Agenda halus yang bahaya

DARI BLOG TAIPINGMALI

NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic.

Menurut hasil penelitian dari 15 University : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada.

Beberapa astronout yang di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah,Mekah.

Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya.Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:

“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, Sholat, Thawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Thawaf Haji dan Umroh.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan.

i) Biarkan superb info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
ii) menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik ‘fowardkan’ supaya orang lain dapat ikut terinpirasi “Subhanallah”…

Inilah propadanda jahat yang mengelirukan kita. Hajar Aswad bukan tahi bintang atau meteor, dia adalah batu dari syurga.



Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahima.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Advertisements

MANA ADA TIPU-DIA MENANG UNDI POPULAR…WAKAKAKAAA

Titah Seri Paduka diperlekeh

KUALA LUMPUR 25 Jun – Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak sependapat ketika memberikan reaksi berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai ‘skrip’ yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dakwa Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, titah Seri Paduka sebenarnya telah disediakan oleh BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.
“Titah Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak ‘mengheret’ Seri Paduka dalam perkara ini?.
“BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.
“Kamu (media arus perdana) terima hakikat ini dahulu, kemudian baharu dapatkan komen kami,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.
Pada 6 Mei lalu, DAP khususnya Guan Eng terus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah ‘yang paling kotor’ dalam sejarah negara dan mereka seharusnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberikan reaksi berbeza apabila menyifatkan titah Seri Paduka itu perlu diterima semua Ahli Parlimen dan mereka harus bekerjasama dalam membangunkan negara.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu turut berharap agar masing-masing dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, sekali gus memainkan peranan sebenar sebagai wakil rakyat.
“Semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari dengan agenda perjuangan.
“Kami menerima baik titah Seri Paduka dan semestinya Ahli Parlimen bekerjasama untuk melaksanakan. Saya juga mengharapkan Malaysia bertambah maju dan stabil,” katanya.
KOMEN : MASIH LAGI BERMIMPI WALAUPUN DAH ANGKAT SUMPAH JADI KETUA YB… SUDAH2LAH… DAH KALAH KALAH LAH…..

ADA YB MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI

Jangan lakukan perkara yang boleh musnahkan negara

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerima teks titah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Pembukaan Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengingatkan kesemua Ahli Parlimen jangan melakukan perkara yang boleh memusnahkan negara. Seri Paduka bertitah, sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat bangkit semula dalam tempoh yang singkat.
“Beta ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
“Janganlah berbuat sesuatu perkara yang boleh memusnahkan negara,” titah Seri Paduka dalam istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah ‘Hormat Diraja’ bagi menggantikan upacara pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen, berikutan masalah jerebu.
Upacara itu diteruskan dengan lagu ‘Negaraku’ yang dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, diikuti sebanyak 21 das tembakan meriam. Keadaan dewan yang kecil tidak memungkinkan acara pemeriksaan kawalan kehormat melibatkan sebanyak 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama RAMD Kem Sungai Besi diadakan.
Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan-timbalan Yang Dipertua Dewan.
Yang hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen serta wakil kedutaan asing. Seri Paduka bertitah, semua pihak perlu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.
“Harapan beta kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh dedikasi, berintegriti dan sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji demi agama, maruah diri, institusi Parlimen yang mulia dan negara yang tercinta,” titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan barisan jemaah menterinya kerana berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 pada 5 Mei lalu.
“Beta yakin kerajaan akan terus berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara bagi mencapai matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” titah Seri Paduka.
Seri Paduka percaya komitmen kerajaan dalam merealisasikan agenda transformasi nasional melalui program-program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat dari segi ekonomi, sosial, keselamatan dan politik.
“Dalam mencapai hasrat tersebut, kerajaan beta akan terus memberi penekanan terhadap nilai-nilai akauntabiliti, integriti, pematuhan undang-undang dan tadbir urus yang baik,” titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim berharap kedudukan agama Islam tidak dipersoal dan diseleweng untuk kepentingan mana-mana pihak sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.
Seri Paduka bertitah, kerajaan komited untuk terus memartabat Islam berteraskan maqasid syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Beta juga menyeru agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan,” titah Seri Paduka.
Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara dalam insiden serangan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac lalu.
Seri Paduka juga menyatakan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan dan anggota-anggota perkhidmatan awam dalam memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 berjalan lancar.
 
KOMEN : PERSOALANNYA ADA ORANG DAH ANGKAT SUMPAH TAPI MASIH KEDENGARAN RUNGUTAN KETIDAK PUASAN HATI MEREKA… SIAPA PANDAI SIAPA BODOH…? TENTULAH SAMPAH YANG DILUAR PARLIMEN TU YANG BODOH… KENA KENCING DENGAN KAKI LIWAT PUN MASIH NAK MERUSUH… ANAK SIAPALAH MEREKA ITU?????

MANA ADA TIPU… HARI-HARI CAKAP BOHONG…

Anwar tidak tetap pendirian

KUALA LUMPUR 19 Jun – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan tembelangnya sebagai seorang ahli politik yang tidak berpegang pada pendirian dan selalu membohongi rakyat.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, sifat Anwar yang seperti ‘sesumpah politik’ itu semakin menonjol apabila beliau hari ini mengesahkan kesemua 89 Ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, 24 Jun ini.
Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) mempersoalkan kenyataan terbaharu Anwar itu kerana bercanggah dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kerana mendakwa kononnya wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Mungkin Anwar sebelum ini tidak berani mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebab menyedari dirinya banyak membohongi rakyat.
“Namun, akhirnya beliau mengubah pendirian apabila tidak mendapat sokongan DAP dan Pas. Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pejabat MUIP, di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini hari ini, Anwar berdolak-dalik kononnya terdapat salah faham kerana pakatan pembangkang hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.
Nallakaruppan menambah, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mungkin takut hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya gagal mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.
“Saya tidak hairan apabila Anwar tidak mahu mengangkat sumpah pada mulanya kerana sebelum ini, beliau tidak mahu melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya dalam kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan,” katanya.
Beliau yang pernah bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun menyuarakan kehairanannya dengan Pas yang sanggup bersekongkol dengan individu yang terpalit dengan tuduhan liwat.
Nallakaruppan berpandangan, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah tidak sepatutnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Ketua Pembangkang kerana beliau berpegang teguh kepada agama dan jauh lebih baik berbanding Anwar yang tidak berpegang pada prinsip,” katanya.
Beliau turut menyelar tindakan Anwar memburuk-burukkan negara sendiri dengan menyebarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu berada di Indonesia baru-baru ini.
Menurut Nallakaruppan, Anwar berbuat demikian mungkin kerana dengki dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. “Anwar yang sebenarnya menipu. Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia telah mengesahkan tiada rakyat negara tersebut yang mengundi dalam PRU-13 lalu.
“Selain itu, mengapa buat sidang akhbar di Indonesia sedangkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Anwar mengingkari perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13?” katanya.
Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya mengheret penyokongnya melakukan demonstrasi jalanan kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.
Nallakaruppan juga menasihatkan Anwar menerima hakikat beliau tidak ditakdirkan menjadi Perdana Menteri sambil mencontohi sikap terpuji calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Mitt Romney yang sedia bekerjasama dengan Barack Obama selepas pilihan raya berakhir.
 

SJK TAK DITULIS DALAM PERLEMBAGAAN

SJK perlu penjenamaan semula

Mohd. Noor Abdullah ketika syarahan Percambahan Minda bertajuk ‘Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan’ anjuran Kelab Wartawan Muda di Villa Puteri, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar kerajaan menjenamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjadi sekolah pengajian bahasa yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Katanya, SJK wajar dijadikan sekolah kerajaan yang masih mengekalkan aspek fizikal, namun mengutamakan pembelajaran berkaitan bahasa ibunda berbilang kaum di negara ini.
“Kalau kita bercakap tentang polisi pelajaran, kini ada tiga aliran iaitu sekolah swasta, sekolah kebangsaan dan SJK. Tetapi apa peranan SJK? Apa keperluan tentangnya?
“Saya cadangkan SJK ditukar kepada sekolah di mana kita boleh belajar bahasa. Apa sahaja telah sekolah kebangsaan sediakan, SJK tidak perlu lagi menyediakannya, semua orang akan pergi ke sekolah yang sama. Ini boleh memupuk perpaduan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan Percambahan Minda bertajuk ‘Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan’ di sini hari ini.
Mohd. Noor dalam pada itu berkata, kewujudan SJK sebenarnya tidak selari dengan Artikel 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sambil mempersoalkan dasar pendidikan yang membenarkan sistem persekolahan vernakular wujud di negara ini, Mohd. Noor berkata, dasar itu sebenarnya memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Kenapa adakan sekolah berasingan untuk masyarakat? Bukankah baik jika kita pergi ke satu sekolah dan belajar apa sahaja yang kita hendak di sana,” katanya.
Katanya, penyatuan sudah pasti akan berlaku apabila semua rakyat Malaysia pergi ke sekolah yang sama kerana tiada lagi jurang perbezaan antara pelbagai kaum.
“Masa rehat dan sekolah habis boleh bersama-sama. Bayangkan rakyat Malaysia boleh hidup begitu. Keadaan inilah yang tidak ada masa kini,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, kewujudan SJK merupakan satu bentuk diskriminasi kerana memberikan keutamaan kepada kaum tertentu sahaja, namun tidak memperoleh kelebihan kepada komuniti lain.
“SJK Cina dan India antara lain mengajar bahasa Cina dan Tamil. Sementara kerajaan tidak mewujudkan sekolah kebangsaan untuk kaum-kaum lain. Bagaimana pula dengan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai keturunan?,” soal beliau.
Oleh kerana itu, Mohd. Noor menegaskan adalah penting sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan diwujudkan di negara ini.
KOMEN : MENJERIT CINA-CINA RASIS NI… SEMALAM BERITA DI TV3 ADA SIAR TEMUBUAL DENGAN SEORANG RAKYAT TURKI BERKENAAN DENGAN DEMO DI SANA.. SIAP DIA BERTUTUR DALAM BAHASA MALAYSIA LAGI… KASIHAN AKU TENGUK ORANG CINA MENGAKU RAKYAT MALAYSIA… CAKAP DALAM BAHASA MELAYU PUN GAGAL…  TUTUP AJE SJK TU…

Lihat, tafsir dan fikirkan.. SLOGAN INI KALI LAH

Oleh Zaini Hassan

WALAUPUN saya mahu lari daripada menulis dan menyentuh mengenai politik dan terus berjihad ekonomi, namun cakap-cakap politik masih tidak dapat dielakkan.
Minggu ini kita melihat satu tafsiran simulasi grafik yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang perlu dikongsi bersama.
Beliau ialah Datuk Akbar Ali, mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Pengarah Eksekutif MTEN Melaka dan Ahli Dewan Negara.
Ia menggambar iltizam kaum Cina untuk menegakkan kekuatan mereka, dan sebaliknya sikap kecelaruan orang Melayu yang tidak sedar hakikat sebenar.
Berikut tafsiran Akbar:
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah sebulan setengah berlalu. Keputusannya telah diketahui ramai: BN menang dengan majoriti mudah – 133 buah kerusi Parlimen; merosot 7 kerusi tetapi berjaya merampas kembali Kedah; pembangkang pula menang 89 kerusi Parlimen.
Banyak sebab telah diberikan berhubung kemerosotan itu; antaranya kesilapan memilih/meletakkan calon, kelemahan jentera dan sabotaj dari dalam parti. Apa pun, sebab yang paling besar, seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah tsunami Cina!
Agar tidak disalah-tafsirkan sebagai rasis, maka sebelum kita menulis lebih lanjut lagi, eloklah ditegaskan bahawa kaum Cina adalah pragmatis dan bijak menggunakan peluang keemasan yang ada. Adalah tidak salah mereka ‘Bersatu’ menggunakan hak demokrasi yang mereka miliki sebagai rakyat Malaysia.
Justeru adalah juga tidak salah mereka ‘Bersatu’ mahu memilih serta memangkah mana-mana parti yang mereka suka.
Orang Melayu pula di sebaliknya; kurang pragmatis dan kurang bijak serta ‘Tidak Bersatu!’ Jangan salahkan ibu mengandung.
Orang Cina telah melihat dan menyambar peluang serta tawaran yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada kaum mereka.
Lantaran itu, pada hemat orang Cina, ‘Ini Kali lah’ bagi kaum mereka untuk mencapai strategi jangka panjangnya yang ketiga: Merebut Kuasa Politik. Dua strategi pertama telah pun berjaya – kerakyatan dan kuasa ekonomi.
Mereka telah menyeru supaya bersatu dalam menumbangkan kerajaan BN, sepertimana yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada 13 Jun 2009: http://darahtuah.wordpress.com/2010/03/08/7-ngo-cina-diseru-menumbangkan-kerajaan/
Ia boleh ditafsirkan sebagai iltizam untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan pribumi dan Islam dan menggantikan dengan sebuah kerajaan yang berteraskan bukan Islam dan orang Cina menjadi dominan.
PRU-13 telah mereka rancang sedemikian rupa daripada peringkat persiapan menyerang, pertahanan, pemilihan dan peletakan calon dan sebagainya.
Hasilnya, walaupun mereka tidak menang, tetapi komposisi calon-calon yang berjaya itu adalah manifestasi rancangan tersebut!
Natijahnya, di pihak pembangkang, bilangan Ahli Parlimen (MP) Bukan Islam adalah jauh lebih ramai iaitu 50 orang atau 56% berbanding MP Islam hanyalah 30 orang atau 44%!
MP Cina pula adalah seramai 39 orang atau hampir empat kali ganda lebih ramai jika dibandingkan dengan MP Cina dalam BN!
Dalam BN, terdapat seramai 97 MP Pribumi/Islam atau 73%, dan 21 MP lagi Pribumi Bukan Islam atau 16%. MP Cina hanyalah 11 orang atau 8%!
Lantaran itu, adalah tidak salah jika dibuat kesimpulan bahawa orang Cina telah bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan kerajaan yang bertunjangkan Bukan Islam/orang Cina!
Kerana laungan “Ini Kali Lah” untuk mereka boleh merebut kuasa maka ahli-ahli MCA dan Gerakan daripada kaum Cina telah menjadi pengkhianat parti dan berduyun-duyun lari bersekongkol dengan DAP. Lalu tsunami Cina, seperti mana yang diungkapkan oleh Najib, adalah tepat sekali!
Tanpa sokongan padu Bumiputera di Sabah dan Sarawak, BN telah kalah pada tahun 2008 lagi! Ada pendokong MCA mengingatkan orang UMNO bahawa orang Cina telah menyokong BN semasa PRU 1999. Tanpa sokongan mereka, mungkin BN kehilangan lagi banyak kerusi dalam PRU berkenaan. Setuju.
Tetapi mari kita tanya soalan ini: Kalaulah orang Cina dihidangkan pada tahun 1999 itu peluang yang sama seperti tahun 2013, tidak mungkinkah orang Cina sudah merebut peluang tersebut dan menumbangkan BN pada tahun itu juga?
Melihat dan menilai sikap, pemikiran dan strategi orang Cina di Malaysia ini pada tahun 2008 dan 2013 maka jawapannya, tanpa melupakan tulisan pada tahun 2009 di atas dan PRU 1969, tidak lain dan tidak bukan tentulah Ya!
Dengan mengambil kira:
(a) Sikap dan iltizam kaum Cina sedemikian rupa,
(b) Kemasukan pemilih baru kira-kira 2.64 juta orang,
(c) Kawasan bandar akan semakin besar (dari 71% kepada 77%) dan,
(d) Penetrasi internet akan melebihi 75%, apakah pelan tindakan BN/UMNO untuk kekal menang dengan selesa dalam PRU-14 nanti?

Jangan biar agama, raja, bahasa sekadar fakta di atas kertas

Hassan Mohd. Noor

SELEPAS setahun, Selak pernah mengingatkan bahawa lima prinsip Rukun Negara yang dibina bakal runtuh (lihat Selak, 7 Mei 2012). Ingatan itu dibuat berikutan beberapa tindak tanduk rakyat Malaysia yang dilihat tidak lagi menyokong prinsip-prinsip Rukun Negara. Tidak ketinggalan mengenai perhimpunan yang dinamakan Bersih 3.0. Ketika itu juga, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Sudah tentu kenyataan itu masih terpakai ketika ini walaupun kumpulan yang terlibat juga kini turut melibatkan ramai bukan Islam. Tetapi adakah peringatan itu diambil peduli lebih-lebih lagi melibatkan orang Islam? Ketika ini timbul isu perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Biar atas nama apa sekali pun, perhimpunan seumpama itu jelas sekali hanya untuk kepentingan kelompok tertentu. Mungkin dalam kalangan mereka itu, ada yang gagal menjadi Perdana Menteri, tidak dilantik sebagai Menteri Besar atau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Tidak kurang juga yang kecewa kerana kecundang semasa bertanding pada PRU-13.
Hakikatnya, banyak pihak sudah mengiktiraf keputusan PRU-13 ini termasuk dalam kalangan parti pembangkang. Malangnya ada yang sengaja buat-buat tidak tahu, memekakkan telinga atau membutakan mata berhubung pengiktirafan terhadap keputusan PRU lalu. Mereka seolah-olah baru keluar dari ‘tempurung’ atau baru meninggalkan ‘gua pertapaan’ selepas mengundi pada 5 Mei 2013. Mungkin selepas mengundi, mereka terus lari ‘masuk gua atau sembunyi di bawah tempurung’. Selepas seminggu dua, baru keluar dari ‘pertapaan’.
Kepada mereka ini, untuk makluman jika PRU-13 tidak telus, maka Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim dan Ahmad Yaakob akan dihalang oleh kepemimpinan DAP, PKR dan Pas untuk mengangkat sumpah jawatan dan membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Bukan setakat itu, pelbagai jawatan bagi membantu Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) juga telah diisi.
Baru-baru ini, mereka juga mengemukakan petisyen pilihan raya. Banyak kawasan pilihan raya yang terlibat. Apakah maknanya ini semua? Tidakkah mereka sudah mengiktiraf PRU-13? Melalui petisyen ini, mungkin masing-masing masih menaruh harapan keputusan yang ada terbatal atau pilihan raya ulangan diadakan. Kita tunggu episod seterusnya.
Tetapi apakah maksud di sebalik pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Adakah PRU-13 tidak diiktiraf? Malangnya ada pemimpin yang berjaya mempengaruhi pengikut-pengikut mereka untuk menentang keputusan PRU-13 ini. Bagaikan lembu dicucuk hidung. Sandiwara apakah yang sedang berlaku?
Mereka mengiktiraf PRU dengan mengangkat sumpah jawatan sebagai MB/KM, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi pada masa yang sama turut berperanan mempengaruhi rakyat turun di jalanan untuk membantah keputusan PRU-13. Sedikit masa lagi, mereka akan mendapat elaun atau gaji wakil rakyat.
Inilah suasana politik yang ada pada hari ini. Jika suasana ini berterusan, ke mana hala tuju rakyat negara ini selepas 55 tahun merdeka? Adakah mereka yang memasuki usia emas sudah puas menikmati kemerdekaan? Adakah generasi muda yang dilahirkan di atas ‘dulang kemerdekaan’ sudah bosan dengan nikmat yang ada pada hari ini dan mahu sesuatu yang baharu yang belum pasti baik dan buruknya?
Belajarlah bersyukur dengan nikmat yang ada dan berusaha menjaganya dengan baik, bukan terikut-ikut dengan rentak masyarakat luar. Kata orang, di sini (bumi Malaysia) langit dijunjung. Sesuai dengan pesanan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, maka wajarlah setiap rakyat di negara ini bertindak mengikut lunas undang-undang. Kita di bumi Malaysia dan di sinilah langit dijunjung. Bukannya kita menjunjung langit di bumi Afrika, Turki, Mesir, Amerika Syarikat atau mana-mana negara. Maka belajarlah menghormati pemimpin dan negara di mana bumi kita pijak.
Hayatilah prinsip-prinsip Rukun Negara. Amat malang, ada rakyat negara kita yang sudah tidak menghormati lima prinsip Rukun Negara. Mereka tidak percaya kepada ketentuan Tuhan, mereka menghina institusi raja, menghina anggota pasukan keselamatan, membelakangkan undang-undang dan berani bertindak di luar batasan undang-undang.
Ketika Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya menghormati keputusan PRU-13, mereka memperlekehkan titah itu. Mereka juga melontarkan pelbagai fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah diamanahkan oleh Seri Paduka untuk menjalankan proses pilihan raya sehingga ada yang membuat kenyataan bodoh mendesak supaya seluruh anggota SPR meletak jawatan. Atas nama kebebasan bersuara, mereka melakukan ini semua sama ada melalui Facebok, Twitter, YouTube atau perhimpunan haram.
Tidak kurang juga yang berani menghina dan mencabar anggota pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan negara. Apakah apabila mereka ini memerintah, seluruh anggota pasukan polis akan ditukar dan digantikan dengan ‘polis baharu’ mereka yang ‘lebih baik’?
Merosak dan memusnahkan sesuatu yang sudah terbina begitu lama memang mudah. Dalam sekelip mata, sebuah bangunan boleh diruntuhkan. Begitu juga dengan perpaduan dan keharmonian yang boleh runtuh perlahan-lahan dengan tindak tanduk songsang yang merosakkan.
Kerosakan ibarat api dalam sekam ini perlu dihentikan. Sesuatu perlu dilakukan supaya Rukun Negara tidak runtuh begitu sahaja. Tidak dinafikan, ada manusia yang tidak mahu mengikut peraturan dalam dunia ini dan menganggap segala peraturan tidak relevan. Maka mereka sanggup melakukan apa sahaja yang boleh mencetuskan suasana yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Mereka sengaja mencari penyebab untuk menimbulkan suasana kecoh. Atas alasan kebebasan bersuara dan bertindak. Hakikatnya masih ramai yang mahu suasana harmoni, boleh bersantai sambil berhibur dengan penyanyi jalanan di hadapan Sogo, Kuala Lumpur.
Sesuatu harus dilakukan supaya generasi yang semakin ‘terbuka’ dan ‘bebas’ ini tidak lupa ‘asal usul’. Pendidikan salah satu saluran yang baik untuk mengembalikan kesedaran ini. Tentunya kita tidak mahu segala-gala yang dibina sebelum ini demi perpaduan dan keharmonian rakyat hanya menjadi nota di atas kertas.
Jangan biarkan agama, bahasa dan raja kita sekadar kekal di atas kertas.