Jangan ekstrem hingga tolak bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Rakyat negara ini diminta supaya tidak terlalu ekstrem dalam memperjuangkan bahasa Melayu sehingga menolak ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik yang menggunakan bahasa asing termasuk bahasa Inggeris.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tidak menjadi sesuatu yang menderhakai bahasa Melayu apabila bahasa asing tersebut digunakan dalam pembelajaran memandangkan ilmu Sains dan Matematik berkembang pesat setiap hari dan menuntut semua pihak untuk bergerak sejajar dengannya.
“Saya tidak percaya bahawa perbuatan ini menunjukkan kita menafikan bahasa kita. Kalau kita mempelajari bahasa Inggeris untuk mempelajari ilmu, adakah kita tidak lagi setia dengan bahasa kita?
“Begitulah pendirian saya, kalau kita mahu meningkatkan ilmu dalam Sains dan Matematik, kita perlu kuasai bahasa yang disampaikan. Kalau asyik tunggu penterjemah menjadi orang tengah, kita akan ketinggalan dalam penguasaan ilmu.
“Dunia kini berada pada keadaan eurosentrik yang mana perhatian semua telah dipusatkan atau ditumpukan ke Eropah untuk mempelajari cara pemikiran, ilmu dan bahasa masyarakat di sana,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis 
Perundingan Melayu (MPM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Yang turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad dan Pengerusi kongres, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar.
Dr. Mahathir berkata, sekiranya seseorang itu mempunyai hasrat mengejar dan menguasai kepesatan ilmu pada masa kini, mereka tidak akan teragak-agak menggunakan bahasa Inggeris.
Jelasnya, perkara itu selaras dengan langkah dilakukan masyarakat Arab dahulu yang mempelajari bahasa Yunani serta India dan kemudiannya menerokai ilmu kedua-dua peradaban tersebut sehingga pada beberapa abad telah mendahului orang Yunani, India dan Eropah sendiri.
Ironinya kata beliau, selepas itu ilmu yang diperoleh masyarakat Islam pada waktu itu menyebabkan orang Yunani, India dan Eropah mempelajari bahasa Arab untuk menimba ilmu tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut berpendapat elemen yang paling penting dalam sesebuah sistem pendidikan ialah penyemaian sikap dan nilai-nilai mulia.
Katanya, jika dahulu ibu bapa mempunyai masa untuk mendidik dan menyemai nilai-nilai mulia dalam kalangan anak-anak, kini didapati ibu dan bapa sibuk bekerja untuk menambah pendapatan.
“Ibu dan bapa tak ada masa untuk mendidik dan menyemai nilai mulia, kerap kali anak tak jumpa ibu bapa kecuali pada waktu malam.
“Jika ibu bapa tak dapat didik anak maka gurulah yang mendidik. Apa yang diajar di sekolah tidak cukup. Kita perlu menyemai nilai ini jika tidak anak akan jadi tidak berguna. Mereka hisap dadah, jadi mat rempit dan tak mahu pergi ke universiti,” katanya.
Beliau menjelaskan, perkara itu penting memandangkan yang menentukan kejayaan sesebuah bangsa ialah nilai yang dipegang dan diamalkan oleh mereka.
Sekiranya semua pihak dapat menjadi masyarakat yang berpegang kepada nilai murni, maka mereka akan menjadi masyarakat yang berjaya.
“Pada zaman ini kita tidak mengutamakan perasaan malu. Sekarang kena hukuman penjara pun boleh tersenyum. Tak ada perasaan malu. Adalah menjadi satu keperluan bagi kita untuk menekankan pendidikan berpaksikan sifat rajin dan tekun serta perasaan malu semasa mereka belajar di sekolah,” kata beliau.

KOMEN : YANG RUGI ANAK-ANAK MELAYU JUGA…

Advertisements

KECOH TAK SUDAH PASAL BAHASA MELAYU..

Tuntutan beri kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu
DARI UTUSAN MALAYSIA
3/11/2011


SHAH ALAM 2 Nov. – Tindakan pihak tertentu mendesak kerajaan supaya melaksanakan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah bakal memberikan kesan yang ‘amat malang’ kepada perkembangan bahasa Melayu di negara ini.

Merujuk desakan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) sebelum ini, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya timbul dalam keadaan kerajaan sedang berusaha memartabatkan kedudukan bahasa kebangsaan itu.

Beliau berkata, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI bukan hanya mengambil kira prestasi murid kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut, malah ia melibatkan aspirasi negara untuk membentuk jati diri, nasionalisme serta perpaduan menerusi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Adalah satu yang amat malang jika ada pihak tertentu seperti PAGE yang dipimpin oleh orang Melayu sendiri menentang keputusan kerajaan (memansuhkan PPSMI) dan mereka juga memberi tekanan serta mengugut untuk tidak menyokong kerajaan jika tuntutan tidak dipenuhi.

“Kerajaan dilihat telah melakukan yang terbaik dengan memansuhkan PPSMI demi satu agenda yang lebih besar iaitu pengukuhan perpaduan, nasionalisme, jati diri dan keperibadian rakyat negara ini dan dalam hal ini bahasa Melayu adalah instrumen yang paling sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan panel Program Rapat 1Malaysia bersama warga pendidik daerah Klang di sini, hari ini.

Turut menyertai sesi perbincangan panel itu ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajaran Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian.

Kok Seong tidak menolak kemungkinan pihak yang mendesak pelaksanaan PPSMI sebagai golongan yang tidak yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

“Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah hebat dan pernah menjadi lingua-franca digunakan dalam pentadbiran, ekonomi, perundangan dan diplomatik di rantau nusantara.

“Dalam konteks moden, bahasa Melayu telah dibangun dan dimajukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) sejak 1956 lagi dan ia mampu berkembang sebagai bahasa ilmu. Malah, orang asing pun ketika ini dilihat yakin dan giat mempelajari bahasa kebangsaan ini di pusat pengajian di negara luar.

“Ironinya di sini, golongan penutur bahasa Melayu dilihat tidak yakin terhadap kemampuan bahasa itu, ini amat malang untuk negara kita,” katanya.

KOMEN : MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA KAUM. REALITINYA ORANG MELAYU AKAN TERUS MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA, MELAINKAN GOLONGAN YANG SUDAH HILANG IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA TIDAK TERKECUALI MEREKA YANG TERDIRI DARI PERJUANG BAHASA KONONYA. SELAGI ADANYA ORANG MELAYU ITU SENDIRI, BAHASA ITU TIDAK AKAN PUPUS.

PERSOALANNYA DISINI….

1) BERAPA RAMAIKAH ORANG CINA DAN ORANG INDIA YANG MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA?
2) SANGGUPKAH ORANG CINA DAN ORANG INDIA MENUTUP SEKOLAH BANGSA (VERNECULAR) MEREKA UNTUK SAMA-SAMA MENYAHUT DAN MEREALISASIKAN WAWASAN ‘SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA’ BAGI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU?
3) MENGAPAKAH SECARA TIBA-TIBA, PARTI MCA DAN MIC MENYOKONG PERLAKSANAAN PPSMI DITERUSKAN? ADAKAH KERANA MENYEDARI RAMAI KAUM MEREKA YANG MENYOKONG PPSMI ATAU SEKADAR UNTUK MERAIH UNDI?

KESIMPULANNYA : SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA AKAN DAPAT MEMARTABATKAN KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM…

TUN M – Hormati keputusan peralihan bahasa


DARI UTUSAN MALAYSIA
17/10/2011

PARIT 16 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya banyak pihak mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan kerana ia mampu meningkatkan prestasi murid termasuk di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, kekurangan guru bahasa untuk ditempatkan di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar tidak seharusnya menjadi alasan kerajaan tidak meneruskan PPSMI.

”Saya berpendapat ramai orang yang mahukan PPSMI ini dikekalkan, tetapi saya tidak tahulah, tekanan yang datang ini mungkin daripada orang yang bukan belajar Sains dan Matematik, tetapi dalam bidang sastera.

”Kita bukan hendak belajar bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik. Kita hanya mahukan ilmu daripada kedua-dua bidang ini dan ia boleh didapati hanya melalui bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau yang juga Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 UTP di Seri Iskandar di sini, hari ini.

Hadir sama Pro Cancelor UTP, Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Naib Canselornya, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim.

Dr. Mahathir yang memperkenalkan PPSMI sembilan tahun lalu pada era pentadbirannya berkata, beliau masih percaya pelaksanaan dasar tersebut tidak akan menjejaskan pembelajaran murid di luar bandar.

“Saya tidak percaya orang kampung kononnya tidak boleh (menguasai) bahasa Inggeris, itu tidak benar. Sekarang ramai daripada mereka yang memegang jawatan tinggi bercakap (bahasa) orang putih pun macam ‘orang putih’ juga,” katanya.

Terdahulu, sewaktu berucap pada majlis tersebut, beliau menegaskan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu terutamanya dalam penguasaan Sains dan Matematik yang sentiasa berkembang hampir setiap hari.

Sambil menegaskan ia bukan membelakangkan bahasa kebangsaan, beliau berkata, pemahaman bahasa Inggeris penting kerana setiap hasil kajian terkini dalam kedua-dua bidang berkenaan ditulis dalam bahasa tersebut.

“Hasil kajian selidik datang bertalu setiap hari dan mustahil kita dapat menterjemahkannya dalam bahasa kita.

“Untuk menterjemahkannya pula, kita memerlukan tiga kepakaran iaitu fasih dalam bahasa ibunda, bahasa Inggeris dan pakar dalam bidang tersebut,” tambah beliau.

Mengambil contoh bahasa Arab yang pernah menjadi bahasa ilmu pada abad ke-15, Dr. Mahathir menjelaskan, orang Eropah ketika itu berlumba-lumba mempelajarinya kerana pelbagai ilmu ditulis dalam bahasa berkenaan dan disimpan di khutub khanah di Baghdad dan Cardoba.

Namun katanya, malang sekali, orang Arab sendiri memilih untuk tidak lagi mengejar ilmu sekali gus menyebabkan penguasaan orang Eropah yang menterjemahkan ilmu yang dipelajari ke dalam bahasa Latin dan bahasa lain.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tindakan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe secara terbuka meminta presiden parti itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, Tsu Koon perlu mengambil kira pandangan daripada orang di sekelilingnya setelah diminta secara terbuka supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, jika mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) mahu melakukan ‘pembersihan’, ia patut dilakukan sekarang, bukannya sebelum pilihan raya umum.

”Setiap orang mesti sentiasa mendengar pandangan orang lain. Saya beri satu petunjuk, semasa saya menjadi Perdana Menteri, mereka mula bercakap bila orang tua ini hendak pergi,” katanya.

KOMEN : NAK KAT APA BILA MENTERI-MENTERI KITA BIJAK2 BELAKA DAN LEBIH TAHU APA KEMAHUAN RAKYAT… KONONNYA MAHU MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA… TAPI KENAPA PROGRAM KERAJAAN DALAM NEGARA PUN PRESENTER BERDIALOG DALAM BAHASA INGGERIS.. MANA PERGI PEJUANG BAHASA YANG SANGGUP BERDEMO DAN MERUSUH KERANA NAK TEGAKAN KONONNYA BAHASA MALAYSIA YANG DIPINGGIRKAN…?

PILIHAN YA ATAU TIDAK?

RM100: Ibu bapa diberi pilihan
Oleh ROKIAH ABDULLAH
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 11 Okt. – Ibu bapa kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dengan pemberian bantuan RM100 menerusi Bajet 2012 diberi pilihan untuk menerima wang itu atau tidak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendekatan kerajaan itu bersifat terbuka yang tujuannya bagi membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan.

Katanya, ibu bapa yang tidak mahu mengambil wang berkenaan kerana berkemampuan menyediakannya sendiri secara tidak langsung mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

“Kita beri pada semua pelajar tidak kira tahap pendapatan keluarga mereka. Namun, bagi ibu bapa yang rasa mereka tidak memerlukan wang itu kerana berkemampuan atau kaya, tidak perlulah mengambilnya.

“Saya yakin jumlah (RM530 juta) yang sepatutnya dibelanjakan kerajaan untuk tujuan itu akan berkurangan kerana tidak semua ibu bapa akan mengambilnya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Literasi Peringkat Asia 2011 di sini hari ini.

Beliau mengulas pemberian bantuan RM100 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang bakal memberi manfaat kepada 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.4 juta pelajar sekolah menengah di negara ini.

Mohd. Puad berkata, kementerian sedang mengenal pasti mekanisme terbaik untuk pemberian bantuan RM100 itu yang akan diberikan sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula iaitu selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Begitu juga dengan baucer RM200 kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Kita akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagaimana untuk melaksanakannya. Mekanisme ini akan dibincangkan dengan teliti,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, kerajaan tetap dengan pendirian untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meskipun menyedari terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu dasar itu diteruskan.

Bagaimanapun kata beliau, segala permintaan dan permohonan yang dikemukakan itu akan dibincangkan secara teliti sebelum dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Semalam saya sendiri telah diminta mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu dan hasil perbincangan akan kita sampaikan kepada menteri (Muhyiddin). Bagaimanapun, kita tidak akan berundur iaitu melaksanakan semula PPSMI.

“Tindakan ini diambil kerana kita mahu walaupun proses pemansuhan itu mengambil masa, namun akhirnya ia tetap kepada matlamat untuk memartabatkan bahasa Melayu serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan,” katanya.

KOMEN : YANG SEPATUTNYA MENOLAK BANTUAN NI ADALAH PENYOKONG2 PUAK PEMBANGKANG, TAK KAN MEREKA NAK BAGI ANAK MEREKA MAKAN DUIT HARAM DARI KERAJAAN BN/UMNO… ANAK AKU KATA DUIT TU DIA NAK SIMPAN DALAM BANK, DUIT BELANJA SEKOLAH MOMMY AND DADDY TANGGUNGLAH… WAKAKAKAAAA… MEMANG PUN ITU DAH JADI TANGGUNGJAWAB IBU/BAPA…

Tidak setuju PPSMI dimansuh



oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM

utusan@pengarang.com.my


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kerajaan diminta menimbang semula keputusan memansuhkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun depan.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ia berikutan soal selidik yang dijalankan selama empat bulan terhadap 15,000 responden daripada kalangan ibu bapa mendapati hampir 55 peratus tidak bersetuju dua subjek itu diajar dalam bahasa Melayu.

Menurutnya, soal selidik itu dijalankan oleh JMM bermula April lalu melibatkan responden di seluruh negara.

“Hasil kajian ini begitu mengejutkan, bagaimanapun kami berpendapat pandangan ibu bapa adalah jujur mengenai impian dan harapan mereka untuk melihat anak-anak berjaya melalui penguasaan bahasa Inggeris.

“Kami yakin pandangan mereka ini tidak menolak bahasa kebangsaan biarpun latar belakang mereka berpendidikan bahasa Inggeris kerana pada masa sama mereka mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di rumah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Azwanddin berkata, hasil kajian tersebut turut mendapati faktor demografik tidak mempengaruhi keputusan ibu bapa untuk menetapkan hala tuju anak-anak mereka pada masa hadapan.

Ini kerana, katanya, hampir 84 peratus daripada 70 peratus responden yang tinggal di luar bandar memiliki impian untuk melihat anak mereka menjadi usahawan global.

“Majoriti ibu bapa juga mahukan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di samping 72 peratus daripada mereka memiliki harapan menghantar anak belajar ke luar negara.

“Ini jelas membuktikan betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris bagi mencapai impian mereka itu,” katanya.

Menyedari kepentingan itu Azwanddin berkata, laporan kajian itu akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dalam masa terdekat ini supaya kerajaan dapat menelitinya dan memberi pilihan kepada ibu bapa menentukan bahasa pengantar untuk pengajaran Sains dan Matematik.

“Keputusan soal selidik ini bukan mahu mencabar keputusan kerajaan, tetapi sekadar menyampaikan luahan hati ibu bapa. Kami menghormati pandangan ibu bapa biarpun Perlembagaan JMM adalah mengangkat bahasa kebangsaan, namun kami tidak bersikap hipokrit mengenai kepentingan masa hadapan anak-anak bangsa.

“Justeru, sudah sampai masanya semua pihak harus menolak emosi dan bertindak rasional dan tidak menggunakan isu ini untuk mengheret ibu bapa ke dalam kancah politik,” katanya.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pada kalangan pelajar menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Bagaimanapun, pada 2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar itu berkuat kuasa pada 2012, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.

KOMEN : KEKALKAN AJE PPSMI DISEKOLAH… NAK HAIRAN APA BUKU TEKS PUN TELAH MENGGUNAKAN DWI BAHASA… SAYA PALING SETUJU KALAU DIWUJUDKAN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA DAN PPSMI DIKEKALKAN…

SEKOLAH SATU ALIRAN



JANGAN PERTIKAI SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN


DAKWAAN beberapa pihak bahawa sistem persekolahan pelbagai aliran menghalang perpaduan rakyat di negara ini mendapat perhatian pengkritik semasa, Loh Hon Chew yang menulis mengenainya dalam Nanyang Siang Pau.

Artikel bertajuk ‘Jangan Jadi Buta Sejarah’ disiarkan pada 4 Ogos 2011 dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A16.

Apa yang membuat kita merasa terkilan adalah mengenai sikap beberapa pihak yang masih mempertikaikan sistem persekolahan pelbagai aliran.

Mereka menuduh sekolah pelbagai aliran menghalang perpaduan rakyat dan mencadangkan supaya diwujudkan hanya satu aliran iaitu sekolah kebangsaan.

Dikatakan jika sejak kecil kanak-kanak pelbagai kaum diasuh menggunakan hanya satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan, sudah tentu menjelang dewasa nanti mereka akan menjadi rakyat yang bersatu padu.

Bagi saya ini adalah pemikiran yang tidak berasas. Cuba kita lihat kembali individu yang membantah atau menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Kebanyakan mereka sejak kecil belajar bahasa kebangsaan bersama-sama dan menuntut di sekolah aliran yang sama, tetapi selepas dewasa mereka tetap tidak boleh bersatu padu.

Sebenarnya tiada siapa yang boleh mempercayai hujah bahawa jika sejak kecil belajar bersama-sama, menjelang dewasa individu itu akan bersatu padu.

Saya juga musykil dengan orang-orang yang asyik melaungkan supaya dihapuskan sekolah pelbagai aliran, kerana pada masa sama mereka memperjuangkan universiti, kolej, sekolah menengah dan sekolah rendah untuk satu kaum sahaja.

Pendirian itu jelas membuktikan mereka memang tidak mahu melihat semua kaum di negara ini bersatu padu.

Kita juga tidak boleh menerima hujah pihak yang mahu diwujudkan hanya satu aliran sekolah kebangsaan dengan alasan tahap penguasaan bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) sangat lemah sehingga menyukarkan murid berkomunikasi dengan orang luar.

Ini juga tuduhan yang tidak berasas, kerana selama ini keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan jelas menunjukkan bilangan murid cemerlang mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di SJKC adalah tinggi.

Jika benar penguasaan bahasa Inggeris di SJKC sangat rendah, kenapa tidak tukar sahaja semua aliran sekolah itu kepada aliran sekolah bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, daripada sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, lebih 80 peratus adalah kaum Cina. Kebanyakan mereka termasuk yang telah mengharumkan nama Malaysia di luar negara ialah bekas murid SJKC. Ini bermakna lulusan sekolah itu bukan jaguh kampung.

Oleh itu, kita mahu menasihatkan ahli-ahli politik dan orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat supaya tidak mempertikaikan sekolah pelbagai aliran yang telah dipersetujui ketika wakil semua kaum menandatangani kontrak sosial. Jika tiada kontrak itu, kita tidak akan merdeka seperti hari ini.

KOMEN : KERAJAAN SATU MALAYSIA MAHU TAPI SATU ALIRAN SEKOLAH TIDAK MAHU KENAPA? ALASAN SEKADAR MELEPASKAN BATUK DITANGGA… KALAU TIDAK MENCUBA MACAMANA KITA NAK DAPAT HASILNYA… JANGANLAH JADI BUTA SEJARAH… ITU HAK ORANG MELAYU APA MAHU SENTUH… ITU PERLEMBAGAAN BACA SAMPAI HABIS… JANGAN BACA SEPARUH JALAN… BARU SEKARANG MAHU SEBUT PASAL KONTRAK SOSIAL… TAPI BILA ORANG CINA SENTUH HAK ORANG MELAYU APEK NI TERLUPA PULA ADA KONTRAK SOSIAL… MEGAH SANGAT DENGAN RAMAINYA ORANG CINA YANG KERJA DILUAR NEGARA… DIA LUPA KEBANYAKAN MEREKA MERUPAKAN PENDATANG TANPA IZIN… KERJA TAK ADA PERMIT… DUDUK DALAM PENJARA PUN RAMAI… BUKAN PANDAI MANA PUN SETAKAT KERJA SEBAGAI TUKANG MASAK KAT JEPUN APA NAK HAIRAN… INI BANGSA MANA PERGI PUN AKAN MENYUSAHKAN ORANG…

Learning English doesn’t jeopardise role of BM


DARI NST
2011/06/07

THE teaching, learning and usage of the English language must not be made into an issue when it is done in the interest of our future generations and for the sake of our nation’s progress.

What is disturbing is that some irrational people regard the teaching, learning and promotion of the English language as being unpatriotic.

As we strive to achieve Vision 2020, it is essential for us to adopt a practical and open-minded approach towards any language that can contribute to Malaysia’s progress, while remaining firm and steadfast in ensuring that Bahasa Malaysia is the country’s official and national language.

As a Malaysian, I am proud of Bahasa Malaysia, a language I use daily in communicating with others.

However, we must also accept the reality that knowledge of one language is insufficient in this age.

We need to have a command of other languages for progress and development, be it English, Mandarin or French.

We learn and use English as it is an international language for science, technology, business and commerce.

Malaysians should strive to be bilingual or even multilingual now that most Malaysians, particularly the younger generation, have mastered Bahasa Malaysia.

English is vital if Malaysians are not to be left behind. The ability to learn and use English or any other language should be seen as a progressive move to improve our knowledge and expertise as well as to enhance graduates’ employment prospects.

Fear of the English language, which some regard as a legacy of British colonialism, is misplaced and needs to be rectified.

To overcome this, more needs to be done to convince parents and students, particularly those in the rural areas, about the importance of learning English as a tool for science, technology, business and commerce.

It is an indisputable fact that the command of the English language among our younger generation is poor and a matter of concern.

We must not regard the learning and mastery of the English language as a threat to our cultural or national identity. It is necessary for our economic survival. Mastering the English language is about rejuvenating the nation.

It is about preparing ourselves individually and collectively as a nation in finding our place in the global economy.

Promoting English would not jeopardise the importance and use of Bahasa Malaysia as our national and official language. It will not make us less nationalistic.

TAN SRI LEE LAM THYEKuala Lumpur

KOMEN : DENGAN MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS TIDAK MENJADIKAN KITA LEBIH KEBARATAN DAN MEMPELAJARI BAHASA MALAYSIA TIDAK JUGA MENJADIKAN KITA LEBIH KEMELAYUAN… REALITINYA KEBANYAKAN PEMIMPIN POLITIK KITA LEBIH KEBARATAN DARI RAKYAT MALAYSIA SENDIRI. BEGITU JUGA MANUSIA YANG DIGELAR PEJUANG BAHASA.. KITA TENGUK KEHIDUPAN MEREKA SEHARIAN, KEKADANG LEBIH KEBARATAN DARI ORANG BARAT. BAHASA INGGERIS DIAJAR DISEKOLAH ADALAH DEMI UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA DALAM MENCAPAI KEMAKMURAN EKONOMI DUNIA.. DAN MELAHIRKAN ANAK BANGSA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI DAYA SAING DIPERINGKAT ANTARABANGSA… TAKAN ASYIK NAK KENA TIPU AJE DALAM HIDUP KERANA GAGAL MENGUASAI BAHASA PERNIAGAAN DUNIA…