Kekayaan 40 bilionair RM236.56b

FADZIL ZAINOL | 18 Mac 2015 12:17 AM
KUALA LUMPUR 17 Mac – Nilai kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia telah mencecah RM236.56 bilion sehingga 16 Januari lalu, iaitu peningkatan 6.2 peratus berbanding RM217.82 bilion pada tahun sebelumnya, hasil pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2014.
Daripada senarai yang dikumpul oleh majalah Malaysian Business itu, 35 daripada individu terkaya itu mempunyai aset yang mencecah sehingga bilion ringgit, meningkat dua orang berbanding tahun sebelumnya. Kekayaan dinilai berdasarkan aset-aset mereka yang berada di dalam syarikat-syarikat tersenarai.
Bagaimanapun jelas Malaysian Business, 2015 menjadi tahun yang sukar buat kesemua 40 individu terkaya tersebut berdasarkan ketidaktentuan ekonomi domestik dan global.
Bilionair yang telah menetap hampir empat dekad di Hong Kong, Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia sejak 14 tahun lalu dengan nilai kekayaan sebanyak RM41.36 bilion. Jenama syarikat utama miliknya ialah Kerry Group dan Kuok Group.
Pemilik syarikat penyiaran berbayar Astro dan telekomunikasi Maxis, T. Ananda Krishnan juga berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat kedua sejak 2004 menerusi asetnya di bawah syarikat Usaha Tegas Sdn. Bhd. dengan kekayaan sebanyak RM35.50 bilion.
Tempat ketiga ialah pemilik Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dengan kekayaan sebanyak RM25.35 bilion, diikuti dua taikun perbankan iaitu Tan Sri Quek Leng Chan menerusi jenama perbankan Hong Leong dengan kekayaan RM20.42 bilion dan Tan Sri Teh Hong Piow melalui rangkaian Public Bank dengan kekayaan sebanyak RM18.17 bilion.
Berbanding dengan senarai yang dikumpulkan oleh majalah korporat antarabangsa, Forbes, senarai individu terkaya yang dikeluarkan oleh Malaysian Business mengandungi lapan Melayu terkaya di Malaysia dengan kekayaan terkumpul mereka sebanyak RM19.36 bilion.
Kekayaan lapan Melayu terkaya itu hanya meliputi 8.18 peratus daripada keseluruhan kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia itu.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan ahli perniagaan Mela­yu terkaya dengan aset kekayaan RM5.23 bilion menerusi Albukhary Foundation miliknya. Kekayaan beliau bagaimanapun merosot berbanding RM11.07 bilion pada tahun lalu kesan menyahsenarai lima syarikatnya sejak 12 bulan lalu.
Berbeza dengan Forbes, Malaysian Business meletakkan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir iaitu pengasas Sapura Group di tempat kedua dengan aset kekayaan RM4.44 bilion. Ketiga ialah Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank, dengan nilai kekayaan RMRM3.29 bilion.
Tempat keempat ialah Tan Sri Shahril Shamsuddin dengan kekayaan sebanyak RM1.91 bilion. Beliau merupakan pemilik utama syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G), SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana) dan bersama beliau yang turut memegang saham utama dalam syarikat itu ialah orang Melayu kelima terkaya iaitu anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir dengan kekayaan RM1.54 bilion.
Mokhzani baru-baru ini telah meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.
Melayu terkaya berikutnya ialah Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun dengan kekayaan sebanyak RM1.10 bilion, diikuti Datuk Abdul Hamed Sepawi melalui syarikat utamanya Ta Ann Holdings dengan kekayaan sebanyak RM929.9 juta. Datuk Shahriman Shamsuddin merupakan Melayu terakhir yang berada di dalam senarai dengan kekayaannya berjumlah RM915.3 juta, menerusi asetnya di dalam Sapura Group.
Advertisements

Altel lancar produk 4G pada 18 Julai

Oleh Fadzil Zainol
ekonomi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Julai – Penerima slot terbesar spektrum 4G tempatan, Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel), akhirnya bakal melancarkan produk evolusi jangka panjang (LTE) pada 18 Julai ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Rizwal Mohd. Ain berkata, pelancaran itu sebenarnya sedikit lewat berbanding tarikh awal iaitu pada 1 Julai lalu, disebabkan beberapa masalah teknikal yang mahu diperhalusi.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ciri-ciri komersial dan promosi yang akan diguna pakai, tetapi percaya industri kini telah bersedia untuk menerima 4G kerana pengguna semakin memerlukan jumlah data yang banyak
“Telefon pintar yang berada di pasaran sudah ada memiliki keupayaan 4G, malah boleh didapati dengan harga antara RM800 hingga RM1,100 seunit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tarikh baharu itu diumumkan menerusi laman Facebook Altel. Syarikat itu ketika ini hanya menawarkan perkhidmatan prabayar (2G dan 3G) dengan menggunakan prasarana milik Celcom.
Altel adalah unit kepada Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group yang menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat (IT).
Pada hujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum 2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat.
Lapan syarikat tersebut ialah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One Networks (P1), REDtone, U Mobile, YTL dan Puncak Semangat.
Puncak Semangat dilaporkan menerima slot sebanyak 40 MHz, manakala yang lain menerima 20 MHz. Bagi membolehkan perkhidmatan yang diberikan pada kadar optimum iaitu 2×20 MHz, SKMM menggalakkan setiap pemain berkongsi blok dan prasarana.
“Kami mengambil tempoh setahun (sejak diperkenalkan Ogos 2013) untuk menawarkan produk 4G kerana mahu bersiap sedia dari segi rangkaian
jualan, supaya pengguna tidak sukar mendapatkan perkhidmatan Altel,” kata Rizwal.
Syarikat akan menjalankan kempen promosi dengan lebih intensif seiring dengan pengenalan 4G Altel sehingga akhir tahun ini.
“Dijangka pada peringkat awal mungkin sambutan pelanggan sedikit perlahan, tetapi berpotensi meningkat dengan baik dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, berdasarkan trend pengguna semasa yang beralih dari 2G ke 3G beberapa tahun lalu,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140716/ko_01/Altel-lancar-produk-4G-pada-18-Julai#ixzz37mStGm5i  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Sumbangan Syed Mokhtar Bukhary!!

1.Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari telah membina Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan.

2.AlBukhary International University adalah university bagi orang Islam sahaja yang berpusat dikedah iaitu 100% penajaan biasiswa kepada semua pelajar yang belajar disitu. Bermakna yuran belajar semua pelajar adalah dibawah tanggungan Tan Sri Syed Al Bukhary.

3.Hingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.


4.Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada pendudud negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).


5.Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.


6.Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.


7.Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di serata negara.


8.Terdahulu pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.


9.Pada November 2007 pula, Yayasan Albukhary telah menaja lebih 30 pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


10.Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.


11.Derma dan sumbangan sebenarnya tak boleh ditunjuk tunjuk dan wajib dilakukan secara rahsia? Jawapan anda salah. Kerana Nabi Muhammad anjur dan menyuruh kita untuk tunjuk kepada orang tentang kebaikkan yang kita lakukan kerana ini akan mendorong yang lain untuk turut sama melakukannya. 


Bukti hadis keutamaan menunjuk kebaikkan:

“Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.”(HR. Muslim)


Anda seorang Melayu yang miskin dan mempunyai kehidupan yang sangat susah serta daif tetapi ada semangat belajar yang tinggi? Sila apply di Universiti percuma sepenuhnya tajaan Syed Mokhtar Bukharu. Yuran percuma, makan percuma, buku percuma, hostel percuma, duit belanja percuma. Sila apply di:


p/s:ini baru sahaja jasanya yang kita ketahui, yang tidak diketahui pula bagaimana? Selama ini kita tidak kenal siapa dia ini kerana dia tidak suka setiap jasanya diwar-warkan dimedia. hanya Allah tahu kenapa dia diberi rezeki yang besar lebih dari mana mana Muslim yang ada di Malaysia ini. Kita beriman terhadap ketetapan Qada dan QadarNya. Dengan 1 share di profile anda, anda telah berjaya membantu membersihkan segala tohaman,hinaan terhadap Syed Mokhtar Bukhari ini. Jasa anda click share itu amat bermakna bagi semua Muslim di Malaysia.