Tiga GLC Johor catat untung lebih RM750j

HANIZA HASSAN | 13 Februari 2015 1:52 AM
NUSAJAYA 12 Feb. – Tiga syarikat milik kerajaan (GLC) negeri, iaitu Johor Corporation (JCorp), Kumpulan
MOHAMED KHALED
Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM750.739 juta bagi tahun kewangan 2013.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, JCorp mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM129 juta, manakala KPRJ dengan RM621 juta dan PDT meraih RM739,000.
Beliau berkata, daripada keuntungan selepas cukai berkenaan, kerajaan negeri menerima pembayaran dividen sebanyak RM8.54 juta daripada JCorp dan RM30 juta diberikan oleh KPRJ.
“Hingga kini, PDT masih belum memberi pulangan dividen kepada kerajaan negeri memandangkan badan berkenaan sedang melalui proses mengemas kini dan pemantapan operasi serta organisasi,” katanya menjawab soalan Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (Pas-Sungai Abong) tentang pencapaian GLC Johor dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Selain GLC berkenaan, katanya, tiga syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) iaitu Yayasan
Pelajaran Johor Holdings (YPJH), Perbadanan Islam Johor Holdings (PIJH) dan J-Biotech Holdings Sdn. Bhd. turut mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.572 juta bagi tahun kewangan 2013.
Menurutnya, YPJH yang ditubuhkan di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mencatat keuntungan sebanyak RM15.7 juta, PIJH yang diwujudkan menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) meraih keuntungan RM2.4 juta, manakala J-Biotech Holdings yang ditubuh di bawah Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) memperoleh untung sebanyak RM472,000.
“Menerusi keuntungan berkenaan, YPJH telah memberi pulangan kepada kerajaan negeri yang disalurkan menerusi YPJ sebanyak RM16.16 juta, manakala PIJH menetapkan pembayaran fee pengurusan dan dividen kepada PIJ sebanyak RM5 juta setahun bagi tujuan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti bantuan pesakit dialisis, program pembangunan usahawan dan program belia.
“Sementara itu, J-Biotech Holdings pula membayar dividen kepada J-Biotech sebanyak RM300,000 dalam bentuk ‘in-kind’z, iaitu bagi pembayaran kos perkhidmatan dan aset,” katanya.

1MDB : Perolehan meningkat RM4.3 bilion – SENANGKAN BILA DAH JAWAB?

1MDB keluar kenyataan penuh 1MDB keluarkan kenyataan penuh
18 November 2014 2:31 AM
Saya dengan berbesar hati membentangkan Laporan Keputusan Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, satu lagi tahun yang produktif kepada kumpulan dengan memperoleh beberapa aset tenaga berkualiti tinggi dan hartanah bagi mengembangkan portfolio syarikat.
Kumpulan telah merekodkan kerugian sebanyak RM665.3 juta bagi tahun kewangan tersebut disebabkan oleh kos kewangan yang tinggi iaitu RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan sebelumnya, sebagai salah satu strategi untuk mengembangkan aset asas.
Selain itu, kumpulan juga menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014 yang mana tidak terlibat pada tahun sebelumnya dan ini menyumbang secara positif kepada operasi hartanah sekali gus meningkatkan kos kewangan dan perbelanjaan operasi.
Nilai aset kumpulan meningkat RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion bagi tahun kewangan sebelumnya dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.
Keseluruhan perolehan meningkat 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion, mencerminkan pembangunan aset portfolio yang berkualiti dan pengukuhan penjanaan perolehan.
1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik yang ditubuhkan kerajaan sebagai syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan. Ia ditubuhkan untuk memacu inisiatif strategik bagi pembangunan ekonomi yang mapan dalam tempoh jangka panjang dengan memberi fokus kepada tenaga dan projek hartanah pemangkin utama serta membantu aliran pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.
Syarikat ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta dan dengan itu perlu meminjam dan menerbitkan bon bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pelaburan.
1MDB bekerjasama dengan banyak pihak dan konsultan dari dalam serta luar negara untuk membina kepercayaan, keyakinan dan sokongan pihak-pihak berkenaan bagi projek-projeknya.
Usaha sama pertama 1MDB melibatkan syarikat berpangkalan di Arab Saudi bagi memudahkan kerjasama jangka panjang antara Arab Saudi dan Malaysia.
Satu dana usaha sama ditubuhkan untuk melaksanakan projek-projek pelaburan global yang berpotensi menjana faedah kewangan dan strategik kepada kedua-dua negara.
Bagaimanapun, 50 peratus pelaburan 1MDB dalam syarikat itu telah ditukar ke instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murahaba dengan pulangan 8.75 peratus setahun.
Nota-nota tersebut kemudiannya ditebus untuk AS$2.318 bilion (RM7.716 bilion) dengan sejumlah AS$488 juta (RM1.634 bilion) keuntungan disimpan anak syarikat milik penuh yang berdaftar di Kepulauan Cayman atas sebab-sebab cukai dan penyelesaian hutang dolar Amerika Syarikat (AS).
Dana tersebut kemudiannya dikendalikan oleh pengurus dana antarabangsa berlesen dengan mata wang berasaskan dolar AS untuk memastikan bahawa 1MDB mempunyai kecairan yang baik dengan portfolio global yang pelbagai.
Setakat ini, hampir 60 peratus atau kira-kira RM4 bilion dana telah dicairkan untuk menyelesaikan pelbagai komitmen kewangan 1MDB.
Secara keseluruhan, sejak kami melabur dalam dana yang dikawal selia tersebut, syarikat memperoleh lebih AS$267 juta (RM894 juta) dividen daripada dana berkenaan dan baki 40 peratus akan dicairkan sebelum akhir tahun ini.
Usaha sama 1MDB kedua adalah dalam dua projek pembangunan mega iaitu:
i) Tun Razak Exchange – kawasan seluas 70 ekar (28.3 hektar) di tengah bandar raya Kuala Lumpur dibangunkan menjadi hab kewangan di Kuala Lumpur yang memberi fokus kepada aktiviti kewangan Islam. Pemaju hartanah terkemuka antarabangsa yang memajak tanah telah bersetuju untuk menyertai pembangunan bagi kawasan Tun Razak Exchange terutamanya bagi pembangunan kuarters gaya hidup.
ii) Projek Bandar Malaysia – kawasan seluas 500 ekar (202.3 hektar) di tengah bandar raya Kuala Lumpur dibangunkan menjadi hab komersial, budaya, pendidikan, sosial dan pengangkutan yang mesra alam. Kerajaan Abu Dhabi telah bersetuju untuk memberi dana bagi pembinaan satu daripada masjid terbesar di Asia Tenggara di Bandar Malaysia.
Usaha sama ketiga 1MDB adalah dalam sektor tenaga dengan pengambilalihan Loji Janakuasa Tanjung, Loji Janakuasa Genting Sanyen dan Loji Janakuasa Jimah dan penganugerahan projek janakuasa 3B oleh Suruhanjaya Tenaga.
1MDB telah merasionalisasikan semua kepentingannya dalam tenaga dengan jumlah keseluruhan kapasiti ketika ini pada 7,500 megawatt di bawah satu syarikat iaitu 1MDB Energy Bhd.
Aset dan liabiliti kami sehingga 31 Mac 2014 berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.
Kami sedar sebagai entiti penuh milik kerajaan, kami perlu telus bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik dipatuhi di semua peringkat. Di peringkat lembaga, kami sentiasa bekerja keras untuk memastikan pengurusan telah melaksanakan kawalan dalaman yang sesuai dan operasi pengurusan risiko.
Kami yakin dengan pengurusan dan operasi yang telus dan sistematik ditambah dengan membuka nilai kepada pelbagai aset kami termasuk menyenaraikan 1MDB Energy, membolehkan kami meningkatkan dana bagi memenuhi komitmen kewangan dan menjana pulangan kepada pemegang saham kami.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perolehan-meningkat-rm4-3-bilion-1.26125#sthash.RtRTZudk.dpuf


POLITIK : UMNO bahas isu akta hasutan, sekolah vernakular

KHAIRULANUAR YAHAYA | 11 November 2014 5:15 PM
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa usul Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (duduk, lima kanan), Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, lima kiri) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (duduk, enam kiri). – fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR 11 Nov.- Dua isu hangat iaitu Akta Hasutan dan sekolah vernakular antara sembilan perkara yang dijangka mendominasi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung pada 25 hingga 29 November ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ibu pejabat UMNO telah menerima sebanyak 755 usul daripada 191 Bahagian UMNO seluruh negara.
“Jumlah tersebut melibatkan 368 Usul Untuk Rujukan dan 117 Usul Tanpa Bahas. Tiada usul yang ditolak. 638 Usul Untuk Rujukan melibatkan 81 usul pindaan perlembagaan, 87 usul politik, 67 usul ekonomi, 74 usul agama, 170 usul sosial, 121 usul pendidikan dan 38 usul lain-lain,” kata beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul, Perhimpunan Agung UMNO 2014 bercakap demikian pada sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurut Hishammuddin, isu kawalan dan penguatkuasaan media sosial yang dikatakan lemah, kos sara hidup dan kualiti kehidupan turut dijangka akan mendominasi perbahasan nanti.
“Selain itu isu pengkaderan dalam UMNO dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memartabatkan ekonomi bumiputera juga akan dibahaskan oleh perwakilan,” katanya.
Turut menjadi tumpuan adalah usaha memartabatkan peranan cawangan-cawangan dengan peruntukan secukupnya, tataetika pemilihan parti dan pindaan serta penambahbaikan perlembagaan parti dengan memasukkan fasa ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Hishammuddin berkata, perwakilan tidak diberi sebarang sekatan dalam membahaskan usul pada perhimpunan nanti.
Selain itu seorang jurucakap daripada perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dan seorang wakil mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan juga diberi peluang untuk berbahas. – UTUSAN ONLINE


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-bahas-isu-akta-hasutan-sekolah-vernakular-1.23468#sthash.cEScvHZ6.dpuf


Dr. Muhammed dan The Colour of Inequality; Pesta Oktoberfest di Selangor

Oleh Zaini Hassan
SAYA mengenali Dr. Muhammed Abdul Khalid semasa beliau menjadi penyelidik di ISIS beberapa tahun lalu.
Beliau juga adalah pengikut setia kolum ini. Dan saya turut mendapat banyak input daripada beliau dalam hal-hal berkaitan sosial, ekonomi dan politik.
Baru-baru ini, beliau telah menerbitkan sebuah buku, yang antara rakan-rakannya ternanti-nantikan. Saya diminta beliau mengulas bukunya.
Saya merasa terhormat untuk mengulas bukunya bertajuk The Colour of Inequality – Ethnicity, Income, And Wealth In Malaysia (Warna Ketidaksamaan – Etnik, Pendapatan dan Kekayaan di Malaysia).
Dr. Muhammed, ialah seorang ahli ekonomi Melayu muda yang berasal dari Pulau Pinang. Berkelulusan ijazah kedoktoran dari Perancis.
Yang menarik perhatian saya mengenai buku ini adalah sejarah political economy mengenai jurang kekayaan di Malaysia, terutamanya di antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera, dan hala tuju jurang ini yang bagi saya amat menggerunkan.
Buku ini yang penuh dengan data dan fakta menunjukkan bahawa jurang kekayaan (asset) adalah lebih teruk daripada jurang pendapatan (income), baik dari segi kaum, mahupun di antara yang kaya dan yang miskin.
Walaupun negara kita dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan jurang pendapatan sejak DEB diperkenalkan, namun kebelakangan ini jurang pendapatan kembali melebar.
Yang mengejutkan, jurang pendapatan di antara bandar dan kampung ketika ini amatlah teruk sekali, malah lebih teruk daripada tahun 1957! Dari segi jurang pendapatan antara kaum, ia makin melebar sejak tahun 2009.
Jurang pendapatan di antara kaum bumiputera dan Cina telah meningkat sebanyak 10 peratus dari tahun 2009 hingga 2012, dan ini bukan sahaja pertama kali ia berlaku sejak tahun 1970, tetapi juga sekaligus melenyapkan segala pencapaian yang dicapai sedekad yang lalu.
Yang mengejutkan saya adalah data yang menunjukkan kedaifan rakyat Malaysia, terutamanya kaum bumiputera dalam pemilikan harta, termasuk hartanah dan saham.
Dari segi pemilikan aset kewangan, 72 peratus yang tidak mempunyai aset ini adalah kaum bumiputera.
Namun jika dilihat dari segi kaum, majoriti penduduk di negara kita ini, baik bangsa Melayu, kaum Cina mahupun India tidak mempunyai sebarang aset kewangan.
Ini mungkin sesuatu yang tidak masuk akal tetapi Dr. Muhammed menunjukkan bahawa inilah realitinya.
Jika dilihat dari segi pemilikan Amanah Saham Bumiputera (ASB), lebih kurang separuh daripada kaum bumiputera di negara ini mempunyai akaun bersama ASB.
Daripada separuh yang ada akaun itu, purata simpanan adalah lebih kurang RM15,400, tetapi jika dikaji lagi, lebih dua pertiga atau 72 peratus hanya mempunyai RM554 sahaja!
Jurang yang sama dihadapi oleh kaum yang lain, malah jurang di antara kaum India yang paling teruk sekali di mana 64 peratus kaum India di negara ini tidak ada satu sen pun aset kewangan, berbanding kaum Cina (56 peratus) dan golongan bumiputera (64 peratus).
Kedaifan yang sama berlaku dari segi pemilikan hartanah apabila tiga-perempat orang yang tidak mempunyai aset ini adalah daripada golongan bumiputera.
Di mana silapnya, terutamanya di kalangan bumiputera walaupun pelbagai polisi dilaksanakan dan berpuluh agensi telah ditubuhkan?
Adakah kerana Melayu malas, boros, tiada kelulusan tinggi ataupun ada faktor yang lain?
Dr. Muhammed telah menunjukkan bahawa terdapat kajian mendapati bahawa faktor kadar tabungan, perbelanjaan, mahupun pendidikan bagi kaum bumiputera adalah sama dengan kaum yang lain. Jadi di mana silapnya?
Penulis menghuraikan tiga perkara.
Pertama, diskriminasi kaum terhadap graduan Melayu walaupun mereka mempunyai kadar kelayakan yang sama dengan kaum lain menghalang golongan ini untuk mendapat pekerjaan dan gaji yang setimpal dengan kaum lain, iaitu sumber penting untuk pengumpulan aset.
Kedua, inherited asset (harta pusaka) kaum lain terutamanya kaum Cina, lebih banyak memberi harta kepada anak-anak mereka, walaupun golongan majoriti kaum Cina juga tiada aset.
Ketiga, dan yang paling penting sekali, kegagalan pihak pemegang amanah, baik daripada parti Melayu seperti Pas atau pun UMNO yang jelas sekali tidak mengambil endah mengenai status sosioekonomi bangsa Melayu.
Wawancara Dr. Muhammed dengan orang kuat parti-parti politik ini menunjukkan bahawa mereka ini lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah ekonomi kaum Melayu.
Kecuaian ahli politik ini, disambung pula oleh syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).
Dr. Muhammed menyatakan, berdasarkan temubual beliau dengan ketua-ketua GLC, jelas menunjukkan mereka bukan sahaja tidak memberi perhatian terdapat dasar bumiputera, malah ada di antara mereka yang mengutuk dasar bumiputera.
Malah ada yang mencaci bangsa Melayu sendiri.
Tidak hairanlah GLC seperti UDA yang diberi amanah untuk meningkatkan penguasaan hartanah kini lebih senang mengalibabakan projek yang diberi.
Tiba masanya untuk kita kaji semula kesemua polisi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap peningkatan sosioekonomi kaum bumiputera.
Yang saya risaukan adalah kesimpulan buku ini, di mana penulis Dr. Muhammed, amatlah khuatir dan pessimistic mengenai masa hadapan.
Dasar-dasar kerajaan yang sedia ada, terutamanya dasar pendidikan, dasar pencukaian dan kerenah GLC ini akan membuat jurang makin meluas dan majoriti rakyat negara ini, daripada semua kaum, akan makin melara.
Ini adalah time-bomb, jika ia tidak ditangani dengan segera.
Saya menyeru agar pembesar negara kita, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang membaca buku ini.
Kita masih ada masa. Selesaikanlah dengan segera. Biar kita ikhlas tentang kegagalan kita, supaya jalan penyelesaian dapat dibuat.
Pesta arak terbesar di dunia, wow hebat!!!!
SHAH ALAM (satu ketika dahulu) ialah ibu negara yang dihuni oleh orang Melayu. Tidak ramai kaum lain yang suka tinggal di situ.
Malah nilai hartanahnya cukup murah. Antara sebab ialah kerana hartanahnya tidak boleh ditukar milik kepada kaum lain.
Tetapi dalam senyap-senyap rupa-rupanya kaum lain juga cemburu dengan kejayaan Shah Alam. Mereka juga ada hasrat mahu memasuki ke ibu negeri Selangor itu.
Semasa di bawah kerajaan yang terdahulu, benteng itu dijaga rapi. Namun benteng itu sudah pecah.
Orang Melayu sendiri memecahkannya. Mereka memilih supaya Shah Alam dibuka. Kini hartanahnya naik mendadak. Terlalu mahal. Hak milik Melayu kini, difahamkan sudah dilonggarkan.
Kondo-kondo tumbuh bagai cendawan hasil projek usahasama PKNS dan syarikat-syarikat bukan bumiputera. Harganya terlalu tinggi. Ia di luar capaian orang Melayu.
Disebabkan itu Shah Alam kena dibuka lagi. Panggung wayang dan pusat hiburan yang dahulunya tidak dibenarkan kini sudah ada.
Ada satu ketika dahulu semasa kerajaan Selangor baharu memerintah, DAP begitu beria-ia mahu dibenarkan penjualan arak di kedai-kedai 24 jam. Kejadian itu telah menjadi isu yang besar. Antara kawasannya ialah di Seksyen 8 Shah Alam.
Kawasan itu lebih 80 peratus dihuni oleh orang Melayu.
Kini lagi hebat. Oktoberfest, the biggest beer celebration in the world (pesta bir terbesar di dunia) akan diadakan di One Utama, Selangor.
Iklan mengenai pesta arak terbesar di dunia itu boleh kelihatan di Shah Alam, kononnya bandar raya kemegahan umat Melayu Islam.
Saya masih teringat pekikan tok-tok guru dan Pemuda Pas sebelum mereka menawan Selangor dulu.
UMNO kerajaan taghut hanya mainan di mulut. Kerajaan Selangor UMNO penuh dengan kemaksiatan. Ada dua kilang arak terbesar di negara ini iaitu Carlsberg di Batu 3 Shah Alam dan kilang Guinness di Sunway.
Tetapi apabila mereka memerintah, lain pula alasannya. Mulut-mulut yang bising dahulu kini senyap sepi.
Sebaliknya serangan ke atas kerajaan Pusat pula diteruskan. Dalam satu pertemuan Jamuan Makan Malam DAP di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, 4 Oktober baru-baru ini, kerajaan Pusat terus diserang.
Antara yang hadir ialah Tony Pua (DAP), Teresa Kok (DAP), Saari Sungib (Pas), Lew Chan Tong (DAP) dan Dyana Sofia (DAP).
Antara isu pancing rakyat ialah menuduh dalam BN, UMNO itu adalah abang. Apa yang disuruh abang, parti lain terpaksa ikut. DAP cuba menanam sifat kebencian di benak hati orang Cina.
DAP menuduh UMNO sebagai abang dalam BN.
Itu bermakna dalam pakatan pembangkang merekalah selama ini abang kepada Pas dan PKR.
Tapi kasihan Pas dan PKR hanyalah pak-pak tunggul.
Saari dan Dyana, dua wakil Melayu itu tak sentuh sedikit pun pasal pesta arak terbesar di dunia itu.
Mungkin mereka takut dengan taiko (abang) DAP!


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20141008/re_05/Dr-Muhammed-dan-The-Colour-of-Inequality-Pesta-Oktoberfest-di-Selangor#ixzz3FbrtVfAO  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Siri 2: Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi!

TERLALU banyak sudah orang bercakap politik. Tiap-tiap hari cakap politik. Seorang kawan berkata bukan tiga tahun orang kita bercakap politik, tapi sudah 15 tahun kita bercakap politik. Tahun itu dikira sejak Anwar Ibrahim dipecat daripada Kabinet dan UMNO.
Selama itu juga orang Melayu ketinggalan. Sehinggakan nak jual sarung telefon bimbit pun, tiada seorang anak Melayu yang mampu menjualnya.
Jika ada yang menjualnya pun mungkin di luar lingkungan kawasan saya.
Hari ini kita mahu bercakap mengenai Jihad Ekonomi. Apa itu ekonomi, jangan kita tengok ekonomi yang besar-besar ala milik taikun-taikun besar itu.
Kita lihat yang kecil-kecil dulu. Kerana yang kecil ini pun belum selesai lagi. Perniagaan kecil-kecilan yang perlu kita taburkan di seluruh pelosok negara. Ke seluruh cabang bandar, ke seluruh simpang kampung dan barisan kedai-kedai ternama.
Kita buat contoh persaingan kedai minyak Petronas dan Shell. Di mana tercacaknya Petronas di situ ada Shell. Di mana ada Shell di situ ada Petronas.
Oleh itu, di mana ada kedai runcit Cina di situ mesti ada kedai runcit Melayu, di mana ada kedai hardware Cina di situ mesti ada kedai hardware milik Melayu.
Di mana ada kedai mamak, di situ ada kedai nasi Melayu. Di mana ada kedai cermin mata Cina, di situ ada kedai ‘spek’ Melayu, dan begitulah seterusnya.
Baharulah ada persamaan. Baharulah adil dan saksama. Orang lain tak boleh marah kita kerana negara ini adalah negara demokrasi yang mengamalkan free enterprise atau perdagangan bebas.
Malangnya sekarang ini ia tidak adil, sehingga nak beli Kain Kapan orang mati Melayu Islam pun kena ke kedai runcit milik Cina. Nasib baik sekarang ini ada kedai-kedai Maidin. Itu pun namanya Maidin, mana dia nama Awang, Dollah, atau Mamat?
Mulai sekarang kurangkan cakap politik yang memeningkan kepala dan menyakitkan jiwa raga.
Mulai hari ini kita bercakap mengenai jihad ekonomi.
Kita kuasai kedai-kedai menjual telefon bimbit yang menjadi kegunaan ruji rakyat Malaysia sekarang. Bayangkan kini di Malaysia ada lebih 35 juta telefon tangan. Saya menaip Cuit ini pun menggunakan Blackberry.
Tapi persoalannya, siapa yang menjualnya? Berapa peratus orang Melayu yang mendapat untung di atas penjualan telefon itu?
Jangan dicakap telefon, kulit sarungnya pun susah nak cari penjual Melayu.
Minggu lalu saya menulis mengenai isu kulit sarung telefon ini. Banyak respons yang saya terima menerusi e-mail dan panggilan telefon.
Orang yang saya tidak kenal pun bersusah payah mencari nombor telefon bagi menghubungi saya. Mereka tersintak dengan pendedahan itu. Mereka baru tersedar daripada lamunan cakap politik yang menguasai pemikiran mereka selama ini.
Orang yang hidup siang-malam dalam politik – haiwan politik – sudah tentu mahu orang terus bercakap mengenai mereka. Anwar sudah tentu syok apabila orang bercakap mengenai dia, siang dan malam, baik secara kasar, buruk atau baik.
Anwar tak kisah selagi orang terus bercakap fasal dia, kerana selagi orang terus bercakap fasal dia, maka dia akan terus hidup.
Anwar hanya akan mati jika media, orang ramai, orang Malaysia, tutup terus cerita mengenai dia. Sebaik-baik sahaja media blackout Anwar, maka hari itu adalah hari kematiannya.
Orang Melayu harus pandang ke hadapan. Sepuluh tahun dari sekarang, apa yang mereka sasarkan. Selagi negara ini masih dalam tangan mereka, ayuh berjihadlah ke arah kesejahteraan ekonomi. Ayuh kerajaan bantulah. Ayuh taikun-taikun terkaya Melayu seperti Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bantulah orang Melayu.
Ayuh syarikat-syarikat Melayu, GLC, bank-bank terajui anak Melayu, bangunkan segera usahawan kecil dan sederhana orang Melayu. Jangan berkira dengan mereka. Ini adalah jihad.
Ayuh orang-orang kaya Melayu wujudkan NGO-NGO Jihad Ekonomi Melayu, bukan lagi NGO politik Melayu yang sudah ada melata.
Ayuh graduan-graduan dan alumni UiTM yang lahir atas Dasar Ekonomi Baru — yang merata terlibat dalam keusahawanan sekarang – gerakkan jihad ini segera.
Ayuh budak-budak MBA Harvard Melayu, gemblengkan kreativiti bagi memulakan jihad ini. Ayuh pensyarah-pensyarah bisnes dan perniagaan Melayu, babitkan diri dalam Jihad Ekonomi ini. Jangan cakap kosong, realisasikannya.
Ayuh-ayuh tebarkan usahawan-usahawan kita di seluruh gedung-gedung perniagaan besar di ibu negara. Sedarkah kita pemuda-pemuda Cina menguasai sektor-sektor perniagaan runcit elektronik di Plaza Pudu dan Low Yat adalah kerana mereka dibantu oleh sesama mereka. Taikun-taikun mereka membantu mereka. Mereka tidak memerlukan kerajaan.
Ayuh DBKL, sediakan lebih banyak ruang kedai untuk mereka berniaga.
UDA, ayuh kembalilah ke falsafah asal. Jangan terus tidur. Buat banyak lagi Kompleks Pertama atau Sungai Wang Plaza untuk orang Melayu. Bela mereka dan asuh mereka.
Ayuh pihak pembangunan Iskandar, jangan biarkan orang Melayu sekadar pemerhati kehormat. Bagi peluang dan bimbing orang Melayu berniaga di situ.
Dewan Perniagaan Melayu jangan asyik bergaduh merebut jawatan. Ayuh bangkitlah majukan ekonomi Melayu dan bukan untuk tengkolok sendiri.
Ayuh ustaz-ustaz, jangan lagi mahu menjadi terkenal dengan sandiwara politik. Ubah mind-set orang Melayu Islam kita untuk berjihad ekonomi pula. Ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Sudah lama kita berpolitik.
Satukan ummah kita dengan Jihad Ekonomi. Ingat 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Itu sunnah Nabi, tapi mengapa kita alpa?
Jika mereka boleh buka kedai beg tangan LV, Hermes, Maison Martin Margiela, Berkin atau jenama baju pereka terkenal Alexander McQueen, Dolce&Gabanna, Stella McCartney, Rebecca Minkoff – jangan lagi kita hanya pembeli dan pemerhati, kita juga harus menjadi pemilik kedai, pemegang lesen agensi dan menjualnya.
Wujudkan lagi factory outlets di seluruh negara yang dikuasai oleh orang Melayu. Wujudkan Bandung di Bukit Kayu Hitam (BKH), misalnya. Jangan cakap ia mustahil wahai MB baru Kedah, Mukhriz Mahathir. Ia adalah jihad. Lakukan jihad ini, Mukhriz!
Biar orang KL, Ipoh, Penang atau dari Dannok atau Hatyai atau dari Bandung sendiri berkereta dan berkapal terbang ke Changlun untuk berbelanja dan membeli barangan jenama mahal dengan harga murah. Bagi pekerjaan kepada saudara-mara kita di kampung-kampung miskin di situ.
Jika ke New York kita sanggup pula berkereta sejam untuk berbelanja di Woodbury Common Premium Outlets di Central Valley – wujudkan juga gedung yang sama di luar KL. Tapi syarat jihadnya: ia harus dikuasai oleh kita. Selagi kita berkuasa, apa masalahnya? Mustahilkah?
Hairan mengapa Johor Premium Outlets bukan milik orang Melayu? Hairan mengapa dalam Suria KLCC bukan kedai-kedai milik kita? Janganlah bercakap di Pavillion, One Utama, atau di Bangsar Shopping Center dan lain-lain.
Apakah kita ini berbeza daripada mereka? Apakah kita ini pemalas berbanding mereka? Apakah kita ini selama-lamanya akan menjadi window-shoppers yang hanya melihat, tapi tak mampu membeli? Sedih, sedih.
Jangan lagi kita menjadi saksi, jangan lagi kita menjadi pembeli, jangan lagi kita terus dibuli.
Jika mereka yang sudah menguasai ekonomi mahu menguasai politik pula, apa salah kita yang masih menguasai politik, kontrol ekonomi pula.
Ayuh, jika mereka nak buat a surprise checkmate kepada kita dalam PRU-13 ini, kita pulangkan semula buah keras kepada mereka.
Kita kuasai pula ekonomi, kita surprise pula mereka. Wujudkan lebih banyak peniaga kecil dan sederhana Melayu – peruncit dan pemborong – serta jutawan-jutawan Melayu Bumiputera. Ubah kawasan miskin Melayu kepada lebih selesa, senang, kaya dan akhirnya, mewah.
Berdosa kita jika jihad ini gagal. Ke neraka jahaman kita jika jihad ini tidak dapat dijayakan. Ayuh bangkitlah…
 

Beri mandat BN terajui negara

Najib Tun Razak bertanya sesuatu kepada Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) pada Majlis Makan Malam Syarikat Kumpulan PNB Bersama Perdana Menteri Sempena Ulang Tahun Ke-35 kumpulan tersebut di Taman Ekspo Pertanian Serdang, Selangor, malam tadi. – utusan/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 17 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat meneruskan sokongan dan memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus meneraju negara pada masa depan demi kesinambungan pembangunan.
Perdana Menteri berkata, kesinambungan pentadbiran BN amat penting untuk memastikan kestabilan politik tanah air, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Sebagai contoh, katanya, dasar BN yang mewujudkan kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sejak 35 tahun lalu menunjukkan syarikat itu setakat ini telah mengeluarkan agihan pendapatan dan bonus berjumlah RM103.5 bilion serta menghasilkan lebih 200,000 peluang pekerjaan di bawah anak syarikatnya.
“Sekiranya kerajaan hari ini diberi mandat, kita akan pastikan PNB dan kumpulan terus mencipta kejayaan di masa hadapan.
“Sebaliknya, kalau kerajaan hari ini tidak mendapat mandat, saya tidak pasti nasib PNB dan kumpulan. Ini realiti sebab pihak lain itu (pembangkang) tidak menjadikan perbadanan ini sebagai agenda yang didukung dalam manifesto mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Syarikat Kumpulan PNB Bersama Perdana Menteri Sempena Ulang Tahun Ke-35 PNB di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) dekat sini malam ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada kesemua pekerja tetap dan kontrak syarikat kumpulan PNB sebagai tambahan kepada bonus 2012 yang dibayar sebelum ini.
Di samping itu katanya, sebanyak 2,474 anak warga PNB yang berumur 23 tahun ke bawah turut diberikan RM1,000 setiap seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia.
Katanya, keupayaan pemberian insentif itu adalah hasil kepada kecemerlangan PNB mengumpul aset berjumlah RM237 bilion setakat Disember tahun lalu.
“Kejayaan PNB dan kumpulan jelas menunjukkan warga bumiputera mampu dilantik mengendalikan syarikat korporat yang besar.
“Kalau dulu mereka tiada peluang, tapi sejak kewujudan PNB, ramai anak bangsa yang dibariskan dalam kalangan mereka yang menguruskan perniagaan berbilion ringgit,” katanya.
Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelancaran skim Hibah Amanah dan Perisytiharan Amanah PNB iaitu perkhidmatan terbaharu berkaitan perwarisan unit Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) untuk manfaat lebih 11 juta pemegang unit yang melanggan sembilan tabung unit amanah syarikat tersebut.
Katanya, pendaftaran skim itu yang dibuka mulai esok akan memudahkan pengagihan unit amanah ASNB kepada waris dengan lebih cepat, berbanding proses tuntutan harta pusaka biasa selepas pemegang unit meninggal dunia.
 
KOMEN : NAK MEMBINA MEMANG MEMAKAN MASA 35 TAHUN… KALAU NAK BAGI ROBOH DALAM MASA SEMINIT , BERI KAT PUAK PEMBANGKANG… PAKAR ROBOH BANYAK DUDUK DALAM PUAK NI….