>Lidah bercabang bertentangan peribadi ulama

>

Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID

ORANG yang ahli dalam ilmu pengetahuan agama Islam disebut ulama. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, seorang ulama memiliki rasa takwa, takut dan tunduk kepada Allah SWT. Atau dengan pengertian yang lain, sebagai mana ditakrifkan oleh al-Quran dalam Surah Fatir ayat 28, firman Allah yang bermaksud: “Sesunggunnya yang takut kepada Allah daripada hambanya ialah ulama.”

Sesungguhnya Allah SWT juga mengecam mereka yang memiliki ilmu (ulama) tetapi ucapan dan tindakannya tidak sesuai dengan tahap pengetahuannya. Dari segi realiti ucapan mereka lebih bercirikan sifat-sifat kemunafikan bukan sebagai sifat seorang ulama yang mewarisi teladan serta perbuatan daripada Rasulullah SAW.

Bahkan dalam menyampaikan dakwah, Islam sangat menekankan penggunaan bahasa yang baik iaitu menyampaikan nasihat dan hujah yang baik. (lihat sura al-Nahl ayat 125).

Rasulullah SAW tidak pernah mencerca kaum musyrik secara kasar dan angkuh. Sebaliknya baginda sering memohon keampunan dan kebaikan bagi mereka, justeru mereka sebenarnya tidak tahu.

Sebenarnya tahap keimanan seseorang itu ditentukan oleh pemakaian bahasa yang digunakan dalam segala aspek kehidupan. Kalau kita tidak mampu berbahasa secara baik, kalau ucapan kita akan membuat orang lain sakit hati, marah, kecil hati, maka kita dianjurkan lebih baik diam.

Seseorang yang berilmu (ulama) seharusnya dapat membentengi dirinya daripada segala kehendak nafsu yang cenderung kepada keburukan. Namun hakikatnya segelintir daripada mereka ini alpa dan terus menerus mengejar dan berusaha mendapatkan yang diingini oleh nafsu jahat itu.

Antara lain tugas yang harus dilaksanakan oleh ulama dalam kedudukan mereka sebagai pewaris Nabi iaitu memberi contoh sosialisasi dan teladan. Justeru Nabi SAW dicipta Allah sebagai teladan (lihat surah al-Ahzab ayat 21) atau sebagaimana keterangan isteri baginda Aisyah r.a., sikap dan tingkah laku Rasulullah adalah al-Quran. Dari hakikat ini pewaris Nabi dituntut bukan sekadar menampilkan satu peribadi yang baik tetapi yang terbaik.

Orang yang paling alim di kalangan manusia harus mengatur segala urusan umatnya kerana ia akan bertindak berdasarkan maslahat terbaik bagi seluruh umat dan keluar daripada kejahilan yang akan menyebabkan mudarat yang lebih luas bagi setiap anggota masyarakat.

Tugas ulama adalah untuk menyebarkan firman Allah kepada manusia, membimbing umat, membantu dan menggembirakan hati para fakir miskin serta melakukan tanggungjawab sosial berupa pelaksanaan amar makruf nahi mungkar di tengah-tengah masyarakat. Sikap begini yang pernah dilakukan oleh Nabi, bukan mengajak kepada perpecahan atau saban hari mencerca orang yang tidak sehaluan dengannya.

Al-Quran dan Sunnah juga meletakkan akhlak luhur sebagai sesuatu yang perlu diberi keutamaan seperti bersikap lemah lembut, penyayang dan pemaaf.

Di samping itu, Sunnah juga membawa saranan agar kita mengawal emosi, nafsu, serta memaafkan sesiapa sahaja tidak kira dalam apa jua situasi termasuk susah atau senang.

Itulah akhlak mulia yang dimaksudkan oleh al-Quran: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan mungkar dan berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (Al-A’raf ayat 199)

Sebagai bukti kesempurnaan iman seseorang atau seorang yang bergelar ulama dapat dilihat sejauh mana dia memelihara lidah dan perkataannya daripada suatu hal yang tidak patut menurut agama.

Nabi SAW sering kali mengingatkan agar menjaga lidah (mulut) kerana ia sesungguhnya paling berpotensi untuk mencelakakan kita. Ingatlah bahawa luka yang diakibatkan oleh lidah hakikatnya lebih parah daripada yang diakibatkan oleh pisau.

Semua ini seharusnya mengingatkan seseorang itu untuk selalu berhati-hati, berfikir dan merenung apa yang akan diucapkan.

Sebab itu di kalangan para ulama sendiri ada mengingatkan umat supaya bersikap terbuka dan bertasamuh terhadap pendapat orang lain yang agak berlainan dengan kita. Mungkin boleh jadi pendapat mereka lebih tepat dan berhikmah daripada pandangan kita.

Demikianlah sejarah mencatat dengan sikap mereka yang terbuka itu menyebabkan umat Islam berada dalam keharmonian dan kestabilan sehingga hari ini. Lantaran itulah kita memandang sinis terhadap mereka yang bergelar ulama tetapi bersikap terlalu kasar dan bengis terhadap orang awam dalam masyarakat.

Mengingat pentingnya posisi lidah dalam kehidupan manusia, maka dengan sendirinya ia harus mendapatkan bimbingan dan pemeliharaan yang sebaik-baiknya.

Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Pokok amal itu adalah Islam, tiangnya adalah solat, puncaknya adalah jihad. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: mahukah aku beritahukan kepadamu tentang kuncinya semua perkara itu? Saya menjawab: “baik ya Rasulullah.” Kemudian baginda memegang lidahnya seraya berkata “jagalah ini”. Saya bertanya: “Wahai Rasulullah apakah kami dituntut (diseksa) kerana apa yang kami katakan?” Baginda menjawab: “Celaka kamu, bukankah orang yang menjerumuskan terhadap mukanya (atau pada batang hidungnya) ke dalam neraka, melainkan buah ucapan lidah mereka.” (HR. At-Tarmizi)

Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan
Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)

Komen : Dah terang lagi bersuluh..nak kata apa bila Ulama/Mufti yang tak sehaluan dengan siasah politik mereka, macam2 maki hamun yang dihamburkan untuk memburukkan nama baik Ulama/Mufti itu. Tapi lembut gigi dari lidah bila sanggup berkawan dengan orang kafir harbi dan yang paling top sekali berkawan dengan syaitan…Nak jadi apa mengaku ulama tapi lidah bertutur tak menggunakan otak…..Lidah bercabang mengalahkan ular..


Advertisements

>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Akhir

>


9hb. November 2008
OWAKUDANI

Selepas meninggalkan tempat perkhemahan saya berkonvoi bersama2 3 orang kawan menuju ke OWAKUDANI yang masih terletak dalam daerah Hakone. Kereta kami terpaksa berbaris panjang menaiki bukit untuk sampai ke destinasi yang dikenali sebagai bekas gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi. Apa istimewa sangat tempat ini kepada kepercayaan orang Jepun? Mari kita mengembara sebentar berpandukan photo2 di bawah ini….

Kereta kekawan yang sama berkonvoi mendaki gunung Owakudani

Sepanjang perjalanan akan kelihatan asap2 yang keluar dari bekas gunung berapi yang mengeluarkan bau belerang

Selain boleh menaiki kereta sendiri, kita boleh juga menaiki Kabel car untuk ke destinasi

Itulah bangunan yang dikelilingi asap yang mengeluarkan produk yang dicari

Tracking yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi bagi yang malas nak mendaki bole membeli di kedai dikaki gunung aje

Sempat berposing dengan anak2 bila sudah sampai dipuncak gunung

Inilah puncak tertinggi yang boleh didaki dimana terdapat lubang bekas letupan gunung berapi yang masih mengeluarkan asap

Pemandangan banjaran gunung diambil dari puncak Owakudani

Inilah produk yang dicari TELUR HITAM

Telur direbus sehingga kulitnya menjadi hitam dengan menggunakan air panas yang mengandungi belerang dari bekas gunung berapi di sini. Menurut kepercayaan orang2 Jepun sesiapa yang memakan sebiji telur hitam ini dapat memanjangkan jangka hayat(umur) selama 7 tahun. Bayangkanlah kalau hari2 telur ini dimakan oleh seseorang (itu cuma kepercayaan mereka) Kita tak perlu percaya. Apa yang saya dapati bila pertama kali memakan telur itu ialah rasanya sungguh berbeza dari telur yang kita rebus di rumah. Telur hitam ini tidak berbau dan sedap dimakan. Kalau keluar angin pun tak berbau berbanding dengan telur biasa. Produk ini dijual 5 biji dalam satu paket yang berharga 500 yen. Bayangkan pertama kali mencuba anak2 saya makan seorang 3 biji….hihihihhh. Sesiapa yang sempat ke Tokyo jangan tak singgah ke Owakudani selain boleh bershopping ke Factory outlet yang terletak di Gotemba dan kalau bernasib baik dapat melihat puncak Mount FUJI jika cuaca baik dan tidak berkabus.

>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Part 3

>


9hb November 2008

Hari ini diadakan aktiviti bebas sebelum masing2 berangkat pulang ke Tokyo secara berkumpulan atau bersendirian. Saya dan keluarga bercadang meneruskan perjalanan ke Owakudani dan Gotemba sebelum bertolak pulang ke Tokyo pada sebelah petangnya. Semua peserta di kehendaki check out pada pukul 9.00am. Saya sempat mengabadikan beberapa keping photo untuk dikongsi bersama pembaca blog yang sudi berkunjung ke blog saya.

Saya dan family sempat posing sebelum check out dari Chalet yang disewa

Inilah Tiga Dara Pingitan buah hati saya dan isteri

Isteri saya bergambar dengan kawan baik Pn. Normah dan Pn. Tun serta anak2

Saya dan isteri berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang indah

Isteri saya dan Pn Normah

Pemandangan dikawasan perkhemahan di Hakone

Pemandangan yang diabadikan sebagai kenangan bila kami pulang ke tanah air nanti

Maaf kerana artikel ini terpaksa di backdatedkan kerana semasa aktiviti ini selesai dijalankan, saya rasa malas sangat nak postingkan dalam blog ini. Tapi insyaallah saya akan posting lagi artikel edisi backdated Kembara Tokyo untuk kenangan anak2 saya dan berkongsi dengan rakan2 blogger.

>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Part 2

>

8hb November 2009

Musical Chair untuk kaum ibu

Musical Chair untuk kaum bapa/orang bujang

Membawa bola pingpong diatas sudu, Semangat betul anak kecil saya ni

Anak no 2 saya berjalan sambil menjunjung buku

Memancing botol

Anak kecil saya sedang Limbo rock

Anak sulong saya pun sedang Limbo rock

Sporting juga bapa rock sedang meLimbo rock…wakakakaa

Acara membawa kacang merah menggunakan sudu aiskrim oleh ibu dan bapa serta orang bujang. Ramai yang kehilangan kacang merah tu…wakakakaaa

Gambar beramai2 setelah tamat aktiviti untuk malam itu

Seronok juga sesekali dapat berkumpul dalam kumpulan yang besar tapi bukan untuk berdemontrasi. Maklumlah aktiviti yang tidak formal dapat merapatkan jurang antara bos dan staff serta keluarga dan kawan-kawan bila berada di rantau orang. Sebenarnya masih ada lagi keluarga2 yang tertinggal kerana ada urusan kerja dan peribadi yang tak dapat dielakkan. Terima kasih kepada AJK Perwakilan yang telah berjaya menganjurkan aktiviti perkhemahan ini.

>Kembara Tokyo3-Weekend In Hakone-Part 1

>

8hb. November 2008

Kami sekeluarga telah mengikuti rombongan Perkhemahan Perwakilan Malaysia Tokyo di Pusat Percutian Hakone yang terletak hampir 100km dari Tokyo. Dari kawasan ini kami dapat melihat keindahan kemuncak Mount Fuji yang terkenal di Jepun. Kami telah banyak merakamkan gambar-gambar dalam kesejukan angin musim luruh sebelum masuknya musim dingin di sini. Berbagai-bagai aktiviti telah diaturkan oleh pihak perwakilan untuk anak-anak dan juga ahli-ahli yang turut serta.

Masa lunch selepas check in di Chalet yang disewa
Bekalan makanan dibawa dari rumah
Kaum ibu dan anak-anak sempat posing sebelum acara sebelah petang dan malam di mulakan
Kaum bapa juga tidak lepaskan peluang untuk berposing
Anak kecil saya pun dah macam orang Jepun siap dengan Chop stick
Saya dan family menikmati BBQ
Bila perut sudah penuh nak kunyah pun tak larat
Masih cuba menghabiskan makanan yang dimasak
Aktiviti telematch bermula dengan abang Redha memberikan taklimat kepada adik-adik yang akan bertanding ( Abang konon- anak dah satu)
Musical Chair game untuk anak-anak tanpa mengira jantina

>Pelajar miskin dikecuali yuran

>


Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

IBRAHIM Abu Shah dan Ir. Mohd. Zain Mohamed (kiri) sebelum mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Alumni UiTM di UiTM Shah Alam, semalam. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 29 Julai – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon kepada kerajaan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) supaya pelajar keluarga miskin dari bandar dan luar bandar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM3,000 dan RM1,500 sebulan dikecualikan membayar yuran pengajian.

Pada waktu yang sama pelajar-pelajar tersebut mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga adik-beradik masih bersekolah rendah atau menengah.

Presidennya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata walaupun dimaklumkan bahawa UiTM telah mengadakan skim kebajikan tersendiri untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi beliau harap jaringan tersebut diperluaskan.

‘‘Pihak alumni juga memohon dan mencadangkan supaya UiTM memperkenalkan biasiswa tahunan yang akan dilaksanakan secara direct grant dimulai dengan mengenal pasti potensi pelajar bumiputera cemerlang mulai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

‘‘Mereka ini akan dibiayai sehingga ke peringkat pengajian doktor falsafah dengan syarat akan menabur bakti semula di UiTM,” katanya.

Mohd. Zain menyatakan demikian pada sidang akhbar dan menerusi kenyataan yang diedarkan selepas mengetuai barisan 14 Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni membuat kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah di sini hari ini.

Beliau berkata, cadangan-cadangan tersebut adalah antara yang dikemukakan dalam pertemuan pertama dengan Ibrahim dengan fokusnya bagaimana mahu mengemblengkan graduan UiTM yang sudah mencecah seramai 362,000 orang.

Tambahnya, disarankan supaya dua pelajar dari setiap negeri dipilih dan dihantar melanjutkan pengajian ke universiti ternama seperti Havard, Oxford, Cambridge, Yale dan Princeton dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan ia akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Alumni UiTM.

‘‘Pihak Alumni juga berhasrat untuk mewujudkan Pusat Perkhidmatan dan Skill Alumni UiTM di setiap negeri dengan menyediakan kelas bahasa Inggeris dengan kadar bayaran minimum kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau menjelaskan, pusat tersebut juga menjadi pusat latihan dan kepimpinan bagi mengkukuhkan jatidiri membina negara bangsa, membimbing kerohanian dalam membina Melayu terhebat dan menyediakan kemahiran bagi mereka yang tercicir alam persekolahan.

Katanya, Yayasan Pendidikan dan Khidmat Sosial Alumni UiTM akan diwujudkan dengan ahli menyumbang RM10 sebulan selain memohon pihak kerajaan menambah dana berasaskan matching grant bagi membantu dalam pihak memerlukan antaranya berkaitan pendidikan dan perubatan.

>Sah Nik Aziz seorang ‘tok guru politik’

>

KOTA BHARU 28 Julai – Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat tetapi menolak kerjasama dengan UMNO mengesahkan bahawa beliau adalah seorang ‘tok guru politik’.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, ia juga jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz hanya mementingkan politik berbanding perpaduan ummah.

Beliau berkata, jika alasan Perlembagaan yang menjadi ukuran, Kerajaan Pusat telah lama menunaikannya malah turut memberikan ‘bonus’ kepada Kelantan.

”Kenyataan terbaru ini menunjukkan Nik Abdul Aziz tak boleh pakai lagi sebab terlalu retorik dan lebih mementingkan politik daripada perpaduan ummah, politik lebih daripada segala-galanya.

”Hubungan Kerajaan Pusat dengan negeri sudah lama baik, yang wajib (peruntukan) sudah dapat, yang sunat pun dah diberi seperti soft loan. Jika tidak, Kelantan tidak akan berada seperti hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menjelaskan ‘salam’ yang dihulurkan adalah hanya untuk hubungan di antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat tanpa melibatkan Pas dan UMNO.

Mursyidul Am Pas itu juga mengeluarkan kenyataan keras untuk menegakkan pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan: ”Pergi jahanamlah UMNO”.

Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Nik Abdul Aziz tidak memahami peraturan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri.

”Beliau tidak faham peraturan kerajaan sebab itu dia ingat duit semua kena bagi dekat kerajaan negeri, cuma ada kaedah ada saluran.

”Kerajaan negeri ada saluran, tak boleh tukar kaedah. Sama saja di seluruh negara contohnya di Sabah dan Terengganu ada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) selepas kita menang.

”Negeri lain kita perintah ada juga, cumanya tidak dipanggil JPP, ia diketuai oleh Pegawai Kemajuan Negeri yang datang dari Jabatan Perdana Menteri juga,” katanya.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz hanya berselindung di sebalik watak dan pakaiannya manakala wajah sebenarnya tidak nampak.

Mengulas perkataan jahanam yang digunakan, Alwi berkata, ia sepatutnya dilemparkan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

”Jahanam adalah sebenarnya neraka untuk orang kafir, Karpal Singh yang patut jahanam sebab dia kata langkah mayatnya dulu sebelum tubuh negara Islam, UMNO tidak pernah menentang Islam.

”Pokoknya Nik Abdul Aziz tidak boleh pakai selepas ini, saya tak nak komen lagi, buang masa, saya hanya berdoa dan memohon agar dia mendapat taufik dan hidayah,” katanya.

Komen : Sejak dari dulu hanya orang PAS yang menganggap yang Nik Aziz ni sebagai Tokguru dan Ulama agung mereka. Biarlah orang PAS aje yang layan tokguru mereka. Nik Aziz ni terlupa akan segala fatwa yang dia keluarkan, yang berunsur politik sesat demi menghalalkan politik songsang dia. Dia mana tahu nak memerintah sebab tu segala beban kebebalan dia terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pusat melalui agensi2 yang di tubuhkan. Mana cukup memerintah hanya dengan berceramah agama yang dipolitikkan tanpa berusaha memajukan ummah. Rezeki tak datang bergolek untuk rakyat Kelantan, Kerajaan PAS buat apa???