Anwar angkuh, tak bertolak ansur

Najib Tun Razak ditemani Koh Tsu Koon bersalaman dengan para perwakilan selepas perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai individu yang angkuh dan tidak boleh bertolak ansur sejak berada dalam kerajaan lagi.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, terdapat peristiwa semasa beliau masih merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendedahkan sikap negatif Anwar tersebut yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, peristiwa pada 1997 itu berhubung isu kekosongan jawatan Pengarah Pendidikan Negeri di Pulau Pinang.
“Pengarahnya bersara dan timbalan pengarah ketika itu sepatutnya mengisi kekosongan tersebut, tetapi kerajaan Pusat bertindak memilih calon yang lebih muda dengan alasan timbalan pengarah tersebut akan bersara dalam tempoh setahun setengah. Saya berpendapat ia tidak adil.
“Kebetulan ketika itu Anwar berada di Pulau Pinang dan saya berjumpa dengan beliau untuk berbincang mengenai isu tersebut. Bagaimanapun Anwar menegaskan saya tidak perlu campur tangan dan biar kerajaan Pusat menentukannya, saya diarah melaksanakan tugas sebagai Ketua Menteri sahaja,” katanya.
Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di sini hari ini. Persidangan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Tsu Koon, berikutan sikap angkuh Anwar tersebut beliau merujuk pula kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya berbincang dengannya, beliau akui ia tidak adil dan berjanji akan mengkajinya. Janji beliau ditunaikan kerana dalam masa empat hari sahaja timbalan pengarah tersebut dilantik ke jawatan pengarah.
“Selepas mengetahui perkara itu, Anwar menghubungi saya dan menegur tindakan membawa perkara tersebut kepada Najib. Beliau memarahi saya dan menghempas telefon di akhir percakapan, ini membuktikan sikap angkuh Anwar, tidak seperti Najib yang lebih bertolak ansur serta menepati janji,” jelasnya.
Sementara itu, pada sidang akhbar selepas ucapannya, Tsu Koon memberitahu, tidak timbul isu dalaman berikutan tindakan sayap Pemuda parti tersebut tidak menghantar wakil untuk sesi perbahasan kerana nama yang dihantar ditolak Speaker.
“Kami demokratik, apa yang disuarakan Ketua Pemuda, Lim Si Pin dianggap suara orang muda.
“Orang muda ini mereka vokal dan agresif, kami faham situasinya kerana pucuk pimpinan sedia ada termasuk saya juga berasal daripada sayap Pemuda, tidak timbul isu wujud krisis dalaman,” ujarnya.

KOMEN : TENGUK AIR MUKA PUN TAHU….

PM: Senjata pembangkang hanya kutuk, hasut dan janji

DARI UTUSAN MALAYSIA
1/10/2012

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang di negara ini adalah pasukan yang tidak berkredibiliti kerana hanya bersandarkan kepada tiga senjata utama iaitu ‘kutuk, hasut dan janji’ dalam usaha memenangi hati rakyat.
Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu berwaspada dengan tiga senjata pembangkang itu serta tidak termakan dengan agenda pembangkang kerana mereka tidak mampu mentadbir negara.
“Nak jadi pembangkang (dengan) tiga senjata iaitu kutuk, hasut dan janji.
“Kemudian mereka akan janji matahari, bulan, bintang sehingga ke galaksi, itu sahaja tiga senjata yang mereka ada,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di sini hari ini.
Menurut Najib, pembangkang juga tidak mampu menjadi pakatan yang baik kerana gagal memenuhi beberapa syarat asas dalam sesebuah sistem demokrasi berparlimen.
Antaranya, kata beliau, pembangkang tidak didaftarkan di bawah satu nama dan parti serta tidak mempunyai simbol yang sama bagi mewakili sesebuah pasukan.
Jelasnya, keadaan itu berbeza dengan parti-parti komponen BN yang diwakili simbol sama terutamanya ketika bertanding pada pilihan raya.
Selain itu, menurutnya, pembangkang sehingga kini gagal menampilkan senarai Kabinet Bayangan kerana takut berlaku percakaran dalaman antara DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Pembangkang mempunyai pelbagai wajah, ada imej bulan, ada roket dan ada satu lagi entah nampak mata, ‘a very funny looking‘ mata.
“Jadi simbol mereka tidak sama, kita tidak pasti sama ada mereka akan membentangkan manifesto yang sama,” katanya.
Menurut Najib, percakaran itu amat jelas antara Pas dan DAP terutama dalam isu pelaksanaan hukum hudud yang menjadi aspirasi Pas manakala DAP pula konsisten menolaknya.
Selain itu, kata beliau, perbalahan antara DAP dan PKR juga ketara di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mansor Othman yang menggelarkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai seorang yang sombong, angkuh dan bersikap seperti dewa.
“Guan Eng cuba menguar-uarkan kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan atau CAT, timbalannya pula berkata tentang CAT ‘cocky, arrogant and tokong’ (berlagak, angkuh dan tokong),.
“Kemudian buat sidang akhbar depan Guan Eng, dia nafikan, tetapi apabila rakaman dikeluarkan, nyata dia telah berbohong kepada rakyat, saya tak perlu kata apa-apa lagi, kita tidak boleh mempunyai kerajaan yang menipu rakyat serta tidak melaksanakan janji,” katanya.
KOMEN : KAMUS HARIAN MEREKA HANYA ADA 3 SENJATA… KUTUK, HASUT DAN JANJI … KALAU TAK ADA 3 RAMUAN INI HIDUP MEREKA TAK AKAN TENANG… TEMBERANG BANYAK SANGAT…

GERAKAN AKAN TERKUBUR KERANA TEKANAN UMNO..

ISU-ISU AKHBAR CINA
KE MANA HALA TUJU GERAKAN?
DARI UTUSAN MALAYSIA
27/10/2011

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 23 Oktober 2011 menyiarkan artikel mengenai hala tuju Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang kini di bawah pimpinan Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Artikel tulisan pengkritik semasa, Loh Hon Chew bertajuk ‘Ke manakah arah tuju Gerakan’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun, halaman A14.

Pada 5 September 2005, dalam rencana akhbar yang ditulis saya bertajuk ‘Ke mana arah panduan Gerakan’ menyebut, parti itu berpegang kepada slogan untuk mewakili pelbagai kaum.

Slogan itu sebenarnya amat payah untuk dicapai kerana orang Melayu tidak memerlukan Gerakan untuk mewakili mereka kerana sudah mempunyai UMNO dan Pas. Orang Cina pula mempunyai MCA dan DAP manakala orang India pula ada MIC.

Sebenarnya Gerakan tidak dapat mewakili mana-mana kaum disebabkan tiada satu kaum pun yang menganggap parti itu boleh mewakili mereka.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, saya sekali lagi menulis satu rencana. Dalam rencana itu saya menyebut, Gerakan tidak langsung faham dengan kehendak-kehendak orang Cina. Ketika menteri daripada UMNO mahu menghapuskan sejarah yang menunjukkan orang Cina turut berjasa untuk menentang penjajahan Jepun, Gerakan hanya mengambil sikap berdiam diri.

Tsu Koon juga dilihat bersikap tidak sensitif apabila bersama-sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengangkat dan menghunus keris pada satu perhimpunan pelajar.

Gerakan juga tidak membela kepentingan orang Cina dalam isu Sekolah Wawasan dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Dalam beberapa artikel saya telah menyentuh mengenai sikap Tsu Koon yang begitu lembut dan berkali-kali asyik memberi muka kepada UMNO Pulau Pinang. Ini menyebabkan perjalanan Gerakan semakin pudar dan menghadapi laluan yang getir.

Kini, Gerakan melaungkan mahukan perubahan. Kita tidak tahu bentuk perubahan yang ingin dilakukan kerana parti itu masih belum mengutarakan perkara itu secara jelas.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe pula menuding jari kepada Tsu Koon dengan menyifatkan pemimpin itu lembik. Presiden Gerakan itu dituduh menyebabkan parti berkenaan berada dalam kekeliruan. Sepatutnya, Tsu Koon meletak jawatan dan tidak bertanding pada PRU akan datang.

Walaupun serangan itu amat getir, namun Tsu Koon terus kekal sebagai Presiden dan masih berkuasa untuk menentukan masa depan Lian Hoe dalam politik.

Ini menyebabkan Lian Hoe terpaksa berpatah balik dan berbaik-baik dengan Tsu Koon bagi meredakan ketegangan.

Ramai berkata, individu yang bijak melihat keadaan akan kekal dalam politik. Orang yang mahu tegakkan fakta biasanya akan kecundang. Lian Hoe adalah satu contohnya. Beliau perlu menerima hakikat bahawa tidak mungkin Tsu Koon boleh jadi keras dan tegas.

Ini berbeza sekali dengan Presiden Gerakan yang pertama, Tun Dr. Lim Chong Eu yang amat tegas pendiriannya sehingga dapat memastikan wakil parti itu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Orang Cina di Pulau Pinang juga amat menyukai sikap Chong Eu yang berani menentang Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sikap tegas itu menyebabkan UMNO Pulau Pinang tidak berani meminta yang bukan-bukan daripada Chong Eu.

Selain sikap Tsu Koon, kurangnya sokongan orang Cina berpunca kerana parti itu tidak bebas menyatakan pendirian dan menentukan kerusi yang bakal ditandingi.

Penyertaan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN) seperti masuk ke dalam penjara. Segala kerusi negeri dan Parlimen ditentukan BN. Kemajuan Gerakan seperti dihadkan oleh BN dan tidak dapat melangkah keluar dari Pulau Pinang.

Selepas Tsu Koon mengambil alih Gerakan, kita dapat melihat beliau bukan seorang pemimpin yang bijak untuk menguruskan parti. Beliau tidak bijak dalam memperkukuhkan penguasaan Gerakan dan di Pulau Pinang pula beliau tidak dapat mempertahankan jawatan-jawatan kaum Cina dalam kerajaan negeri.

Contohnya, apabila menerima tekanan dari pihak UMNO, beliau terpaksa menyusun semula organisasi Jabatan Air Pulau Pinang sehingga mengecewakan orang Cina di negeri itu.

Sikap Tsu Koon yang lemah-lembut dan suka mengambil sikap berdiam diri menyebabkan pemimpin tertinggi Gerakan tidak yakin mereka boleh merampas kembali negeri itu daripada DAP.

Jika situasi ini berterusan, kita bukan lagi bercakap mengenai bagaimana Gerakan dapat terus bergerak ke hadapan, sebaliknya perlu memikirkan berapa lama lagi parti itu boleh bertahan.

KOMEN : DAH SENDIRI YANG TERKENCING DAN TERBERAK MASIH NAK SALAHKAN UMNO… SENANG CERITALAH GERAKAN BOLEH JOIN DENGAN DAP, SEBAB SELAMA INI PUN MEREKA DAH TAK MEMBANTU BN SELEPAS KALAH TERUK DALAM PRU 12 YANG LALU… PERMINTAAN MEREKA YANG BUKAN-BUKAN KEPADA BN USAH DILAYAN… MEREKA SUDAH TIDAK MEDAPAT SOKONGAN DARI KAUM MEREKA SENDIRI…

Pengagihan semula kerusi BN

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak dan Koh Tsu Koon melambai para perwakilan yang hadir selepas menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan kali ke-40 di Dewan Wawasan PGRM, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan semula kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dibuat selaras dengan perubahan politik ketika ini yang memerlukan BN meletakkan calon boleh menang .

Kata Perdana Menteri, pengagihan itu juga akan dibuat berasaskan semangat kerjasama di kalangan parti-parti komponen dalam memastikan BN mampu mencapai kemenangan besar pada PRU13.

“Bagaimanapun kita tidak akan rombak semua kerusi dan kerusi-kerusi ketika ini juga masih lagi menjadi asas (dalam pengagihan kerusi kelak).

“Cumanya pengagihan kerusi ini akan melihat kepada kawasan-kawasan yang difikirkan perlu dibuat berdasarkan formula terbaik untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Najib menambah, pengagihan kerusi itu juga dibuat atas semangat hubungan dalam keluarga besar yang terjalin di kalangan parti-parti komponen BN.

Malah kata beliau, kesemua pemimpin-pemimpin parti komponen BN juga sudah menyatakan persetujuan dan bersikap terbuka mengenai perkara itu dengan melihat ia sebagai salah satu formula untuk menang pada PRU13.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang didesak beberapa ahli parti supaya tidak bertanding pada PRU13, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada Tsu Koon untuk menentukan apa yang terbaik demi masa depan parti itu.

”Apa pun saya mempunyai hubungan kerja yang sangat rapat dengan beliau (Tsu Koon) dan kita juga sudah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan Gerakan menjelang pilihan raya umum nanti,” katanya.

UMNO tidak ambil P. Pinang jika BN menang

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengambil alih pentadbiran di Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, jawatan Ketua Menteri negeri itu akan ditentukan menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen lain atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga yang besar.

Tambah beliau, perkara itu sudah dibincangkan dengan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman supaya UMNO negeri itu tidak membangkitkan mengenainya.

”UMNO tidak akan menuntut pucuk pimpinan negeri di Pulau Pinang sebaliknya kita akan bekerjasama dengan parti komponen lain seperti Gerakan, MCA dan MIC (dalam isu ini).

”Gabungan ini perlu menawarkan pilihan dan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah (buat rakyat),” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan Gerakan, Najib melaungkan keyakinan bahawa BN mampu merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Najib menyeru semua ahli Gerakan dengan sokongan parti-parti komponen BN lain agar sentiasa turun padang dan mendekati serta menyelami penduduk Pulau Pinang.

”Kita mesti bekerja bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada mereka (penduduk Pulau Pinang) bahawa BN merupakan pilihan terbaik berbanding pembangkang bukan sahaja untuk mereka, malah untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Najib mengingatkan seluruh ahli Gerakan dan parti komponen BN lain bahawa PRU-13 menjadi cabaran terbesar yang akan menentukan masa depan BN dan negara selepas ini.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyifatkan kenyataan Perdana Menteri adalah kesepakatan yang telah lama diamalkan dalam BN.

Tsu Koon berkata, tindakan itu berlandaskan prinsip perkongsian tanggungjawab di kalangan parti komponen BN demi kebajikan penduduk Pulau Pinang yang telah diamalkan sejak 42 tahun lalu.

“Begitupun, adalah jelas ini semua bergantung kepada keputusan PRU13 dan Gerakan serta parti-parti komponen lain perlu terlebih dahulu bergerak mendekati rakyat untuk mendapatkan semula sokongan,” katanya sebagai reaksi kepada jaminan Najib mengenai perkara itu dan menegaskan keputusan mengenai jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan dibuat menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen BN atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga.

KOMEN : TEPATLAH TU SLOGAN PUN SEPERTI YANG BRO DIN BERIKAN… CINA DIDAHULUKAN, INDIA DIUTAMAKAN, ORANG MELAYU PANDAI-PANDAILAH NAK HIDUP KAT PENANG TU…. YANG MELAWAN DAP UMNO, TAPI YANG AKAN MEMIMPIN BN PENANG ORANG GERAKAN YANG PARTINYA HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU… UNDI CINA PERGI KE DAP….

TSU KOON BILA MAHU BERHENTI



PRU-13: Tsu Koon dicabar tanding di P. Pinang

PULAU PINANG 15 Ogos – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dicabar bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membuktikan beliau masih relevan serta diterima rakyat Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, ini kerana meskipun dikritik pelbagai pihak, Tsu Koon seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada negeri ini sepanjang 18 tahun menjadi Ketua Menteri.

Sedangkan kata Tee Beng, Tsu Koon kalah dengan majoriti hampir 10,000 undi pada pilihan raya umum lalu yang secara jelas menunjukkan kebenaran kritikan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

“Tapi dia (Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.

“Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tsu Koon baru-baru ini membidas tindakan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tee Beng memberitahu, Tsu Koon juga sepatutnya berundur dari arena politik selepas tewas dalam pilihan raya seperti yang dilakukan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sanggup berundur kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan partinya. Presiden SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pun bertindak sama bila kalah.

“Tapi dia (Tsu Koon), bukan saja enggan berundur, malah dengan muka tebal masih ada di Parlimen. Bukan buat apa, cuma jalan sana, jalan sini ikut Perdana Menteri.

“Dia kata tidak mahu terima jawatan Senator, tetapi yang berlaku sebaliknya. Dia sanggup menjadi menteri atas tiket Senator. Orang ini memang tidak tahu malu,” ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga diminta berhenti memberi kredit kepada dirinya atas kemajuan Pulau Pinang sedangkan pembangunan itu sebenarnya dirancang bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu.

“Projek itu hanya dilaksanakan semasa dia mentadbir, sedangkan perancangannya itu dibuat pemimpin sebelum itu. Agaknya memang sudah jadi trend, siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sikapnya sama hanya pandai mengambil kredit (atas jasa) orang, sama seperti Ketua Menteri sekarang (Lim Guan Eng),” katanya lagi.

KOMEN : BILANG SAMA NAJID… TSU KOON NI CALON TIDAK BOLEH MENANG… NASIHATKAN DIA LETAK JAWATAN DAN JANGAN BERTANDING SEBARANG KERUSI… BN AKAN BERI KEMENANGAN PERCUMA PADA PUAK PEMBANGKANG…

>ADAKAH MCA DAN GERAKAN MASIH RELEVAN ?

>
Kemenangan DAP wajar diberi perhatian serius
DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/04/18

KUALA LUMPUR: Pertambahan jumlah kerusi dimenangi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak kelmarin, boleh disifatkan sebagai lanjutan tsunami politik yang berlaku di Kuching pada 2006 dan perlu ditangani dengan serius, kata Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Justeru, katanya, parti komponen Barisan Nasional (BN) harus menganggap kekalahan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai BN sebagai pengajaran dan cabaran yang perlu dikaji secara teliti serta ditangani dengan lebih berkesan. “Kita harus memandang serius bahawa fenomena ini memang menjadi cabaran besar kepada BN, khasnya kepada parti komponen yang bertanding di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat GERAKAN di sini, semalam. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan penguasaan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai parti politik tempatan di Sarawak tetapi kini beralih kepada DAP dan PKR, jelas memperlihatkan persepsi bahawa hanya parti tempatan mampu menambat hati pengundi Sarawak sudah tidak lagi relevan.

Mengulas punca penolakan pengundi Cina terhadap calon dari parti komponen BN khususnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), beliau berkata, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, termasuk dari segi calon.

Walaupun ada calon SUPP adalah bekas wakil rakyat yang sudah banyak menabur jasa kepada penduduk diwakili, katanya, calon muda diketengahkan DAP berjaya mengubah persepsi pengundi terhadap apa yang mampu disumbangkan mereka pada masa depan jika terpilih.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tindakan pengundi Cina memilih calon pembangkang sebagai wakil mereka, terutama di kawasan bandar, dilihat sebagai isyarat kepada MCA dan GERAKAN supaya tidak sambil lewa menangani masalah kaum itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, tidak lama lagi.
“Kekalahan calon BN itu menyaksikan pengundi Cina di kawasan bandar di Sarawak mahukan transformasi kepemimpinan parti itu sendiri. Kehendak pengundi amat penting dan kepemimpinan parti perlu peka mengenai apa yang diutarakan mereka. Begitu juga dengan isu kontroversi membabitkan pemimpin parti, antara penyebab mereka tidak dapat diterima pemilih pada pilihan raya kali ini.

“Pembangunan dan kemajuan di Sarawak begitu memberangsangkan, namun masalahnya ialah janji pemimpin harus dikotakan. Saya lihat kebanyakan pemimpin sudah lama mengemudikan parti dan sudah tiba masanya mereka memberi laluan kepada muka baru seperti diuar-uarkan pembangkang ketika berkempen,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) serta melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, semalam.

Di GOPENG, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata kekalahan SUPP menggambarkan masyarakat Cina di Sarawak tidak menghargai peranan parti itu yang mewakili kaum mereka.

“Sekiranya keputusan pilihan raya itu dijadikan kayu pengukur, SUPP kini dilihat sudah tidak relevan di kalangan masyarakat Cina di Sarawak.

“Kegagalan dengan undi sebanyak itu juga memperlihatkan seperti tiada sokongan untuk SUPP dan mereka perlu melihat keadaan ini sama ada masih mahu bersama komponen BN atau tidak,” katanya kepada media selepas merasmikan Rumah Warisan Gopeng, di sini, semalam.

KOMEN : GERAKAN DAN MCA TIDAK BERHAK BERSUARA TENTANG KEKALAHAN TERUK SUPP DI SARAWAK. BUKANKAH GERAKAN DAN MCA TIDAK RELEVAN LAGI DI SEMENANJUNG KERANA KALAH TERUK DI PRU 12. NG YEN YEN TU CAKAP IKUT SEDAP MULUT AJE, MCA PUN PATUT MELIHAT SAMA ADA PARTI MEREKA YANG KALAH TERUK LAYAK UNTUK BERSAMA BN DIPRU KE 13 NANTI? SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, ORANG CINA MEMANG TIDAK PERNAH MENGHARGAI JASA KERAJAAN BN YANG TELAH BANYAK MEMBERI KEKAYAAN PADA KAUM MEREKA. MEREKA MEMANG KAUM YANG RASIS…