Karpal, pembantu peribadi maut

KERETA Toyota Alphard dinaiki oleh Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung awal pagi semalam.
KAMPAR 17 April – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan ngeri di Kilome­ter 306.1, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke arah utara berdekatan Gua Tem­purung, Ipoh, awal pagi ini.
Ini merupakan kemalangan maut kedua melibatkan ahli Parlimen.
Pada 9 Oktober 2010, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Aru-Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam kejadian pukul 1.10 pagi ini, Karpal, 74, yang juga bekas Pengerusi DAP maut akibat kecederaan parah dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang rosak di bahagian kiri.
Dalam nahas itu, pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius turut terkorban manakala seorang lagi penumpang iaitu pembantu rumah wanita warga Indonesia, cedera parah dan sedang dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB), Ipoh.
Walau bagaimanapun, pemandu MPV, C. Selvam yang merupakan seorang warganegara India serta anak Karpal, Ram Karpal tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat Karpal dan Michael dibawa ke HRPB untuk dibedah siasat.
Ketika kejadian, kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah, hari ini.

LORI lima tan membawa muatan simen, besi dan mozaic dirempuh oleh MPV yang dinaiki oleh lima orang termasuk Karpal Singh dan pembantu peribadinya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan dinaiki Karpal bersama empat penumpang lain melanggar sebuah lori jenis Mitsubishi Canter membawa muatan simen, besi dan mozek yang bergerak perlahan dari arah sama.
Katanya, MPV berkenaan merempuh bahagian kanan lori itu menyebabkan Karpal serta Michael yang berada di tempat duduk di bahagian kiri kenderaan, maut di tempat kejadian.
“Pemandu lori, Abu Mansor Mohd. mengalami kecederaan ringan manakala isterinya, Nur Azlina Ahmad dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kong Soon seterusnya memberitahu, hasil siasatan awal dan ujian air kencing terhadap Abu Mansor mendapati lelaki berusia 45 tahun itu positif dadah jenis ganja.
“Walaupun begitu, ini merupakan saringan awal, kami masih menunggu laporan. Siasatan terhadap Selvam pula masih berjalan dan kami akan ambil sampel air kencingnya selain membuat ujian darah,” jelas beliau.
Ujar Kong Soon, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.
“Siasatan juga mendapati MPV dinaiki Karpal mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu melebihi had laju.
Daripada jumlah itu 15 saman masih belum lagi dijelaskan,” tambahnya.

SALAH KERAJAAN TAK BAGI AKU JAWATAN DALAM GLC BILA PENCEN – NYANYUK

Ceroboh: Ghafir bekas Timbalan Panglima TD perleceh ATM ‘duduk reban ayam’

LEFTENAN JENERAL (B) DATUK GHAFIR ABDUL HAMID… Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat.
 

 GHAFIR Abdul Hamid (dua dari kanan) berucap sebagai anggota panel semasa Forum T bertajuk ‘Solidariti Lahad Datu’ anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi. Turut menjadi anggota panel ialah Fathi Aris Omar (kiri) dan Wilfred Bumburing (dua dari kiri). – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 13 Mac – Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.
Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya “duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam”.
Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.
Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini.
Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:
“Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu.
“Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.
“Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal.”
Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar.
– UTUSAN ONLINE
KOMEN : NAK HAIRAN APA SANGAT PUAK KENCING RAKYAT NI… KALAU KITA KATA ANWAR TAK MELIWAT PUN MEREKA TAK PERCAYA…. KALAU KATA MEREKA KENA LIWAT DENGAN ANWAR PUN MEREKA TAK PERCAYA… SUKA HATI KO ORANGLAH…FIKIRLAH GUNA LUTUT KO ORANG… INGATKAN PANDAI SANGAT RUPANYA KURANG BIJAK SEBAB TU PENCEN TAKAT TIMBALAN AJE....

KEMALANGAN MEWAH DI JEPUN


Lapan Ferrari, sebuah Lamborghini berlanggar
DARI KOSMO ONLINE
6/12/2011


BEBERAPA anggota polis melakukan siasatan ke atas tiga buah kereta sport mewah yang terlibat dalam perlanggaran melibatkan 14 buah kenderaan di lebuh raya Chugoku, Shimonoseki kelmarin.


TOKYO – Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.

Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.

Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut.

Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.

Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.

Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).

Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). – Agensi

KOMEN : ORANG JEPUN NI KAYA-KAYA… KERETA YANG MEREKA PANDU TU MESTI SEBELAH KIRI… MAHAL SIKIT DARI SEBELAH KANAN… KONONNYA KERETA IMPORT PANDU SEBELAH KIRI BARULAH ORANG PANDANG… BERLAGAK JUGA…..

NAK SALAHKAN SIAPA?

Lebih 70 lintasan haram di Sabah
DARI UTUSAN MALAYSIA
2/11/2011


Dua kren digunakan untuk mengangkat gerabak kereta api yang musnah terbakar di Petagas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.


SEJAK perkhidmatan kereta api Sabah beroperasi semula pada 21 Februari lalu setelah dihentikan pada 2007 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih, ia telah memberi nafas baru kepada penduduk.

Di samping itu, ia memberi alternatif kepada penduduk yang berada di sepanjang laluan 134 kilometer dari Tanjung Aru ke Tenom untuk menuju ke destinasi masing-masing dengan kadar tambang murah berbanding pengangkutan lain.

Bagaimanapun, ia seperti melepaskan batuk di tangga apabila terdapat beberapa kelemahan, antaranya hampir keseluruhan laluan landasan itu tidak berpagar, selain mempunyai terlalu banyak lintasan haram yang amat berisiko.

Selain kejadian sebuah kereta dilanggar kereta api di Kampung Ketiau, Putatan, tidak sampai dua hari selepas beroperasi, kejadian semalam yang hampir meragut nyawa kira-kira 200 penumpang amat wajar diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak terbabit, terutama Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Wartawan Utusan Malaysia, TARMIZI ABDUL RAHIM, HISYAMUDDIN AYUB, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan SITTI NOR AZIZAH TALATAserta jurugambar, GHAZALI BASRI cuba merungkai permasalahan ini, langsung tidak berniat mencari kesalahan tetapi ikhlas membantu untuk mencari penyelesaian terbaik.

KOTA KINABALU 1 Nov. – Terdapat lebih 70 lintasan haram yang dikenal pasti di sepanjang laluan kereta api Sabah dari Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke Tenom sejauh 134 kilometer berbanding hanya 22 laluan berpagar iaitu yang ‘halal’.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan-laluan haram berkenaan dibina dan diturap dengan baik serta menjadi laluan utama penduduk.

Sepanjang jalan kereta api berkenaan juga tidak berpagar yang membolehkan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak untuk berada di landasan berkenaan.

Malah lintasan yang menyaksikan berlakunya tragedi kemalangan berhampiran Kampung Peringatan semalam adalah haram tetapi ia menjadi laluan utama untuk pengguna memasuki Stesen Shell.

KOMEN : NAK SALAHKAN SIAPA KALAU TANAH KTMB DICEROBOH… UNDANG-UNDANG ADA KENAPA TIDAK DIGUNAKAN? SARANAN KEPADA KTMB DAN KERAJAAN… BINA PAGAR BATU, SEBAB PAGAR DAWAI AKAN ADA TIKUS YANG MENGIGIT… PEDULIKAN MEREKA YANG NAK MEMPROTES… KESELAMATAN PENUMPANG KTMB LEBIH UTAMA… PENCEROBOHAN MERUPAKAN SATU JENAYAH…

9 cedera nahas kereta api, lori tangki

SEORANG penunggang motosikal merakamkan gambar kereta api yang terbakar setelah sebuah lori tangki minyak di jalan Kota Kinabalu-Putatan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 31 Okt. – Hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang ini.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk apabila jalan hadapan KKIA menghala Putatan terpaksa ditutup pada pukul 6 petang kerana api yang marak.

Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian malang tersebut dan hanya sembilan orang penumpang dilaporkan cedera.

Beliau berkata, pemandu lori tangki minyak dan pemandu keretapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat menyelamatkan diri.

“Lori tangki itu dilaporkan cuba melintas laluan keretapi yang terletak berhampiran jalan besar dekat KKIA bagi menghantar minyak ke sebuah stesen terletak berhampiran dengan laluan keretapi tersebut.

“Namun ia dipercayai tidak sempat melintas dan menyebabkan dirempuh keretapi yang menuju ke Papar,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Menurut pemandu lori tangki itu yang ingin dikenali sebagai Pouleh Dansun, sebelum kejadian, dia terdengar hon kuat tetapi menyangka ia dibunyikan oleh kenderaan di belakangnya.

“Namun setelah ditoleh ke kiri sebuah kereta api menuju ke arah saya. Saya cuba memecut lori itu untuk melintas laluan keretapi tersebut tetapi gagal.

“Kereta api itu lalu merempuh bahagian belakang lori dan menyebabkan ia terbakar dan meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut saksi, penumpang-penumpang dalam kereta api itu berjaya menyelamatkan diri selepas pelanggaran berlaku dengan melarikan diri ke bahagian belakang keretapi.

Mangsa-mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata, lima kereta bomba dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

TRAGEDI – MOTO GP – MALAYSIA SEPANG 2011

Simoncelli terbunuh


Marco Simoncelli dari Itali terbaring di tengah litar selepas terlibat dalam kemalangan semasa berlumba dalam saingan MotoGP pada Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. – REUTERS


SEPANG – Kerancakan Grand Prix Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam berakhir dengan tragedi apabila pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan maut yang turut melibatkan dua pelumba saingan MotoGP.

Pelumba No. 6 dunia yang berasal dari Itali itu mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dada apabila dia terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal yang ditunggang Colin Edwards dari pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Insiden itu berlaku di selekoh 11 ketika saingan baru masuk pusingan kedua sebelum perlumbaan dihentikan ekoran kejadian tersebut.

Kemalangan itu berlaku yang dipercayai berpunca daripada kegagalan Simoncelli mengawal jenteranya dan mengakibatkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke litar sebelum dirempuh oleh motosikal Edwards.

Lebih malang lagi topi keledar yang digunakan oleh Simoncelli, 24, pecah ekoran dilanggar oleh penunggang Ducati Team, Valentino Rossi dan insiden itu turut menyebabkan Edwards serta Rossi terbabas di kawasan rumput tepi litar.

Bagaimanapun Rossi berjaya mengawal motosikalnya manakala Edwards terjatuh di atas rumput dan mengalami kecederaan ringan.

Pada sidang akhbar oleh pemegang hak MotoGP, Dorna dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan Simoncelli meninggal dunia pada pukul 4.56 petang.

Menurut Pengarah Perubatan MotoGP, Dr. Michele Macchiagodena, Simoncelli mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dadanya berdasarkan pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pelumba berkenaan.

“Doktor FIM dan juga doktor tempatan bertungkus lumus menyelamatkan Simoncelli sebaik sahaja dia dibawa ke pusat perubatan SIC.

“Pelbagai cara telah diusahakan selama 45 minit untuk menyelamatkan Simoncelli terutamanya melalui kaedah CPR (pertolongan cemas pemulihan pernafasan), namun mereka gagal dan dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang,” katanya.

Menjawab satu soalan, Macchiagodena memberitahu, Edward hanya mengalami kecederaan ringan di bahu dan pelumba itu berada dalam keadaan baik.

Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler dalam sidang akhbar sama mengucapkan takziah kepada keluarga Simoncelli di atas tragedi yang menimpa pelumba muda itu.

Jelasnya lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut untuk mencari punca sebenar kemalangan itu berlaku.