Pengacau ikatan kaum India-kerajaan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my




DARI KIRI: S. Nallakaruppan, Waythamoorthy

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan menyifatkan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai pengacau hubungan baik masyarakat India dengan kerajaan.
Menurutnya, tindakan Waythamoorthy yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat memalukan dan tidak sama sekali mewakili pandangan masyarakat itu terhadap kepimpinan Najib.
“Tindakan Waythamoorthy menyalahkan Perdana Menteri sangat tidak masuk akal kerana dia seperti budak baru masuk sekolah beberapa bulan dan tidak tahu apa-apa pun pasal kerajaan, tetapi kini boleh pula salahkan orang ini orang itu.
“Dia juga tidak lakukan apa-apa jasa kepada masyarakat India tetapi boleh pula menyalahkan kerajaan tidak bantu. Perbuatan itu sangat memalukan dan kita masyarakat India tidak bersetuju dengan apa yang dia buat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Waythamoorthy yang menyalahkan Perdana Menteri kerana kegagalan Pengerusi Hindraf itu melaksanakan perubahan kepada kaum India baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nallakarupan mendesak Waythamoorthy untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri dan masyarakat India ekoran tindakannya itu yang jelas menjejaskan hubungan baik antara masyarakat kaum itu dengan kerajaan.
Tambahnya, masyarakat India telah menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan selama ini dan tidak sepatutnya Waythamoorthy yang baru sahaja memegang jawatan dalam Kabinet bertindak mempertikaikan perkara tersebut.
“Dia itu siapa mahu pertikai kepimpinan Perdana Menteri, dia juga tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti atau pertubuhan bukan kerajaan India untuk ambil tahu masalah kita, jadi, mengapa dia buat kenyataan seperti itu. Kita sangat malu dengan Perdana Menteri,” jelasnya.
Ketika ditanya adakah tindakan yang dibuat Waythamoorthy itu ada kaitan keinginan beliau menyertai pembangkang, Nallakarupan berkata, jika itu berlaku, ia merupakan satu tindakan yang paling tidak bijak dilakukan oleh Pengerusi Hindraf itu.
“Kalau Waythamoorthy letak jawatan kerana mahu masuk pembangkang, dia telah buat pilihan yang salah dan dia pasti akan menyesal,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140221/po_01/Pengacau-ikatan-kaum-India-kerajaan#ixzz2tuiQp5ZE  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : PERLANTIKAN DIA SEBAGAI AHLI KABINET NAJIB PUN DARI AWALNYA KURANG BIJAK DAN TIDAK BERPAKSI PADA REALITI POLITIK HARI INI… ADA TAK MEMBANTU, TAK ADA PUN TAK APA DAN TAK RUGI… MEMALUKAN AJE….
Advertisements

Apa lagi Hindraf mahu?

Oleh Zulkiflee Bakar





PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bersedia menerima apa juga kritikan berhubung tindakan beliau membawa masuk pemimpin Hindraf, P.Waythamoorty ke dalam Kabinet.
Kemasukan Waythamoorty itu mencatatkan sejarah kerana inilah kali pertama seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi pengiktirafan tersebut.
Hasrat Najib hanya satu iaitu untuk memastikan kaum India mempunyai lebih banyak suara dalam kerajaan dan sekali gus memperkukuhkan lagi usaha membela nasib kaum itu.
Tetapi ternyata Waythamoorty tidak tahu mengenang budi baik Perdana Menteri dalam soal itu. Beliau cuba membawa pendekatan Hindraf ke dalam Kabinet apabila membuat tuntutan secara desakan sebab itulah apabila tuntutan beliau tidak dipenuhi, pemimpin yang mula dikenali melalui demonstrasi jalanan itu membuat keputusan meletakkan jawatan.
Alasan dangkal yang diberikan oleh Waythamoorty ialah kedudukan beliau di dalam kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum India yang miskin di negara ini. Soalnya, apakah hanya berada dalam Kabinet tidak sampai setahun, Waythamoorty berhak membuat penilaian sedemikian.
Biar pun antara kerajaan dan Hindraf ada perjanjian persefahaman tetapi ia bukanlah bermakna kerajaan di bawah kepimpinan Najib boleh melakukan tindakan sesuka hati, sudah pastilah ia perlu mengikut prosedur dan memakan masa.
Namun ini tidak bermakna kerajaan BN berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India.
Berikut antara beberapa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan sejak 2009 bagi membantu masyarakat India, fakta-fakta ini sengaja dilupakan oleh Waythamoorty:
l Memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan 2013.
l Memperuntukkan tambahan 1,000 tempat untuk pelajar India di kolej Matrikulasi Kerajaan.
l Memperuntukkan RM50 juta untuk program latihan kemahiran kepada 3,200 belia India dari kawasan perladangan.
l Menubuhkan Koperasi Suria dan memperuntukkan RM8 juta untuk mentransformasikan kedai runcit dan bengkel automotif kaum India.
l Mengkhaskan RM150 juta dalam bentuk pinjaman Usahawan Kecil dan Sedernana (SME) untuk kaum India
l Memperuntukkan RM115 juta di bawah TEKUN Nasional untuk perniagaan kecil kaum India sejak 2009.
l Memperuntukkan RM100 juta untuk pinjaman mikro-kredit kepada usahawan wanita India melalui Amanah 
Ikhtiar Malaysia
l Memperuntukkan lebih RM55 juta sejak 2009 kepada lebih 1,300 kuil Hindu dan tempat beribadat kaum India yang lain.
l Menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di bawah Jawatankuasa Kabinet bagi Masyarakat India untuk memberi fokus khusus ke arah penyelesaian masalah dokumentasi di kalangan masyarakat India.
l Membelanjakan RM35 juta untuk membangunkan semula Brickfields sebagai “Little India”
Hakikatnya banyak lagi yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu kaum India termasuklah memastikan enam wakil India dalam barisan Kabinet dengan menduduki jawatan dua menteri penuh dan empat timbalan menteri.
Sebenarnya, Waythamoorty sudah pasti mengetahui fakta-fakta ini. Tetapi pemimpin Hindraf tersebut tidak mahu bersama dalam pasukan Kabinet bagi meneruskan usaha membangunkan kaum tersebut.
Beliau memilih kembali kepada Hindraf yang sememangnya terkenal dengan pendekatan demonstrasi, ugutan dan kecaman dalam memenuhi matlamat perjuangan mereka.
Bagi Waythamoorty, segala tuntutan, perjanjian dan kehendak Hindraf perlu dipenuhi oleh kerajaan. Segalanya kerana mereka masih dengan tanggapan kononnya Hindraf berupaya mempengaruhi pengundi dalam kalangan kaum India menyokong Barisan Nasional (BN).
Tetapi dalam masa sama Waythamoorty lupa bahawa Hindraf adalah pertubuhan haram dan sebarang kehendak atau tuntutan pertubuhan itu tidak perlu dilayan. Soalnya, apa lagi Waythamoorty dan Hindraf mahu sedangkan mereka sendiri yang memilih jalan yang dilihat bertujuan untuk terus berkonfrantasi dengan kerajaan.
Oleh itu, biarlah Waythamoorty `melalak’ di luar Kabinet selepas beliau mempersia-siakan peluang ketika berada dalam Kabinet. Malah ketika menjadi Timbalan Menteri pun, Waythamoorty pernah membuat tindakan yang tidak selari dengan semangat Kabinet apabila mempertikaikan tindakan polis ke atas penjenayah dalam kalangan kaum India.
Kecetekan ilmu dan ketidakfahaman Waythamoorty sebagai anggota Kabinet serta terus taksub dengan perjuangan Hindraf telah menjadi bukti bahawa beliau tidak layak berada dalam kerajaan tetapi lebih layak meneruskan perjuangan jalanan bersama pertubuhan haram seperti Hindraf.
Kita percaya majoriti kaum India tidak akan terpengaruh dengan perjuangan Hindraf kerana mereka semakin memahami apa yang kerajaan sudah lakukan dalam meningkat taraf hidup mereka.
Mungkin tindakan Waythamoorty ini akan menggembirakan pembangkang apatah lagi ketika mereka sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi. Langkah Waythamoorty boleh dijadikan model pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan bagi meraih undi kaum India di DUN tersebut.
Namun kita tidak perlu hairan jika itu berlaku kerana selama ini pun Hindraf sememangnya dilihat cenderung kepada pembangkang sebab itulah apabila Waythamoorty membuat keputusan menyertai Kabinet, Hindraf tidak mengiktirafnya.
Ia kerana Hindraf bukannya ikhlas untuk membantu kaum India tetapi mereka hanya mengambil kesempatan ketika kerajaan BN dalam kesempitan dalam meraih sokongan kaum tersebut iaitu pada 2008. Keadaan itulah yang menyebabkan Hindraf ‘besar kepala’ kerana mereka menggambarkan seolah-olah mereka ada ‘bargaining power’.
Apatah lagi pemimpin pembangkang pula bersedia menjadi sesumpah dan mengambil kesempatan untuk menonjolkan kononnya mereka pejuang kaum India sedangkan mereka hanya mahu meraih undi kaum itu sahaja.
Bagaimanapun kali ini, Waythamoorty dan Hindraf sudah tersilap percaturan kerana kaum India menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu bukan disebabkan perjuangan Hindraf tetapi atas keyakinan bahawa hanya parti itu sahaja yang mampu membela nasib mereka.
Oleh itu kepada Waythamoorty dan Hindraf teruslah perjuangan jalanan kalian kerana ia tidak akan menjadi kudis apatah lagi penghalang kepada kerajaan BN untuk meneruskan agenda bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara.
Ini memandangkan di dalam BN masih ada wakil kaum tersebut yang benar-benar ikhlas berjuang untuk mereka dan bukannya masuk ke dalam Kabinet sekadar untuk memperolehi dana.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140220/re_01/Apa-lagi-Hindraf-mahu#ixzz2tpBw595S  © Utusan Melayu (M) Bhd 

 KOMEN : DIA INGAT BILA DAH DUDUK DALAM KABINET DAPOR NAJIB BOLEHLAH DIA JADI CEPAT KAYA… DUIT MASUK… RUPANYA NAJIB TAK BAGI DUIT PERUNTUKAN KAUM INDIA KAT DIA TU YANG MEROYAN MELETAK JAWATAN… TAK ADA PUN TAK APA… BUKAN BUAT KERJA PUN… TAHU NAK MENGIGIT AJE… LEPAS TU NYALAK… LEPAS NI DEMO…WAKAKAKAAA