‘Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang’

DARI UTUSAN MALAYSIA
11/7/2012

REMBAU 9 Julai – ”Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu.”
 
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.
”Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.
”Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di http://www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.
Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.
Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.
”Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang,” ujarnya. Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.
”Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.
”Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak,” tegasnya.
Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan ‘kambing hitam’ untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.
”Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar,” ujar Kamarudin.

KOMEN : MEMANG BANGGANG PELAJAR BODOH NI… MENYUSAHKAN HIDUP MAK/BAPAK DIA PULAK… PUAK PEMBANGKANG NI MEMANG SESAT DAN HARAMJ…… RAMAI PULAK SITANGGANG MODEN DILAHIRKAN OLEH PUAK NI.

Dengarkan suara hati ayah

TIBANYA bulan Jun ini, kita akan menyambut Hari Bapa setelah kita menyambut Hari Ibu pada bulan Mei. Hari Bapa tahun ini ialah pada 17 Jun, iaitu jatuh pada hari yang sama dengan Hari Israk Mikraj. Selari dengan tagline Hari Belia,”Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini” yang baru lepas, maka kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik dilakukan oleh kaum bapa kepada keluarganya sebagaimana harapan kita sebelum ini terhadap peranan belia kepada keamanan negara.
Mengapa Hari Bapa kurang diberi keutamaan berbanding dengan Hari Ibu? Kita harus duduk merenung sejenak memikirkan peranan bapa yang sama pentingnya dengan peranan ibu, kerana bapalah nakhoda kapal dan penentu keharmoniaan dan kebahagiaan keluarga. Ayah, abah, papa, babah, dad, father, loutau (bahasa kantonis) malah apa panggilan sekalipun perlu kita dengar suara hati mereka.
Kalau ibu kita panggil Ratu Hati maka bapa tentu kita sematkan gelarannya sebagai Raja Hati. Peranan bapa pada hari ini berbeza dengan dulu kerana menggalas tanggungjawab yang lebih berat apabila ibu-ibu juga bekerja mencari rezeki. Kesepakatan bapa dan ibu amat perlu demi memastikan kapal dapat berlabuh dengan tenang dan harmoni di pelabuhannya.
Kos dan taraf hidup yang tinggi pada hari ini menuntut bapa di luar sana mencari rezeki siang dan malam demi menaikkan taraf ekonomi dan menjamin hidup keluarga masing-masing. Bapa perlu memberikan anak-anak kehidupan yang terbaik. Rumah yang besar, makanan yang baik, pakaian yang cantik dan semuanya yang terbaik dalam bentuk material. Betulkah itu yang anak-anak kita mahukan?
Adakah remaja di luar sana setuju tentang bentuk material yang diperlukan atau perhatian dan kasih sayang? Limpahan kasih sayang dan perhatian amat penting untuk santapan jiwa anak-anak kita.
Saya berminat berbincang tentang suara hati ayah sempena Hari Bapa, maka saya juruskan kepada luahan isi hati mereka. Suara hati anak-anak akan saya kongsi pada lain lembaran.
Tiga suara hati akan saya kongsikan bersama anda. Remaja di luar sana, saya ingin anda mendengar seruan dan rintihan ayah-ayah yang tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk membahagiakan anak-anak.
Seorang ayah yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah memberitahu “Saya tak mahu anak saya dipandang rendah oleh kawan-kawannya, saya akan belikan baju-baju berjenama dan yang penting anak-anak saya gembira. Memang saya penat tapi berbaloi tengok senyuman anak-anak dengan hadiah yang saya beli. Kalau saya tak belikan, anak saya kata dia akan lari dari rumah, tunjuk tanda protes”.
Protes? Adakah itu sikap anak-anak kita yang dipengaruhi oleh media massa untuk lari dari rumah? Adakah wang mengaburi remaja hari ini dan wang adalah segala-galanya?
Hati saya terusik dan terharu apabila terbaca berita kematian anak doktor pakar, Dr. Ko Chung Beng iaitu Steven Ko Yiu Hing pada 24 Mei 2012. Apabila saya memandang wajah mendiang di surat khabar, saya membayangkan Steven seorang yang ceria, baik dan bijak kerana mendiang adalah bakal doktor yang sedang menuntut di Penang Medical Centre.
Mengapa Steven sanggup terjun dari sebuah bangunan plaza di Pulau Pinang? Kisah cinta segi tiga sahabat baik yang belajar bersama-sama di luar negara dua tahun lepas. Cinta yang tidak melibatkan pergaduhan tetapi Steven menarik diri daripada percintaan tiga segi dan memberitahu teman wanitanya bahawa dia sanggup mengundur diri dan tidak mahu menyusahkan gadis itu membuat pilihan kembali kepada bekas teman lelaki yang juga merupakan kawan baik Steven.
Steven sempat menghantar SMS kepada teman wanitanya dengan berharap dia dapat menonton filem Casablanca dan memahami segalanya.
Bolehkah kita melihat seorang anak yang terlalu baik dan memiliki segalanya tetapi sunyi dan tidak cukup sokongan moral daripada keluarganya? Petikan daripada akhbar tempatan yang menyampaikan suara hati Dr. Chung Beng yang beliau benar-benar kesal kerana tidak bersama-sama anaknya mengharungi saat-saat gangguan emosi, dilema dan putus harap dalam percintaan.
Dr. Chung Beng menyeru semua ibu bapa jangan terlalu menyuguhkan material kerana apabila berlakunya situasi penolakan maka mungkin si anak tidak dapat menerima kekecewaan. Meluangkan masa bersama anak-anak amat penting kerana wang tidak dapat membeli segalanya dan ia bukanlah segalanya. Saya tidak nafikan pentingnya wang dan material pada hari ini tapi kadang-kadang kita lupa dan alpa dengan tugas harian mengejar kejayaan kita.
Mungkinkah pengaruh filem boleh melayangkan nyawa anak itu atau puncanya adalah kurang perhatian daripada ibu bapa? Pengaruh media massa pada hari ini begitu kuat sehingga menyebabkan remaja pada hari ini sanggup bunuh diri seperti dalam drama Korea dan sanggup melarikan diri dari rumah?
Sebelum itu, Steven sempat meminta teman wanitanya menonton filem Casablanca untuk memahami tindakannya. Pada tahun 2003, kita pernah dikejutkan dengan peristiwa seorang ayah yang menemui anak lelakinya membunuh diri di dalam bilik dan skrin komputernya tertera cara terperinci bagaimana membunuh diri yang dimuat turut dan ditiru.
Bagaimana kita dapat menghalang remaja pada hari ini melayari internet dan terpengaruh dengan gejala sosial?
Suara hati ayah yang ketiga melahirkan kesyukuran dengan apa yang dikecapinya pada hari ini, Walaupun beliau bukan golongan berada tetapi beliau cuba memberi apa yang seadanya kepada anak-anak dan mengelak daripada berlebih-lebihan. Apa yang penting bagi beliau ialah menghadiahkan ilmu yang penuh di dada dan pahatkan tiang agama yang kukuh supaya anak-anak beliau dapat mencari erti kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan apabila dewasa kelak.
Bajailah dengan kasih sayang dan sentiasa mendoakan anak-anak beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Itu sahaja harapan beliau kerana beliau tidak berharta dan hanya mampu memberikan ilmu serta didikan agama.
Marilah, ayah-ayah di luar sana, kita berhijrah sempena Israk Mikraj dan Hari Bapa. Kita menjadikan diri kita ikon terbaik kepada anak-anak kita seperti bak kata pepatah “Bapa borek anak rintik” dan kenapa kita tak kata “Ibu borek anak rintik”. Fikirkan bersama. Salam 1Hati.

KOMEN : KHAS BUAT ANAK-ANAK KU, NILAILAH PENGORBANAN KAMI IBUBAPA MU SEIKHLAS YANG BOLEH. BUKAN HARTA BERTIMBUN YANG DIKUMPUL, BUKAN TINGGI RENDAH TARAF YANG DIKEJAR, NAMUN DISUDUT KECIL HATI AYAHMU HANYA MENGHARAPKAN KEJAYAAN KALIAN DALAM PELAJARAN DAN MENJADI INSAN KAMIL DIBUMI  ALLAH swt YANG BERTUAH INI… CORAKANLAH MASA DEPAN DARI SEKARANG UNTUK KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT… TIMBALAH ILMU SELAGI MAMPU SEHINGGA KE AKHIR HAYAT MU… DOA KAMI JADILAH ANAK-ANAK YANG SOLEH…AMIN…