Kemerdekaan dalam semangat Ramadan



Oleh MOHD. ASHROF ZAKI YAAKOB


Kemerdekaan negara bukan sekadar mengibar dan melaungkan slogan merdeka tetapi perlu dihayati sejarah dan perjuangan golongan silam. – Gambar hiasan

RAMADAN tahun ini melakarkan sejarah yang tersendiri apabila umat Islam di Malaysia menyambutnya serentak bersama dengan bulan kemerdekaan negara.

Walaupun jarang berlaku, ia sangat signifikan kepada umat Islam di Malaysia dalam menilai dan menghayati erti kemerdekaan negara dalam semangat ibadah Ramadan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Nilai ketakwaan yang ditawarkan oleh Allah SWT adalah manifestasi daripada kehambaan yang jitu kepada-Nya dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan.

Namun apakah kaitannya dengan nilai dan erti kemerdekaan negara Malaysia? Apakah semangat Ramadan itu mampu diterjemahkan seiring dengan semangat kemerdekaan negara kali ini?

Pastinya Ramadan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kemerdekaan dalam pelbagai konteks. Ia bermula dengan bagaimana kita sebagai manusia membebaskan diri daripada belenggu penjajahan nafsu dan keinginan diri selama 11 bulan sebelum datangnya bulan Ramadan.

Kemerdekaan dicapai sebaik melangkah ke bulan Ramadan apabila nafsu tersebut dapat ditahan dan dijinakkan dengan amalan dan ibadah yang berterusan.

Segala runtunan nafsu yang selama ini dituruti berjaya dikawal sepanjang Ramadan. Bahkan ditambah dengan amalan-amalan sunat yang berlipat ganda dilakukan demi meraih ganjaran hebat sepanjang bulan berkat ini.

Segalanya dilakukan bagi meraih darjat takwa yang disebutkan oleh Allah SWT.

Kemerdekaan juga diraih dengan kejayaan mengekang sifat bakhil yang ada dalam diri dengan pensyariatan ibadah zakat dan juga galakan bersedekah di sepanjang bulan Ramadan.

Zakat fitrah yang diwajibkan kepada setiap umat Islam tanpa mengira usia menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat Islam menginfaqkan harta yang dimiliki bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ini kerana harta adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada kita dan sebahagiannya merupakan hak golongan yang memerlukan.

Kewajipan zakat fitrah yang disyariatkan tersebut secara tidak langsung menghapuskan sifat cintakan harta dan mementingkan diri sendiri yang selama ini membelenggu hati manusia.

Sifat bakhil dan kikir di kalangan orang kaya ditundukkan oleh Allah SWT di samping jaminan bantuan kepada golongan yang memerlukan melalui pensyariatan zakat fitrah ini.

Ganjaran yang berlipat ganda juga dijanjikan oleh Allah SWT secara khusus di dalam Ramadan bagi sesiapa yang bersedekah. Ia diterjemahkan sendiri oleh baginda SAW apabila para sahabat mendapati bahawa baginda menjadi seorang yang sangat pemurah di bulan Ramadan berbanding bulan selainnya.

Kemerdekaan yang hakiki sebenarnya tercapai melalui keimanan yang jitu kepada Allah SWT. Keimanan tersebut diterjemahkan dengan pegangan akidah yang mantap yang meyakini bahawa tiada perhambaan sesama manusia.

Perhambaan hanya layak kepada Allah SWT, tuhan yang menciptakan manusia dan Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi manusia.

Bertitik tolak dari keyakinan dan keimanan inilah yang menjadi pemangkin kepada gerakan kemerdekaan negara dan akhirnya berjaya mendaulatkan kembali bangsa yang telah dijajah.

Sejarah membuktikan bahawa gerakan awal menentang penjajahan dipelopori oleh golongan agamawan yang meniupkan semangat membebaskan diri dari penjajah.

Tokoh-tokoh pejuang menentang penjajah seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut, Dol Said, Mat Kilau dan lain-lain merupakan tokoh agamawan tempatan yang berani menyatakan kebenaran dan berjuang menentang penjajahan berpaksikan ajaran Islam.

Mereka berpegang kepada paksi agama yang tegas menentang penghambaan dan penjajahan sesama manusia kerana jelas menzalimi golongan yang dijajah.

Intipati ayat kelima surah al-Fatihah difahami dengan sebaiknya oleh para pejuang kemerdekaan. Ayat tersebut menegaskan bahawa: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan, dan bukan selain-Nya.

Pastinya Ramadan yang dilalui sepanjang proses menentang penjajahan tersebut menjadi pemangkin kepada penambahan kekuatan dan semangat mereka.

Ia dijadikan bulan mempersiapkan kekuatan dengan bermunajat kepada Allah, merintih dan memohon pertolongan daripada-Nya serta menjadi medan latihan bagi menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang menempuhi perjuangan menentang penjajahan.

Lantaran daripada kesedaran agama tersebut, gerakan menentang penjajah diatur agar keadilan yang diwajibkan oleh Islam dapat dilaksanakan serta ditegakkan.

Rentetan daripada siri-siri penentangan penjajahan yang dimulakan oleh golongan agamawan ini diteruskan sehingga akhirnya negara kita berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kini, setelah hampir 54 tahun kita mencapai kemerdekaan, ia seolah-olah tidak dihargai lagi. Kemerdekaan yang dikecapi suatu ketika dahulu hasil pembebasan daripada penjajahan nafsu yang membelenggu diri, pembebasan diri dari semangat pentingkan diri kepada rela berkorban dan akhirnya memangkin kepada penentangan penjajahan sesama manusia, dilihat tidak wujud lagi.

Pengorbanan, kesusahan dan penat lelah para pejuang kemerdekaan seakan tidak dihargai apabila kita gagal menyelami dan memahami perjuangan mereka. Ucapan kemerdekaan hanya meniti di bibir namun gagal dihayati hikmah dan pengajaran di sebaliknya.

Ramadan kali ini seharusnya menjadi pemangkin kepada umat Islam di Malaysia menghayati kembali semangat kemerdekaan negara dalam konteks ibadah Ramadan.

Ini bermaksud, umat Islam di Malaysia harus bersemangat menghargai dan menyambut kemerdekaan negara di dalam suasana keghairahan melaksanakan ibadah kepada Allah SWT di bulan yang penuh berkat ini.

Ia seiring dengan arahan Allah SWT supaya membebaskan diri daripada segala bentuk penjajahan sama ada secara fizikal mahupun spiritual yang negatif. Malahan sangat bertepatan dengan perjalanan sirah baginda SAW.

Baginda dan para sahabat sentiasa cuba membebaskan diri daripada belenggu penjajahan sama ada secara fizikal iaitu melalui peperangan dan juga spiritual iaitu melalui solat, puasa dan juga pelbagai amal ibadah yang lain yang dilaksanakan dengan berterusan dan bersungguh-sungguh.

Marilah kita bersama menghargai kemerdekaan yang dikecapi dengan mengambil pengajaran dan iktibar di sebalik perjuangan menentang penjajahan tersebut.

Ditambah dengan semangat ibadah Ramadan yang penuh berkat, mudah-mudahan seluruh umat Islam di Malaysia sentiasa istiqamah dalam perjuangan membebaskan diri daripada penjajahan nafsu dan syaitan serta memahami serta mendalami makna dan hikmah di sebalik kemerdekaan negara.

KOMEN : SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA….

KULIAH PAKAR DNA DI MAHKAMAH

Pakar asing kedua beri keterangan

oleh AMIRUDDIN HARUN

dan SUWARNI MOKHTAR

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri yang masuk hari keempat hari ini di Mahkamah Tinggi di sini bertukar menjadi dewan kuliah mata pelajaran kimia apabila pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dipanggil memberi keterangan.

Pakar asing kedua yang menjadi saksi pembelaan keempat itu dengan panjang lebar memberi keterangan berhubung perkara-perkara berkaitan DNA termasuk terminologi, cara-cara pengumpulan dan pemeriksaan sperma serta garis panduan bagi makmal forensik sehingga menimbulkan kebosanan dalam kalangan orang awam dan petugas media di galeri awam.

Peguam Ram Karpal Singh yang ditugaskan menyoal McDonald, 60, dalam pemeriksaan utama itu mengemukakan soalan-soalan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saidon yang merupakan saksi-saksi pendakwaan.

Keterangan oleh pakar dari Australia itu bagaimanapun diikuti dengan penuh tekun oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang dilihat kerap kali menongkat dagu sewaktu mendengar penjelasan saksi berkenaan.

Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia turut hadir membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Beliau duduk di tengah-tengah antara Mohd. Yusof dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap Lay Hong dan Nor Aidora di peringkat pendakwaan.

Dalam keterangannya, McDonald antara lain menyatakan, sesebuah makmal forensik perlu memenuhi garis panduan di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan ISO 17025 sebelum sampel yang diperiksa oleh makmal terbabit boleh dianggap berintegriti.

Menurutnya, ini bermakna lembaga akreditasi akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan bahawa makmal terbabit telah memenuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum diberikan status piawaian berkenaan.

Menurut beliau, di Australia, sesebuah makmal forensik perlu memperoleh akreditasi sekiranya barang-barang kes yang diperiksa ingin dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ram Karpal kemudian meminta saksi berkenaan merujuk kepada sepucuk surat dari American Society Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board (ASCLD) bertarikh 5 April lalu yang ditujukan kepada Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Berdasarkan surat tersebut, makmal forensik jabatan kimia berkenaan didakwa masih belum diakreditasi tetapi keterangan tersebut dibantah oleh Mohd. Yusof dengan alasan surat itu bukan ditulis atau ditujukan kepada McDonald, sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun kemudian membenarkan surat itu ditandakan sebagai ID (bahan yang belum dijadikan bukti).

Surat itu antara lain menyatakan bahawa ASCLD membenarkan permohonan jabatan tersebut untuk mendapatkan status akreditasi dilanjutkan dari 18 April lalu kepada 18 Oktober depan.

Jabatan berkenaan sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan akreditasi di bawah piawaian ISO pada 2005 dan diletakkan dalam tempoh percubaan selama lima tahun yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu tetapi dilanjutkan sehingga 18 April lalu.

Dalam pemeriksaan utama itu, Ram Karpal turut menimbulkan isu kesilapan tarikh pada label dua bekas mengandungi sampel DNA pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008 (masa sampel itu diambil) dan bukannya 26 Jun 2008 (hari kejadian), yang dihantar kepada Lay Hong untuk dianalisis.

Menurut McDonald, sekiranya berlaku kesilapan sedemikian, tindakan perlu diambil untuk mengesahkan dan membetulkannya serta langkah-langkah tersebut direkodkan, selain mengenal pasti bila dan siapa yang melakukan kesilapan berkenaan.

Menjawab pertanyaan lain peguam tersebut, McDonald memberitahu, dalam kes melibatkan sampel air mani yang diambil melalui calitan putik kapas, sampel berkenaan sepatutnya turut diletakkan di sisip kaca (slide) bagi tujuan pemeriksaan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa dalam kes-kes melibatkan serangan seksual, langkah tersebut diperlukan untuk menentukan kehadiran sperma pada calitan putik kapas itu sebelum mentafsir keputusan analisis di makmal.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Terdahulu, sebelum perbicaraan bermula, kira-kira 30 lelaki yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di hadapan kompleks mahkamah tersebut sambil memegang kain rentang ‘Selamat Hari Raya peliwat 2.0’ dan ‘Keadilan Untuk Saiful’.

KOMEN : ORANG PUTIH KETURUNAN PENJENAYAH NI PERASAN MEREKA AJE YANG PANDAI… DIA LUPA AGAKNYA YANG DIA BERADA DI MALAYSIA DAN BUKAN DI NEGARA KANGROO YANG PERBUATAN MELIWAT TU DIHALALKAN… DAH NAMPAK SANGAT KEBODOHAN MEREKA… DAHLAH BODOH SOMBONG PULAK TU…

ISU MURTAD



Perlu berjihad halang usaha murtadkan orang Islam – Harussani


SHAH ALAM 25 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam sudah sampai ke peringkat perlu berjihad untuk menangani usaha penyebaran agama lain memurtadkan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau menegaskan, perkara yang bersangkutan dengan soal akidah adalah sesuatu yang umat Islam tidak boleh bertolak ansur dan ia wajib dipertahankan.

“Wajib berjihad kerana mereka tidak boleh ubah agama orang Islam, kita wajib pertahankan. Kalau kita tidak berjihad, habislah kita,” katanya pada program wacana ilmu bertajuk ‘Ulama Politik: Untuk Dakwah atau Parti’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, semalam.

Forum tersebut turut menampilkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya sebagai ahli panel manakala bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Asri Zainul Abidin sebagai moderator.

Menurut Harussani, pihaknya telah mendapat maklumat bahawa pada 2 dan 3 September ini, kumpulan yang melaksanakan gerakan terbabit akan mengadakan pertemuan di ibu negara.

“Jadi kita sama-sama perlu menghalangnya,” tegas beliau.

Katanya, sebelum ini beliau pernah membangkitkan soal lebih 230,000 orang Islam telah dimurtadkan tetapi banyak pihak yang mempertikaikan dakwaan tersebut dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya.

Sedangkan katanya, pihaknya telah mengemukakan laporan terperinci termasuk butiran lokasi dan rumah ibadat tertentu yang menjadi lokasi gerakan tersebut.

“Saya pernah menyatakan kepada Ketua Hakim Negara bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama Persekutuan. Jadi apabila timbul konflik, Islam itu mesti dizahirkan,” katanya.

Harussani berkata, golongan ulama meskipun mempunyai perbezaan fahaman politik, mereka tidak seharusnya bertelagah dalam isu yang berkaitan akidah dan syariah.

Namun, katanya, kadangkala pengikut di peringkat bawahan yang menjadi masalah sedangkan para pemimpin politik di peringkat atasan boleh berjumpa malah makan bersama termasuk ketika sesi Dewan Rakyat berlangsung.

“Tidak kira parti, ulama perlu tampil menyatakan kebenaran dan segera bertindak mengatasi keburukan,” katanya.

Dalam pada itu, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan sebagai gereja di Petaling Jaya baru-baru ini, Tuan Ibrahim mahu agensi itu segera menyelesaikan masalah tersebut.

“Jangan lewat sangat, sebab itu kita hendak jumpa JAIS dan juga gereja kerana hendak dengar daripada kedua-dua pihak. Sebarang polemik tidak baik untuk negara,” katanya.

Sementara itu, Fathul Bari berkata, umat Islam perlu memberikan peluang perubahan ke arah kebaikan yang dapat dilakukan melalui kemasukan golongan ulama muda dalam UMNO meskipun terpaksa mengambil masa yang lama.

KOMEN : MASALAHNYA ADA ORANG ISLAM YANG MENYOKONG PERGERAKAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM ITU.. PARTI YANG MENGAKU LEBIH ISLAM PUN MEMBISU DAN CUBA MENYALAHKAN UMNO… TABUR FITNAHLAH TU…

LEPAS DUMC, SYIAH PULAK



JAIM serbu markas fahaman Syiah

Rahimin Bani menunjukkan tiga buah buku yang telah diharamkan KDN serta risalah yang dikatakan mempunyai fahaman Syiah di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka, semalam.

MELAKA 25 Ogos – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam dekat sini yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.

“Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu di sini, hari ini.

Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.

Menurut Rahimin, turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pukul 2 petang itu ialah seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.

Beliau berkata, kumpulan Syiah itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di negeri ini sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.

“Kita percaya, rumah ini telah disewa sejak empat bulan lalu untuk menjadi pusat pengedaran buku-buku dan risalah fahaman sesat ini

“Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan ajaran itu perlu dihindari, begitu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah mengeluarkan fatwa supaya masyarakat Islam berpegang teguh fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Tambahnya, kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 48 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bawah kesalahan penerbitan agama yang bercanggah dengan hukum syarak.

KOMEN : TAK SUDAH-SUDAH NAK MENYESATKAN ORANG ISLAM…

SALAM AIDIL FITRI

SAYA SEKELUARGA INGIN MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF BERSEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI TAHUN NI… KEPADA YANG PULANG MEMANDU KEKAMPUNG HALAMAN.. INGATLAH BAHAWA DISANA ADA ORANG TERSAYANG YANG SETIA MENUNGGU… BERHATI-HATI DIJALANRAYA…

 

SEMOGA DENGAN KEDATANGAN SYAWAL DAN BERUNDURNYA RAMADHAN AKAN MENJADIKAN KITA INSAN YANG LEBIH BAIK…AMIN..

AJAI & FAMILY

 

SALAM AIDIL FITRI

SAYA SEKELUARGA INGIN MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF BERSEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI TAHUN NI… KEPADA YANG PULANG MEMANDU KEKAMPUNG HALAMAN.. INGATLAH BAHAWA DISANA ADA ORANG TERSAYANG YANG SETIA MENUNGGU… BERHATI-HATI DIJALANRAYA…

SEMOGA DENGAN KEDATANGAN SYAWAL DAN BERUNDURNYA RAMADHAN AKAN MENJADIKAN KITA INSAN YANG LEBIH BAIK…AMIN..

AJAI & FAMILY

Misi Octavia RS & Superb

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

MAHU sebuah hot hatch yang lengkap? Skoda Octavia RS mungkin boleh menjadi jawapannya.

SKODA bermula sebagai pengeluar senjata api. Orientasi produknya kemudian bertukar arah menerusi pengeluaran basikal dan motosikal, sebelum digantikan dengan automobil pada awal tahun 1900-an.

Memiliki sejarah lebih 100 tahun dalam aspek penghasilan kenderaan, ia ada pengalaman yang cukup luas. Maka tidak hairanlah jika jenama itu boleh disifatkan sebagai berjaya di pasaran Eropah.

Dengan enam model iaitu kompak Fabia, hot hatch Octavia, SUV kompak Yeti, Roomster (MPV), Praktik (kenderaan komersial) dan sedan Superb, Skoda tidak canggung untuk bersaing dalam pasaran Eropah yang amat sengit itu.

Populariti Skoda turut dibantu oleh deretan anugerah dimenangi dalam pelbagai kategori yang disertainya. Malah, Skoda seringkali dibandingkan dengan pembuat kereta terkenal yang lain seperti Mercedes-Benz dan BMW. Jangan tidak percaya jika ada perbandingan itu dimenangi oleh Skoda apabila aspek kualiti dan nilai pada wang yang ditawarkannya diambil kira.

Bagaimanapun, kejayaan Skoda banyak disumbang oleh kuasa automotif utama Eropah, Volkswagen. Jenama dari Republik Czech itu menjadi milik penuh Volkswagen pada tahun 2000.

Sebagai anak syarikat, Skoda dilimpahi dengan kecanggihan teknologi Volkswagen dalam menghasilkan produknya. Skoda lazimnya ditawarkan pada harga lebih rendah. Sebab itulah ada yang menyifatkan Skoda sebagai “Poor man Volkswagen”. Tetapi, konotasi itu mungkin tidak begitu kena dengan pasaran Malaysia yang semua kereta memang dijual pada harga mahal tidak tentu pasal.

Di sini, jenama Skoda diam agak lama. Sebelum ini, memang ada model-model seperti Fabia dan Octavia dipasarkan. Namun, bilangan yang ada di atas jalan raya boleh dikira dengan jari.

Mungkin namanya yang sedikit janggal itu membuatkan ramai tidak berani untuk membelinya. Kalau beli nanti, bagaimana dengan aspek penyelenggaraan atau nilai jualan semula? Susah juga kalau kedai kereta terpakai pun tidak mahu terima. Betul tak?

Skoda Octavia RS

TEKNOLOGI TwinDoor yang ada pada Skoda Superb membolehkan kerja-kerja memasukkan dan mengeluarkan barang menjadi semakin mudah.

AutoPraha Sdn. Bhd. (Autopraha) dan Dunia Prestasi Auto Sdn. Bhd. bertindak selaku pemegang francais rasmi serta pengimport kenderaan Skoda sejak tahun 2004 di pasaran tempatan.

Mahu menghidupkan semula jenama Skoda, Autopraha memperkenalkan dua model sekali gus iaitu Skoda Octavia RS dan Skoda Superb untuk anda semua. Sebenarnya, di pasaran Eropah, Octavia ditawarkan dalam empat varian dengan varian RS merupakan model berspesifikasi penuh.

Kalau dilihat dari rekaan luarannya, tidak mustahil ada yang menyatakan model ini memang kelihatan membosankan. Jangan terlalu mudah menilai dari segi luaran. Octavia mungkin lebih sesuai untuk mereka yang menghagai kuasa dan kualiti pengendalian mengagumkan.

Jentera yang dibangun di atas platform sama dengan model-model seperti VW Golf MK5, Tiguan, EOS, Scirocco, selain beberapa model lain keluaran Kumpulan VW itu dijana oleh unit enjin penuh kuasa. Apa lagi kalau bukan enjin TSI 2.0 liter yang turut sama digunakan pada VW Golf GTI.

Kuasa enjin itu disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan DSG. Transmisi binaan VW itu menjanjikan penukaran gear yang cekap, di samping menjimatkan penggunaan bahan api.

Skoda mendakwa tahap penggunaan bahan api untuk model itu cuma 7.5 liter bagi setiap 100 kilometer (km). Namun, angka itu tidak menghalang Octavia RS daripada mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh hanya 7.2 saat.

Bahagian dalamannya, suasana sebuah kenderaan Volkswagen dapat dilihat dengan ketara biarpun terdapat sedikit perubahan. Paparan papan pemukanya ringkas dan kemas di atas material plastik berkualiti tinggi. Sebagai hiburan sepanjang perjalanan, sistem audio Bolero dengan unit skrin sentuh pasti memuaskan.

Menjadi sebuah hot hotch, ruang kargo tidak semestinya sempit. Octavia RS menawarkan ruang seluas 560 liter yang boleh menjadi seluas 1,420 liter sekiranya tempat duduk penumpangnya dilipat.

Bagi tujuan keselamatan, jentera itu dipasang dengan lampu Xenon dengan ciri Adaptive Front-Lighting System (AFS). Sistem tersebut mengubah suai kedudukan talaan cahaya lampu berdasarkan kondisi pemanduan berbeza.

Skoda Superb

RUANG kabin Skoda Octavia RS yang kemas bagaikan Volkswagen.

Menjadi kenderaan paling besar dalam keluarga Skoda, Superb boleh dikategorikan dalam kelas yang sama dengan model seperti Ford Mondeo. Superb membuktikan bahawa bertubuh besar tidak semestinya enjin sentiasa hauskan bahan api.

Buktinya, Skoda mendakwa Superb hanya menelan 7.6 liter bagi setiap 100km. Penjimatan itu dapat dibuat berikutan penggunaan enjin 1.8 TSI bercekapan tinggi. Enjin dengan sistem turbo itu mampu menghasilkan kuasa melangkaui enjin aspirasi biasa (Naturally Aspirated) bersesaran 2.4 liter.

Bagi memastikan pertukaran gear yang pantas dan efisien, enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan DSG.

Transmisi klac berkembar termaju itu sememangnya terkenal dengan kemampuannya untuk memberikan prestasi terbaik dalam kelasnya.

Superb amat menitikberatkan aspek kemewahan, praktikaliti, keselesaan dan keselamatan. Sedan eksekutif itu memperoleh penarafan lima bintang daripada Euro NCAP. Ia hasil gabungan enam beg udara, di samping sistem keselamatan canggih termasuklah ABS, TCS, ESP dan EBD yang dipasang sebagai ciri standard.

Ruang dalamannya dipasang dengan kemasan kulit dan kayu berkualiti tinggi. Perincian pada setiap binaannya menimbulkan ambien yang selesa dan mewah. Untuk mempercayainya, anda harus memandu uji dan melihatnya secara dekat. Mungkin sudah tiba masanya Skoda diberi peluang sewajarnya untuk menyerlah kali ini.