>Zul Noordin sifatkan kehancuran PKR begitu cepat

>


DARI UTUSAN MALAYSIA
31.1.2011

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam membuktikan parti tersebut semakin menuju kehancuran pada kadar yang begitu cepat.

Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, tindakan Gobalakrishnan itu juga membuktikan langkah para pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu sebelum ini adalah meliputi semua agama dan kaum.

Sebagai bukti, katanya, beberapa nama besar dalam PKR dari pelbagai kaum telah meninggalkan parti seperti ‘pembawa’ aliran Melayu sekular, Datuk Zaid Ibrahim; pembawa aliran pemikiran bukan Islam dan perjuangan rakyat Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan pembawa aliran pemikiran Cina dan bukan Melayu, Ng Lum Yoong.

Selain itu, jelasnya, PKR juga telah ditinggalkan oleh Gobalakrishnan yang dikenali sebagai pejuang masyarakat India dan penganut Hindu serta beberapa tokoh agama Islam termasuk dari kalangan yang pernah rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peletakan jawatan YB Gobi (Gobalakrishnan) dan perisytiharan keluar beliau adalah satu isyarat jelas bahawa Parti Kelentong Rakyat ini sudah hancur lebur.

“Teman tahu ada beberapa orang lagi Ahli Parlimen (termasuk ADUN), kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi. Masing-masing menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk ‘Vanekem macha! Poodah Anvar’ di http://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini bagi mengulas tindakan Gobalakrishnan yang mengisytiharkan melepaskan semua jawatan dan keluar daripada PKR.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong melalui blognya pula memberitahu, beliau percaya Gobalakrishnan bukan merupakan pemimpin terakhir dari PKR yang meninggalkan parti tersebut.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu membuktikan beliau sudah muak dengan permainan ‘politik cakap tak serupa bikin’ dan politik penipuan yang diamalkan dalam PKR.

“Selepas ini Gobalakrishnan akan dilabel dengan gelaran pengkhianat oleh Anwarinas (penyokong Anwar) dan dibantu pula oleh sesetengah portal berita tetapi ia lebih baik daripada digelar pengecut dengan menyembunyikan segala kesalahan yang nampak di depan mata,” tegasnya.

Zulkifli dan Choo Keong yang turut meninggalkan PKR sebelum ini mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan tindakan Gobalakrishnan menjadi Ahli Parlimen seperti mereka.

KOMEN : LAGI CEPAT LAGI BAGUS. PARTI YANG TIDAK MEMBERI KEBAIKAN KEPADA RAKYAT JELATA INI PATUTNYA DAH LAMA TERHAPUS. TAK ADA LANGSUNG KEBAIKAN DAN PEMBANGUNAN YANG DIBAWA. MENGHANCURKAN ADALAH….

>BN menang besar

>

DARI UTUSAN MALAYSIA
31.1.2011

LABIS 30 Jan. – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.

Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.

Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.

“Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang,” katanya.

Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.

Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.

Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.

Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.

Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.

“Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.

“Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir,” katanya.

KOMEN : SYABAS KEPADA CALON UMNO/BN. TANGGUNGJAWAB BESAR MENANTI TUAN SEBAGAI WAKIL RAKYAT SEHINGGA KE PRU AKAN DATANG. APA-APA PUN SEGALA YANG KITA LAKUKAN HENDAKLAH DENGAN KEIKHLASAN DAN BUKAN MENANAM TEBU DITEPI BIBIR MACAM PARTI LAWAN. YANG PALING UTAMA JANGAN SESEKALI MEMFITNAH MACAM PENCACAI-PENCACAI PEMBANGKANG. PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI SELAGI KITA BERNYAWA.

>’Tak undi PAS orang jahiliah’

>

2011/01/28
DARI BERITA HARIAN

LABIS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.

Beliau merujuk demikian ketika ditanya mengenai peluang PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan berkata: “Peluang terletak atas orang sini (Tenang)… atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam. “Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua…. ada jahiliah, ada Islam… tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan pada sidang media di Kampung Redong, di sini semalam. Nik Aziz berkata, peluang calon PAS, Normala Sudirman ini terletak kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“Macam mana Allah Taala buat Islam, kemudian kita tolak sedangkan kita orang bijak… kita pun berkawan dengan orang bijak,” katanya.

Dari segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan ‘jahala’ atau kata terbitan ‘jahlun’ bermaksud bodoh dan sesat atau jahil yang merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dulu ketika mereka masih mundur dari segi akhlak dan moral.

Terdahulu, Nik Aziz sempat memberikan ceramah ringkas kepada kira-kira 100 penduduk Kampung Redong dalam majlis meraikan Normala yang hadir bersama suaminya, Maarof Abd Mutalib. Mengenai isu calon PAS enggan bersalaman dengan orang ramai seperti dibangkitkan pada awal kempen, beliau berkata, yang menjadi masalah adalah pihak yang menimbulkan isu itu tidak memahami Islam.

KOMEN : FATWA TERBARU NIK AZIZ. CARA-CARA NAK MENANG DI TENANG. DAH TERDESAK BETUL. APA SAJA BOLEH DIGUNAKAN. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…

>Setakat mana sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah, soal Tun M

>


2011/01/28

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah benar negara. Beliau berkata sekiranya pengalaman dahulu yang dialami dilupakan atau diketepikan, tidak dapat tidak, pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

“Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira. “Soalnya, setakat manakah sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah?

Jika ia keterlaluan, maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah,” katanya dalam entri terbaru dalam blognya chedet.co.cc hari ini. Beliau memberi contoh umpamanya dakwaan berkenaan dengan penduduk asal Semenanjung yang bercanggah dengan kebenaran, dan apakah kerana sensitifnya perkara itu, maka kita tidak akan sebut berkenaan penduduk asal negeri-negeri Semenanjung, berkenaan orang asing yang menduduki Semenanjung, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka.

“Sekarang tidak ada lagi orang seperti ini kerana di zaman ini perlakuan seperti ini tidak dapat diterima oleh kaum tertentu,” katanya. Dr Mahathir berkata banyak lagi kebenaran sejarah yang boleh dianggap sensitif iaitu sensitif kepada Melayu, Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum. “Jika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis, maka tidak ada pelajaran yang akan diperoleh penuntut,” katanya.

Menurutnya beliau sudah membaca buku teks sejarah dan mendapati banyak peristiwa penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku-buku ini. “Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru,sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran,” katanya.

Dr Mahathir berkata satu daripada hasil daripada matapelajaran sejarah ialah masyarakat lebih prihatin dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan dahulu dalam tindak-tanduk rakyat dan pemerintah. “Jika dahulu sistem raja berkuasa mutlak kerap membinasakan negara, maka sistem itu diganti dengan sistem pemerintahan oleh rakyat. Tanpa pengalaman dalam sejarah maka pembetulan cara pemerintahan negara tidak akan dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata semua golongan masyarakat, belajar daripada pengalaman dan jika zaman ini lebih baik iklimnya dari dahulu sebabnya ialah kerana kesilapan-kesilapan dahulu tidak lagi diamalkan. “Kita telah belajar daripada pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian daripada sejarah,”katanya. Memetik kata-kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika Syarikat, Dr Mahathir berkata “Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali”. — BERNAMA

KOMEN ; SEJARAH TETAP SEJARAH. SEJARAH TIDAK MELUPAKAN MANUSIA TETAPI MANUSIA SERING MELUPAKAN SEJARAH

>Novel Interlok terus diguna

>


Tan Sri Muhyiddin Yassin
27 Januari 2011

Saya telah mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam semalam mengenai isu penggunaan novel Interlok sebagai komponen sastera (Komsas) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima.

Pagi ini, saya, Palanivel dan Subramaniam telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan isu ini.

Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Namun, mengambil kira pandangan MIC, kita juga telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Untuk itu, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

Panel ini akan dianggotai oleh pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India. Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat.

Sementara pindaan ini disiapkan, Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid. Novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedar ke sekolah-sekolah. Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini.

Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini diambil dengan mengambil kira pandangan semua pihak bahawa novel Interlok adalah sebuah karya yang amat baik demi memupuk dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Oleh itu, keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Pada masa yang sama, kita akan memastikan sebarang pindaan yang dibuat pada novel ini tidak akan menjejaskan jalan cerita dan juga mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya.

KOMEN : SUDAH-SUDAHLAH NAK DIPOLITIKKAN… ANAK-ANAK KITA KAT SEKOLAH TU NAK BELAJAR DAN BERKAWAN… JANGAN DIKORBANKAN ANAK MURID DISEKOLAH KERANA PEGANGAN POLITIK SEMPIT KAMU…

>Ini isu kecil – Salahuddin

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

LABIS 26 Jan. – Meskipun tindakan menyebarkan fitnah mengenai kematian seseorang Muslim itu sesuatu yang cukup sensitif dan sukar dimaafkan oleh umat Islam tetapi, Pas yang bertanggungjawab menyebarkan pembohongan itu beranggapan sebaliknya.

Parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu menyifatkan fitnah yang disebarkan oleh mereka mengenai kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, hanyalah perkara kecil.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Salahuddin Ayub, isu fitnah melalui Buletin Tenang edisi kedua yang diterbitkan oleh Badan Perhubungan Pas Johor itu tidak perlu diperbesarkan.

“Ini cuma isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan, ia timbul berdasarkan laporan penyokong kami yang berada pada hari kejadian iaitu pada hari arwah meninggal.

“Kita tidak perlu panjangkan isu ini kerana penyokong kedua-dua pihak ada pada hari tersebut dan biarlah rakyat yang menentukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia sejak beberapa hari lalu menyiarkan kemarahan penduduk di Felda Tenang yang kesal dengan perbuatan Pas memburukkan nama perkampungan itu apabila parti tersebut mempolitikkan isu kematian Abdul Latif.

Buletin Tenang antara lain berbohong apabila melaporkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lupa menziarahi’ jenazah Allahyarham sewaktu lawatan kerja pada 18 Januari lalu.

Selain itu, buletin tersebut juga menipu ketika melaporkan kononnya jenazah Allahyarham tidak diuruskan oleh orang kampung kerana kononnya sibuk menyambut kedatangan Perdana Menteri.

Sementara itu, mengulas mengenai sesi ceramah Pas yang gagal menarik minat pengundi, Salahuddin menafikan perkara itu, sebaliknya, beliau menegaskan sokongan terhadap Pas semakin meningkat.

“Sokongan yang kami terima semakin bertambah setiap hari, mungkin masa anda pergi sesi ceramah belum bermula lagi,” katanya.

KOMEN : ITU DIA PAS DAH MENGAKU YANG MEREKA SUKA TABUR FITNAH YANG PADA MEREKA CUMA ISU KECIL AJE.. AGAKNYA AJARAN ULAMA BENGAP MANALAH YANG DAH KELUARKAN FATWA BARU… FITNAH OLEH AHLI PAS ISU KECIL AJE SEBAB DAH DIJANJIKAN SYURGA… ORANG BN AJE YANG AKAN BERDOSA KALAU BUAT FITNAH…

>UKM, UiTM gelanggang perkasa jati diri bumiputera – Ibrahim

>


DARI UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu menjadikan universiti mereka sebagai gelanggang memperkasakan jati diri dan semangat patriotisme Melayu bumiputera serta orang Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan dua universiti itu mempunyai sejarah tersendiri yang ada kena mengena dengan perjuangan air mata orang Melayu dalam mengisi kemerdekaan.

“Orang Melayu dan Islam kini dalam keadaan cukup bahaya kerana menerima ancaman pelbagai pihak. Jadi UKM dan UiTM seharusnya menjadi penggerak ke arah memartabatkan kembali jati diri dan semangat patriotisme yang perlu bermula di menara gading,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas berucap pada seminar bertajuk Memperkasa Perjuangan Bangsa anjuran Kumpulan Aspirasi UKM di sini malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

Mengulas lanjut, Ibrahim menyeru kepada mahasiswa di setiap universiti di negara ini supaya jangan terikut-ikut dengan budaya politik luar yang hanya akan menyebabkan orang Melayu berpecah belah.

“Mahasiswa harus menjadi contoh kepada perpaduan ummah, perpaduan orang Melayu dan jangan berpecah belah serta terikut-ikut dengan budaya politik luar yang bertujuan memecahbelahkan kita,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa seharusnya mendokong idealisme sebagai seorang pelajar yang menegur perkara tidak benar dan menyokong perkara yang benar tanpa sentimen kepada mana-mana pihak.

“Kalau ini dapat dilakukan melibatkan mahasiswa di setiap universiti, saya yakin ia akan dapat membantu ke arah memperkasakan orang Melayu pada masa depan,” katanya.

Menurut Ibrahim lagi, mahasiswa juga perlu berbahas dan berbincang mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sudut pidato di setiap universiti terutama yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan bumiputera.

“Kita bincang bukan sebab untuk mengacau kaum lain, tetapi untuk memastikan kita ada kekuatan dan tidak akan dipijak, ditindas oleh pihak lain sekiranya kita lemah di bumi sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menggubal satu akta baru yang melarang orang bukan Islam mempermainkan ayat-ayat suci al-Quran.

Akta baru itu katanya, perlu bagi menjaga kemuliaan Islam sebagai agama Allah dan agama rasmi persekutuan serta mengelak timbulnya salah faham yang akan menyebabkan pergaduhan antara kaum.

“Sudah sampai masanya akta baru itu digubal kerana ada pihak yang dilihat sengaja mengambil kesempatan untuk menggugat keharmonian kaum bagi merealisasikan matlamat politik mereka,” katanya.