CELAH GELEGAR: (TINDAKAN SUPER PANTAS POLIS & AG) ZAM : Bagaimana…

CELAH GELEGAR: (TINDAKAN SUPER PANTAS POLIS & AG) ZAM : Bagaimana…: Siti Fairah Asyikin Kamaruddin yang dikenali sebagai Kiki telah dihukum denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 …

Advertisements

Kerajaan akan tuntut keadilan tragedi berdarah MH17 – TPM

MUAR 24 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, pihaknya akan terus menuntut keadilan terhadap insiden MH17 yang disifatkan tragedi berdarah dan meruntun hati setiap rakyat negara ini.
Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan komitmen kerajaan untuk mencari pihak yang menjadi punca kejadian itu yang sehingga hari ini belum diketahui.
“Dalam hal ini semangat kesatuan masyarakat Malaysia amat jelas, bukan sahaja marah kepada peristiwa ini tetapi memberi iktibar kepada kita.
“Yang penting dapat kita tingkatkan semangat kerjasama dan perpaduan, saling bantu membantu antara satu sama lain dalam menghadapi nahas ini,” katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan zakat Uda Holdings Berhad kepada 30 anak yatim, fakir miskin dan golongan kurang upaya di Surau As-Saadah di sini semalam.
Yang turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noriah Mahat; Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar dan Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Zaid Abd. Rahman.
Muhyiddin berkata, kerajaan dan pembangkang juga bersatu hati melalui Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini yang sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh MH17.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, umat Islam ketika ini berhadapan dengan cabaran besar iaitu isu Palestin yang sehingga kini sudah mengorbankan 600 nyawa dengan sebahagian besarnya melibatkan wanita dan kanak-kanak.
“Disebabkan kezaliman Zionis Israel, dia tahu bahawa tanah itu milik Palestin sebab itu bertindak secara ganas tidak berperikemanusiaan, membedil di setiap rumah dan masjid sehingga banyak yang rosak dan nyawa hilang.
“Dalam zaman dunia moden ini ada manusia yang tidak bertamadun kerana sifatnya rakus dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan ramai nyawa terkorban. Umat Islam di mana-mana pun menghadapi cabaran, di Afghanistan, Iraq, Mesir dan Libya,” ujarnya.
Sementara itu, abang kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, Tan Sri Abdul Aziz Yassin berkata, pihaknya kini mengasaskan Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia bertujuan memperjuangkan nasib orang Melayu.
Beliau yang juga Presiden pertubuhan itu berkata, penubuhannya juga untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu terutama dalam bidang ekonomi dan politik bagi memastikan mereka tidak tercicir.
Selain itu beliau berkata, pihaknya juga bakal menubuhkan Yayasan Mohd. Yassin dengan dana awal RM1 juta tidak lama lagi dan akan beroperasi di Masjid Jamek Pagoh yang akan dibina dengan kos RM70 juta.
Pada majlis tersebut, Uda Holdings diwakili Ahmad turut menyampaikan sumbangan kepada surau berkenaan yang diwakili Muhyiddin iaitu anak kepada pengasasnya yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Mohd. Yassin. – UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140724/dn_05/Kerajaan-akan-tuntut-keadilan-tragedi-berdarah-MH17—TPM#ixzz38LaVlJcb  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Obama hantar 2,000 askar AS bantu Israel gempur Hamas?

NEW YORK 23 Julai – Dokumen tersebar di internet mendedahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Pentagon bersiap sedia untuk mengerahkan kira-kira 2,000 askar ke Genting Gaza, bagi membantu tentera Israel menggempur pergerakan Hamas dan Palestin.
Portal berita National Report melaporkan dokumen Pentagon yang disiarkan oleh laman web WikiLeaks kelmarin, mengarahkan pasukan tentera darat dan tentera laut bersiap sedia, selain arahan satu laporan pengurangan kekuatan tentera untuk melancarkan operasi gempur besar-besaran di Gaza.
Laporan pengurangan kekuatan itu merupakan jangkaan kematian askar AS jika operasi darat dilancarkan.
Maklum balas Pentagon adalah mereka akan menyediakan beberapa kompeni Renjer Tentera AS dan akan menghantar helikopter Apache Longbow, dua helikopter AH-6 Littlebird dan beberapa kenderaan sokongan termasuk helikopter Blackhawk, kenderaan pengangkutan berperisai dan Humvee.
Pasukan tentera darat akan disokong dengan serangan udara dari kapal pengangkut pesawat George H.W. Bush yang kini berada dalam perjalanan ke Laut Merah.
Dalam laporan pengurangan kekuatan itu, Pentagon memberikan gambaran buruk dengan jangkaan sebanyak 18 peratus askar akan terbunuh dalam kerahan tersebut.
Laporan itu juga berkata, pasukan tambahan akan diperlukan jika White House berharap untuk melancarkan tindakan berkesan di rantau itu ekoran jumlah 2,000 askar dan kenderaan berkenaan tidak cukup untuk melancarkan operasi menggempur.
Seorang pegawai tentera AS, Jeneral (bersara) Paul Horner yang mempunyai latar belakang dalam risikan tentera berkata, tentera dengan jelas tidak mahu melaksanakan misi Gaza itu dengan jumlah askar yang diminta oleh Obama.
“Ini kerana jika anda mahu jumlah kematian askar dikurangkan, anda perlu menghantar lebih ramai askar,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_05/Obama-hantar-2000-askar-AS-bantu-Israel-gempur-Hamas#ixzz38LXApRHz  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : APA CERITA…MANA NEGARA2 ARAB, BACUL KE?

SUKAN KOMANWEL XX – Buruan pingat bermula

GLASGOW – Pemburuan pingat oleh kontinjen negara dalam Sukan Komanwel di sini akan bermula secara rasmi hari ini.
Upacara perasmian temasya sukan yang melibatkan 6,500 atlet dari 71 buah negara itu diadakan di Celtic Park di sini kira-kira pukul 3 pagi tadi waktu Malaysia.
Edisi ke-20 ini adalah yang ketiga dianjurkan oleh Scotland selepas dua kali diadakan di Edinburgh pada 1970 dan 1986.
Sepanjang penyertaan Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel sejak 1950, kontinjen negara meraih dua pingat emas di Victoria, Kanada pada 1994; 10 emas di Kuala Lumpur (1998), tujuh emas di Manchester, England (2002) dan Melbourne, Australia (2006) serta pencapaian terbaik iaitu 12 emas di New Delhi, India (2010).
Pada temasya kali ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan sasaran tujuh pingat emas, jauh lebih rendah daripada pencapaian di New Delhi dengan 12 pingat emas.
Bagaimanapun, jumlah sasaran itu dipersetujui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Majlis Sukan Negara (MSN) disifatkan sebagai realistik berdasarkan situasi semasa dan pengguguran beberapa acara kegemaran Malaysia oleh negara penganjur.
Untuk edisi kali ini, kontinjen negara diwakili 269 orang atlet dan pegawai. Daripada sejumlah 179 orang atlet, 135 daripadanya adalah atlet elit, lima atlet pelapis, 30 atlet luar program Majlis Sukan Negara dan sembilan atlet paralimpik.
Malaysia hanya akan menyertai 14 daripda 17 jenis sukan yang merangkumi 130 acara iaitu 67 acara lelaki, 55 acara wanita serta lapan acara sukan para.
Acara sukan yang akan disertai Malaysia ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal, boling padang, gimnastik (artistik dan berirama), hoki, judo, menembak, olahraga, pingpong, ragbi, skuasy dan tinju.
Untuk makluman, kejayaan merangkul pingat oleh atlet-atlet kurang upaya juga akan dikira dalam jumlah kedudukan pingat negara.
Pencapaian terbaik atlet paralimpik negara dalam temasya Sukan Komanwel ialah merangkul satu perak dan tiga gangsa pada edisi 2002 di Manchester.
Pada tahun ini, sejumlah lima acara sukan menawarkan 22 pingat kepada atlet paralimpik dan ia merupakan jumlah tertinggi setakat ini.
Antara fakta menarik untuk edisi Sukan Komanwel kali ini ialah pingat emas ke-3,000 akan dianugerahkan pada temasya kali ini sejak ia diperkenalkan buat kali pertama pada 1930.
Sementara itu maskot Sukan Komanwel Glasgow, Clyde, bukanlah sejenis haiwan seperti dalam temasya-temasya terdahulu tetapi adalah pokok bunga Thistle yang menjadi lambang Scotland dan nama Clyde pula diinspirasikan daripada nama sungai yang mengalir di sekitar Glasgow. – BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140724/su_05/Buruan-pingat-bermula#ixzz38LObgWFJ  © Utusan Melayu (M) Bhd