>Alumni UiTM sasar 36,000 ahli setiap tahun

>

SHAH ALAM 13 Sept. – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) berhasrat untuk menarik kira-kira 36,000 bekas pelajar universiti itu setiap tahun bagi mengukuhkan semula peranannya pada masa depan.

Presidennya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, langkah itu diambil selaras dengan sasarannya untuk mengembangkan keahlian alumni daripada pelbagai kepakaran.

Menurutnya, UiTM mempunyai bilangan bekas pelajar paling ramai iaitu 365,000 orang dan ia merupakan aset amat berharga dan boleh digembleng bukan hanya untuk perkembangan alumni semata-mata.

Katanya, bekas pelajar terlibat bukan sahaja dapat menyumbang tenaga dan pengetahuan masing-masing terhadap pembangunan UiTM tetapi juga kepada pelajar serta negara.

“Kita sasarkan kira-kira 10 peratus keahlian setiap tahun dan kita yakin usaha itu dapat memantapkan lagi PAUiTM dan UiTM sebagai institusi pengajian tinggi terkemuka di negara ini.

“Melalui penyertaan bekas pelajar ini juga, mereka bukan hanya dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain tetapi juga berkongsi idea serta kerjasama ke arah pembangunan secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan serta ahli PAUiTM di Seksyen 7 di sini malam tadi.

Tambah Mohd. Zin, dalam masa yang sama, PAUiTM turut merangka beberapa aktiviti serta program yang memperhebatkan lagi peranan mereka dari semasa ke semasa.

Katanya, PAUiTM akan mengadakan program Wacana Membasmi Kemiskinan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dijadual turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Oktober ini.

Selain itu, program tersebut akan turut disusuli dengan pelancaran laman web rasmi PAUiTM yang akan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat terkini serta perkembangan semasa persatuan kepada orang ramai khususnya pelajar dan bekas pelajar.

>Tazkirah Ramadan hentam sesama Islam

>

SEPANJANG bulan puasa ini banyak ceramah, tazkirah dan kuliah subuh di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Apa yang menyedihkan ialah kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Pas bagi ceramah-ceramah politik mereka.

Sekadar beberapa contoh, di salah satu masjid penceramah memulakan dengan kata-kata menyeru kebaikan, dapat pahala dan akhirnya masuk syurga. Bukan hendak membuat penafian, sebab itu memang ajaran agama Islam begitu.

Tapi kemudian kata beliau, Pas akan buat benda baik, sokong Pas, akan dapat pahala dan akan masuk syurga.

Jemaah di sebelah saya mula terkedu dan menggeleng kepala.

Pada satu lagi tazkirah, seorang bekas calon Pas, memberitahu pendengar, katanya Islam menang di Permatang Pasir. Habis yang menang di Penanti itu Islam ke tidak sebab yang menang ialah itu ialah calon PKR?

Sebenarnya inilah pegangan taksub ahli-ahli parti berkenaan, iaitu apa yang mereka buat semuanya kerana Islam, orang lain tidak Islamik dalam semua perkara.

Semua orang Melayu beragama Islam, apa bezanya dengan orang Melayu dalam Pas?

Siapa yang berhak menentukan bahawa Melayu yang mengikuti parti lain tidak Islam.

Kita melihat betapa Pas telah menggunakan isu agama untuk perpecahan sebenarnya. Dalam BN, UMNO bekerjasama dengan Cina dan India juga.

Walaupun atas nama bangsa, tetapi UMNO tidak pernah bersikap tidak adil dengan bangsa-bangsa lain. BN melaksanakan juga beberapa dasar Islam dan dipersetujui oleh orang Cina dan India dari MCA atau MIC. Setakat ini, tidak timbul masalah pun.

Pas bekerjasama dengan PKR, DAP dan memang jelas DAP akan menentang habis-habisan apa juga pelaksanaan berkaitan agama Islam. Lihatlah perbezaannya. Belum pernah, MCA atau MIC berkata langkah mayat mereka dahulu sebelum melaksanakan dasar-dasar pemerintahan Islam.

Tetapi dalam PR, sudah pun disebut perkara itu. Di mana rasionalnya Pas bekerjasama dengan DAP dan menolak perpaduan atau kerjasama dengan UMNO, sebangsa dan seagama. Apa bezanya Islam Melayu dalam UMNO dengan Islam Melayu dalam Pas?

Tok guru pun tidak boleh dan tidak berhak menentukan Islam Melayu dalam UMNO tidak betul atau tidak boleh pakai? Siapa Tok Guru?

Tazkirah di bulan mulia digunakan untuk mengata saudara-saudara yang seagama tetapi berbeza ideologi politik.

Sebab itulah sepanjang masa kita akan lihat betapa Pas sibuk dengan ceramah sahaja, tetapi apa yang dibuat untuk rakyat yang memilih mereka?

Hendak selesaikan masalah babi, masalah arak, masalah kuil pun tidak mampu. Apa sahaja yang BN buat semua tidak betul dan tidak Islamik.

Apakah perkara betul yang Pas buat?

Kes kepala lembu dalam siasatan, tetapi Harakah telah memberi tajuk depan UMNO dalang di sebalik kepala lembu. Kalau belum ada bukti, ini fitnah namanya. Tidakkah ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Lihat sahaja dalam beberapa perkara terlalu banyak tuduhan dan fitnah Pas dan PR melalui Harakah ke atas pemimpin-pemimpin BN. Siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka akan ‘diaibkan’ seperti kes ADUN Lunas, betapa didedahkan segalanya oleh PKR.

Mana Islamik dan mana keadilannya? Lihat sahaja dalam beberapa PRK, bagaimana pengisian ceramah-ceramah Pas, begitu banyak serangan peribadi kepada calon yang menentang calon mereka.

Inikah yang dibenarkan dalam Pas yang kononnya mendokong perjuangan Islam.

Kepada semua pemimpin PAS, sedarlah dan cukuplah apa yang telah anda lakukan. Perpaduan Islam sebenarnya semakin lemah.

Generasi Islam kini makin jauh dari agama. Nilai-nilai murni makin berkurangan dan kian pupus. Generasi muda yang hadir ceramah Pas, seronok kerana ceramah penuh cacian dan maki hamun, kemudian diikuti dengan jeritan takbir.

Inikah yang diajar oleh Islam untuk disebarkan kepada anak-anak kita, seperti berguling-guling di atas jalan raya bagi membantah titah sultan?

Lihatlah tuduhan Mahafiraun dan Mahazalim tempoh hari. Apakah Mahathir lebih jahat dari firaun atau lebih zalim dari firaun. Di mana akal yang waras semasa membuat tuduhan berkenaan.

Akhirnya yang Mahazalim itu juga berjaya membangunkan negara. Tidak ada pula tuduhan dari Mahathir kepada mana-mana pemimpin Pas.

MELAYU INSAF-NAL-PERAK

Tanjong Karang

Pada mereka semuanya HALAL apa yang mereka buat, dah dijanjikan syurga oleh pemimpin mereka. Kalau dah bebal memang tak boleh nak ditegur dan di ajar…..Biarlah mereka terjun dengan cerita fitnah mereka.

>Pemuda BN dekati pengundi India di Bagan Pinang

>

KOTA BHARU 16 Sept. – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan terus mendekati pengundi India pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang walaupun MIC tidak sempat untuk mempersiapkan jentera mereka menjelang hari penamaan calon nanti.

Naib Ketua Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya parti itu tidak dapat membantu, pihaknya akan menggunakan jentera Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama UMNO serta parti-parti lain untuk berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO akan terus mencari rakan kongsi yang sanggup menghadapi cabaran bersama dan bukannya rakan yang hanya pandai menuduh untuk mendapat kepentingan peribadi.

‘‘Selepas saya berjumpa dengan jentera Bagan Pinang, untuk pendekatan empat peti undi yang majoritinya kaum India, Pemuda UMNO dan saya sendiri akan terus masuk ke peti undi berkenaan. Kalau MIC tak bersama-sama, kita akan guna IPF kerana kita tahu IPF mempunyai sokongan yang kuat.

‘‘Dalam hal ini kalau komponen masih bercakap soal politik sedangkan sepatutnya mereka mencari jalan hendak menarik sokongan kaum India kepada MIC dan bukan menuduh pihak lain, maka mereka belum sedia untuk bekerjasama dengan kita,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Janganlah kita harap sangat dengan parti MIC ini yang makin hari makin berserabut dengan putar belit. Sendiri salah orang lain juga salah. Mereka tak salah sebab orang Melayu yang tak mahu tolong orang India. Jadi pemimpin parti MIC tu apa cuma nak jadi pencacai dan bercakap ikut sedap mulut. Orang India patut salahkan Sammy tu sebab dia yang tak membantu orang India, Dia hanya pentingkan kroni-kroni dia aje sebab tu orang India tak mahu menyokong calon MIC dalam PRU12 tu. Sendiri pun kalah bertanding. Jangan dilayan sangat MIC ni nanti naik kepala….

>RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN

>

ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.

Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: “Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya “Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya.” Ternyata Imam al-Mawardi membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.

Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud “Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan “Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah.”

>Bila Anjing Mengeluh

>

khalifah9

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah… ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.
(Surah Zumar: 9)

“Lahirnya manusia disambut dengan azan… matinya manusia diiringi solat… antara azan & Solat … alangkah singkatnya hidup ini”

>MOTIVASI DIRI

>


Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik…tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati .

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancanglah dahulu apa yang perlu di buat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu. Senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkan hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan…takut jadi obes pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok…bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari..jangan malas mandi tau!

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting sentiasalah berdoa kepada ALLAH swt.

>RINDUNYA NAK BERPOSTING DI BLOG

>

Lama juga saya tak dapat nak buat posting kat blog sejak balik dari Tokyo Japan pada 2. Ogos 2009 setelah berada di sana selama 2 tahun 9 bulan. Pada 3. Ogos 2009 saya terus mendaftarkan diri semula ke tempat kerja setelah selesai cuti tanpa gaji yang saya ambil. Bila dah balik semula ke Malaysia ni macam-macam lah yang mula berserabut dalam kepala otak. Terutama pasal persekolahan anak-anak, pasal kerja pula tak lah menjadi masalah kerana apa-apa pertukaran dasar pentadbiran pun hanyalah dari segi penambahbaikan.

Minggu pertama dan kedua berada di Malaysia sibuk sangat kerana terpaksa mengemas rumah yang lama di tinggalkan. Penat tak terkata sampai tak sedar jam dah pukul 4 pagi. Nasib baik jiran-jiran sebelah rumah faham. Sampaikan komputer pun tak sempat nak di onlinekan. Biasalah bila badan penat tak boleh pula nak membaca. Mata jadi kelabu…hahahaha….Belum habis lagi penat barang-barang yang dibawa balik dari Tokyo sampai, cuti lagi sebab nak menyusun barang-barang tu. Makan masa seminggu juga memunggah barang-barang tu. Sekarang dah lega.

Kedatangan Ramadhan Al Mubarak tahun ini disambut dengan gembira oleh anak-anak sebab tahun ni mereka boleh berhari raya di kampung. Anak anak mula menyesuaikan diri di sekolah. Apa-apa pun kehidupan perlu di teruskan….

SAYA DAN KELUARGA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN AIDIL FITRI TAHUN INI MAAF ZAHIR DAN BATIN. KEPADA YANG MEMANDU PULANG KE KAMPUNG TU PANDULAH DENGAN BERHEMAH. INGATLAH DI KAMPUNG SANA ADA YANG MENANTI.