Kelayakan Euro 2016: Jerman atasi Georgia 2-0

ISNIN, 30 MAC 2015 @ 9:27 AM
PEMAIN Jerman, Mesut Oezil (kiri) dan Marco Reus meraikan jaringan gol kedua ketika menentang Georgia dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Tbilisi. – Foto AFP
TBILISI: Juara Dunia, Jerman menang mudah 2-0 ke atas tuan rumah Georgia dalam saingan kelayakan Euro 2016 dengan dua jaringan dalam tempoh lima minit oleh Marco Reus dan Thomas Mueller cukup untuk memantapkan semula kempen dalam Kumpulan D.
Reus menjaringkan gol selepas 39 minit permainan dan disusuli Mueller untuk membolehkan Jerman yang sebelum ini tewas kepada Poland, menguasai permainan.
PEMAIN Georgia, Giorgi Chanturia (kiri) bersaing dengan pertahanan Jerman, Jonas Hector dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Tbilisi. – Foto AFP
Kemenangan itu memberikan Jerman 10 mata daripada lima perlawanan, sama dengan pendahulu Poland serta satu lagi pesaing, Scotland.
“Melihat kedudukan dalam kumpulan sudah cukup untuk memahami situasi yang mendesak. Kami bermain dengan dinamik dan menguasai permainan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.
PEMAIN Jerman, Mario Gotze (kanan) bersaing dengan pemain Georgia, George Navalovsky dalam saingan kelayakan Euro 2016 di Tbilisi. – Foto AP


Keputusan kelayakan Euro 2016

ISNIN, 30 MAC 2015 @ 8:09 AM
PARIS: Berikut keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung awal pagi tadi.
PEMAIN Serbia, Aleksandar Mitrovic (kiri) mengawal bola di depan pemain Portugal, Ricardo Carvalho pada perlawanan Kelayakan Euro 2016 di Stadium Luz, Lisbon awal pagi tadi. – Foto Reuters
Kumpulan D
Di Tbilisi
Georgia 0 – Jerman 2 (Reus 39, Mueller 44)
Di Glasgow, Scotland
Scotland 6 (Maloney 18-pen, 34-pen, S Fletcher 29, 77, 90, Naismith 39) – Gibraltar 1 (L Casciaro 20)
Di Dublin
Republik Ireland 1 (Long 90+1) – Poland 1 (Peszko 26)
Kumpulan F
Di Belfast
Ireland Utara 2 (K Lafferty 33, 38) – Finland 1 (Sadik 90+1)
Di Ploiesti, Romania
Romania 1 (Keseru 21) – Kepulauan Faroe 0
Di Budapest
Hungary 0 – Greece 0
Kumpulan I
Di Elbasan, Albania
Albania 2 (Mavraj 77, Gashi 81) – Armenia 1 (Movsisyan 4)
Di Lisbon
Portugal 2 (Carvalho 10, Fabio Coentrao 63) – Serbia 1 (Matic 61)
– AFP

Keputusan kelayakan Euro 2016

AHAD, 29 MAC 2015 @ 8:59 AM
LONDON: Berikut keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung, awal pagi tadi.
PEMAIN Wales, Aaron Ramsey (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Gareth Bale pada perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung, awal pagi tadi. – Foto Reuters
KUMPULAN A
– Di Astana
KAZAKHSTAN…… 0 ICELAND……. 3
Iceland (Gudjohnsen 20, B Bjarnason 32, 90+1)
– Di Prague
REPUBLIK CZECH……. 1 LATVIA……. 1
Re Czech (Pilar 90)
Latvia (A Visnakovs 30)
– Di Amsterdam
BELANDA……. 1 TURKI……. 1
Belanda (Huntelaar 90+2)
Turki (Burak Yilmaz 37)
KUMPULAN B
– Di Haifa
Israel……. 0 WALES……. 3
Wales (Ramsey 45+1, Bale 50, 77)
– Di Andorra la Vella
ANDORRA……. 0 BOSNIA & HERZEGOVINA……. 3
Bosnia & Herzegovina (Dzeko 13, 49, 62)
– Di Brussels
BELGIUM……. 5 CYPRUS……. 0
Belgium (Fellaini 21, 66, Benteke 35, Hazard 67, Batshuayi 80)
KUMPULAN H
– Di At Baku
AZERBAIJAN…… 2 MALTA……. 0
Azerbaijan (C Huseynov 4, Nazarov 90+2)
– Di Zagreb
CROATIA……. 5 NORWAY……. 1
Croatia (Brozovic 30, Perisic 54, Olic 66, Schildenfeld 87, Pranjic 90+4)
Norway (Tettey 81)
– Di Sofia
BULGARIA……. 2 ITALI……. 2
Bulgaria (Popov 11, Micanski 17)
Itali (Y Minev 4-og, Eder 84)
– AFP

Keputusan kelayakan Euro 2016

SABTU, 28 MAC 2015 @ 8:11 AM
PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata (kanan) bersaing dengan pemain Ukraine, Evgeny Khacheridi (kiri) pada aksi kelayakan Euro 2016 di Stadium Sanchez Pijuan, Seville, Sepanyol. – Foto EPA
PARIS: Berikut keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016 yang berlangsung, awal pagi tadi.
KUMPULAN C
Di Skopje
– MACEDONIA……. 1 BELARUS……. 2
Macedonia (Trajkovski m9)
Belarus (Kalachev m44, Kornilenko m82)
Di Zilina, Slovakia
– SLOVAKIA…….. 3 LUXEMBOURG……. 0
Slovakia (Nemec m10, Weiss m21, Pekarik m40)
Di Seville
– SEPANYOL…….. 1 UKRAINE……. 0
Sepanyol (Morata m28)
KUMPULAN E
Di London
– ENGLAND……. 4 LITHUANIA……. 0
England (Rooney m6, Welbeck m45, Sterling m58, Kane m73)
Di Ljubljana
– SLOVENIA……. 6 SAN MARINO……. 0
Slovenia (Ilicic m10, Kampl m, Andraz Struna m50, Novakovic m52, Lazarevic m73, B Ilic m88)
Di Lucerne, Switzerland
– SWITZERLAND……. 3 ESTONIA……. 0
Switzerland (Schaer m17, Xhaka m27, Seferovic m80)
KUMPULAN G
Di Vaduz
– LIECHTENSTEIN…….. 0 AUSTRIA……. 5
Austria (Harnik m14, Janko m16, Alaba m59, Junuzovic m74, Arnautovic m90+3)
Di Chisinau
– MOLDOVA……. 0 SWEDEN…… 2
Sweden (Ibrahimovic m46, m84-pen)
Di Podgorica
– MONTENEGRO mln RUSSIA
(Dihentikan selepas minit ke-66 akibat gangguan penyokong)
– AFP

EURO 2016 : Gol aksi sulung Kane bantu England belasah Lithuania 4-0

SABTU, 28 MAC 2015 @ 6:44 PM
PENYERANG Tottenham, Harry Kane (kanan) cuba memperdaya pemain Lithuania, Tadas Kijanskas pada aksi Kelayakan Euro 2016, di Wembley, awal pagi tadi. – Foto REUTERS
LONDON: Penyerang Tottenham, Harry Kane menjaringkan gol pada penampilan sulungnya, kurang dua minit selepas masuk sebagai pemain gantian ketika England membelasah Lithuania 4-0 pada aksi Kelayakan Euro 2016 di Wembley, awal pagi tadi.
Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan England di tangga teratas Kumpulan E dengan kini mengumpul 15 mata maksimum selepas lima perlawanan.
Kane, 22, yang menjaringkan 29 gol dalam semua kejohanan musim ini bersama Tottenham masuk menggantikan kapten, Wayne Rooney pada minit ke-71 berjaya menanduk masuk gol keempat England, dua minit kemudian.
Terdahulu tiga gol awal England dijaringkan Rooney pada minit ketujuh, Danny Welbeck (45) dan Raheem Sterling (58).
“Ini permulaan yang saya impikan. Untuk melihat ia menjadi kenyataan, sesuatu yang menakjubkan.
“Ia mungkin satu detik yang membuatkan saya sedikit bingung tetapi saya gembira dan berasa bangga. Apa yang paling penting ialah kami mencatat kemenangan,” kata Kane.
England kini enam mata mengatasi dua pesaing terdekat, Slovenia dan Switzerland yang turut mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing, awal pagi tadi. – Reuters

F1: Ferrari terlalu pantas buat kami hari ini – Hamilton

AHAD, 29 MAC 2015 @ 8:10 PM
Oleh Khairil S Iswan
SEPANG: Kemenangan Ferrari di Grand Prix Malaysia 2015 menamatkan rentetan tujuh bulan kemenangan Mercedes AMG PETRONAS sejak tahun lalu namun ia masih dianggap positif oleh pelumbanya, Lewis Hamilton.
Begitupun, pelumba kelahiran Britain itu pantas meminta pasukannya mengatasi kelemahan yang berlaku di Litar Antarabangsa Sepang itu yang disifatkannya turut berpunca daripada kesilapan strategi.
“Mereka (Ferrari) terlalu pantas buat kami hari ini,” kata Hamilton yang dilihat beberapa kali mempertikaikan strategi pasukannya menerusi radio dan dapat didengari di bilik media.
“Masih ada ruang yang boleh kami tingkatkan dan kamu tidak boleh memenangi segala-galanya.
“Agak baik untuk melihat pemenang daripada pasukan lain. Saya ketika ini bersedia untuk menghadapi saingan lebih mencabar ketika ini,” katanya.
Sekalipun gagal mencatat kemenangan, Hamilton masih mengungguli carta teratas kedudukan pemandu dengan mengumpul 43 mata, hanya dibezakan dengan kelebihan tiga mata berbanding Vettel di kedudukan kedua.
Pada perlumbaan pembuka musim 2015 Formula Satu (F1) di Australia, dua minggu lalu, Hamilton menjuarai perlumbaan diikuti rakan sepasukannya, Nico Rosberg di kedudukan kedua dengan Vettel melengkapkan kedudukan podium.
Mencatat kemenangan cukup meyakinkan di Melbourne, jurang itu terus mengecil di Malaysia dan kesilapan strategi pantas dibayar dengan harga yang mahal.
Bos Mercedes, Toto Wolf turut mengakui peningkatan ditampilkan Ferrari yang memaksa pasukannya bekerja lebih keras.
PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton menduduki petak pertama dalam perlumbaan Formula Satu (F1), Sepang. -Foto AP


F1 : Ferrari, Vettel sekat Mercedes ‘di laman sendiri’

Oleh Khairil S Iswan
SEPANG: Ferrari dan Sebastian Vettel mengakhiri dominasi Mercedes AMG PETRONAS, malah lebih manis di perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Malaysia PETRONAS yang dianggap ‘laman sendiri’ Mercedes, hari ini.
Lebih menggembirakan buat Ferrari dan Vettel, ia menamatkan kemarau buat kedua-duanya yang kali terakhir merakam kemenangan pada perlumbaan jentera empat roda elit itu pada 2013.
Mercedes dalam pada itu terpaksa menerima hakikat jurang yang dicipta mereka tahun lalu kian pudar apabila kedua-duanya sekadar melengkapkan kedudukan podium di Sepang.
Juara dunia tahun lalu, Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua manakala rakan sepasukannya, Nico Rosberg ketiga.
Memulakan perlumbaan di petak kedua, Vettel menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 41 minit 05.793 saat, kelebihan 8.5 saat di depan Hamilton.
Perlumbaan yang pada awalnya diramalkan berlangsung dalam hujan tidak menjadi kenyataan apabila hanya awan mendung berarak di SIC, hari ini.
Memulakan perlumbaan di petak pertama dan menggunakan tayar lembut menyaksikan segala-galanya seakan tidak memihak Hamilton yang kemudian mengakui bergelut dengan pemilihan yang dilakukannya.
Ia bertambah parah apabila bendera kuning dikibarkan marsyal perlumbaan kerana kemalangan membabitkan pelumba Sauber, Marcus Ericsson seawal pusingan kedua dengan Hamilton dan Rosberg pantas memasuki hentian pit untuk menukar tayar kepada pertengahan selepas kereta keselamatan memasuki litar.
Peluang itu terus diambil Vettel yang memimpin perlumbaan dan mengakhirinya dengan strategi dua hentian pit berbanding tiga dilakukan kedua-dua pelumba Mercedes.
Kali terakhir Vettel memenangi perlumbaan F1 adalah di GP Brazil pada November 2013 ketika menjuarai gelaran dunia keempatnya pada musim sama bersama pasukan Red Bull.
Begitupun, pelumba kelahiran Jerman itu bergelut sepanjang tahun 2014 yang menyaksikan kebangkitan Mercedes.
Kali terakhir Ferrari memenangi perlumbaan juga pada Mei 2013 pada GP Sepanyol menerusi bekas pelumbanya, Fernando Alonso yang ketika ini berlumba bersama pasukan McLaren-Honda.
Mengikuti kejayaan Vettel ialah rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen yang mencipta kejutan menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat sekalipun memulakan perlumbaan di petak ke-11.
Dua pelumba Williams, Valtteri Bottas dan Felipe Massa turut meneruskan persembahan baik musim ini dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima dan keenam.
Ini kali pertama Bottas berlumba musim ini selepas tidak dibenarkan beraksi di GP Australia kerana masalah kesihatan.
Pelumba Belanda dan Toro Rosso, Max Verstappen menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh diikuti pelumba baharu Sepanyol yang juga rakan sepasukannya, Carlos Sainz kelapan.
Masalah berterusan buat pelumba Red Bull apabila kedua-dua pelumbanya, Daniil Kvyat dan Daniel Ricciardo sekadar melengkapkan senarai pemungut mata.
Perlumbaan pusingan tiga F1 akan berlangsung di China pada 12 April depan.
SEBASTIAN Vettel mendahului perlumbaan di Sepang meninggalkan Mercedes di tempat kedua. – Foto AFP