>Model VW Passat lebih murah

>


Oleh Ahmad Farizal Hajat
2011/02/28 BERITA HARIAN


MODEL Volkswagen Passat akan ditawarkan dengan harga 30 peratus lebih murah apabila ia dipasang di kilang DRB-Hicom. Dipasang di kilang DRB-Hicom, harga ditawar RM154,000 seunit

MODEL pemasangan tempatan (CKD) Volkswagen Passat hasil jalinan pakatan antara DRB-Hicom Bhd dan Volkswagen AG (VW) akan dijual pada harga amat berdaya saing, sekitar RM154,000 seunit, iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding sekitar RM220,000 bagi yang diimport sepenuhnya (CBU).

Model perintis hasil pakatan kerjasama konglomerat automotif Malaysia dan syarikat automotif terbesar Eropah itu akan mula dipasarkan November ini. Sumber industri berkata, penurunan harga itu hasil pengecualian cukai susulan daripada program CKD serta pengurangan kos pengeluaran berikutan penggunaan komponen tempatan, iaitu sekitar 40 peratus. Katanya, meskipun harga bagi Passat CKD itu dikurangkan dengan ketara, namun dari segi kualiti, ia akan tetap mengikut dan menepati spesifikasi pengeluaran antarabangsa VW.

“Buat permulaan, harga Passat yang dipasang dan dikeluarkan di kilang pemasangan milik DRB-HICOM di Pekan, Pahang akan ditawarkan 30 peratus lebih rendah daripada model CBU, sebelum ia dikurangkan lagi secara berperingkat bergantung kepada peningkatan peratusan penggunaan kompo-nen tempatannya.

“Justeru, melihat kepada penurunan harga serta jangkaan sambutan menggalakkan, kami menjangkakan DRB-Hicom akan membuka tempahan bagi model itu selewat-lewatnya dua minggu sebelum pelancarannya di pasaran,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, jika DRB-Hicom mampu meningkatkan peratusan kandungan komponen tempatan pada Passat dalam tempoh beberapa tahun akan datang, harga model itu dijangka mampu dikurangkan sehingga mencecah RM130,000 seunit. “Buat permulaan, program CKD Passat itu hanya membabitkan peratusan kandungan komponen tempatan yang kecil, iaitu sekitar 40 peratus, namun DRB-Hicom, menerusi program vendornya, sudah memiliki beberapa strategi untuk meningkatkannya sehingga 60 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” jelasnya.

Program CKD model Volkswagen itu susulan termeterainya perjanjian pelesenan dan pakatan antara DRB-Hicom dan VW pada Disember tahun lalu sehingga membolehkan konglomerat automotif tempatan itu memasang dan mengeluarkan kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia.

Perjanjian yang dicapai selepas kira-kira dua tahun berunding itu, akan menyaksikan DRB-Hicom memperkenalkan tiga model Volkswagen dan mengeluarkan kira-kira 30,000 unit kenderaan VW setahun menjelang 2015, sebelum ditingkatkan lagi pengeluarannya kepada 60,000 unit pada 2020.

Volkswagen Passat adalah model sulung yang akan dikeluarkan di kemudahan milik DRB-Hicom itu, sebelum disusuli model Jetta dan satu lagi model yang akan diumumkan kelak.

Selain dipasarkan untuk pasaran tempatan, model Volkswagen yang dipasang DRB-Hicom itu, akan turut dieksport ke negara ASEAN lain mulai 2013.

KOMEN : MEMANG CANTIK DAN MEWAH. KUALITI DAN PRESTASI TERJAMIN.

>Ohhh pelajar Melayu

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

Pilihan raya kampus sekali lagi menjadi isu. Kali ini makin panas dan tegang. Di Universiti Putra Malaysia (UPM) misalnya, lima pengawal keselamatan cedera kerana terpaksa mengawal demonstrasi pelajar. Di Universiti Malaya (UM), ada calon yang didakwa berbohong dan pura-pura menghilangkan diri.

Awang tidak berminat untuk mengulas tentang keputusan pilihan raya. Yang lebih mengganggu fikiran ialah budaya berpolitik yang tidak sihat di kalangan pelajar kita terutamanya Melayu.

Ketika ramai pelajar bukan Melayu menumpukan perhatian kepada pengajian, pelajar Melayu lebih ghairah berpolitik. Emosi lebih menguasai mereka. Sudahlah ramai pelajar Melayu sekadar sederhana dalam prestasi akademik, malas membaca, lemah pengetahuan am dan kurang keyakinan diri, ia diburukkan lagi dengan sentimen berpolitik ala samseng. Seorang pemimpin pelajar Cina di UKM turut membantah akhlak yang diperlihatkan oleh golongan pelajar Melayu yang bersikap biadap dan melanggar peraturan universiti. Awang setuju. Gedung ilmu jangan dijadikan medan melahirkan samseng politik. Adakalanya Awang terfikir, apakah mereka ini layak berada di universiti. Jika itulah sikapnya, beri sahaja peluang kepada puluhan ribu pelajar yang sememangnya mahu melanjutkan pengajian di universiti awam tetapi tidak mendapat tempat.

Awang sedih dengan kualiti ramai pelajar Melayu di menara gading sekarang. Ketika rata-rata pelajar Cina dan India bertungkus lumus meningkatkan kecemerlangan, pelajar Melayu pula hebat memekik dan melolong. Baru pilihan raya kampus, sudah riuh rendah dan kecoh seolah-olah ia menentukan masa depan negara. Rasanya jarang berlaku di negara lain yang pilihan raya kampusnya bermasalah besar. Walaupun bukan semua tetapi golongan inilah yang memburukkan lagi imej pelajar Melayu keseluruhannya. Kalut berpolitik tetapi tiada kesedaran serta cetek pemikiran strategik. Apakah yang boleh diharapkan apabila mereka lulus kelak? Jika itulah generasi untuk mengisi negara maju kita suatu hari nanti, Awang akan banyak geleng kepala dan selalu tarik nafas.

Yang lebih Awang bimbang, universiti awam kita akan menjadi lubuk ekstremisme. Bibit-bibit ke arah itu sudah ada.

KOMEN : ITULAH AKIBATNYA BILA BERPOLITIK LEBIH PENTING DARI BELAJAR. HUKUM RIMBA NAK DIBAWA KEDALAM KAMPUS UNTUK MEMUASKAN HATI PENAJA MEREKA PUAK PEMBANGKANG. ATAS LANDASAN APA MAK PELAJAR BOLEH BERKEMPEN DALAM KAMPUS UNTUK MEMENANGKAN ANAKNYA YANG DIKATAKAN HILANG? KALAU INILAH PERANGAI PELAJAR MELAYU YANG KUAT MENIPU, MERUSUH, KERAS KEPALA DAN PEMALAS JANGAN HARAPLAH NAK JADI PEMIMPIN MASA DEPAN. JADI PENCACAI PUAK PEMBANGKANG BOLEHLAH.

>Polemik ‘dinasti’ Pas

>


Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

DI Merlimau ketika ini Pas dikatakan tidak senang duduk. Semuanya serba tidak kena kerana tiada isu kukuh yang boleh dipolitikkan. Jenis isu mana yang mahu dikontroversikan untuk berdepan dengan BN menjadi kemelut Pas. Kalut Pas membawa kepada tindak-tanduk calonnya, Yuhaizad Abdullah yang dilihat lebih banyak berdiam diri dan kurang berinteraksi apabila ditanya media mengenai visinya untuk pengundi Merlimau.

Sebaliknya, dia hanya sekadar menyerahkan kepada kepimpinan Pas Melaka dan Pusat untuk menyusun strategi mencipta isu yang sesuai. Kerana ketiadaan isu konkrit inilah maka Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik cuba menguji pengundi dengan mencetuskan isu ‘dinasti dan legasi’ yang mahu dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.

Meskipun pemilihan Roslan dilihat ramai pemerhati tidak bersandarkan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithin yang meninggal dunia pada 1991 dan bapa saudaranya bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang tidak lagi mengetuai kerajaan Melaka pada 1999 lagi, Kamaruddin tetap tidak ‘putus asa’.

Malah, dengan senang hati pula dan tanpa membuat ‘kerja rumah’, Kamaruddin mendakwa BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti secara turun temurun bagi jawatan pemimpin dari bapa kepada anak. Yang menjadi mangsa ialah Roslan. Soal jarak masa bapa dan bapa saudaranya tidak lagi berada dalam kerajaan negeri dengan tarikh beliau dinamakan sebagai calon BN bukan lagi persoalan.

Dakwa Kamaruddin, amalan ‘dinasti’ itu telah lama berlaku dalam UMNO, malah beliau mendakwa lagi kononnya ‘orang ramai yang saya temuipun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini’. Benarkah?

Mungkin Kamaruddin sengaja tidak mahu menyamakan perkataan ‘nepotisme’ untuk ‘dinasti’. Barangkali untuk mengelirukan pengundi Merlimau bahawa realiti sebenarnya ialah pihak pembangkanglah yang amat menjuarai dalam hal ini.

Kamaruddin sewajarnya melihat amalan ‘dinasti’ ini yang mana para pemimpin yang menerajui sesebuah parti menurunkan kuasa kepada anak beranaknya untuk jawatan tertinggi dalam DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – sekutu utama Pas dalam pembangkang.

Cuba Kamaruddin renung-renungkan dua perkataan iaitu kronisme & nepotisme (juga dinasti) yang menjadi modal Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang UMNO dan BN. Sebenarnya yang kuat mengamalkan kronisme dan nepotisme adalah Anwar sendiri.

Sejak beliau memegang jawatan di dalam Kabinet sehinggalah menjadi Ketua Umum PKR, amalan itu tidak pernah lekang daripada beliau. PKR menjadi sebuah parti anak beranak dan kroni Anwar sekeluarga apabila Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyandang jawatan Naib Presiden parti itu. Si ayah menjadi ketua umum, si ibu menjadi presiden dan si anak pula naib presiden.

Anwar bertindak ala pengurus kempen pula kepada semua calon pilihan semasa bertanding kepimpinan Pusat PKR. Beliau mahukan orangnya menguasai keseluruhan parti dari peringkat cabang sehinggalah ke peringkat pusat. Apabila Kamaruddin melabelkan UMNO sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme, seolah-olah dia membuka pekung sendiri.

Segala apa yang ditohmah oleh Kamaruddin terhadap Roslan di Merlimau kini kembali kepada diri Pas, partinya yang bersekutu dengan PKR yang paling ketara mengamalkan ‘dinasti’ dan kronisme ini.

Demikian jugalah wujud dinasti politik lain seperti gandingan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, selain Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.

Kamaruddin sewajarnya bermuhasabah diri. Seperti mana kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil DUN Merlimau itu dibuat berdasarkan merit.

Perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira, malah tidak dapat dielakkan. Yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap potensi Roslan.

KOMEN : BIASALAH BILA TIADA ISU YANG MENARIK ISU BASI JUGA YANG DITIMBULKAN TAPI TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI. FITNAH SANA FITNAH SINI, CACI SANA CACI SINI. DINASTI ANWAR TAK MAHU CERITA KE?

>Dr. M ketuai penerima anugerah UIAM

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini menerima Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan sumbangan besar beliau kepada pembangunan universiti berkenaan.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Bersama Pemimpin anjuran persatuan tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Selain Dr. Mahathir, Rektor UIAM yang pertama, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan pula menerima Anugerah Penghargaan Khas Alumni.

Sembilan lagi individu menerima Anugerah Tokoh Alumni iaitu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Duta Bosnia ke Malaysia, Ensar Eminovic dan Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said.

Penerima lain ialah Pengarah Jabatan Pengetahuan Islam dan Produk UIAM, Prof. Dr. Ida Madieha Abdul Ghani Azmi; Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri, Prof. Datuk Dr. Khairil Annas Jusoh; usahawan, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff; Pengerusi Khairul Group Associates, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan logo rasmi Persatuan Alumni UIAM.

Sementara itu, Dr. Mahathir melahirkan rasa bangga beliau terhadap perkembangan UIAM yang kini banyak mencipta kejayaan.

”Begitu juga dengan alumninya yang ramai telah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta.

”Mungkin suatu hari nanti UIAM akan mampu melahirkan seorang Perdana Menteri di negara ini atau Presiden di sesebuah negara lain,” katanya.

Persatuan Alumni UIAM kini mempunyai cawangan di 13 negara dan sedang giat menjalankan pelbagai kempen untuk menambah cawangan baru.

Sehingga kini cawangan persatuan itu adalah di Thailand, Indonesia, Bosnia, Maldives, Australia, Singapura, Arab Saudi, China, Oman, Papua New

KOMEN : TAHNIAH TUN M. DAN PARA PENERIMA ANUGERAH SEMOGA SEGALA JASA ANDA SEKELIAN BERTERUSAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. KENAPA ANWAR ATAU ULAMA PAS TAK TERSENARAI? ADAKAH KERANA TAK ADA JASA?

>Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

KUALA KRAU 27 Feb. – Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti ‘Membangun Bersama Islam’ dan ‘Negeri Serambi Mekah’.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

“Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.

“Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan,” katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.

Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.

Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

“Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup,” kata beliau.

KOMEN : ITULAH BILA BERCAKAP DIA AJE YANG BETUL ORANG LAIN SEMUA SALAH. SOKONG KATA-KATA PM “Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan,” BUKAN MACAM PUAK PEMBANGKANG ASYIK-ASYIK MENCACI, MEMFITNAH, MERUSUH, BARING ATAS JALANRAYA DAN MACAM-MACAM GELAGAT YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM.

>Malu penanda aras ketakwaan Muslim

>


2011/02/24
DARI BERITA HARIAN

BANYAK kejadian yang melemahkan umat Islam mutakhir ini berpunca daripada hilangnya sifat malu. Ada segelintir tidak segan silu melanggar perintah agama malah berasa bangga kerana berani melakukan maksiat kepada Allah.

Mereka seolah-olah mencabar kekuasaan Allah dengan mematuhi maksiat dan memerangi syariat. Ada juga lupa sifat tidak malu melakukan kejahatan berpunca daripada hilangnya rasa perhambaan kepada Dia Yang Maha Melihat. Justeru, mereka hanya malu kepada manusia dan apabila tiada yang melihat, mereka melakukan maksiat. Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah ‘Amir: “Sesungguhnya antara yang didapati manusia daripada ucapan Nabi terdahulu adalah ‘apabila engkau tidak malu, maka lakukan apa pun yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis itu menunjukkan tanpa sifat malu, seseorang itu boleh melakukan apa saja kerana tidak takut seksaan Allah. Mereka berbuat apa saja tanpa memikirkan kesannya kepada diri, masyarakat, negara, bangsa atau agama.

Manusia memilih menjadi malu berasaskan dua keadaan iaitu kerana memang pemalu atau cuba menanam sifat malu. Sama ada kita memang seorang pemalu kerana mewarisinya daripada ibu bapa atau mengupayakan malu melalui latihan bukan persoalannya.

Sifat malu perlu ada kerana ia membawa kebaikan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Malah, malu seiring iman. Jika seseorang itu tiada sifat malu, sudah tentu ia jauh daripada keimanan kerana malu adalah benteng yang menghalang melakukan dosa.

Abu Sa’id Al-Khudri menggambarkan sifat malu Baginda SAW sebagai lebih pemalu daripada seorang gadis, bahkan apabila tidak menyukai sesuatu, sahabat boleh mengetahuinya daripada wajah Baginda.

Namun, perlu diingat sifat malu dalam Islam ialah malu melakukan perbuatan jahat dan maksiat, bukannya malu membuat kebaikan atau menyeru kepada kebenaran. Justeru, malu menghadapi yang hak bukanlah sifat malu dibawa Rasulullah SAW, sebaliknya sifat lemah yang boleh menjahanamkan agama serta membelenggu Islam terus gah di persada dunia.

Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, malu yang dipuji dalam ucapan Rasulullah SAW adalah akhlak yang mendorong seseorang melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, rasa lemah menyebabkan seseorang mengurangi hak Allah SWT ataupun hak hamba-Nya.

Sifat lemah merujuk keadaan tidak positif, tiada iltizam, kesungguhan mencapai sesuatu disebabkan kekangan peribadi, iaitu tiada keyakinan, kekuatan fizikal serta takut kemungkinan gagal.

Jangan pula kita jadikan sikap malu sebagai penyebab kelemahan umat Islam hari ini dalam urusan ilmu, pentadbiran atau kepentingan umat. Malu bertoleransi dalam urusan agama untuk menjulang kebenaran sebenarnya menunjukkan kelemahan yang nyata.

Begitu juga jangan malu mengaku salah, jika akur pada hakikat Allah mem buka seluruh keaiban semata-mata kerana perhitungan di Padang Mahsyar (melainkan kita tidak membuka keaiban orang lain).

Maka, akui kesalahan semoga ia menjadikan kita manusia yang dihargai. Tetapi jika terus menegakkan benang yang basah kerana malu, ketahuilah kita akan menjadi manusia paling lemah akhirnya.

Betapa jauh amalan kita dengan Rasulullah SAW dan sahabat. Mereka berhias dengan rasa malu yang hakiki, menahan diri daripada perbuatan keji, bukan supaya disanjung tinggi, tetapi kerana takutkan Rabbul Izzati.

KOMEN : SEMOGA SIFAT MALU KTA DAPAT MENGHINDARI DIRI KITA DARI MELAKUKAN KEJAHATAN DAN KEMAKSIATAN. AMIN

>TLDM akan saman Tony Pua

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menolak kemungkinan akan memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Ia berikutan kenyataan fitnah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang menuduh pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) TLDM diselubungi rasuah kerana dakwanya, kos kapal tersebut 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pihaknya sedang mengkaji keseluruhan kenyataan Tony Pua sebelum sebarang tindakan susulan diambil ke atas wakil rakyat DAP itu.

“Kita sedang mengkaji secara keseluruhan dan buat masa ini, kami sedang meneliti secara terperinci kenyataan asal Tony Pua berhubung isu LCS ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak supaya Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM memfailkan saman fitnah terhadap Tony Pua, agar ia menjadi pengajaran.

Semalam, gesaan itu disuarakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, kerana dedahnya, Tony Pua mengeluarkan kenyataan tersebut bagi tujuan memburukkan imej ATM di mata dunia.

Menurut Lum Yong, tindakan tidak bertanggungjawab itu dibuat kerana pembangkang mahu rakyat hilang kepercayaan terhadap ATM selain, demi keuntungan politik pihak asing.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan yang sama.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai bentuk tindakan susulan terhadap Tony Pua apabila tiba masanya kelak.

Katanya, Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap semua gesaan orang ramai yang mahu tindakan tegas dikenakan ke atas wakil rakyat DAP itu kerana mempolitikkan isu pertahanan negara tanpa bukti kukuh.

“Apabila tiba masanya nanti, kami akan umumkan apa tindakan kementerian, jangan risau kerana kita mengambil maklum mengenai pandangan semua

KOMEN : SAMAN JANGAN TAK SAMAN BIAR DIA TAHU LANGIT TINGGI RENDAH. DIA INGAT DIA WAKIL RAKYAT DAP BOLEH SESUKA HATI BUAT FITNAH. KITA IKUT PENDEKATAN PAP S’PORE SILAP KELAUR FAKTA SAMAN. BUAT TUDUHAN PALSU PADA ENTITI KERAJAAN SAMAN.