Tatu pada muka pemandu mabuk

MUKA Cory Smith dipenuhi dengan tatu.

WISCONSIN, Amerika Syarikat – Seorang lelaki berusia 29 tahun, Cory Smith yang mempunyai tatu ganjil pada mukanya ditangkap buat kali kelima kerana memandu kereta dalam keadaan mabuk, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia ditahan oleh polis baru-baru ini selepas dilihat keretanya dipandu ke kiri dan ke kanan jalan di bandar Two Rivers di sini.

Semasa didekati polis, badan pemuda itu mengeluarkan bau alkohol yang kuat dan dia tidak mampu untuk berdiri kerana mabuk.

Dia amat dikenali oleh polis sebagai pemandu yang pernah melakukan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk kerana mukanya dipenuhi tatu.

Hakim Patrick Willis memerintahkan lesen memandunya digantung selama 40 bulan, menjalani ujian air kencing secara rambang dan dipenjarakan 10 bulan tetapi dibenarkan keluar untuk bekerja. – Agensi