POLITIK : PPS dan RBA mampu ancam negara

Oleh Shen Yee Aun
papashan88@outlook.com
Kedua-dua unit ini Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dan Red Bean Army (RBA) kita ketahui dibelakangi oleh parti tertentu yang dapat dibahagikan konsepnya sebagai tentera siber (RBA) dan tentera sebenar (PPS). Operasi mereka penuh konspirasi dan menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan politik pihak tertentu. Namun begitu, mereka dipakejkan dengan begitu baik untuk mengaburi mata rakyat seolah-olah mereka ialah penjamin hak dan keselamatan rakyat. Mereka dipakejkan sebagai entiti yang baik, suci, benar dan sebagainya.
Setiap tahun sebanyak RM 1.5 juta diperuntukkan kepada PPS oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak penubuhan mereka pada 2011. Keadaan ini bermakna sebanyak RM6 juta wang rakyat negeri Pulau Pinang telah dibazirkan kepada PPS. Namun begitu, Ketua Menteri Pulau Pinang kelihatan begitu terganggu jiwanya dengan melindungi dan mempertahankan PPS yang haram. Bagaimana pula sesebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan dengan ROS boleh dikatakan sebagai pertubuhan yang sah?
Di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan, sesuatu pertubuhan itu menjadi pertubuhan haram (unlawful society) sekiranya ia tidak didaftarkan di bawah Seksyen 7. Mengikut Seksyen 2, istilah ‘pertubuhan’ diberi takrif yang luas, meliputi antara lain kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan tujuh orang ahli atau lebih, tidak kira apa pun sifat atau matlamatnya, sama ada sementara atau berkekalan. Satu entiti yang memiliki seramai tujuh orang sudah boleh dikategorikan sebagai sebuah pertubuhan dan bagaimana pula PSS yang memiliki seramai 10,000 ahli dan diberikan pakaian seragam oleh kerajaan negeri tidak mendaftarkan diri dengan ROS?
Sekirannya penubuhan PPS adalah benar-benar demi kebaikan mengapa pula tidak berani berdaftar dengan ROS? DAP, RBA dan Lim Guan Eng asyik mempertikaikan PPS tidak perlu berdaftar hanya kerana penubuhan ini adalah di bawah bidang kuasa negeri. Realitinya dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa dalam Item 3 Senarai I (iaitu Senarai Persekutuan) bahawa “Internal security, including – (a) Police dan Public order” adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri.
Sebelum ini sudah terdapat banyak isu dan kes melibatkan PPS di mana mereka memukul wartawan dan rakyat Pulau Pinang yang tidak sehaluan politik dengan mereka. Menurut Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi setakat ini seramai 11 ahli PPS memiliki rekod jenayah dan merupakan penjenayah yang sudah lama dicari oleh pihak berkuasa.
Tiga ahli PPS telah ditangkap polis kerana sudah dibuktikkan mengambil dadah. Lebih daripada 20 ahli PPS daripada 156 yang ditangkap oleh pihak polis adalah golongan wanita dan mereka yang berumur 60 ke atas. Bagaimana Lim Guan Eng boleh mengatakan penubuhan PSS adalah demi keselamatan rakyat apabila terdapat ahli-ahlinya yang bertindak kejam dan ganas terhadap wartawan dan rakyat?
Bagaimana PSS mendakwa penubuhannya adalah demi menjaga keselamatan tetapi terdapat ramai dalam kalangan mereka yang memiliki rekod jenayah? Bagaimana ahli-ahli PPS boleh menjalankan tugas dengan baik jika terdapat ahli mereka yang mengambil dadah? Mengapa wanita dan warga tua pula perlu dibahayakan untuk menjaga keselamatan negeri?
Adakah DAP dan Lim Guan Eng tidak berhati perut sehingga sanggup membahayakan keselamatan warga tua dan wanita untuk menjalankan operasi PPS yang penuh dengan bahaya dan risiko? Pasukan sukerala mana yang akan melakukan tindakan di luar perundangan seolah-olah menggunakan kuasa polis untuk menahan dan mengugut orang?
Disarankan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang turut ditangkap oleh pihak polis atas Seksyen 188 Kanun Keseksaan, kerana menghalang tugas penjawat awam serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada penjawat awam. Lim Guan Eng dalam beberapa ceramahnya yang jelas menunjukkan emosinya tergugat dalam isu PPS apabila terang-terangan mencabar Ketua Polis Negara menahannya demi mempertahankan dan melindungi PPS yang haram.
Tindakan tersebut boleh dikategorikan sebagai cuba menghalang pihak polis menjalankan tugas mereka untuk membanteras pertubuhan haram, penjenayah dan ahli-ahli kongi gelap. Pemimpin-pemimpin DAP yang menjadi pegawai dalam PPS juga perlu ditangkap mengikut undang-undang negara. Mengikut perundangan negara, menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 – boleh dihukum penjara selama lima tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali.
Semua 10,000 ahli PPS juga boleh ditangkap mengikut perundangan negara kerana menjadi ahli pertubuhan haram adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 43 serta boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140907/re_11/PPS-dan-RBA-mampu-ancam-negara#ixzz3ChGw66RF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Advertisements

RBA boleh didakwa pelbagai akta


Jailani Johari

KUALA LUMPUR 28 April – Tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana pihak termasuk tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) kerana menyebarkan elemen fitnah, hasutan dan provokasi tidak terhad kepada Akta Komunikasi dan Multimedia semata-mata.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, setiap kesalahan yang dilakukan dalam media sosial masih tertakluk kepada akta lain melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa.
“Contohnya kandungan melibatkan elemen fitnah, hasutan, provokasi dan sebagainya daripada pelbagai pihak termasuk yang menggelarkan diri mereka RBA, terdapat undang-undang spesifik yang boleh diguna pakai seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Senator Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang meminta kementerian itu menyatakan jumlah kes fitnah siber dalam laman media baharu yang telah diambil tindakan.
Menurut Jailani, dalam kes seumpama itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membantu dengan menyiasat medium internet yang digunakan dalam menjalankan kegiatan jenayah dikenal pasti.
Katanya, kertas siasatan yang dilengkapkan secara bersama dengan agensi penguatkuasa lain akan dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.
Dalam pada itu, beliau membe-ritahu, sebanyak 2,026 laman web telah disekat kerana didapati me-nyalahi pelbagai undang-undang bertulis di negara ini sepanjang tahun lalu.
Tambah beliau, berdasarkan pemantauan dan aduan diterima dari 2013 hingga Mac lepas, sejumlah 2,850 aduan penyalahgunaan internet direkodkan yang mana seba-nyak 792 daripadanya melibatkan media sosial.
“Walaupun jumlah ini kurang daripada satu peratus berbanding pengguna internet di seluruh negara, kerajaan tetap memandang serius dan mengambil berat kepada ancaman dibawa di media sosial,” katanya.
Beliau memberikan contoh bagi kes-kes fitnah berunsur penghinaan kepada institusi beraja, pemimpin negara dan provokasi agama serta kaum, sebanyak 13 kes didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) dari 2008 hingga tahun lalu.
“Selain itu, laporan salah guna turut dikenakan kepada pengendali perkhidmatan seperti Facebook, Youtube, Twitter dalam membendung penyebaran maklumat tersebut,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140429/pa_01/RBA-boleh-didakwa-pelbagai-akta#ixzz30EYNFqqL  © Utusan Melayu (M) Bhd

KOMEN : CAKAP AJE…TINDAKANNYA MANA…NAK TUNGGU SAMPAI NEGARA PUNAH RANAH BARU NAK BERTINDAK… BILA KES PUAK PEMBANGKANG AJE…TINDAKAN LEMBAB MACAM SIPUT BABI…

POLITIK – Malaysiakini, RBA kongsi agenda


Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my






KUALA LUMPUR 8 April – Portal propembangkang, Malaysiakini yang dalam banyak perkara membuat laporan tidak bersandarkan fakta sebaliknya gemar bermain sentimen bagi memburuk-burukkan imej kerajaan disifatkan tidak ubah seperti Red Bean Army (RBA).
Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Perak, Hamdan Mohd. Salleh berkata, Malaysiakini dan RBA dilihat sebagai entiti yang berkongsi agenda dan fokus sama sebagai ejen penyebar propaganda menerusi bantuan dana pihak ter­tentu.
Katanya, JMM pernah membangkitkan mengenai isu dana asing diterima Malaysiakini tetapi sehingga kini portal berkenaan masih menutup mulut.
“Anggota RBA pula didakwa dibiayai oleh banyak syarikat bagi membodohkan orang awam dengan pelbagai provokasi memburuk-burukkan kerajaan.
“Malaysiakini dan RBA mempunyai hubungan yang akrab untuk menjatuhkan kerajaan. Dana yang mereka peroleh amat besar dan mereka menafikan serta bersikap berdiam diri ketika pendedahan dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Hamdan, Malaysiakini semakin menjadi barah kepada kerajaan dan dilihat sebagai satu ancaman dengan memberi impak negatif terhadap pembaca khususnya di negara ini.
Katanya, bentuk ancaman halus itu adalah liabiliti kepada kerajaan tetapi tiada tindakan diambil termasuk melibatkan isu portal propembangkang berkenaan memperoleh dana asing dalam menyebarkan agenda mereka.
“Kerajaan harus bertindak awal jika ingin membendung ancaman halus yang telah menular dan menjadi racun kepada pemikiran rakyat,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Osman Mansor berkata, laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini lebih ke arah memburukkan keadaan apabila dengan mudah melemparkan tuduhan tidak berasas.
Sedangkan katanya, sesuatu laporan itu mesti berlandaskan fakta dan ditulis mengikut garis panduan serta etika kewartawanan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140409/po_01/Malaysiakini-RBA-kongsi-agenda#ixzz2yXZSXcCr  © Utusan Melayu (M) Bhd 









RBA pengkhianat bukan pejuang

Oleh Zulkiflee Bakar







BARU-baru ini penulis menerima senarai hampir 160 laman Facebook yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Red Bean Army (RBA).
Sebelum itu pada 1 April lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa memperoleh senarai 800 nama anggota RBA yang dibayar dengan gaji RM3,000 sebulan bagi membodohkan orang awam dengan pelbagai provokasi memburuk-burukkan kerajaan.
Penulis percaya ada dalam kalangan mereka ini terdiri daripada anak Melayu yang bersedia menggadaikan maruah diri hanya kerana sedikit bayaran dan dipengaruhi politik kebencian.
Sememangnya apa yang dilakukan oleh RBA amat berbahaya kepada negara kerana mereka sanggup menyebarkan apa juga fitnah dan tohmahan semata-mata untuk memburuk-burukkan imej kerajaan.
Berdasarkan maklumat, RBA yang dikatakan beroperasi di sebuah bangunan di Pulau Pinang dan di sebuah hotel di Kuala Lumpur telah bergerak aktif sejak empat tahun lepas.
Modus operandi mereka cukup terancang dengan mensasarkan pengguna teknologi maklumat (IT) dalam kalangan pengundi muda melalui Facebook, Twitter, blog dan portal berita Internet.
Mungkin pihak yang menaja RBA berbangga kerana setakat ini usaha mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan berhasil dan paling ketara mereka berjaya mempengaruhi pengundi Cina dalam pilihan raya umum lalu untuk tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun tanpa mereka sedari atau sengaja melupakan, mereka sedang bersekongkol dengan satu kelompok yang bertindak sebagai pengkhianat dan jika kelompok RBA ini terus dibiarkan bermaharajalela ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.
Apa yang dilakukan oleh RBA sejak kebelakangan ini bukanlah berkaitan soal untuk memberi keuntungan politik kepada sesiapa tetapi boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. Bagi mereka yang terlibat dalam kelompok ini, mungkin mereka berasa bangga kerana setakat ini tiada mana-mana pihak pun dapat mengesan siapa sebenar RBA.
Malahan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyekat akses Internet individu yang dipercayai terlibat dengan RBA juga tidak mampu berbuat apa-apa. Justeru ia menyebabkan RBA semakin biadab dan kebiadapan mereka tiada batasannya.
Oleh itu, tidak perlulah kita menaruh harapan untuk melihat RBA dihapuskan, sebaliknya apa yang harus dilakukan adalah mempertingkatkan kesedaran kepada rakyat khususnya dalam kalangan orang Melayu untuk menolak kebiadapan RBA kerana RBA bukanlah pejuang tetapi pengkhianat.
Orang Melayu perlu sedar RBA bukan berjuang untuk kesejahteraan rakyat negara ini biar pun ada orang Melayu bersedia menjadi ‘hamba’ mereka. Sebaliknya, RBA berjuang bagi membolehkan kelompok tertentu mencapai cita-cita politik mereka. Jika dakwaan ini tidak benar, maka RBA perlu tampil untuk menafikan tuduhan ini, tetapi penulis yakin RBA tidak mempunyai keberanian tersebut termasuklah kelompok yang membiayai aktiviti mereka.
RBA hanyalah kelompok pengecut yang berselindung di sebalik nama-nama samaran dan akaun Facebook yang menggunakan identiti palsu, sebab perjuangan mereka bukanlah ikhlas untuk kepentingan negara tetapi sebaliknya mahu menghancurkan apa yang ada di negara ini khususnya dari segi perpaduan kaum dan kestabilan politik.
Sebab itulah, RBA menyerang kerajaan dalam apa juga isu dan tiada satu pun pujian yang diberikan kepada kerajaan biar pun mereka mengetahui tindakan kerajaan adalah betul termasuk insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Malah kita tidak harus lupa bahawa RBA juga pernah menghina Islam, pemimpin negara, orang Melayu dan raja-raja Melayu. Dalam diri mereka yang terlibat dengan RBA tidak ada perasaan hormat terhadap mana-mana institusi atau individu di negara ini. Keadaan itulah yang membolehkan RBA sentiasa biadab atau kurang ajar dalam tindakan mereka.
Selain itu, penulis tidak menganggap apa yang dilakukan oleh RBA akan memberi keuntungan politik jangka masa panjang kepada mana-mana pihak, sebaliknya ia akan mengundang petaka kepada mereka yang bersedia bersubahat dengan pengkhianat negara tersebut.
RBA tidak boleh selama-lamanya berselindung di sebalik tohmahan, fitnah, cacian dan penghinaan bagi menjayakan agenda songsang mereka, lambat laun rakyat akan sedar juga betapa bahaya permainan RBA.
Berikutan keadaan itulah pihak tertentu tidak boleh berputus asa untuk ‘memburu’ RBA sehingga ke lubang cacing. Kalau pun puak ini tidak boleh dihapuskan sekurang-kurangnya ada langkah agresif bagi memerangi segala tohmahan dan dakyah yang disebarkan RBA.
Kita harus menerima hakikat, ketika ini ada kelemahan untuk memerangi RBA. Pihak yang bertanggungjawab menangkis serangan RBA tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Situasi inilah yang memungkinkan RBA semakin ‘besar kepala’ dan bergembira dengan kerja-kerja jahat mereka.
Justeru sudah sampai masanya sebelum terlambat, satu tindakan perlu disusun untuk memastikan RBA mampu dihapuskan. Mungkin ia nampak sukar tetapi jika RBA begitu yakin dengan perbuatan ‘gila’ dan jahat mereka, kenapakah pihak yang terlibat tidak ada keyakinan untuk memastikan RBA ‘ditamatkan riwayatnya’. 
Hebat sangatkah RBA sehinggakan tidak ada mana-mana pihak mampu menentang mereka?
Penulis yakin RBA tidak akan mampu selama-lamanya bertahan kerana dari semasa ke semasa siapa, di mana dan bagaimana modus operandi kumpulan haram itu semakin terdedah.
Selain itu, sejarah juga sudah membuktikan, mana-mana kelompok yang cenderung untuk mengkhianati negara ini tidak pernah selamat. Inilah hakikat yang harus diterima oleh RBA – tidak kira siapa pun mereka dan siapa yang ‘mengupah’ mereka!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140407/re_06/RBA-pengkhianat-bukan-pejuang#ixzz2yA5eulYM  © Utusan Melayu (M) Bhd 


MH370 – RBA umpan media asing burukkan negara

Oleh ADLINAHANI KHALIL
pengarang@utusan.com.my






KUALA LUMPUR 30 Mac – Tindakan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang semakin melampau memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terus dikecam oleh pelbagai pihak.
Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, RBA boleh disifatkan seperti ‘pakar memutarbelitkan fakta’ dan sering membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kekeliruan berhubung situasi sebenar.
Beliau berkata, isu MH370 bukanlah isu tempatan kerana melibatkan beberapa negara lain termasuk China dan Amerika Syarikat (AS).
“Cerita serta maklumat yang disebarkan oleh RBA adalah tidak munasabah dan perkara itu secara tidak langsung boleh mengganggu operasi mencari MH370 oleh pihak berkuasa.
“Perbuatan itu turut mengganggu emosi dan perasaan ahli keluarga penumpang yang sehingga kini masih menunggu berita sahih,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan RBA yang berterusan memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam mencari pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.
Selain itu, Mohd. Nazmi menyatakan bahawa RBA sengaja mencipta pelbagai cerita palsu dan spekulasi hanya kerana ingin melahirkan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, niat jahat RBA untuk memburukkan kerajaan turut diperluaskan dengan menyokong laporan media asing yang memperlekehkan usaha negara dalam operasi mencari MH370.
“Disebabkan terlalu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan, RBA sanggup menghasilkan pelbagai cerita tidak masuk akal untuk mengumpan media asing mengkritik Malaysia.
“Hal itu secara tidak langsung akan menambah kebencian pihak tertentu yang sememangnya ingin memburukkan imej negara,” ujarnya.
Bagaimanapun, Mohd. Nazmi berkata, sikap profesional dan kecekapan negara dalam menangani isu MH370 secara tidak langsung dapat menghalang niat jahat RBA daripada memburukkan keadaan.
“Langkah efisien yang diambil dalam operasi mencari MH370 harus diberi pujian dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab tidak berhak mengkritik usaha tersebut,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140331/dn_04/RBA-umpan-media-asing-burukkan-negara#ixzz2xVGRVV3B  © Utusan Melayu (M) Bhd 


PARLIMEN – Pembangkang bagaikan ‘cacing kepanasan’

KUALA LUMPUR 17 Mac – Ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang umpama ‘cacing kepanasan’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membangkitkan isu klip video Onederful Malaysia CNY 2014 dan Red Bean Army ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Perbahasan yang turut menyentuh isu wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebab dan kebebasan media sering terganggu berikutan kekecohan yang ditimbulkan ahli Parlimen pembangkang.
Antara ahli Parlimen pembangkang yang berbuat demikian ialah Teresa Kok (DAP-Seputeh), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Anthony Loke (DAP-Seremban), Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan G. Manivanan (PKR-Kapar).
Tidak cukup dengan menimbulkan kekecohan, mereka juga sering membangkitkan Peraturan Mesyuarat bagi menggesa Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan Parlimen mengambil tindakan terhadap Bung Moktar.
Walau bagaimanapun, sikap ahli Parlimen pembangkang itu ditegur oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.
“Yang Berhormat minta saya untuk Kinabatangan ikut peraturan. Yang berdiri pun tidak ikut peraturan.
“Jangan fikir keadilan pada Yang Berhormat sahaja, keadilan kepada semua,” katanya.
Sementara itu, dalam perbahasannya, Bung Moktar meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Teresa berikutan penghasilan klip video Onederful Malaysia CNY2014.
“Laporan polis telah dibuat, kita ada undang-undang kena tegakkan undang-undang. Mereka yang melanggar undang-undang perlu ditangkap,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan, tindakan perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan suasana huru-hara di negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140318/pa_02/Pembangkang-bagaikan-cacing-kepanasan#ixzz2wH25S0k5  © Utusan Melayu (M) Bhd

 KOMEN : PADANLAH MEREKA SEMAKIN KURANG AJAR… MASIH TAK DITANGKAP DAN DI KENAKAN TUDUHAN DI MAHKAMAH… AG HIDUP LAGI KAH?

RBA biadab, pengecut, kurang ajar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 14 Mac – Tindakan Red Bean Army (RBA) mengeluarkan pelbagai ulasan negatif tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memperlihatkan sikap biadab, bacul dan pengecut kumpulan tentera siber propembangkang itu.
Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, ulasan negatif itu juga begitu kurang ajar yang boleh menggores hati serta mengganggu perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
Berikut ialah kenyataan Fakhrul Azman:
* Di atas kehilangan misteri pesawat MH370 serta merujuk kenyataan media dan laporan polis yang dibuat Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mengenai RBA, kenyataan kumpulan tentera siber propembangkang itu begitu biadab, bacul, pengecut serta kurang ajar.
* Sehingga hari ini dan tarikh ini, mereka langsung tidak mengeluarkan kenyataan untuk meminta maaf kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370.
* Oleh itu, saya ingin mencabar mereka untuk tampil bagi membuat kenyataan meminta maaf. Dalam keadaan yang begitu getir ini, mereka sanggup membuat onar sedangkan mereka sepatutnya sensitif serta menjaga perasaan semua pihak.
* Kita sebagai rakyat Malaysia yang mendukung prinsip Rukun Negara, wajib memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada kerajaan yang sah, yang telah dilantik oleh rakyat bagi menangani insiden ini. Usah mempercayai berita-berita yang tiada bukti kukuh.
* Kepada umat Islam, kita wajib percaya kepada qadak dan qadar serta banyakkan berdoa agar Allah memakbulkan doa kita dan merungkaikan permasalahan ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_14/RBA-biadab-pengecut-kurang-ajar#ixzz2wBCMxeIS  © Utusan Melayu (M) Bhd