>Ekspo Selangkah Ke UiTM tarik lebih 100,000 pengunjung

>
DARI UTUSAN MALAYSIA
29.3.2011

SHAH ALAM 28 Mac – Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011 yang berakhir semalam berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung.

Ekspo kali keempat itu berlangsung selama dua hari di 27 lokasi di seluruh negara.

Naib Canselor UiTM, Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berkata, daripada keseluruhan pengunjung yang hadir, 60 peratus merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, ekspo di kampus induk Shah Alam menerima pengunjung terbanyak apabila mencatat kedatangan lebih 60,000 orang.

“Kita berharap objektif ekspo iaitu untuk membantu calon-calon pelajar memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik masing-masing akan tercapai,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutup Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam di sini semalam.

Menurut Sahol Hamid lagi, pelajar program diploma akan memulakan pengajian pada penghujung bulan Mei ini manakala bagi peringkat ijazah akan bermula pada awal September.

“Jadi calon-calon yang tidak dapat hadir pada ekspo ini masih perpeluang melayari sistem semakan syarat di laman sesawang http://www.selangkah.uitm.edu.my.

“Kita juga menjangkakan jumlah pelajar UiTM d akan mencapai angka 200,000 pada semester akan datang,” ujar beliau.

KOMEN : SYABAS UiTM – TERUSKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA. UiTM SENTIASA DIHATIKU . SASARAN 200,000 PELAJAR AKAN TERCAPAI .
Advertisements

>UiTM teruskan matlamat ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’ di Jasin

>


Oleh Abdul Latif Abu Bakar
pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka.
2011/03/10

DALAM tempoh dua tahun iaitu pada 2013, secara fizikalnya Melaka akan memiliki sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kemampuan menerima sehingga 5,000 pelajar. Kampus ketiga UiTM Melaka di Jasin muncul selepas dua kampus, Kampus Alor Gajah di Lendu dan Kampus Bandar Raya, masing-masing menempatkan kira-kira 7,000 dan 4,000 pelajar.

Pembinaan kampus ketiga yang majlis pecah tanahnya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 Februari lalu akan menjadikan ketiga-tiga daerah di Melaka memiliki kampus UiTM. Daerah Melaka Tengah menempatkan Kampus Bandar Raya, Daerah Alor Gajah memiliki kampus Lendu, manakala Daerah Jasin akan memiliki kampus UiTM yang sedang dibina di atas tapak seluas 218 ekar di Seri Mendapat. Dengan pembinaan ini lengkaplah program, satu daerah sebuah UiTM di Melaka.

Pengarah UiTM Melaka, Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam dalam temu bual beberapa hari lalu, berkata Kampus Jasin akan menawarkan kursus berasaskan sains dan teknologi.

“Tawaran kursus berasaskan sains dan teknologi di Kampus Jasin akan melengkapkan gabungan kursus yang bukan berasaskan sains dan teknologi di Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandar Raya,” katanya sambil berkata gabungan kedua-dua bentuk kursus itu seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi.

Sesungguhnya pembinaan sebuah lagi kampus UiTM di kawasan terpencil di Seri Mendapat, Jasin akan memberi makna dan warna baru dalam pembangunan kawasan berkenaan dan daerah Jasin secara khususnya.

Pembinaan kampus di kawasan yang sebelum ini tidak begitu dikenali pasti menggerakkan pertumbuhan sosioekonomi kawasan berkenaan kerana permintaan terhadap penempatan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan bukan akademik serta khidmat sokongan lain akan bercambah. Seperti kata Dr Mizan, pembinaan Kampus Jasin akan menjana pertumbuhan kawasan urban dan desa Seri Mendapat dan kawasan sekitarnya. Banyak perkhidmatan sokongan lain diperlukan oleh warga kampus berkenaan apabila ia beroperasi sepenuhnya dan semuanya akan memberi manfaat kepada penduduk kawasan setempat.

Pintu masuk ke Kampus Jasin ini bagi mereka yang memandu menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan ialah melalui pintu masuk Merlimau Jasin dengan melalui Plaza Tol Lipat Kajang. Kampus ini terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Raya Melaka.

Kewujudan kampus baru di Jasin sudah pasti akan memeriahkan suasana pekan kecil itu dan sudah pasti juga Plaza Tol Lipat Kajang kelak akan sama ‘meriah’ dengan Plaza Tol Simpang Ampat yang menjadi pintu masuk ke Alor Gajah dan Plaza Tol Ayer Keroh yang menjadi pintu masuk ke Bandar Raya Melaka.

Yang menarik juga mengenai penubuhan sebuah kampus baru di kawasan pedalaman ialah UiTM akan memenuhi matlamatnya untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan peringkat tinggi secara lebih meluas lagi kepada anak Melayu yang mungkin kurang mendapat peluang sedemikian kerana masalah kewangan keluarga.

Pembukaan peluang pendidikan untuk anak bangsa jugalah yang diperjuangkan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar apabila beliau mengambil alih tampuk pentadbiran universiti itu. Beliau menggerakkan sebuah program khusus – Mengubah Destini Anak Bangsa – untuk memastikan UiTM menelusuri kembali jejak-jejak awal penubuhannya untuk menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu.

Program Mengubah Destini Anak Bangsa yang menjadi sebutan utama Dr Sahol dalam hampir segenap pertemuan rasmi, menawarkan peluang melanjutkan pengajian dari peringkat pra-diploma hinggalah ke peringkat ijazah lanjutan dengan pelbagai keistimewaan seperti pengecualian bayaran yuran kepada anak bangsa yang tidak berkemampuan.

Beliau melihat Program Mengubah Destini Anak Bangsa sebagai sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya kerana dalam hampir setiap pertemuan beliau menceritakan perihal dirinya yang dihimpit kemiskinan ketika zaman kanak-kanak dan atas kesedaran itu, beliau mahu menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran seluas-luasnya kepada anak bangsa yang turut dihimpit kemiskinan.

Sudah terbukti bahawa perubahan destini bermula dengan pendidikan dan atas kesedaran itu terbentuknya Dewan Latihan RIDA (Rural and Industrial Development Authority) pada 1956 yang menjadi pemula bagi penubuhan UiTM. Kira-kira sembilan tahun selepas itu, Dewan Latihan RIDA dipindah ke bawah bidang kuasa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan namanya turut bertukar menjadi Maktab Mara.

Bagaimanapun, acuan sebenar UiTM ini terbentuk pada 1967 apabila Maktab Mara mendapat nama baru iaitu Institut Teknologi Mara (ITM). Institusi pengajian ini tinggi terus kekal menjadi benteng perjuangan mengangkat martabat pendidikan bangsa Melayu hatta selepas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peningkatan taraf ITM menjadi sebuah universiti penuh pada 1996 dan sehingga hari ini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara.

Benteng perjuangan mengangkat taraf pendidikan anak bangsa ini terus berjalan dan bukti terbaru ialah penubuhan UiTM Melaka Kampus Jasin.

Biar apa pun diperkatakan orang, pendidikan menjadi salah satu aspek paling utama dalam usaha membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia demi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi seperti dihasratkan oleh perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein ketika beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971.

Ketika majlis pecah tanah Kampus Jasin bulan lalu, Najib mengumumkan sudah 400,000 graduan dilahirkan oleh universiti berkenaan manakala 180,000 orang masih menuntut kampus-kampus UiTM di seluruh negara, dari Segamat, Johor ke Jengka, Pahang, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Seri Iskandar, Perak dan dari Mukah, Sarawak ke Tawau, Sabah.

Sebenarnya pembinaan UiTM Kampus Jasin menjadi kenyataan selepas kerajaan negeri Selangor menolak cadangan penubuhan kampus di negeri itu yang ditaja oleh Yayasan Basmi Kemiskinan. Siapa sangka, Jasin pula mendapat rahmat daripada permainan tarik tali itu.

KOMEN : PERJUANGAN MENDIDIK ANAK BANGSA AKAN TERUS DI PELOPORI OLEH UiTM. DIMANA ADA USAHA DISITU ADA KEJAYAAN.

>Contohi pendekatan UiTM

>


FIKRI JUMIRAN
Bangsar, Kuala Lumpur

DARI mula lagi saya tertarik dengan isu yang dikemukakan dalam surat bertarikh 19 Februari 2011 daripada Adiwira, Kuala Lumpur dan surat bertarikh 22 Februari 2011 daripada Yusuf Jalli, Kuala Lumpur, yang disiarkan di ruangan ini.

Saya juga tertarik dengan surat jawapan bertarikh 28 Februari 2011 daripada Pengarah Unit Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC) UM. Saya tambah tertarik dengan satu lagi surat oleh Siswa Harapan UM bertajuk Minda siapa harus berubah? yang disiarkan pada 7 Mac 2011. Kesemuanya berhubung isu Naib Canselor UM yang dikatakan lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.

Saya bukan seorang pelajar UM. Tetapi sebagai seorang yang bergelar mahasiswa yang telah ditakdirkan rezeki ilmunya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), ada baiknya saya cuba berkongsi cerita dan pendapat. Bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tapi saya cuba membawa satu contoh institusi yang pada saya cukup seimbang daripada segi pemantapan intelektualnya, mahupun penguasaan dan keutamaan bahasa yang digunakan.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya menuntut di UiTM. Bila diimbas kembali saat mula-mula orientasi sebelum bergelar mahasiswa UiTM, saya masih ingat lagi ucapan dasar Naib Canselor yang lalu; “UiTM sudah mencapai banyak kejayaan. Tetapi disebabkan universiti ini hanya untuk bumiputera dan hanya segelintir sahaja pelajar dari luar negara diambil, kita gagal berada dalam ranking universiti terbaik dunia. Walaupun kita tidak diiktiraf, biarlah. Tetapi kita tahu kita memang hebat”.

Ketika ini, ucapan dasar tersebut masih terngiang-ngiang di telinga saya. Saban hari saya lihat banyak universiti tempatan lain diiktiraf dunia, tetapi saya hanya tersenyum. Saya tahu kemampuan pelajar dan kakitangan UiTM. Saya juga tahu telah banyak pencapaian bertaraf dunia oleh para pelajar dan pensyarah UiTM.

Menyentuh keutamaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di UiTM, saya tidak lihat bahasa ibunda saya dipinggirkan di sini. Para pelajar dan pensyarah masih berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Apabila perlu, bahasa Inggeris akan digunakan seperti mana proses pembelajaran yang memerlukan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantaraan. Ada seorang pensyarah sahabat saya pernah berkata: “Even you are good in English (pertuturan), you are still Melayu, you are not American.”

Daripada segi pasaran kerja, tidak segan saya menyatakan banyak graduan UiTM berjaya mendapatkan kerja dalam pelbagai sektor. Walaupun ada kajian baru-baru ini menyatakan peratusan graduan UiTM yang gagal mendapatkan kerja lebih tinggi, bagi saya, kita perlu lihat daripada segi jumlah kuota penerimaan bilangan graduan yang masuk untuk belajar di sini lebih tinggi berbanding universiti lain. Bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab UiTM ingin membantu anak bangsa sendiri.

Saya juga ingin berkongsi kisah tentang Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, seorang yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan masalah para pelajar. Bagi saya, medium Facebook yang digunakan sangat berkesan. Segala masalah atau kesulitan boleh disalur terus kepada beliau. Tiada lagi birokrasi.

Lebih menyentuh hati, setiap aduan atau sapaan oleh setiap pelajar dijawab mesra dan penuh tanggungjawab oleh beliau di laman sosial tersebut. Saya akui kemudahan di UiTM ada yang tidak sempurna seperti lif yang selalu rosak, mungkin disebabkan kuota pelajar yang semakin meningkat. Tetapi ada sahabat saya yang sentiasa berfikiran positif; “Sudah tiba masanya untuk menggunakan tangga. Sihat juga”.

Walaupun kami tidak diiktiraf dalam senarai universiti terbaik dunia, walaupun kemudahan ada cacat celanya, kami tahu UiTM telah cuba sebaik mungkin membantu anak bangsa sendiri. Kami juga tahu kami dapat seimbangkan apa yang perlu untuk menjadikan kami graduan yang berkualiti. Bersederhana itu adalah yang terbaik.

KOMEN : MAJULAH BANGSA MAJULAH NEGARA BERKAT USAHA INSAN YANG BERGELAR MAHASISWA. PENSYARAH HANYALAH PEMBIMBING DAN MAHASISWALAH YANG MENCORAK KEMAJUAN NEGARA MASA HADAPAN. MAJULAH ANAK BANGSA KU…

>Universiti Teknologi Mara perkasakan tulisan jawi

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 3 Mac – Bagi memperkasakan penulisan dan teknik membaca jawi, seramai 70 kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyertai Bengkel Cepat Membaca Jawi Dengan Kaedah Nombor di kampus induknya, di sini hari ini.

Bengkel itu dikendalikan oleh pengasas teknik tersebut, Wan Mohd. Azhar Wan Mahamod yang juga guru pendidikan Islam Sekolah Kampung Jambu, Jalan Rambutan, Taiping, Perak.

Turut serta dalam bengkel itu ialah Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM, Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman.

Menurut Muhamad Rahimi, bengkel sehari itu adalah untuk mendedahkan peserta dengan kaedah membaca jawi melalui nombor.

Katanya, bengkel itu juga bertujuan membentuk satu kumpulan penggerak yang boleh memainkan peranan ke arah penghayatan jawi dalam kalangan warga UiTM.

”Peserta hari ini akan dijadikan ‘mentor’ kepada para pelajar di universiti ini agar mereka lebih cepat pandai membaca dan menulis jawi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, ia juga salah satu cara bagi menyahut saranan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar agar memperkasakan tulisan jawi di institusi pengajian tinggi yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam.

Beliau berkata, pihaknya memilih Wan Mohd. Azhar mengendalikan bengkel tersebut setelah mendapati teknik belajar jawi yang diperkenalkan oleh beliau begitu berkesan.

Katanya, sebelum ini, penceramah tersebut juga pernah mengadakan bengkel yang sama di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina melibatkan guru-guru bukan Islam di sekolah tersebut.

”Kaedah membaca jawi menggunakan nombor didapati membolehkan seseorang itu membaca jawi hanya dalam tempoh lima jam pembelajaran.

”Sekiranya teknik yang dipelajari itu berkesan, para peserta akan mengadakan kelas bimbingan untuk pelajar UiTM agar mereka berpeluang mempelajari tulisan jawi,” katanya.

KOMEN : KEPADA PELAJAR-PEJAR UiTM AMBIL PELUANG YANG DIBERIKAN. SEMOGA MAJU DALAM SEGALA LAPANGAN YANG DICEBURI.

>Selangor rugi tolak UiTM

>


Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my

JASIN 19 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuat keputusan tidak bijak apabila menolak projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Selangor pada 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu merugikan penduduk di Hulu Selangor dan yang mendapat rahmatnya kini adalah penduduk di Seri Mendapat di sini ekoran pembinaan kampus baru di tanah seluas 218 ekar itu.

“Kerajaan Selangor tidak bijak kerana menolak rezeki tetapi sebaliknya orang Melaka khususnya di Seri Mendapat mendapat untung dengan pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin yang baru.

“Keputusan yang diambil oleh kerajaan pembangkang itu bermotif politik kerana sanggup menzalimi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah yayasan untuk membantu orang miskin dan anak-anak yatim.

‘‘Tetapi kita nak tunjukkan kebenaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat dan pelajar UiTM,” ujarnya.

Beliau berucap pada majlis perasmian mula kerja di tapak projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan pertukaran dokumen perjanjian pinjaman antara YBK Usahasama Sdn. Bhd. dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Seri Mendapat di sini, hari ini.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Kampus baru UiTM Melaka cawangan Jasin dibina di atas tanah seluas 218 ekar di Mukim Semujuk daerah Jasin di sini menempatkan satu kompleks yang boleh menampung kapasiti pelajar berjumlah 5,000 orang.

Projek pembinaan kampus bernilai RM297 juta itu bakal menempatkan tiga buah fakulti iaitu Sains Gunaan, Pengurusan Ladang serta Sains Komputer dan Matematik yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sejak penubuhan UiTM pada 1967, seramai 400,000 graduan dilahirkan, manakala 180,000 masih menuntut di universiti berkenaan di seluruh negara.

Beliau menambah, bekas graduan daripada universiti berkenaan kini masing-masing memegang jawatan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta manakala sebahagian daripadanya menjadi tenaga profesional.

Ujarnya, kalau dikaji latar belakang bekas graduan UiTM, mereka terdiri daripada keluarga miskin, petani, nelayan, penoreh getah dan pembantu am rendah tetapi hari ini mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi.

“Ini semua dilakukan kerana kita percaya kalau nak mengubah untung nasib sesebuah bangsa, senjata paling berkesan sekali adalah melalui pendidikan dan ini telah kita buktikan sebagai satu kenyataan,” ujarnya.

KOMEN : DAH BODOH SOMBONG PULAK TU KHAS UNTUK MB SELANGOR. DIA KALAU BOLEH NAK DIBUKANYA UiTM UNTUK PELAJAR CINA DAN INDIA. AKAL PENDEK UNTUK DAPATKAN SOKONGAN DARI CINA DAN INDIA. SAKIT HATI BETUL DIA PADA KECEMERLANGAN ANAK BANGSA MELAYU/ISLAM. ADAKAH DIA SUDAH BUANG IDENTITI KEMELAYUANNYA UNTUK BERSAMA-SAMA BANGSA ASING MENGHANCURKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM. SILAPNYA ORANG MELAYU YANG MENYOKONG DIA HINGGA MEMBAWA REBAH. CINA DAN INDIA YANG KETAWA.

>Bank Islam serah zakat perniagaan RM200,000 kepada UiTM

>
DARI UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 18 Feb. – Bank Islam (M) Bhd. hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM200,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk disalurkan kepada tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sumbangan Bank Islam itu adalah usaha bersama kedua-dua pihak bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

Katanya, Bank Islam mula menyumbang zakat kepada UiTM sejak 2007 sejumlah RM120,000 selain melancarkan Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM sebagai salah satu cara menambahkan dana MDAB.

”Melalui penggunaan kad ini, setiap kali ia digunakan untuk pembelian runcit, sebanyak 0.3 peratus daripadanya akan disumbangkan kepada tabung MDAB,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Islam kepada tabung MDAB, di sini hari ini.

Sumbangan zakat tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat kepada Sahol Hamid pada majlis tersebut.

Tabung MDAB adalah satu projek kemasyarakatan dan kebajikan UiTM yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu membayar yuran pengajian pelajar miskin yang mengikuti kursus pradiploma di universiti berkenaan.

Setakat ini, lebih 5,000 pelajar telah menerima manfaat daripada program tersebut sebelum mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma.

Menurut Sahol, UiTM akan terus aktif memperkasakan ibadat zakat apabila sehingga tahun lalu, universiti itu berjaya mengumpul wang zakat sebanyak RM4.2 juta.

Jelasnya, melalui program Sadaqah yang diperkenalkan sejak bulan Ramadan tahun lalu, pihaknya berjaya mengumpul dana dengan purata sebanyak RM3,500 setiap bulan.

”Sejak 54 tahun lalu, UiTM bersama pelbagai pihak bertungkus-lumus melaksanakan segala perancangan dan usaha untuk membantu pelajar Melayu dan bumiputera dengan menyediakan pelbagai peluang pendidikan tinggi,” katanya.

KOMEN : UiTM DIHATIKU. TERUSKAN USAHA MURNI KITA UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

>Alumni UiTM usah lupa jasa kerajaan, kata Najib

>
19/02/2011 12:47pm

JASIN 19 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan alumni dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar tidak melupai jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini terus membela nasib mereka untuk menjadi golongan yang berjaya.

Beliau berkata, kira-kira 500,000 alumni UiTM kini berjawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta dan sebagai orang profesional adalah hasil daripada usaha universiti yang ditubuh kerajaan itu.

Katanya, kalau dikaji latar belakang setengah juta alumni UiTM itu, mereka berasal dari keluarga sederhana seperti pekebun kecil, petani, nelayan dan pembantu am rendah.

“Tetapi mereka hari ini orang yang berjaya dan berjawatan tinggi kerana jasa UiTM kepada mereka selama ini,” katanya semasa merasmikan Mula Kerja di tapak projek UiTM Melaka kampus Jasin di Seri Mendapat, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sejak dahulu lagi terus mengubah nasib anak bangsa dengan menggunakan senjata yang paling berkesan iaitu dengan memperkasakan bidang pendidikan. – Bernama

KOMEN : UiTM DIHATIKU. TERUSKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA.