Satu fakulti di lima universiti awam dipilih sebagai perintis iCGPA

10 Ogos 2015 5:15 PM
IDRIS Jusoh beramah mesra bersama tetamu yang hadir semasa majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, di Putrajaya hari ini. – Foto RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 10 Ogos – Sebuah fakulti di lima universiti awam akan dipilih sebagai perintis kepada pelaksanaan sistem penilaian pelajar baharu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, ia melibatkan kira-kira 300 pelajar baharu bagi kemasukan September 2015 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Katanya penilaian meliputi sembilan aspek iaitu kefahaman akademik; kemahiran akademik; pemikiran kritikal dan saintifik; kemahiran berkomunikasi; kemahiran sosial, berkumpulan dan kemanusiaan; etika, moral dan profesionalisme; pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; pengurusan dan keusahawanan; dan kepimpinan.
Menurutnya, iCGPA dapat mengatasi masalah ketidaksepadanan antara kualiti graduan dan kehendak majikan memandangkan sistem sedia ada hanya mengukur kemampuan akademik pelajar.
“Kita sentiasa mendengar komen mahukan graduan yang holistik, mempunyai ciri keusahawanan dan seimbang. Inilah yang kita harap dapat lahirkan melalui iCGPA,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan sambutan Aidilfitri KPT, di sini hari ini.- BERNAMA
Advertisements

SELAMAT HARI GURU

Gabung tindakan tepat – TPM

MUHYIDDIN Yassin melakukan gimik Pelancaran Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi. Turut kelihatan dari kiri Abdul Ghafar Mahmud, Idris Jusoh, Mohamad Hasan, Mary Yap Kain Ching, P. Kamalanathan dan Dr. Rosli Mohamed. – UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN 16 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung adalah satu keputusan tepat.
Kata Timbalan Perdana Menteri, pelantikan seorang Menteri Kedua juga melambangkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk melihat bidang pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.
Muhyiddin juga berkata, beliau telah mendapat keizinan daripada Perdana Menteri supaya menggunakan nama Kementerian Pelajaran sahaja bagi penggabungan dua kementerian.
Menurutnya, sebelum ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diumumkan sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.
”Dengan penggabungan kedua-dua kementerian ini kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.
”Usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara,” kata beliau ketika melancarkan sambutan Hari Guru kali ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Sambutan Hari Guru kali ke-42 tahun ini membawa tema, Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda, sekali gus mencerminkan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi berkata, setiap institusi pendidikan dalam negara ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra dan akrab.
Sementara itu, Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru di Lahad Datu, Sabah ketika berhadapan dengan situasi pertempuran serangan pengganas Kiram, baru-baru ini.
“Saya mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Cikgu Saabi Hasin dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Buani Lahad Datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolah sementara untuk anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makan dan minum mereka.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Catherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang sanggup berada dalam kawasan pertempuran dan mengajar murid dari sekolah berlainan,” katanya di Stadium Tertutup Nilai, dekat sini malam tadi.
Justeru kata Muhyiddin, ini adalah contoh guru yang disanjung tinggi.
 

KOMEN : CONTOH GURU YANG TAK PATUT DI IKUTI… CIKGU SAMSUDDIN DAN YANG MENYOKONG PUAK PEMBANGKANG…

UiTM sedia 50,000 tempat

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) menawarkan 50,000 tempat di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah untuk ambilan perdana pada Mei ini.
Naib Canselor UiTM, Datuk Sri Prof. Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, maklumat terperinci berkaitan program pengajian dan syarat kemasukan boleh diperoleh semasa Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.
”Program tahunan ini menjadi pusat sehenti bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi serta pembiayaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / setaraf.
”Malah, ambilan kali ini adalah unik kerana para pelajar boleh mendapatkan double major untuk pengajian di peringkat diploma dan ijazah yang berlainan,” katanya kepada Helo Kampus di pejabatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Menurut beliau, tujuan utama ekspo itu untuk mempromosi dan menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baharu yang ditawarkan oleh UiTM mulai sesi akademik 1 2013/2014.
“Ekspo ini juga bertujuan menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke program Mengubah Destini Anak Bangsa,” ujarnya.
Di samping itu, ekspo itu juga bermatlamat mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksasaan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan UiTM melalui aplikasi Dalam Talian Sistem dan Sistem Selangkah.
Pengunjung ekspo juga berpeluang untuk mengetahui maklumat mengenai pelaksaan dasar pemilihan kemasukan ke UiTM yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.
Sahol Hamid memberitahu, melalui ekspo berkenaan, dapat memastikan calon IPT mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dipilih demi mengurangkan kadar ‘tersalah pilih program’ dan ‘pertukaran program’.
Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 23 dan 24 Mac ini kecuali di Terengganu iaitu pada 30 dan 31 Mac.

UiTM kekal gelaran ‘Raja Libas IPT’ 2012

DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012

Johan setiap kategori Karnival Sepaktakraw Kebangsaan KPT- UiTM 2012 bersama trofi dan hadiah iringan di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, kelmarin.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan keunggulan sebagai jaguh kategori institusi pengajian tinggi (IPT) apabila membolot gelaran juara dan naib juara Karnival Sepaktakraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-UiTM Ke-6 2012, kelmarin.
UiTM D (Mohd. Noorhakimi Marzukhi dan pelibas kebangsaan, Al Alhamidi Ayob serta bekas pemain negara, Kamarudin Mat Arshad) berentap sengit dalam tempoh 45 minit untuk menewaskan UiTM B (Mohd. Md. Rashid, Badri Abdul Rahman, Fakarudin Mohamad Zain) 2-1 (17-15, 15-11, 15-13).
Mereka membawa pulang ganjaran kemenangan RM2,300, piala dan pingat selepas perlawanan akhir di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, Selangor itu yang turut disaksikan Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.
Inilah gelaran keempat kategori IPT karnival yang berjaya dikuasai tuan rumah dengan mengatasi 23 regu lain, selepas 2008, 2009 dan tahun lalu sementara Universiti Raja Mongkut dan Majlis Sukan Politeknik meraihnya pada 2007 dan 2010.
Staf UiTM yang dibarisi bekas pemain negara bagaimanapun terlepas peluang untuk meneruskan rentak cemerlang tuan rumah apabila disekat dalam perlawanan akhir kategori Terbuka oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) B 0-2.
Kejayaan regu Yussyairil Amir, Mohamad Arif Busu dan Mohd. Najib Iman itu membolehkan mereka meraih RM1,500 selain piala dan pingat sementara lawan, Syazwan Husin, Hamikhairi Roslan dan Zulhafizazudin Rosslan memenangi RM1,000.
MPSJ memerlukan 50 minit untuk memastikan kejuaraan acara kemuncak itu setelah menang 15-7, 15-10 manakala seperti diduga, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) pula membuktikan keunggulannya sebagai jaguh peringkat sekolah dengan status sekolah projek sepaktakraw nasionalnya.
SSTMI yang dibimbing bekas pemain negara, Ismail Atan menjuarai kategori Bawah 15 dan 18 Tahun setelah masing-masing menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 ‘C’ dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) 2-0 (15-11, 15-10) dan (15-10, 16-14).
Sebanyak 104 regu menyertai karnival selama tiga hari melibatkan tujuh kategori ini iaitu 15 bagi Terbuka, 24 IPT, 14 Kampus UiTM, 16 Bawah 15, 15 Bawah 18, sembilan Wanita dan sembilan Media yang menawarkan ganjaran kemenangan hampir RM20,000.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA…

Proaspirasi kuasai pemilihan MPP

Barisan kepimpinan kumpulan proaspirasi yang memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan meraikan kemenangan mereka bersama Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Mohamed Mustaffa Ishak (barisan belakang, tengah) di universiti tersebut di Sintok, Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Keputusan pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di 16 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini menyaksikan kemenangan besar bagi kumpulan proaspirasi.
Dalam keputusan yang diumumkan setakat pukul 10 malam ini, kumpulan berkenaan mencapai kejayaan besar di tujuh buah IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Berdasarkan kedudukan itu, ia bermakna kumpulan proaspirasi menerajui 11 dari 20 IPTA di seluruh negara. Sebelum ini kumpulan tersebut menguasai empat IPTA berikutan kemenangan calon-calonnya termasuk tanpa bertanding pada Khamis lalu.
Empat IPTA tersebut ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan memenangi 26 daripada 27 kerusi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 30 kerusi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (28 kerusi) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) (226 kerusi).
Terdapat empat universiti yang sudah selesai melakukan pengundian menggunakan calon individu tanpa kecenderungan mana-mana kumpulan iaitu Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Di Universiti Malaya (UM), daripada 43 kerusi yang dipertandingkan kumpulan proaspirasi menguasai 19 kerusi, promahasiswa (20 kerusi), bebas (dua kerusi) dan dua kerusi lagi mencatatkan jumlah undi yang sama antara calon proaspirasi dan promahasiswa.
Bagaimanapun keputusan di tiga lagi IPTA masih belum diketahui iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pemilihan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula terpaksa dilakukan semula dalam tempoh seminggu dari hari ini selepas berlaku masalah teknikal.
Di UMK, kumpulan proaspirasi menguasai pemilihan apabila memenangi 10 daripada 14 kerusi yang dipertandingkan manakala di UTM kumpulan itu menang majoriti dengan 32 kerusi dan promahasiswa hanya 4 kerusi.
Kejayaan kumpulan proaspirasi berterusan di UPNM, apabila memenangi 11 kerusi lagi setelah tiga kerusi menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon Jumaat lalu.
Kumpulan proaspirasi turut mencapai kejayaan di UMP apabila memenangi 18 kerusi berbanding promahasiswa enam kerusi.
Di UUM, calon proaspirasi mencapai kejayaan cemerlang membolot 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.
Keputusan pengundian tidak rasmi di UPM pula menyaksikan kumpulan cenderung proaspirasi memenangi 40 kerusi daripada 47 yang dipertandingkan dengan 80.37 peratus daripada 14,706 pelajar keluar mengundi.
Di UPSI, kumpulan proaspirasi mencatat peningkatan apabila memenangi 25 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan berbanding hanya 21 kerusi pada tahun lalu.
Dalam pada itu, di UMS menunjukkan jumlah peratusan tertinggi warga kampus keluar mengundi iaitu 72.3 peratus atau hampir 11,000 orang, berbanding sebanyak 62 peratus sebelum ini.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA…

Kampus UiTM Raub siap tiga tahun lagi

DARI UTUSAN MALAYSIA
2/8/2012

Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Masyarakat Daerah Raub yang dihadiri kira-kira 10,000 rakyat di Padang Awam Kampung Gali Tengah, Raub, semalam.

RAUB 1 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub bernilai RM230 juta.
Menurut Perdana Menteri, pembinaan kampus UiTM itu akan siap dalam tempoh tiga tahun dengan kerja-kerja awal pembersihan tapak sudah mula dilakukan.
“Insya-Allah saya akan datang sekali lagi ke Raub pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian bagi merasmikan majlis pelancaran pembinaan kampus UiTM ini.
“Dengan adanya kampus baru UiTM ini, pasti akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk dan kemajuan ekonomi daerah ini,” katanya.
Najib berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Masyarakat Daerah Raub di Padang Awam Kampung Gali Tengah di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahirudin Ab Moin dan Duta Khas negara, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.
Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama penduduk.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan pembinaan sebuah masjid baru untuk penduduk Kampung Gali Tengah.
Sementara itu, Najib mengajak rakyat menilai kemampuan pakatan pembangkang dalam menjamin keharmonian untuk negara seperti mana yang dilakukan BN.
Katanya, dalam negara yang penuh kepelbagaian seperti Malaysia, ia bukan mudah untuk memastikan kestabilan namun kerajaan yang ada pada hari ini berjaya tunaikannya sejak kemerdekaan.
“Tapi kita tak jamin mereka boleh dapat tunai. Kalau dalam soal asas termasuk Perlembagaan negara mereka tak boleh sepakat, maka satu persoalan besar kita boleh lontar apakah mereka mampu jamin keharmonian,” jelasnya.
Dalam pada itu, Najib menyeru pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencontohi sikap kesetiaan panglima perang Islam, Khalid al-Walid yang taat kepada keputusan pemimpin walaupun ketika menerima berita digantikan.
“Apabila menerima berita digantikan dengan panglima lebih muda, Khalid al-Walid terima dengan penuh terbuka dan memberi penghormatan kepada penggantinya.
“Kalau nak menang mesti setia kepada pemimpin. Ini perjuangan yang bagi sesiapapun kalau setia pada pemimpin akan menang termasuk kita UMNO dan BN,” ujarnya.

UiTM DULU (ITM) DAN SEKARANG…

Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) kini tidak seperti ITM dulu. Mahasiswanya kini tidak seperti dulu. Kini mereka mendapat PTPTN, dulu tiada. Pelajar miskin dulu rata-rata akan menderu ke Dewan Makan untuk menikmati juadah makan tengah hari, makan malam atau sarapan yang tidak seberapa, dengan lazatnya.
Kami semua bersyukur ketika itu. Amat-amat bersyukur, kerana wang di poket ada kalanya terputus. Makan tengah hari pada hari Jumaat ditunggu-tunggu kerana ia merupakan hidangan istimewa: nasi beriani dengan ayam masak merah. Hari-hari biasa selalunya ikan cencaru keras yang disebut dengan panggilan ikan jaket.
UiTM kini lain daripada ITM dulu. Pelajar-pelajar datang ke kampus berkereta. Sekurang-kurangnya Kancil atau MyVi. Parking di dalam kampus di Shah Alam penuh sehinggakan parking pensyarah pun diambil alih. Telefon tangan canggih-canggih belaka. iPad dan tablets tidak asing. Belajar dalam suasana yang amat selesa. Mereka cukup beruntung.
Namun UiTM sekarang bukan seperti ITM dulu. Dulu perjuangan mereka ialah untuk masa depan bangsa. Pelajar-pelajar baru didedahkan dengan semangat lagu Warisan: Anak Kecil Main Api. Semua mereka menyanyikan lagu itu dengan linangan air mata. Dulu sekitar 1970‘an pejuang-pejuang pelajar berjuang untuk masa depan bangsa dan negara.
Kini UiTM sudah mempunyai pelajar seperti Khalid Mohd. Ismath. Pelajar yang diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Pada 1970-an ITM pun mempunyai pelajar seperti dia bernama Ibrahim Ali, tapi perjuangan mereka berbeza. Ibrahim berjuang atas idealisme siswa, sementara Khalid atas dasar menjadi alat parti politik.
‘‘
Jauh bezanya pelajar sekarang dan dulu. Dulu kami Kesatuan Siswa ITM (KSITM) berslogankan Bumiputera Bertindak. Memperjuangkan untuk ITM ditukar menjadi Universiti. Berjuang untuk kursus-kursus diploma tertentu dinaik taraf menjadi ijazah. Itu perjuangan kami. Kami tidak diperkuda-kudakan oleh mana-mana parti politik,” katanya yang menjadi Presiden KSITM pada 1974, sewaktu berlakunya demonstrasi besar-besaran oleh para pelajar ITM.
Tarikh demonstrasi ialah 22 April 1974. Berlaku tunjuk perasaan terhebat dan luar biasa membabitkan 6,000 pelajar ITM. Tepat jam 12 tengah malam, kesemua 6,000 pelajar itu berbaris panjang dan berarak dari Shah Alam untuk ke bangunan Parlimen bagi menuntut taraf ITM dinaikkan.
Dalam perjalanan itu, menurut Ibrahim, 1,500 ditangkap, kira-kira 200 ke 300 dibawa di hospital, hanya lebih kurang 300 sahaja yang berjaya tiba di bangunan Parlimen.
Yang luar biasa, semasa berjalan mereka tiba di Stesen Kereta Api Batu 3, sekumpulan pelajar merampas kereta api dan para pelajar kejuruteraan mengambil alih membawa jentera itu untuk ke Kuala Lumpur.
Polis terpaksa bertindak dan ‘‘kami dapat melihat tabung-tabung gas pemedih api ditembak bagaikan percikan bunga api.”
‘‘
Hasil daripada peristiwa itu, ITM ditutup, namun kampus itu diambil alih oleh para pelajar selama dua minggu. Pelajar Hotel Catering menyediakan makanan, pelajar Komunikasi (Mass Comm) melakukan perang saraf media, pelajar kejuruteraan menjalankan peranan mereka.
‘‘Kami bertahan selama dua minggu di kampus Shah Alam, Jalan Othman dan Seksyen 17 Shah Alam.”
Kemudian perundingan dengan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein pun berjalan. ‘‘Saya mengetuai perjumpaan dengan Tun Razak dan Tan Sri Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri) di Jabatan Perdana Menteri. Pada waktu itu semua ibu bapa kepada Exco-Exco KSITM dibawa ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di Hotel Hilton untuk memujuk para pemimpin pelajar menghentikan tunjuk perasaan.”
Dalam perundingan itu, cerita Ibrahim lagi, Tun Razak memberikan surat perakuan kepadanya selaku Presiden KSITM bahawa kerajaan bersetuju untuk menaik taraf sebahagian daripada Diploma ITM menjadi Ijazah Am, tetapi dengan syarat pulang ke kampung dahulu.
ITM kemudian ditutup selama sebulan. Para pemimpin itu tidak pulang ke kampung, sebaliknya berkampung di bangunan MAYC di Jalan Syed Putra setelah mendapat kebenaran daripada Presiden MAYC ketika itu, Sanusi Junid (Tan Sri). ITM kemudian dibuka semula sebulan selepas itu sekitar awal Jun 1974. Sebahagian Diploma kemudian diiktiraf sebagai Ijazah Am.
‘‘
Itulah perjuangan kami ketika itu,” kata Ibrahim, bekas pelajar Komunikasi Massa ketika itu yang kemudian Diplomanya diiktiraf sebagai Ijazah Am. Ibrahim kemudian disumbat ke dalam ISA pada Disember tahun yang sama kerana terbabit dalam demonstrasi Baling dan demonstrasi menuntut ITM dijadikan Universiti.
Perjuangan beliau tidak habis sampai di situ sahaja. Perjuangannya bagi menuntut ITM dijadikan universiti tidak putus-putus. Selepas keluar daripada tahanan ISA pada 1978, beliau menyertai politik. Menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas pada 1986 beliau masih tidak putus bercakap mengenai ITM untuk dijadikan universiti.
‘‘
Saya dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1992 dan masih bercakap mengenai isu yang sama sehinggakan Dr. Mahathir pernah berseloroh Ibrahim tak ada kerja lain asyik cakap pasal perkara itu sahaja.
‘‘
Pada 1999 saya dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal undang-undang, saya mengadakan perhimpunan siswazah ITM di Stadium Malawati Shah Alam dengan menjemput Dr. Mahathir merasmikannya. Semua tokoh-tokoh korporat besar negara lulusan ITM turut hadir. Datuk Najib Tun Razak selaku Menteri Pelajaran juga hadir. Sebelum saya berucap saya sekali lagi bertanya kepada Dr. Mahathir memohon supaya beliau mengumumkan ITM dijadikan universiti.
‘‘
Dr. Mahathir kemudian toleh ke arah Najib dan bertanya kalau dia umum ITM jadi universiti hari ini bolehkah dari segi perundangan? Najib berkata, tiada masalah ia boleh dilakukan. Maka pada hari itu bertukarlah ITM menjadi universiti atau dikenali sebagai UiTM,” kata Ibrahim kepada saya dalam satu pertemuan selepas majlis penganugerahan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Pengarah pertama ITM, Tan Sri Arshad Ayub dengan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa serta diangkat sebagai Bapa Modal Insan Pribumi Perkasa, Ahad lalu.
Ibrahim masih tidak puas hati. Beliau mahu melihat sebuah universiti Melayu Bumiputera itu yang selama ini dipandang rendah oleh orang lain, termasuk bangsanya sendiri, dipandang tinggi. Ibrahim bertanya kepada Dr. Mahathir, UiTM perlu ditubuhkan Fakulti Perubatan, atau jika tidak ia akan terus dipandang rendah.
‘‘Dr. Mahathir kemudian meluluskan penubuhan fakulti perubahan UiTM yang kini adalah antara fakulti yang paling susah untuk dimasuki berdasarkan meritnya yang tinggi,” katanya.
Perjuangan belakang tabir Ibrahim terhadap ITM dan UiTM tidak selesai apabila dengan menggunakan inisiatifnya, beliau menubuhkan Yayasan Budiman, yayasan yang kini menaja para pelajar sederhana yang miskin mencapai cita-cita mereka untuk menjadi kumpulan profesional melalui program Destinasi Anak Bangsa. Para pelajar sederhana ini diambil menjalani kursus pra-diploma selama enam bulan dengan dibiayai oleh yayasan ini sehinggalah mereka mampu melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan atau kejuruteraan dan menjadi akauntan dan jurutera profesional.
Itulah perjuangan para pemimpin pelajar dahulu. Bukan macam Khalid Mohd. Ismath yang terbabit dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini. Dia dipengaruhi oleh Ambiga, Tian Chua, Mat Sabu dan lain-lain. ‘‘Jauh bezanya perjuangan kami dengan para pelajar sekarang. Kami tidak dipengaruhi oleh parti politik. Dulu kami tidak mengizinkan langsung dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Kami bukan anti kerajaan, tapi kami berjuang untuk suasana kampus yang lebih baik, duit poket lebih dan untuk anak bangsa. Kami tidak menentang kerajaan dan kami masih boleh berunding dengan para menteri, TPM dan PM,” katanya.
Semasa di bawah Arshad Ayub dulu, kata Ibrahim beliau menggalakkan para pelajarnya berfikiran kritikal, tetapi berpandukan kepada isu-isu dan bukan untuk menentang kerajaan.
Ibrahim menjangkakan dengan pindaan undang-undang Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan para pelajar menjawat jawatan dalam parti politik maka keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.
Para pelajar sekarang suka take side. Dan lebih teruk apabila para pelajar ini dibawa oleh parti-parti politik pembangkang semasa cuti untuk dicuci fikiran mereka menentang kerajaan,” katanya.
Itulah yang membezakan ITM dan UiTM sekarang. Sebuah institusi yang masih boleh bertahan dalam situasi politik UMNO semasa, dan tidak pasti kedudukannya jika kerajaan sekarang terjunam dalam pilihan raya ke-13 kelak.
Hayat UiTM sebenarnya berada di hujung tanduk.