MACAM BIASA KITA TUNGGU DAN LIHAT….

Isu Kalimah Allah: Perdana Menteri minta umat Islam bertenang

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah serta Datuk Richard Curtis (kiri) melihat buku Maps of Malaya and Borneo selepas melakukan pelancaran di Hotel Concorde Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Aizzul A. Majid
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan membanteras sebarang perbuatan provokasi agar tidak berulang isu penghinaan kalimah Allah sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai terutamanya umat Islam bertenang dan jangan mudah melatah kerana jika mereka membenarkan diri dikuasai perasaan amarah, keamanan serta keharmonian negara ini yang dikecapi sejak sekian lama akan musnah.
Katanya, kerajaan memandang serius kejadian provokasi agama di Pulau Pinang dan berikrar akan melakukan apa sahaja yang termampu berdasarkan undang-undang sedia ada untuk memastikan keamanan serta keharmonian di negara ini tidak terjejas.
“Saya berharap tiada pihak bertindak balas atau mengeruhkan lagi suasana. Biar pihak berkuasa ambil tindakan selanjutnya. Ini masa untuk kita berada dalam keadaan tenang dan jangan melatah kerana ia boleh membawa kemudaratan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam beberapa kain rentang tertera ungkapan ‘Allah is great’ (Allah itu hebat) dan ‘Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dikesan sengaja dipasang pihak tertentu di Gereja St. John Britto, Gereja Assumption dan Gereja The Immaculate Conception di Pulau Pinang.
Perdana Menteri sebelum itu melancarkan buku ‘Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress‘ iaitu hasil koleksi lebih 160 peta-peta yang dimiliki Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datuk Richard Curtis.
Mengulas lanjut Najib berkata, pendirian kerajaan dalam isu kalimah Allah jelas iaitu ia hak milik umat Islam keistimewaan itu akan terus dipertahankan manakala Penyelesaian 10 Perkara yang dipersetujui kerajaan Pusat pula tertakluk kepada enakmen dan undang-undang di setiap negeri.
Ditanya mengenai pendangan banyak pihak kejadian provokasi di Pulau Pinang itu berpunca daripada sikap kurang bertegas kerajaan, beliau berkata, biar pihak berkuasa menyiasat terlebih dahulu dan jangan mudah membuat andaian kerana mungkin andaian tersebut tersasar.
Menyentuh mengenai tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan permuafakatan nasional, Najib mempersoal mengapa perkara itu ditimbulkan sekarang kerana cadangan tersebut sudah dikemukakan selepas pilihan raya umum lalu.
“Apa pun biarlah saya runding dengan jemaah menteri. Kita sudah sebut dulu (permuafakatan nasional). Prasyaratnya mesti terima keputusan rakyat. Namun pembangkang tetap tuduh kita menipu termasuk kononnya 40,000 pengundi Bangladesh yang ternyata fitnah,” katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140128/dn_02/Isu-Kalimah-Allah-Perdana-Menteri-minta-umat-Islam-bertenang#ixzz2reC1rBV7  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : DALANG DAN PENGHASUT DAH DEPAN MATA TAPI BUAT TAK NAMPAK… BILA DAH TERCEKIK ESOK-ESOK SALAHKAN TULANG… UNDANG-UNDANG YANG ADA HANYA JADI PAMIRAN… ANGGOTA KESELAMATAN BERTINDAK IKUT KEHENDAK PEMBANGKANG… MANA RAKYAT TAK KATA KERAJAAN NAJIB TAK BERTELOR….


Advertisements

Jangan pertikai fatwa, Allah hanya untuk Islam

KIRI: Harussani Zakaria, Fathul Bari
KUALA LUMPUR 8 Jan. – Isu penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya diperdebatkan kerana ia sudah pun difatwakan sejak tahun 1996 bahawa lafaz Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, dari segi hukum Islam sendiri turut melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian kerana mereka menyamakan Allah sebagai tuhan yang mempunyai anak dan ‘Tuhan Bapa’ sedangkan Allah bagi orang Islam adalah satu, tidak diperanakkan dan tidak ada anak.
Kata beliau, mana-mana pihak juga tidak sewajarnya cuba membuat perbandingan penggunaan kalimah Allah yang dibenarkan di dunia Arab sedangkan penduduk negara itu menggunakan perkataan ‘Illah’ dan bukannya Allah.
“
Kalimah Allah sudah diputuskan di mahkamah yang memberi hak kepada orang Islam, mengikut fatwa juga menyatakan tidak boleh guna oleh bukan Islam dan sudah diterima kerajaan sebagai satu undang-undang, jadi apa lagi yang mereka nak (pertikaikan)?
“
Dalam Islam kita tidak boleh langsung menyekutukan Allah, tetapi takrifan mereka (kristian) god itu ada anak. Ini adalah bertentangan dengan Islam dan satu penghinaan kepada kalimah Allah,” katanya di sini hari ini. Harussani berkata, kesungguhan tuntutan kalimah Allah oleh puak-puak Kristian pada masa kini kerana mereka mempunyai tujuan lain demi mengelirukan umat Islam yang telah menjadi agenda mereka sejak 100 tahun yang lalu.
Dalam hal itu, beliau kesal apabila terdapat puak-puak Melayu Islam sendiri turut bersekongkol dengan agenda tersebut.
“Ketika fatwa itu dikeluarkan pada tahun 1996, ada paderi-paderi daripada Kanada, Perancis dan Amerika Syarikat menghentam saya kenapa negara kita melarang penggunaan kalimah Allah, tetapi saya bertanya semula kepada mereka, kenapa kamu tidak menggunakan kalimah Allah dalam semua Bible? Mereka memberi jawapan, Allah hanya untuk tuhan Muslim,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, penganut agama Kristian yang hanya meliputi lima peratus penduduk negara ini perlu menghormati sensitiviti masyarakat majoriti Melayu Islam berhubung penggunaan kalimah Allah.
Beliau mengambil contoh dengan apa yang berlaku di India apabila masyarakat Islam di sana digesa menjaga sensitiviti majoriti penganut Hindu supaya tidak menyembelih lembu pada Aidiladha kerana haiwan itu dianggap suci.
“Kita selama ini hidup dalam harmoni dengan saling menghormati sensitiviti agama masing-masing, Islam melarang untuk mencaci agama lain atau mahu bertindak membakar gereja.
“
Kenapa kita boleh menjaga sensitiviti agama mereka sedangkan mereka sukar untuk menghormati sensitiviti Islam? Bersikap adillah sesama masyarakat jangan prejudis,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140109/dn_05/Jangan-pertikai-fatwa-Allah-hanya-untuk-Islam#ixzz2prLiJ9Uv  © Utusan Melayu (M) Bhd


 KOMEN : ORANG KAFIR NI TIDAK AKAN PUAS HATI MEREKA SELAGI MEREKA TIDAK DAPAT MENGHANCURKAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI DAN MAHUKAN ORANG ISLAM TUNDUK DAN MENGIKUT TELUNJUK MEREKA SERTA MENGANUT/MENYEMBAH TUHAN MEREKA YANG BERBENTUK BERHALA… 

Ayuh bersatulah berdiri teguh di belakang JAIS, ia sedang dihina..

OLEH ZAINI HASSAN




Parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan antara yang mengadakan bantahan terhadap tindakan Paderi Lawrence Andrew yang mahu menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja Selangor, baru-baru.
TINDAKAN Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan setelah terdesak.
Terdesak kerana Pas, parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak mahu mempercayai wujudkan gejala penyebaran al-Kitab Bible kepada anak-anak muda kita.
Sebenarnya, setelah berkecimpung selama 25 tahun dengan dunia kewartawanan ini, saya cukup masak dengan kerenah Pas ini. Ia cakap tak serupa bikin.
Riuh sekampung, hasilnya tiada. Yang ada ialah untuk menyemai kebencian kepada orang ramai, terutamanya umat Melayu Islam. Tujuannya ialah supaya orang Melayu menyokong mereka. Untuk apa, untuk politik totok mereka semata-mata.
Apabila tibanya isu seperti JAIS ini mereka sanggup memutar-belit perkataan demi memelihara hati rakan-rakan cauvinis DAP dan PKR.
Wahai pembaca sekelian. Sudah banyak kali Pas berkelakuan sedemikian. Sejak puluhan tahun lalu. Isu hudud diadu-dombakan setiap kali pilihan raya sahaja untuk membuka mata rakyat Melayu supaya membenci pemerintah. Mereka menuduh Pusat tidak mahu melaksanakan undang-undang itu. Namun, amat dikesalkan di Kelantan sendiri, negeri yang mereka perintah sejak pilihan raya umum 1990 — tidak pula dilaksanakan, walaupun secebis kecil daripada undang-undang itu.
Memang benar orang politik ini banyak cakap “tapi tak serupa bikin”.
Bayangkan para juak-juaknya berkata serbuan JAIS adalah bagi mengalih perhatian rakyat kepada isu barang naik! Astagfirullah, macam itu sekali.
Sebagai orang Islam, saya melihat telah berlaku cubaan demi cubaan pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam, terutamanya di Selangor, sejak kerajaan pakatan pembangkang ini memerintah. Gerejanya semakin berani dan paderi mereka juga sudah ke hadapan.
Dulu perkara-perkara mengarut ini tidak pernah kedengaran. Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini.
Kini gerakan pendakwahan Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani?
Pengedaran Bible versi bahasa Melayu dilakukan secara terbuka di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor. Adakah Selangor memberi perlindungan kepada mereka? Apakah ada orang-orang tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini?
Saya rasa Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Exco Selangor ada jawapannya. Beliau telah menolak prinsipnya demi agama Islam yang suci. Tetapi bagi orang Pas ini, apabila Dr. Hasan bercakap benar, dia dicap sebagai fitnah, zalim dan pembohong!
Itulah Pas, yang mula saya kenali daripada lubuknya sendiri di Kelantan, semasa dihantar bertugas di sana 23 tahun lalu. Nik Aziz Nik Mat baru masuk ke pejabat Menteri Besar dan Husam Musa masih berhingus lagi. Sepanjang berada di situ selama kurang 2 tahun, negeri itu penuh dengan politiking. Siang malam cakap politik. Orang itu kafir, orang itu taghut, orang itu zalim, orang itu masuk neraka. Semua yang jahat ialah kerajaan Pusat dan orang UMNO. Hanya mereka yang masuk syurga.
Selama satu generasi itulah rakyat Kelantan diindoktrinasikan otak dan fikiran mereka. Yang putih jadi hitam, yang hitam jadi putih.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan terbabit secara langsung dengan mereka. Itu pasal apabila JAIS mengambil tindakan itu, ia terus disalahkan. JAIS tidak demokratik walaupun ia mengikut peraturan undang-undang dan Perlembagaan.
JAIS dulu semasa di bawah kerajaan yang dijatuhkan, tidak pernah diperlakukan sebegini. Agama Islam terus semarak, dan institusi surau dan masjid berkembang pesat. Mengapa kini ia berlaku semasa di bawah Pas? Apakah Pas malu apabila berita rampasan Bible itu telah menjadi berita dunia? Apakah DAP dan PKR sangat marah?
Apa yang takut sangat, kitab suci al-Quran pun pernah dibakar, dipijak-pijak, dihina oleh Paderi Terry Jones dari Gereja Dove World Outreach Center, Florida di Amerika Syarikat.
Penghinaan itu lebih dahsyat lagi daripada hanya merampas kitab Bible yang dilakukan mengikut undang-undang.
Jangan butakan mata-hati kita semua. Pihak musuh hanya mahu memecah belah umat Melayu Islam. Itu adalah grand design atau agenda besar mereka. Itu semua ialah cubaan neokolonisasi, penjajahan baru mereka bagi menukar sepenuhnya rejim Melayu Islam di negara ini.
Pas masih tidak sedarkah dan terus berfungsi atas dasar politik semata-mata. Mereka sudah tiada perasaan. Wahai rakyat yang waras, marilah kita menyokong JAIS.
Jangan biarkan ia keseorangan — dihentam, dibalun, dipersendakan. Bersatu teguh, bercerai roboh!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140108/re_06/Ayuh-bersatulah-berdiri-teguh-di-belakang-JAIS-ia-sedang-dihina#ixzz2plgnrT1B  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tiada cacat cela, kenapa perlu pinda?

oleh ABDUL YAZID ALIAS

BARU-BARU ini, tiga wakil rakyat DAP di Selangor dilaporkan mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda atas alasan menjaga hak bukan Islam di negeri ini.
Cadangan itu dinyatakan Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San yang masing-masing mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama, DUN Bukit Gasing dan DUN Kampung Tunku. Mereka mengusulkan pindaan dibuat terhadap Sub-Seksyen 9 enakmen terbabit susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Khamis lalu.
Berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 , ada menyatakan seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan Allah atau 34 perkataan Arab termasuk Hadis, Syariah, Khalifah, Fatwa, Alhamdulillah dan Insya-Allah untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.
Selain itu, mereka memberikan hujah kononnya seksyen tersebut bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan beragama.
Sungguhpun begitu, timbul persoalan mengapa ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan beria-ia mencadangkan pindaan dibuat ke atas enakmen tersebut walhal tindakan yang dilakukan JAIS melakukan serbuan dan merampas bible di premis pertubuhan berkenaan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada. Sehubungan itu, adalah tidak wajar apabila tindakan JAIS tersebut dikaitkan kononnya mahu mencampuri urusan agama lain.
Ini kerana di bawah enakmen itu, penggunaan kalimah Allah serta 34 perkataan Arab lain dalam mana-mana penerbitan agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali di negeri ini dan selaku badan yang menguatkuasakan enakmen tersebut, JAIS sememangnya mempunyai hak untuk berbuat demikian. Mengapa pula tiga wakil rakyat terbabit menuding jari kepada JAIS dan mencadangkan pindaan enakmen tersebut dibuat?
Sepatutnya mereka perlu bertanyakan kepada Pertubuhan Bible Malaysia mengapa tidak mematuhi enakmen yang jelas melarang penggunaan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan di negeri ini termasuklah dalam bible sendiri?
Bagi pakar undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin, alasan wakil-wakil rakyat berkenaan kononnya Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 itu adalah bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak tepat sama sekali.
Sebaliknya menurut beliau, enakmen tersebut sebenarnya diwujudkan berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
“Maka perlu difahami bahawa Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 itu dibuat berasaskan lunas undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan. Asasnya dibuat undang-undang (enakmen) ini adalah untuk mengawal perkembangan agama bukan Islam ke atas orang Islam di Selangor.
“Sehubungan itu, undang-undang (enakmen) ini adalah dibentuk berlandaskan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan prosedur operasi standard (SOP) JAIS dalam tindakannya tidak perlu dipersoalkan kerana badan itu menguatkuasakan enakmen yang telah sedia ada,” jelas beliau.
Malah, Sallehuddin turut menyatakan tidak ada cacat-celanya enakmen tersebut termasuklah tindakan JAIS menyerbu dan merampas naskah bible di premis persatuan berkenaan sehingga memerlukan pindaan dibuat.
Walau bagaimanapun, beliau memberikan pandangan bahawa sekiranya enakmen itu memerlukan pindaan, boleh dilakukan hanya dengan matlamat untuk memantapkan lagi kawalan pengembangan agama bukan Islam ke atas orang Islam tanpa adanya sebarang pemansuhan mana-mana sub-seksyen di bawah enakmen itu.
Berdasarkan pandangan Salehuddin itu, ketiga-tiga wakil rakyat terbabit sepatutnya faham terlebih dahulu peruntukan undang-undang yang sedia ada dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu ‘mencari undi’ di kalangan pengundi bukan Islam.
Jika itu yang bermain di fikiran tiga wakil rakyat terbabit, adalah tidak salah rasanya tindakan mereka boleh dianggap sengaja mencetuskan provokasi di antara penganut Kristian dan Islam khususnya di negeri ini.
Ini kerana berdasarkan perkembangan ketika ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang mewakili umat Islam dilihat secara terbuka melahirkan kemarahan serta rasa tidak puas hati mereka terhadap ketiga-tiga wakil rakyat DAP itu ekoran cadangan tersebut.
Bagi NGO-NGO terbabit, cadangan itu merupakan satu penghinaan terhadap Islam selain menyifatkannya sebagai satu usaha untuk memurtadkan penganut agama itu.
Sekiranya ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan memberikan alasan kononnya tidak tahu hukum-hakam Islam, mengapa rakan sekutu beragama Islam daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ‘mentarbiah’ mereka sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan agama Islam?
Hakikatnya, isu kalimah Allah serta larangan pengunaan kalimah-kalimah Arab lain yang telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 tidak sewajarnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak dalam usaha untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang agama khususnya di Selangor.
Ini kerana, matlamat enakmen itu sendiri adalah untuk memelihara keharmonian masyarakat dan sepatutnya dihormati semua pihak.
Adalah amat tidak bertanggungjawab jika ada pihak cuba menjadi ‘jaguh’ dengan mempersoalkan enakmen tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140107/re_01/Tiada-cacat-cela-kenapa-perlu-pinda#ixzz2pfi3gLS5 © Utusan Melayu (M) Bhd 



KOMEN : MASALAHNYA TINDAKAN CINA RASIS DAP TU MENDAPAT SOKONGAN DARI PENCACAI2 PAS DAN PKR YANG TERASA MEREKALAH YANG TERSANGAT ALIM DAN AHLI SYUARGA… KENAPA DILAYAN????




Konspirasi dan fitnah kalimah syirik

KONSPIRASI gerakan Kristianisasi global sedang bergerak dengan begitu agresif termasuk di Malaysia. Paling mutakhir tuntutan mereka untuk diberi hak menggunakan kalimah Allah di dalam kitab dan penerbitan mereka! Apakah kesan yang akan terjadi kelak jika kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara kita?
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak kita mengucapkan “La ila ha illalah – Tidak ada Tuhan melainkan Allah”; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada Allah sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai Allah Maha Esa? Atau dia sedang merujuk kepada Allah Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari Kristian – Allah Bapa, Allah Putera dan Allah Roh Kudus!

Inilah yang perlu kita fahami. Itulah kesan secara langsung yang akan berlaku jika pihak Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara ini. Dalam satu insiden perkahwinan artis terkenal di sebuah negara jiran, pengantin lelakinya beragama Islam manakala wanitanya beragama kristian. Lalu si wanita ditanya apakah dia akan memeluk agama Islam menuruti bakal suaminya. Jawapan wanita pelakon terkenal lagi jelita ini wajar menjadi iktibar dan pengajaran buat kita: Apa perlu saya menukar agama! Bukankah tuhan saya dan tuhan dia sama – Allah! Na’uzubillah minzalik!

FIRMAN Allah SWT, “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali reda dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada Allah” (Al-Baqarah: 120)
TUNTUTAN TITULAR ARCHBISHOP KUALA LUMPUR
Kemelut isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh Titular Archbishop Kuala Lumpur (Gereja) masih berterusan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 yang membenarkan pihak Gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bernama The Herald.
Asas kepada keputusan itu antara lain adalah kerana kalimah Allah sudah diguna pakai oleh kristian di Sabah dan Sarawak buat sekian lama. Maka berdasarkan Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, pihak gereja, kata Mahkamah, sewajarnya dibenarkan dan dijamin kebebasan menggunakan kalimah Allah dalam menjalankan amalan agama mereka.
Saya tidak bercadang mengupas kes ini kerana ia masih di peringkat rayuan yang akan didengar pada 22 September ini. Kita akan memberi ruang dan peluang supaya Mahkamah Rayuan dan sistem kehakiman Malaysia dibenarkan mendengar rayuan ini menurut lunas undang-undang sedia ada.
BIBLE AL-KITAB
Bagaimanapun, saya berpeluang membaca secara sepintas lalu sebuah terjemahan Bible dalam bahasa Melayu yang dipanggil Al-Kitab. Memandangkan ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka saya berhak untuk mengulas dan membuat komen yang sepatutnya tanpa bermaksud menghina atau memperlekeh agama kristian.
Satu perkara fundamental yang saya dapati setelah membaca Bible Al-Kitab versi Melayu ini ialah sebenarnya ia bukan Kitab Injil seperti yang umat Islam fahami. Ia sebenarnya adalah terjemahan kitab yang dipanggil Bible daripada versi bahasa Inggeris.
Selain al-Quran, kita umat Islam dituntut mempercayai kitab Taurah (Nabi Musa a.s), Injil (Nabi Isa a.s) dan Zabur (Nabi Daud a.s). Malah mempercayainya adalah sebahagian daripada Rukun Iman. Kita percaya sebagaimana al-Quran, kitab Taurah, Injil dan Zabur adalah wahyu daripada Allah. Sebab itu kita memanggil mereka yang beriman dengan kitab-kitab itu sebagai ahli kitab, dan kepercayaan mereka disebut sebagai agama wahyu.
Bagaimanapun, kita umat Islam mempercayai Kitab Taurah dan Injil yang asal sudah tidak ada, malah apa yang ada hari ini kita percaya telah diselewengkan. Saya tidak bercadang untuk membahaskan isu ini kerana menumpukan kepada isu kalimah Allah. Mungkin kita akan bahaskannya di forum yang lebih bersesuaian.
Yang kita tahu, apa yang dipanggil Bible oleh penganut Kristian sebenarnya adalah gabungan dua buah buku yang dipercayai kitab suci oleh umat kristian iaitu Old Testament (Kitab Perjanjian Lama) dan New Testament (Kitab Perjanjian Baru).
Kitab Perjanjian Lama dijadikan kitab suci bagi penganut agama Yahudi (selain Tsalmud dan lain-lain). Kitab Perjanjian Lama ini adalah kitab bagi penganut Yahudi dan masih kekal digunakan oleh mereka dalam bahasa Hebrew atau Ibrani.
Kitab Perjanjian Baru pula adalah buku yang dikatakan ditulis oleh seorang pendeta Kristian berbangsa Roman bernama Saul (nama beliau dipopularkan sebagai Paul sekarang ini). Buku asal yang dipanggil Kitab Perjanjian Baru tulisan Saul ini adalah dalam bahasa Greek.
Pihak gereja Kristian kemudiannya telah menggabungkan kedua-dua Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru ini dan diberi label sebagai Bible. Kitab Perjanjian Lama diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama daripada teks asal bahasa Ibrani, manakala Kitab Perjanjian Baru diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama daripada bahasa asal Greek.
Maknanya Bible versi bahasa Inggeris yang ada pada masa ini adalah terjemahan ke bahasa Inggeris daripada bahasa Hebrew (bagi Perjanjian Lama) dan bahasa Greek (bagi Perjanjian Baru). Gabungan kedua-dua kitab ini dipanggil Bible.
Kitab Bible versi bahasa Inggeris inilah yang menjadi sumber kepada penterjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia yang dipanggil Bible Al-Kitab. Saya tidak bercadang mengupas tentang kewujudan begitu banyak Bible yang berlainan versi. Ini telah dikupas dengan begitu baik oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan rujukan boleh dibuat kepada kupasan beliau.
BIBLE ASAL
Apa pun, kita perlu sedar bahawa Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s adalah berbangsa Yahudi. Oleh itu kitab asal yang diturunkan kepada mereka sudah tentu dalam bahasa Yahudi; iaitu bahasa Hebrew Aramaic atau Ibrani.
Bermakna yang boleh dan layak dipanggil kitab suci ialah teks dalam bahasa Ibrani, iaitu bahasa  yang diguna pakai oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Itulah kitab yang sepatutnya menjadi autoriti. Sebagaimana al-Quran dalam bahasa Arab bagi umat Islam.
Maka dalam membahas persoalan kalimah ketuhanan dalam fahaman dan kepercayaan agama Kristian, kita wajib merujuk semula kepada kitab-kitab asal ini.
Bermakna apabila terjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia dibuat, ia sudah melalui tiga terjemahan – Ibrani – Greek – Inggeris lama – Inggeris baru – Melayu-Indonesia!
Ini bermakna Bible Al-Kitab versi bahasa Melayu-Indonesia tidak layak dipanggil kitab suci asal, sebaliknya ia hanyalah sebuah terjemahan.
Sebagaimana terjemahan teks asli al-Quran dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Inggeris oleh Yusuf Ali, atau ke dalam bahasa Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih atau Buya Hamka.
Kita umat Islam tidak boleh memanggil terjemahan Yusuf Ali, terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih atau terjemahan Buya Hamka sebagai al- Quran. Ia hanya terjemahan al-Quran, sebab itu memegangnya tidak perlu berwuduk; malah jika dalam keadaan hadas besar pun masih boleh memegang dan membaca terjemahannya.
Sekurang-kurangnya terjemahan al-Quran dibuat berdasarkan dan bersumberkan terus daripada teks asal al-Quran berbahasa Arab, dengan teks asal Arab sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW tetap ditulis dalam terjemahan tersebut. Sebaliknya terjemahan Bible Al-Kitab versi Melayu-Indonesia langsung tidak disertai dengan teks asal bahasa Ibrani.
Jadi dakwaan menyatakan Bible atau Al-Kitab terjemahan bahasa Melayu-Indonesia sebagai kitab suci asal dan asli adalah tidak berasas sama sekali. Ia hanyalah satu terjemahan!

Pernahkah umat Islam ganggu hal agama lain?

Oleh ROHAMI SHAFIE

ALHAMDULILLAH syukur kita ke hadrat Allah SWT, kini, minggu kedua kita berpuasa. Semoga ibadah kita bertambah baik dan diterima oleh-Nya. Dalam minggu pertama bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia diuji dengan pelbagai perkara. Paling nyata, agama Islam dihina di laman-laman sosial. Apakah tujuan mereka ini menghina agama Islam, hanya mereka sahaja mengetahui helah sebenarnya.
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja perkara yang membabitkan sensitiviti agama Islam dibangkitkan dengan berani di laman-laman sosial. Adakah mereka ini tidak mengetahui apa yang disentuh itu amat sensitif bagi umat Islam Malaysia?
Atau mereka ini cuba menguji kesabaran umat Islam sama ada terdapat tindak balas terhadap mereka. Islam di Malaysia dianuti bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain. Tetapi sememangnya majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu cukup menjaga agama mereka.
Cukup pantang bagi orang Melayu, agama mereka dihina. Bagi mereka hidup dan mati mereka adalah untuk agama Islam. Kalau tidak, mustahil berlakunya kacau bilau mengenai isu agama Islam bagi insan bernama Natrah sebelum merdeka lagi. Umat Islam ketika itu amat mempertahankan agama Islam.
Tidak cukup dengan itu, sepanjang negara kita dijajah, penjajah cuba menyebarkan agama lain kepada orang Melayu. Namun, keteguhan dan cintanya orang Melayu ke atas agama Islam tidak mampu diganggu-gugat. Setiap zaman ada cabarannya. Cabaran dahulu lebih dalam bentuk fizikal tetapi kini cabarannya secara halus dalam usaha untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam.
Perang melalui internet merupakan usaha terbaru dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Terdapat pelbagai cara untuk ‘menjajah’ hati umat Islam. Penyebaran pelbagai fahaman dan ajaran sesat bersama-sama hadis yang tidak diketahui kesahihannya. Yang pasti musuh-musuh Islam tidak akan senang duduk selagi usaha menyebarkan agama lain kepada umat Islam tidak berjaya.
Mereka mengetahui betapa umat Islam Malaysia cukup sukar untuk disentuh dalam hal-hal agama. Musuh-musuh Islam juga cuba untuk melaga-lagakan umat Islam Malaysia dengan pelbagai cara. Setelah mereka berjaya melaga-lagakan umat Islam di Mesir dan Syria, Malaysia pula menjadi sasaran mereka.
Isu kalimah Allah tidak semena-mena dibangkitkan dalam bulan mulia ini. Sekali lagi apakah niat mereka? Pernahkah umat Islam di Malaysia mengganggu atau menyentuh hal-hal sensitif agama lain? Sepanjang pengetahuan penulis, tidak pernah sama sekali! Malahan, umat Islam Malaysia sentiasa menjaga sensitiviti agama lain. Inilah yang diajar oleh agama Islam.
Sikap bertolak ansur dan toleransi umat Islam seolah-olah tidak dihargai. Setiap kali agama Islam dihina, hanya ucapan mohon maaf diucapkan selepas itu. Adakah dengan permohonan maaf sahaja mampu mengubati hati yang terluka? Hati umat Islam bukan setakat terluka, bahkan lukanya amat dalam sekali.
Hakikatnya, umat Islam tidak mahu lagi isu yang menyentuh agama Islam diperkatakan lagi! Sukar sangatkah untuk kita memahami sensitiviti agama orang lain?
Umat Islam tidak mahu setakat amaran, amaran dan amaran apabila membabitkan agama Islam. Umat Islam Malaysia hanya mahukan tindakan, tindakan dan tindakan! Isu ini perlu ditangani dengan tindakan bukan setakat amaran sahaja.
Rata-rata yang berani menyentuh sensitiviti agama Islam adalah golongan muda. Tidakkah kita terfikir pemikiran bebas ala-Barat telah meracuni golongan muda ini. Mana ada dalam dunia ini, negara yang benar-benar bebas. Di Amerika Syarikat (AS) sendiri pun masih ada undang-undang ala-ISA tapi pada masa yang sama golongan liberal baru ini amat taksub dengan kebebasan ala-AS.
Penulis juga terfikir adakah kerana umat Islam Malaysia nampak tidak bersatu angkara politik telah menyebabkan mereka ini cuba mengambil kesempatan atas umat Islam Malaysia. Percayalah, apabila menyentuh hal ehwal agama Islam, umat Islam Malaysia kembali bertaut dan bersatu tidak kira apa pun ideologi politik!
Usah menghina agama Islam! Usah juga cuba untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam Malaysia!
Umat Islam akan kembali bersatu apabila agama suci Islam ditentang! Mungkin kerana orang Islam di Malaysia sejak dahulu lagi tidak menguasai ekonomi dan kini kuasa politik pun semakin berkurangan menyebabkan mereka seolah-olah nampak begitu lemah? Tidak! Itu andaian yang cukup salah.
Islam tetap akan dipertahankan sehingga titisan darah terakhir. Selagi nyawa dikandung badan, Islam tetap dipertahankan! Ketika agama Islam dihina dalam bulan Ramadan, seperti biasa umat Islam terpaksa pula menangung kos pembelian juadah berbuka puasa yang semakin tinggi. Contohnya harga ayam.
Cara sebegini sudah lama boleh dibaca tetapi mereka masih tidak menghiraukan keselesaan umat Islam. Adakah mereka ini peniaga yang baik? Mengambil kesempatan terhadap umat Islam di bulan Ramadan. Serangan tersurat dan tersirat inilah perlu membuka mata seluruh umat Islam di bulan Ramadan ini.
Usah lagi kita sibuk bercakaran hanya kerana politik! Usah lagi kita menegakkan fahaman liberal ala-Barat yang penuh songsang dan berkeceramuk. Usah juga kita menuding jari sesama Islam hanya semata-mata dahagakan undi. Usah juga kita menabur fitnah dan mengumpat sesama Islam!
Ramadan ini adalah bulan perpaduan dan perpaduan amat dituntut dalam Islam. Sama-samalah kita bersatu padu menegakkan agama suci Allah di bumi Malaysia! Demi Islam, agama yang sebenar-benarnya di sisi Allah SWT.

TETIBA AJE BERBUNYI… ADA LAGI DIA…

Boleh didakwa di bawah Akta Hasutan

Abdul Gani Patail

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam laman Facebook mereka.
Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika memberi maklum balas terhadap tindakan biadab pasangan tersebut.
Malah beliau menegaskan pasangan itu juga boleh disiasat serta didakwa menerusi peruntukan atau undang-undang lain termasuk peruntukan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
”Bukan sahaja Akta Hasutan, kita ada peruntukan undang-undang di bawah SKMM dan sebagainya. Bergantung mana satu undang-undang.
”Tetapi dalam menentukan pertuduhan dibuat, kita kena lihat dari segi undang-undang, fakta dan niat orang itu. Sudah tentu Akta Hasutan dan mereka boleh didakwa. Pertimbangan harus dan akan dibuat (pendakwaan),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Jenayah Siber dan Perundangan : Trend Terkini dan Cabaran Pelaksanaan di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP) di Bangi, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.
Semalam, Alvin dan Vivian yang telah mempersendakan umat Islam dan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi), hadir memberi keterangan di pejabat SKMM, di sini.
Kedua-dua mereka memberi keterangan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menyalah guna kemudahan rangkaian sosial.
Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Operasi SKMM, Zulkarnain Mohd. Yassin sambil menambah SKMM akan segera menyerahkan kertas siasatan itu kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Pelbagai pihak melihat tindakan pasangan itu sebagai biadab dan mendesak kerajaan supaya mengenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada tanpa ‘membebaskan’ mereka hanya dengan permohonan maaf.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, siasatan berhubung kes mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan membabitkan pasangan kontroversi itu dijangka siap dalam masa terdekat.
Katanya, SKMM akan memaklumkan kepada umum sekiranya siasatan telah selesai tetapi buat masa ini segala siasatan masih belum boleh didedahkan.
“Kes masih dalam siasatan dan dijangka siap dalam masa terdekat ini. Apabila selesai nanti, kami akan adakan sidang akhbar dan memaklumkan kepada umum,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
KOMEN : KENAPA PERLU NAK MEMILIH AKTA ATAU UNDANG-UNDANG TERTENTU KALAU DAH NYATA MEREKA MELANGGAR SEGALA UNDANG-UNDANG DAN AKTA YANG ADA… GUNAKAN SEMUANYA SUPAYA TAK TERLEPAS… MELAINKAN HAKIM GILA AJE YANG AKAN LEPASKAN ANAK HARAM NI….