Jangan tertipu kurma RM1

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar.

GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.

Advertisements

Kebaikan makan pisang

Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my

PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.

Ladang anggur Khatulistiwa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

ANAK pokok anggur yang sedia ditaman di kawasan tanah lapang.

ANGGUR, yang suatu ketika dianggap eksklusif kerana harganya mahal, diketahui hidup subur di negara-negara beriklim sejuk. Bagaimanapun, hasil kemajuan teknologi hibrid membolehkan tumbuhan renek itu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Malaysia.

Di negara ini, anggur ditanam buat pertama kali oleh Jabatan Pertanian Perlis kira-kira 20 tahun lalu. Sejak itu, anggur telah menjadi sebahagian daripada tanaman buah-buhan di negara ini termasuk dijadikan pokok hiasan di laman rumah. Walaupun rasa dan teksturnya tidak sehebat anggur import, ia masih dianggap memiliki kelas tersendiri.

Di Ladang Anggur Sendayan, Negeri Sembilan, pokok anggur ditanam secara terbuka seratus peratus dalam skala yang besar iaitu di atas sebidang tanah seluas 10 hektar. Ladang yang diusahakan sejak tahun 2006 ini dimiliki oleh sebuah syarikat bumiputera, A-Winn Global Market Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.

Menurut penyelia ladang anggur berkenaan, Saidon Sadri, pihaknya menyediakan persekitaran semula jadi untuk dirasai sendiri oleh pengunjung ladang berkenaan.

“Di negara luar, kebanyakan pokok anggur ditanam di dalam rumah hijau yang dibina untuk mengawal suhu dan keadaan persekitaran demi memastikan hasilnya nanti bermutu tinggi. “Namun, di ladang ini semua pokok anggur ditanam di kawasan terbuka. Ini sekali gus mendedahkan kepada orang ramai bahawa anggur juga boleh hidup di kawasan beriklim Khatulistiwa,” katanya.

Celoteh jejaka berusia 35 tahun ini bagaikan satu ensiklopedia pertanian. Ilmu agro yang dihirup Saidon sepanjang berguru bersama wakil pengusaha dari Thailand bukan calang-calang nilainya.

Baka Siam

Katanya, terdapat empat jenis baka utama anggur di ladang itu yakni Shiraz, White Malaga, Black Pearl dan Black Opal.Jika ada rezeki, pengunjung boleh merasai sejenis lagi baka anggur hibrid iaitu Black Pink.

BUAH anggur boleh dipetik selepas 120 hari ia berputik.

“Kesemua jenis anggur itu berbeza dari segi rupa dan rasa. Shiraz mempunyai biji, berwarna kehitaman apabila masak dan rasanya agak masam berbanding anggur jenis lain.

“White Malaga adalah satu-satunya spesies anggur di sini yang berwarna hijau, berbentuk lonjong dan mempunyai rasa yang manis. Setangkai anggur jenis itu pernah mencatat rekod seberat satu kilogram.

“Begitu juga Black Pearl dan Black Opal yang sangat manis rasanya dan biasanya tidak berbiji,” ujarnya sambil menceritakan rasa manis Black Pink yang warnanya merah kehitaman dan berbentuk lonjong.

Tambah Saidon, anggur di ladang itu berbuah mengikut giliran dalam empat peringkat. Setiap peringkat melibatkan masa selama kira-kira empat bulan. Menurut beliau, anggur boleh berbuah sebanyak tiga kali setahun tetapi ia boleh direhatkan dengan memangkas dahannya. Tempoh rehat itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan daya rintangan pokok terhadap penyakit.

“Ketika pokok-pokok direhatkan, baja kesuburan akan ditambah manakala ranting dan daun dipangkas untuk menghasilkan tunas baru,” jelas Saidon. Kata beliau lagi, tunas baru pokok yang dipangkas tadi akan berputik dalam tempoh tiga minggu. Selepas 120 hari, buah-buah anggur yang matang boleh dipungut.

Cabaran utama yang dihadapi sepanjang tempoh pokok anggur berbuah tentunya ancaman penyakit, ulat dan mergastua. “Burung merah mata dan gembala kerbau paling gemar menghabiskan waktu di ladang ini semasa pokok sedang berbuah. “Adakalanya penyakit yang disebabkan oleh teritip dan ulat pelombong daun turut menjejaskan hasil anggur,” getusnya yang menceritakan ladang itu pernah diserang monyet liar.

Leceh

Selain itu, faktor persekitaran juga menjadi penyumbang kepada kerosakan pokok.

“Jika hujan turun terlalu kerap, daun dan batang anggur akan mereput. Buahnya menjadi berbintik-bintik hitam seolah-olah berkarat kerana sifat berasid anggur yang sensitif kepada air,” ujar Saidon.

Saidon tidak menolak dakwaan bahawa anggur susah untuk dijaga, namun jika pemiliknya bijak mengendalikan tanaman itu, ia pastinya mudah sahaja. “Anggur perlukan tanah yang sentiasa lembap tapi pantang tanah yang boleh menakung air kerana akar serabutnya mudah rosak dan tidak sekuat akar tunjang. “Tanah yang sesuai untuk penanaman anggur adalah tanah berpasir yang neutral dan senang untuk digemburkan,” tambahnya yang juga mencampurkan tanah gambut serta penggunaan batas untuk pokok-pokok anggur.

Beliau mengesyorkan tanah berbukit memandangkan sifatnya yang tidak menakung air. Baja yang sesuai juga amat diperlukan oleh pokok yang sedang membesar. Baja organik, kata Saidon, adalah yang paling baik kerana kandungan nutrien aslinya yang tinggi berbanding baja kimia.

“Ladang ini menggunakan baja khas yang diproses daripada debu gunung berapi yang diimport dari Thailand selain baja kompos serta bahan buangan daripada haiwan seperti lembu dan kelawar,” katanya yang menggunakan nisbah 50 kilogram baja kimia NPK (nitrogen, fosforus dan kalium) untuk setiap sembilan kilogram baja debu gunung berapi.

Pokok anggur perlukan pengairan yang sempurna. Sehubungan itu, penyiraman dilakukan pihaknya sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. “Teknik percikan air ke bahagian batas pokok berdekatan dengan batang dibuat selama dua hingga tiga jam setiap hari menggunakan sumber air yang dipam dari tasik buatan di sekitar ladang,” jelas Saidon.

Kahwin

Tut dan kahwin adalah antara kaedah yang sering digunakan Saidon untuk menambah bilangan anak pokok anggur. “Paling cepat anak pokok boleh dialihkan ke dalam beg poli ialah sekitar 10 bulan selepas melalui proses tut atau kahwin,” katanya yang jarang menggunakan teknik keratan batang dan semaian biji kerana tempoh pertumbuhannya yang lambat. Anak pokok akan memanjat selepas berusia sebulan dan buah pertama yang dihasilkan pokok baru biasanya akan berasa masam.

Sebagai alternatif, bagi yang individu yang berminat memiliki pokok anggur sendiri, teknik penanaman secara bongsai digalakkan. “Kaedah ini hanya menggunakan pasu dan para yang boleh dibina sendiri mengikut saiz dan keperluan,” katanya yang turut menjual anak pokok anggur kepada pengunjung di ladangnya.

Ladang Anggur Sendayan dibuka untuk kunjungan pelawat seawal pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari. Ia mengenakan bayaran masuk serendah RM3 bagi kanak-kanak dan RM5 bagi dewasa. Pengurus Operasi Eksekutif, Ladang Anggur Sendayan, Zaiton Disa menyasarkan bilangan pelawat seramai 200 orang setiap hari. “Selain orang tempatan, kami juga menerima kunjungan pelancong dari Singapura dan Brunei yang sangat tertarik dengan keunikan Anggur Sendayan,” katanya yang turut merancang untuk menambah bilangan pokok anggur yang berjumlah 4,500 batang pokok kini.

Selain itu, pihaknya juga bakal bekerjasama dengan Kementerian Asas Tani dan Jabatan Veterinar untuk memulakan penternakan haiwan berskala sederhana. “Kita harap dengan adanya perkembangan ini dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk singgah di ladang ini sekali gus membangunkan industri pelancongan dalam negara,” tuturnya.

Makanan Penghilang Bau Badan

http://3.bp.blogspot.com/-lnlAuaCnTP0/TbYYsmAGCNI/AAAAAAAACLo/kqZG4GHoXeM/s1600/bau-badan.jpg

 Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.

 Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.

 Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

 Tomato

Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.

Teh hijau

Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

 Seledri

Seperti dikutip Foodscout, daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sehat Anda.

 Jus rumput

Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall. Dilansir dari Foodscout, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.

Artis Jepun seronok ukir wajah pada pisang

YAMADA merakam gambar setiap ukiran sebelum memakannya.
YAMADA merakam gambar setiap ukiran sebelum memakannya.

TOKYO: Hasil ukiran pelik pada pisang ini yang memaparkan wajah Elvis Prestley dan Davey Jones daripada filem Pirates of The Caribbean – dihasilkan dengan pencungkil gigi dan sudu.

Setiap ukiran dibuat selama setengah jam oleh artis Jepun, Keisuke Yamada sebelum pisang itu mula membusuk.

Apabila ukirannya siap Yamada kemudian merakamkan gambar sebelum memakannya. Sejak memuat turun gambar hasil ukirannya di Internet, Yamada, 23, mula mendapat ramai peminat dan mempunyai idea baru hasil saranan mereka. Setakat ini, dia sudah mengukir 11 ukiran termasuk naga dan tengkorak yang menggerunkan. Yamada berkata: “Saya mula membuat ukiran kira-kira dua minggu lalu dan sejak memuat turun gambar berkenaan, ramai yang menyukainya. “Semuanya bermula ketika saya menyiat kulit pisang dan terfikir mungkin seronok jika saya mengukir wajah pada pisang itu.

“Ukiran pertama adalah wajah seseorang yang tersenyum. Saya terkejut apabila ramai menyukainya, jadi saya mula membuat lebih banyak,” katanya. “Mereka mula memberi idea dan memberi saya insipirasi. Sebelum saya mula mengukir, saya berfikir panjang mengenai apa yang mahu diukir.

“Kemudian saya mula bekerja. Saya mahu orang lain menganggapnya menarik.

“Saya hanya menggunakan pencungkil gigi dan sudu. Saya seorang yang mensasarkan kesempurnaan dan setiap ukiran mengambil masa setengah jam untuk dihasilkan,” katanya. – DM

Kandungan gula tinggi dalam durian

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF


PERLAWANAN bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak yang berlangsung di Stadium Perak, Perak, baru saja lima minit bermula. Tatkala mood para pemain sedang berkobar-kobar untuk mengecapi kemenangan secara tiba-tiba semua yang berada di dalam stadium dikejutkan dengan insiden yang mencemaskan.
Bekas juara bina badan dan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Mohd. Noor, yang bermain pada posisi penjaga gol diserang sakit jantung. Bekas atlet berusia 57 tahun tersebut dilihat berpaut pada tiang gol gara-gara menahan kesakitan pada bahagian dada.
“Mula-mula saya berasa pening. Kemudian, sesak nafas sehingga saya rasakan badan semakin mengembang dan jersi mula mengetat terutamanya di bahagian perut. Oksigen saya pula pada waktu itu bagaikan tidak mencukupi dan membuatkan saya tercungap-cungap.

PENGAMBILAN durian secara berlebihan boleh memudaratkan penghidap diabetes.

“Sedangkan semasa melakukan sesi memanaskan badan sebelum perlawanan tubuh badan saya dalam keadaan baik saja. Saya boleh melompat dan berlari setempat,” jelas Malek ketika dihubungi Kosmo! mengenai situasi yang menimpanya sewaktu terlibat dalam perlawanan bola sepak antara Pasukan Pilihan Menteri Besar Perak dan Pasukan Legenda Negara baru-baru ini.
Ditebak soalan adakah dia menghidap masalah jantung, anak kelahiran Kampung Sri Gading Batu Pahat, Johor itu menidakkan sekeras-kerasnya. Sebaliknya, graduan dari Universiti Denver di Amerika Syarikat (AS) tersebut memberitahu, dia bebas daripada diabetes, darah tinggi apatah lagi penyakit jantung.
Atas faktor berkenaan, Malek yang menetap di Ampang, Selangor masih terkejut apabila doktor mengesahkan serangan jantung itu berpunca daripada dua saluran jantungnya yang tersumbat.
Sesak nafas

MALEK diserang penyakit jantung ketika mahu memulakan perlawanan bola sepak baru-baru ini.

“Paling mengejutkan, ada pula pihak yang mendakwa serangan jantung ini akibat saya makan buah durian sewaktu menyertai aktiviti melawat sebuah ladang buah-buahan di Ipoh, Perak anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb). Sukar bagi saya untuk mengiyakan dakwaan itu kerana doktor pun tidak mengesahkannya.
“Lagipun, pada hari itu saya hanya memakan empat ulas durian. Kemudian, disusuli pula meminum air kelapa dan menjamu selera dengan lauk-pauk yang lain,” tutur Malek yang pernah membintangi filem Rimba Malam sekitar tahun 1992 dalam nada suara yang masih lemah.
Kisah makan durian sehingga menjejaskan faktor kesihatan terhadap masyarakat tempatan bukanlah perkara baru. Pada tahun lalu, media melaporkan akibat terlebih makan durian, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang mengalami kesesakan nafas sehingga mencemaskan para tetamu yang menghadiri jamuan Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing di bangunan Parlimen.
“Sejak kecil saya sudah mengenali buah durian yang berkulit keras dan mengeluarkan bau yang kuat. Setiap tahun, tiba saja musim durian saya dan keluarga pasti pulang ke kampung ayah di Kuala Kangsar, Perak.
AMALKAN minum banyak air kosong bagi mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.

Di sana, kami berpeluang menikmati buah durian sepuas-puasnya kerana datuk mempunyai dusun yang luas.
“Seronok apabila makan beramai-ramai sehingga riuh-rendah di pekarangan dusun. Kadangkala kami adik-beradik bersaing siapa yang makan durian dalam kuantiti yang banyak. Setakat ini, saya mampu menghabiskan lebih enam biji durian pada satu-satu masa,” jelas penggemar tegar durian, Faridatul Husna Othman, 27, kepada Kosmo!.
Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang mesra disapa Husna, tidak cukup dengan menikmati buah durian di kampung, mereka sekeluarga pasti tidak melepaskan peluang membawa bekalan longgokan durian pulang ke Kuala Lumpur.
“Bagi saya keunikan durian terletak pada tekstur dan isinya yang lazat. Biarpun menyedari sesetengah individu kurang gemar pada bau durian tetapi itulah yang menjadikan durian antara buah-buahan tempatan yang istimewa.

TEMPOYAK salah satu produk daripada buah durian yang popular di kalangan masyarakat Melayu.

“Lagipun durian bukan saja enak dinikmati secara mentah malah ia boleh dimasak bubur, manisan, aiskrim, kek ataupun tempoyak yang dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman,” ujar Husna.
Walaupun pernah terbaca tentang beberapa individu yang jatuh sakit akibat makan durian, bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 4, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu tidak pernah gusar. Cerita Husna, sebenarnya ia bergantung kepada individu itu untuk menjaga diri sendiri.
Namun begitu, Husna mengakui bahawa pengambilan buah durian dalam kuantiti yang banyak membuatkan badannya berpeluh-peluh dan terasa panas. Bagi menghilangkan kepanasan tersebut dia mengatasinya dengan meminum banyak air kosong. Ini termasuklah mengikut petua nenek moyang supaya minum air putih yang diisi dalam kulit durian.

Minum banyak air

DURIAN amat tinggi kandungan karbohidrat yang secara tidak langsung meningkatkan paras gula dalam darah.

“Sukar untuk dijelaskan, keberkesanan minum air putih dalam kulit durian yang dapat meredakan kepanasan dalaman badan. Lagipun petua ini telah dipraktikkan secara turun-temurun.
“Pendapat peribadi saya, jika tidak mahu suhu badan terasa panas, janganlah makan durian umpama tiada esok bagi durian lagi,” saran peniaga durian, Mustafa Ali, 53, ketika ditemui di tapak bazar Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Menyentuh mengenai kepanasan badan gara-gara menikmati buah durian, pakar perubatan dan pernafasan Hospital Pantai Ampang, Dr. Zal Ab. Rahim memberitahu, buah durian mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jadi apabila individu memakan durian dalam kuantiti yang banyak maka ia mengganggu sistem metabolisme gula di dalam badan.
Kesan daripada peningkatan kadar metabolisme akan menghasilkan haba dalam badan.
“Bagi penghidap diabetes, jantung atau darah tinggi mereka perlu mengelakkan makanan yang manis, kandungan garam yang tinggi, berkolesterol dan berlemak. Durian antara buah yang mempunyai ciri-ciri itu.
“Cara untuk mengurangkan suhu dalam badan adalah dengan minum banyak minum air kosong,” jelas Zal.