Kenaikan gaji tidak kurang 10 peratus wajar diberi pertimbangan

RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 10:08 AM
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda. – Foto Shahrul M Zain
KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji tidak kurang daripada 10 peratus wajar diberi pertimbangan kerajaan dan majikan swasta sejajar dengan peningkatan produktiviti dan prestasi pekerja di negara ini, demikian menurut kesatuan pekerja sektor awam dan swasta.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata kenaikan gaji juga harus sesuai dengan kenaikan kos sara hidup semasa, khususnya kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Selain faktor kemampuan untuk menyara kehidupan seharian, Azih berkata, seseorang pekerja khususnya penjawat awam juga perlu sekurang-kurangnya mampu membeli rumah dan menyara pendidikan anak-anak dengan gaji yang diterima.
“Gaji ini diukur daripada perkara tertentu seperti pencapaian akademik, pengalaman dan juga kebolehan seseorang pekerja itu, (selain itu) gaji juga harus dilihat berdasarkan kos sara hidup.
“Tetapi hari ini kita lihat gaji pekerja tidak mampu untuk menampung itu semua (kos sara hidup),” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini.
Menurut laporan kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah yang dibentangkan kelmarin, kenaikan gaji pekerja adalah perlu, memandangkan produktiviti pekerja di Malaysia terus meningkat sejak 1960.
Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani dilaporkan berkata, sejak lebih 50 tahun lalu, paras produktiviti pekerja sentiasa melebihi paras gaji yang diberikan majikan, dan sejak itu juga peningkatan pembayaran gaji sentiasa tidak setimpal dengan pertumbuhan produktiviti pekerja.
Keadaan itu membuatkan gaji dan faedah yang dirasai oleh pekerja hanya sekitar 33 peratus saja daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala selebihnya dinikmati syarikat bersama pemegang kepentingan sesebuah entiti itu, kata Charon.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Kishnam yang senada dengan Azih berkata, kenaikan gaji lebih daripada 10 peratus boleh membantu Malaysia mencapai taraf negara maju.
Kenaikan itu juga katanya, akan merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan pula berbeza pendapat apabila mengatakan peningkatan sebenar produktiviti tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja.
Sebagai contoh, beliau berkata, menurut laporan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), purata kenaikan produktiviti pekerja adalah kira-kira 2.5 peratus dalam 10 tahun kebelakangan ini.
“Tetapi kalau kita lihat kenaikan gaji tahunan yang diberikan kepada pekerja terutamanya sektor swasta ialah sebanyak lima hingga enam peratus setiap tahun.
“Ini sudah tentu melebihi kadar peningkatan produktiviti berkenaan dan kadar itu juga harus dibandingkan dengan kadar sebenar produktiviti yang kita ada pada masa ini, yang mana tahapnya adalah kira-kira tujuh kali lebih rendah daripada di Amerika Syarikat dan Jepun.
“Jadi kalau kita ingin mengatakan bahawa peningkatan gaji itu tidak tinggi kalau dibandingkan dengan nilai produktiviti, itu adalah sesuatu yang tidak benar,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai satu lagi laporan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang menyebut harga rumah yang boleh dibeli berdasarkan gaji median tahunan rakyat Malaysia masih lagi mahal daripada yang sepatutnya, Shamsuddin berkata, kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal harga berkenaan supaya harga rumah mampu untuk dimiliki.
Gopal Kishnam pula berpendapat kerajaan seharusnya membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, memandangkan harga rumah ditentukan oleh pasaran semasa. – BERNAMA
Advertisements

MARI BACA – FDI Malaysia 2013 cecah RM38.8b – TAK JUMPA KAT PAPER PUAK SEBELAH…

Oleh AZMAN IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 13 Feb. – Malaysia berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM38.8 bilion sepanjang tahun 2013, peningkatan 24 peratus berbanding RM31.1 bilion yang dicapai pada tahun 2012. Prestas FDI itu dianggap sangat baik walaupun ekonomi masih dalam pemulihan yang perlahan dan tidak menentu.
Malah, peningkatan FDI di Malaysia adalah lebih baik berbanding FDI di peringkat global iaitu sebanyak 11 peratus jika dibandingkan dengan negara-negara membangun (6.2 peratus) dan 2.4 peratus di peringkat Asia Tenggara seperti yang dilaporkan oleh Persidangan Pembangunan dan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).
“Semua sektor mencatatkan peningkatan dalam aliran FDI pada tahun lalu. Pelaburan sebahagian besarnya disumbang daripada sektor pembuatan dengan 37.6 peratus, perkhidmatan (28.8 peratus) dan perlombongan menyumbang sebanyak 28.7 peratus,’’ kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan hari ini.
FDI Malaysia pada 2013 juga merupakan satu rekod pencapaian tertinggi setakat ini selepas pernah mencapai RM37.3 bilion pada 2011.
Tambah kenyataan itu, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar dalam sub sektor menerusi aktiviti kewangan, insu­rans dan takaful serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Malah, banyak syarikat perbadanan dan multinasional (MNC) luar negara telah memilih Malaysia bagi membangunkan pusat peng­operasian global dan serantau mereka.
Pemilihan Malaysia oleh perbadanan dan MNC ini dapat menyepadukan nilai dan aktiviti rangkaian bekalan yang mempunyai ekosistem perniagaan yang kukuh.
“Trend ini akan menghasilkan momentum ke hadapan, membantu kerajaan mencipta persekitaran yang lebih kondusif untuk komuniti perniagaan di Malaysia.
“Banyak MNC telah menjalankan program-program latihan berstruktur di negara ini bagi menyediakan pekerja Malaysia yang berdaya saing.
“Dalam jangka masa panjang, program-program latihan ini akan mencipta peluang pekerja untuk berpendapatan tinggi dalam sub sektor perniagaan, perakaunan, kewangan, teknologi maklumat, kejuruteraan, teknikal dan perkhidmatan-perkhidmatan baharu,’’ ujar kenyataan itu.
Dalam aspek pelaburan swasta yang direalisasikan pada tahun lalu (diukur menerusi pembentukan modal tetap kasar-GFCF), Malaysia berjaya mencapai RM161.1 bilion, peningkatan 14.9 peratus berban­ding RM140.2 bilion pada 2011.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140214/ek_01/FDI-Malaysia-2013-cecah-RM388b#ixzz2tGAlEtc2  © Utusan Melayu (M) Bhd 


APA LAGI CINA MAHU?????

44.8 peratus kaum Cina kuasai sektor swasta, awam

JOSEPH ENTULU
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Kaum-kaum lain termasuk Cina dan India di negara ini tidak pernah dipinggirkan sebaliknya mempunyai peluang yang lebih baik berbanding orang Melayu untuk bekerja di sektor awam dan swasta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun berkata, berdasarkan statistik, kaum Cina yang bekerja di sektor awam dan swasta adalah sebanyak 44.8 peratus, kaum India (42 peratus) manakala orang Melayu hanya kira-kira 39.3 peratus.
“Peratusan ini menunjukkan kaum- kaum lain termasuk kaum Cina dan India tidak pernah terpinggir dalam arus pembangunan negara ini.
“Boleh dikatakan setiap orang mempunyai pekerjaan kerana kadar pengangguran negara hanya sekitar dua peratus,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.
Mengulas lanjut, beliau juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kerajaan lebih memberi keutamaan kepada orang Melayu dalam mendapatkan pekerjaan di sektor awam.
Katanya, statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan daripada 1.6 juta permohonan kaum Melayu sepanjang Januari hingga Oktober lalu, hanya 22,000 diterima.
“Peratusan kaum Melayu yang diambil bekerja hanya sekitar 1.4 peratus.
“Jumlah itu lebih rendah berbanding kaum India pada tahap 2.03 peratus manakala Cina 5.49 peratus,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131218/pa_02/448-peratus-kaum-Cina-kuasai-sektor-swasta-awam#ixzz2nmfzrTRO  © Utusan Melayu (M) Bhd



 


SIAPA TINDAS SIAPA?

Graduan Melayu didiskriminasi

KUALA LUMPUR 4 Jun – Satu kajian yang dilakukan seorang penyelidik sebuah universiti awam mengesahkan wujud diskriminasi terhadap graduan Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoriti dimiliki kaum Cina dan asing.
Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.
Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.
“Daripada lebih 3,000 resume yang dihantar kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.
“Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu,” menurut kajian itu.
Kajian tersebut hanya melibatkan graduan yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.
Menurut kajian itu, graduan daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.
“Sambutan majikan terhadap graduan IPTS adalah rendah dan hanya graduan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) termasuk kaum Melayu yang belajar di situ menjadi pilihan terutama dalam bidang perakaunan.
“Graduan kaum Melayu yang boleh menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina juga lebih berkemungkinan dipanggil menghadiri temu duga berbanding yang tidak mempunyai kebolehan itu,” mengikut kajian itu.
Kajian itu merumuskan supaya kerajaan memandang serius isu berkenaan bagi memastikan diskriminasi terhadap graduan Melayu tidak berterusan.
“Sudah sampai masa kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia menggubal Akta Peluang Saksama dan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta ini supaya tiada sebarang diskriminasi berlaku di negara ini,” menurut kajian itu.
 
KOMEN : TAPI PELIK KAN KENAPA RAMAI SANGAT MELAYU ELITE YANG KONONNYA PANDAI BELAKA TERUS MENYOKONG PARTI YANG NAK HAPUSKAN HAK ORANG MELAYU ISLAM/BUMIPUTRA… NASIB BAIK KERAJAAN AMBIL BERKERJA TU PUN MASIH MARAHKAN DAN TIDAK MENYOKONG KERAJAAN… BERHENTILAH HOI ADA BERANI…

Legoland Malaysia dibuka 15 September

DARI UTUSAN MALAYSIA
26/4/2012

Siegfried Boerst menunjukkan pintu gerbang Legoland yang sedang dalam pembinaan.

NUSAJAYA 25 April – Legoland Malaysia yang merupakan taman tema pertama seumpamanya di Asia kini 75 peratus siap dan bakal membuka pintunya kepada orang ramai secara rasmi pada 15 September tahun ini.
Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst berkata, pembukaan taman tema yang terletak di Medini dengan keluasan 31 hektar itu lebih awal dari tarikh disasarkan sebelum ini iaitu pada penghujung tahun.
Dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama beroperasi, beliau memberitahu, kerja-kerja pemasangan 50 juta blok lego dan model di taman tema terbabit akan dimulakan pada bulan depan.
“Dengan pengumuman tarikh pembukaan ini, kita berharap pengunjung dan operator pelancongan akan mula membuat perancangan untuk ke Legoland Malaysia yang pasti mampu menawarkan pengalaman menyeronokkan.
“Kita yakin taman tema ini mampu menarik pelancong, sekali gus menjadikan ia antara destinasi taman tema terhebat dunia,” katanya semasa mengumumkan tarikh pembukaan Legoland Malaysia di sini hari ini.
Legoland Malaysia merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund (Denmark), Legoland Windsor (England) Legoland California dan Legoland Florida (Amerika Syarikat) serta Legoland Gunzburg (Jerman).
Taman tema itu dibangunkan oleh anak syarikat Iskandar Investment Bhd. (IIB), IDR Resorts Sdn. Bhd. (IDR Resort) bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.
Boerst memberitahu, walaupun belum dibuka secara rasmi, namun Legoland Malaysia sudah terbukti mampu menarik peminatnya dengan penjualan pas tahunan Legoland Malaysia kini melebihi 35,000 pas.
“Daripada jumlah itu, 60 peratus pembeli terdiri daripada rakyat Malaysia, 35 peratus rakyat Singapura, manakala baki lima peratus merupakan rakyat lain-lain negara.

ULAR LIDI DAH JADI NAGA


Kemelut MAS, AirAsia: Jangan benarkan ular lidi menjadi naga
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

”Sekarang ular lidi percaya dirinya naga, manakala naga pula sangka dirinya dah jadi ular lidi,” kata Profesor Salleh Buang mengamati kemelut antara MAS dan AirAsia yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Analogi ular lidi dan naga memang tepat untuk menggambarkan natijah perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia).

MAS yang pernah menerima gelaran syarikat gergasi penerbangan umpama naga tertelan bola api apabila terpaksa ‘tunduk’ dan ‘mengalah’ dengan syarikat yang baru 11 tahun di langit biru.

Memulakan penerbangan komersial pertama pada 2 April 1947 atas nama Malaysia Airlines Limited (MAL), sejarah MAS terlalu panjang untuk dibenarkan tenggelam oleh permainan syarikat penerbangan swasta.

Biarpun bertukar nama, logo dan pengurusan, namun MAS yang beroperasi secara solo pada tahun 1973 selepas syarikat penerbangan Singapura menarik diri mencatat rekod tersendiri. Ratusan anugerah diterima mengiktiraf kebolehupayaan syarikat itu dalam pelbagai kategori sehingga rakyat Malaysia menumpang bangga.

Ramai yang bertanya di mana hilangnya taring MAS? Siapa yang membunuh kehebatan MAS? Adakah masalah dalaman terutama beban hutang dan kelemahan pengurusan menjadikan MAS begitu? Atau ada pihak yang mengambil kesempatan daripada ‘kesempitan’ MAS supaya sayapnya patah lantas tidak boleh lagi terbang bersaing dengan penerbangan-penerbangan lain di dunia?

Rakyat jelata, orang awam yang tidak faham permainan untung rugi atau istilah bombastik ekonomi hanya mahu satu perkara – MAS syarikat penerbangan negara kembali menjadi naga. Waima apa pun masalah dalaman MAS, ia tidak boleh merasakan dirinya ular lidi sehingga menyerah nasib sedemikian rupa. Tentu ada caranya dan semestinya banyak kaedah untuk ‘memulihkan’ MAS lantaran syarikat itu adalah milik negara.

Masalah dalaman MAS semenangnya telah lama. Bukan tujuh bulan sebelum ini yang membawa kepada perjanjian pertukaran saham dengan AirAsia. Baik orang dalam MAS mahupun orang luar yang sayangkan aset negara itu tahu apa sebenarnya yang menjadi punca. Sebab itu pemeteraian perjanjian pertukaran saham dilihat banyak pihak satu lagi kesilapan yang memburukkan lagi keadaan dan jika tidak segera ditangani padahnya amat besar.

Membenarkan persaingan antara MAS dan AirAsia tanpa kawal selia menyebabkan padang permainan tidak rata sehinggakan siapa yang tidak bijak boleh tersungkur. Perjanjian pertukaran saham itu adalah contoh paling nyata bagaimana persaingan berat sebelah sehingga mewujudkan situasi menang-kalah atau kalah mati.

Sedangkan persaingan dalam dunia perniagaan yang kini dikawal selia oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) amat molek – mewujudkan daya saing yang sihat supaya para pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik selain meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat yang bersaing.

Tetapi apa yang terjadi dalam persaingan MAS dan AirAsia sebaik perjanjian pertukaran saham itu dimeterai? MAS semakin menanggung beban, laluan menguntungkan diberi kepada AirAsia, semangat serta moral kakitangannya semakin merudum manakala krisis dalaman tidak diketahui di peringkat mana jalan penyelesaiannya.

Tentunya perkembangan tersebut menarik perhatian banyak pihak yang menjadi pemerhati persaingan MAS dan AirAsia sejak 2001 apabila syarikat penerbangan tambang murah itu memecah monopoli MAS. Persaingan yang pada mulanya dilihat amat sihat kerana memberi pilihan kepada pengguna akhirnya mencetuskan kontroversi apabila monopoli yang dipecahkan cuba diwujudkan semula dalam bentuk yang sedikit berbeza.

Sedangkan persaingan tidak sepatutnya menghalalkan pesaing meraih kelebihan secara tidak adil apatah lagi jika terlintas niat mahu menguburkan pesaing dengan strategi yang licik. Sebab itu apabila Malaysia mengorak langkah menggubal Akta Persaingan biar pun agak terlewat berbanding dasar penswastaan dan pengkorporatan yang telah mengambil tempat lebih awal, maka kawal selia hendaklah dilaksanakan supaya akta tersebut benar-benar menepati fungsinya.

Dasar penswastaan sememangnya menuntut kawal selia bukan sekadar penubuhan suruhanjaya yang berkaitan seperti Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan banyak lagi suruhanjaya lain, tetapi juga satu akta yang boleh memastikan segala persaingan berlangsung secara sihat. Persaingan tidak boleh dibuat-buat – umpamanya mewujudkan perjanjian tertentu yang di atas kertas terlihat untung bagi syarikat bersaing tetapi realitinya tidak begitu.

Dalam kes perjanjian pertukaran saham MAS dan AirAsia, biarpun banyak pihak melihatnya sebagai permulaan kepada kerjasama namun perkembangan sepanjang tujuh bulan pelaksanaannya tidak menampakkan begitu. Kedua-dua syarikat dilihat bekerjasama tetapi pada masa yang sama masing-masing mencari peluang untuk bersaing malah ada kalanya dilihat dengan cara yang amat tidak sihat kerana hanya satu pihak mendapat manfaat.

Mungkin lebih elok seperti pandangan kebanyakan penganalisis, perjanjian pertukaran saham itu dibatalkan sementelah Akta Persaingan pada dasarnya tidak membenarkan kerjasama tetapi pada masa yang sama semacam ada elemen persaingan. Tidak juga perjanjian tersebut adil kepada kedua-dua pihak apabila kebanyakan yang bersuara membangkitkan soal rugi di pihak MAS selain tiada perubahan yang dilihat memihak kepada syarikat penerbangan negara sejak perjanjian tersebut dipersetujui.

Apa pun juga kemelut MAS dan AirAsia mesti segera diselesaikan. Jika pada peringkat permulaan perang harga antara kedua-dua syarikat dilihat oleh kerajaan sebagai satu persaingan yang sihat, namun pertukaran saham MAS dan AirAsia pula menimbulkan pandangan sebaliknya. Sama ada mengembalikan operasi asal MAS dan AirAsia atau meneruskan perjanjian pertukaran saham, paling penting pengguna khidmat penerbangan tidak menjadi mangsa.

Yang pasti rungutan terhadap khidmat yang ditawarkan MAS semakin kuat berbunyi. Begitu juga apa yang disediakan AirAsia – berbanding ketika masing-masing bergantung kepada kekuatan sendiri biarpun ada kekangan lain yang terpaksa diatasi.

Justeru, apa yang menjadi harapan rakyat keindahan Akta Persaingan 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lalu dapat diserlahkan dalam menyelesaikan kemelut MAS dan AirAsia.

Jika objektif akta tersebut untuk manfaat semua pihak iaitu rakyat sebagai pengguna dan syarikat yang bersaing, maka tugas pertama Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang diterajui bekas hakim tersohor, Tan Sri Siti Norma Yaakob untuk membuktikan bahawa perjanjian pertukaran saham MAS dan AirAsia memenuhi objektif tersebut dan bukan sebaliknya.

Jika yang terbukti adalah sebaliknya, maka sejauh mana relevannya perjanjian tersebut untuk kekal diguna pakai.

KOMEN : BACA DAN RENUNGKAN APA YANG TERSIRAT…

CUKUPLAH PASAL NFC – TUAN PUNYA SYARIKAT JAWABLAH…


NFC jangan bebankan UMNO – Syed Ali
DARI UTUSAN MALAYSIA
14/12/2011

KUALA LUMPUR 13 Dis. — Kontroversi melibatkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan UMNO dengan isu syarikat itu, beliau berkata sikap berdiam diri dan enggan tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog, boleh mengelirukan rakyat.

Katanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

“Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan UMNO, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana UMNO tiada kaitan dengannya.

“Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata UMNO bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?” katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Paling sedih, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang apabila dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

“Mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita UMNO, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian,” katanya.

Beliau berkata itulah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.

Syed Ali mengulas desakan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap Mohamad Salleh agar lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu ini ialah Anggota Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan timbalan setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun. – BERNAMA

Hentikan tohmahan terhadap Shahrizat

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan segera tohmahan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, seharusnya pemimpin BN tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan media pembangkang kerana isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

Katanya, Shahrizat tidak seharusnya menjadi ‘mangsa kecaman’ hanya kerana Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.

“NFC merupakan syarikat swasta yang tidak ada kena-mengena dengan diri Shahrizat dan kementerian yang diterajuinya. Malah, NFC mempunyai perancangan sendiri bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut.

“Justeru, kami yang juga mewakili gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan negara berasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang seolah-olah bertindak ‘tikam belakang’ dan mahu isu ini dihentikan segera kerana ia tidak adil kepada Shahrizat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

KOMEN : NAK KATA APA LAGI TUAN PUNYA BADAN TAK MAHU MENJAWAB… TAKAN UMNO NAK TANGGUNG JUGA?