>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Akhir

>


9hb. November 2008
OWAKUDANI

Selepas meninggalkan tempat perkhemahan saya berkonvoi bersama2 3 orang kawan menuju ke OWAKUDANI yang masih terletak dalam daerah Hakone. Kereta kami terpaksa berbaris panjang menaiki bukit untuk sampai ke destinasi yang dikenali sebagai bekas gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi. Apa istimewa sangat tempat ini kepada kepercayaan orang Jepun? Mari kita mengembara sebentar berpandukan photo2 di bawah ini….

Kereta kekawan yang sama berkonvoi mendaki gunung Owakudani

Sepanjang perjalanan akan kelihatan asap2 yang keluar dari bekas gunung berapi yang mengeluarkan bau belerang

Selain boleh menaiki kereta sendiri, kita boleh juga menaiki Kabel car untuk ke destinasi

Itulah bangunan yang dikelilingi asap yang mengeluarkan produk yang dicari

Tracking yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi bagi yang malas nak mendaki bole membeli di kedai dikaki gunung aje

Sempat berposing dengan anak2 bila sudah sampai dipuncak gunung

Inilah puncak tertinggi yang boleh didaki dimana terdapat lubang bekas letupan gunung berapi yang masih mengeluarkan asap

Pemandangan banjaran gunung diambil dari puncak Owakudani

Inilah produk yang dicari TELUR HITAM

Telur direbus sehingga kulitnya menjadi hitam dengan menggunakan air panas yang mengandungi belerang dari bekas gunung berapi di sini. Menurut kepercayaan orang2 Jepun sesiapa yang memakan sebiji telur hitam ini dapat memanjangkan jangka hayat(umur) selama 7 tahun. Bayangkanlah kalau hari2 telur ini dimakan oleh seseorang (itu cuma kepercayaan mereka) Kita tak perlu percaya. Apa yang saya dapati bila pertama kali memakan telur itu ialah rasanya sungguh berbeza dari telur yang kita rebus di rumah. Telur hitam ini tidak berbau dan sedap dimakan. Kalau keluar angin pun tak berbau berbanding dengan telur biasa. Produk ini dijual 5 biji dalam satu paket yang berharga 500 yen. Bayangkan pertama kali mencuba anak2 saya makan seorang 3 biji….hihihihhh. Sesiapa yang sempat ke Tokyo jangan tak singgah ke Owakudani selain boleh bershopping ke Factory outlet yang terletak di Gotemba dan kalau bernasib baik dapat melihat puncak Mount FUJI jika cuaca baik dan tidak berkabus.

>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Part 3

>


9hb November 2008

Hari ini diadakan aktiviti bebas sebelum masing2 berangkat pulang ke Tokyo secara berkumpulan atau bersendirian. Saya dan keluarga bercadang meneruskan perjalanan ke Owakudani dan Gotemba sebelum bertolak pulang ke Tokyo pada sebelah petangnya. Semua peserta di kehendaki check out pada pukul 9.00am. Saya sempat mengabadikan beberapa keping photo untuk dikongsi bersama pembaca blog yang sudi berkunjung ke blog saya.

Saya dan family sempat posing sebelum check out dari Chalet yang disewa

Inilah Tiga Dara Pingitan buah hati saya dan isteri

Isteri saya bergambar dengan kawan baik Pn. Normah dan Pn. Tun serta anak2

Saya dan isteri berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang indah

Isteri saya dan Pn Normah

Pemandangan dikawasan perkhemahan di Hakone

Pemandangan yang diabadikan sebagai kenangan bila kami pulang ke tanah air nanti

Maaf kerana artikel ini terpaksa di backdatedkan kerana semasa aktiviti ini selesai dijalankan, saya rasa malas sangat nak postingkan dalam blog ini. Tapi insyaallah saya akan posting lagi artikel edisi backdated Kembara Tokyo untuk kenangan anak2 saya dan berkongsi dengan rakan2 blogger.

>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Part 2

>

8hb November 2009

Musical Chair untuk kaum ibu

Musical Chair untuk kaum bapa/orang bujang

Membawa bola pingpong diatas sudu, Semangat betul anak kecil saya ni

Anak no 2 saya berjalan sambil menjunjung buku

Memancing botol

Anak kecil saya sedang Limbo rock

Anak sulong saya pun sedang Limbo rock

Sporting juga bapa rock sedang meLimbo rock…wakakakaa

Acara membawa kacang merah menggunakan sudu aiskrim oleh ibu dan bapa serta orang bujang. Ramai yang kehilangan kacang merah tu…wakakakaaa

Gambar beramai2 setelah tamat aktiviti untuk malam itu

Seronok juga sesekali dapat berkumpul dalam kumpulan yang besar tapi bukan untuk berdemontrasi. Maklumlah aktiviti yang tidak formal dapat merapatkan jurang antara bos dan staff serta keluarga dan kawan-kawan bila berada di rantau orang. Sebenarnya masih ada lagi keluarga2 yang tertinggal kerana ada urusan kerja dan peribadi yang tak dapat dielakkan. Terima kasih kepada AJK Perwakilan yang telah berjaya menganjurkan aktiviti perkhemahan ini.

>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Part 1

>

8hb. November 2008

Kami sekeluarga telah mengikuti rombongan Perkhemahan Perwakilan Malaysia Tokyo di Pusat Percutian Hakone yang terletak hampir 100km dari Tokyo. Dari kawasan ini kami dapat melihat keindahan kemuncak Mount Fuji yang terkenal di Jepun. Kami telah banyak merakamkan gambar-gambar dalam kesejukan angin musim luruh sebelum masuknya musim dingin di sini. Berbagai-bagai aktiviti telah diaturkan oleh pihak perwakilan untuk anak-anak dan juga ahli-ahli yang turut serta.

Masa lunch selepas check in di Chalet yang disewa
Bekalan makanan dibawa dari rumah
Kaum ibu dan anak-anak sempat posing sebelum acara sebelah petang dan malam di mulakan
Kaum bapa juga tidak lepaskan peluang untuk berposing
Anak kecil saya pun dah macam orang Jepun siap dengan Chop stick
Saya dan family menikmati BBQ
Bila perut sudah penuh nak kunyah pun tak larat
Masih cuba menghabiskan makanan yang dimasak
Aktiviti telematch bermula dengan abang Redha memberikan taklimat kepada adik-adik yang akan bertanding ( Abang konon- anak dah satu)
Musical Chair game untuk anak-anak tanpa mengira jantina

>Kembara Tokyo 2-Disneyland Part3 (Akhir)

>


4hb. Julai 2009
Disneyland Tokyo


Setelah penat sekecil menikmati Disney Ice cream

Tarikan di ToonTown Disneyland

Keindahan Bangunan di ToonTown Disney

Saya dan Isteri berlatarbelakangkan Disney Castle

Bersama anak-anak berlatarbelakangkan World Disney Bazaar(Shopping area)

Disney Castle di waktu matahari terbenam

Disneyland Hotel Resort waktu malam

Disney Castle bercahaya di waktu malam

Suasana semasa Electrical Parade Dreamlights

Suasana menarik ketika Electrical Parade Dreamlights

Sebenarnya riadah sehari ni tidak mencukupi untuk meliputi semua kawasan tarikan yang ada. Maklumlah hari Sabtu semua orang Jepun ni suka duk di luar rumah. Terlalu ramai sehinggakan terpaksa berbaris sehingga satu jam untuk sesuatu tarikan. Sebaiknya kepada yang ingin kesini, saya nasihatkan ambillah kesempatan untuk beraidah disini. Datang ke Tokyo dengan tambang yang mahal akan rugi kalau tidak berkunjung ke sini. Disney Tokyo Resort terbahagi kepada dua iaitu Disneyland dan Disneysea. Rasanya 4 hari baru boleh cover kedua-dua tarikan ini.

>Kembara Tokyo 2-Disneyland Part 2

>


4hb. Julai 2009
Disneyland Tokyo

Big Thunder Mountain (runaway mine train)

Di dalam rumah Swiss Family Treehouse(Robinson)

Perkhemahan Red Indian di Tom Sawyer Island

Swiss Family Treehouse Landmark

Disney Castle yang terletak di tengah-tengah Disneyland Resort

Anak-anak bergambar di dalam kereta Goof’y’s di ToonTown

Bercita-cita nak jadi speed car racer di TommorrowLand

Tarikan di kawasan Fantasyland

Anniversary Disneyland Resort Tokyo

>Kembara Tokyo 2-Disneyland Part 1

>

4hb. Julai 2009

Saya dan keluarga mengambil kesempatan dalam Kembara Tokyo 2 untuk beriadah di Disneyland Tokyo pada 4hb. Julai 2009. Ini merupakan kali kedua kami berkunjung kesini. Kali pertama adalah pada bulan Mac 2007 selepas 4 bulan kami sampai di Tokyo Japan. Dibawah ini di postkan photo-photo yang menarik:

Anak-anak posing di pintu masuk Disneyland Tokyo

Dipintu gerbang Disneyland Tokyo

Suasana di Stesyen Keretapi Disneyland menuju ke Disneyland Resort

Berposing di hadapan trademark Disneyland(Disney Castle)

Anak-anak menaiki Flying Dumbo

Menaiki keretapi Western River Railroad

Saya dan isteri dipintu gerbang Advantureland

Diatas boat Jungle Cruise

Seperti berada dizaman Red Indian

Bagi yang suka berkayak pun boleh berkayak di sini…

Kami menghabiskan masa dari pagi sampai ke tengahari di kawasan ini dan di sambung selepas makan tengahari. Malangnya di sini makanan halal susah nak dapat jadi kami bawalah makanan yang dah dimasak dari rumah….