UiTM sebagai universiti keusahawanan kali kedua


Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kampus@utusan.com.my




Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (kanan) menerima cek kemenangan sebagai UniversitiKeusahawanan 2013 dari P.Kamalanathan pada Malam Gala Keusahawanan Pengajian Tinggidi Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi diumum sebagai universiti keusahawanan setelah melakukannya tahun lalu.
Penganugerahan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan 12 Disember lalu sempena Malam Gala Keusahawanan Pengajian Tinggi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Jabatan Komunikasi dan Korporat UiTM, Alfina Bakar, dari enam kategori yang dipertandingkan, UiTM telah memenangi anugerah dalam tiga kategori termasuk anugerah utama.
“Kategori yang dimenangi selain anugerah utama ialah kategori Perniagaan Pelajar Terbaik, kategori Persekitaran Institusi dan kategori Penglibatan Pelajar.
“Penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan kepada agenda keusahawanan UiTM yang telah bermula sejak penubuhan Dewan Latihan Rida pada tahun 1956 di mana pelajar Bumiputera dilatih untuk menjadi pekerja separa-profesional dan profesional serta usahawan,” katanya baru-baru ini.
Alfina berkata, anugerah sebagai universiti keusahawanan adalah demi memberi penghargaan terhadap usaha-usaha Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyemarakkan agenda keusahawanan pengajian tinggi.
“Sebanyak 19 IPTA telah menyertai pertandingan yang berlangsung selama lebih tiga bulan bermula dengan penyerahan dokumen penulisan dan bukti program keusahawanan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pembentangan kepada panel penilai dan lawatan panel penilai ke enam buah universiti yang terpilih ke peringkat akhir.
“UiTM dipilih berdasarkan kejayaan melahirkan ramai graduan usahawan dan graduan bercirikan keusahawanan dari dahulu hingga sekarang. Pada tahun 2012/2013 UiTM telah melatih hampir 800 graduan menjadi usahawan melalui program-program seperti Tunas Mekar, Program Pembangunan Usahawan Graduan (GEDEP), dan Sectorial Techno-Entrepreneurship Programme (STEP),” katanya.
Katanya lagi, selain tiga kategori yang dimenangi oleh UiTM, Universiti Malaysia Perlis (UniMap) telah memenangi dua anugerah manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi satu anugerah.
Beliau menambah, kejayaan UiTM adalah kerana persekitaran institusi yang kondusif yang mana semua pihak termasuk Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sentiasa memberi galakan kepada program keusahawanan dalam UiTM di mana UiTM adalah satu-satunya universiti yang mempunyai jawatan Penolong Naib Canselor Keusahawanan.
Universiti Keusahawanan juga memberi implikasi bahawa UiTM perlu memastikan polisi dan persekitaran institusinya adalah kondusif terhadap penerapan nilai dan kompetensi keusahawanan seperti pengurusan pentadbiran dan kewangan yang lebih cekap dan berhemah.
UiTM akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menjana pendapatan sendiri supaya dapat melaksanakan lebih banyak lagi program keusahawanan dan mensasarkan kerjasama dengan pihak kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140120/ka_02/UiTM-sebagai-universiti-keusahawanan-kali-kedua#ixzz2qzh3LOp3  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Advertisements

UiTM sasar tingkatkan 250,000 jumlah pelajar menjelang 2020

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor kepada Mohamad Hafiz Mamat pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke- 79 Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor semalam.

SHAH ALAM 9 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah menyambut baik dan memberikan sokongan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan peningkatan jumlah pelajarnya kepada 250,000 menjelang 2020.
Seri Paduka bertitah, dengan peningkatan pengambilan yang besar, UiTM mampu memberi ruang dan peluang kepada pelajar bumiputera untuk melanjutkan pengajian, seterusnya mengubah destini masa hadapan mereka.
‘‘Beta menyeru kepada semua pihak yang terlibat bersama-sama menjalankan perancangan yang sistematik dan strategik dalam merealisasikan hasrat ini.
‘‘
Beta percaya dengan pembinaan kampus-kampus baharu UiTM di luar bandar dapat mengekang keciciran anak bangsa dalam pendidikan,” titah Seri Paduka ketika berkenan menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-79, UiTM di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini hari ini. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Yang turut hadir Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar UiTM menyasarkan peningkatan jumlah pelajarnya kepada 250,000 orang menjelang 2020.
Tuanku Abdul Halim bertitah, pembinaan kampus-kampus baharu UiTM juga diharap dapat memberi limpahan ekonomi dan kemakmuran yang boleh dirasai bersama oleh semua lapisan masyarakat.
Seri Paduka bertitah, pencapaian UiTM melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) juga telah berjaya melahirkan graduan sulungnya yang akan menerima ijazah mereka pada konvokesyen kali ini.
‘‘Beta dimaklumkan bahawa dua graduan sulung program ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor setelah memperoleh kejayaan cemerlang iaitu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.7 ke atas.
‘‘Beta berharap UiTM dapat memastikan graduan yang dilahirkan mampu mempunyai kebolehpasaran yang tinggi supaya sentiasa menjadi pilihan utama industri dalam bidang kerjaya, sekali gus meletakkan nama universiti ini sentiasa di hadapan setanding dengan institusi terkemuka di dunia,” titah Seri Paduka.
Sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-79 tersebut, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20131110/ka_01/UiTM-sasar-tingkatkan-250000-jumlah-pelajar-menjelang-2020#ixzz2kIwqlKue © Utusan Melayu (M) Bhd 

Jangan jadi kacang lupakan kulit

SEBAHAGIAN daripada graduan cemerlang gembira bersama ijazah masing-masing selepas Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM kali Ke-78 di Dungun, kelmarin.

DUNGUN 20 Mei – Para graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) diseru sentiasa bersikap mengenang budi dan membalas keistimewaan yang mereka terima dengan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.
Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid berkata, dengan kedudukan dan jawatan yang disandang kelak, mereka perlu bersama membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
Menurutnya, terlalu banyak keistimewaan yang telah diberi oleh kerajaan kepada pelajar yang mungkin mereka tidak sedari di samping penekanan ke arah pembentukan jati diri agar tidak lupa dari mana mereka bermula.
“Mereka juga telah diserapkan dengan nilai-nilai murni supaya apabila tamat pengajian nanti, menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM kali Ke-78 di Hotel UiTM Dungun di sini semalam.
Pada majlis itu, beliau menganugerahkan ijazah sarjana muda dan diploma kepada 1,357 orang pelajar UiTM yang mengambil pelbagai bidang kursus termasuk 12 orang graduan yang cemerlang menerima Anugerah Naib Canselor.
Ditanya mengenai penglibatan sesetengah lepasan UiTM yang turut terjejak dengan demonstrasi jalanan, Nuraizah menjelaskan, mereka berhak untuk berpolitik tetapi janganlah bersikap keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tidak tenteram dan membimbangkan.
“Kita tidak boleh menghalang jika mereka ingin menceburi mana-mana parti politik tetapi saya menyeru mereka tidak menyertai demonstrasi jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri serta menyusahkan masyarakat yang cintakan keharmonian.
“Sebab itulah saya menekankan agar mereka mempunyai sifat tanggungjawab terhadap masyarakat yang sangat tinggi dan tingkah laku yang kurang sopan kita tidak galakkan,” katanya.
 

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA…

TERIMA KASIH

Company Name
Terima kasih adalah merupakan satu ungkapan yang tinggi nilainya. Ia memberikan satu erti yang besar dalam hati seseorang. Terima kasih juga adalah merupakan satu hadiah besar kepada penerima dan pemberi. Terima kasih adalah merupakan ungkapan yang paling banyak kita lafazkan. Hati akan terasa cukup berharga apabila mendengar seseorang mengucapkan terima kasih. Terima kasih juga mencerminkan keperibadian seseorang. Ia sebuah tanda penghargaan diatas segala jasa dan pertolongan yang kita terima dari insan lain. Terima kasih juga menggambarkan satu hubungan yang mesra terjalin sesama kita.

tq
Terima kasih juga merupakan tanda syukur kita kepada segala keamanan, keharmonian dan kedaulatan yang kita nikmati. Namun apabila manusia sudah hilang rasa terima kasihnya…bermulalah satu detik dimana segala yang kita nikmati sentiasa dipersoalkan. Segala nikmat yang kita nikmati akan menjadi hambar, keihklasan yang terbina selama ini akan mula rapuh dan menanti masa untuk gugur seperti daun-daun kering. Segala yang kita bina dan usahakan selama ini berkat pengorbanan pemimpin dan ibu bapa kita dahulu akan menjadi sebahagian dari sejarah. Disitu, ungkapan terima kasih tidak akan wujud lagi. Hanya air mata sesalan yang akan tinggal merenung jauh nasib dibumi sendiri.
tq
Lambang yang kita bina dahulu kini hanya tinggal simbol sahaja. 
Dan pada masa itu, kita akan belajar semula untuk mengungkapkan kalimah terima kasih. Namun, adakah ianya memadai…ataupun kita sudah terlewat dan hanya mampu memandang kelangit menangisi segala yang pernah kita nikmati.
Lambang yang kita bina dahulu kini hanya tinggal simbol sahaja. 
Dan pada masa itu, kita akan belajar semula untuk mengungkapkan kalimah terima kasih. Namun, adakah ianya memadai…ataupun kita sudah terlewat dan hanya mampu memandang kelangit menangisi segala yang pernah kita nikmati.
Terima Kasih UiTM yang sentiasa mengingatkan kami tentang erti terima kasih. Terima Kasih kepada Malaysia kerana sabar melayani karenah kami. Kami TEKAD akan terus mempertahankan ungkapan terima kasih kerana kami yakin dengan barisan yang kami pilih pasti akan mempertahankan kalimah TERIMA KASIH…

terima kasih dacing

MELAYU KENA DIBERI KESEDARAN

Sharing is CARING

UTUSAN: UiTM ditubuhkan dengan objektif membantu orang Melayu terutamanya pelajar miskin luar bandar dengan memberikan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran. Bagaimana Datuk melihat peranan yang dimainkan UiTM itu, adakah masih sama, sudah berubah atau perlu ada penambahbaikan?
SAHOL HAMID: Peranan UiTM adalah untuk memartabatkan bangsa Melayu, memberi pendidikan kepada anak-anak Melayu dan bumiputera. Peranan UiTM juga adalah untuk pastikan graduan mendapat peluang kerja yang baik, mewujudkan keusahawanan orang Melayu dan meninggikan sosioekonomi bangsa ini di bandar dan luar bandar. Inilah peranan yang perlu dimainkan oleh UiTM. Ia bermula pada tahun 1950-an sebagai institusi untuk membantu pelajar luar bandar berdasarkan perjuangan tokoh masa itu iaitu para pemimpin UMNO. Ini sejarah yang tidak boleh kita lupakan. Ia kemudiannya diangkat sebagai sebuah institut pada 1970-an sehingga menjadi sebuah universiti pada 1990-an.
Kini genap 54 tahun penubuhannya, UiTM telah mantap, dikenali di dalam dan luar negara manakala ramai rakyat telah faham peranan UiTM.
Sehingga kini, UiTM telah mengeluarkan 400,000 graduan dan ia semakin hari semakin berkembang dengan sasaran pengambilan 200,000 orang pelajar menjelang tahun 2015.
Kita berusaha untuk pertingkatkan lagi UiTM ke peringkat yang lebih tinggi. Akan tetapi UiTM tidak melupakan asal usul dan asas penubuhannya. Sekarang, selepas saya mengambil alih peranan sebagai Naib Canselor universiti ini, saya akan usahakan supaya peranan UiTM yang dahulu diteruskan untuk membantu pelajar miskin dalam bandar dan luar bandar. Kita akan letakkan UiTM di persada dunia dan menaikkan orang Melayu di mata dunia. Usaha ini akan dilakukan secara berterusan dan insya-Allah, tidak lama lagi UiTM akan dikenali sebagai sebuah universiti penyelidikan dan sebagainya.
Adakah UiTM kini terlalu menumpukan soal komersial sehingga mengabaikan asas penubuhannya untuk membantu Melayu?
Kalau nak kata UiTM menumpukan soal komersial dalam pengambilan pelajar sebenarnya tidak, UiTM adalah sebuah institusi yang mantap dan meningkatkan prestasi akademik yang tinggi. UiTM terpaksa menjadi sebuah universiti dan sudah tentu melibatkan dari segi keputusan pelajar. Kalau UiTM mahu bersaing dengan universiti-universiti lain, ia perlu memenuhi syarat badan-badan profesional termasuk bagaimana keputusan pelajar yang diterima masuk. Sungguhpun begitu sejak kebelakangan ini, kajian kita mendapati kemasukan pelajar berdasarkan merit dan persaingan semata-mata telah mewujudkan ketidakseimbangan.
Contohnya, daripada 20,000 pelajar yang diterima masuk, 70 peratus daripadanya perempuan, tinggal di kawasan bandar dan mendapat pendidikan di sekolah berasrama.
Sekiranya keadaan ini dibiarkan, bermakna kita tergelincir daripada matlamat asal (penubuhan UiTM) kerana begitu ramai pelajar luar bandar tidak mendapat tempat, yang kebanyakan mereka juga ialah pelajar lelaki.
Saya khuatir, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun, kita mungkin menghadapi masalah sosial ekoran keadaan ini. Memandangkan bilangan golongan wanita Melayu terpelajar dan berkedudukan tinggi semakin ramai, kalangan yang tidak berkahwin juga akan bertambah. Maka zuriat daripada orang Melayu akan berkurang. Apabila kurangnya zuriat daripada kalangan anak Melayu, ia boleh menyebabkan populasi orang Melayu menurun sehingga mungkin menjadi minoriti di negara sendiri.
Ini kerana, keadaan itu wujud akibat perbezaan taraf pendidikan dan sosial terutama kurangnya tempat dan peluang pendidikan kepada pelajar lelaki Melayu. Kemungkinan besar keadaan ini boleh berlaku sehingga menyebabkan anak-anak lelaki Melayu terjebak dengan gejala sosial seperti jenayah dan kegiatan antisosial gara-gara mereka tidak diberi tempat untuk melanjutkan pelajaran.
Jadi sebagai sebuah institusi yang pentingkan masa depan anak bangsanya, UiTM merasakan perlu bertindak mengadakan program dan perancangan bagi menangani keadaan ini.
Maka sebab itulah kita mulakan apa yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa. Program ini diadakan untuk membawa kita kembali kepada asal usul penubuhan universiti ini dengan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan bumiputera luar bandar, juga di bandar. Ini kerana kita cukup insaf, para pelajar ini mendapat keputusan rendah, bukan kerana tidak pandai atau tidak bijak, tetapi faktor persekitaran yang mempengaruhi mereka. Ini termasuk kemiskinan, guru-guru tidak mencukupi selain keadaan yang tidak mengizinkan mereka belajar.
Walaupun UiTM menerima 20,000 pelajar berdasarkan merit persaingan, kita akan sediakan 5,000 tempat khas untuk golongan anak miskin Melayu yang saya sebutkan tadi dengan 80 peratus daripadanya lelaki. Kita hendak supaya wujud pengimbangan yang sesuai agar anak-anak Melayu sekali lagi mendapat pendidikan yang tinggi. Pada masa sama, kita mahu mereka mendekati antara satu sama lain dan mungkin berkahwin sesama mereka dan dengan cara ini, kita dapat melahirkan anak bangsa yang lebih cerdik dan terdidik dengan sempurna.
Pelaksanaan Program Mengubah Destini Anak Bangsa dengan memberikan 80 peratus daripada 5,000 tempat kepada pelajar lelaki mungkin akan mengundang kritikan bahawa UiTM mengamalkan diskriminasi gender?
Tidak. Kita sudah membuka 70 peratus kemasukan perdana (besar-besaran) itu kepada perempuan dan lelaki. Apa yang kita mahu lakukan adalah pengimbangan pelajar, kita tak diskriminasi. 80 peratus daripada 5,000 tempat khas pelajar miskin itu hanyalah kadar yang kecil.
Apa yang penting, sebarang usaha untuk kebaikan orang Melayu tidak seharusnya anggap diskriminasi. Kalau kita anggap ia diskriminasi, bagaimana untuk menjayakan usaha menyelamatkan bangsa, meninggikan taraf mereka selain membawa pengimbangan dalam peluang pendidikan di kalangan bangsa ini.
Kita tidak mahu 20 tahun dari sekarang, kita menyesal kerana tidak memikirkan nasib bangsa sendiri daripada sekarang. Kita akan mulakan Julai ini dengan melaksanakan pengambilan 5,000 pelajar Melayu miskin di seluruh negara.
Apakah kaedah yang akan dijalankan oleh UiTM untuk melaksanakan program ini?
Pelajar tidak perlu mohon secara online, mereka cuma perlu fotostat keputusan SPM dan kad pengenalan mereka sahaja.
Di Kedah, Kelantan dan beberapa negeri, kita cari pelajar-pelajar ini, kita pergi dari rumah ke rumah untuk mengenal pasti keadaan kemiskinan keluarga dan kita akan tawarkan tempat kepada mereka yang layak. Malah, UiTM akan beri tempat tinggal, makan dan elaun kepada mereka yang terpilih. Kalau boleh saya tidak mahu ada seorang pun anak Melayu yang pandai dan boleh belajar, dinafikan tempat untuk mendapat pendidikan kerana dia miskin atau tak cukup syarat.
Apa yang penting ialah pelajar itu ada kemampuan untuk belajar dan kita akan beri peluang kedua ini untuk mereka mengubah destini diri dan keluarganya.
Cuba bayangkan, kalau satu semester kita boleh bagi 5,000 tempat, dalam tempoh satu tahun kita boleh sediakan 10,000 tempat untuk anak Melayu belajar. Dalam tempoh lima tahun, seramai 50,000 keluarga orang Melayu akan dapat diberi peluang belajar untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Program ini kalau dijalankan dengan baik boleh menghapuskan kemiskinan di kalangan orang Melayu. Inilah tujuan utama program ini.
Kita hendak menghapuskan kemiskinan di kalangan orang Melayu dan melahirkan lebih ramai pelajar Melayu yang berkemahiran dan berkemampuan mendapat kerja di pasaran.
Pada masa yang sama, UiTM juga sedia mengubah beberapa polisi agar apabila pelajar ini menamatkan pengajian, boleh keluar contohnya sebagai graduan Diploma Perakaunan yang memiliki ijazah dalam bidang undang-undang.
Malah, pelajar yang ada ijazah dalam bidang kejuruteraan boleh melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan atau akauntan. Kita akan tawarkan program canggih dan futuristik yang akan meningkatkan taraf kebolehpasaran mereka.
Kita mahu, apabila pergi temu duga, pelajar UiTM yang diterima dahulu, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta kerana nilai tambah yang ada pada mereka termasuk sokongan bahasa Inggeris dan keusahawanan, yang telah dilengkapkan oleh UiTM.
Salah satu elemen budaya Melayu adalah tulisan jawi. Namun ramai kalangan Melayu sendiri semakin menjauhi tulisan itu. Apa peranan UiTM dalam hal ini?
Saya sedar ramai pelajar lupa tentang tulisan jawi. Identiti satu bangsa itu adalah melalui tulisan dan percakapan. Jadi kalau tak pandai tulis jawi, pelajar itu dilihat kurang dari segi ‘kemelayuannya’.
Sebab itu kita mahu tekankan kepentingan jawi di kalangan pelajar Melayu. Kita kena wujudkan kesedaran penulisan jawi sebagai budaya yang tidak harus dipandang mudah.
Pelajar Melayu perlu digalakkan dengan membaca surat khabar, buku dan majalah dalam tulisan itu. Ini kerana, saya rasa sekarang hampir separuh pelajar tidak tahu membaca dan menulis jawi. Kalau dibiarkan, kita akan hilangkan ‘kemelayuan ‘ dalam diri mereka.
Datuk kurang berkenan dengan program matrikulasi. Boleh jelaskan apakah sebabnya?
Pada pandangan saya, program matrikulasi banyak merugikan orang Melayu. Pengambilan pelajar hampir 30,000 orang untuk mengikuti program ini sehingga memakan sumber kewangan yang banyak, adalah tidak sepatutnya. Ini kerana ia masih tidak menjamin tempat di universiti dan kursus yang pelajar berkenaan minati.
Bagi yang lulus (matrikulasi) boleh meneruskan pengajian tetapi yang gagal, mereka ini akan kecewa dan telah membazirkan masa dua tahun tanpa mendapat apa-apa. Sedangkan para pelajar terbabit asalnya dari kalangan yang cemerlang dalam SPM.
Jadi apa alternatif Datuk cadangkan?
Bagi saya, adalah lebih untung jika para pelajar ini mengikuti kursus peringkat diploma sebab dalam tempoh tiga tahun, mereka sudah mendapat sijil sama ada untuk mencari pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pula. Tambahan pula dengan adanya program multi disiplin yang ditawarkan UiTM, mereka ini akan keluar sebagai graduan terlatih dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, bahasa Inggeris dan lain-lain.
Berbanding program matrikulasi, mereka perlu mengikutinya selama dua tahun, barulah pelajar ini akan ditentukan pula pengajian peringkat ijazah. Itu pun ia belum dijamin.
Ini satu pembaziran masa, sedangkan kalau diberi peluang mengambil diploma, mereka boleh memilih bidang yang hendak diceburi dari awal-awal lagi dan menghabiskan pengajian dengan cepat.
Adakah ini bermakna program matrikulasi tidak lagi relevan pada masa ini?
Saya tidak mengatakan bahawa program matrikulasi itu perlu ditutup, tetapi kurangkan pengambilan pelajar dan pastikan mereka yang diambil betul-betul dijamin tempatnya di universiti dan mendapat kursus yang mereka minati. Kebanyakan mereka tidak mendapat tempat di universiti yang mereka idamkan dan kecewa kerana tidak berminat dengan jurusan yang diberi. Kesannya, apabila bekerja, mereka tidak berminat dan keadaan ini sudah pasti merugikan anak Melayu.
Jadi kita bandingkan kebaikan matrikulasi dengan diploma. Kalau jelas diploma membawa kebaikan, kenapa perlu terlalu ramai pengambilan dalam matrikulasi? Justeru kajian semula program matrikulasi perlu diadakan bagi melihat kesannya secara menyeluruh termasuk dari segi penambahan pelajar.
ukankah penubuhan matrikulasi itu bertujuan memberi peluang kepada lepasan SPM untuk mendapat tempat di pusat pengajian tinggi?
Ya, tetapi janganlah pengambilan itu terlalu ramai sehingga ramai juga yang tercicir. Saya tidak boleh melihat pelajar Melayu tercicir. Kalau mereka ini tercicir, universiti mana yang akan menerima mereka? Paling menyedihkan, mereka terpaksa menggunakan semula slip SPM untuk memohon memasuki institusi pengajian lain, sekiranya tidak mencapai keputusan yang baik di peringkat matrikulasi.
Mungkin ramai yang marah dengan pandangan Datuk ini dan tidak kurang yang melihat sebagai usaha mempromosi UiTM?
Saya tahu perkara ini kalau saya suarakan ramai yang marah, tapi saya kena bersuara kerana tidak mahu dianggap sebagai ‘pengkhianat’ dalam usaha menjamin masa depan yang baik kepada anak-anak Melayu.
Lagipun, program diploma UiTM adalah sub-profesional dan negara kita memang memerlukan ramai pekerja sub-profesional. Ia satu opsyen yang lebih sesuai untuk kepentingan orang Melayu.
Selain itu, saya juga mendapat maklumat ramai ibu bapa menganggap satu paksaan apabila anak-anak masuk matrikulasi, mereka tidak dibenarkan mengambil diploma. Bagi saya, pelajar perlu ada kebebasan untuk memilih apa juga bidang yang diminati mereka untuk belajar.
UiTM sendiri mempunyai Program Persediaan Pelajar bagi mereka yang hendak melanjutkan pengajian ke luar negara.
Ini berbeza daripada matrikulasi kerana di bawah PPP, kita hantar semua pelajar ini melanjutkan pengajian mereka ke universiti luar negara. Mereka yang tidak mendapat tempat di luar negara, kita masukkan ke UiTM. Malangnya bagi pelajar matrikulasi yang gagal, mereka ini tidak tahu hendak ke mana.
Adakah UiTM sanggup menerima mereka?
Saya sanggup. Kita mahu beri tempat kerana mereka mempunyai keputusan yang baik di peringkat SPM dulu. Tujuan kita bukan untuk mengurangkan taraf UiTM dengan mengambil pelajar yang mendapat kelulusan rendah, tapi hanya untuk martabatkan pelajar Melayu dan memastikan pelajar matrikulasi tidak terabai.
Cuma kita tidak dapat tawarkan program di peringkat ijazah tetapi diploma dengan pengurangan kredit mata pelajaran.
Kalau kita boleh bantu, kita bantu. Akan tetapi kalau ada satu dasar baru untuk menyelamatkan pelajar ini, saya lagi gembira.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2S0g5rSf4 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PENGHARGAAN UNTUK SEORANG TOKOH NEGARA TERBILANG

 
 

Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai. “

 Tun Dr. Mahathir Mohammad

 
 
Salam untuk warga UiTM
Bagi mengenang jasa seorang tokoh negara yang terbilang perlulah kita setiap warga UiTM mengenang semula jasa dan tokoh negara yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Jasa dan sumbangan salah seorang tokoh negara yang tidak akan kita lupakan sampai bila-bila adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad, Mantan Perdana Menteri Keempat Malaysia. Setiap daripada kita pasti terhutang budi pada Tun Dr. Mahathir yang telah banyak berbakti demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Hari ini kita masih lagi menyaksikan betapa gigihnya beliau dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita walaupun beliau sudah berumur. Atas kegigihan inilah kita harus terus menghargai segala sumbangan yang telah diberikan kepada kita semua. Segala usaha beliau pada hari ini boleh kita saksikan sendiri melalui laman facebook beliau.
Laman facebook beliau akan memberikan kita banyak informasi mengenai segala aktiviti dan usaha beliau masa kini. Bagi menghargai sumbangan beliau, kami amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sudi untuk melayari www.facebook.com/ILOVETUNM

Tun M

Page ini dibuat sebagai tanda sokongan dan rasa sayang kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang memegang jawatan tersebut selama 22 Tahun. 
LIKE page ini jika anda benar-benar menyokong, sayang, kagum, bangga dengan beliau. Page ini bukan untuk mengangkat beliau , bukan untuk memuja tapi sekadar perkongsian mengenai Tun Mahathir. Selain membincangkan mengenai isu-isu politik semasa. Gambar dan POST dalam page ini juga bukan HAK MILIK PAGE ini boleh BERKONGSI.

** Page ini juga telah dimaklumkan kepada Tun Dr Mahathir**

“Buat apa susah-susah , ada ke yang sayang saya? mana ada .” – Tun Dr Mahathir

PUTAR BELIT LAGI

Pembohong BESAR
===================================================================
KIRA-KIRA SIFIR
I want to ask one simple finance question to Rafizi… Similar to your housing loan, if i borrow RM285mil from you today, and i pay you over 23 years with 6.5% interest per annum, what would be my total agregate payment? Its would be more than RM1 billion. Add to that 23 years of operating and maintenance cost (with inflation, etc) for 838k sq ft of facility… Please do the maths..(kiriman pembaca)

PEMBINAAN 6 KAMPUS UITM JIMAT RM600J

Sila pertahankan UiTM
Kerajaan berupaya menjimatkan sebanyak RM600 juta kos untuk membina enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara
PUTRAJAYA: Kerajaan berupaya menjimatkan sebanyak RM600 juta kos untuk membina enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara menerusi pelaksanaan kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelaksanaan projek secara PFI itu dijangka boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM50 juta hingga RM100 juta bagi setiap kampus baru. Beliau berkata, ia kerana kos pembinaan setiap kampus UiTM menerusi kaedah konvensional adalah mencecah sehingga RM400 juta berbanding tidak sampai RM300 juta menerusi konsep PFI.
Ini bermakna kerajaan hanya akan membelanjakan RM1.8 bilion untuk membina enam kampus baru UiTM, manakala 
bayaran balik kos pembinaan kepada syarikat terbabit dilakukan secara berperingkat mengikut bilangan pelajar di situ.
Kita berharap pembinaan kampus baru UiTM berkenaan dapat dimulakan secepat mungkin dan mampu membuka lebih 
banyak peluang kepada generasi muda untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pada masa depan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi antara 
UiTM dan syarikat yang terbabit dengan projek pembinaan enam kampus UiTM secara PFI di sini, semalam. Enam kampus baru UiTM yang akan dibina menerusi kaedah PFI ialah di Pasir Gudang, Johor; Jasin, Melaka; Seremban 3, Negeri Sembilan; Kota Samarahan, Sarawak; Tapah, Perak dan Puncak Alam, Selangor.
Mengulas lanjut, Khaled berkata beliau meminta pengurusan UiTM supaya sentiasa melakukan pemantauan bagi 
memastikan semua projek pembinaan kampusnya disiapkan mengikut jadual.
Pada masa sama, Khaled berkata kerajaan juga merancang untuk membina enam lagi kampus baru UiTM termasuk di 
Dengkil (Selangor), Pekan (Pahang), Mukah (Sarawak), Kapar (Selangor) dan Rembau (Negeri Sembilan) menggunakan 
pendekatan sama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

Warga UiTM Pasti Kecewa dengan kenyataan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB Si Rafizi (Putar Alam) ini..