Pembantaian Syria terjemahan kekejaman syiah

PENULIS ialah Ketua Biro Massa Ilmuan Malaysia (iLMU). Ilmu salaf dot com

SEMUA ulama dalam kalangan Ahli Sunah wal Jamaah sejak zaman-berzaman bermula daripada Tabien, Imam-imam mazhab yang empat dan sampailah ke hari ini telah mengingatkan akan bahaya syiah. Syiah merupakan sebuah agama yang lahir daripada ajaran Yahudi. Secara zahirnya, pengikut syiah dan ulama mereka kelihatan seperti seorang Islam beramal seperti orang Islam lain tetapi jika diperhalusi ibadat yang mereka lakukan semuanya menyimpang daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW.
Hal ini kerana syiah berbeza daripada ajaran Islam disebabkan kepercayaan dan akidah yang dianuti oleh golongan ini tersasar daripada akidah Ahli Sunah wal Jamaah. Misalnya, mereka berakidah bahawa Saidina Ali adalah Nabi yang sebenar, sahabat Nabi semuanya murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang sahaja yang tidak murtad.
Syiah menyatakan bahawa al-Quran yang ada pada kita hari ini telah diubah seluruhnya dan diselewengkan oleh para sahabat dan golongan Ahli Sunah wal Jamaah. Dan yang paling malang sekali mereka mengamalkan kahwin mutaah yakni zina yang telah ‘diagamakan’ pada hal pada masa yang sama mereka menuduh Aisyah isteri Nabi seorang pelacur.
Maka tidak hairanlah akidah sesat mereka ini dibantah oleh beribu-ribu ulama dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam kitab-kitab mereka, antara perkataan ulama salaf yang boleh kita kongsikan adalah perkataan Imam Abu Zur’ah. Beliau mengatakan bahawa “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu daripada sahabat Rasulullah SAW, maka ketahuilah bahawa ia seorang zindiq, yang demikian itu kerana Rasul bagi kita haq, dan al-Quran haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan al-Quran dan as-Sunnah adalah para sahabat Rasulullah.
“Sungguh mereka mencela para saksi kita (para sahabat) dengan tujuan menidakkan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka (syiah) lebih utama untuk dicela dan mereka adalah golongan zindik.” (al-Kifayah, ms 49, karya al-Khathib al-Baghdadi).
Lebih dahsyat lagi mereka mengatakan Ahli Sunah wal Jamaah adalah ‘Nasibi’. Maksud Nasibi ialah manusia yang hina bahkan lebih hina daripada anak zina, manakala membunuh Nasibi yakni Ahli Sunah seperti kita merupakan suatu kewajipan sekiranya mempunyai peluang.
PERSAMAAN SEMUA SYIAH
Akidah dan kefahaman syiah ini walau apa pun jenisnya sama ada Syiah Imam 12 (Rafidhah), Syiah Nusyairiyah, Syiah Tafdiliyah, Syiah Sabi’iyah dan sebagainya, mereka hanya bermuara kepada satu keyakinan bahawa Ahli Sunah wal Jamaah adalah musuh. Mereka memusuhi Ahli Sunah wal Jamaah lebih daripada memusuhi Yahudi dan Kristian.
Hakikat bahaya syiah ini telah jelas dalam kalangan para ulama Ahli Sunah, cuma yang masih keliru dan bersangka baik kepada golongan syiah ini hanyalah dalam kalangan masyarakat awam dan pemikir-pemikir Sunni yang jahil terhadap agama syiah ini.
Golongan Sunni yang jahil terhadap golongan syiah ini merasakan bahawa usaha terhadap ‘Taqrib’ (merapatkan) dan bersatu dengan Syiah di atas nama Islam barangkali dapat menyelesaikan polemik yang telah berlangsung sejak zaman-berzaman ini.
BAHAYA TAQRIB DENGAN SYIAH
Perlu diingat, telah berlaku usaha taqrib ini bermula di Mesir namun yang terjadi sebaliknya. Syiah lebih pandai mengambil peluang taqrib ini dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh mereka kepada golongan Sunni yang kurang pengetahuan tentang Islam. Jadi usaha taqrib yang disuarakan oleh golongan Sunni yang kononnya mahu penyatuan ummah ini berakhir dengan kejayaan Syiah melebarkan pengaruhnya.
Mana mungkin boleh berlaku usaha taqrib dengan golongan yang secara terang-terangan telah kufur terhadap akidah Islam. Apa yang boleh diperkatakan usaha taqrib dengan Syiah sebenarnya seperti usaha mengajak kepada pluralisme yakni menginginkan penyatuan pelbagai agama.
Agama mereka juga adalah ‘Taqiyah’ yakni halal berbohong dan wajib berpura-pura apabila bersama dengan kita. Jika mereka lemah dan tiada kuasa wajib berdusta dengan mengatakan mereka adalah Ahli Sunah, manakala apabila mereka kuat sesama mereka dan mempunyai kuasa lebih-lebih lagi kuasa politik, mereka akan membunuh Ahli Sunah tanpa belas kasihan. Inilah golongan munafik akhir zaman seperti firman Allah yang bermaksud:
“Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, pada hal mereka sebenarnya tidak beriman (munafik)”. (Surah al-Baqarah, ayat 8)
KEKEJAMAN SYIAH NUSHAIRIYAH
Buktinya hari ini, Bashar al- Assad dan tenteranya yang menganut Syiah Nushairiyah telah berlaku kejam dan zalim terhadap rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah wal Jamaah. Hal kebangkitan rakyat di Syria menjadi modal dan peluang padanya untuk membunuh dan menzalimi Ahli Sunnah. 
Bukanlah dia mengambil tindakan kepada rakyatnya yang berakidah Ahli Sunah kerana pemberontakan kepadanya tetapi yang benar tindakan kejamnya itu adalah kerana akidah syiahnya yang mahu melaksanakan kewajipan terhadap agama syiah.
Perkara ini tidak pelik kepada kita yang telah mengetahui akan bahaya syiah ini. Cuba kita perhatikan, golongan Ahli Sunah wal Jamaah tidak akan dapat hidup aman di negara yang diperintah oleh golongan syiah. Hidup Ahli Sunah di negara syiah penuh ketakutan, susah untuk mengamalkan sunah, sentiasa diburu dan terdapat juga ditangkap dan dibunuh tanpa pengetahuan umum.
Seperti di Tehran, Iran, tiada satu pun masjid Ahli Sunnah yang dibenarkan wujud di sana walaupun kuil dan tempat ibadat Yahudi dan Kristian dibenarkan. Namun sebaliknya, golongan syiah mereka dapat hidup aman di negara Islam yang diperintah oleh golongan Ahli Sunah wal Jamaah tanpa diancam atau dibunuh seperti yang mereka lakukan terhadap Ahli Sunah. Malangnya nikmat aman yang mereka dapat dari negara Ahli Sunah wal Jamaah digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan syiah.
MAIN WAYANG NATO DAN SYIAH
Golongan Syiah di Timur Tengah dan di Iran digunakan sebaik-baik mungkin oleh NATO dan Amerika Syarikat (AS). Kalaulah NATO dan AS ingin menjatuhkan Bashar al- Assad dan rejimnya seperti Saddam Hussin di Iraq, Muammar Gaddafi di Libya dan Hosni Mubarak di Mesir telah lama boleh mereka lakukan tetapi perkara ini tidak dilakukan di negara yang dikuasai syiah kerana hal ini merugikan mereka.
NATO dan Amerika lebih pandai bermain wayang dengan golongan syiah ini sejak zaman berzaman. Walaupun kelihatan syiah begitu lantang mengecam AS dan Yahudi dalam masa sama mereka sebenarnya adalah kawan yang saling bantu membantu untuk menghancurkan golongan sunni.
Sejarah juga telah membuktikan kejatuhan kerajaan Islam bermula daripada khalifah Uthman dan Ali adalah angkara ‘orang dalam’ yakni golongan syiah. Bahkan sepanjang zaman bermula dari era Bani Umaiyah, Abbasiyah, Ayyubiyah, Otthamiyah sehinggalah ke era abad baru ini tidak ada satu pun era yang mana syiah tidak mengacaunya sehinggalah kejayaan besar mereka dapat menjatuhkan Dinasti Pahlavi yang dikuasai oleh Shah Iran melalui Revolusi Irannya.
Golongan syiah takut akan perpaduan Ahli Sunnah. Apabila Ahli Sunnah bersatu mereka akan cuba berusaha agar perpecahan terjadi. Jika mereka tidak dapat mengacau perpaduan sesuatu negara Ahli Sunnah itu, mereka akan berusaha mengheret kuasa luar mengambil tindakan dan menceroboh negara tersebut. Syiah memang terkenal dengan membuka pintu bagi memudahkan tentera -tentera kafir menceroboh dan menjatuhkan sesebuah wilayah Islam.
SEKAT SYIAH MALAYSIA
Maka, kepimpinan negara kita perlu berhati-hati dan bertegas dengan penganut syiah yang datang ke sini dengan apa-apa tujuan sekalipun sama ada belajar, bekerja, berniaga atau melabur kerana golongan syiah ini bukan semata-mata datang dengan tujuan tersebut, tetapi lebih jauh dari itu mereka datang bersama-sama dengan matlamat menyebarkan akidah syiah kepada masyarakat.
Tidak hairan di negara kita terdapat orang Melayu yang menjadi syiah, beramal dengan amalan syiah dan berusaha untuk mengajak orang lain kepada syiah. Jadi, usaha menyekat pengaruh kesesatan syiah ini perlu dimainkan oleh semua orang dan semua pihak terutama sekali Jakim, Majlis-majlis dan Jabatan agama Islam, Kementerian Dalam Negeri melalui pihak polis dan Peguam Negara supaya usaha mencegah dapat didahului kerana kita tidak mahu kelak menjadi parah dan susah untuk merawatnya pula.
Kita yang mengaku Ahli Sunah wal Jamaah perlu sedar satu perkara bahawa mustahil syiah dapat bersatu dan berbaik-baik dengan Ahli Sunah kerana Ahli Sunah wal Jamaah itu adalah Islam. Mana mungkin Islam dapat menyatu dengan kekufuran dan kesyirikan. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

Advertisements

Angkara asing: Apa yang Turki dan Malaysia boleh belajar?

Zaini Hassan

NOSTALGIA saya ke Istanbul, Turki tahun lalu masih jelas di fikiran. Ia adalah sebuah negara anugerah Allah Taala yang tiada tolok-bandingnya. Ia adalah tapak kegemilangan Islam ke seluruh pelosok dunia – ke China, Asia Tengah dan sebahagian Eropah.
Suku sakat orang-orang Turki juga merantau sehinggalah ke gugusan Melayu ini – ke nusantara Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu. Datuk Moehamad Izat Emir, usahawan terkenal Malaysia juga adalah dua generasi keturunan dari Turki. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga antara keturunannya.
Pendek kata semangat Othmaniah menjalar ke mana-mana. Semasa kunjungan saya ke Istanbul tahun lalu, saya cuba mempelajari semangat Hizmet, satu semangat kesukarelaan atau khidmat yang menjalar subur dalam hati nurani rakyat Turki.
Mereka juga adalah jurubina terkemuka dari zaman empayar Othmaniah sehinggalah ke hari ini. Di mana-mana mereka menjajah maka akan ditinggalkan binaan hebat berupa masjid-masjid.
Hari ini Turki sedang membina tiga projek ikonik terbesarnya yang boleh menggugat geopolitik dan geoekonomi rantau Eropah. Projek-projek itu yang kini sedang berjalan berupaya menarik kening negara-negara Barat yang lain ke atas Turki.
Ketiga-tiga projek itu ialah Projek Terusan Istanbul, Projek Lapangan Terbang baru Istanbul dan Jambatan Gantung Ketiga Istanbul yang menghubungkan Eropah dan Asia.
Ketiga-tiga projek ini dijangka menjana pendapatan Turki sebanyak AS$300 bilion setahun. Pada masa ini, dalam masa kebanyakan negara Eropah dalam Kesatuan Eropah (EU) sedang menjunam, ekonomi Turki berdiri teguh, di belakang Jerman. Dari ekonomi ke-16 terbesar di dunia kini ia berada di tangga ke-12.
Ia juga berjaya melangsaikan hutangnya dengan Bank Dunia, semasa negara-negara jirannya sedang menggelupur. Banyak negara cemburu dengan kejayaannya.
Tetapi sejak beberapa bulan ini, Turki dilanda kegawatan politik. Berlaku kegelisahan sosial (social unrest) di negara itu. Semasa negara itu sedang melonjak naik, tiba-tiba berlaku huru-hara besar ala Arab Spring! Apa sudah jadi?
Seperti juga di Dataran Tahrir, Mesir, di Turki ia berlaku di Taman Gezi terletak berhampiran Dataran Taksim, Istanbul. Ia menjadi lokasi demonstrasi bantahan terhadap Perdana Menteri berhaluan Islam, Recep Tayyip Erdogan, sejak 28 Mei sehingga awal Julai ini.
Media asing mengecap Erdogan sebagai diktator dan kuku besi, sama seperti kecaman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad di zaman kegemilangannya.
Beratus-ratus polis antirusuhan bersama trak meriam air dikerah meleraikan penunjuk perasaan yang melaungkan slogan meminta Erdogan meletak jawatan.
“Ini baru permulaan dan perjuangan akan diteruskan,” kata penunjuk perasaan yang turut melemparkan bunga teluki berwarna merah sebagai memperingati mangsa yang terbunuh, cedera dan ditahan dalam bantahan sebelum ini.
Menurut laporan akhbar, anggota polis antirusuhan yang dikerah menangkap penunjuk perasaan, turut dilontar gelas dan botol oleh sekumpulan pelanggan di kebanyakan bar di lokasi tersebut. Malah, ada individu bertindak melontar kerusi dan meja di jalan-jalan, memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.
Bantahan besar-besaran sebelum ini mengejutkan Turki dan menaikkan kemarahan Erdogan. Negara-negara Barat turut mengutuk Turki mengendalikan krisis itu ekoran tindakan kekerasan yang digunakan terhadap penunjuk perasaan.
Krisis di negara ini bermula apabila sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkempen untuk menyelamatkan 600 batang pokok di Taman Gezi daripada ditebang bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Hujung minggu lepas saya sempat berbuka puasa dengan beberapa sahabat Turki di sebuah madrasah, Madrasah Serting, Jempol, Negeri Sembilan atas jemputan seorang rakan. Rakan itu mewakafkan kawasan itu dan membangunkan tanahnya untuk kerja dakwah.
Namun, semasa berada semeja saya bertanyakan apa cerita di sana (Turki).Kisah-kisah yang diceritakan oleh sahabat-sahabat Turki itu ternyata cukup menarik untuk dikongsi.Ia seakan-akan apa yang berlaku di tanah air kita sendiri. Ia adalah cubaan pihak-pihak luar untuk melumpuhkan dan menjahanamkan ekonomi negara Islam yang sedang pesat membangun.
“Apa yang dihadapi oleh Malaysia dan Turki adalah sama. Mereka mahu menjajah negara kita semula. Mahu merosakkan kemakmuran yang sedang dibina. Ia adalah satu neokolonisasi ekonomi terhadap negara-negara kita.”
Tak sempat bercakap banyak di Serting Hilir, saya mengunjungi ke pejabat sahabat saya itu di Kuala Lumpur semalam untuk berbincang lagi mengenai senario kekacauan di negaranya.
Sahabat saya ini bukan diplomat di kedutaan, tetapi ahli perniagaan yang terbabit dalam aktiviti busines dan antara-budaya Malaysia-Turki. Dan lebih daripada itu, beliau amat sayangkan tanah airnya sendiri.
Begini ceritanya. “Ia adalah fakta bukan rekaan,” tegasnya.
Ia berlaku secara amat terancang. Isu tebang pokok di taman itu hanyalah alasan. Pokok itu bukan ditebang, tetapi dialihkan dan akan ditanam semula.
Namun, kata sahabat saya itu apa yang berlaku 10 hari sebelum isu pokok itu lebih memeranjatkan lagi. Sebuah stesen televisyen satelit terkemuka dunia berpangkalan di Barat telah pun memasang kameranya menghadap ke taman itu.
Hairan bukan? Mengapa mereka meletakkan perkakasan mereka di situ awal-awal, tanya sahabat saya itu?
Mengapa pula sebuah hotel terkemuka di Istanbul yang dipunyai oleh bukan Islam Turki dan dengan pegangan saham luar negara telah bersiap sedia menyediakan kemudahan, seolah-oleh akan berlaku perang saudara. Kira-kira 2,000 katil lipat telah tersedia ditempatkan di bawah hotel itu. Bekalan ubat-ubatan juga telah disediakan.
Semasa di Istanbul, sahabat saya itu berkata beliau bertemu dengan seorang kawannya, penganut ajaran Alevi, satu mazhab terkeluar dari mazhab Islam seakan-akan Syiah, yang terbabit dalam demonstrasi itu. Kawannya itu berkata dia menerima wang tunai baru berjumlah 200 Lira untuk terlibat dalam demonstrasi itu.
Mereka tinggal percuma di hotel, dibekalkan dengan bir tidak terhad serta wanita-wanita untuk berhibur.Sebanyak 10,000 bekalan makanan dimasak di sebuah universiti swasta terkemuka milik bukan Islam bagi dibekalkan kepada pendemonstrasi.
Kata sahabat saya itu lagi, wanita-wanita bertudung menjadi mangsa kekasaran — hanya kerana mereka mahu menaikkan perasaan marah kepada penganut agama Islam supaya bertempur.
“Walaupun jumlah perusuh adalah kecil dan tidak mendapat sokongan keseluruhan rakyat Turki, tetapi kesannya cukup hebat.
“Begitulah apa yang cuba mereka lakukan di Malaysia tempoh hari.”
Penggunaan media sosial melalui facebook dan twitter cukup hebat dengan menggambarkan kezaliman pihak keselamatan.
Namun kini, katanya baru terbukti banyak gambar-gambar kezaliman itu adalah palsu dan diambil daripada imej-imej yang berlaku di Syria dan tempat-tempat lain.
Katanya, kebanyakan yang terbabit dalam demonstrasi itu adalah daripada sayap komunis, rakyat Turki bukan Islam dan pihak-pihak luar. Semasa demonstrasi itu, dikesan perbelanjaan makanan dibayar menggunakan kad kredit dari sebuah negara asing. Wang-wang tunai juga datangnya dari bank berkepentingan asing.
Katanya, walaupun demonstrasi itu sudah reda, ia masih belum berakhir. Laporan terkini mendedahkan sebanyak 12 negara terbabit secara langsung berpihak dengan pelobi-pelobi dari beberapa negara Barat dan yahudi yang menyokong pendemonstrasi itu. Sebanyak 13 negara lagi terbabit secara tidak langsung.
Modus operandi demonstrasi di negara itu dan perancangan mereka adalah sama dengan di Malaysia. Kata sahabat saya lagi: Tiga projek besar ikonik itu juga menjadi punca kepada huru-hara itu, angkara pihak asing.
Pembinaan lapangan terbang terbesar dengan kapasiti 60 juta penumpang setahun itu akan menggugat lapangan terbang terbesar Eropah yang lain. Lapangan terbang baru Turki bakal menjadi hab untuk penerbangan ke timur-barat-utara dan selatan. Kini Turkish Airlines adalah pesaing hebat dengan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.
Pembinaan terusan baru – merentas Laut Hitam dan Laut Marmara itu menggantikan Selat Bosphorus, membolehkan Turki mengaut keuntungan yang besar daripada laluan perkapalan. (Lihat gambaran google imej: The Istanbul Canal Project)
Terusan baru itu adalah seakan-akan cadangan pembinaan Terusan Segenting Kra atau Terusan Thai antara Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ia akan mengalihkan laluan perkapalan ke terusan itu daripada Selat Melaka melalui Singapura.
Menurut sejarah, tiada banyak yang boleh kerajaan Turki lakukan untuk mengawal selia Selat Bosphorus kerana ia tertakluk di bawah Perjanjian Montreux Julai 1936.
Projek ketiga ialah Projek Jambatan Ketiga merentasi Selat Bosphorus yang memisahkan Eropah dan Asia. Jambatan gantung yang dikenali sebagai Jambatan Yavuz Sultan Selim itu akan mempunyai empat laluan lebuh raya dan satu landasan kereta api. Jambatan ini juga akan membawa kemakmuran ekonomi yang besar kepada Turki. Ia terletak di antara Garipçe di Sar?yer dalam kawasan Eropah dan Poyrazköy di Beykoz dalam kawasan Asia.
“Projek-projek ini juga cukup-cukup membimbangkan negara-negara Barat,” kata sahabat saya itu. Bagi saya kejayaan Turki kini adalah petanda gelombang semula semangat kegemilangan Othmaniah, yang ditakuti banyak pihak. Semangat itu kini bangkit semula.
Namun, jika di Malaysia usaha untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia atas nama ‘ini kalilah’ dan ‘now or never’ masih gagal — di Turki, Allah masih turut bersama-samanya.
“Oleh itu, jagalah apa yang kita ada ini baik-baik. Nasihat saya ialah kita kena perkuatkan ekonomi kita,” kata sahabat itu dalam pertemuan kami, pagi semalam.
Saya cukup bersetuju dengan beliau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna! Jika kita jatuh, yang untung kelak siapa ya?
KOMEN : ORANG KAFIR NI SELAGI KITA TAK TUNDUK DAN MENERIMA/MENGANUT SEGALA AMALAN AGAMA MEREKA, SELAGI ITULAH BERBAGAI ANGKARA JAHAT MEREKA LAKUKAN UNTUK MENJATUHKAN SESEBUAH NEGARA ISLAM… CONTOH TERBAIK BAGAIMANA NEGARA-NEGARA ARAB DIJATUHKAN SATU PERSATU… SAMPAI SEKARANG TIADA KEAMANAN YANG TERCAPAI….

Menyucikan jiwa dalam bulan mulia

Oleh DR. FADLAN MOHD. OTHMAN

Hikmah utama bulan Ramadan ialah untuk membina ketakwaan hamba-hamba-Nya. – Gambar hiasan

ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah 2:183)
Daripada ayat ini kita sudah boleh mengetahui bahawa hikmah utama bulan Ramadan ialah untuk membina takwa. Daripada sudut praktikal pula takwa ialah melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.
Daripada sudut spiritual takwa ialah perasaan takut dan waspada dalam mengorak setiap langkah dalam kehidupan beragama di dunia ini.
Bulan Ramadan adalah tempat dan masa terbaik untuk menyucikan jiwa.
Rasulullah SAW telah pun memberikan pelbagai tips untuk menyucikan jiwa di bulan mulia ini.
1Menghayati amalan ibadah pada bulan ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala.
Beberapa hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa siapa puasa dan solat malam di bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.
Hadis ini mendidik jiwa Muslim agar sentiasa menekankan sudut keimanan dalam melakukan sesuatu amalan. Jiwa Muslim juga wajar sentiasa mengharapkan pahala daripada Allah SWT sahaja.
2Bersabar dalam menghadapi segala cabaran.
Sabda Rasulullah SAW: Puasa adalah perisai… Jika ada orang yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia sebut: Saya berpuasa. (riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904) Perhatikanlah bagaimana puasa mendidik jiwa Muslim agar menahan dirinya daripada pergaduhan. 
Dengan ini puasa mendidik sifat mulia iaitu sifat sabar dalam jiwa Muslim.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (al-Zumar:10)
Jiwa yang suci pasti akan dapat bersabar dalam mengamalkan ketaatan, sabar dalam meninggalkan maksiat dan sabar dalam menghadapi musibah.
3Mengaitkan kegembiraan dengan ketaatan terhadap Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; semasa dia berbuka dia akan gembira dan semasa dia berjumpa dengan Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya.” (riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904)
Hadis ini mendidik jiwa agar bergembira dengan ketaatan dan bukannya bergembira semasa membuat maksiat.
4Sentiasa berdoa dan meminta daripada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Tiga doa yang mustajab tanpa syak. Doa orang berpuasa, doa orang dizalimi dan doa orang mengembara.” (riwayat al-Uqaili dan Ibnu Asakir; disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, no. 1797)
Hadis ini mendidik jiwa Muslim agar merendah diri kepada Allah SWT dengan berdoa sepanjang masa tatkala berpuasa.
Inilah intisari ibadah yang sebenar. Ia juga menunjukkan jiwa Muslim berjaya disucikan di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

HAK BERMASYARAKAT LEBIH PENTING DARI HAK INDIVIDU…

Ganti Akta Hasutan, tidak akan jejas kuasa kerajaan dalam isu perpaduan

Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara antara Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (tiga dari kanan) dan wakil Unifortune Holdings Sdn. Bhd. di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man. – UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 17 Julai – Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, tidak akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam menangani perbuatan yang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian masyarakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, akta baharu itu juga akan mengekalkan tiga prinsip utama antaranya menangani perbuatan yang membawa permusuhan antara kaum, menghina raja-raja Melayu atau mempersoalkan keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
”Prinsip pertama (Akta Keharmonian Nasional) ialah menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja.
”Kedua, menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan di negara ini dan ketiga, menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan, prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, tindakan biadab dan kurang ajar pasangan muda Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghina agama Islam menunjukkan kebebasan bersuara dan penyuaraan pendapat secara tidak bertanggungjawab boleh memudaratkan masyarakat.
”Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara, kebebasan itu tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan negara.
”Saya selalu tegaskan prinsipnya iaitu kebebasan dengan bertanggungjawab dan tidak boleh menjadi kebebasan penuh jika merugikan kepentingan negara dan keharmonian masyarakat,” katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan akan berbincang dan meneliti pandangan mengenai keperluan adanya rang undang-undang baharu yang menyamai Ordinan Darurat.
Beliau berkata, selain polis dan Peguam Negara, pandangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan mungkin Majlis Peguam akan diambil kira mengenai keperluan rang undang-undang itu.
”Ada pihak yang mahu penahanan pencegahan dibenarkan dan ada yang tidak bersetuju. Apa yang penting, sebarang perundangan mesti ada keseimbangan melindungi hak individu dan menjaga kepentingan masyarakat dan ini juga memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak,” katanya.

Jangan pinda undang-undang sesuka hati – Tun M

PUTRAJAYA 17 Julai – Undang-undang atau akta yang telah digubal dan dilaksanakan dengan baik tidak perlu diubah sewenang-wenangnya kerana boleh mencetuskan masalah kepada negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, undang-undang yang telah dilaksanakan tidak sepatutnya ditukar sesuka hati ekoran desakan mana-mana pihak kerana hanya akan mendatangkan keburukan.
Beliau berkata, rakyat negara ini hidup secara aman dan harmoni serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain sebelum ini kerana adanya undang-undang dan akta tertentu yang dijadikan panduan.
“Namun, kini semuanya berubah apabila undang-undang tertentu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehinggakan ada pihak yang berani menghina Islam.
“Mereka sekarang berani kata macam-macam kepada agama kita, dulu perkara ini tidak pernah terjadi, bila tiada undang-undang sedemikian inilah yang terjadi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), 
Datuk Ibrahim Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang hasrat kerajaan untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Hasutan 1948.
Selain itu, katanya, kerajaan perlu fikir secara mendalam sekarang untuk melaksanakan Akta Keharmonian Nasional.
“Dulu ada macam-macam undang-undang dan akta, itu yang membuatkan kita harmoni, sekarang bila undang-undang tiada, rakyat bebas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

BACA,KALAU TAK BACA ADA KEMUNGKINAN NYAWA AKAN MELAYANG!!!


MOHON SEBARKAN!!


 
 
PENTING DAN HARUS DIBACA!


Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga

bersiar-siar dengan membawa beberapa

minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota

keluarga dimasukkan ke hospital dan

ditempatkan di ‘Bilik Intensive Care Unit.’

 
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil

autopsi menyimpulkan ia terkena

Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin

minuman yang diminumnya, tanpa

menggunakan gelas/cawan. Hasil test

menunjukkan tin tersebut telah terkena

(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering

yg mengandung leptospira. 
 
kita dinasihatkan agar membilas secara rata

bahagian atas semua tin minuman sebelum

meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman

ini disimpan dalam gudang dan terus

dihantarkan ke kedai-kedai runcit, tanpa

dibersihkan. 
 
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa

bahagian atas semua minuman tin lebih

tercemar jika dibandingkan dengan tandas

awam (penuh kuman dan bakteria.) 
 
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih

dahulu dengan air sebelum

memasukkannya ke mulut untuk

menghindari segala jenis kecelakaan.

SHARE & SEBARKAN!

kredit:The News Shoot 

ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ

MOHON SEBARKAN!!  PENTING DAN HARUS DIBACA!  Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'  Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.  kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.  Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)  Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.  SHARE & SEBARKAN!  .:: ♥| حسبنا الله ونعم الوكيل|♥ ::. ツ @[592143614129018:274:The News Shoot] ツ  ღ C a h a y a M u j a h i d e e n ღ

Pernahkah umat Islam ganggu hal agama lain?

Oleh ROHAMI SHAFIE

ALHAMDULILLAH syukur kita ke hadrat Allah SWT, kini, minggu kedua kita berpuasa. Semoga ibadah kita bertambah baik dan diterima oleh-Nya. Dalam minggu pertama bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia diuji dengan pelbagai perkara. Paling nyata, agama Islam dihina di laman-laman sosial. Apakah tujuan mereka ini menghina agama Islam, hanya mereka sahaja mengetahui helah sebenarnya.
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja perkara yang membabitkan sensitiviti agama Islam dibangkitkan dengan berani di laman-laman sosial. Adakah mereka ini tidak mengetahui apa yang disentuh itu amat sensitif bagi umat Islam Malaysia?
Atau mereka ini cuba menguji kesabaran umat Islam sama ada terdapat tindak balas terhadap mereka. Islam di Malaysia dianuti bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain. Tetapi sememangnya majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu cukup menjaga agama mereka.
Cukup pantang bagi orang Melayu, agama mereka dihina. Bagi mereka hidup dan mati mereka adalah untuk agama Islam. Kalau tidak, mustahil berlakunya kacau bilau mengenai isu agama Islam bagi insan bernama Natrah sebelum merdeka lagi. Umat Islam ketika itu amat mempertahankan agama Islam.
Tidak cukup dengan itu, sepanjang negara kita dijajah, penjajah cuba menyebarkan agama lain kepada orang Melayu. Namun, keteguhan dan cintanya orang Melayu ke atas agama Islam tidak mampu diganggu-gugat. Setiap zaman ada cabarannya. Cabaran dahulu lebih dalam bentuk fizikal tetapi kini cabarannya secara halus dalam usaha untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam.
Perang melalui internet merupakan usaha terbaru dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Terdapat pelbagai cara untuk ‘menjajah’ hati umat Islam. Penyebaran pelbagai fahaman dan ajaran sesat bersama-sama hadis yang tidak diketahui kesahihannya. Yang pasti musuh-musuh Islam tidak akan senang duduk selagi usaha menyebarkan agama lain kepada umat Islam tidak berjaya.
Mereka mengetahui betapa umat Islam Malaysia cukup sukar untuk disentuh dalam hal-hal agama. Musuh-musuh Islam juga cuba untuk melaga-lagakan umat Islam Malaysia dengan pelbagai cara. Setelah mereka berjaya melaga-lagakan umat Islam di Mesir dan Syria, Malaysia pula menjadi sasaran mereka.
Isu kalimah Allah tidak semena-mena dibangkitkan dalam bulan mulia ini. Sekali lagi apakah niat mereka? Pernahkah umat Islam di Malaysia mengganggu atau menyentuh hal-hal sensitif agama lain? Sepanjang pengetahuan penulis, tidak pernah sama sekali! Malahan, umat Islam Malaysia sentiasa menjaga sensitiviti agama lain. Inilah yang diajar oleh agama Islam.
Sikap bertolak ansur dan toleransi umat Islam seolah-olah tidak dihargai. Setiap kali agama Islam dihina, hanya ucapan mohon maaf diucapkan selepas itu. Adakah dengan permohonan maaf sahaja mampu mengubati hati yang terluka? Hati umat Islam bukan setakat terluka, bahkan lukanya amat dalam sekali.
Hakikatnya, umat Islam tidak mahu lagi isu yang menyentuh agama Islam diperkatakan lagi! Sukar sangatkah untuk kita memahami sensitiviti agama orang lain?
Umat Islam tidak mahu setakat amaran, amaran dan amaran apabila membabitkan agama Islam. Umat Islam Malaysia hanya mahukan tindakan, tindakan dan tindakan! Isu ini perlu ditangani dengan tindakan bukan setakat amaran sahaja.
Rata-rata yang berani menyentuh sensitiviti agama Islam adalah golongan muda. Tidakkah kita terfikir pemikiran bebas ala-Barat telah meracuni golongan muda ini. Mana ada dalam dunia ini, negara yang benar-benar bebas. Di Amerika Syarikat (AS) sendiri pun masih ada undang-undang ala-ISA tapi pada masa yang sama golongan liberal baru ini amat taksub dengan kebebasan ala-AS.
Penulis juga terfikir adakah kerana umat Islam Malaysia nampak tidak bersatu angkara politik telah menyebabkan mereka ini cuba mengambil kesempatan atas umat Islam Malaysia. Percayalah, apabila menyentuh hal ehwal agama Islam, umat Islam Malaysia kembali bertaut dan bersatu tidak kira apa pun ideologi politik!
Usah menghina agama Islam! Usah juga cuba untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam Malaysia!
Umat Islam akan kembali bersatu apabila agama suci Islam ditentang! Mungkin kerana orang Islam di Malaysia sejak dahulu lagi tidak menguasai ekonomi dan kini kuasa politik pun semakin berkurangan menyebabkan mereka seolah-olah nampak begitu lemah? Tidak! Itu andaian yang cukup salah.
Islam tetap akan dipertahankan sehingga titisan darah terakhir. Selagi nyawa dikandung badan, Islam tetap dipertahankan! Ketika agama Islam dihina dalam bulan Ramadan, seperti biasa umat Islam terpaksa pula menangung kos pembelian juadah berbuka puasa yang semakin tinggi. Contohnya harga ayam.
Cara sebegini sudah lama boleh dibaca tetapi mereka masih tidak menghiraukan keselesaan umat Islam. Adakah mereka ini peniaga yang baik? Mengambil kesempatan terhadap umat Islam di bulan Ramadan. Serangan tersurat dan tersirat inilah perlu membuka mata seluruh umat Islam di bulan Ramadan ini.
Usah lagi kita sibuk bercakaran hanya kerana politik! Usah lagi kita menegakkan fahaman liberal ala-Barat yang penuh songsang dan berkeceramuk. Usah juga kita menuding jari sesama Islam hanya semata-mata dahagakan undi. Usah juga kita menabur fitnah dan mengumpat sesama Islam!
Ramadan ini adalah bulan perpaduan dan perpaduan amat dituntut dalam Islam. Sama-samalah kita bersatu padu menegakkan agama suci Allah di bumi Malaysia! Demi Islam, agama yang sebenar-benarnya di sisi Allah SWT.