada majlis itu, Najib mengumumkan sumbangan berjumlah RM1,200 untuk setiap masjid dan RM800 bagi surau di Parlimen Pekan sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.
Menurut beliau, jumlah tersebut adalah tambahan RM200 berbanding tahun lalu dengan keseluruhannya melibatkan 209 masjid dan surau.
“Selain itu, kita turut menyumbangkan barangan keperluan seperti kurma, air minuman, teh, kopi dan gula.
“Biro Agama UMNO pula menyumbangkan kain jubah untuk setiap jawatankuasa masjid di seluruh negara yang bakal disampaikan sedikit masa lagi,” katanya.
Sementara itu dalam ucapannya, Najib berkata, penduduk di Parlimen Pekan bertuah kerana dengan izin Allah mereka diwakili oleh Perdana Menteri sebanyak dua kali dan ini merupakan sebahagian sejarah negara.
Menurut Najib, ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong setiap Rabu, kelihatan dua keping gambar dengan yang pertama adalah gambar ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bersama Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah manakala sekeping lagi adalah gambar beliau dengan baginda pada posisi yang sama.
“Itu merupakan secebis sejarah, semuanya adalah takdir yang menentukan dan saya tak dapat bermimpi perkara ini boleh berlaku.
“Dalam sejarah Malaysia amat sukar perkara seperti itu berulang, dapat Yang di-Pertuan Agong dua pusingan dengan dua generasi sebagai Perdana Menteri, namun itulah yang terjadi.
“Maka jagalah sejarah kita ini supaya kita terus mendapat manfaat daripada apa yang Allah SWT tentukan, mudah-mudahan ini semua memberi rahmat kepada kita,” katanya.
Tambah Perdana Menteri, sokongan padu penduduk Pekan merupakan kekuatan kepada beliau untuk mentadbir negara.
“Pekan merupakan tapak asas saya mentadbir negara sebagai Perdana Menteri, kejayaan dalam negara termasuk di Pekan adalah berkat kita bersama sebenarnya. Saya tidak boleh buat kerja tanpa sokongan anda semua,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140623/dn_04/Rebut-ganjaran-pahala-Ramadan#ixzz35QjVLPCf  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Qari, qariah dari Malaysia muncul johan Tilawah Antarabangsa Kali Ke-56


TUANKU Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan trofi kepada Ahmad Tirmizi Ali pada majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 di Dewan Merdeka, PWTC malam tadi.

KUALA LUMPUR 21 Jun – Malaysia mengungguli Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 yang berakhir malam ini apabila muncul johan bagi semua kategori dipertandingkan.
Qari dan qariah negara iaitu Ahmad Tirmizi Ali serta Hanimzah Jalaluddin muncul johan kategori tilawah selepas masing-masing mendapat markah 93.30 dan 90.67 peratus.
Mereka membawa pulang hadiah berupa jongkong emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim), wang tunai RM40,000 dan piala iringan.


(DARI KIRI) johan hafazan lelaki , Mohd. Erasyad Abdullah, johan tilawah, Ahmad Tirmizi Ali, johan tilawah wanita, Hanimzah Jallaluddin dan johan hafazan wanita, Noorhafizah Mohd. Shafie bersama trofi di PWTC, malam tadi.

Dua lagi wakil negara, Mohd. Ersyad Abdullah dan Noorhafizah Mohd. Shafie pula masing-masing diumumkan sebagai johan bagi kategori hafazan yang julung kali dianjurkan serentak dengan majlis tilawah.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 termasuk RM10,000 yang disumbangkan Yapeim.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan menyempurnakan majlis penutup tilawah itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Datuk Othman Mustapha.
Dalam pada itu, qari dari Turki, Mehmet Bilir dan qariah Filipina, Rahima Pandoniongan Amerol masing-masing muncul naib johan bagi kategori tilawah, sementara tempat ketiga dimenangi qari Indonesia, Ihsan Nuzula Zamri dan qariah Brunei, Siti Huzzaimah Yadey Rosli.
Kategori hafazan pula menyaksikan hafiz dari Arab Saudi, Abdullah Mohammed Al Kayri dan hafizah dari Tunisia, Soumaya Cheikh Ali menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga masing-masing dimenangi peserta Qatar, Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah (bahagian lelaki) dan wakil Senegal, Ndombor Sene (bahagian wanita).
Bagi kategori tilawah, naib johan qari dan qariah membawa pulang RM30,000, ketiga (RM20,000) manakala naib johan bahagian lelaki dan wanita kategori hafazan (RM15,000) manakala tempat ketiga (RM10,000).
Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 berlangsung selama enam hari bermula 16 Jun lalu, menghimpunkan 84 peserta dari 52 negara untuk dua kategori iaitu tilawah dan hafazan.
Tiga negara yang pertama kali menyertai pertandingan bertemakan Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah tahun ini adalah Amerika Syarikat (AS), Belgium dan Hong Kong.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140622/dn_04/Qari-qariah-dari-Malaysia-muncul-johan-Tilawah-Antarabangsa-Kali-Ke-56#ixzz35QOOFoEy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Menyucikan jiwa dalam bulan mulia

Oleh DR. FADLAN MOHD. OTHMAN

Hikmah utama bulan Ramadan ialah untuk membina ketakwaan hamba-hamba-Nya. – Gambar hiasan

ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah 2:183)
Daripada ayat ini kita sudah boleh mengetahui bahawa hikmah utama bulan Ramadan ialah untuk membina takwa. Daripada sudut praktikal pula takwa ialah melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.
Daripada sudut spiritual takwa ialah perasaan takut dan waspada dalam mengorak setiap langkah dalam kehidupan beragama di dunia ini.
Bulan Ramadan adalah tempat dan masa terbaik untuk menyucikan jiwa.
Rasulullah SAW telah pun memberikan pelbagai tips untuk menyucikan jiwa di bulan mulia ini.
1Menghayati amalan ibadah pada bulan ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala.
Beberapa hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa siapa puasa dan solat malam di bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.
Hadis ini mendidik jiwa Muslim agar sentiasa menekankan sudut keimanan dalam melakukan sesuatu amalan. Jiwa Muslim juga wajar sentiasa mengharapkan pahala daripada Allah SWT sahaja.
2Bersabar dalam menghadapi segala cabaran.
Sabda Rasulullah SAW: Puasa adalah perisai… Jika ada orang yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia sebut: Saya berpuasa. (riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904) Perhatikanlah bagaimana puasa mendidik jiwa Muslim agar menahan dirinya daripada pergaduhan. 
Dengan ini puasa mendidik sifat mulia iaitu sifat sabar dalam jiwa Muslim.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (al-Zumar:10)
Jiwa yang suci pasti akan dapat bersabar dalam mengamalkan ketaatan, sabar dalam meninggalkan maksiat dan sabar dalam menghadapi musibah.
3Mengaitkan kegembiraan dengan ketaatan terhadap Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; semasa dia berbuka dia akan gembira dan semasa dia berjumpa dengan Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya.” (riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904)
Hadis ini mendidik jiwa agar bergembira dengan ketaatan dan bukannya bergembira semasa membuat maksiat.
4Sentiasa berdoa dan meminta daripada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga doa yang mustajab tanpa syak. Doa orang berpuasa, doa orang dizalimi dan doa orang mengembara.” (riwayat al-Uqaili dan Ibnu Asakir; disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, no. 1797)
Hadis ini mendidik jiwa Muslim agar merendah diri kepada Allah SWT dengan berdoa sepanjang masa tatkala berpuasa.
Inilah intisari ibadah yang sebenar. Ia juga menunjukkan jiwa Muslim berjaya disucikan di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

KAH…KAH…KAH… LAWAK ANWAR DI PARLIMEN…

BN, pembangkang sepakat

Kiri Bung Moktar, Annuar Musa, Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 16 Julai – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini sepakat mahu kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pasangan kontroversi Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, ekoran kebiadapan mereka menghina kesucian agama Islam.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangkit dan mencetuskan isu itu pada sesi perbahasan Dewan Rakyat berkata, perbuatan pasangan tersebut tidak boleh dibiarkan dan mereka perlu ditahan, didakwa dan dipenjarakan sekiranya sabit kesalahan.
Tegasnya, pasangan tersebut bukan contoh yang baik kepada remaja masa kini di negara ini dan sewajarnya mereka dihukum dengan hukuman seberat-beratnya.
“Saya minta pihak polis tahan mereka di lokap tiga malam, biar mereka rasa bagaimana penderitaannya, tiga malam cukup. Selepas itu dakwa mereka di mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Bung Moktar berkata, sekiranya tiada tindakan tegas diambil, dalam masa sama akan terdapat pula orang Islam mengutuk agama lain yang sudah pasti akan timbul ketegangan agama sekali gus menjerumuskan Malaysia bukan sebuah negara selamat.
Terdahulu pada awal perbahasan, Bung Moktar berkata, tindakan Alvin dan Vivian yang memuat turun ucapan selamat menyambut bulan Ramadan dengan menjamu selera hidangan bak kut teh (sup tulang babi) lengkap dengan logo halal benar-benar mengejutkan rakyat negara ini.
“Saya hairan mengapa akhir-akhir ini perilaku remaja dalam negara begitu liar seolah-olah tiada penghormatan. Bagi saya soal agama bukan lagi soal toleransi tetapi penghormatan penerimaan.
“Sebab itu saya melihat ramai pemimpin dari suku Tionghua yang turut mengutuk tindakan pasangan ini,” katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika bangkit mencelah berkata, pihaknya tidak akan mengizinkan mana-mana pihak dengan sengaja menghina agama Islam seperti mana dilakukan oleh Alvin dan Vivian.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak menghina kepercayaan agama lain.
“Ini pendirian kita yang amat tegas yang kita laksanakan tetapi khusus untuk menyokong pendirian Kinabatangan. Saya tidak fikir kita patut lengahkan, siasatan segera dan tindakan (perlu) diambil sebagai satu pengajaran. Undang-undang mesti dipatuhi, penghinaan agama tidak boleh diizinkan,” katanya.
Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) dalam celahannya mahu semua pihak melihat insiden yang berlaku itu secara menyeluruh.
“Saya fikir gejala membangkitkan isu sensitif seperti ini harus dibendung bersama demi negara dan masa depan (rakyat),” ujarnya.
 
KOMEN : SANDIWARA APAKAH YANG ANWAR CUBA MAINKAN????? SUDAH-SUDAHLAH TU… KALAU NAK CAKAP PUN CERMINLAH DIRI SENDIRI DULU… BANYAK SONGSANG DARI YANG TEGAK…. KAKAKAKAKAA…