‘Kitab Kristian’ bentuk komik diedar bersama bantuan banjir

06 Februari 2015 2:07 AM
NOOR AZMAWI ABD. RAHMAN (tengah) menunjukkan laporan polis berhubung pengedaran dua kitab agama Kristian yang diletakkan bersama bantuan banjir di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, semalam. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
PASIR MAS 5 Feb. – Penduduk Kampung Slow Machang di sini dikejutkan dengan pengedaran ‘kitab’ agama Kristian yang dipercayai dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika men­yampaikan bantuan banjir kepada mereka pada 21 Januari lalu.
Kedua-dua buku berbahasa Melayu dalam bentuk komik itu berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan Kisah Tentang Yesus Kristus.
Difahamkan kedua-dua buku itu ditemukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Suhaimi Mustafa sebaik sahaja membuka plastik bantuan banjir yang mengandungi barangan makanan dan keperluan harian.
Menyedari perkara tersebut boleh menggugat akidah umat Islam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama beberapa NGO tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, petang semalam.
Ketuanya, Noor Azmawi Abd. Rahman berkata, tujuan laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung pengedaran buku tersebut.
Menurutnya, kedua-dua buku berbahasa Melayu itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam di kampung berkenaan.
“Jadi, saya bersama dengan beberapa buah NGO membuat laporan polis di IPD Pasir Mas berhubung pengedaran kedua-dua naskhah buku ini.
“Sehubungan itu, saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut dan mencari dalang sebenar. Bukan itu sahaja, kita juga mahu tahu apa tujuan mereka menyebarkan ‘kitab’ Kristian kepada orang Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung pengedaran ‘kitab’ tersebut yang disertai hampir 100 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Mas.
Selain Pergerakan Pemuda UMNO dan Biro Agama UMNO Bahagian, turut serta membuat laporan polis berhubung isu tersebut ialah Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Pasir Mas (SRCC), Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Mas, Gerakan Belia 4B Pasir Mas dan Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pasir Mas.
Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Hamid Awang mendakwa, dia menerima buku itu bersama dengan bantuan daripada sebuah NGO yang dipercayai dari Sabah.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya pihak yang terlibat perlu menjaga sensitiviti dan menghormati agama orang yang mereka ingin bantu,” katanya.

MUSLIMUPRO – Warkah Geneva: Berkat doa, kesatuan

Oleh NASHARUDIN MAT ISA
Dari Avenue Louis-Casai, Cointrin, Geneva, Switzerland.


SUDAH hampir seminggu saya berada di Geneva bersama-sama dengan anggota delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) seramai enam orang. Seperti yang kita sedia maklum, MuslimUPRo merupakan gabungan NGO-NGO Islam yang bersama-sama bangkit untuk membantah pihak Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango), dan dalam masa yang sama berusaha melibatkan diri dalam Proses Semakan Berkala (UPR) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui konsultasi dan memberikan pandangan dan saranan kepada pihak Kerajaan Malaysia.
Kami hadir untuk melihat sendiri proses penerimaan muktamad oleh wakil Kerajaan Malaysia terhadap saranan yang telah dibuat oleh negara-negara anggota PBB melalui proses tersebut. Daripada sejumlah 232 syor yang dikemukakan pada Oktober 2013, iaitu sebanyak 113 syor kesemuanya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 lagi ditolak.
Setelah sekian waktu pihak MuslimUPRo mengadakan beberapa siri kempen dan penerangan di seluruh negara, dengan di akhiri melalui Seminar Hak Asasi Manusia yang dianjurkan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia baru-baru ini.
Pihak kami juga telah turut mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak kerajaan dan saban hari mengharapkan agar kerajaan tidak akan tunduk kepada tuntutan pihak Comango yang jelas cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan, mempertikai kedudukan Islam dan juga mempromosi budaya songsang seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara-negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telah pun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014.
Pendirian Malaysia ini yang dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad pada 20 Mac 2014, bagi saya adalah satu manifestasi tepat yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah dan komitmen Malaysia terhadap usaha untuk memperbaiki tahap dan keadaan hak asasi manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.
Syukur alhamdulillah kerana semua ini dapat berlaku berkat doa dan munajat yang tidak putus-putus daripada rakyat Malaysia beragama Islam yang prihatin dan sedar bahawa ancaman terhadap agama kita sedang berlaku.

Menghentam
Tidak cukup dengan usaha dari dalam, negara kita cuba diheret sehingga ke pentas antarabangsa untuk akur dan menerima norma-norma Barat yang asing daripada agama dan budaya kita. Kita harus terus berdoa dan melakukan sesuatu dalam isu ini kerana usaha mereka yang memusuhi agama kita ini tidak terhenti setakat proses UPR yang kedua ini.
Pihak MuslimUPRo menjangkakan proses UPR yang ketiga yang dijadualkan pada 2017 nanti pastinya akan lebih hebat dan mencabar. Sudah tentu pihak Comango khasnya akan meneruskan kempen jahat mereka yang melanggar prinsip dan amalan agama Islam. Malah acara sampingan yang mereka anjurkan di Geneva ini pun telah mula mereka jadikan medan untuk menghentam kerajaan Malaysia dan masih berterusan membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat agama Islam di negara kita.
Agenda Comango tidak terhenti setakat proses UPR. Pentas yang mereka gunakan juga bukan sekadar PBB. Mereka telah mengadakan lobi di sana sini. Dengan sokongan dan dana yang mereka perolehi dari luar negara khasnya, usaha mereka akan terus mereka gerakkan untuk memaksa negara kita menerima kesesatan dan kebatilan perjuangan mereka yang kononnya dilakukan atas prinsip hak asasi manusia!
Satu perkara yang hendak saya ketengahkan di sini ialah, walaupun yang diperjuangkan oleh Comango itu adalah sesuatu yang batil dan bercanggah dengan kehendak agama dan budaya, tetapi kerana mereka itu bersatu, maka suara mereka sampai ke pentas antarabangsa.
Mereka kelihatan kuat walaupun jumlah mereka bukanlah begitu ramai mana pun, tetapi mereka berupaya mengumpul tenaga dan kekuatan yang sedikit itu untuk memperjuangkan suara kebatilan mereka.
Dengan demikian, inilah masa yang terbaik bagi umat Islam negara ini untuk sama-sama sedar dan insaf, bermuhasabah dan bangkit sebagai satu saff yang kukuh, ibarat batu-batu yang diikat kemas dan rapi sebagaimana yang Allah jelaskan dalam Surah as-Saff ayat 4. Marilah kita renungkan bersama – bagaimana jika kumpulan yang batil ini boleh bangkit dan berjuang, kenapa tidak kita sebagai umat Islam yang sudah disebut Allah SWT sebagai khaira ummah ukhrijat lillnas (sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia) tidak mampu untuk bergabung tenaga dan bermuafakat mempertahankan dan memperjuangkan agama ini pada tahap paling maksimum yang kita mampu?
Saya amat yakin, apa yang telah kita capai di Geneva kali ini adalah berkat daripada doa orang ramai, penyatuan gerak kerja dalam kalangan NGO-NGO Islam dan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan, maka kita dikurniakan Allah SWT dengan keputusan yang saya anggap sebagai satu kemenangan untuk Islam di negara kita.
Ada banyak lagi isu di hadapan kita yang memerlukan kesepakatan dan perpaduan di kalangan umat Islam. Kenapa tidak dalam hal yang berkaitan dengan mempertahankan agama, kita berpegang pada perintah Allah SWT …inna hazihi ummatukum ummatan wahidah… (sesungguhnya inilah dia umat kamu… umat yang satu). Kekuatan kita adalah pada kesepakatan dan perpaduan yang jitu selaku umat yang satu.
MuslimUPRo sedang merancang beberapa strategi untuk berdepan dengan cabaran mendatang khasnya dalam isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Antaranya ialah penubuhan sebuah pusat kecemerlangan ilmu hak asasi manusia. Kita bukan anti kepada tuntutan hak asasi tetapi ia mestilah dalam kerangka agama, budaya dan perundangan negara.
Menarik juga untuk dinukilkan di sini, ketika kami di Geneva ini, di mana sahaja kami pergi, sama ada di restoran, kedai buku, di tempat penginapan malah di dalam bas pun, apabila kami ditegur; “kamu semua dari mana,” lalu kami jawab “dari Malaysia,” spontan sahaja kalimah yang akan diungkapkan kepada kami ialah “we are all praying for the safety of the aircraft”.
Benar, dua topik besar yang saban hari menjadi tajuk utama dalam media di sini ialah isu kehilangan pesawat MH370 dan perkembangan politik di Rusia dan Ukraine.
Rakyat asing di sini merakam tahniah kepada usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan kukuh dan kerjasama erat 26 negara yang terus-menerus berusaha untuk mencari pesawat tersebut. Yang menarik bagi saya adalah ungkapan “we are all praying for the safety of the aircraft”.
Sekali lagi, dalam suasana yang sedang kita hadapi ini, sebagai hamba Allah SWT, doa ialah senjata orang mukmin yang paling ampuh yang mampu kita tadahkan tangan agar usaha pencarian ini akan terjawab segera.
Islam mengajar kita bahawa di antara mereka yang mustajab doanya insya-Allah ialah doa orang yang sedang bermusafir. Di sini kami juga turut mendoakan dipermudahkan Allah SWT agar usaha pencarian pesawat ini berjaya dan kami juga bermohon agar Allah SWT memelihara negara kita daripada sebarang ancaman pihak-pihak yang merancang untuk menghancurkan Islam, keharmonian dan kemakmuran negara kita.
Amin Ya Rabb al alamin.
* PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140323/re_02/Warkah-Geneva-Berkat-doa-kesatuan#ixzz2wqluMIeS  © Utusan Melayu (M) Bhd


Penolakan tuntutan Comango bukti komitmen Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Mac – Ketegasan kerajaan mempertahankan Islam dengan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland semalam adalah manifestasi Malaysia sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah.
Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, pendirian kerajaan Malaysia itu juga menunjukkan komitmen terhadap usaha memperbaiki kedudukan hak asasi manusia di negara ini tanpa berkompromi dengan tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, realiti sejarah, agama dan budaya negara.
“Namun, ini bukanlah penamat kepada serangan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) terhadap Islam. Ini adalah permulaan kepada keperluan pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) dan pihak kerajaan untuk lebih berusaha memperkukuhkan kekuatan bagi menghadapi serangan mereka.
“Saya yakin pihak Comango akan bertindak lebih agresif selepas ini untuk meneruskan agenda mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia terhadap Malaysia di Geneva semalam, daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.
Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Nasharudin yang kini bersama delegasi MuslimUPRo berada di Geneva berkata, apabila pulang ke Malaysia nanti, pihaknya akan membuat persiapan bagi menghadapi serangan-serangan berterusan daripada Comango yang dijangka sehingga proses Semakan Berkala Sejagat seterusnya pada 2017.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140322/dn_14/Penolakan-tuntutan-Comango-bukti-komitmen-Malaysia#ixzz2wqB5okeW  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Jati tiada kepentingan sokong delegasi MuslimUPRo

KUALA LUMPUR 17 Mac – Inisiatif berterusan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) memerangi tuntutan yang mengancam kedaulatan Islam bukan didorong oleh kepentingan peribadi atau bersifat sempit.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, inisiatif itu merupakan kesedaran yang begitu mendalam untuk melihat negara ini tidak dijadikan gelanggang menyebarluaskan fahaman liberalisme.
Menurut beliau, hal itu demikian kerana di dalam fahaman berkenaan terdapatnya gerakan menghalalkan perlakuan yang mengetepikan prinsip-prinsip kemanusiaan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Kita melihat peranan dan sumbangan MuslimUPRo dan sahabat-sahabat lain sebagai penting, terutama dalam konteks umat Islam sedang diasak secara bertubi-tubi oleh fahaman hedonisme yang memberi ruang luas kepada penularan budaya nafsu syahwat.
“Peristiwa yang berlaku di Bukit Jalil (konsert antarabangsa) hujung minggu lalu boleh dijadikan bukti nyata aliran hedonisme begitu bertenaga hingga tidak dapat dibendung lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
MuslimUPRo berlepas ke Geneva semalam bagi memantau sesi penerimaan muktamad di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada 24 Oktober lalu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menjalankan pusingan kedua proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia berdasarkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Antara tuntutan itu ialah hak kebebasan orientasi seks, LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.
Hasan memberitahu, tinjauan oleh Jati terhadap pihak yang menganjurkan program-program pembinaan sahsiah dan jati diri melibatkan golongan remaja mendapati fahaman liberalisme, pluralisme dan hedonisme berpunca daripada kegersangan amalan agama dalam kalangan golongan tersebut.
“Jelas kelihatan pelajar dan golongan remaja tidak mempunyai kemampuan untuk mempraktikkan asas tuntutan agama seperti solat yang sepatutnya menjadi alat pertahanan diri pertama dan utama dalam berdepan segala bentuk kemungkaran,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140318/dn_21/Jati-tiada-kepentingan-sokong-delegasi-MuslimUPRo#ixzz2wT3rAwlX  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Hudud: Perlu timbang pelbagai faktor

Abdul Hamid
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Cadangan melaksanakan hukum hudud di negara ini perlu mengambil kira pelbagai faktor khususnya membabitkan soal penguatkuasaan antara orang Islam dan bukan Islam.
Pandangan itu disuarakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menegaskan, pelaksanaan hukum berkenaan juga perlu kepada pertimbangan terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung pembahagian bidang kuasa di antara Persekutuan dan negeri.
Menurutnya, berdasarkan Senarai I, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, ‘undang-undang jenayah’ terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan dan mahkamah sivil manakala ‘kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam’ seperti dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan adalah di bawah kuasa kerajaan negeri serta mahkamah syariah.
“Kita lihat pula kepada kesalahan-kesalahan tersebut, didapati di antaranya ada kesalahan-kesalahan yang telah wujud dalam Kanun Keseksaan sejak 1936 dan berkuatkuasa ketika Perlembagaan Persekutuan digubal. Contohnya, kesalahan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang lain, mencuri, merompak dan merogol,
“Sebaliknya, antara kesalahan itu ada yang tidak terdapat dalam Kanun Keseksaan, malah telah diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri. Contohnya, persetubuhan luar nikah, menuduh seseorang berzina dan berkaitan minuman memabukkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan awam bertajuk ‘Pelaksanaan Hudud Di Brunei: 
Perbezaan Di Antara Brunei dan Malaysia’ di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) di sini hari ini.
Abdul Hamid berkata, jika hukuman-hukuman hudud dan qisas hendak dikenakan bagi kesalahan jenayah Persekutuan, perkara itu hanya boleh dilakukan sebagai undang-undang Persekutuan, iaitu undang-undang jenayah dan bukan ‘kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam’ seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II.
“Perlu ditekankan, undang-undang jenayah Persekutuan itu mestilah terpakai kepada semua orang Islam dan bukan Islam kerana ini merupakan undang-undang jenayah dan bukannya undang-undang peribadi dan kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam.
“Jika hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, ini bercanggah dengan peruntukan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan kerana itu ialah satu diskriminasi atas alasan agama,” ujarnya.
Beliau turut melontarkan persoalan berikut: “Adilkah jika seseorang Islam mencuri harta seorang bukan Islam, dia dikenakan hudud manakala seorang bukan Islam mencuri harta orang Islam, dia hanya dikenakan penjara atau denda”.
Atas dasar itu jelasnya, dalam undang-undang yang dibuat di Brunei, kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap orang lain, mencuri dan menyamun terpakai kepada semua.
“Seperkara lagi, sekurang-kurangnya terdapat satu kesalahan yang tidak boleh diperuntukkan baik di dalam undang-undang Persekutuan mahupun undang-undang negeri kerana akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kesalahan itu ialah murtad. Dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 (Brunei), kesalahan itu membawa hukuman mati.
“Di negara ini, peruntukan seperti itu bercanggah dengan peruntukan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan. Brunei tiada halangan perlembagaan untuk memperuntukkan kesalahan itu kerana tiada peruntukan seperti Perkara 11. Malah jika ada pun, ia boleh dipinda oleh sultan,” katanya.
Jelasnya, di Brunei, pelaksanaan hudud bukan dilakukan kerana kelangsungan politik atau untuk memenangi pilihan raya dan kerja-kerja ke arahnya telah berjalan kira-kira 30 tahun dan masih belum selesai.
Pada 22 Oktober lalu, Brunei mewartakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 dengan tujuan melaksanakan hudud dan qisas namun perintah itu dikuatkuasakan secara berperingkat, bermula dengan kesalahan takzir yang dijadualkan dalam April ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140212/dn_02/Hudud-Perlu-timbang-pelbagai-faktor#ixzz2t4WtHRYd  © Utusan Melayu (M) Bhd


ISLAM LETAK NYA DIMANA ? DI MANA LETAKNYA ISLAM DI HATI KITA

Dari Blog : Wak Long@Man




APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM…?’ – 

TOLONG BACA !!! 

‘Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend. 

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. 

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. 

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. 

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. 

Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. 

Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri. Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan? 

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. 

Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal … 

Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. 

Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, ‘Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.’ Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .. 

 Butir asal permohonan.. …. Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, ‘Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.’ Perenggan 23: ‘Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik’. Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.

Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. 

Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’. 

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu. Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . 

Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. 

 Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu. Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. 

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. 

Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof. 

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah. Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. 

Terpaksa buat perisytiharan. ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.’ Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. 

Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ‘ Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.’ Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar. 

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. 

Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali. 

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,’Allah hu Ahad’.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata ‘Allah hu Ahad’. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa. 

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.  Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. 

Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. 

Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. 

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan ‘Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak’. 

Sahabat bertanya ‘Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ‘

‘Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.’ 

Sahabat bertanya lagi. ‘Mengapa begitu ya Rasullullah? ‘ 

Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia’. 

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, ‘Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.’ Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. 

Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (tak Silap saya). 

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. 

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . 

Dia berkata: ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. 

Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.’ Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu.. 

Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. 

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . 

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. 

Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi’. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. 

Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. 

Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya. 

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. ‘Sebenarnya dia ingin. 

Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. 

Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. 

Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. 

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. 

Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.‪#‎kawan‬-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul. 

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.


Jangan pertikai fatwa, Allah hanya untuk Islam

KIRI: Harussani Zakaria, Fathul Bari
KUALA LUMPUR 8 Jan. – Isu penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya diperdebatkan kerana ia sudah pun difatwakan sejak tahun 1996 bahawa lafaz Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, dari segi hukum Islam sendiri turut melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian kerana mereka menyamakan Allah sebagai tuhan yang mempunyai anak dan ‘Tuhan Bapa’ sedangkan Allah bagi orang Islam adalah satu, tidak diperanakkan dan tidak ada anak.
Kata beliau, mana-mana pihak juga tidak sewajarnya cuba membuat perbandingan penggunaan kalimah Allah yang dibenarkan di dunia Arab sedangkan penduduk negara itu menggunakan perkataan ‘Illah’ dan bukannya Allah.
“
Kalimah Allah sudah diputuskan di mahkamah yang memberi hak kepada orang Islam, mengikut fatwa juga menyatakan tidak boleh guna oleh bukan Islam dan sudah diterima kerajaan sebagai satu undang-undang, jadi apa lagi yang mereka nak (pertikaikan)?
“
Dalam Islam kita tidak boleh langsung menyekutukan Allah, tetapi takrifan mereka (kristian) god itu ada anak. Ini adalah bertentangan dengan Islam dan satu penghinaan kepada kalimah Allah,” katanya di sini hari ini. Harussani berkata, kesungguhan tuntutan kalimah Allah oleh puak-puak Kristian pada masa kini kerana mereka mempunyai tujuan lain demi mengelirukan umat Islam yang telah menjadi agenda mereka sejak 100 tahun yang lalu.
Dalam hal itu, beliau kesal apabila terdapat puak-puak Melayu Islam sendiri turut bersekongkol dengan agenda tersebut.
“Ketika fatwa itu dikeluarkan pada tahun 1996, ada paderi-paderi daripada Kanada, Perancis dan Amerika Syarikat menghentam saya kenapa negara kita melarang penggunaan kalimah Allah, tetapi saya bertanya semula kepada mereka, kenapa kamu tidak menggunakan kalimah Allah dalam semua Bible? Mereka memberi jawapan, Allah hanya untuk tuhan Muslim,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, penganut agama Kristian yang hanya meliputi lima peratus penduduk negara ini perlu menghormati sensitiviti masyarakat majoriti Melayu Islam berhubung penggunaan kalimah Allah.
Beliau mengambil contoh dengan apa yang berlaku di India apabila masyarakat Islam di sana digesa menjaga sensitiviti majoriti penganut Hindu supaya tidak menyembelih lembu pada Aidiladha kerana haiwan itu dianggap suci.
“Kita selama ini hidup dalam harmoni dengan saling menghormati sensitiviti agama masing-masing, Islam melarang untuk mencaci agama lain atau mahu bertindak membakar gereja.
“
Kenapa kita boleh menjaga sensitiviti agama mereka sedangkan mereka sukar untuk menghormati sensitiviti Islam? Bersikap adillah sesama masyarakat jangan prejudis,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140109/dn_05/Jangan-pertikai-fatwa-Allah-hanya-untuk-Islam#ixzz2prLiJ9Uv  © Utusan Melayu (M) Bhd


 KOMEN : ORANG KAFIR NI TIDAK AKAN PUAS HATI MEREKA SELAGI MEREKA TIDAK DAPAT MENGHANCURKAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI DAN MAHUKAN ORANG ISLAM TUNDUK DAN MENGIKUT TELUNJUK MEREKA SERTA MENGANUT/MENYEMBAH TUHAN MEREKA YANG BERBENTUK BERHALA…