700,000 peminjam PTPTN belum tukar skim Ujrah

16 Januari 2015 1:32 AM
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Seramai 700,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum menukar pinjaman pendidikan masing-masing kepada pembiayaan syariah yang berkonsepkan Ujrah.
SHAMSUL ANUAR NASARAH
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sejak pihaknya menawarkan promosi Jom Tukar Ujrah yang bermula 1 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu, hanya 50,000 peminjam telah berbuat demikian.
Katanya, bilangan itu agak kecil berbanding jumlah keseluruhan peminjam PTPTN iaitu seramai 2.1 juta.
“Oleh itu, kami telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh promosi Jom Tukar Ujrah sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan peminjam membayar semula pinjaman masing-masing tanpa dikenakan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus.
“Lanjutan promosi ini juga sebagai tanda komitmen kami terhadap peminjam yang menjadi mangsa bencana banjir di beberapa negeri, hujung tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Misi Bantuan Pasca Banjir PTPTN di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan dan Ketua Pegawai Operasi, Wan Ahmad Wan Yusoff.
Bagi menjayakan misi tersebut, PTPTN memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk membeli barangan keperluan seperti uniform dan peralatan sekolah dan makanan untuk kumpulan sasaran membabitkan lebih 28,000 murid sekolah di Kelantan, Pahang, Perak, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, PTPTN juga bersetuju melanjutkan tempoh promosi tersebut apabila mengambil kira jumlah purata peminjam yang menukar kepada pembiayaan pendidikan Ujrah meningkat daripada 1,500 orang sebulan pada Januari hingga September kepada 16,000 orang sebulan bagi tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu.
Beliau berharap tempoh lanjutan selama tiga bulan itu dapat digunakan sebaik mungkin oleh semua peminjam kerana kaedah itu dapat mengurangkan beban mereka apabila hanya dikenakan caj satu peratus setahun atas kadar rata.
“Selain lanjutan tempoh itu, PTPTN juga menawarkan pengecualian caj bagi penggantian dokumen tawaran pinjaman dan pembiayaan yang musnah akibat banjir di semua negeri yang terjejas.
“Sebelum ini, penggantian dokumen atau kad Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang hilang akan dikenakan caj perkhidmatan namun untuk mangsa banjir, PTPTN memberi pengecualian pembayaran bagi segala urusan,” katanya.
Advertisements

Perkasa sifatkan Fahmi Zainol ‘dangkal’

Isu bumiputera dikecuali bayaran balik PTPTN
LILIS SURIANI OMAR | 26 November 2014 2:20 AM
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Desakan supaya mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mahu hanya pelajar bumiputera layak menerima pengecualian daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Ta­bung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau biasiswa didakwa di bawah Akta Hasutan disifatkan sebagai ‘dang­kal’.
FAHMI ZAINOL
Tegas Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Azrul Akmal Saharudin, tindakan itu bukan sahaja manifestasi kedangkalan pemikiran, malah membuktikan pengaruh liberalisme yang menular dalam kalangan segelintir mahasiswa sehingga terlalu mudah memperjudikan hak serta kelebihan bumiputera seperti dilindungi Perlembagaan Persekutuan.
“Cadangan ini bukanlah direncanakan di kedai kopi tetapi melalui musyawarah dalam kalangan pimpinan NGO Melayu Islam bahawa hak keistimewaan bumiputera perlu diperkasakan.
“Kita lihat majoriti yang mene­rima pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa ini bukanlah daripada kalangan bumiputera tetapi juga mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik bukan bumiputera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol seperti dilapor dalam sebuah portal berita propembangkang berkata, NGO-NGO yang memperjuangkan hak Melayu dan bumiputera itu wajar didakwa mengikut Akta Hasutan kerana menyifatkan tindakan mereka mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Azrul Akmal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wu­jud perancangan stra­tegik dan licik oleh sebilangan pemilik ins­titusi pengajian tinggi bukan bumiputera untuk memastikan pelajar bukan Melayu mendapat keputusan cemerlang dan mereka diberikan biasiswa.
“Ini termasuklah memberikan sistem gred double standard serta penyebaran soalan-soalan peperiksaan bocor kepada pelajar bukan bumiputera. Walau bagaimanapun perkara ini adalah maklumat yang masih dibincangkan tetapi kita perlu fahami sebaik-baiknya bahawa adil bukanlah bermaksud sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
“Dengan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa tanpa mengira kaum dan majoriti penerima­nya pula adalah bukan bumiputera, di manakah letaknya hak dan keistimewaan kita seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
Tambah beliau, cadangan pertukaran itu bukan untuk menidakkan kepentingan kaum lain tetapi keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera sudah termaktub dalam Artikel 153 seperti dipersetujui melalui kontrak sosial sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
“Janganlah berfikiran jika bumiputera diberikan biasiswa ini, mereka akan jadi kurang kompetitif serta leka kerana mekanisme masih sama yakni untuk mendapat pertukaran pinjaman PTPTN tersebut kepada biasiswa, mereka masih perlu berusaha keras untuk mendapatkan keputusan cemerlang, tetapi bukanlah gred diturunkan,” katanya.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perkasa-sifatkan-fahmi-zainol-8216-dangkal-8217-1.29305#sthash.aNeog969.dpuf


Beku PTPTN uji kemampuan sebenar PKR Selangor


 DARI UTUSAN MALAYSIA
8/6/2012

 KUALA LUMPUR 7 Jun – Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan sementara pinjaman kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah untuk menguji kemampuan sebenar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam isu pemberian pendidikan percuma.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu juga adil bagi memastikan tidak berlaku pertindihan pemberian pinjaman atau kewangan kepada pelajar oleh PTPTN atau kerajaan negeri.
“Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu semak adakah benar kerajaan negeri mahu hapuskan atau pelajar sendiri berpendapat ia tidak boleh dihapuskan kerana tanpa pinjaman PTPTN, mereka tak boleh belajar, itu tujuannya.
“Lain-lain kolej dan universiti tak berbangkit. Sebab itu mungkin beliau nak periksa betul-betul, kalau akhirnya pelajar perlu PTPTN, bermakna saranan PKR atau pembangkang untuk hapuskannya adalah tidak sepatutnya dan tidak mengambil kira kepentingan pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Projek Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (Puncak) Peringkat Parlimen Gombak di Taman Melawati dekat sini hari ini.
Muhyiddin menegaskan, pemberhentian pinjaman PTPTN tidak pernah berlaku kepada para pelajar yang layak sejak ia ditubuhkan, tetapi dalam kes ini ia merupakan reaksi perbadanan itu terhadap kenyataan PKR Selangor yang beria-ia mahu memberi pendidikan percuma kepada rakyat.
Justeru kata beliau, PKR Selangor dan pakatan pembangkang secara amnya tidak boleh menyalahkan PTPTN, Kementerian Pengajian Tinggi atau kerajaan Persekutuan dalam hal itu kerana ia berlaku berdasarkan komitmen kerajaan negeri sendiri.
Selangor cairkan aset Unisel
SHAH ALAM 7 Jun – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor mengambil keputusan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) sebagai reaksi drastik terhadap langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada pelajar baru universiti milik kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui tindakan bersifat jangka pendek itu, Unisel akan mengapungkan tanah miliknya seluas 200 hektar untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran bagi meneruskan pengajian di universiti tersebut.
“Kerajaan negeri memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Unisel yang teraniaya ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan membekukan PTPTN kepada pelajar universiti tersebut.
“Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil daripada usaha itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

KOMEN : ITU AJE YANG MEREKA MAMPU BUAT… KOREK DAN TIMBUS… TAK MAMPU RUPANYA NAK BAGI PENDIDIKAN PERCUMA… BERCAKAP MACAM BAGUS, RUPANYA HAMPAS MACAM SAMPAH…

DAJAL MANA YANG KATA PTPTN TAK PENTING ?

‘Syukur, saya tidak perlu ke pajak gadai’

DARI UTUSAN MALAYSIA
21/5/2012

SEBAHAGIAN daripada 187 penerima WPP menunggu giliran untuk berurusan di kaunter PTPTN di kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di Kuching, semalam.

KOTA SAMARAHAN 20 Mei – “Syukurlah saya tidak perlu ke pajak gadai atau menjual tanah bagi membolehkan anak-anak belajar di universiti.”
Demikian luahan seorang bapa, Abu Abang Endet yang ditemui selepas majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sebanyak RM1,500 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di sini hari ini.
Menurut petani berusia 62 tahun itu, tanpa wang pinjaman PTPTN, dia dan isterinya mungkin terpaksa berbuat demikian memandangkan pendapatan bulanan keluarganya sekadar cukup makan sahaja.
“Dahulu, jika ada anak-anak di kampung saya berjaya masuk universiti, keluarga mereka pasti sibuk ke sana ke mari bertemu sanak-saudara untuk meminjam wang.
“Ada yang menggadai barang berharga atau menjual ternakan seperti lembu dan kambing. Malah ada yang terpaksa menjual tanah bagi menampung perbelanjaan pengajian anak-anak. Mujurlah kami tidak perlu melalui pengalaman seperti itu,” kata Abu.
Anaknya, Nuratikah, 18, pula berkata, wang pendahuluan tersebut mampu meringankan beban mereka sekeluarga kerana tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi membeli barangan keperluan untuk dirinya.
“Insya-Allah, saya akan gunakan wang pinjaman ini dengan berhemat dan tidak akan sekali-sekali membebankan ibu dan ayah yang sudah tua,” katanya yang bakal mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak.
Sementara itu, seorang kerani, Sharifah Wan Hassan, 54, menyifatkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN memudahkan urusan para pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.
“Saya tidak bimbang apabila anak mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Pelancongan di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Samarahan kerana dia boleh memohon bantuan kewangan daripada PTPTN,” katanya,
Pada majlis yang disempurnakan oleh Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal negeri, Datuk Len Talif Salleh itu, seramai 187 lepasan sekolah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar Kuching serta Samarahan menerima wang pendahuluan tersebut.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, Datuk Dr. Hatta Solhi; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimas, Prof. Mohd. Fadzil Abd. Rahman; Pengarah Biro Tata Negara (BTN) negeri, Roslan Baharuddin dan wakil PTPTN, Joe Hanni Mohamad.

KOMEN : DAJAL BETUL MEREKA YANG MENGATAKAN PTPTN TIDAK PENTING DAN WAJIB DI HAPUSKAN… CAKAP TAK SERUPA BIKIN… PADA ADIK-ADIK INI BELAJAR RAJIN SUPAYA BOLEH BERJAYA DAN MEMBANTU KELUARGA KEUDIAN HARI… JANGAN JADI MACAM MAHASEWEL YANG NAK HAPUSKAN PTPTN TU… DAH JADI SAMPAH MASYARAKAT TU…